Buletin KUALA LUMPUR
KELUARAN 1/2016 BILANGAN : 4 http://state.water.gov.my/wp
Bengkel Rancangan Kerja
Tahunan (RKT)
Lawatan Dari DBKL
Mesyuarat Agong KEJAPS
| 1
Buletin
PENGARAH JPS WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
Ir Hjh. Bibi Zarina Binti Che Omar
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya , JPS Kuala Lumpur sekali lagi telah berjaya
menerbitkan Buletin Wilayah bagi sukuan pertamanya.
Tujuan utama penghasilan Buletin Wilayah adalah sebagai satu
medium perkongsian dan penyebaran maklumat tentang aktiviti
dan projek-projek penting yang dilaksanakan oleh JPS Kuala
Lumpur . Segala program yang dijalankan adalah fokus kepada
keperluan pelanggan dengan objektif utama untuk meningkatkan
kualiti hidup penduduk bandaraya dan menjadikan Kuala Lumpur
sebagai ibu negara dan pusat pertumbuhan ekonomi yang
berdaya maju.
Akhir kata, Buletin Wilayah ini juga memaparkan kepelbagaian
usaha-usaha dan aktiviti yang telah dijalankan di JPS Kuala
Lumpur. Aktiviti-aktiviti ini menjurus ke arah usaha
penambahbaikan secara berterusan untuk meningkatkan mutu
pencapaian Jabatan dan juga warganya. Ini adalah untuk
memastikan pelaksanaan tugas yang diamanahkan sentiasa
mencapai tahap yang cemerlang selaras dengan Dasar Kualiti
JPS.
Sebelum mengundur diri, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
Jawatankuasa dan kakitangan yang telah menyumbangkan
artikel, idea dan tenaga dalam menghasilkan buletin ini. Komen
anda semua dialu-alukan bagi membolehkan penambahbaikan
dibuat untuk keluaran akan datang. Saya berharap buletin ini
dapat dikeluarkan setiap tahun.
PENASIHAT Ir. Hhj Bibi Zarina Binti Che Omar
KETUA EDITOR Ir. Rozman Bin Mohamad
EDITOR Ir. Marina Binti Abdul Karim
PEREKA GRAFIK Zarinah Binti Zainal
AHLI JAWATANKUASA
Mohd Zamri Bin Abdullah (Bah Mekanikal & Elektrikal)
Azizul Azhar Bin Ab Aziz ( Bah Pengurusan Banjir)
Rokiah Binti Hasani (
Bah Pengurusan Sungai)
Noor Ibrahim Bin Md Isa (Bah Hidrologi & Sumber Air)
Hasiah Binti Rasif ( Bah Zon Selatan)
Nur Sa’idah Binti Kamis
(Bah Zon Utara)
Umi Rafeeqah Binti Hamdan ( Bah Ukur Bahan & Kontrak)
Ridzuan Bin Mohd Haluwi (Bah Khidmat Pengurusan)
Mohd Syawal Bin Abd Wahid
(Pusat Kawalan SMART)
Mohd Amran Bin Awang ( Pusat Lembangan Sg. Klang -PLSK)
Penerbitan Bahagian Korporat, Kualiti Dan ICT
Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Lumpur Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur
TEL: 03-26981711 FAKS: 03-26932285
SIDA
NG R
EDAK
SI
AUDIT PEMATUHAN MS ISO 9001:2008 Oleh Hasiah Rasif
Audit dalam Persijilan OHSAS 18001: 2007 telah diadakan pada 3 hingga 4 Mac 2016 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Lumpur (JPSKL). Audit dalaman dijalankan bagi memastikan objektif OHSAS 18001:2007 di JPSKL iaitu untuk membangun, melaksana dan mengekalkan prosedur bagi mengenalpasti hazad, penaksiran risiko dan penentuan kawalan dapat dicapai. Audit tersebut telah diketuai oleh En. Azhar Bin Mustapha. Mesyuarat pembukaan audit dalaman OHSAS 18001:2007 telah disempurnakan oleh Ir. Rozman Bin Mohamad, Timbalan Pengarah JPSKL. Lawatan audit juga telah dijalankan dengan membuat lawatan tapak di projek Lencongan Banjir Sungai Bunus.
