Rawatan Asas Muka
Kulit normal Kulit berminyak Kulit kering Kulit kombinasi
Persediaan peralatan dan bahan
Pembersihan muka
Urutan muka Pupur muka Penyegaran dan
pelembapan muka Pengiraan kos
Persediaan peralatan dan bahan
Pembersihan muka
Pengewapan muka Pengeluaran bintik Urutan muka Pupur muka Penyegaran dan
pelembapan muka Pengiraan kos
Persediaan peralatan dan bahan
Pembersihan muka
Pengewapan muka Pengeluaran bintik Urutan muka Pupur muka Penyegaran dan
pelembapan muka Pengiraan kos
Persediaan peralatan dan bahan
Pembersihan muka
Pengewapan muka Pengeluaran bintik Urutan muka Pupur muka Penyegaran dan
pelembapan muka Pengiraan kos
URUTAN MUKA
Mengurut muka dengan cara yang betul dapat menyegarkan dan merangsangkan tisu tanpa
menyebabkan kulit menjadi kendur, terganggu atau rasa tidak selesa. Tujuan mengurut muka
adalah untuk menjaga, mengekal kecantikan dan membaiki kulit muka.
Faedah mengurut muka :
Menyuburkan kulit serta strukturnya
Kulit menjadi lembut dan licin
Membantu merangsang peredaran darah
Membantu merehatkan saraf
Menguatkan otot supaya menjadi tegang
Membantu menghilamgkan sengal-sengal
Jenis-jenis urutan dalam rawatan asas muka
1. Urut Usap
2. Urut Tekan
3. Urut Tepuk
4. Urut Gegar
5. Geseran
Urut usap Urut tekan
Urut tepuk Urut gegar
Geseran
Urut Usap
Kulit muka diurut dengan lembut dan menggunakan tekanan ringan, sama rata dan
dengan gerakan yang tidak putus-putus menggunakan jari atau tapak tangan.
Digunakan sebagai urutan permulaan dan penamat kerana tekanannya yang ringan
membolehkan tisu kulit bersedia untuk urutan seterusnya.
Urutan usap boleh dilakukan pada muka , leher, dada, bahu, belakang badan, lengan
dan tangan.
Kesan urut usap:
i. Membersihkan kulit dengan menanggalkan sel-sel yang telah mati.
ii. Membaiki peredaran darah dengan melegakan salur darah (vena).
iii. Melegakan otot-otot yang tegang
iv. Memberikan kelegaan untuk menerima urutan selanjutnya.
Urut Tekan
Urutan ini dikenakan dengan tekanan yang ringan (tetapi melebihi tekanan urut usap),
tepat dan gerakan yang putus-putus untuk merangsangkan salur darah.
Dilakukan dengan mencengkam kulit dan isi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk,
kemudian diangkat, dipijit, digelek atau dicubit dengan tekanan yang ringan dan tepat.
Urut tekan juga boleh dilakukan dengan mengurut perlahan-lahan, lembut dan
berirama menggunakan tapak tangan samabil menyesuaikan tekanan.
Sesuai dilakukan pada pipi dan lengan.
Kesan urut tekan:
i. Menambahkan peredaran darah
ii. Merangsangkan aktiviti tisu serta membaiki pertumbuhan dan fungsi sel
iii. Menambahkan pembuangan bahan-bahan kumuh
iv. Menguatkan otot
v. Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan membuang sel-sel mati pada
permukaan kulit
Urut Tepuk
Tepukan yang lembut tetapi pantas menggunakan jari, yang dilakukan dengan berhati-
hati boleh menambahkan tindak balas saraf.
Boleh dilakukan pada bahagian keliling mata, pipi dan bawah dagu.
Contoh: tepukan lembut dengan jari untuk urutan muka, gerakan “menampar” dan
“menetak” untuk urutan belakang, bahu dan lengan.
Kesan urut tepuk:
i. Merangsangkan kulit
ii. Tisu kulit mencerut dan menjadi kuat
iii. Menambahkan aktiviti salur darah dan menyebabkan kulit menjadi merah kerana
berlaku pertukaran darah
Urut Gegar
Urut gegar boleh dilakukan setempat atau bergerak pada kulit yang sensitif atau dalam
urutan muka biasa.
Boleh dikenakan pada punca saraf atau perjalanan saraf.
Dilakukan dengan menggunakan tapak tangan, dua hujung jari atau ibu jari dalam
masa yang singkat.
Urutan ini dapat melegakan tanpa terlalu merangsang hingga merosakkan salur halus
darah.
