7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
1/26
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KES NO: 16/4-571/07
DI ANTARA
ENCIK NORDIN BIN JEMAT
DAN
KOKO BUDI SDN. BHD.
AWARD NO: 1549 TAHUN 2011
Di Hadapan : Y. A. TUAN ROSLAN BIN MAT NOR- PENGERUSI
Tempat : Mahkamah Perusahaan MalaysiaCawangan Johor
Tarikh Rujukan : 28.08.2006.
Tarikh Sebutan : 17.04.2007; 18.06.2007; 24.07.2007;27.08.2007; 29.10.2007; 26.11.2007;14.01.2008; 18.02.2008; 14.04.2008;14.05.2008; 07.04.2010; 13.08.2010;25.02.2011; 21.04.2011; 07.06.2011.
Tarikh Perbicaraan : 18.03.2009; 29.04.2009; 28.07.2009;15.10.2009; 24.06.2010; 02.12.2010;28.07.2011.
Perwakilan : Encik Sahril bin Haji OsmanDari Tetuan Sahril Niza & Co.Mewakili Pihak Menuntut
Encik Pang Kong SengDari Tetuan K. S. Pang & Co.Mewakili Pihak Responden
1
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
2/26
Rujukan :
Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah Seksyen 20(3), Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Encik Nordin
bin Jemat (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Koko Budi Sdn.
Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden) pada 25.08.2005. Kes ini
telah dirujuk oleh Y. B. Menteri Sumber Manusia pada 28.08.2006 dan diterima
oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 15.01.2007.
AWARD
Latar Belakang Kes
1. Kes ini pertama kalinya didengar oleh Pengerusi Mahkamah Perusahaan
Johor Bahru pada 18.03.2009 yang telah berpindah. Pengerusi yang berkenaan
telah mendengar keterangan COW1 dan COW2. Saya hanya dapat mendengar
keterangan COW1 yang panggil semula, Pihak Menuntut dan CLW2. Oleh itu,
keterangan COW2 dan keterangan sebahagian COW1 hanya boleh diteliti
keterangan mereka melalui catatan yang dibuat oleh Pengerusi yang lalu di dalam
perbicaraan di dalam nota keterangan.
2
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
3/26
Fakta Kes
2. Sebelum Mahkamah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak-
pihak, adalah lebih wajar untuk Mahkamah menyatakan secara ringkas fakta kes di
dalam kes ini. Ini adalah penting seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan
di dalam kes Peguam Negara Malaysia v. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, Rayuan
Sivil no. W-01-215-2011 di mana Y. A. Hakim Low Hop Bing menyatakan seperti
berikut :
There is a time-honoured saying that when the facts are clearly and
accurately established, the law will take care of itself.
3. Pihak Menuntut telah mula bekerja di syarikat sebagai Operator Pengeluaran
pada 01.05.1991. Pada 12.08.2005, Pihak Menuntut telah menerima surat tunjuk
sebab daripada Pihak Responden yang menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah
menumbuk seorang pekerja bernama Halmey Hesam bin Zainal pada 11.08.2005.
Siasatan dalaman telah dijalankan ke atas Pihak Menuntut dan Pihak Responden
mendapati beliau bersalah di atas pertuduhan. Pihak Responden telah
mengeluarkan surat penamatan kerja kepada Pihak Menuntut pada 18.08.2005
berkuat kuasa serta merta.
3
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
4/26
Siasatan Dalaman
4. Pihak Responden telah menjalankan siasatan dalaman pada 17.08.2005 dan
nota siasatan dalaman terdapat di halaman 12 hingga 19 COB. Pihak Menuntut
telah mencabar kesahihan siasatan dalaman tersebut kerana mangsa yang
dicederakan oleh Pihak Menuntut tidak dipanggil semasa siasatan dalaman. Di
samping itu, Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau tidak diberi peluang
untuk memeriksa balas saksi-saksi. Panel siasatan dalaman juga dikatakan telah
mengambil kira keterangan-keterangan yang tidak sepatutnya dipertimbangkan
semasa memutuskan kebersalahan Pihak Menuntut. Ini dinyatakan di perenggan 8
pernyataan kes Pihak Menuntut. Adalah menjadi prinsip yang dimaklumi bahawa
apabila siasatan dalaman dilakukan, mahkamah harus melihat sama ada ianya
dilakukan dengan adil tanpa mencabuli prinsip keadilan asasi dan perbicaraan
yang adil. Tugas ini telah dinyatakan di dalam kes Metroplex Administration Sdn.
Bhd. v. Mohamed Elias [1998] 5 CLJ 467 dan Bank Bumiputra Commerce v.
Mahkamah Perusahaan & Anor[2004] 7 CLJ 77.
