Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
1
Bab 1: Lokasi & Bentuk Muka Bumi Bab 2: Iklim & Tumbuhan Semula Jadi Bab 3: Tamadun Awal Bab 4: Bahasa dan Agama Bab 5: Penduduk Bab 6: Ekonomi Bab 7: Kerjasama Serantau Bab 8: Politik & Konflik Bab 9: Masa Depan
BAB 2: IKLIM DAN TUMBUHAN SEMULA JADI
Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
a) Menerangkan perbezaan di antara iklim-iklim benua Asia b) Menjelaskan fenomena alam dan pengaruhnya c) Menganalisis isu perubahan iklim d) Memebezakan di antara jenis-jenis tumbuhan semula jadi di benua Asia e) Menilai kesan manusia terhadap tumbuhan semula jadi
2.1 Pengenalan 2.2 Klasifikasi Iklim Benua Asia
Iklim Tropika
Iklim Gurun
Iklim Gunung
Iklim Sederhana
Iklim Mediterranean
Iklim Polar Tundra
2.3 Fenomena Iklim dan Pengaruh Terhadap Manusia 2.4 Perubahan Iklim 2.5 Jenis-Jenis Tumbuhan Semula Jadi 2.6 Tindakan Manusia Ke Atas Tumbuhan Semula Jadi Kata Kunci Ringkasan Rujukan
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
2
Beijing pada bulan Disember Pulau Bali pada bulan Disember
Gambar 2.1 Pemandangan di dua lokasi di Asia pada bulan Disember
Lihat Gambar 2.1 di atas. Apakah jenis pakaian yang anda akan gunakan jika melawat
Beijing atau Bali pada bulan Disember? Asia, sebuah benua yang begitu luas mempunyai
pelbagai jenis iklim yang telah menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi. Apakah
perbezaan di antara iklim di Kazakistan dan iklim di Malaysia? Adakah tumbuhan semula
jadi di Kalimantan berlainan dengan tumbuhan semula jadi di Arab Saudi? Dalam bab ini
kita akan cuba menjawab soalan-soalan ini. Kini iklim dan tumbuh-tumbuhan asal benua
Asia telah menimbulkan berbagai-bagai isu yang perlu diberi perhatian oleh semua.
Perubahan iklim dan pengahapusan hutan-hutan semula jadi telah menarik perhatian negara-
negara Asia untuk mengambil tindakan tertentu.
Benua Asia menganjur dari 55º Utara hingga 10º Selatan dan 25º Timur hingga 150º Timur.
Benua Asia begitu luas (44,391,162 km persegi) dan oleh demikian terdapat daripada pelbagi
jenis iklim. Secara umum iklim Asia boleh diklasifikasikan kepada ENAM jenis berdasarkan
suhu dan jumlah hujan yang diterima. Lihat Rajah 2.1 yang menunjukkan taburan enam jenis
iklim, iaitu;
2.1 PENGENALAN
2.2 KLASIFIKASI IKLIM BENUA ASIA
1. Iklim Tropika
2. Iklim Sederhana
3. Iklim Gunung
4. Iklim Gurun Sejuk
5. Iklim Gurun Panas
6. Iklim Polar Tundra
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
3
Rajah 2.1 Peta Menunjukkan Taburan Jenis Iklim di Benua Asia
Jk Iklim Laurentia Iklim Sederhana Iklim Gurun Iklim Gunung Iklim Tropika Iklim Mediterranean
Gurun Sederhana
Gurun Panas
Gurun Panas
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
4
Perlu ditegaskan bahawa klasifikasi iklim berdasarkan Klasifikasi Koppen adalah
pembahagian yang agak umum. Contohnya, Iklim Tropika boleh dibahagikan kepada Iklim
Khatulistiwa (Malaysia) dan Iklim Monsun Tropika (Thailand). Sesuatu jenis iklim akan
mempunyai perbezaan yang nyata tertakluk kepada kedudukan, jumlah hujan dan suhu
sesuatu kawasan. Contohnya, dikawasan pergunungan, suhu lebih rendah berbanding dengan
kawasan di kaki gunung yang lebih tinggi [Dibincangkan kemudian].
1. Iklim Tropika
Kita mula dengan membincang tentang Iklim Tropika yang boleh dibahagikan kepada „Iklim
Khatulistiwa‟ (Equatorial Climate) dan „Iklim Monsun‟ (Monsoon Climate) berdasarkan
kedudukan.
a) Iklim Khatulistiwa
Iklim Khatulistiwa dialami oleh kawasan yang terletak di antara garisan khatulistiwa (0°)
hingga 10º utara dan 10° selatan. Kawasan ini termasuk Malaysia, Singapura, Brunei,
selatan Filipina, selatan Thailand dan sebahagian besar Indonesia.
Iklim adalah lembap dan panas sepanjang tahun.
SUHU purata tahunan adalah tinggi iaitu antara 25º - 30º C dan adalah sekata yang bermakna tidak ada musim yang nyata.
o Julat suhu adalah kecil, iaitu hanya 2°C di antara suhu paling rendah dan paling tinggi.
o Waktu siang dan malam adalah hampir sama panjang dan matahari sentiasa di atas kepala. Suhu waktu siang dan malam tidak banyak berbeza, iaitu kira 2-3º C.
HUJAN turun sepanjang tahun, iaitu kira-kira 2400 mm dan tidak ada musim kering yang nyata.
o Bagiamana pun hujan paling turun pada bulan-bulan tertentu. Contohnya di Kuala Lumpur, hujan lebat turun pada bulan October hingga April.
b) Iklim Monsun
Iklim Monsun didapati di antara 10º - 45º Utara dan Selatan garisan Khatulistiwa dan
meliputi Thailand, Laos, Cambodia, Selatan Vietnam, Myanmar, Filipina, Jawa Barat,
Bangladesh, Sri Lanka dan Selatan India. Negara-negara yang mengalami iklim Monsun,
mempunyai dua musim yang nyata; musim kering dan musim hujan.
a) Musim Kering: (Oktober hingga Mei)
Iklim adalah kering dan panas.
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
5
SUHU o Pada musim ini purata suhu purata ialah di antara 24º hingga 30º C.
HUJAN o Angin monsun timur laut yang bertiup dari daratan ke laut membawa
sedikit hujan sahaja.
b) Musim Hujan: (Jun hingga September)
Iklim adalah lembap dan panas.
SUHU o Pada musim ini purata suhu purata ialah di antara 24º hingga 30º C.
HUJAN o Musim hujan bermula apabila angin monsun barat-daya bertiup dari laut ke
kawasan daratan. Pada musim ini negara seperti Bangladesh, India, Pakistan, Filipina dan China menerima di antara 400 hingga 600 mm hujan setiap bulan pada bulan Jun hingga September.
