BULETIN
KANDUNGAN
Pengenalan ANTARA Edisi 5
Dari Sebalik Lensa
Jamuan Mesra Aidilfitri 2012
Tetamu ANTARA Edisi 5
Jiran Seblok PPIK
Jiran Setaman
Info Sihat
Info Penjimatan
Celik Bahasa
Karya Warga PPIK
Personaliti Sukan PPIKPetua
Hari Jadi Warga PPIK
Selamat Betugas
Sekalung Penghargaan
Anak Cucu Warga PPIK
Resipi Pilihan PPIK
Pemakluman - Edisi 6
Untuk edaran dalaman sahaja
Bil 005: Julai/September 2012
EDISI 5 [JULAI - SEPTEMBER 2012]
KEK&SOS
PENGENALAN ANTARA EDISI 5
MUTIARA KATA
"Jika kejahatan dibalas
kejahatan, maka itu adalah
dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara
biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan
terpuji." ~ La Roche
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Buletin ANTARA yang disediakan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM [Kelab KEK&SOS] ini telah memasuki edisi kelima.
Pihak editor berharap agar Buletin yang diterbitkan setiap tiga bulan ini menjadi
jambatan silaturahim ANTARA kita staf PPIK baik staf akademik mahupun staf
pentadbiran dan ANTARA kita dengan warga USM khususnya dan masyarakat luar
amnya.
Sepanjang bulan Julai – September 2012, beberapa peristiwa penting berlaku. Antaranya
sambutan kemerdekaan Negara, hari raya Aidilfitri dan bermulanya pengajian Semester 1,
Sidang 2012/2013 di USM. Buletin ANTARA kali ini menyajikan beberapa pengisian yang
menarik; antaranya laporan bergambar jamuan mesra Aidilfitri PPIK 2012, temu bual
dengan tetamu ANTARA kali ini iaitu Timbalan Dekan Akademik & Pembangunan
Pelajar, Profesor Madya Hajar Abdul Rahim, berkenalan dengan sebahagian daripada staf
akademik yang berada di Blok C12 yang sebahagiannya lagi akan diterbitkan dalam
Buletin ANTARA Edisi 6 nanti. Jiran setaman kali ini cuba menjenguk rakan staf yang
tinggal di sekitar Seberang Jaya, Permatang Pauh termasuk Kubang Semang, Seberang
Perai. Info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK, petua, ulang tahun
kelahiran warga PPIK dan anak warga PPIK adalah ruangan tetap yang turut mengisi slot
edisi kali ini. Istimewanya dalam edisi kelima ini, kita berkenalan dengan personaliti
sukan PPIK iaitu Profesor Chan Ngai Weng yang sempat berkongsi tentang pengalaman
kecemerlangan beliau dalam sukan squash. Selain itu, untuk ruangan baharu ‘Di Sebalik
Lensa’, pihak editor memaparkan hasil fotografi yang disumbangkan oleh rakan
sekampung Tok ANTARA, Dr. Esmar Hj. Hamid, Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah.
Tok ANTARA yang mewakili sidang editor Buletin ANTARA Edisi 5 berharap agar
pengisian Buletin kali ini sedikit sebanyak memberikan informasi tentang rakan sejawat
dan info am yang dapat dikongsi bersama.
“Management is doing things right; leadership is doing right things.” [Drucker, P.]
Tok ANTARA
2
DI SEBALIK LENSA
Disumbangkan oleh :
Dr. Esmar bin Hj. Hamid
Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah.