5. Semasa perbicaraan, Mahkamah mendapati bahawa Pihak Responden tidak
mengemukakan keterangan ahli panel siasatan dalaman sebagai saksi Pihak
Responden. Pihak Responden hanya mengemukakan Pegawai Pendakwa di dalam
siasatan dalaman iaitu COW1. Oleh sebab itu, Mahkamah perlu melihat
keterangan siasatan dalaman melalui nota siasatan dalaman yang dikemukakan
bersama-sama dengan keterangan COW1. Jika diteliti kepada catatan yang
4
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
5/26
terdapat di halaman 18 COB iaitu catatan panel siasatan dalaman berkenaan
dengan kebersalahan Pihak Menuntut, adalah didapati bahawa ketiga-tiga
pendapat seperti berikut :
Yahya Amran (7025) Shift A Leader, Production Department.
tumbuk orang memang bersalah
Masitah Ahmad (6005) Lab Assistant, QA Department.
Tumbuk org (salah)
tapi : 1. Kes berlaku luar kilang + luar waktu kerja ini kes polis
bukan jadi kes majikan.
2. Bukan waktu kerja (Bukan kes majikan).
Zaharudin (4016) Chargeman, Maintenance and Engineering.
1. 100% salah, sebab tumbuk Helmi.
Selain itu, di dalam nota siasatan dalaman juga Mahkamah mendapati bahawa
mangsa kepada tindakan Pihak Menuntut tidak dikemukakan sebagai saksi di
dalam kes ini. Pihak Responden di dalam siasatan dalaman telah memanggil isteri
5
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
6/26
Halmey. Jika diteliti keterangan isteri Halmey ianya berkisar kepada tindakan
Halmey menarik balik laporan polis dalam masa 24 jam. Di samping itu,
keterangan isteri Halmey juga bahawa Halmey menarik balik laporan polis kerana
takutkan Pihak Menuntut. Beliau mengesahkan bahawa hidung mangsa berdarah
kerana ditumbuk Pihak Menuntut. Keterangan yang menarik di dalam siasatan
dalaman oleh isteri Halmey ialah seperti berikut :
Pendakwa : Kenapa dia takut dan tarik balik laporan polis?
Hendayani (Isteri Helmi) : Tak tahulah. Nordin minta jangan
layan, nanti kena naik mahkamah.
Union akan bawa ke mahkamah.
Hendayani (Isteri Helmi) : Hari tu, Nordin bagi surat suruh sain,
tapi dia tak tahu apa isi
kandungannya. Dia takut dengan
Nordin. Hidung dia berdarah sebab
kena tumbuk dengan Nordin. Mereka
bergaduh sebab Nordin sangka Helmi
yang laporkan prestasi dia pada Office.
Tapi dia tak laporkan. Jadi Nordin
tumbuk dia.
6
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
7/26
Pendakwa : Bila dia sain surat tu?
Hendayani (Isteri Helmi) : Malam semalam (15hb. Ogos 2005)
lebih kurang jam 8. Mula-mula Helmi
nak tolong Nordin sebab kesian. Tak
tahulah, Helmi macam dah jadi bodoh.
Pendakwa : Adil tak kepada Helmi?
Hendayani (Isteri Helmi) : Tak adil, kena ambil tindakanlah.
6. Pihak Responden juga di dalam siasatan dalaman telah memanggil saksi yang
merupakan Pengawal Kilang dan Pegawai Syarikat yang telah dimaklumkan
berkenaan kejadian tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa ketiadaan
keterangan Halmey sebagai mangsa telah menyebabkan tiada keterangan langsung
daripada mangsa mengenai kejadian Pihak Menuntut menumbuk beliau. Ini
bermakna keterangan daripada saksi-saksi lain adalah merupakan keterangan yang
berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada Halmey. Di samping itu,
tiada keterangan yang menunjukkan bahawa mengapakah Pihak Responden tidak
memanggil Halmey di dalam kes ini sedangkan beliau adalah merupakan saksi
terpenting di dalam siasatan dalaman tersebut. Oleh itu, Mahkamah berpendapat
bahawa keputusan yang dikeluarkan oleh panel siasatan dalaman berdasarkan
kepada keterangan yang dikemukakan di hadapan panel siasatan dalaman adalah
sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh panel yang munasabah berdasarkan
kepada keterangan yang dikemukakan. Pada masa yang sama, Mahkamah
7
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
8/26
mengambil maklum bahawa panel siasatan dalaman tidak dikehendaki untuk
mematuhi secara ketat proses perbicaraan seperti suatu perbicaraan di Mahkamah.