Audit SIRIM Persijilan OHSAS 18001:2007 Tahun 2015
Oleh Azizul Azhar
Audit pematuhan untuk persijilan SIRIM MS ISO 9001:2008 telah diadakan pada 25 hingga 26 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur (JPSKL). Audit ini dijalankan bagi memastikan pengurusan kerja-kerja kejuruteraan melalui kaedah sebutharga mematuhi prosedur kerja dalam skop persijilan. Selain itu juga “Knowledge Sharing” dan kaedah penambahbaikan telah dibentangkan supaya pelaksanaan piawaian MS 9001:2008 sentiasa diterapkan dalam budaya kerja JPSKL. Audit tersebut telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Azrul Bin Hassan dari SIRIM. Mesyuarat pembukaan audit telah disempurnakan oleh Ir. Hjh. Bibi Zarina Binti Che Omar, Pengarah JPSKL. Lawatan audit juga dijalankan dengan membuat lawatan tapak di projek Sungai Penchala dan Sungai Batu.
| 2
Buletin
BENGKEL RANCANGAN KERJA
TAHUNAN (RKT)
Bahagian Korporat JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Rancangan Kerja Tahunan (RKT) pada 16 hingga 17 Februari 2016 di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada ketua bahagian dan wakil bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Korporat, Bahagian Pengurusan Sungai, Bahagian Pengurusan Banjir, Bahagian Hidrologi dan Sumber Air, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Bahagian Ukur Bahan Dan Kontrak, Bahagian Khidmat Pengurusan, Zon Utara, Zon Selatan, Pejabat Lembangan Sungai Klang dan Pusat Kawalan SMART. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan Rancangan Kerja Tahunan JPS Kuala Lumpur mengikut standard dan ketetapan dari Pelan Strategik JPS Malaysia. Bengkel ini dirasmikan oleh Ir. Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar selaku Pengarah JPS Kuala Lumpur.
Oleh Zarinah Zainal
| 3
Buletin
Delegasi Pembentangan Luar Negara Ke Pusat Kawalan SMART
Pada 9 Mac 2016 Pusat Kawalan SMART
telah dikunjungi oleh 36 orang delegasi luar
negara yang mengikuti Kursus ‘Workshop
On Comparative Studies Of Applying
Ecohydrology And Iwrm For Upscaling
Water Security In Asia And Africa’ anjuran
Bahagian Humid Tropics Centre (HTC) Kuala
Lumpur. Satu sesi taklimat berkaitan
Pengoperasian SMART telah disampaikan
oleh Ir. Amiruddin Bin Alaldin, Pengarah
Pusat Kawalan SMART. Para delegasi dan
peserta juga turut dibawa melawat sekitar
Kolam Takungan Banjir Kg. Berembang.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah
Dr. Md Nasir Bin Md Noh, Pengarah
Bahagian Humid Tropics Centre (HTC) Kuala
Lumpur.
Oleh Azliza Aziz
| 4
Buletin
LAWATAN DARI PEGAWAI-PEGAWAI DBKL
Oleh Khairul Fadzilah
Satu lawatan dari 8 orang pegawai-pegawai Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Saliran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan pada 24 Februari 2016. Lawatan itu diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sungai, DBKL. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pegawai JPSKL dan DBKL serta perbincangan bagi menyelesaikan isu-isu pertindihan skop kerja antara JPSKL dan DBKL serta isu-isu lain yang berhubung dengan pengurusan sungai dan kolam takungan. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Khairul Fadzilah Binti Mohd Omar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sungai. Turut hadir ialah Pengarah JPSKL, Ir. Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar, Pengarah Pusat Kawalan SMART, Ir. Amiruddin Bin Alaldin dan Timbalan Pengarah JPSKL, Ir. Rozman Bin Mohamad.
| 5
Buletin
Kunjungan Muhibbah Ke Satu kunjungan muhibbah ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah diadakan pada 9 Mac 2016 bersama Bahagian Pengurusan Banjir Ibu Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Ir. Hjh. Bibi Zarina Binti Che Omar, Pengarah JPS Kuala Lumpur (JPSKL) serta pihak kontraktor dan perunding yang terlibat. Kunjugan tersebut telah disambut oleh SAC Zahari Bin Mohd Yusoff selaku Komandan PULAPOL. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan kerja di antara agensi dan menyelesaikan masalah Projek Rancangan Tebatan banjir Sungai Bunus yang sedang dilaksanakan di dalam kawasan PULAPOL.