Penaung
Prof. Dato’ Abu Talib
Ahmad
Penasihat
Dr. Jabil Mapjabil
Editor
Dr. Shohana Hussin
Dr. Jabil Mapjabil
Dr. Goh Sang Seong
Dr. Idris Mansor
Dr. Roshimah Shamsudin
Penyumbang Bahan / Karya
Dr. Esmar Hj. Hamid
Dr. Halimah Mohamed Ali
Dr. Goh Sang Seong
Juru Foto
En. Mohamed Khalid
Awang
Susun Atur
Cik Julia Jaafar
En. Meor Ahmad Shukri
3
JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPIK 2012
Kelab Kebajikan dan Sosial Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (KEK&SOS) telah menganjurkan program sambutan hari
raya Aidilfitri bertemakan ‘Jamuan Mesra Aidilfitri’. Program ini berlangsung pada 14 September 2012 bersamaan
29 Syawal 1433H bertempat di Bilik Rehat Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Majlis yang berlangsung secara sederhana
tetapi meriah ini telah dihadiri hampir semua kakitangan PPIK. Antara yang turut hadir ialah beberapa bekas kakitangan
PPIK dan hampir kesemua kakitangan dari Pusat Kajian Kelestarian yang berjiran dengan PPIK.
Selain dari jamuan tengah hari yang disediakan, pelbagai juadah telah disumbangkan oleh setiap ahli kelab. Bermula dari
jam 11.00 pagi, juadah telah mula dihidangkan secara bergotong-royong oleh ahli kelab. Jamuan berlangsung selama
hampir 4 jam iaitu bermula jam 11.30 pagi sehingga 3 petang. Suasana ramah mesra dimeriahkan dengan sesi bergambar
dan bersalam-salaman antara ahli yang hadir. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang.
4
TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]
TETAMU ANTARA EDISI 5
TEMU BUAL DENGAN
PROFESOR MADYA HAJAR ABDUL RAHIM
Timbalan Dekan [Akademik & Pembangunan Pelajar]
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Buletin ANTARA Edisi 5 kali ini berkesempatan untuk
menemu bual Profesor Madya Dr. Hajar Abdul Rahim iaitu
Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Sidang editor amat berbesar
hati dapat menemu bual beliau dan seterusnya berkongsi
pengalaman beliau sebagai timbalan dekan di PPIK.
Sudah berapa lama Dr. Hajar berkhidmat sebagai Timbalan
Dekan Akademik di PPIK?
Bermula dari Februari 2007, dan tamat pada tahun 2009.
Kemudian disambung semula pada Januari 2010 sehingga
hujung tahun ini, Insyaallah.
Apakah agenda terbaru bahagian pentadbiran akademik
yang boleh Dr. Hajar kongsikan untuk makluman warga
PPIK?
Agenda terbaru pada tahun ini terutamanya bagi Pusat
Pengajian ialah kecemerlangan akademik. Pada ketika ini,
pihak Universiti telah menubuhkan Unit Kecemerlangan
Akademik bawah Prof. Karim. Peranan unit ini adalah
untuk membantu Universiti dan pusat-pusat pengajian
meningkatkan tahap kecekapan pengajaran dan
pembelajaran. Kita diberi peruntukan untuk menjalankan
bengkel dan aktiviti yang dapat membantu pensyarah untuk
meningkatkan tahap kecekapan pengajaran dan
pembelajaran.
Walaupun USM ialah universiti penyelidikan dan APEX,
terasnya masih lagi pengajaran. Bagi saya jika kerja
pengajaran dilakukan dengan baik, kesan pembelajaran yang
positif sudah pasti terjamin. Oleh itu, kita akan dapat
mencapai matlamat Universiti untuk melahirkan pelajar
yang berilmu di samping mempunyai kemahiran intelektual
dan mampu berfikir di luar kotak. Jadi, pengajaran itu
sangat penting. Begitu juga dengan komitmen pengajaran.
Kita juga diberi peruntukan untuk menjemput sarjana, pakar
dan penyelidik untuk memberikan latihan kepada para
pensyarah. Sebagai contoh, pada 27 Ogos 2012 yang lalu,
kita telah berjaya mengadakan Bengkel Kecemerlangan
Akademik. Insyaallah, selepas ini akan ada lagi program
yang menyusul. Semua program ini adalah untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Program ini sebenarnya ada kaitan dengan kurikulum
baharu bawah MQA. Jadi perkara yang penting ialah kualiti.