Namun demikian, ketiadaan mangsa di dalam kes ini adalah suatu kecacatan yang
serius sehingga menjejaskan dapatan panel siasatan dalaman tersebut. Oleh itu,
Mahkamah berpendapat bahawa siasatan dalaman yang dilakukan oleh Pihak
Responden terhadap Pihak Menuntut berdasarkan kepada nota-nota siasatan
dalaman adalah sesuatu yang menyalahi prinsip keadilan asasi dan perbicaraan
yang adil. Ini adalah kerana ketiadaan keterangan mangsa iaitu Halmey telah
menjejaskan peluang Pihak Menuntut untuk memeriksa balas saksi yang
berkenaan. Ia sudah tentu memprejudiskan hak Pihak Menuntut semasa membela
diri semasa prosiding siasatan dalaman yang dilakukan oleh Pihak Responden.
Namun begitu, kecacatan yang dilakukan di dalam siasatan dalaman tidak akan
menyebabkan pembuangan kerja seorang itu boleh diputuskan sebagai tidak adil
dan tidak beralasan semata-mata kerana kecacatan siasatan dalaman. Hal ini telah
dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd.
v. Liew Fook Chuan & Other Appeals[1997] 1 CLJ 665 seperti berikut :
The fact that an employer has conducted a domestic inquiry
against his workman is, in my judgment, an entirely irrelevant
consideration to the issue whether the latter had been dismissed
without just cause or excuse. The findings of a domestic inquiry
are not binding upon the Industrial Court which rehears the
8
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
9/26
matter afresh. However, it may take into account the fact that a
domestic inquiry had been held when determining whether the
particular workman was justly dismissed.
Oleh itu di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat walaupun siasatan dalaman
tidak dilakukan secara teratur Mahkamah tidak terikat dengan dapatan yang
dilakukan oleh panel siasatan dalaman. Ini bermakna, Mahkamah perlu meneliti
keterangan saksi-saksi Pihak Responden dan Pihak Menuntut di Mahkamah bagi
menentukan sama ada pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah adil dan
beralasan atau sebaliknya.
Keterangan Pihak Responden
7. COW1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah diberitahu
oleh seorang yang bernama Encik Ramaya bahawa terdapat pergaduhan di antara
dua orang pekerja syarikat. COW1 telah melihat darah pada t-shirt Encik Halmey.
COW1 telah meminta pekerja yang berkenaan untuk membuat laporan polis.
Pekerja tersebut telah diiringi oleh Ketua Shift, Encik Nazarudin Karno untuk
membuat laporan polis. COW1 menyatakan bahawa Encik Halmey telah
memberitahunya beliau telah ditumbuk tiga kali oleh Pihak Menuntut di bahagian
mukanya. COW1 juga menyatakan bahawa Encik Halmey telah memberitahu
perkara yang sama kepada Ketua Shift. COW1 di dalam keterangannya
mengesahkan bahawa pergaduhan tersebut berlaku di luar kawasan kilang tetapi
9
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
10/26
masih di dalam waktu shift. COW1 menyatakan seperti berikut :
Q : Please explain the venue of the incident?
A : Outside the factory premise but during the shift hour.
Q : Was the venue far from the factory?
A : Less than 5 feet. At parking lot.
Semasa pemeriksaan balas, COW1 menyatakan bahawa tindakan yang diambil
terhadap Pihak Menuntut adalah berdasarkan kepada laporan bertulis oleh
Pengawal Keselamatan, Encik Ramaya dan Ketua Shift, Encik Nazarudin Karno.
COW1 menyatakan bahawa beliau tidak bertanya kepada Pengawal Keselamatan
sama ada Pengawal Keselamatan melihat pergaduhan tersebut. Begitu juga dengan
Ketua Shift pengeluaran. COW1 tidak pasti sama ada Ketua Shift ada
memaklumkan kepada beliau sama ada melihat pergaduhan tersebut. Walau
bagaimanapun, COW1 mengesahkan bahawa beliau ada berjumpa dengan mangsa
Encik Halmey dan diberitahu oleh Encik Halmey bahawa Pihak Menuntut telah
menumbuknya sebanyak tiga kali.
8. COW2 yang merupakan mangsa kepada tindakan Pihak Menuntut di dalam
pernyataan saksinya telah menyatakan secara terperinci kejadian pergaduhan
tersebut seperti berikut :
10
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
11/26
Q3 (a) : Bagaimana dan di mana kejadian itu berlaku?
Di pagar hadapan kilang. Pada ketika itu saya lihat Nordin di
bahagian luar pagar dan beliau memanggil saya datang kepada
beliau, apabila saya tiba dihadapan Nordin, Nordin secara tiba-tiba
menumbuk saya beberapa kali di bahagian muka dan menyebabkan
hidung saya berdarah.
Q4 : Adakah Nordin memberitahu awak kenapa dia
menumbuk awak?