2. Iklim Sederhana
Iklim Sederhana dialamai iklim di China, Korea Selatan, selatan Jepun, utara India, utara
Turki dan Taiwan.
a) Musim Panas (April – November)
Iklim adalah panas dan lembap.
SUHU
C Cherrapunji di wilayah Assam di India menerima hujan tahunan sebanyak 11,800 mm setahun. Banding ini dengan Kuala Lumpur di Malaysia yang menerima hanya 2400 mm hujan setahun. Cherrapunji ialah tempat yang paling lembab dalam dunia dan pada tahun 1861, telah menerima sebanyak 26,460 mm hujan.
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
6
Je a) Nyatakan perbezaan yang nyata di antara iklim khatulistiwa dan iklim monsun tropika di benua Asia. b) Jelaskan ciri-ciri iklim sederhana yang dialami di China, Jepun dan Korea Utara dan Korea Selatan.
o Pada panas kawasasn tekanan rendah wujud di bahagain tengah benua Asia dan ini menyebab Angin Monsun Tenggara bertiup daripada Lautan Pasifik menunju ke Kawasan daratan.
o Suhu pada musim panas agak tinggi dengan purata suhu 21°C kecuali di kawasan tanah tinggi suhu adalah lebih rendah. Tahukah anda mengapa?
o Contohnya, suhu di Bandaraya Shanghai pada musim panas ialah 22°C, suhu di Beijing ialah 30°C dan suhu di Tokyo ialah 25°C. Jika anda ingin melawat bandar-bandar ini, mungkin inilah musim yang baik sekiranya anda tidak gemar sejuk!
HUJAN o Hujan lebat sekali turun pada bulan Jun hingga September dan purata hujan
yang turun ialah di antara 250 hingga 1500 mm. Kawasan pantai (1500 mm) menerima lebih banyak hujan berbanding dengan kawasan pedalaman jauh ke barat (250 mm).
o Pada musim ini, angin taufan kerap berlaku di pantai tenggara China, selatan Jepun danTaiwan.
b) Musim Dingin (December – Februari)
Iklim adalah sejuk dan kering.
SUHU o Suhu pada musim dingin turun hingga bawah takat beku (0°C) dan salji
mungkin turun kawasan tertentu pada musim ini. o Contohnya, suhu di Shanghai pada musim dingin ialah 9°C, suhu di Beijing
boleh turun sehingga 0°C dan suhu di Tokyo ialah 10°C. Tahukah anda mengapa suhu musim dingin di Beijing lebih rendah berbanding suhu di Tokyo?
HUJAN o Musim dingin adalah kering dan kemarau berpanjangan disebabkan angin
monsun barat laut yang bertiup berpunca dari kawasan daratan. o Purata hujan pada musim ini ialah 250 mm di kawasan pantai sementara
kawasan pedalaman ke barat menerima hanya 150 mm hujan.
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
7
3. Iklim Gurun
Kawasan yang mengalamai iklim gurun (desert climate) ialah Arab Saudi, selatan Iran, barat
Pakistan, Yemen, Iraq dan Afghanistan. Ciri utama iklim ini ialah kekontangan, iaitu hujan
yang diterima jarang melibihi 250 mm setahun. Ini ialah kerana angin lazim yang bertiup
berpunca dari kawasan daratan dan oleh itu adalah kering. Iklim guru terbahagi kepada dua
jenis gurun tertakluk kepada suhu.
Iklim Gurun Panas – dialami di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Pakistan. o Contohnya, suhu di Madinah, Arab Saudi purata ialah 35ºC dan pada musim
panas boleh meningkat hingga 40ºC. Julat suhu di antara musim panas dan musim dingin adalah kecil, iaitu kira-kira 10ºC.
o Bagaimana pun, julat suhu waktu dan waktu malam di kawasan guru adalah tinggi. Pada waktu malam, gurun boleh menjadi sejuk dan suhu boleh turun hingga 10°C manakala suhu waktu siang boleh mencecah 40°C.
o Gurun panas terkenal ialah Gurun Rub’ al Khali di Arab Saudi dan Gurun Iran.
Iklim Gurun Sederhana – dialami di Mongolia, bahagian utara China dan Kazakhistan.
o Contohnya suhu di Ulan Bator, Mongolia ialah purata 19ºC. Perbezaan yang ketara ialah suhu pada musim panas dan suhu pada musim dingin.
o Suhu pada musim dingin boleh turun sehingga – 7ºC manakala suhu pada musim panas boleh meningkat hingga 26ºC.
o Oleh itu julat suhu di antara musim dingin dan musim panas ialah kira-kira 33ºC.
o Gurun sederhana terkenal ialah Gurun Gobi di China dan Guru Thar di India.
4. Iklim Gunung
Kawasan yang mengalamai iklim gunung yang nyata ialah di Dataran Tibet yang purata
ketinggian ialah 4000 hingga 8000 meter (Lihat Rajah 2.2a). Faktor yang menyebabkan
kewujudan iklim gunung ialah ketinggian kawasan.
o Iklim di kawasan pergunungan sepatutunya lebih kurang sama dengan yang terdapat di kawasan aras laut tetapi ia lebih rendah disebabkan oleh kadar penurunan suhu sebanyak 6.4ºC bagi setiap 1000 meter ketinggian (Lihat Rajah 2.2b).
o Contohnya, sekira suhu di aras laut ialah 25.6°C, suhu di kemuncak banjaran gunung dengan ketinggian 4000 meter akan turun ke takat air beku 0°C.
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
8
Je a) Apakah perbezaan di antara iklim gurun panas dan iklim gurun sederhana? b) Namakan tiga negara yang mengalami iklim gurun. c) Mengapakah suhu di kemuncak gunung lebih rendah berbanding dengan suhu sekeliling di kaki pergunungan?
