1
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS �
JUDUL: PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR BANDAR MUAR JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya ISIDORA ALEXANDER TEK No Matriks : MP111235 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN KM 10 JALAN BAKRI, Nama Penyelia 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh :
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
�
2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN
Tarikh : …………………………………………….
i
PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR
BANDAR MUAR JOHOR
ISIDORA ALEXANDER TEK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OGOS 2013
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan : ..........................................
Nama Penulis : ISIDORA ALEXANDER TEK
No. Matrik : MP 111235
Tarikh : …………………………..
iii
DEDIKASI
Untuk kedua ibu bapa, Alexander Agi Tek dan Helen Phillip Ruby
serta Dr. Ali Al-Anbori
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur kepada Tuhan yang Mahakuasa dengan limpah kurnianya
dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan sempurnanya.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada Dr. M.
Al-Muz-zammil Yassin, penyelia tesis yang telah banyak membantu dan memberi
bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses penyiapan tesis ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di
dalam menyumbangkan data-data yang berguna serta menjadi responden kaji selidik
bagi menjayakan tesis ini secara sukarela.
Proses penyiapan tesis ini telah mengambil banyak masa saya untuk bersama
dengan keluarga, dan rakan-rakan. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan setinggi terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Alexander Agi Tek dan
Helen Phillip Ruby, dan rakan-rakan kerana kesabaran dan sokongan yang telah
diberikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dr. Ali Al-Anbori kerana
dorongan serta kata-kata semangat yang diberikan untuk saya menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan seperjuangan, Nor Adiny, Nor Aznizah,
Zaharah dan ‘Ayunni atas segala tunjuk ajar dan pertolongan sepanjang menyiapkan
tesis ini. Semoga tesis ini dapat memberi faedah kepada kita semua.
v
ABSTRAK
Pengurusan disiplin sekolah merupakan salah satu skop pengurusan yang sering
menjadi tumpuan ibu bapa, media massa serta masyarakat di Malaysia Oleh itu, kajian
ini memfokuskan kepada punca masalah utama pengurusan disiplin di sekolah, peranan
ibu bapa dalam membantu pengurusan disiplin di sekolah, kriteria yang perlu dimiliki
oleh seorang guru untuk dilantik sebagai guru disiplin, pengisian atau latihan yang
diperlukan oleh guru disiplin dan peranan pihak pengurusan sekolah dalam membantu
pengurusan disiplin di sekolah. Data diperolehi melalui kaedah soal selidik dan
temubual. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS dan
maklumat temubual dianalisa menggunakan prosedur tematik. Hasil kajian mendapati
terdapat lapan punca utama masalah pengurusan disiplin di sekolah. Kajian juga
mengenalpasti terdapat dua belas kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang guru sebelum
dilantik menjadi guru disiplin. Selain itu, beberapa aspek latihan juga telah dicadangkan
bagi memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah.
vi
ABSTRACT
Management of school discipline is one of the school management scopes, which often
becomes the focus of parents, media and society in Malaysia. Therefore, this study
focuses on the cause of problems in the management of school discipline, the role of
parents in assisting the management of school discipline, the criteria that should be
possessed before one is to be appointed as a discipline teacher, training required by the
discipline teachers, and the role of school management in assisting the management of
school discipline. The data was obtained through questionnaires and interviews. The
data obtained were analyzed using SPSS software and data from interview had been
analyzed using thematic procedure and conclusion. The study found that there were
eight causes of problems in discipline management. The findings had also identified
twelve important criteria, which a teacher should posses before been appointed as a
discipline teacher. Besides, several aspects of training had been proposed to strengthen
the roles of discipline teachers in school.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 13
viii
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.6.1 Kepada Guru Disiplin Sekolah 16
1.6.2 Pihak Pengurusan Sekolah 16
1.7 Batasan Kajian 16
1.8 Definisi Operasional 17
1.8.1 Pengurusan Disiplin 17
1.8.2 Guru Disiplin 18
1.9 Penutup 18
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 19
2.2 Kepentingan Disiplin 21
2.3 Model Disiplin 23
2.4 Kajian Lepas 24
2.5 Aspek Perundangan dalam Pengurusan Disiplin 26
2.6 Peranan Pentadbiran Sekolah 27
2.7 Penutup 29
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka bentuk kajian 31
3.3 Populasi dan Sampel 31
3.4 Instrumen Kajian 32
3.5 Kesahan Item 34
3.5.1 Kajian Rintis 35
ix
3.6 Analisa Data 39
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Penutup 42
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Umur 45
4.2.3 AJK Disiplin Sekolah 45
4.2.4 Pengalaman Mengajar 46
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 46
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah
Punca Utama Masalah Pengurusan Disiplin
Sekolah 47
4.3.2 Analisis Temubual Persoalan Kajian 2:
Bagaimanakah ibu bapa boleh berperanan