Selepas Nordin menumbuk saya, dia ada berkata
...Apasal kau kacau periuk nasi abang? Orang lain tak berani nak
kacau kau pulak nak tunjuk berani!..
Q4 (a) : Apakah yang dimaksudkan oleh Nordin dengan
kata-kata beliau itu?
Saya sendiri tidak faham dengan maksud kata-kata Nordin.
11
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
12/26
Q4 (c) : Siapa saksi yang lihat awak ditumbuk?
Ada, security guard yang bertugas iaitu En. Ramayah tetapi beliau
dah berhenti kerja.
Q4 (d) : Siapa lagi saksi yang lihat awak ditumbuk?
Leader saya, En. Nazarudin Karno, dia lihat muka dan baju saya
berdarah dan bertanyakan kenapa, saya katakan saya ditumbuk
oleh Nordin dan saya kemudian meminta izin untuk pulang ke
rumah dan dia membenarkannya.
9. COW2 di dalam keterangannya juga menafikan bahawa Pihak Menuntut tidak
menumbuk. Sebaliknya ketika ditumbuk, COW2 hanya mendiamkan diri sahaja.
COW2 mengesahkan bahawa beliau membuat laporan polis berkenaan kejadian
tersebut tanpa sebarang paksaan. Namun demikian, Pihak Menuntut telah datang
menemuinya dan memberikan beliau satu cincin supaya COW2 menarik balik
laporan polis yang telah dibuat terhadap Pihak Menuntut. COW2 menyatakan
bahawa beliau menarik balik laporan polis tersebut tanpa sebarang paksaan dari
mana-mana pihak dan ia dibuat bagi kebaikan bersama bagi mengelakkan keluarga
Pihak Menuntut dan COW2 bermasam muka ekoran daripada kejadian tersebut.
COW2 menyatakan seperti berikut :
12
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
13/26
S : Keesokan hari awak ikut Yang Menuntut menarik
laporan?
J : Ya.
S : Adakah awak dipaksa menarik laporan polis tersebut?
J : Tidak dipaksa.
S : Dalam laporan tarikh balik itu awak kata menarik repot
itu untuk kebaikan semua pihak. Apa maksud kebaikan
semua pihak?
J : Kira saya, Yang Menuntut dan keluarga tidak bermasam
muka.
COW2 menegaskan di dalam keterangannya bahawa tindakan beliau menarik balik
laporan polis tersebut bukanlah disebabkan Pihak Menuntut telah memberikannya
sebentuk cincin tetapi atas dasar simpati kepada Pihak Menuntut.
Keterangan Pihak Menuntut
10. Pihak Menuntut di dalam keterangannya menyatakan bahawa pada hari
kejadian iaitu 11.08.2005, beliau mula bekerja pada hari tersebut pada 11.30
malam 10.08.2005 dan tamat kerja pada 7.50 pagi pada 11.08.2005. Pada masa
kejadian jam 12.20 tengah malam seperti di pertuduhan yang dikemukakan kepada
Pihak Menuntut, Pihak Menuntut menyatakan pada masa tersebut beliau sedang
bekerja dengan syarikat dan tidak mendapat kebenaran untuk keluar dari syarikat
13
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
14/26
dalam tempoh tersebut. Oleh sebab itu, Pihak Menuntut tidak bersetuju dengan
kandungan laporan polis COW2 yang menyatakan bahawa pergaduhan tersebut
berlaku pada jam 12.20 tengah malam. Namun demikian, apa yang menarik di
dalam kes ini ialah Pihak Menuntut tidak menafikan bahawa berlakunya
pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2. Ia dapat dilihat di soalan 10
CLWS1 di mana Pihak Menuntut menyatakan seperti berikut :
10) S : Sila rujuk laporan polis oleh Hamley Hesam di ms
25 COB.
Di dalam repot ini, pengadu iaitu Halmey
menyatakan bahawa beliau bergaduh dengan En
Nordin pada 11/8/2005 pukul 0020 hrs iaitu pada
pukul 12.20 tengah malam. Adakah En Nordin
bersetuju dengan kenyataan tersebut?
J : Saya tidak bersetuju kerana pergaduhan tersebut
berlaku pada pukul 11.20 malam, 10/8/2005 iaitu
di luar waktu kerja dan di luar kawasan kilang.
Pihak Menuntut juga telah mencabar kesahihan catatan masa kedatangan di dalam
punch card seperti di dalam muka surat 20 COB dan menegaskan pada tarikh
tersebut beliau bekerja pada jam 11.30 malam.
14
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
15/26
11. Pihak Menuntut juga menyatakan beliau telah memberikan cincin kepada
COW2 sebagai bayaran ganti gaji yang ditahan oleh majikan dan bukannya untuk
tujuan COW2 menjelaskan bil perubatan. Pihak Menuntut menyatakan panjang
lebar berkenaan hal ini seperti berikut :
S : Apakah sebab anda berikan cincin itu?
