[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
SJK ( C ) PEI HWA JB
BAHASA MALAYSIA ( PEMAHAMAN ) TAHUN 5
PENILAIAN 1 (MAC 2015)
Nama : __________________ ( ) Markah : ____________ %
Kelas : 5 ( ) Tarikh : ______ /3/2015
T/tangan Ibu Bapa: _______
MASA : 1 JAM
Arahan : Kertas ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada 30
soalan objektif. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D.
Jawab semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat.
Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas
jawapan. Bahagian B terdiri daripada 8 soalan subjektif. Anda dikehendaki
menjawab soalan berdasarkan petikan pada kertas soalan tersebut.
Bahagian A (Soalan 1 30)
1 Pada hujung minggu yang lalu, Soon Keat sekeluarga pulang ke ____________
untuk menziarahi neneknya yang sedang sakit.
A. sekolah
B. kampung
C. balai polis
D. balai bomba
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2 Semasa bercuti di Pulau Pinang, Ajay dan keluarganya telah berkunjung ke
________________________ .
A. Bukit Bendera
B. Pagoda Ayer Hitam
C. Plaza Tol Sungai Dua
D. Jambatan Pulau Pinang
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
3 Segala titah tuanku akan ____________________ laksanakan, kata Hang Tuah
kepada Sultan Mahmud.
A. kita
B. saya
C. beta
D. patik
4 __________________ pagi, Gimis pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.
A. Tiap-tiap
B. Semua-semua
C. Seluruh-seluruh
D. Beberapa-berapa
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Para pengunjung sedang _______________ di kawasan air terjun.
A. bolak-balik
B. sorak-sorai
C. mandi-manda
D. riuh-rendah
6 Saya jari di __________________ kamu. Saya juga jari yang paling tinggi. Sudah
pasti saya layak menjadi ketua kamu semua, kata Si Jari Tengah dengan
angkuh.
A. tepi-tepi
B. bawah-bawah
C. tengah-tengah
D. belakang-belakang
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
7 Hanya doktor dan ______________ sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik
bedah.
A. jurujual
B. jurusolek
C. juruwang
D. jururawat
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8. Perempuan yang ______________ dan berbadan kurus itu ibu saudara Judith.
A. tinggi sayup
B. tinggi lampai
C. tinggi rendah
D. tinggi - tinggi
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9 Adik asyik ________________ semasa menonton rancangan kartun itu.
A. terjerit
B. tertawa
C. terpekik
D. tersedu
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
10 Air sungai semakin ___________ akibat kemarau panjang yang melanda seluruh
Malaysia.
A. cetek
B. deras
C. bersih
D. pendek
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Rambutnya yang ___________________ mengurai itu dijaganya dengan rapi.
A. kusut
B. labuh
C. tegak
D. panjang
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12 __________________, Jin Ning! Lama sungguh kita tidak berjumpa ya, tegur Kok
Meng.
A. Hai
B. Wah
C. Wahai
D. Amboi
13 Abang sedang _______________ motosikal manakala adiknya pula
membonceng di belakang.
A. memandu
B. membawa
C. mengayuh
D. menunggang
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
14 Guru besar memberi ucapan di perhimpunan pagi. _______________ mahu
murid-murid belajar dengan bersungguh-sungguh.
A. Kamu
B. Puan
C. Encik
D. Beliau
15 Semasa perhimpunan, semua murid berhimpun dan __________________
mengikut kelas masing-masing.
A. bermain
B. berlari
C. berbaris
D. bercakap
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah
.
16 Masalah ________________________ udara di bandar-bandar semakin menjadi-
jadi sejak kebelakangan ini.
A. dicemari
B. tercemar
C. pencemaran
D. mencemarkan
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah
17 Semasa serangan todak, penduduk kampung _______________ menyusun
batang pisang di sepanjang pantai .
A. berpuak
B. bekerjasama
C. berpisah-pisah
D. berpusu-pusu
18
Situasi di atas membawa maksud
A. ambil hati
B. panjang tangan
C. campur tangan
D. pasang telinga
19 Penduduk Kampung Selera rajin mengusahakan tanaman buah-buahan.
Mereka bersikap ___________________ untuk mencari rezeki dengan menjual
buah-buahan. Hasil jualan itu digunakan untuk menampung perbelanjaan
harian mereka sekeluarga.
A. ringan tulang
B. buah fikiran
C. buruk sangka
D. serkap jarang
Azman telah ditangkap oleh penduduk kampung
kerana mencuri di Kedai Runcit Pak Abu.
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
20 Amir dan kawan-kawannya mengatur meja-meja itu dengan kemas sekali.
Perkataan seerti bagi mengatur ialah
A. menggaris
B. menyusun
C. mengemas
D. mengangkat
Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.
21 Emak menyimpan barang-barang kemasnya di dalam peti besi itu.
Perkataan berlawan bagi dalam ialah
A. atas
B. tepi
C. luar
D. sudut
Soalan 22 - 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22 I Setelah bermandi peluh, akhirnya usaha mereka berjaya.
II Kor Meng mengelap peluh yang membasahi dahinya.
III Orang lain sibuk bekerja tetapi pemuda itu masih berpeluh tubuh.
IV Penat peluhnya akhirnya membuahkan hasil yang sangat lumayan.
A. I dan II sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I dan III sahaja
D. I, II, III dan IV
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
23 I Tukang masak itu berasal dari Kelantan.
II Biskut itu masak kerana bekasnya dimasuki angin.
III Dia menjolok buah mangga yang masak dengan galah buluh.