Jadi apakah cabaran yang dihadapi oleh Dr. selama
menyandang jawatan Timbalan Dekan Akademik?
Sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan
Pembangunan Pelajar, skop kerja sangat luas. Bahagian
HEAPP ini mempunyai skop kerja yang pelbagai. Antara
tugas tersebut adalah merancang
buku panduan, peperiksaan,
penjadualan, penyemakan kertas
-kertas soalan dan sebagainya.
Persatuan Pelajar PPIK juga di
bawah kendalian HEAPP. Jadi
sebarang permasalahan yang
membabitkan pelajar pra-
siswazah, pihak HEAPP yang
akan mengendalikannya.
Kami difahamkan bahawa sebagai Timbalan Dekan
Akademik, Dr. juga terlibat secara langsung dengan
pelaksanaan modul lestari di PPIK. Bolehkah Dr. kongsikan
pengalaman dalam pelaksanaan modul ini?
Baik! Asal Modul itu sebenarnya daripada cadangan yang
dikemukakan dalam perbincangan Majlis PPIK semasa
penyemakan semula kurikulum pada tahun 2008. Pada
ketika itu, kita diberitahu bahawa semua universiti perlu
membuat penyemakan semula kurikulum berdasarkan garis
panduan MQA. Oleh itu, kami melihat hal ini sebagai
peluang untuk memperbaiki struktur kurikulum di PPIK.
Pihak PPIK mengambil kira keperluan Universiti sebagai
universiti APEX dan juga keperluan MQA. Perkara-perkara
yang penting ialah kemahiran insaniah dan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan pada peringkat universiti.
Selepas mencapai kata sepakat dalam Majlis, PPIK bersetuju
untuk mengubah sedikit kurikulum iaitu, pada semester
pertama pelajar didedahkan dengan kursus-kursus yang
dapat membantu pelatihan kemahiran pembelajaran pelajar.
Semester kedua kemudiannya, barulah pelajar mula
mengikuti subjek pengantar atau major.
Apakah harapan atau dan kata-kata motivasi yang Dr.
boleh berikan kepada seluruh warga USM umumnya dan
juga warga PPIK khususnya.
Bagi saya, yang penting ialah kita bekerja dengan
keikhlasan dan kejujuran. Apa-apa sahaja yang dilakukan
mestilah jujur. Tanamkan persepsi dalam diri kita bahawa
setiap kerja itu dilaksanakan atas dasar membantu dan
keikhlasan. Jadi laksanakanlah setiap tugas yang
diamanahkan dengan rasa ikhlas, jujur supaya kerja yang
dilakukan tepat, cepat dan baik.
Disediakan oleh:
Dr. Shohana Hussin
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM terdiri daripada
empat blok bangunan, iaitu C20, C24, C10 dan C11. Untuk
Buletin ANTARA edisi kelima kali ini, pihak editor ingin
berkongsi informasi dengan memperkenalkan kakitangan
akademik yang berada di blok C24. Sebahagian lagi akan
dipaparkan dalam Edisi 6 nanti.