TAKLIMAT
PEMANTAPAN
PENTADBIRAN
KONTRAK
Oleh Nur Sa’idah Kamis
Oleh Umi Rafeeqah Binti Hamdan
| 6
Buletin
Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Hidrologi Dan Sumber Air JPS Kuala Lumpur ini telah
diadakan pada 2 hingga 4 Februari 2016 di Dewan Bunga Raya, JPS Ampang. Seramai 40 orang
telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera dan Pembantu
Awam. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan bidang
hidrologi serta kemahiran dalam menjalankan aktiviti sukat luah sungai, endapan ampaian dan
pengambilan sampel bagi tujuan kualiti air seterusnya memperkasakan operasi banjir JPS Kuala
Lumpur. Para peserta telah didedahkan dengan kerja-kerja sukat luah di stesen sukat luah
Jambatan Sulaiman pada hari pertama dan kedua. Pada hari ketiga para peserta telah dibawa
ke Sungai Seleh di Empangan Kelang bertujuan untuk mempelajari cara kerja sukat luah sungai,
endapan ampaian dan kualiti air. Penceramah bagi kursus tersebut ialah En. Mohd Hazri Bin
Moh Khambali, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Sumber Air Dan Hidrologi JPS
Malaysia.
Oleh Noor Ibrahim Md Isa
| 7
Buletin
JPS Kuala Lumpur telah dijemput untuk mengadakan pameran bagi Projek River of Life sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran PERWANI pada 8 Mac 2016 bertempat di Restoran Scrummy, Jalan Selva Durai, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Rose Mary, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Kuala Lumpur sebagai wakil kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Dan Jabatan Pembangunan Wanita Kuala Lumpur, pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terlibat dengan Public Outreach
Program LA21, pegawai-pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur, peserta dari komuniti PERWANI 1 Malaysia Kampung Kasipillay dan penduduk sekitar Kampung Kasipillay. Melalui pameran tersebut, JPS dapat mempromosikan sebahagain projek-projek River of Life iaitu kerja-kerja pembersihan sungai bagi meningkatkan kualiti air sungai yang memberi faedah kepada masyarakat. Selain itu juga, pameran tersebut juga dapat memupuk kesedaran masyarakat setempat untuk memelihara sungai dari pencemaran dan pembuangan sampah dan sisa pepejal ke dalam sungai.
Oleh Asrawahida Mohd Abas
| 8
Buletin
Interceptor merupakan salah satu komponen penting dalam Projek Permulaan (EPP) yang telah dikenalpasti dalam Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (National Key Economic Area-NKEA) bagi Program Tranformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme - ETP). Pelaksanaan projek ini memfokuskan sebahagian koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak iaitu sepanjang 10.7km dan terbahagi kepada 11 Presint. Mengikut perancangan River of Life (ROL), presint pertama yang akan dibangunkan dahulu adalah Presint 7 kerana lokasinya yang terletak di tengah bandar dan bangunan-bangunan yang bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong. Terdapat beberapa saliran longkang yang tidak terkawal dan dilepaskan terus ke dalam sungai-sungai berhampiran Presint 7. Pelepasan terus ke sungai tanpa kawalan kualiti air boleh mengakibatkan pencemaran sungai-sungai tersebut melalui sumber-sumber pencemaran seperti pembentungan haram, paip pembentung yang bocor, limpahan tangki septik, air sinki dari dapur dan restoran, minyak, air limbah dan lain-lain lagi. Tujuan utama projek ini adalah untuk meningkatkan kualiti air sungai di Presint 7 kepada Kelas IIB.
PENAMBAHBAIKAN DAN PENGINDAHAN
UNTUK KERJA-KERJA DI PRESINT 7 TERMASUK
KERJA-KERJA INTERCEPTOR
LATAR BELAKANG
Skop kerja terdiri daripada reka bentuk, pembinaan, pembuatan, pengujian dan pentauliahan (testing and comissioning):- • 4 buah Wastewater Treatment Plants (WWTP). WWTP
ini direka untuk merawat sejumlah 0.2 m3/s aliran di bawah tanah supaya efluen dapat mencapai kualiti air Kelas IIB.
• 23 unit Combined Stormwater Overflows (CSOs) • 3 Stesen Pam bawah tanah yang berkapasiti • Anggaran 2.25km panjang saluran paip (graviti dan
dipam) daripada paip DN100 ke DN600
SKOP KERJA
Kerja-kerja pemasangan Wastewater Treatment Plants (WWTP)
Pembinaan Combined Stormwater Overflows (CSO) di Central Market
| 9
Buletin
PEMBANGUNAN PESAT DI KAWASAN SEKITAR Empat (4) WWTP tersebut akan dibina di bawah tanah bagi mengelakkan sebarang pertindihan dan implikasi buruk terhadap kerja-kerja Projek Pengindahan Sungai yang akan dijalankan di sekitar Presint 7 nanti. Proses rawatan dan peralatan bagi WWTP akan dibina dibawah tanah agar dapat meminimakan kegunaan tanah di ruang terbuka dan kemudahan sedia ada di kawasan.