Kesan urut gegar:
i. Melegakan kulit
ii. Merangsang saraf, menghilangkan letih dan sakit otot.
iii. Merangsang lapisan kulit dalam dengan lembut.
Geseran
Urutan ini memerlukan geseran ke atas kulit dengan tekanan menggunakan jari atau
tapak tangan.Kesannya sampai kepada struktur dalam kulit.
Boleh dilakukan pada kulit kepala, lengan dan tangan.
Geseran bulat yang lembut boleh dilakukan pada muka.
Kesan geseran:
i. Merangsang peredaran darah
ii. Merangsang aktiviti kelenjar kulit.
PERLU DI INGATKAN!!!
Indikasi bagi Mengurut Muka
1. Kulit jenis normal
memerlukan pembersihan lebih dalam untuk menghaluskan dan mengimbangi
kulit
2. Kulit jenis kering
perlu dirangsang sel-selnya
3. Kulit yang matang
Perlu disegarkan semula, dirangsang lebih dalam dan dibuang sel-sel yang
mati.
4. Kulit yang berminyak dan bertanda
Perlu dibersihkan, disegarkan dan dihaluskan sementara sel-sel yang mati
perlu ditanggalkan.
5. Kulit yang bermasalah dan sensitif
Memerlukan ragsangan yang lemah lembut, untuk mengimbangi kandungan
pH dan minyak.
6. Otot yang berasa sakit-sakit disebabkan oleh gangguan saraf atau penat
Memerlukan rawatan mengurut muka untuk memulihkannya.
jangan sesekali mengurut muka cara menurun
Urut perlu dilakukan secara lemah lembut kerana kulit dan
Kontra Indikasi bagi Mengurut Muka
1. Terdapat luka pada kulit, terkena gigitan atau sengatan.
2. Kulit yang terlalu sensitif dan mudah terganggu.
3. Terdapat salur darah yang putus- putus.
4. Menghidap penyakit kulit dan jangkitan.
5. Menghidap sakit jantung.
6. Menghidap penyakit darah tinggi.
7. Kelenjar dan seni bengkak
8. Menghidap penyakit semput.
9. Menghidap penyakit kencing manis.
Indikasi – Keadaan seseorang (kulit atau badan) yang membolehkan rawatan
diberi kepadanya
Kontra indikasi – Kedaan seseorang yang tidak membolehkan rawatan diberi.
PUPUR
Pupur adalah bahan penting semasa rawatan muka dilakukan dan ia mempunyai pelbagai
jenis dan kegunaannya berbeza bergantung kepada jenis kulit muka.
Fungsi pupur:
Menegangkan kulit untuk sementara
Melicinkan kulit
Menyegarkan kulit
Menanggalkan sel-sel mati
Membersihkan kulit
Jenis-jenis pupur:
1. Pupur mengeras
Pupur mengeras mengandungi bahan-bahan seperti tanah liat, sulfur, bahan
mengupas (peeling) dan astringen.
2. Pupur tidak mengeras
Pupur ini dibuat daripada bahan biologi seperti buah-buahan, tumbuh-
tumbuhan dan sayur-sayuran atau daripada bahan semulajadi seperti telur dan
sebagainya
Contoh-contoh pupur:
1. Pupur tanah liat
2. Pupur Biologi
Koalin, Fuller’s earth, magnesium karbonat
Oats, Madu, Timun, Lobak merah, Telur
Bahan pupur tanah liat
Bahan asas pupur tanah liat
Fungsi Jenis kulit
Koalin 1) Membersihkan dan mengeluarkan kekotoran dari kulit
2) Merangsangkan kulit3) Membantu menanggalkan sel-sel
mati desquamation
Kulit normal dan berminyak
Fuller’s earth 1) Membersihkan kulit secara mendalam
2) Membantu menanggalkan sel mati
3) Merangsangkan kulit4) Mengeluarkan minyak secara
berlebihan
Kulit normal dan berminyak
Magnesium karbonat 1) Mempunyai kesan astringen2) Membantu menanggalkan sel-sel
mati
Kulit normal dan kering
Kalamin 1) Menyejukkan kulit2) Memberi kesan yang lembut
pada kulit3) Meredakan kulit
Kulit sensitive
Witch hazel 1) Mengeluarkan sebum yang berlebihan terutama kulit berminyak dan berjerawat
2) Menyegar, melicin dan meninggalkan kesan kering pada kulit
Kulit berminyak
Air mawar 1) Memberi haruman2) Menyegar dan menyejukkan
Semua jenis kulit
Koalin Fuller’s earth Witch hazel Air mawar
Bahan pupur biologi
Bahan asas pupur biologi
Fungsi Jenis kulit
Oats 1) Mempunyai kesan penghalusan bagi tisu kulit
2) Menanggalkan sel mati
Semua jenis kulit
Madu 1) Membersihkan permukaan kulit2) Mempunyai kesan merangsangkan