(a)
Rajah 2.2 Dataran Tibet dan Banjaran Himalaya yang mengalami Iklim Gunung
o Sesetengah kemuncak gunung diliputi salji sepanjang tahun manakala kawasan di kaki gunung (pada aras laut) mengalami iklim sederhana. Tahukah anda, cuaca di kawasan pergunungan boleh bertukar dengan cepat dalam tempoh beberapa jam. Dalam dalam beberapa minit suhu boleh turun daripada panas ke sejuk hingga ke bawah takat beku (iaitu 0°).
o Kawasan pergunungan dan dataran tinggi menerima hanya sedikit hujan kerana gunung bertindak menghalang angin yang membawa hujan. Bagaimana pun lereng gunung yang menghadap angin menerima hujan yang agak lebat manakala lereng pergunungan lindungan hujan boleh menjadi sangat kering. Contohnya, kawasan pedalaman Dataran Deccan adalah sangat kering kerana dilindungi hujan (rain shadow).
o Bandar Leh (dengan ketinggian 5000 meter) yang terletak di Banjaran Himalaya menerima hanya 80mm hujan setahuan. Bagaimana pun kerana suhu yang begitu rendah, salji menggantikan hujan di kemuncak gunung.
o Dataran Tinggi Tibet dan Banjaran Himalaya menjadi punca beberapa sungai-sungai akhibatkan pencairan salji dan ais yang mengalir ke kawasan tanah rendah. Contohnya, Sungai Brahmaputra yang mengalir ke Bangladesh,
(b)
3 25.6°C
3 0°C
3 4000 m
3 0°C
3 4000 meter
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
9
5. Iklim Mediterranean
Iklim Mediterranean dialami oleh kawasan sekitar Laut Mediterranean termasuk Lubnan,
Israel, pantai barat Syria dan pantai selatan Turki.
Musim dingin adalah lembab.
a) Musim Panas (April – November)
SUHU o Suhu pada musim panas ialah di antara 21ºC hingga 27ºC.
HUJAN o Musim panas adalah kering dan kemarau berpanjangan. o Hanya 150 mm hujan diterima pada musim panas.
b) Musim Dingin (December – Februari)
SUHU o Suhu pada musim dingin adalah sederhana sejuk di antara 10°C hingga 15°C. o Julat suhu tahunan, iaitu di antara musim panas dan musim dingin adalah
lebih kurang 10°C.
HUJAN o Hujan turun pada musim dingin dan kawasan-kawasan yang mengalami iklim
ini menerima kira-kira 800 mm. o Ini berlainan dengan jenis-jenis iklim lain yang menerima hujan yang lebat
pada musim panas.
Jenis iklim Mediterranean didapati sangat sesuai bagi penanaman buah-buahan sitrus dan anggur.
6. Iklim Tundra
Ikim Tundra dialami di utara Korea Utara, utara China, utara Iran dan utara Mongolia.
Musim dingin adalah panjang, selama lapan bulan dalam setahun dan sangat sejuk.
SUHU o Pada musim dingin kurang daripada 0°C dan kadangkala turun hingga −30°C. o Pada musim panas pula sushu jarang melebihi 10°C. o Julat suhu tahunan adalah lebih kurang 40°C.
HUJAN & SALJI o Kawasan ini menerima antara 250 hingga 300 mm hujan setahun. o Sebahagian hujan turun dalam bentuk salji pada musim dingin.
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
10
a) Apakah keunikan iklim Mediterranean berbanding dengan iklim-iklim lain? b) Nyatakan ciri-ciri iklim tundra. Mengapakah ia sejuk?
J
Kita telah membincang tentang jenis-jenis iklim yang terdapat di benua Asia. Kini kita lihat
pula beberapa fenomena iklim seperti taufan, banjir dan kemarau serta kesannya terhadap
penduduk Asia.
TAUFAN
Taufan atau dalam Bahasa Inggeris typhoon berasal daripada perkataan bahasa Parsi
“toofan”, China “taifeng” atau bahasa Jepun “taifu” yang bermakna angin kencang. Taufan
merupakn ribut kencang yang terwudu di kawasan lautan (Lautan Pasifik) dan bertiup ke
kawasan daratan (Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan).
Apakah yang menyebabkan kejadian taufan? Taufan berpunca daripada kawasan laut yang mempunyai suhu sekurang-kurangnya 26°C yang menyebabkan atmosfera sekeliling menjadi tidak stabil. Atmosfera yang lembab menyumbang kepada kejadian taufan dan lazimnya taufan akan bertiup daripada kawasan tekanan tinggi menuju ke kawasan daratan yang mengalami tekanan rendah di benua Asia (Lihat Rajah 2.3).
Rajah 2.3 Taufan yang Melanda benua Asia Pada bulan Mei hingga November
Arah Angin Taufan
2.2 FENOMENA IKLIM DAN PENGARUH TERHADAP MANUSIA
Tekanan Rendah
Tekanan Tinggi
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
11
Di benua Asia, taufan kerap berlaku di
antara garis lintang 8° hingga 15°
Utara dan negara-negara yang kerap
dilanda ribut taufan ialah Jepun, Hong
Kong, Taiwan, Filipina, Korea Utara,
Korea Selatan, India, China dan
Bangladesh. Lazimnya taufan berpunca
di kawasan laut dan bergerak ke barat
menuju ke kawasan-kawasan daratan.
Lihat Rajah 2.4 yang menunjukkan
bergerakan taufan yang berpunca di
Lautan Pasifik menuju ke bahagian
selatan Jepun, bahagian utara Filipina
dan terus ke Taiwan dan pantai timur
China.
Sesuatu taufan itu boleh mencapai kelajuan hingga 120 km sejam dan membawa hujan lebat
ke kawasan yang dilanda. Angin kencang boleh membawa kerosakan yang teruk kepada
bangunan, tanaman, jalanraya, dan jalan keretapi. Salah satu kesan yang serius daripada
dilanda taufan ialah banjir kilat yang menyebabkan kehilangan nyawa serta tanah runtuh
(Lihat Rajah 2.5).
Beberapa Rekod tentang Taufan di Asia
Tahun 1964 direkod sebagai tahun yang mengalami paling banyak taufan dengan 39
ribut kencang yang melanda negara-negara benua Asia.
Taufan yang paling kuat dalam sejarah ialah Taufan Tip yang berpunca dari
Lautan Pasifik dan mencecah kelajuan 310 km sejam pada tahun 1979. Taufan Tip
melanda bahagian selatan Jepun dan hampir 100 orang terkorban.
Rajah 2.4 Taufan yang berpunca dari Lautan Pasifik menuju ke benua Asia [Sumber: National Institute of Informatics, Frauke
Feser]
Rajah 2.5 Kesan Taufan yang melanda Manila, Filipina pada Disember, 2011
[Sumber: PinoyGigs.com]
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
12
Je a) Sila tonton beberapa klip video dalam MyAeU tentang kejadian angin taufan. Komen. b) Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kewujudan taufan. c) Nyatakan kawasan-kawasan yang kerap dilanda taufan d) Apakah kesan kepada kawasan yang dilanda taufan kuat?
J
Pada tahun 1975, Taufan Nina telah melanda China dan menyebabkan 100,000
orang terkorban dan 12 loji takungan air termusnah.
Taufan Morakot melanda Taiwan pada 2009 dan membawa hujan yang paling
banyak sehingga 2300 mm dalam tempoh satu hari sahaja. Kos kerosakkan yang
dialami ialah kira-kira RM24 billion.