dalam membantu pengurusan disiplin sekolah
dalam mengurangkan masalah disiplin? 52
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3: Apakah Kriteria
Utama yang diperlukan oleh Seorang Guru
untuk Dilantik Sebagai Guru Disiplin 54
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Apakah Pengisian
atau bentuk latihan yang boleh dilakukan bagi
memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah? 57
4.3.5 Analisis Temubual Persoalan Kajian 5:
Bagaimanakah sepatutnya peranan yang
dimainkan oleh pihak pengurusan dalam
menangani isu pengurusan disiplin? 62
x
4.4 Rumusan Analisa Data 64
4.5 Penutup 68
5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan 70
5.2.1 Apakah Punca Utama Masalah
Pengurusan Disiplin Sekolah 71
5.2.2 Bagaimanakah ibu bapa boleh
berperanan dalam membantu pihak
pengurusan disiplin sekolah dalam
mengurangkan masalah disiplin 72
5.2.3 Apakah Kriteria Utama yang Dimiliki
oleh Seseorang Guru untuk Dilantik
sebagai Guru Disiplin 72
5.2.4 Apakah Pengisian atau Bentuk Latihan
yang Boleh Dilakukan Bagi
Memperkasakan Peranan Guru Disiplin
di Sekolah. 73
5.2.5 Bagaimanakah sepatutnya peranan yang
dimainkan oleh pihak pengurusan dalam
menangani isu pengurusan disiplin
sekolah. 74
5.3 Perbincangan 74
5.3.1 Punca Utama Masalah
Pengurusan Disiplin Sekolah 74
xi
5.3.2 Peranan ibu bapa boleh
dalam membantu pihak
pengurusan disiplin sekolah dalam
mengurangkan masalah disiplin 77
5.3.3 Kriteria utama yang dimiliki oleh
seseorang guru untuk dilantik sebagai
guru disiplin 77
5.3.4 Pengisian atau bentuk latihan yang boleh
dilakukan bagi memperkasakan peranan
guru disiplin disiplin. 78
5.3.5 Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh
pihak pengurusan dalam menangani isu
pengurusan disiplin sekolah. 80
5.4 Cadangan Tindakan 82
5.4.1 Pengurusan Sekolah 82
5.4.2 Pengurusan Disiplin 83
5.4.3 Ibu Bapa 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.6 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 90
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT
3.1 Taburan Markah Skor Skala Lima Mata 34
3.2 Analisa pekali kebolehpercayaan Alpha
Cronbach mengikut item soal selidik bagi kajian
rintis untuk dimensi pengurusan disiplin
36
3.3 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Alpha
Cronbach If Item Deleted.
37
3.4 Jadual Interpretasi Skor 39
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.2 Taburan Umur Responden 45
4.3 Taburan AJK Disiplin Sekolah 45
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar
46
4.5 Punca Utama Masalah Pengurusan Disiplin
Sekolah
47
4.6 Kriteria Yang Dimiliki Oleh Seorang Guru
Untuk Dilantik Sebagai Guru Disiplin
54
4.7 Pengisian Kursus Yang Diperlukan Oleh Guru
Disiplin
57
4.8 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan
Persoalan Kajian
65
xiii
SENARAI RAJAH
N0. RAJAH PERKARA MUKA SURAT Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur dan Langkah-langkah 41 yang Terlibat dalam Kajian
xiv
SENARAI SINGKATAN
KPM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SSDM SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT\
A Surat Pengesahan Status Pelajar 90
B Surat Kelulusan Khas (EPRD) 91
C Surat Kelulusan untuk menjalankan Kajian (JPN)
92
D Surat Kelulusan untuk menjalankan Kajian (PPD)
93
E Borang Soal Selidik
94
F Analisis Data Kajian Rintis
104
G Analisis Data Kajian Sebenar
109
H Jadual Analisis Tembual 128
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengurusan disiplin merupakan salah satu cabang tugas di bawah skop
pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekolah. Pengurusan disiplin merupakan salah satu tugas
yang mencabar kerana ianya melibatkan pihak pentadbiran sekolah, para pelajar dan
juga ibu bapa serta masyarakat di luar sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan
baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri.
Terdapat pelbagai pendapat dan definisi yang telah diutarakan bagi pengurusan.
Menurut Kamus Dewan, pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus yang berkaitan
dengan cara mengurus sesuatu selok-belok kerja. Dalam sesebuah organisasi
termasuklah organisasi pendidikan, pengurusan adalah sangat penting. Tanpa
pengurusan yang cekap, proses pengeluaran produk yang berkualiti tidak dapat berjalan
dengan baik dan ianya juga turut mempengaruhi pembentukan masyarakat yang
berkualiti di negara ini. Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib
(DBP, 2002:308). Di peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-peraturan yang
dikenakan ke atas para pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka
melalui hukuman atau pemberian ganjaran.
2
Ee (1994) pula berpendapat bahawa disiplin merujuk kepada cara berfikir yang
tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan seseorang.
Oleh itu, peraturan sekolah adalah perlu bagi menguruskan disiplin pelajar termasuklah
para guru serta kakitangan sekolah. Penerapan disiplin di kalangan guru dan kakitangan
sekolah adalah perlu kerana pelajar belajar daripada apa yang mereka nampak dengan
anggapan bahawa sesuatu tindakan itu adalah betul kerana guru mereka juga melakukan
perkara yang sama. Menurut Abdullah Sani (2005), Laporan Jawatankuasa Kabinet
1979 menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu
dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak mengganggu kepentingan orang lain Berdasarkan definisi yang diutarakan, secara
keseluruhannya amalan disiplin adalah perlu diterapkan di kalangan warga sekolah bagi
memastikan kelancaran pengurusan pentadbiran sekolah secara keseluruhannya.