J : Sebab Halmey telefon saya, dia katakan dia dipaksa oleh
majikan untuk buat report. Dengan itu Encik Helmi ada
hendak jumpa dengan saya berkenaan dia buat report.
Saya katakan kepada Helmi berapakah gaji Helmi yang
majikan tidak dibayar? Helmi kata lebih kurang
RM200.00. Saya berikan cincin isteri saya sebagai
bayaran gaji yang ditahan oleh majikan dan bukannya
untuk perubatan.
Seterusnya, CLW2 mengesahkan bahawa pada hari kejadian beliau dan Pihak
Menuntut bekerja satu shiftyang sama dan mula bekerja pada jam 11.30 malam
dan tidak bersetuju bahawa Pihak Menuntut bekerja mulai jam 12.30 malam pada
hari tersebut seperti yang dinyatakan di halaman 20 COB. CLW2 juga tidak
bersetuju dengan ketepatan catatan di dalampunch cardtersebut. Selain itu, Pihak
Menuntut juga menyatakan beliau adalah merupakan ahli kesatuan sekerja yang
aktif di syarikat.
15
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
16/26
Penilaian Keterangan
12. Tugas dan tanggungjawab Mahkamah Perusahaan semasa mendengar kes-
kes pembuangan kerja yang dirujuk ke Mahkamah telah dinyatakan dengan jelas
oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Milan Auto Sd. Bhd. v. Wong Seh Yen
[1995] 4 CLJ 449 dan Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd.
[1995] 3 CLJ 344 yang tidak perlu diulang lagi di sini. Jika diteliti kepada
keterangan Pihak Menuntut dan Pihak Responden, terdapat beberapa isu untuk
diteliti oleh Mahkamah bagi menentukan sama ada terdapatnya salah laku tersebut
dan adakah salah laku tersebut mewajarkan Pihak Menuntut dibuang kerja oleh
Pihak Responden. Mahkamah berpendapat isu sama ada kejadian pergaduhan di
antara Pihak Menuntut dan COW2 berlaku semasa Pihak Menuntut sedang bekerja
adalah penting di dalam kes ini. Ini adalah kerana, Pihak Responden menyatakan
bahawa pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2 berlaku semasa Pihak
Menuntut sedang bekerja dan berlaku di premis syarikat. Sementara Pihak
Menuntut menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku sebelum Pihak Menuntut
memulakan tugas di syarikat. Keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ialah
salinan kad perakam waktu (punch card) di COB halaman 20. Masa Pihak
Menuntut mula bertugas di dalam kad perakam waktu telah dipertikaikan oleh
Pihak Menuntut. Keterangan CLW2 menyokong keterangan Pihak Menuntut
bahawa pada hari tersebut, Pihak Menuntut mula bekerja pada jam 11.30 malam
dan bukannya jam 12.30 malam seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan
16
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
17/26
semasa siasatan dalaman dan keterangan COW1. Sementara itu, keterangan
COW1 berkenaan masa Pihak Menuntut bekerja disokong oleh keterangan
dokumen di halaman 20 COB. Ini bermakna terdapat percanggahan di antara
COW1 dan Pihak Menuntut. Di dalam keadaan ini keterangan siapakah yang boleh
diambil kira oleh Mahkamah? Mahkamah berpendapat di dalam keadaan seperti
ini apabila terdapat dua keterangan yang bercanggah, maka Mahkamah perlu
melihat sama ada keterangan CLW2 boleh diambil untuk sokongan kepada Pihak
Menuntut atau halaman 20 COB boleh menyokong keterangan COW1. Pihak
Responden boleh mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas terhadap
CLW2 dan Pihak Menuntut bagi mengesahkan bahawa masa sebenar Pihak
Menuntut bekerja adalah jam 12.30 malam dan bukannya jam 11.30 malam seperti
yang didakwa oleh Pihak Menuntut. Namun demikian, Mahkamah mendapati
bahawa tiada pemeriksaan balas yang panjang dibuat ke atas CLW2 bagi
mengesahkan sama ada 12.30 tengah malam itu adalah kenyataan yang tepat atau
sebaliknya. Pihak Responden hanya mempunyai keterangan dokumentari di
halaman 20 COB yang telah dinafikan oleh Pihak Menuntut dan didakwa telah
dilakukan pengubahan di dalam maklumat permulaan tugas Pihak Menuntut di
hari kejadian. Pada masa yang sama, Mahkamah juga tidak boleh menolak
keterangan dokumen laporan polis yang dibuat oleh COW2 seperti yang tertera di
halaman 25 COB iaitu Laporan Polis Pasir Gudang, Repot no. 005180/05 bertarikh
12.08.2005 yang menyatakan kejadian yang berlaku itu pada jam 12.20 malam.