Taufan-taufan yang melanda negara-negara Asia telah diberikan nama. Bagaimana pun nama
yang diberikan tidak ada kaitan dengan jenis taufan atau kawasan yang dilanda. Berikut ini
ialah beberapa contoh nama taufan.
Jika kita tinjau sejarah bumi, perubahan iklim ialah suatu fenomena alam yang lazim berlaku.
Dalam 650,000 tahun yang lampau, bumi telah melalui beberapa peredaran zaman ais. Pada
Zaman Ais (Ice Age) suhu turun dan ini menyebabkan lautan menjadi beku dan sungai-
sungai menjadi glasier (sungai ais). Kesan daripada ini ialah penurunan aras laut (drop in
sea level). Zaman Ais mula berkahir dengan perningkatan suhu dan kepanasan bumi. Lautan
yang beku dan glasier mula bercair dan in menyebabkan aras laut naik.
Kini pula, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bumi sedang menjadi panas dan iklim
telah mula berubah. Keadaan ini membimbangkan kerana perubahan iklim (climate change)
Nama Tahun Kawasan yang Dilanda
Taufan Nuri 2002 Korea Selatan Taufan Molave 2003 Luzon (Filipina), China Taufan Doksuri 2005 Japan Taufan Sanba 2006 China
Taufan Morakot 2009 Taiwan, China
2.4 PERUBAHAN IKLIM
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
13
disebabkan oleh kegiatan manusia dan sedang berlaku pada kadar yang agak cepat di benua
Asia. Perubahan iklim ini wujud dengan peningkatan suhu, perubahan dalam jumlah hujan
atau salji yang turun dan perubahan peredaran musim. Perubahan suhu dikaitkan dengan
‘pemanasan global’ (global warming) yang menunjukkan bahawa suhu di benua Asia
sedang meningkat dalam beberapa dekad yang lampau.
Bagaimana pun, fenomena perubahan iklim sedang diperdebatkan kerana ada pihak-pihak
tertentu yang berhujah perubahan ini adalah sesuatu kejadian semula jadi dan bukan kerana
kegiatan manusia. Manakala terdapat pihak lain yang telah memberi bukti-bukti saintifik
bahawa kegiatan manusia yang mempercepatkan perubahan iklim.
Kini terdapat bukti yang kukuh bahawa pemanasan bumi selama 50 tahun lepas disebabkan
kegiatan manusia. Dalam laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca
(IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan itu menyimpulkan lebih
daripada 90% penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia.
Gambar photo satelit menunjukkan bahawa glasier-glasier di Banjaran Himalaya kini
telah berundur sejak beberapa dekad yang lalu. Iaitu, glasier-glasier telah bercair
kerana suhu telah meningkat.
Satu pertiga takungan ais dunia terdapat di Dataran Tibet. Menurut Pentadbiran
Meterorologi China, kepanasan global telah menyebabkan kenaikan suhu empat kali
ganda dan mempercepatkan pencairan glasier-glasier. Adalah dijangkakan dalam
tempoh 30 tahun, hampir 80% glasier di Dataran Tibet akan bercair.
Ini akan menyebabkan kenaikan aras laut dan menjejas tempat kediaman, pertanian
dan infrastruktur penduduk yang tinggal di kawasan rendah [Baca kajian kes
Bangladesh]
Pada masa jangka panjang g kehidupan ramai penduduk Asia akan terjejas. Ini adalah
kerana Dataran Tibet merupakan punca Sungai Brahmaputra, Sungai Ganges dan
Sungai Indus. Dengan perkataan lain, sumber air untuk lembah-lembah ini akan
terjejas.
Apakah yang Menyebabkan Kepanasan Global?
Lihat Rajah 2.6. Sinaran matahari memanaskan bumi pada waktu siang dan pada waktu
malam sinaran matahari dibalikkan tanpa halangan. Dalam keadaan demikian suhu bumi
dikekalkan pada kadar sederhana. Kini dengan pembakaran arang batu, minyak dan gas asli
untuk menghasilkan elektrik, memanaskan rumah, memberi kuasa kepada kilang dan
kenderaan, melepaskan karbon dioksida ke atmosfera bumi. Para saintis telah menunjukkan
bahawa konsentrasi karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat sebanyak 50% sejak
tahun 1800 (Roy Spencer, 2012, WeatherStreet.com). Apakah kesan penambahan karbon
dioksida dalam atmosfera?
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
14
Pembalikkan sinaran matahari terperangkap oleh gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida
Rajah 2.6 Fenomena yang Menyebabkan Pemanasan Global
Karbon diokside dan wap air serta gas-gas lain seperti karbon monoksida, kloro flurokarbon
(CFC) dan nitros oksida yang dilepaskan ke atmosfera, berfungsi seperti „selimut‟ yang
menyerap dan memerangkap haba (Lihat Rajah 2.6). Ini dipanggil “kesan rumah hijau”
(greenhouse effect) yang telah menyebabkan purata suhu permukaan bumi meningkat.
Dengan perkataan lain, kegiatan manusia telah mempercepatkan pemanasan global yang telah
mengubah iklim benua Asia.
Gas-gas rumah hijau yang dilepaskan ke atmosfera adalah hasil kegiatan manusia seperti
pembakaran bahan api daripada berjuta-juta kenderaan, aktiviti perkilangan dan penebangan
hutan.
Pokok dan tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Apabila pokok
ditebang untuk pembangunan penempatan, pertanian dan tujuan lain, oksigen yang dlepaskan
ke udara berkurangan. Bertambah pula, tumbuh-tumbuhan ini melepaskan karbon dioksida
apabila reput dan dibakar.
KAJIAN KES: Kesan kepada Bangladesh sekiranya aras laut naik sebanyak 1 meter
Sebahagian besar Bangladesh terdiri daripada kawasan delta yang rendah sepanjang Teluk Benggala. Sekiranya aras laut naik sebanyak 1 meter akhibat daripada perubahan iklim, kawasan seluas 30,000 km persegi akan ditenggelami air (Lihat Rajah 2.7).
Berjuta-juta penduduk terpaksa dipindah kerana kawasan perumahan ditenggelami air
Kawasan pertanian akan termusnah dengan pengaliran masuk air laut yang bergaram
Kehilangan hutan-hutan semula jadi sepanjang kawasan pantai
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
15
Kesan-kesan ini akan merumitkan keadaan kerana Bangladesh mempunyai penduduk yang ramai (150 juta penduduk) yang tinggal di kawasan yang kecil. Kebanyakkan kawasan yang akan ditenggelami merupakan kawasan penduduk yang ramai. Bangladesh belum lagi dapat menghasilkan biji-bijian dan protin yang cukupi untuk menampung keperluan penduduknya.