IV Datuk mengajar Hartini mengait buah rambutan yang masak ranum.
A. I dan III
B. II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Apakah kenderaan darat yang digunakan oleh penulis dan keluarganya
semasa bercuti di Pulau Pinang ?
A. Penulis menaiki kereta bapa untuk ke sekolah.
B. Keluarga penulis berasa seronok dapat bercuti di Pulau Pinang.
C. Kenderaan darat yang digunakan oleh penulis dan keluarganya semasa
bercuti di Pulau Pinang ialah sampan.
D. Kenderaan darat yang digunakan oleh penulis dan keluarganya semasa
bercuti di Pulau Pinang ialah kereta.
25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Pen ini dihadiahkan oleh abang saya.
A. Apakah yang dihadiahkan oleh abang awak?
B. Siapakah yang menghadiahkan pen ini kepada awak?
C. Mengapakah pen ini dihadiahkan kepada awak?
D. Di manakah awak membeli kotak hadiah yang berbentuk pen ini?
Soalan 26 - 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26 Baju kurung amat sesuai dipakai oleh semua bangsa.
A. Semua bangsa amat sesuai memakai baju kurung.
B. Semua bangsa memakai baju kurung yang sesuai.
C. Baju kurung sesuai dipakai pelbagai bangsa.
D. Baju kurung amat sesuai memakai semua bangsa.
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
27 Mengapakah kamu tidak datang ke rumah saya, Wati? tanya Anis.
A. Wati mengaku tidak datang ke rumah Anis.
B. Wati bertanyakan sebab Anis tidak hadir ke rumahnya.
C. Anis bertanyakan sebab Wati tidak datang ke rumahnya.
D. Anis sudah tahu akan sebab Wati tidak datang ke rumahnya.
Soalan 28 - 30
Pilih ayat yang betul.
28 A. Eh, tadi buku saya ada di sini!
B. Wah, itu alasanmu semata-mata!
C. Cis, besarnya rumah ini!
D. Nah, sakitnya perut aku!
29 I Dia datang lewat hari ini.
II Dia berada di sekolah sehari suntuk.
III Pakaian baharu Ai Ling berwarna-warni.
IV Cikgu menasihatkan kami supaya datang segera.
A. I dan IV
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV
30 I Tanaman di ladang petani tua itu hidup subur.
II Wang itu akan digunakan untuk membina dewan komuniti.
III Kami mengangkat cebisan makanan yang besar bersama-sama.
IV Sultan berasa amat bimbang akan selamat rakyat baginda.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
Bahagian B (Soalan 1-8)
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Tulis
jawapan anda di ruangan yang disediakan.
Encik Chandran bersama-sama dengan adik-beradiknya bercuti di Pulau Pinang.
Tujuan utama mereka ke sana adalah untuk menziarahi Encik Narendra, adik bongsu
mereka.
Ayah, apa nama kawasan tempat tinggal Pak Cik Narendra ini? tanya Ajay.
Nama kawasan ini ialah Batu Feringgi. Kawasan ini tidak jauh dari Pantai Batu
Feringgi, iaitu tempat perkelahan keluarga kita. Kita bukan sahaja dapat menziarahi
keluarga, malahan kita dapat meneruskan perkelahan tahunan keluarga kita, jelas
Encik Chandran kepada anak-anaknya.
Perkelahan ini penting kepada kita. Sewaktu berkelah, kita dapat beramah
mesra sambil bertanya khabar tentang keluarga kita masing-masing. Ayah gembira
kerana anggota keluarga Pak Cik Mahendra, Pak Cik Asogan dan Pak Cik Narendra
terus memberikan sokongan untuk menjayakan aktiviti perkelahan ini, sambung
Encik Chandran.
Mahendra, Asogan dan Narendra, pertemuan ini amat bermakna. Kita dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan sambil menambah pengetahuan tentang
negara kita, ujar Encik Chandran lagi.
Abang, kami bersyukur kerana abang dan kakak tidak jemu-jemu mengajak
kami berziarah sambil bercuti, ujar Encik Narendra kepada Encik Chandran.
Pada malam ini kita akan berkumpul dan berjamu selera di pantai, cadang
Encik Mahendra.
Cadangan itu disambut dengan sorakan keriangan oleh kanak-kanak. Mereka
dapat bersama-sama dalam suasana yang ceria dan mesra sempena perkelahan
keluarga.
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
1. Di manakah Encik Chandran dan adik-beradiknya bercuti ?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(1 markah)
2. Apakah tujuan utama Encik Chandran dan keluarganya ke Pulau Pinang?
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(2 markah)
3. Apakah nama tempat perkelahan keluarga Encik Chandran?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2 markah)
4. Mengapakah Narendra berasa bersyukur?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2 markah)
5. Nyatakan aktiviti yang dilakukan pada waktu malam?
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
( 3 markah)
6. Siapakah yang terus memberi sokongan kepada Encik Chandran untuk
menjayakan perkelahan ini ?
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
(3 markah)
[ SULIT ]
RAHIMAH BINTI MOHAMAD KHATIB / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 5/ MAC 2015
7. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti seperti ini penting dalam sesebuah
keluarga?
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
( 3 markah)
8. Selain aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan dalam petikan, senaraikan empat
aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan?
i. ___________________________________________
ii. ___________________________________________
iii. ___________________________________________
iv. ___________________________________________
(4 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh : Puan Rahimah binti Mohamad Khatib
Disemak oleh : Chiau Boon Wei
Recommended