5
JIRAN SEBLOK PPIK
STAF PPIK BLOK C12
BIL NAMA STAF PPIK NO. BILIK
1 Aiza Maslan @ Baharuddin, Dr C24/230
2 Anisah Lee Abdullah, Prof. Madya C24/203
3 Aziz Abdul Majid, Encik C24/213
4 Azmi Arifin, Dr C24/222
5 Goh Sang Seong, Dr. C24/223
6 Hasanah Abd. Khafidz, Dr C24/229
7 Haslina Haroon, Dr. C24/202
8 Hassan Naziri Khalid, Prof. Madya C24/216
9 Lelany Ayob, Dr. C24/204
10 Mohamad Khairul Anwar Osman,
Dr. C24/207
11 Mohd. Asri Zainul Abidin, Prof.
Madya C24/219
12 Mohd. Farid Mohd Sharif, Dr. C24/210
13 Narimah Samat, Prof. Madya C24/234
14 Nazarudin Zainun, Dr C24/225
15 Nik Haslinda Nik Hussain, Dr. C24/205
Dr. Aiza Maslan
@ Baharuddin
Prof. Madya
Anisah Lee
Abdullah
En. Aziz Abdul
Majid
Dr. Azmi Ariffin Dr. Goh Sang
Seong
Dr. Hasanah Abd
Khafidz
Dr. Haslina
Haroon
Prof. Madya
Hassan Naziri
Khalid
Dr. Leelany Ayob
Prof. Madya
Narimah Samat
Dr. Nazarudin
Zainun
Dr. Nik Haslinda
Nik Hussain
Dr. Mohamad
Khairul Anwar
Osman
Prof. Madya
Mohd Asri Zainul
Abidin
Dr. Mohd Farid
Mohd Sharif
6
JIRAN SETAMAN
Buletin ANTARA Edisi 5 ingin memperkenalkan beberapa orang staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang menetap di
Pulau Pinang iaitu di Seberang Jaya dan Permatang Pauh (+ Kubang Semang). Warga PPIK yang menetap di kawasan
tersebut adalah seperti berikut:
Seberang Jaya
Dr. Syed Zainal
Ariff Syed
Jamaluddin
Dr. Raja Rozina
Raja Suleiman
Prof. Madya
Norizan Md Nor
Prof. Madya
Munir Shuib
En. Mohd Khalid
Awang
Kubang Semang Permatang Pauh
UCAPAN
INFO SIHAT
Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya
ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang
dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggung-
jawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan
lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan
glukosa dalam hati.
Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:
Diabetes Primer
Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah
dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10%
daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis
ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.
Jenis II (NIDDM)
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis
tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku
dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini
biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan
dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.
Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas
yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin.
Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan
mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui
pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Simptom / Gejala
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
Kerap membuang air kencing
Sentiasa berasa dahaga
Selera makan meningkat
Letih
Hilang berat badan
Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
Luka yang lambat sembuh
Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.
Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis
ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi.
Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit.
Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.
Kencing Manis
7
INFO SIHAT
Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes.
Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman
yang manis sahaja.
Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa
yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.
Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti
jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan
sayur-sayuran harus diambil.
Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula
yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkat-
kan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.
Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam
makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh
badan.
Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras
glukosa darah.
Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh
seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak
perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain
itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang
disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet
seorang pesakit kencing manis.
Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi.
Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin
untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal
bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang
gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program
senaman.
Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun
1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini,
terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis
dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut.
Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program
rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:
Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran darah).
Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum.
Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.
Sumber: http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm
8
INFO PENJIMATAN
Pada pandangan saya "WANG" dalam era ini adalah sebagai "Keperluan terbaik yang
melanda kehidupan harian". Kehidupan lebih cenderung kepada mustahil atau sukar
diteruskan tanpa wang. Wang adalah penting untuk meneruskan kehidupan. Pernah
saya terdengar seseorang berkata "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Saya terfikir
juga "Kenapa ulat yang perlu disamakan dengan manusia yang mempunyai aqal dan
fikiran ?" Adakah Allah sengaja memilih kita sebagai khalifah dimuka bumi yang luas
ini ? Baiklah saudara-saudari pembaca, bukan topik ulat dalam batu yang saya ingin
kongsikan. Apa yang saya ingin kongsikan adalah garis panduan yang berkesan untuk
asas menyimpan wang.