Oleh demikian, kerajaan Bangladesh perlu mengambil tindakan tertentu dalam menghadapi masalah kenaikan aras laut yang akan terjadi dalam jangka masa yang agak pendek.
[sumber: CSIRO. Climate Change in the Asia/Pacific Region. B. Preston, R. Suppiah, I. Macadam & J. Bathols. 2006]
Negara-Negara Asia Perlu Kongsi Maklumat Perubahan Iklim
BANGI, 14 Mei, 2012. Negara-negara Asia harus bekerjasama berkongsi maklumat bagi menangani masalah bencana alam yang berkaitan dengan perubahan iklim, kata seorang pakar iklim antarabangsa dari Universiti Cambridge. Profesor Julian Hunt. Beliau memberitahu dalam suatu forum anjuran Institut Kajian Bencana Alam UKM (SEADPRI-UKM). Menurut beliau, negara-negara Asia jelas menunjukkan kurang mampu untuk menghadapi bencana alam secara bersendirian. Prof Hunt menolak dakwaan kononnya kepanasan dunia dan perubahan iklim tidak dapat dibuktikan. Menurut beliau banyak bukti dilihat dalam tempoh 40 tahun lalu. Mereka yang mencurigai fenomena itu hanya guna data purata suhu permukaan laut dan ini tidak memadai. Lebih penting lagi, suhu di dasar laut semakin naik, khasnya di kawasan tropika. Beliau berkata walaupun memang benar tiada perubahan ketara suhu permukaan laut, tetapi perbezaan ketara dilihat bagi suhu bumi dalam masa 10 tahun kebelakangan ini. Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan itu boleh berpunca daripada proses dinamik di bumi dan daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari dan juga dari kegiatan manusia. Sumbangan manusia ini
Rajah 2.7 Gambar menunjukkan Banjir di Bangladesh [sumber: The Watchers: Watching the World Evolve
and Transform.]
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
16
Je a) Apakah yang menyebabkan perubahan iklim? b) Jelaskan kegiatan manusia yang menyumbang kepada kepanasan global. c) Terangkan kesan perubahan iklim kepada Bangladesh. d) Apakah tindakan yang harus diambil oleh negara-negara Asia dalam menghadapi masalah perubahan iklim ?
J
termasuk peningkatan tahap gas yang memerangkap haba (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida di atmosfera bumi. Satu cara manusia menyumbang kepada gas rumah hijau adalah dengan membakar bahan api. Adalah penting, kata pakar iklim itu, untuk menubuhkan sistem rangkaian ahli sains dalam Asia bagi menangani masalah demikian. Beliau yakin masyarakat umum akan terima hakikat perubahan iklim dan pemanasan dunia jika banyak negara mengambil inisiatif secara bersepadu. Jika satu-satu negara sahaja yang ambil berat, orang ramai tidak akan memberi pandangan serius terhadapnya. [Sumber: adaptasi Saiful Bahri Kamaruddin, Portal UKM New Portal, 12 Mei, 2012]
Apa itu Tumbuhan Semula Jadi?
Tumbuhan semula jadi atau tumbuhan asal ialah tumbuhan yang terdapat dalam semula jadi
di sesuatu kawasan tanpa diganggu oleh kegiatan manusia. Jenis tumbuhan semula jadi yang
terdapat di sesuatu kawasan bergantung kepada iklim, jenis tanah-tanih dan ketinggian di
kawasan berkenaan. Contohnya, kawasan yang mengalami iklim khatulistiwa, hutan
khatulistiwa bertumbuh dengan berleluasa manakala kawasan yang mengalami iklim gunung,
tumbuhan semula jadi terdiri daripada hutan gunung. Sepertimana Asia mempunyai pelbagai
jenis iklim, ia juga diliputi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan asal (Lihat Rajah 2.4).
1. Hutan Tropika
Hutan tropika meliputi kawasan yang luas di antara garisan lintang 5°S hingga 20°U (Lihat
Rajah 2.2). Hutan tropika terbahagi kepada DUA jenis hutan; iaitu Hutan Khatulistiwa
(Equatorial Forest) dan Hutan Monsun (Monsoon Forest).
2.5 TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
17
a) Hutan Khatulistiwa
Hutan Khatulistiwa (Equatorial Rainforest) didapati di kawasan yang mengalami iklim
khatulistiwa yang meliputi Malaysia, Indonesia, selatan Filipina, Sri Lanka dan Timur Timor.
Menurut laporan FAO (2000), 23% hutan khatulistiwa dunia terdapat di Asia, 19% di benua
Afrika dan 58% di Amerika Selatan (terutama di Brazil).
Rajah 2.3 Jenis-Jenis Tumbuh-Tumbuhan Asal Benua Asia
Aktivit-aktivti manusia seperti pertanian, pembalakkan, urbanisasi dan perindustrian telah
menyebabkan pemusnahan tumbuhan semula jadi dibanyak kawasan-kawasan benua Asia.
Contohnya, beribu-ribu hektar hutan khatulistiwa di Malaysia dan Indonesia telah ditebang
dan digantikan dengan penanaman kelapa sawit.
Hutan khatulistiwa adalah „malar hijau‟ (evergreen); iaitu daun-daun sentiasa berwarna hijau
sepanjang tahun dan tidak bertukar warna dan luruh. Hutan ini terdiri daripada pelbagai
spesies pokok yang besar dan tinggi dengan daun-daun yang lebar (Lihat Rajah 2.4). Antara
Hutan Khatulistiwa
Hutan Monsoon
Jk Padang Rumput Hutan Gunung Tumbuhan Gurun Hutan Campur Hutan Tropika Hutan Mediterranean
okoko
Padang Rumput Savanah
Padang Rumput Steppe
Padang Rumput Savanah
Padang Rumput Steppe
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
18
jenis-jenis pokok yang terdapat di hutan ini ialah balau, meranti, kapur, kerung, seraya,
reseak, keledang dan nyatuh.
Pokok-pokok ini tumbuh lurus sehingga 50
meter tinggi dan berakar banir. Selain pokok-
pokok besar, terdapat tumbuhan tumpang,
tumbuhan parasit, paku-pakis dan pelbagai jenis
bunga. Pokok-pokok yang terdapat di hutan ini
tumbuh rapat-rapat dan membentuk satu silara
(atau kanopi) yang berterusan. Oleh demikiran
sinaran matahari tidak dapat sampai ke lantai
hutan dan ini menyebabkan hutan ini gelap dan
lembap. Pernahkah anda berjalan dalam hutan
khatuliswa?
Satu ciri yang menarik tentang hutan khatulistiwa ialah perlapisan tumbuh-tumbuhan (Lihat
Rajah 2.5).