Laporan tersebut menyatakan antara lain seperti berikut :
17
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
18/26
PADA 11/8/05 JAM L/KURANG 0020 HRS SEMASA SAYA BERADA
DI KILANG ALAMAT SAMA DI ATAS BARU HENDAK MASUK KERJA
TELAH DATANG LELAKI MELAYU YANG SAYA KENALI NORDIN
IMAD RAKAN SEKERJA SAYA TELAH BERLAKU PERTENGKARAN
MASAALAH BERKAITAN KERJA. KEMUDIAN LELAKI TERSEBUT
TERUS MENUMBUK SAYA DENGAN TANGAN DI BAHAGIAN
HIDUNG SEBANYAK TIGA KALI. SAYA MENGALAMI CEDERA DI
HIDUNG DAN KELUAR DARAH. SELEPAS ITU LELAKI TERSEBUT
TERUS MENINGGALKAN SAYA. SAYA BUAT REPOT TAKUT
TERJADI APA-APA HAL PADA DIRI SAYA KEMUDIAN HARI DAN
MAKLUM PADA PIHAK MAJIKAN. SEKIAN REPOT SAYA.
Di samping itu, Mahkamah juga harus mengambil perhatian bahawa laporan polis
ini telah ditarik balik melalui Laporan Polis Pasir Gudang Report no. 005192/05 di
halaman 24 COB. Namun begitu, apa yang jelas ialah laporan polis hanya dibuat
oleh Pihak Menuntut menyatakan kejadian itu berlaku jam 12.20 malam yang
menyokong keterangan COW1. Ini bermakna di hadapan Mahkamah terdapat 2 set
keterangan mengenai masa kejadian berlaku sama ada semasa Pihak Menuntut
sedang bekerja atau sebelumnya.
13. Apa yang jelas daripada keterangan Pihak Menuntut sendiri bahawa beliau
tidak menafikan berlakunya pergaduhan tersebut. Apa yang menjadi persoalan
ialah ianya berlaku di luar waktu kerja. Ini dapat dilihat melalui soalan 10
18
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
19/26
pernyataan saksi Pihak Menuntut. Ini disokong pula dengan keterangan Pihak
Menuntut yang telah menyerahkan sebentuk cincin kepada COW2 setelah COW2
menarik balik laporan polis tersebut yang dikatakan oleh Pihak Menuntut telah
dibuat COW2 atas arahan syarikat. Ini menunjukkan bahawa kejadian pergaduhan
itu telah berlaku. Ini ditambah pula dengan keterangan COW3 yang melihat muka
COW2 berdarah dan dimaklumkan oleh COW2 bahawa beliau telah dipukul oleh
Pihak Menuntut. Jika diteliti keterangan-keterangan ini secara menyeluruh, ia
memberikan kesimpulan konsisten bahawa kejadian pergaduhan di antara Pihak
Menuntut dan COW2 memang berlaku dan Pihak Menuntut telah mencederakan
COW2. Apa yang menjadi persoalan ialah adakah ianya dilakukan semasa waktu
kerja? Keterangan COW1 menyatakan bahawa tempat kejadian tersebut hanya
lebih kurang 15 meter dari kawasan pagar kilang. Tempat kejadian tersebut
dikatakan adalah tempat parkir kenderaan pekerja syarikat. Sekiranya Mahkamah
berpendapat bahawa kejadian tersebut berlaku di luar waktu kerja Pihak
Menuntut, adakah wajar pergaduhan di antara Pihak Menuntut dan COW2 tersebut
boleh dikatakan sebagai salah laku? Ini adalah kerana kejadian itu berlaku di luar
waktu kerja Pihak Menuntut. Apakah Pihak Responden hanya boleh mengambil
tindakan terhadap salah laku yang dilakukan oleh pekerjanya dalam tempoh tugas
mereka di syarikat? Dalam erti kata lain, apakah ujian bagi menentukan bahawa
salah laku yang dilakukan oleh pihak pekerja di luar waktu kerja boleh
dikategorikan salah laku yang mewajarkan pembuangan kerja pekerja? Mahkamah
berpendapat salah laku yang melibatkan pekerja di luar daripada waktu bertugas
boleh dijadikan alasan oleh pihak majikan bagi membuang kerja mereka sekiranya
19
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
20/26
keadaan salah laku tersebut boleh menjejaskan kepentingan pihak majikan dan
kakitangan yang lain yang bekerja di syarikat. Ia juga boleh dijadikan alasan untuk
pembuangan kerja sekiranya salah laku pihak pekerja tersebut boleh menjejaskan
reputasi syarikat dan syarikat tidak diharapkan dapat meneruskan perkhidmatan
pihak pekerja di syarikat. Mahkamah harus berhati-hati dalam aspek ini bagi
mengelakkan pihak majikan mengongkong aktiviti pekerja mereka semata-mata
bagi memastikan mereka tidak melakukan salah laku walaupun di luar waktu
bekerja. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan mencerobohi hak privasi pekerja-
pekerja tersebut selepas tempoh mereka bekerja. Dalam konteks ini, Mahkamah
merujuk kepada kes Moore v. C & A Modes [1981] IRLR 71 di mana di dalam kes