Pengurusan kewangan jarang dianggap penting oleh kebanyakan orang. Ramai di
antara kita hari ini harus dinasihati agar perlu berhati-hati ketika melakukan
perbelanjaan. Ini adalah kerana harga pasaran sekarang melambung tinggi dengan
kos kehidupan yang membebankan dan pendapatan yang diperolehi pula adalah terhad. Tetapi jika kita bertekad dan sentiasa berfikir 'di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan' pasti ia satu permulaan yang positif. Jika anda bertekad untuk menyimpan wang yang perolehi,
sepatutnya anda perlu menukar diri anda kepada individu yang bijak berbelanja.
Teknik yang paling penting untuk lebih penjimatan adalah menyediakan anggaran bulanan ataupun bajet anda. Ini akan membantu anda
dalam mengurus perbelanjaan anda di sepanjang bulan. Tetapi jika hanya semata-mata merancang bajet sahaja pun ia tidak memadai. Ada
beberapa perkara-perkara asas yang perlu dipatuhi. Jadi, cuba fokus dan berdisiplin untuk berpegang kepada bajet anda.
1. Membeli-belah daripada kupon disifatkan sebagai satu daripada cara yang efektif penjimatan wang. Kupon adalah baucer hadiah yang
kebiasaannya diiklankan dalam akhbar harian, majalah, di kedai-kedai dan juga internet. Mereka menyediakan pelbagai tawaran
lumayan sebagai contoh 40% penjimatan makan malam di sebuah restoran pada tarikh tertentu dan seumpama dengannya. Melalui
cara ini anda boleh menyimpan wang yang telah dijimatkan melalui perbelanjaan cara ini.
2. Berjimat cermat dalam menggunakan kad kredit anda. Walaupun kad kredit bertindak sebagai bank dalam poket anda, ia datang
dengan kadar faedah yang agak besar. Inilah kelemahan yang paling ketara menggunakan kad kredit tanpa memikirkan kesan daripada
penggunaannya.
3. Cuba membeli-belah semasa musim jualan. Ia adalah masa yang terbaik apabila anda boleh mendapatkan barangan bernilai RM100
hanya pada harga RM80 ataupun RM50. Jadi, jangan lepaskan peluang merebut manfaat musim jualan.
4. Elakkan membeli-belah secara berulang. Ini sebenarnya bukanlah cara bijak untuk membeli-belah secara berulang kerana setiap kali anda
pergi ke pasar, anda akan membelanjakan wang untuk perjalanan seperti minyak, tambang teksi dan lain-lain. Selain itu juga harus
diingat bahawa harga pasaran akan terus naik. Barang berharga yang bernilai RM45 hari ini mungkin menjadi RM50 menjelang akhir
bulan ini. Oleh itu, apabila anda membeli-belah, terutamanya barangan seperti bahan makanan di kedai-kedai atau hyper market,
perlulah membeli seberapa banyak yang diperlukan. Lakukan pembelian barangan yang lebih sedikit daripada yang diperlukan. Ini juga
boleh menjimatkan wang anda daripada perkara-perkara pembaziran yang lain.
5. Jangan membiasakan diri makan makanan ringan di luar. Ini bukan sahaja akan mengosongkan poket anda tetapi boleh juga
membahayakan kesihatan anda.
6. Dapatkan insurans perubatan. Ia akan memudahkan anda mendapat rawatan dalam jumlah yang diperlukan disaat menghadapi
masalah kesihatan yang tidak diingini.
7. Jualan gudang akhir tahun juga boleh menjadi satu idea yang baik untuk membuat penjimatan dari perkara-perkara yang tidak diingini
di dalam rumah anda.
8. Satu lagi cara yang baik untuk menjimatkan wang anda adalah membuat pelaburan. Lakukan pelaburan jangka panjang seperti melabur
untuk harta, tanah, saham, amanah dan sebagainya.
9. Jimatkan bil elektrik dan bil telefon anda. Jangan sediakan bilik anak-anak anda dengan TV serta sambungan telefon secara berasingan
kepada mereka. Pastikan hanya satu set televisyen dan sambungan telefon di ruang tamu anda. Ini membolehkan anda untuk sentiasa
memeriksa jumlah penggunaan kepada alat-alat tersebut. Anda boleh memperuntukkan penjimatan ini dengan melakukan sesuatu
perkara yang lain.