Lapisan pertama (dipanggil lapisan renjong) terdiri daripada tumbuh-
tumbuhan yang besar dan tinggi yang melebihi 40 meter. Pokok-pokok ini
tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi. Pokok-
pokok ini menpunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan
menahan daripada tumbang.
Rajah 2.4 Hutan Khatuistiwa yang malar hijau sepanjang tahun
Lapisan Kanopi
Lapisan Tengah
Lantai Hutan
Rajah 2.5 Lapisan-Lapisan Hutan Khatuistiwa
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
19
Lapisan kedua (dipanggil lapisan kanopi) terdiri daripada pokok-pokok
dengan ketinggian antara 20 hingga 40 meter. Pokok-pokok tumbuh denagn
rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari
dari sampai ke lanyai hutan.
Di bawah kanopi adalah lapisan tengah, terdiri daripada pokok-pokok yang
sederhana padat yang tumbuh 10 ingga 20 meter tinggi. Tumbuh-tumbuhan
yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit. Tumbuhan epitif
tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang masih hidup untuk
sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
Lapisan bawah atau lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang kurang
10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan, pokok renek, semak
samun dan pokok herba kecil didapati di lapisan ini. Tumbuh-tumbuhan di
lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.
Hutan khatulistiwa merupakan hutan yang tertua di dunia dan menjadi habitat pelbagai jenis
hidupan liar seperti badak, gajah, orang utan, seladang dan harimau.
b) Hutan Monsun
Hutan monsun terdapat dengan
meluas di Thailand, Myanmar,
Laos, Cambodia, Vietnam, utara
Filipina, India dan Sri Lanka.
Hutan tidak begitu tebal jika
dibandingkan dengan hutan
khatulistiwa. Ini telah
menyebabkan lantai hutan padat
dengan tumbuhan seperti buluh,
paku-pakis, semak-samun, herba,
buluh dan tumbuhan menjalar.
Ketinggian pokok-pokok ialah
antara 20 meter hingga 50 meter.
Pada musim kemarau, pokok-
pokok di sini menggugurkan daun
untuk menjimatkan ari. Antara
jenis-jensi pokok ialah penaga,
inkanyin, pyinkado, cendana,
pedauk, sal, inkanyin dan
mahogani. Kayu jati merupaka kayu keras yang paling berharga (Lihat Rajah 2.6).
Hutan monsun tropika adalah habitat bagi kira-kira 200 spesies haiwan, 800 spesies burung,
100 spesies amfibia dan 150 spesies reptilia. Antara contoh hidupan liar ialah cerpelai, gajah,
harimau, musang, anjing liar, ular dan badak sumbu. Burung-burung yang hidup seperti
burung murai, burung belatuk dan burung nuri.
Rajah 2.6 Pokok Jati yang digunakan untuk membuat perabot
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
20
Je a) Bincangkan ciri-ciri hutan khatulistiwa. b) Senaraikan jenis-jenis hutan khatulistiwa. c) Nyatakan perbezaan di antara hutan khatulistiwa dan hutan monsun. d) Apakah perbezaan yang nyata di antara hutan daun luruh dan hutan daun tirus?
2. Hutan Campur
Hutan ini dipanggil „hutan campur‟ kerana terdapat hutan daun luruh dan hutan daun tirus.
Hutan campur meliputi Taiwan, bahagian timur China, Korea Selatan dan bahagian selatan
Jepun dan Dataran Deccan di India.
a) Hutan Daun Luruh (Deciduous): “Deciduous” ialah perkataan Bahasa Inggeris yang
bermakna „luruh apabila matang‟ apabila pokok dan tumbuhan renek kehilangan daun
mengikut musim tertentu. Dedaun luruh sebagai proses semula jadi yang bermula
pada musim daun luruh (autumn season) dan kehilangan semua daun pada musim
dingin. Ini adalah untuk menjimatkan air kerana kekurangan hujan yang turun pada
musim dingin. Juga proses ini menjadikan tumbuhan bertahan keadaan iklim yang
sejuk. Pada musim bunga (spring season) dedaun baru akan tumbuh. Jenis-jenis
pokok ialah oak, maple, elm, birch, mulberi dan magnolia.
b) Hutan Daun Tirus (Coniferous): Hutan
Daun Tirus terdapat dengan luas
bahagian-bahagian utara China, India
dan Jepun yang mengalamai iklim sejuk
selama enam bulan. Pokok-pokok
berbentuk kon supaya salji tidak
terkumpul pada dahan-dahan pokok dan
mengelakan dahan daripada mudah
terpatah. Bentuk kon in juga
mengurangkan halangan tiupan angin
kencang. Daunnya yang kecil, tebal dan
berbentuk jarum menyekat perpeluhan
yang keterlaluan daripada berlaku.
Hutan pokok tirus terdiri daripada hanya beberapa jenis pokok sahaka, seperti pokok
pain, fir, sprus dan larch. Pokok-pokok ini tumbuh lurus dan tinggi, hingga melebihi
30 meter tinggi. Pokok-pokok ini adalah malar hijau dan oleh itu tidak menggugurkan
daunnya walau pun iklimnya sejuk. Hutan ini tidak mempunyai tumbuhan-tumbuhan
bawah yang banyak. Hutan pokok tirus ini kaya dengan sumber kayu lembut yang
digunakan untuk pembinaan, membuat perabot, palpa dan kertas.Hutan ini juga
menjadi habitat bagi beberapa jenis hidupan liar seperti rusa, tikus kasturim cempelai,
mink, musang dan lain-lain.
3. Padang Rumput
Rajah 2.7 Pokok daun tirus di utara China
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
21
Secara umum, kawasan padang rumput terbahagi kepada dua jenis; iaitu padang rumpunt
savanah dan padang rumput Steppe. Mengapakah kawasan-kawasan rumput ini tidak
mempunyai banyak pokok? Ini adalah kerana kawasan-kawasan ini menerima hanya 500 mm
hujan setahun. Bertambah pula hujan yang turun mengalami kadar sejatan yang tinggi pada
musim panas. Keadaan ini telah menyebabkan hanya rumput dapat tumbuh dan jika terdapat
pokok pun, ia terhad kepada kawasan-kawasan yang lembap.
a) Padang Rumput Savanah
Padang rumput savanah terdiri daripada pokok-pokok renek yang berselerak dan
rumput. Rumput adalah kasar dan tumbuh secara berjambak-jambak. Di kawasan
yang lebih lembab, rumputnya adalah panjang dan tumbuh rapat-rapat. Di kawasan
yang lebih kering, semak samun wujud dengan rumput yang pendek dan jambak
dengan tanah yang terdedah di antara rumput-rumput tersebut.
b) Padang Rumput Steppe
Padang rumput Steppe terletak di
kawasan pedalaman benua Asia dan
meliputi Mongolia, Kazakhstan dan
bahagian utara China. Rumput
adalah pendek disebabkan oleh hujan
yang berkurangan. Rumput ini
mempunyai akar yang panjang dan
membentuk lapisan yang tebal, malar
hijau dan tidak terputus-putus pada
musim panas (Lihat Rajah 2.8).