tersebut, Tribunal Rayuan Pekerjaan di United Kingdom telah memutuskan bahawa
tindakan pihak majikan memecat pekerjanya iaitu seorang Ketua Seksyen di dalam
kilangnya kerana kesalahan mencuri di sebuah kedai adalah suatu yang
munasabah. Di dalam kes tersebut, pihak menuntut telah berkhidmat di syarikat
responden selama 20 tahun. Tribunal Rayuan Pekerjaan, Y. A. Hakim Justice
Bristow menyatakan seperti berikut :
Accordingly, while it is very sad that Mrs Moore should have been
dismissed in this way after 20 years' service, we cannot say that the
Industrial Tribunal went wrong in law in their approach to the
employers' decision. It seems to us to be quite unreal to expect any
employer in the retail trade not to dismiss someone who has, for 20
years, been a trusted employee, who is reasonably believed to have
20
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
21/26
been stealing just down the road although not from the employers
themselves, because nobody should be more alive than such an
employee to the damage which is caused by what is commonly called
shoplifting and what is no more or less than stealing when things are
taken with the intent to take them and not to pay.
Mahkamah juga meneliti ujian yang digunakan dalam kes B J Jones v. R. M.
Douglas Construction Ltd. [1975] IRLR 175, [1975] ICR 278 di mana Tribunal
Perusahaan di United Kingdom telah memutuskan bahawa tindakan majikan
memecat seorang Jurutera (Mechanical Plant Engineer) yang telah berkhidmat
selama 20 tahun tanpa rekod buruk atas kesalahan ketidakjujuran (dishonesty)
telah dinyatakan sebagai sesuatu yang tidak adil. Tribunal tersebut memutuskan
berkenaan kes ini seperti berikut :
Having considered the evidence and argument the Tribunal was
satisfied that the respondents had shown that the reason for
dismissal of the applicant was his conduct, ie his conviction for
dishonesty. However the respondents did not satisfy the Tribunal in
the terms of para. 6(8) of Schedule 1 that in the circumstances
(having regard to equity and the substantial merits of the case) that
they acted reasonably in treating the conviction as a sufficient reason
for dismissing the applicant. The Tribunal accepted that the
respondents did not dismiss the applicant lightly and had an honest
21
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
22/26
belief in their reasons for doing so. The applicant had been employed
off and on since 1949, ie for about 20 years including his present
employment which had covered a period of nine years. He had a
blameless record with them. The Tribunal was of the opinion that
the respondents had misdirected themselves as to the importance of
his position and though there were risks entailed in his continued
employment as a Plant Engineer these could have been avoided by
demoting him to his original basic grade of mechanic/fitter rather
than dismissal. There was no evidence that such a course had been
considered and with an organisation as large as the respondents,
this should have been done. For all these reasons the Tribunal
found that the dismissal was unfair and invited the respondents to
consider the practicability of re-engaging the applicant as a
mechanic/fitter.
Sementara itu, Mahkamah Rayuan di dalam kes P v. Nottinghamshire County
Council [1992] IRLR 362 di mana di dalam kes tersebut keputusan majikan
membuang kerja pekerjanya atas kesalahan beliau telah disabitkan dengan
kesalahan kelucahan melampau ke atas anak perempuannya tanpa memberi
peluang dengan menawarkan pekerjaan pilihan kepadanya telah diputuskan
sebagai pembuangan kerja yang tidak adil. Pada masa yang sama, Mahkamah juga
meneliti keputusan di dalam kes X v. Y [2004] IRLR 625 di mana Mahkamah
Rayuan di United Kingdom telah memutuskan bahawa tindakan majikan
22
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
23/26
membuang kerja pihak menuntut berdasarkan kepada kesalahan kelucahan
melampau oleh pekerja yang tidak dimaklumkan kepada majikan adalah sesuatu
yang tidak adil.