Di sekolah, isu disiplin merupakan satu isu yang berterusan dari generasi ke
generasi. Isu yang timbul pula perlu ditangani dengan mengambil kira pendapat semua
pihak agar tindakan yang diambil tidak berat sebelah. Oleh yang demikian, untuk
memastikan keselarasan tindakan disiplin, polisi disiplin telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti serta tindakan yang berkait
dengan disiplin. Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah menetapkan dan
menentukan apa yang diharapkan daripada pelajar dan apa yang dilarang dengan
menggariskan peraturan di sekolah masing-masing mengikut surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.9/ 1975 Peraturan tersebut perlu dibuat dalam bentuk bertulis dan mengandungi
maksud yang jelas (Mohd Ismail, 2007).
Pada asasnya keperluan disiplin sekolah adalah untuk mewujudkan suasana yang
selamat bagi para pelajar, guru serta kakitangan sekolah. Suasana yang selamat
membolehkan sesi pembelajaran dan pengajaran dilakukan dalam keadaan yang baik
serta efektif. Oleh yang demikian, semua guru adalah merupaka guru disiplin di sekolah
kerana pemupukan amalan disiplin perlu bermula dari dalam kelas. Tambahan lagi,
3
disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ini
kerana disiplin merupakan komponen pentung dalam sistem persekolahan yang berkait
rapat dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Di sekolah, disiplin menjadi
satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Oleh yang demikian,
kewujudan disiplin bukanlah untuk menghukum semata-mata. Disiplin bertujuan untuk
membantu para pelajar untuk belajar menjadi lebih bertanggungjawab serta berfikiran
lebih matang. Ini secara tidak langsung membantu perkembangan intelek mereka.
Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang mematuhi disiplin sekiranya ia membantu
mereka untuk mencapai kejayaan dan sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka
merasakan ianya dipaksa dan bertujuan untuk menghukum mereka.
Pengurusan disiplin mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Menurut Mohd
Ismail (2006), falsafah disiplin merangkumi apa yang kita percaya sebagai betul atau
salah, buruk atau baik tentang sesuatu. Oleh yang demikian, para pelajar perlu dididik
serta diasah moralitinya agar mereka mengenali serta tahu betul atau salah sesuatu
tindakan atau perbuatan yang dilakukan. Pengetahuan ini perlu diterapkan kepada para
pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keberkesanan
ilmu yang diajar oleh guru di dalam kelas hanyalah akan berhasil sekiranya pelajar juga
mempraktikkannya di luar kelas terutama di dalam perbuatan dan pergaulannya dengan
warga sekolah serta komuniti di luar sekolah.
Pengurusan disiplin yang baik perlu bagi memastikan keselamatan warga
sekolah terjamin dan kemalangan yang berlaku dapat dikurangkan. Selain itu,
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan teratur
dengan suasana yang selamat. Suasana pembelajaran yang tenang dan selamat
membolehkan pelajar menjadi lebih produktif. Keselamatan pelajar terjamin dengan
wujudnya sistem pengurusan yang cekap. Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama
penting dengan penyebaran ilmu. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
berkait rapat dengan tahap disiplin pelajar. Tambahan lagi, pelajar yang berjaya dalam
4
kehidupannya kebiasaannya terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Para pelajar tidak
akan merasa tertekan sekiranya mereka faham akan perlunya peraturan sekolah. Para
guru pula perlu tahu bila mereka perlu bertolak ansur dengan pelajar serta bila tindakan
disiplin perlu diambil terhadap pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengurusan Hal Ehwal Pelajar di sekolah merupakan salah satu cabang
pengurusan sekolah yang menghadapi cabaran yang hebat terutama pada masa sekarang.
Ini kerana ia melibatkan kerja menguruskan keperluan pelajar sepanjang pelajar tersebut
berada di sekolah. Ini termasuklah menguruskan disiplin pelajar tersebut. Pembentukan
disiplin yang baik di kalangan warga sekolah adalah perlu bagi mewujudkan suasana
sekolah yang selamat dan selesa.
Pengurusan disiplin sekolah sering mendapat perhatian masyarakat apabila
timbulnya masalah disiplin di kalangan pelajar. Dalam hal ini, semua pihak menuding
jari ke arah pihak yang lain. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian bagi masalah
disiplin seringkali menemui jalan buntu. Masalah yang timbul dalam pengurusan
disiplin pelajar boleh dilihat melalui tiga perspektif utama iaitu dari perspektif pihak
sekolah, ibu bapa dan diri pelajar sendiri. Ini kerana pembangunan intelek dan sahsiah
pelajar berhubung kait dengan sekolah, ibu bapa dan diri pelajar itu sendiri.