SENSITIVITI BANGUNAN WARISAN Terdapat beberapa bangunan budaya dan warisan yang terletak dalam Presint 7 seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan lama Mahkamah Tinggi, Panggung Bandaraya dan Masjid Jamek. Bangunan warisan ini perlu dipastikan terpelihara semasa pembinaan dijalankan, memandangkan kebanyakan kerja-kerja dibuat bawah
tanah. KUALITI INFLUEN SUNGAI YANG BERBEZA Ciri-ciri air limbahan dari setiap outlets saliran/longkang ke satu saliran/longkang yang lain adalah berbeza-beza, tidak seperti air kumbahan. Justeru itu, bagi mengoptimumkan proses rawatan, setiap loji rawatan perlu dimodelkan menggunakan program komputer yang dipanggil Biowin untuk mensimulasikan bagi setiap proses rawatan air sisa berdasarkan kepada Biological, Chemical dan Physical model. Gross Pollutant Traps (GPT) juga dipasang di setiap CSO untuk memerangkap sisa pepejal seperti sampah-sarah dan mendapan sedimen dari masuk ke sistem perparitan yang boleh mengakibatkan loji rawatan tersumbat.
CABARAN UTAMA Projek Interceptor ini melibatkan pembinaan Combined Stormwater Overflows (CSO) dan pemasangan stesen pam sebagai langkah mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kualiti air sungai, di mana sistem tersebut berfungsi dengan mengumpulkan air limbah semasa dry weather dan air curahan hujan awalan (first flush) dari longkang-longkang tersebut di dalam satu saliran. Kemudian, air limbah dan air curahan hujan awalan yang dikumpulkan di CSO akan disalurkan kepada empat (4) buah Waste Water Treatement Plant (WWTP) untuk proses rawatan air sungai kepada Kelas IIB sebelum masuk ke dalam sungai semula. CSO, sistem perparitan, stesen pam dan WWTP tersebut akan dibina di kawasan lapang di sepanjang koridor Sungai Klang dan Sungai Gombak di Presint 7 yang telah ditentukan semasa peringkat perancangan projek. JPS Kuala Lumpur telah dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Wakil Pegawai Penguasa untuk menyelia kerja-kerja di tapak untuk Skop Kerja Interceptor. Ekovest Construction Sdn. Bhd. (Ekovest) dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja interceptor di Persint 7 secara kontrak design and build dan Perunding Mahir Bersatu Sdn. Bhd. (PMB) sebagai perunding kejuruteraan reka bentuk alternatif bagi projek Precicnt 7 ini. Projek ini telah bermula pada 15 Disember 2016 dan dijangka akan siap pada 30 Jun 2016 dengan anggaran kos kontrak untuk kerja sebanyak RM 30.6 juta. Ekovest juga akan mengendali dan menyelenggara keseluruhan sistem interceptor selama 2 tahun sebelum menyerahkan keseluruhan projek kepada JPS.
KOMPONEN PROJEK
Treatment Plant 2 Balance Tank, Bioreactor Tanks, Cartridge Filters, Effluent Tank And Equipment Room
| 10
Buletin
Kejohanan Dart Tertutup anjuran MAKSAK JPS Malaysia telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2014 di Dewan Serbaguna MBSA Shah Alam. Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JPS Kuala Lumpur (KEJAPS) telah menghantar dua pasukan untuk pertandingan tersebut. Pasukan pertama terdiri daripada Musa Bin Abu, Mohd Lutfi Amir Bin Anwar, Husin Bin Mohd Jais, Jeevanan Than A/L Sendran dan Asmadi Bin Bahari. Manakala pasukan kedua terdiri daripada Mohd Shafri Bin Md Sharif, Hairullyzam Bin Dzulkifli, Wan Azran Bin Wan Ahmad, Mohd Jamal Bin Mohamad Nor dan Ahmad Tarmizi Bin Mohamad. Pada kejohanan ini pasukan KEJAPS hanya layak ke peringkat suku akhir. Tahniah diucapkan atas semangat sukan yang diberikan.
KEJOHANAN DART TERTUTUP
Mesyuarat Agung tahun 2016, Kelab Sukan Dan Kebajikan (KEJAPS) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan pada 29 Mac 2016 di Bukit Jalil Golf & Country Resort. Majlis dimulai dengan kata-kata aluan dari Penaung KEJAPS iaitu Ir Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti sepanjang tahun dari Biro Ekonomi, Biro Sukan, Biro Rekreasi Dan Biro Kebajikan. Pembentangan diteruskan dengan pembentangan perbelanjaaan kelab oleh Ir. Mohd. Shahrulnizam Bin Mat Rani selaku bendahari kelab. Selain itu juga, perlantikan ahli jawatankuasa KEJAPS bagi sesi 2016/2017 dan penyampaian sumbangan dan perhargaan kepada ahli-ahli KEJAPS turut dijalankan. Majlis diserikan dengan persembahan dari Kumpulan ’The Shining Stars’.