14. Berdasarkan kepada analisa kedudukan undang-undang berkaitan dengan
tindakan majikan membuang kerja pekerjanya atas alasan salah laku yang berlaku
di luar masa bertugas, dapatlah dirumuskan bahawa perkara-perkara berikut perlu
diberikan perhatian sebelum majikan boleh membuang kerja pekerjanya :
a) adakah salah laku yang melibatkan pekerja tersebut adalah berkaitan dengan
bidang tugas mereka di syarikat?
b) adakah salah laku tersebut boleh menjejaskan reputasi syarikat?
c) adakah salah laku tersebut melibatkan kehidupan peribadi pekerja yang
tidak ada kaitan dengan prestasi kerja di syarikat?
d) adakah salah laku tersebut melibatkan pekerja-pekerja lain di syarikat
sehingga menjejaskan operasi syarikat?
e) adakah salah laku tersebut tidak memungkinkan seorang majikan yang
munasabah meneruskan perjanjian perkhidmatan dengan pekerja yang
berkenaan?
23
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
24/26
15. Di dalam kes ini, keterangan menunjukkan bahawa kejadian pergaduhan
tersebut berlaku sebelum Pihak Menuntut memulakan tugas. Ini berdasarkan
kepada keterangan Pihak Menuntut dan CLW2. Selain itu, tiada keterangan yang
menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku pada jam 12.20 tengah malam kecuali
keterangan COW1, salinan kad perakam waktu di halaman 20 COB dan laporan
polis yang dibuat. Mahkamah berpendapat pergaduhan yang berlaku di luar waktu
kerja Pihak Menuntut adalah suatu yang tidak dapat dinafikan oleh Pihak
Menuntut. Ia merupakan salah laku yang melibatkan pekerja lain di syarikat.
Salah laku tersebut adalah serius sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan
kepada COW2. Pada masa yang sama, Mahkamah juga berpendapat bahawa Pihak
Responden tidaklah diharapkan untuk meneruskan perkhidmatan Pihak Menuntut
setelah salah laku tersebut melibatkan Pihak Menuntut. Di samping itu, ianya
berlaku di kawasan yang hampir kepada syarikat. Keterangan juga menunjukkan
bahawa pergaduhan tersebut berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap
Pihak Responden. Oleh itu, adalah wajar untuk Pihak Responden mengambil
tindakan bagi memastikan pergaduhan tersebut tidak berpanjangan di antara Pihak
Menuntut dan COW2 sehingga menjejaskan operasi syarikat. Pada masa yang
sama, Mahkamah juga tidak menolak keterangan bahawa laporan polis tersebut
yang telah dibuat oleh COW2 telah ditarik balik oleh COW2. Apakah dengan
penarikan laporan polis tersebut menunjukkan bahawa Pihak Menuntut tidak lagi
dikatakan melakukan salah laku kerana mangsa kepada salah laku tersebut telah
membatalkan hasratnya untuk memanjangkan kesnya kepada pihak berkuasa?
24
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
25/26
Adakah tindakan COW2 tersebut boleh diambil kira oleh syarikat dalam
menyatakan bahawa salah laku Pihak Menuntut tersebut telah terhapus dengan
penarikan laporan oleh COW2? Mahkamah berpendapat isu berkenaan penarikan
laporan polis oleh COW2 ke atas Pihak Menuntut adalah merupakan urusan yang
melibatkan Pihak Menuntut dan COW2. Sebaliknya, tindakan yang dilakukan oleh
Pihak Responden kepada Pihak Menuntut adalah berdasarkan kepada hubungan
pekerja dan majikan dalam kerangka perhubungan perusahaan. Oleh itu, fakta
bahawa COW2 telah menarik balik laporan polis kepada Pihak Menuntut tidak
boleh dijadikan alasan bahawa salah laku Pihak Menuntut telah tidak wujud lagi
bagi Pihak Responden mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebaliknya, sekiranya
Mahkamah berpendapat bahawa kejadian pergaduhan tersebut berlaku semasa
Pihak Menuntut bekerja seperti keterangan COW2, COW1 dan laporan polis oleh
COW2, ianya adalah jelas lagi bersuluh bahawa ia adalah salah laku. Ini adalah
kerana pergaduhan tersebut berlaku dalam tempoh tugas Pihak Menuntut. Oleh
itu, jika kesalahan itu berlaku di luar waktu bekerja sekalipun, Mahkamah
berpendapat tindakan Pihak Menuntut tersebut adalah salah laku yang serius dan
mewajarkan Pihak Menuntut dibuang kerja oleh Pihak Responden.
Dapatan
16. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan, hujahan-hujahan kedua-dua
pihak dan eksibit-eksibit yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah
berpendapat bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah adil dan beralasan
25
7/28/2019 Award 16163 Nordin v Koko 28422 Pergaduhan Luar Kilang
26/26
(with just cause and excuse). Oleh itu, rujukan Pihak Menuntut adalah ditolak.
DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 21HB OKTOBER 2011.
t.t
( ROSLAN BIN MAT NOR )PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIACAWANGAN JOHOR
26