Pengurusan disiplin pelajar pada masa sekarang menghadapi banyak cabaran jika
dibandingkan dengan pada zaman dahulu. Suatu masa dahulu, para guru di sekolah
kurang mendapat tekanan apabila seseorang pelajar diambil tindakan disiplin kerana
kesalahan yang dilakukan. Namun, pada masa sekarang, tindakan disiplin yang diambil
oleh guru disiplin di sekolah sering dipersoalkan. Ini disebabkan ibu bapa pada masa
sekarang lebih terdedah kepada perkembangan yang berlaku terutama di dalam sistem
5
pendidikan kerana kebanyakan ibu bapa terdiri dari golongan intelektual. Hal seperti ini
mengganggu proses pengurusan disiplin yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Campur tangan ibu bapa dalam hal pengurusan disiplin dianggap merumitkan
lagi keadaan. Kehendak ibu bapa dituruti bagi mengelakkan hal tersebut berlanjutan
sehingga menyusahkan pihak sekolah (Mehat Ismail, komunikasi peribadi, 3 Disember
2012). Dalam hal sebegini, keputusan atau pandangan ahli jawatankuasa disiplin sering
diketepikan. Apabila seseorang pelajar dijatuhkan hukuman, ibu bapa selalunya akan
berasa tidak puas hati dan akan masuk campur dalam urusan anaknya di sekolah.
Kadang kala pihak sekolah terpaksa mengalah dan mengurangkan kadar hukuman yang
dijatuhkan.
Selain itu, kebanyakan ibu bapa gagal memahami konsep pembentukan disiplin
dan pengurusan disiplin yang sebenarnya. Menurut Ang (2011), disiplin anak-anak
adalah tanggungjawab utama ibu bapa atau penjaga. Di sekolah, pihak pengurusan
disiplin berfungsi untuk mengurus dan memperkukuhkan lagi didikan disiplin yang telah
dipupuk di rumah dengan pelaksanaan peraturan-peraturan di sekolah. Kegagalan
memahami konsep ini menyebabkan ibu bapa masih lagi menuding jari kepada pihak
sekolah sekiranya anak-anak mereka terlibat dalam salah laku disiplin. Sikap ibu bapa
campur tangan ibu bapa yang keterlaluan dalam pengurusan disiplin pelajar di sekolah
menyebabkan keruntuhan akhlak pelajar semakin menjadi- jadi. Antara kes yang
melibatkan pelajar perempuan yang dilaporkan dalam akhbar ialah seorang pelajar
berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai membuang bayi yang baru
dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan, Simpat Empat,
Kangar (Utusan Malaysia, 25 Oktober 2012).
Aspek kedua yang perlu dilihat dalam pengurusan disiplin pelajar adalah diri
pelajar itu sendiri. Peraturan dan tindakan guru disiplin sering dianggap mengongkong
pelajar. Akibatnya, pihak sekolah menghadapi masalah apabila berhadapan dengan
6
golongan pelajar ini. Malah sepanjang tahun 2012 sahaja, terdapat beberapa kes yang
melibatkan pelajar membelasah guru di sekolah. Salah satu kes yang telah dilaporkan
dalam akhbar ialah seorang guru disiplin cedera dibelasah oleh sekumpulan 10 orang
pelajar Tingkatan 5 gara-gara menegur perbuatan para pelajar tersebut yang lambat
menyertai perhimpunan.( Berita Harian, 14 September 2012)
Dari aspek pihak sekolah, kejadian salah laku pelajar yang semakin meningkat
serta tohmahan-tohmahan yang diterima dari masyarakat menyebabkan pihak sekolah
menghadapi tekanan yang kuat. Ini kerana di mata masyarakat, sekolah merupakan
institusi pendidikan di mana para pelajar sepatutnya mendapatkan pendidikan yang
secukupnya. Oleh itu, guru sekolah dianggap bertanggungjawab dalam membentuk
sahsiah pelajar sepanjang persekolahan mereka. Dalam hal ini, unit pengurusan disiplin
sekolah sering menjadi tumpuan dan ditekan oleh pihak pengurusan sekolah bagi
menyelesaikan masalah disiplin pelajar.
Sikap lepas tangan pihak sekolah apabila berlaku pertelagahan antara guru
dengan pelajar atau ibu bapa pelajar menyebabkan guru disiplin menjalankan tugas
mereka ala kadar sahaja. Ini kerana dalam kebanyakan kes yang berlaku di sekolah,
pengetua sekolah selalunya berpihak kepada ibu bapa pelajar (Fauziah, komunikasi
peribadi, 13 Disember 2012). Dalam pengurusan disiplin pelajar di sekolah, pemimpin
sekolah juga bertanggungjawab serta memainkan peranan yang penting dalam
memastikan segala urusan berkaitan dengan disiplin pelajar berjalan dengan lancar.
Sikap pengetua sekolah yang berat sebelah menyebabkan ketidakpuasan hati guru
kerana tindakan tersebut dianggap tidak adil. Ianya seolah-olah menjatuhkan air
mukanya kerana tindakan tersebut menggugat kewibawaannya sebagai seorang guru di
depan para pelajar sekolah. Emosi guru akan tercabar dan hal ini akan menyebabkan
cikgu tersebut hilang kawalan diri dan bertindak mengikut perasaan.