Rumput menjadi perang pada musim
dingin dan layu apabila salji meliputi
tanah.
4. Hutan Gurun
Tumbuh-tumbuhan gurun meliputi sebahagian besar kawasan Asia Barat Daya, kawasan
pedalaman China dan Mongolia seperti Gurun Rub‟ al Khali di Arab Saudi, Gurun Gobi dan
Gurun Iran. Lazimnya, kita menganggap kawasan gurun sebagai kawasan yang tandus.
Sebenarnya, kawasan gurun boleh menampung tumbuh-tumbuhan serta pelbagai kehidupan
liar. Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun terdiri daripada tumbuhan yang tahan
dengan keadaan kemarau yang berpanjangan. Contoh tumbuhan yang tumbuh di kawasan
gurun ini ialah seperti semak samun berduri, rumput esparto, kaktus, pokok kurma, lidah
buaya, dan pokok-pokok akasia bantut (Lihat Rajah 2.9).
Rajah 2.8 Padang Rumput Steppe
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
22
Je a) Apakah padang rumput Steppe? b) Bagaimana tumbuhan di gurun menyesuaikan diri dengan keadaan iklim? c) Apakah jenis haiwan yang telah menyesuaikan diri dengan keadaan iklim gurun?
Pokok berduri Pokok kurma
Tumbuhan di kawasan gurun mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan
air dalam jangka masa yang panjang. Juga mempunyai akar yang panjang supaya mudah
menyerap air di bawah tanah. Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk
mengurangkan kadar kehilangan air melalui pepeluhan. Bijih benih yang berkulit tebal, keras
dan tahan kemarau memudahkan percambahan.
Gurun juga kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar seperi gazelle, oryx, anjing liar, unta,
musang kit, musang fennec, tikus jerboa, kala jengking, biawak pasir dan ular. Hidupan liar
di gurun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan air yang sedikit. Contohnya, unta
mempunyai bulu mata yang panjang dan lubang hidungnya dapat ditutup untuk menghindar
pasir. Selain itu bulu unta juga boleh memerangkap lapisan udara untuk mengekalkan suhu
badan.
Rajah 2.9 Tumbuhan-Tumbuhan di Kawasan Guru
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
23
5. Hutan Mediterranean
Hutan Mediterranean meliputi Lubnan,
bahagian selatan Turki, bahagian barat
Syria, Israel dan bahagian utara Iraq.
Hutan Mediterranean kurang padat dan
pokok tumbuh sederhana tinggi kerana
iklimnya yang sejuk dan kering. Pokok -
pokok mempunyai batang besar,
berbonggol, daun berlilin dan berbulu
untuk mengurangkan kehilangan air pada
musim panas yang kering. Pokoknya
berakar panjang bagi mencari sumbar air
jauh ke dalam tanah. Contoh-contoh
tumbuhan ialah, oak cedar, cypress dan
zaitun
7. Hutan Gunung
Hutan Gunung memainkan peranan penting dalam kehidupan penduduk Asia. Hutan Gunung
memainkan berfungsi sebagai kawasan tadahan air, mengenal kualiti air, mengawal
pengaliran sungai dan mengurangkan hakisan dan pemendapan sungai-sungai.
Hutan Gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebhi 1200 dari aras laut. Secara
umum jenis tumbuhan berbeza mengikut ketinggian; semakin tinggi semakin jarang hutan
dan semakin bantut pokok.
Rajah 2.10 Tumbuhan-Tumbuhan di Kawasan Mediterranean
Rajah 2.8 Tumbuhan-Tumbuhan di Kawasan Pergunungan
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
24
o Ketinggian 1200 – 1800 meter hutan daun luruh seperti pokok oak, laurel dan
tumbuhan epifit seperti orkid dan paku langsuyar tumbuh dengan meluas.
o Ketinggian 1800 – 2900 terdapt hutan daun tirus seperti pain, sprus, gelam gunung
dan epifit dan pokok rhododendron (Lihat Rajah 2.8a).
o Ketinggian 2900 – 3500 meter tumbuhan terdiri daripada pokok kerdil & rumput,
pokok renek konifer, rumput jenis buttercup & red sanicle.
o Ketinggian melebihi 3500 meter tumbuhan terdiri daripada paku-pakis, tumbuhan
menjalar dan lumut (Lihat Rajah 2.8b).
Hutan-hutan di benua Asia tidak hanya kaya dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan
tetapi pelbagai spesies hidupan liar. Bagaimana pun, hutan-hutan ini ditebang dengan kadar
yang begitu cepat. Contohnya, di Indonesia sahaja adalah dianggarkan kira-kira 700,000
hektar kawasan hutan ditebang setiap tahun. Hutan ditebang untuk menampung kegiatan
pembalakkan. Hutan-hutsn di Asia merupakan sumber balak kayu keras dan kayu lembut
yang menjadi pendapatan penting bagi negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand,
Myanmar, China dan India. Selain itu, hutan ditebang untuk mendirikan kawasan
penempatan, perkilangan, jalan raya dan kawasan pertanian.
Bagaimana pun, penebangan hutan tanpa kawalan telah membawa kesan buruk kepada
kawasan tertentu di benua Asia. Apakah kesan-kesan buruk ini?
Hutan-hutan benua Asia memainkan peranan penting mengekalkan oksigen dalam
atmosfera. Tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dari udara dan
mengembalikan oksigen ke atmosfera. Penebangan hutan berleluasa telah
menyumbang kepada pelepasan karbon dioksida ke atmosfera yang telah
menyebabkan kepanasan global [Kita telah membincang tentang kepanasan global].
Je a) Bincangkan ciri-ciri hutan mediterranean. b) Apakah faktor yang menentukan jenis tumbuhan di kawasan pergunungan?
J
2.6 PENTINGNYA HUTAN DAN TINDAKAN MANUSIA
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
25
Kawasan perhutanan sangat
penting sebagai kawasan
tadahan dan bekalan air untuk
kegunaan penduduk (Lihat
Rajah 2.9). Hutan di kawasan
tanah tinggi berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Hutan
menadah dan mengumpulkan
air ketika hujan turun dan
bertindak seperti span lalu
mengalirkan air perlahan-
lahan ke sungai, kolam, dan
tasik. Air yang diserap ke
dalam tanah akan keluar ke
permukaan tanah melalui mata air (spring). Tumbuh-tumbuhan juga mencengkam
tanah supaya ia tidak mudah dihakis oleh air atau kuasa angin.