pada kulit3) Meredakan, menyembuh,
melembutkan dan menjadikan kulit segar dan kenyal
Semua jenis kulit
Timun 1) Menyegarkan kulit2) Menyejukkan
Kulit normal, berminyak dan kombinasi
Air limau 1) Menanggalkan minyak2) Mencerahkan kulit3) Sebagai astringen
Kulit berminyak
Putih telur 1) Mengecutkan liang roma2) Menyegarkan kulit3) Menanggalkan sel-sel mati4) Menegangkan kulit
Kulit normal dan kombinasi
Kuning telur 1) Menyuburkan2) Menegangkan3) Melembutkan4) Revitalise
Kulit kering
Oats Madu Air limau
Timun Telur
Jenis kulit dan campuran pupur
Jenis kulit Bahan pupur Cara membancuh Tempoh masa
Kulit normal Pupur tanah liat Koalin, magnesium
karbonat, witch hazel, air suling
1 bahagian koalin1 bahagian magnesium karbonatBeberapa titik witch hazelAir suling
10-15 minit
Pupur biologi Timun
(kacau hingga sebati)
Hiris timun nipis-nipis atau kisarkan
10-15 minit
Kulit berminyak
Pupur tanah liat Fuller’s earth,witch
hazel atau koalin, witch hazel, magnesium karbonat
Pupur biologi Serbuk oats Air limau
1 bahagian Fuller’s earth2 bahagian koalin/witch hazelWitch hazel(kacau hingga sebati)
2 bahagian koalin1 bahagian magnesium karbonatWitch hazel(kacau hingga sebati)
Campurkan oats dengan air/air limau
15-20 minit
Kulit kering Pupur tanah liat Kalamin Magnesium karbonat Air mawar
Pupur biologi Madu Air limau Kuning telur
1 bahagian kalamin1 bahagian magnesium karbonatAir mawar(kacau hingga sebati)
1 bahagian maduKuning telur
8-10 minit
15-20 minit
Rawatan Asas Kulit Berminyak
Mengewap muka
Mengewap muka boleh dilakukan dengan menggunakan pengewap ozon. Ozon
merupakan sejenis gas yang memberi kesan membasmi kuman pada kulit dan
membantu menyembuhkan kulit bermasalah khususnya kulit berjerawat.
Kesan pengewapan muka :
1. Melembutkan dan melembapkan lapisan kulit luar
2. Membaiki peredaran darah
3. Membuka liang roma kulit
4. Melembutkan bintik putih dan bintik hitam supaya memudahkan pengeluarannya
5. Membantu proses perkumuhan toksin dan kotoran daripada kulit
6. Membaiki metabolisme kulit
Bintik putih (Milia)
Sel-sel kulit yang telah mati dan sebum yang terperangkap di bawah kulit dan
terkumpul pada liang folikel rambut. Bintik putih biasanya terdapat pada muka,
kadang-kadang terdapat juga pada dada, bahu dan belakang.
Bintik hitam (Komedon)
Sel kulit yang telah mati bercampur dengan sebum yang mengeras.Hujungnya
menjadi hitam disebabkan hasil proses pengoksidaan.
Langkah keselamatan semasa menggunakan pengewap muka
1. Pastikan pengewap muka berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
2. Isikan balang air sehingga paras yang ditetapkan.
3. Pastikan sekurang-kurangnya 2/3 air suling ada dalam balang elektrik pengewap
muka.
4. Tutup mata pelanggan sebelum menggunakannya.
5. Wap muka perlu berada pada jarak 36 cm dari kulit muka pelanggan.
Rawatan Asas Kulit Kering
Kulit kering terjadi disebabkan oleh kekurangan minyak. Rawatan muka membantu
memperbaiki keadaan kulit kering. Penggunaan bahan kosmetik yang sesuai amat penting
bagi mengelakkan kulit menjadi lebih teruk. Bagi kulit kering, bahan kosmetik yang sesuai
hendaklah mengandungi
Nourishing cream
Bahan berasaskan minyak
Perbezaan rawatan kulit kering dan kulit berminyak
Kulit kering Kulit berminyak
Krim pembersih
Penyegar
Krim pelembap
Membubuh bahan pelembap pada muka
semasa mengewap muka
Losen pembersih muka
Astringen
Losen pelembap
Menggunakan losen pengewap semasa
mengewap muka
Rawatan Asas Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi bermaksud sebahagian daripada kulit muka dari jenis yang berminyak
manakala sebahagian lagi dari jenis kering. Bahagian yang berminyak biasanya T-zon atau
kawasan dahi, dagu dan hidung, manakala bahagian pipi biasanya kering.