ANJURAN MAKSAK JPS MALAYSIA
KEJAPS
| 11
Buletin
SENARAI PEGAWAI YANG MELAPOR DIRI Selamat Datang
BIL NAMA JAWATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Ir Marina binti Abdul Karim
Dayang Esmayati binti Abu Seman
Chieng Nee Kung
Mohd Shapek Al-Murshidi bin Rosni
Mohd Afizi bin Nen
Mohamad Zamri bin Abdullah
Noriah binti Sutan
Mohd Yuhasri bin Yen
Muhamad Najib bin Abdul Wahid
Ahmad Rahim bin Zulkifli
JURUTERA AWAM J44
JURUTERA MEKANIKAL J44
PENOLONG JURUTERA JA29
PENOLONG JURUTERA JA29
PENOLONG JURUTERA JA29
PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL JA29
PELUKIS PELAN JA22
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R22
PEMBANTU AM PEJABAT N11
PEMBANTU AWAM H11
Bil Nama Jawatan Tempat Tarikh Lapor Diri
1 Ir. Rozman bin Mohamad Jurutera Awam J54 (M) JPS Kuala Lumpur 01.01.2016
2 Ir. Badaruddin bin Tahiruddin Jurutera Awam J48 (M) Pusat Kawalan SMART 04.01.2016
3 Fazli bin Ali Hassan Jurutera Awam J41 Pusat Kawalan SMART 11.01.2016
4 Sathvir Kaur A/P Valdev Singh Jurutera Elektrik J44 JPS Kuala Lumpur 18.01.2016
5 Mohd Shawal bin Abd Wahid Jurutera Awam J44 Pusat Kawalan SMART 01.02.2016
6 Khairul Anuar bin Abd. Rashid Jurutera Awam J48 (M) Pusat Kawalan SMART 01.02.2016
7 Mohd Nazmi bin Mohamed Juruukur Bahan J44 JPS Kuala Lumpur 02.02.2016
8 Royhaizad bin Mohamad Ismail Jurutera Elektrik J44 (M) Pusat Kawalan SMART 02.02.2016
9 Wan Huzaimi bin Wan Abdullah Juruukur Bahan J44 JPS Kuala Lumpur 21.03.2016
10 Mohamad Yusnee bin Abu Halmi Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur 01.04.2016
11 Mohd Nazrimy bin Ali Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur 01.04.2016
12 Saparuzaman bin Yusof Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur 01.04.2016
13 Ahmad Hafis bin Sulaiman Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur 01.04.2016
14 Mustafa Kamal bin Hasbullah Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur 01.04.2016
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2015 Senarai Pegawai Yang Menerima
Oleh Ridzuan Mohd Haluwi
| 12
Buletin
SENARAI PEGAWAI YANG BERTUKAR Selamat Bertugas Di Tempat Baru
Bil Nama Jawatan Dari Ke Tarikh Bertukar
1 Mohd Azmin bin Hussin Jurutera Awam J52 (M) Pusat Kawalan SMART JPS Negeri Selangor 01.01.2016
2 Roslan bin Shamsuddin Jurutera Awam J44 Pusat Kawalan SMART MOA 11.01.2016
3 Shaiful Zakuan bin Mohamad Jurutera Awam J41 Pusat Kawalan SMART BRE 11.01.2016
4 Nik Noor Diana binti Mohd Noor Juruukur Bahan J44 JPS Kuala Lumpur Kementerian
Kesihatan 02.02.2016
5 Nor Azmawani binti Ab Rahman Penolong Jurutera JA29 JPS Kuala Lumpur BKP Ibu Pejabat 01.03.2016
10 Husin bin Mohd Jais Pembantu Am Pejabat N14 JPS Kuala Lumpur Projek Khas 01.04.2016
7 Wan Azran bin Wan Ahmad Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur BSAH, Ibu Pejabat 01.04.2016
8 Hamzah bin Silong Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur BPMI 01.04.2016
9 Othman bin Mat Amin Pembantu Awam H11 JPS Kuala Lumpur IPMI Zon Tengah 01.04.2016
Oleh Ridzuan Mohd Haluwi
| 13
Buletin