Sekiranya kita terus menebang pokok tanpa kawalan, kawasan tadahan air akan
terjejas dengan kekurangan bekalan air untuk kegunaan penduduk, kadar hakisan akan
bertambah dan banjir akan berlaku lebih kerap. Contohnya, salah satu sebab
Bangladesh kerapkali dilanda banjir ialah kerana penebangan hutan di cerun Banjaran
Himalaya. Air larian yang tidak terhalang mengalir ke Sungai Ganges dan cawangan-
cawangannya dan menyebabkan banjir berlaku.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi juga penting dalam mengawal kemaraan gurun.
Contohnya, Gurun Gobi di China dan Gurun Thar di India kian meluas kerana
kawasan-kawasan berhampiran telah kehilangan litupan tumbuh-tumbuhan. Kawasan
hutan ditebang untuk mendapatkan kayu api dan kawasan rumput pula diragut oleh
haiwan ternakan. Keadaan ini telah menjadikan kawasan-kawasan tersebut tandus dan
lama-kelamaan menjadi sebahagian daripada Gurun Gobi dan Gurun Thar.
Akhir sekali, hutan-hutan benua Asia menjadi
habitat bagi pelbagai spesies haiwan seperti
mamalia, reptilia dan serangga. Contohnya, di
benua Asia terdapat tiga jenis harimau; iaitu
harimau China, harimau Benggala dan
harimau Malaya (Lihat Rajah 2.10). Kini
terdapat bukti-bukti yang menunjukkan
harimau-harimau ini semakin pupus kerana
habit mereka terjejas disebabkan penebangan
hutan. Bertambah pula pemburuan secara
haram masih berleluasa bagi menampung
permintaan untuk bahagian-bahagian haiwan
tersebut yang dimakan sebagai ubat. Begitu
juga dengan badak Jawa, badak Sumatera dan
Rajah 2.9 Kawasan Tadahan Air
Rajah 2.10 Harimau Benggala yang dijumpai di Bangladesh & Nepal
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
26
badak India serta beruang di China yang menghadapi kepupusan kerana bahagian-
bahagian tertentu haiwan-haiwan berkenaan dijadikan ubat-ubatan dan dimakan oleh
manusia. Seperti dinyatakan oleh Jackie Chan (pelakon terkenal Asia) dalam suatu
iklan tentang kepupusan haiwan in Asia, “When the buying stops, so will the killing”
(Pembunuhan akan berhenti sekiranya tiada sesiapa membelinya).
Negara-negara Asia menyedari betapa pentingnya tindakan diambil memelihara dan
memulihara hutan-hutan di negara masing-masing. Berikut ialah beberap langkah yang
diambil:
a) Penghutanan Semula
o Contohnya, kerajaan Nepal telah
mengadakan kempen menanam pokok di
cerun-cerun gunung. Para petani dan
orang ramai diberikan biji beneh pokok-
pokok untuk ditanam di kawasan tempat
masing-masing (Lihat Rajah 2.11).
o Di China, beribu-beribut hektar kawasan
ke selatan Gurun Gobi di tanam dengan
pokok-pokok. Ini adalah untuk
menghalang kemaraan gurun yang telah
menyebabkan ketandusan kawasan dan
dikenali sebagai „tembok hijau China‟.
b) Mencegah Kepupusan Hidupan Liar
o Undang-undang di adakan untuk memberi perlindungan kepada haiwan-
haiwan yang menghadapi masalah kepupusan. Contohnya, di Malaysia
haiwan-haiwan seperti badak, harimau, seladang, kancil dan gajah diberi
perlindungan udang-undang. Di Jepun, India, Bangladesh, Korea Selatan dan
Taiwan, beberapa jenis mamalia dan reptilia seperti monyet, harimau, buaya
dan berung diberi perlindungan.
o Dikebanyakkan negara, taman-taman negara yang tidak membenarkan orang
ramai menangkap, membunuh atau memburu haiwan-haiwan di kawasan-
kawasan tersebut. Contoh taman-taman negara ialah Udjung Kulon di pulau
Jawa, Taman Monyet di pulau Hokkaido, kawasan harimau di Sundarban,
Bangladesh dan Taman Negara di Malaysia.
KATA KUNCI
uru Iklim khatulistiwa Ik Iklim monsun Iklim mediterranean Iklim gurun Iklim gunung
Hutan khatulistiwa Ik Hutan monsun Hutan gunung Hutan gurun Taufan
Kawasan tadahan air Ik Kepanasan global Kesan rumah hijau Zaman air Kepupusan
Rajah 2.11 Penanaman pokok dii cerun-cerun bukit di Nepal
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
27
Kita mula dengan membincang tentang Iklim Tropika yang boleh dibahagikan kepada
„Iklim Khatulistiwa‟ (Equatorial Climate) dan „Iklim Monsun‟ (Monsoon Climate)
berdasarkan kedudukan.
Iklim Sederhana dialamai iklim di China, Korea Selatan, selatan Jepun, utara India,
utara Turki dan Taiwan.
Ciri utama iklim gurun ini ialah kekontangan, iaitu hujan yang diterima jarang
melibihi 250 mm setahun.
Faktor yang menyebabkan kewujudan iklim gunung ialah ketinggian kawasan.
Ciri utama iklim Mediterranean ialah hujan yang turun pada musim dingin yang
berlainan dengan jenis-jenis iklim lain yang menerima hujan yang lebat pada musim
panas.
Taufan merupakn ribut kencang yang terwudu di kawasan lautan (Lautan Pasifik) dan
bertiup ke kawasan daratan (Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan).
Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun terdiri daripada tumbuhan yang
tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
Hutan Mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana
iklimnya yang sejuk dan kering.
Padang rumput savanah terdiri daripada pokok-pokok renek yang berselerak dan
rumput. Rumput adalah kasar dan tumbuh secara berjambak-jambak.
Dedaun luruh sebagai proses semula jadi yang bermula pada musim daun luruh.
Hutan-hutan benua Asia memainkan peranan penting mengekalkan oksigen dalam
atmosfera.
Bab 2: Iklim dan Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi
28
Kawasan perhutanan sangat penting sebagai kawasan tadahan dan bekalan air.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi juga penting dalam mengawal kemaraan gurun.
CSIRO. Climate Change in the Asia/Pacific Region. B. Preston, R. Suppiah, I.
Macadam & J. Bathols (2006).
Spencer, R. (2012). WeatherStreet.com