7
Apabila timbulnya masalah antara ibu bapa dan guru disiplin, selalunya pihak
jabatan akan menyalahkan cikgu-cikgu yang terlibat (Mehat Ismail, komunikasi
peribadi, 3 Disember 2012). Pihak pengurusan sekolah kadangkala tidak memberi
sokongan yang sepatutnya kepada Jawatankuasa Disiplin Sekolah terutamanya kepada
guru disiplin. Kelantangan ibu bapa dalam menegakkan hak anak-anak mereka
sehingga sanggup ke mahkamah menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengalah kerana
tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Berdasarkan temubual yang dijalankan, guru
berkenaan berpendapat bahawa guru disiplin pada masa sekarang tidak mendapat
sokongan sepenuhnya daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Kementerian Pelajaran sendiri. Ini kerana semua pihak selalunya mahu lepas tangan
apabila berlakunya kes-kes besar antara guru dengan pelajar atau ibu bapa.
Menurut Mohd Ismail (2006), berdasarkan pengalaman beliau sendiri melawat
ke beberapa buah sekolah untuk tujuan pencerapan praktikum di Pulau Pinang dan
Kedah sejak tahun 1994 hingga 2004, beliau mendapati bahawa tidak ada sebuah
sekolah pun yang menyimpan Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran yang
lengkap dari tahun 1960-an hingga tahun 2000. Selain itu, terdapat juga pengetua atau
guru besar yang tidak mengambil tahu tentang pekeliling yang diedarkan ke sekolah.
Hal ini memberi kesan yang tidak baik kepada pengurusan disiplin sekolah kerana
pekeliling yang diedarkan adalah perlu bagi memastikan jawatankuasa disiplin sekolah
menjalankan tugas di dalam parameter yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran.
Selain itu, kurangnya pemantauan dari pihak atasan seperti pihak Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) menjadi salah satu faktor kelalaian pihak pengurusan sekolah
dalam menguruskan disiplin pelajar. Oleh itu, segala maklumat penting tidak
direkodkan secara teliti dan informasi tidak disebarkan kepada warga sekolah. Menurut
laporan Utusan Malaysia, penerangan mengenai peraturan sekolah tidak disebarkan
secara terperinci kepada pelajar-pelajar sekolah. Ianya hanyalah disampaikan melalui
buku panduan sekolah dan sewaktu perhimpunan sahaja (Mohd Ismail 2006). Perkara
8
seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengurusan disiplin tidak boleh dianggap
sebagai sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kegagalan pihak pengurusan sekolah
untuk menyelami dan memahami arahan serta peraturan yang dinyatakan di dalam
pekeliling akan menyebabkan kegagalan Jawatankuasa Disiplin Sekolah untuk berfungsi
dengan baik dalam menangani masalah disiplin.
Di kebanyakan sekolah, pelajar sentiasa mensasarkan guru disiplin untuk
‘membalas dendam’ atas tindakan yang diambil. Guru disiplin kebiasaannya merupakan
guru yang paling tidak disukai oleh para pelajar. Menurut Ang (2011), ini adalah kerana
guru disiplin bertanggungjawab dalam membantu guru besar atau pengetua merancang
menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti atau perihal yang berkaitan dengan disiplin
pelajar Pada pandangan pelajar, guru disiplin mengambil tindakan yang tidak adil dan
menyusahkan mereka.
Kekurangan guru lelaki di kebanyakan sekolah seluruh negara didakwa menjadi
faktor utama peningkatan masalah disiplin (Berita Harian, 5 April 2010). Kadar
bilangan guru perempuan yang lebih ramai daripada guru lelaki juga menjadi salah satu
isu dalam pengurusan disiplin sekolah. Guru perempuan yang dilantik menjadi guru
disiplin pula tidak berani untuk bertindak lebih daripada sekadar memberi nasihat kerana
takut akan tindak balas para pelajar yang seringkali di luar jangkaan.
Kekurangan guru disiplin yang berwibawa dalam pengurusan disiplin sekolah
juga merupakan salah satu faktor yang menjadi kekangan dalam usaha mengawal
tingkah laku pelajar. Kebanyakan guru disiplin tidak mendapat latihan atau kursus yang
sepatutnya dijalaninya apabila menjadi seorang guru disiplin. Penerangan yang tidak
jelas dan kurangnya pemahaman terhadap pekeliling yang berkaitan dengan disiplin
menyebabkan para guru seolah-olah tidak mempunyai petunjuk dalam menjalani tugas
mereka di sekolah. Pendedahan tentang selok belok pengurusan disiplin yang betul dan
9
sistematik juga menyebabkan guru disiplin yang baru dilantik selalunya menjalankan
tugas mereka mengikut pemahaman serta pengalaman sendiri tentang disiplin.
Tambahan lagi, pihak pengurusan disiplin sekolah tidak mendapat kerjasama
yang sepatutnya daripada para guru dalam mengawal disiplin pelajar ketika berada di
dalam kelas menimbulkan masalah. Kebanyakan guru di sekolah lebih suka melakukan
tugas seperti yang telah diamanahkan kepada mereka. Ada antaranya tidak mengambil
peduli masalah disiplin di dalam kelas sendiri (Mehat Ismail, komunikasi peribadi, 3
Disember 2012). Ini kerana mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku
kepada diri mereka di luar kawasan sekolah. Hal seperti ini yang banyak menimbulkan
kebimbangan para guru terutama guru wanita.
