1
CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT SEPTEMBER 2016
MESYUARAT JAWATNKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS PERINGKAT JABATAN BIL 2/2016
Putrajaya, 5 September 2016:
Satu mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
peringkat Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah diadakan pada 5
September 2016 yang lepas. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit
Tadbir Urus Cawangan Integriti yang juga merupakan Urusetia
JITU Jabatan telah diadakan di Dewan Persidangan Sri Rampai,
Ibu Pejabat Putrajaya.
Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan
Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato’
Subromaniam A/L Tholasy. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan GST), Dato’
Zulkifli Bin Yahya,
Timbalan Ketua Pengarah
Kastam (Pengurusan) yang
baru, Tuan Hasnol Zam
Zam Bin Ahmad, Pengarah
-Pengarah Bahagian, wakil
AKRAB dan juga pegawai
agama Jabatan.
2
Mesyuarat pada kali
ini membincangkan isu-isu
yang tidak dapat
diselesaikan yang berlaku
di peringkat bahagian dan
juga negeri di seluruh
Malaysia dan keputusan
yang dibuat samada semasa
mesyuarat sedang
berlangsung ataupun
diputuskan untuk
diserahkan kepada
peringkat lebih tinggi iaitu
Kementerian Kewangan
untuk penyelesaian lebih
lanjut. Disamping itu juga,
Mesyuarat JITU
dijadualkan untuk
dilaksanakan sebanyak 3
kali setahun.
Timbalan –Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah -
Pengarah Kastam Bahagian berbincang mengenai isu yang
diusulkan di dalam Mesyuarat JITU Bil 2/2016
3
Majlis perpisahan pegawai
cawangan integriti
Putrajaya, 14 September 2016 :
Pada pertengahan September yang lalu, satu
majlis perpisahan ringkas telah diadakan di
pejabat Cawangan Integriti , Ibu Pejabat. Majlis
yang diadakan adalah bersempena dengan
kenaikan pangkat ke gred WK52 dan perpindahan
bagi 3 orang pegawai kanan Cawangan Integriti.
Antara pegawai yang telah mendapat
kenaikan pangkat ke gred WK52 adalah Penolong
Kanan Pengarah Kastam II (PKPK II), Tuan Mohd
Halim Bin Mohd Yusof dan juga Tuan Abdul Jalil
Bin Rejab. Tuan Halim akan berpindah ke Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) manakala
Tuan Jalil pula masih kekal di Cawangan Integriti
dengan jawatan yang baru. Seorang lagi pegawai
kanan yang akan berpindah adalah Penolong
Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I), Tuan Shahili
Bin Ahmed yang akan berpindah ke negeri Perak
Darul Ridzuan pada hujung bulan Oktober ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan
perpisahan daripada ketiga-tiga pegawai dan
diteruskan dengan penyampaian hadiah
cenderahati yang telah disempurnakan oleh
Timbalan Pengarah Cawangan Integriti, Tn. Razim
Bin Mohd Noor.
Kepada Tn. Shahili, Tn. Halim dan Tn. Jalil,
selamat bertugas di tempat baru dan selamat
maju jaya kami ucapkan.
Tn. Mohd Halim Bin Mohd Yusof (kiri) menerima
cenderahati perpisahan daripada Timbalan
pengarah Caw. Integriti, Tn Razim Bin Mohd Noor.
Tn. Shahili Bin Ahmed menerima hadiah (gambar
atas) menerima hadiah perpisahan dan gambar
ketiga-tiga pegawai yang diraikan (gambar bawah).
4
SIMPOSIUM HISBAH NEGARA 2016
Simposium Hisbah Negara telah berlangsung pada 18 Ogos 2016 bertempat di Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat Putrajaya. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Cawangan Integriti dan BAKISKA Putrajaya. Simposium pada kali ini menampilkan 3 panel jemputan terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Binti Syed Ismail, Uztaz Wan Jaapar Bin Wan Ahmad dan juga Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim
5
Suva, 30 Julai 2016 :
Pada bulan Julai yang lepas, Timbalan
Pengarah Cawangan Integriti, Tuan
Razim Bin Mohd Noor telah
mengiringi Ketua Pengarah Kastam
Malaysia, Dato’ Seri Khazali Bin Hj.
Ahmad ke kunjungan rasmi ke Fiji.
Kunjungan tersebut merupakan
jemputan daripada Fiji Revenue and
Customs Authority dan World
Customs Organization (WCO) kepada
Dato’ Seri Khazali dalam merasmikan
“Sub-Regional Workshop on Integrity
for The Pacific”.