Terdapat dua jenis kulit kombinasi iaitu:
i. Kulit kombinasi berminyak dan kering
ii. Kulit kombinasi berminyak dan normal
Kulit kombinasi memerlukan dua jenis pupur yang berlainan
Bahagian yang berminyak memerlukan bahan pupur yang dapat mengurangkan
minyak
Bahagian yang kering memerlukan bahan pupur yang nourishing.
Contoh kulit kombinasi :
Kulit kombinasi berminyak dan kering
Kulit kombinasi berminyak dan normal
RAWATAN ASAS UNTUK JENIS KULIT MUKA NORMAL, KERING,
BERMINYAK DAN KOMBINASI
Rawatan untuk Kulit Normal
1. Sediakan pelanggan.
2. Cuci tangan dengan bahan pembasmi tangan.
3. Bersihkan mata, bibir, leher dan muka dengan losen pencuci yang sesuai.
4. Analisa kulit pelanggan.
berminyakkering
kering
berminyak
normal
5. Tutupkan muka dengan tuala lembap dan suam ataupun wapkan muka.
6. Urutkan muka.
7. Bersihkan muka dengan menggunakan kapas lembap yang dibubuh sedikit
astringen.
8. Bubuh krim rawatan pada leher dan muka. Dedahkan kepada sinar inframerah
selama 3-5 minit.
9. Urut muka sekali lagi.
10. Pakaikan pupur yng sesuai selama 10 minit.
11. Bersihkan muka.
12. Pakaikan astringen.
13. Pakaikan pelembap.
Rawatan untuk Kulit Kering
1. Sediakan pelanggan.
2. Cuci tangan dengan bahan pembasmi tangan.
3. Bersihkan mata, bibir, leher dan muka dengan losen pencuci yang sesuai.
4. Analisa kulit pelanggan.
5. Tutupkan muka dengan tuala lembap dan suam ataupun wapkan muka.
6. Urutkan muka.
7. Bersihkan muka dengan menggunakan kapas lembap yang dibubuh sedikit
penyegar..
8. Bubuh pelembap pada leher dan muka. Dedahkan kepada sinar inframerah selama
5 minit.
9. Bubuh krim rawatan. Urut lagi.
10. Pakaikan pupur yng sesuai selama 10 minit.
11. Tutup muka dengan kapas yang disejatkan dengan air sejuk.
12. Bersihkan muka.
13. Pakaikan losen kulit yang sesuai.
14. Pakaikan pelembap.
Rawatan untuk Kulit Berminyak
1. Sediakan pelanggan.
2. Cuci tangan dengan bahan pembasmi tangan.
3. Bersihkan mata, bibir, leher dan muka pelanggan dengan losen yang sesuai.
4. Analisa kulit pelanggan.
5. Tutupkan muka dengan tuala lembap dan suam.
6. Urutkan muka.
7. Bersihkan muka.
8. Lakukan desinkrustasi dengan menutup menggunakan kapas yang disejatkan
dengan losen desinkrustasi.Tutup mata dengan kapas.Dedahkan muka kepada
sinar inframerah selama 7-10 minit.
9. Keluarkan komedon dan milia.
10. Cuci muka dengan astringen.
11. Pakaikan pupur untui kulit berminyak
12. Bersihkan muka.
13. Pakaikan astringen.
14. Pakaikan pelembap
Rawatan untuk Kulit Kombinasi
1. Sediakan pelanggan.
2. Cuci tangan dengan bahan pembasmi tangan.
3. Bersihkan mata, bibir, leher dan muka pelanggan dengan losen yang sesuai.
4. Analisa kulit pelanggan.
5. Tutupkan muka dengan tuala lembap dan suam.
6. Urutkan muka.
7. Bersihkan muka.
8. Lakukan desinkrustasi pada bahagian muka yang berminyak. Bubuh pelembap
pada bahagian muka yang lain. Tutup mata dengan kapas. Dedahkan muka
kepada sinar inframerah selama 7-10 minit.
9. Keluarkan komedon dan milia.
10. Cuci muka dengan astringen.
11. Urut muka dengan krim rawatan sekali lagi. Bersihka muka.
12. Pakaikan pupur yang sesuai pada bahagian muka tertentu.
13. Bersihkan muka.
14. Pakaikan astringen lemah
15. Pakaikan pelembap