Berikutan dengan hal seperti ini, tidak ramai guru yang sanggup memikul
tanggungjawab sebagai guru disiplin. Jumlah guru disiplin yang sedikit tidak cukup
untuk mengawal bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah sekolah. Keengganan
guru lain untuk bekerjasama untuk mengurangkan kes disiplin juga menyebabkan guru-
guru disiplin terbeban. Menurut Ang (2011), guru dikatakan memainkan peranan yang
penting dalam mendisiplinkan murid. Ini kerana kebanyakkan masa para pelajar
dihabiskan di sekolah bersama-sama dengan para guru. Masalah disiplin akan timbul
sekiranya guru enggan memberi kerjasama dalam membentuk disiplin pelajar.
Justeru itu, Kementerian Pendidikan menekankan bahawa pemantapan
pengurusan disiplin perlu dilakukan bagi membendung gejala sosial di kalangan pelajar
(KPM, 2001). Semua guru perlu mengambil tanggungjawab bersama dalam
menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terkawal.
Namun begitu, arahan yang diberikan seolah-olah tidak dihiraukan oleh kebanyakan
sekolah.
10
Satu lagi isu yang diperkatakan dalam pengurusan disiplin adalah kegagalan
jawatankuasa disiplin sekolah untuk menyediakan atau mengadakan pemantauan serta
pemeriksaan berkala terhadap para pelajar juga. Tiada pemantauan atau pemeriksaan
yang sepatutnya oleh jawatankuasa disiplin sekolah terhadap para pelajar menyebabkan
mereka bebas membawa barangan yang dilarang serta berbahaya seperti rokok, cota dan
pisau ke sekolah. Akibatnya, berlakulah kejadian salah laku yang tidak diingini di
sekolah. Contohnya, seorang pelajar sekolah agama swasta di Alor Setar, Kedah telah
dipukul dengan cota oleh seorang pelajar lain setelah dituduh mengganggu teman
wanitanya. Selain pelajar yang terlibat, pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam kes
ini kerana gagal melakukan pemantauan atau pemeriksaan yang sepatutnya terhadap
para pelajar (Utusan Malaysia 11 Oktober 2012). Hal ini sekali lagi menunjukkan
kepincangan yang berlaku dalam sistem pengurusan disiplin sekolah.
Isu rotan telah dibahaskan berulang kali kerana majoriti ibu bapa tidak bersetuju
dengan penggunaan rotan untuk menghukum pelajar sekolah. Hukuman rotan dianggap
tidak relevan lagi pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, guru tidak dibenarkan
merotan pelajar. Hanya guru besar sahaja dibenarkan merotan pelajar dan hanya guru
yang mendapat kuasa dari guru besar sahaja yang layan menjalankan hukuman tersebut.
Selain itu, hukuman rotan di khayalak ramai juga adalah tidak dibenarkan.(KPM, 2003)
Memandangkan hukuman rotan dianggap tidak relevan lagi pada masa sekarang,
terdapat pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu pihak pengurusan disiplin
sekolah untuk mengurangkan kadar masalah disiplin di sekolah. Menurut Pakar
Perlindungan Kanak-Kanak (Unicef Malaysia), Phenny Kakama menyatakan “corporal
punishment” perlu ditukar kepada “positive discipline” di mana ini akan membantu
anak-anak untuk belajar mengawal diri, mempunyai keyakinan diri serta rasa hormat
terhadap orang lain melalui pendidikan yang berterusan dengan cara yang bukan
melibatkan kekerasan (New Strait Times, 3 June 2012). Walaubagaimanapun, larangan
untuk menjatuhkan hukuman yang berat ke atas pelajar seolah-olah membuka jalan yang
lebih luas kepada para pelajar untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana mereka
tahu bahawa tindakan yang akan diambil ke atas mereka adalah ringan sekiranya mereka
11
ditangkap. Ini merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan
disiplin.
Salah satu sistem yang diperkenalkan di sekolah bagi mengurangkan kadar kes
disiplin sekolah adalah sistem merit-demerit. Pelajar akan diberikan sejumlah poin pada
awal tahun dan dikehendaki menjaga poin tersebut. Sekiranya mereka melakukan
kesalahan, poin mereka akan ditolak (demerit) dan merit akan diberikan sekiranya
mereka melakukan aktiviti yang berfaedah atau menyumbang bakti kepada sekolah.
Secara amnya pengenalan sistem ini di sekolah mempunyai kebaikan dan rasionalnya.
Sistem ini membolehkan para guru untuk melihat disiplin pelajar walaupun ianya tidak
akan memberi gambaran yang tepat tentang personaliti seseorang pelajar itu. Selain itu,
ianya membantu pihak sekolah untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan
bimbingan kaunseling atau motivasi. Sistem ini adalah merupakan salah satu langkah
untuk menerapkan “positive discipline” di kalangan pelajar. Selain itu, sistem ini juga
merupakan salah satu langkah untuk melibatkan semua guru secara langsung atau tidak
langsung dengan pengurusan disiplin sekolah. Namun, sistem ini tidak menunjukkan
keberkesanannya kerana pelaksanaannya yang tidak selaras di semua sekolah. Para
pelajar pula terutama yang sememangnya mempunyai masalah disiplin tidak
menghiraukan merit-demerit yang diperolehi. Selain itu, guru seringkali terlepas
pandang akan kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar kerana senarai kesalahan yang
diberikan adalah sangat panjang dan peraturan tersebut dianggap peraturan yang tegar
oleh semua pihak.