Selain daripada itu mungkin terdapat banyak cara lain untuk mengurus serta menjimatkan alliran tunai anda. Apa yang anda perlu lakukan
adalah untuk terus berhati-hati, berpandangan jauh serta selamatkan hak kewangan anda.
Sumber: http://infowang.blogspot.com/2011/10/asas-penjimatan-wang.html
9
10
CELIK BAHASA
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
JENIS I: Kata Ganti Nama Diri Pertama [saya, aku, kita, kami dll.]
JENIS II: Kata Ganti Nama Diri Kedua [awak, kamu, engkau, anda, kalian dll.]
JENIS III: Kata Ganti Nama Diri Ketiga [dia, beliau, mereka dll.] & Kata Nama
Sumber rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004)
Disediakan oleh: Dr. Goh Sang Seong
Ayat Aktif Ayat Pasif
Saya mengajarkan kursus Pengantar Sejarah. Kursus Pengantar Sejarah saya ajarkan. (Betul)
Kursus Pengantar Sejarah diajarkan oleh saya. (Salah)
Kami menganjurkan bengkel penulisan ilmiah. Bengkel penulisan ilmiah kami anjurkan. (Betul)
Bengkel penulisan ilmiah dianjurkan oleh kami. (Salah)
Ayat Aktif Ayat Pasif
Anda perlu menghasilkan makalah berwasit. Makalah berwasit perlu anda hasilkan. (Betul)
Makalah berwasit perlu dihasilkan oleh anda. (Salah)
Kamu mesti menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini mesti kamu siapkan. (Betul)
Tugasan ini mesti disiapkan oleh kamu. (Salah)
Ayat Aktif Ayat Pasif
Mereka membuat laporan MQA. Laporan MQA dibuat oleh mereka. (Betul)
Laporan MQA mereka buat. (Salah)
Pensyarah itu memenangi anugerah buku terbaik. Anugerah buku terbaik dimenangi oleh pensyarah itu.
(Betul)
Anugerah buku terbaik pensyarah itu menangi. (Salah)
KARYA WARGA PPIK
11
The Longest Journey
The longest journey is the journey of the soul
Looking, searching for truth and clarity
The body moves from one phase to another
But sometimes the soul remains stagnant
Lucky and blessed are those whose souls travel with them
As their body ages their souls become wise
These are the sages, the wise men of society
Wiser than any other on earth
It is His blessings that lead us
To find and search for our lost souls
Some of us lost it along the way
To other creatures of nature
How do we find it if we ever do
Only one thing can help us regain our soul
A true heart and truer prayers
For the beauty of a pure heart immersed in prayers
Brings out the Gentleness in Him
Thus He bestows upon us a clean soul
Washed perhaps by the tears of our grief
In our search to regain the loss
In our quest for eternal truth.
Halimah Mohamed Ali
15 April 2003
Bangi
PERSONALITI SUKAN PPIK: PROFESOR CHAN NGAI WENG
12
by Dr. Idris Mansor
Please tell us more about yourself and your service as a Professor at USM.