Turut hadir pada ketika itu ialah
Secretary General of World Customs
Organization (WCO), Mr. Kunio
Mikuriya dan juga CEO Fiji Revenue
and Customs Authority, Mr. Visvanath
Das.
Sepanjang kunjungan selama 4
hari dari 27 sehingga 30 Julai 2016,
terdapat beberapa program yang dijalankan dan salah satunya ialah
program pembukaan pejabat baru WCO Asia/Pacific Regional juga telah
di lancarkan di Suva, Fiji.
6
AUDIT DALAMAN EKSA CAWANGAN INTEGRITI
Putrajaya, 19 Ogos 2016:
Satu audit dalaman EKSA telah dijalankan oleh Urusetia EKSA Jabatan di Cawangan
Integriti. Audit yang telah dijalankan untuk kali ke-3 ini adalah untuk memastikan susun
atur barang di pejabat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh EKSA Jabatan
sebelum audit penuh yang akan dilaksanakan oleh pihak MAMPU. Audit telah dilakukan
di beberapa kawasan di sekitar pejabat seperti sudut kitar semula, bilik pegawai dan
ruang kerja pejabat.
7
SEKITAR SAMBUTAN
HARI RAYA AIDILFITRI
2016/1437H CAWANGAN
INTEGRITI
8
Melaksanakan atau bekerjasama
dengan unit-unit pematuhan khusus
seperti Bahagian Audit Dalaman,
Penguatkuasaan, Jika ada, dalam hal-
hal yang berkaitan dengan
pelanggaran tatakelakuan dan
ketidakpatuhan prosedur kerja
Melaksanakan kajian hasil dapatan
pematuhan berkaitan keberkesanan
pelaksanaan dan ketidakpatuhan
terhadap dasar, undang-undang dan
peraturan bagi tindakan susulan.
Bagi memastikan pematuhan
terhadap dasar, undang-undang, kod
etika dan peraturan yang berkaitan
telah ditetapkan berdasarkan
Akujanji Piagam Pelanggan; (cth:
Pemeriksaan Wang Saku, urine test,
Kertas Siasatan, ABT dsb.)
Mengadakan pemeriksaan berjadual
dan mengejut serta naziran terhadap
pelaksanaan tugas dan
tanggungjawab yang telah ditetapkan
di Bahagian/Cawangan/unit yang
telah dikenalpasti
Dari kiri, Ketua Unit
Pemeriksaan & Pematuhan
Cawangan Integriti, Pn.
Shamsiah Binti Abdul Samad,
Penolong Kanan Pengarah
Kastam II. Dibantu oleh 2
orang Penolong Pengarah
Kastam iaitu Tn. Kawi Anak
Nyomui dan Pn. Azlizan Binti
Mohd Mustama
9
STATISTIK ADUAN
AWAM 2016
SEHINGGA SEPTEMBER 2016
SALURAN BILANGAN
SISTEM E-ADUAN 1205
EMEL 231
HADIR 0
SURAT/MEMO 44
TELEFON 1
SAMPUL KECIL 2
BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN 0
JUMLAH 1493
KATEGORI BILANGAN
ADUAN AWAM 1225
PERTANYAAN 24
MAKLUMAT 244
JUMLAH 1493
BAHAGIAN BILANGAN
UNIT ADUAN HQ 186
UNIT ADUAN NEGERI 322
GST 941
PENGUATKUASAAN 44
JUMLAH 1493
BILANGAN MENGIKUT SALURAN YANG
DITERIMA
BILANGAN MENGIKUT KATEGORI
BILANGAN MENGIKUT BAHAGIAN
STATISTIK
TATATERTIB
SEHINGGA SEPTEMBER 2016
KESALAHAN / HUKUMAN BIL.
Jenis Kesalahan: Tidak hadir bertugas 31
Rasuah / Salahguna kuasa 20
Penyalahgunaan Dadah 4
Kegiatan politik 0
Tidak Mengikut Prosedur Kastam 8
Tatakelakuan 14
Jumlah kes 77
Keputusan Lembaga Tatatertib:
Bersalah 49
Bebas 28
Tahan Kerja / Gantung Kerja 0
Tangguh / Pinda Pertuduhan
(DNAA) 0
Hukuman:
Amaran 12
Denda 6
Lucut Hak Emolumen 2
Tangguh Pergerakan Gaji 8
Turun Gaji 8
Turun Pangkat 1
Buang Kerja 19
Kes Kehilangan :
Surcaj 1