Tidak lama dahulu Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) telah
diperkenalkan. Sistem ini berlandaskan konsep sistem merit-demerit yang
diperkenalkan sebelum ini. Segala maklumat kesalahan para pelajar direkodkan secara
online dan maklumat tersebut boleh diakses oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Para
pelajar diberikan taklimat berkenaan dengan sistem ini serta kesan positif dan negatif
sistem ini terhadap profil pelajar sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan
sekolah. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan pengurusan disiplin di sekolah-
12
sekolah. Inisiatif –inisiatif seperti ini menunjukkan kesungguhan pihak Kementerian
Pelajaran untuk membendung gejala salah laku pelajar ini.
Bagi pelajar yang bermasalah, sesi kaunseling merupakan sebahagian daripada
hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar tersebut. Oleh yang demikian, kebanyakannya
menghadiri sesi kaunseling hanyalah untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Pengurusan disiplin sekolah secara langsung bekerjasama dengan unit kaunseling
sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya
diwujudkan bagi membantu guru kaunseling untuk mendekati pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah. Namun begitu, usaha yang dilakukan ini kurang berkesan
terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang kritikal.
Menurut Mohd Ismail Othman (2006), pada masa sekarang, setiap sekolah
berlumba-lumba menaikkan imej sekolah dan oleh itu terdapat kesalahan-kesalahan
disiplin yang tidak dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran.
Ini kerana demi menjaga imej sekolah. Keghairahan pihak pengurusan sekolah dalam
mengejar kejayaaan dalam bidang akademik juga menyebabkan aspek disiplin pelajar
kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Tindakan pengurusan disiplin sekolah
seringkali diketepikan dan tidak diendahkan. Malahan guru juga diberi peringatan agar
tidak membesar-besarkan isu yang boleh menjejaskan sekolah.
Secara keseluruhannya, kegagalan pihak pengurusan sekolah dalam mengurus
disiplin pelajar dengan baik akan mendatangkan kesan yang negatif kepada seluruh
warga sekolah. Keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh Jawatankuasa Disiplin
terutama guru disiplin sekiranya tidak mendapat perhatian dari pihak pengurusan
sekolah akan menyebabkan guru disiplin menjadi tertekan dan tidak menjalankan tugas
dengan baik. Ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada pembangunan akhlak dan
sahsiah pelajar. Oleh yang demikian, perkara seperti ini tidak boleh diambil ringan dan
ianya perlu ditangani dengan cara yang sebaik mungkin.
13
1.3 Penyataan Masalah
Pengurusan disiplin sekolah yang efektif adalah perlu bagi melahirkan sekolah
berkesan. Berdasarkan latar belakang masalah kajian ini, didapati terdapat banyak
kepincangan dari segi pengurusan disiplin di kebanyakan sekolah di negara ini.
Kerjasama pihak pengurusan sekolah dan para guru dalam menguruskan disiplin para
pelajar di sekolah juga menjadi salah satu isu yang dikaitkan dengan kegagalan
membentuk akhlak pelajar seperti yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan
Negara.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji masalah disiplin
pelajar di sekolah. Kebanyakan kajian yang dijalankan memfokuskan kepada
pengurusan sekolah, persepsi pelajar terhadap guru dan juga persepsi guru secara
umumnya terhadap tahap disiplin pelajar di sesebuah sekolah. Namun tidak banyak
kajian yang dilakukan yang menjurus kepada permasalahan yang dihadapi guru disiplin
dalam pengurusan disiplin sekolah.
Contohnya, kajian Md Sa’don (2007) berkenaan dengan pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru disiplin dalam menjalankan tugas di sekolah rendah. Hasil kajian
tersebut menyatakan responden mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
menguruskan perihal disiplin di sekolah. Dari 65 orang responden yang dipilih, tidak
ada seorang guru yang memegang jawatan sebagai guru disiplin. Pengalaman serta
pendapat guru disiplin sendiri tidak dikemukakan.
Selain itu, kajian lain yang dilakukan oleh Hassan dan Siti Zuhaida (2008)
tentang pengurusan disiplin dilakukan di sebuah sekolah swasta. Berdasarkan hasil
kajian tersebut, didapati tahap pengurusan disiplin sekolah tersebut adalah tinggi. Ini
berkemungkinan populasi pelajar di sekolah tersebut adalah kecil dan kawalan disiplin
14
pelajar adalah lebih mudah. Responden pula terdiri daripada guru di sekolah tersebut
seramai 49 orang.
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, penyelidik berminat untuk
mengkaji persepsi guru disiplin tentang permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan
disiplin sekolah. Kajian ini adalah penting bagi memahami dilemma dan kekangan yang
dihadapi oleh guru disiplin di sekolah pada masa sekarang.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi melihat punca masalah pengurusan
disiplin dan peranan ibu bapa dalah membantu pihak pengurusan disiplin sekolah bagi
mengurangkan masalah disiplin serta peranan pihak pengurusan dalam membantu
pengurusan disiplin di sekolah. Selain itu, kajian ini juga melihat kriteria yang
diperlukan oleh seseorang guru untuk dilantik sebagai guru disiplin serta pengisian atau
latihan yang diperlukan oleh guru disiplin.
Secara khususnya, objektif kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti punca utama masalah pengurusan disiplin di sekolah.
2. Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam membantu pihak pengurusan disiplin
sekolah mengurangkan masalah disiplin.
3. Mengenalpasti kriteria-kriteria utama yang dimiliki oleh guru untuk dilantik
sebagai guru disiplin sekolah.
4. Mengenalpasti bentuk pengisian atau latihan yang boleh dilakukan bagi
memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah.
15
5. Mengenalpasti peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak pengurusan
sekolah dalam menangani isu pengurusan disiplin sekolah
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, maka persoalan-persoalan kajian
seperti berikut diutarakan;
1. Apakah punca utama masalah pengurusan disiplin sekolah?
2. Bagaimanakah ibu bapa boleh berperanan dalam membantu pihak pengurusan
disiplin sekolah dalam mengurangkan masalah disiplin?
3. Apakah kriteria utama yang dimiliki oleh seseorang guru untuk dilantik
sebagai guru disiplin?
4. Apakah pengisian atau bentuk latihan yang boleh dilakukan bagi
memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah?
5. Bagaimanakah sepatutnya peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan
dalam menangani isu pengurusan disiplin sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah penting bukan sahaja bagi guru disiplin, malahan kajian ini
penting bagi pentadbir dan pihak sekolah. Ini kerana kajian ini boleh dijadikan panduan
bagi penambahbaikan sistem pengurusan disiplin sekolah terutama kepada;
16
1.6.1 Guru Disiplin Sekolah
Melalui kajian ini, guru disiplin dapat menilai kelebihan dan kelemahan diri
sendiri ketika menjalankan tugas. Selain itu, kajian ini juga akan membantu guru
disiplin untuk memahami dengan lebih mendalam tanggungjawab serta etika kerja yang
perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas di sekolah. Pemahaman terhadap masalah
disiplin yang berlaku di sekolah juga penting supaya guru boleh memikirkan tindakan
yang sewajarnya diambil tanpa melanggar saranan Kementerian Pelajaran.
1.6.2 Pihak Pengurusan Sekolah
Melalui kajian ini, pihak sekolah akan dapat mengetahui permasalahan yang
dihadapi oleh guru disiplin dalam menjalankan tugas seharian. Dengan ini, pihak
sekolah boleh memahami situasi yang dihadapi dan bekerjasama dengan guru disiplin
dengan memberi sokongan yang sewajarnya dalam menangani masalah disiplin di
kalangan pelajar di sekolah.
1.7 Batasan Kajian
Semasa menjalankan kajian ini, terdapat beberapa batasan kajian yang akan
dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga
kaedah yang digunapakai. Hal ini akan memberi kesan kepada kajian yang dilakukan.
Batasan tersebut adalah seperti berikut:
17
i. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik.
Oleh itu, segala maklumat adalah berdasarkan maklum balas melalui soal
selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada
kesungguhan dan kejujuran responden menjawab item-item di dalam soal
selidik.
ii. Dari segi populasi, kajian ini akan dijalankan di sekolah-sekolah
menengah di sekitar bandar Muar. Memandangkan penyelidik
mengalami kekangan dari segi masa, hanya beberapa sekolah menengah
akan dipilih bagi kajian ini. Oleh itu, hasil kajian ini berkemungkinan
tidak akan mewakili keseluruhan sekolah menengah di bandar Muar.
1.8 Definisi Operasional
Definisi operasional merujuk kepada istilah-istilah, penyataan atau konsep yang
digunakan mengikut skop kajian ini. Berikut merupakan beberapa istilah dan penyataan
yang digunakan.
1.8.1 Pengurusan Disiplin
Menurut Kamus Dewan (2002), pengurusan bermaksud perihal mengurus yang
berkaitan dengan cara mengurus sesuatu selok belok kerja. Manakala disiplin pula
merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan
patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana
melanggar peraturan yang ditetapkan. Selain itu, Kamus Oxford (2002), disiplin
didefinisikan sebagai; “the practice of training people to obey or a code of behavior,
using punishment to correct disobedience.”
18
Menurut Ang (2011), bagi memastikan sesuatu masyarakat berfungsi dengan
baik, satu jaringan sistem-sistem dan peraturan adalah perlu untuk mengawal aktiviti
yang berlangsung. Dalam kajian ini, konteks pengurusan disiplin boleh dilihat sebagai
cara atau proses pengendalian sistem-sistem dan set peraturan yang telah ditetapkan bagi
memastikan ianya dipatuhi dan memberi kesan yang positif kepada para pelajar. Bagi
kajian ini, pengurusan disiplin merujuk kepada perkara yang melibatkan mengurus
peraturan sekolah, pengetahuan serta tingkah laku pelajar.
1.8.2 Guru Disiplin
Guru disiplin adalah merupakan guru yang dipertanggungjawabkan untuk
menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. (KPM,
2001) Dalam kajian ini, guru disiplin merujuk kepada guru yang dilantik menjadi Ahli
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
1.9 Penutup
Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang
masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan
definisi operasional. Pemahaman tentang konsep disiplin, peraturan yang sedia ada
adalah perlu bagi pihak pengurusan sekolah terutama para guru. Peranan guru disiplin
perlu diambil serius dalam menangani masalah disiplin pelajar.