I am a professor of Physical Geography in the School of Humanities, Universiti Sains
Malaysia. My areas of expertise are Physical Geography, Hydrology, Weather &
Climate, and Water Resources & Hazards Management. I am an advisor to
Government agencies, private companies and NGOs in the field of Hydrology,
Climate, Environment & Water Resources Studies. Past and current attachments
include: Visiting Academic of Middlesex University (UK), Executive Director of the
International Water Resources Association (IWRA), Member of the International
Association of Hydrological Sciences (IAHS), and Director of The International
Emergency Management Society (TIEMS). I was awarded the Fulbright Scholar
Programme to conduct research and teaching at the University of Memphis, Tennessee,
USA from October 2000 to March 2001. I was also awarded the Malaysian Exchange
Researcher For FY 2002 JSPS-VCC Cooperative Program (Environmental Science,
Engineering & Ethics) by the Malaysian and Japanese Governments via the Institute of
Research Management and Consultancy University of Malaya from 1-10 November
2002. I was also awarded the “Pingat Kelakuan Terpuji” (Medal For Outstanding
Service) by The Penang State Government on 14 July 2005. Then from 1st May 2006 to
30 April 2007 I was awarded a Post-Doctoral Research Fellowship (as Visiting
Professor) under the CIDA-AIT Partnership, SEA-UEM Project, Asian Institute of
Technology. I have been a recipient of the Sijil Perkhidmatan Cemerlang in USM 3 times - in 1995, 2000 and 2011.
Most recently I was the winner of the Asia Water Management Excellence Awards 2010 Individual Category (National).
This was awarded by the Asian Water Magazine and the Asiawater Organising Committee (which includes the
International Water Association, The Malaysian Water Association, Ministry of Energy, Green Technology and Water,
Malaysia and MAMB Exhibitions) at the Asia Water 2010 Conference & Exhibition, 6-8 April 2010, Kuala Lumpur
Convention Centre. This is Asia's most prestigious water industry awards and is held in conjunction with the Asia Water
Expo & Forum. The award is given to water professionals who have contributed significantly to the field of water
science in terms of development, innovation and conservation towards the sustainability of water resources.
What are some of the sporting activities in which you have participated throughout your time at USM? How did you
get involved?
I have been active in sports ever since my school days. I represented my school in football, badminton and athletics
(cross country running). However, when I was in university, I took up squash and have been in love with the game ever
since. When I joined USM in 1986, I took up squash seriously and trained hard to represent Penang State in the years
1998 to 2000. I was appointed by the Unit Sukan to be USM’s squash coach from 1986 to 1992. Then I went to
Middlesex University (UK) for my PhD studies from 1992 to 1995. I represented Middlesex University in squash from
1992 to 1995, and was also their squash coach. Middlesex University won the South East England Inter-University
Squash Team title in 1994. After I returned to USM in 1995, I resumed as USM squash coach and have coached Lianne
David and Cheryl David, the two elder sisters of Nicol David, current world number 1 in squash.
Are you still active in squash? What was your most recent
involvement in squash tournaments?
I still play squash on a social basis with colleagues in USM.
However, I have stopped coaching since 2005 when squash was no
longer included as a team sport in the inter-university/IPT games.
I have not taken up any new sports.
PERSONALITI SUKAN PPIK: PROFESOR CHAN NGAI WENG
13
What are some of the highlights of your achievements in squash?
I won the Malaysian Avis Regional Novices Championship 3rd Place (Bronze) in 1983. I was USM Staff Squash Champion
many years, too many for me to remember - from 1986 to 1999. I also won the Inter-University Staff Squash Individual
Title twice: in 2002 when we played at UIA and in UM in 2004. When I was on sabbatical at the Asian Institute of
Technology (AIT) in 2007, I won the AIT Open Squash Championship beating all the staff and students in the
process. In USM, I have been awarded the Sijil Penghargaan Kategori Sukan – Hari Warga Staf 2003 (Award for
Distinguished Service in Sports). This certificate was awarded by Universiti Sains Malaysia in 2003. I also received the
Outstanding Coach award (for USM Squash Team) on USM Sports Award Night 2003/2004. This again was awarded
by Universiti Sains Malaysia, on 13 February 2004.
What hopes and aspirations do you have for this sport?
My number 1 dream is to see USM build a fully-equipped Squash Centre,
much like what UKM has at the moment. USM’s squash facilities are
currently in a poor state.
Secondly I would like to train and produce a future squash champion like
Nicol David. I intend to keep myself fit and train children in squash when I
retire. Hopefully, my two adopted kids Alexa (now 5) and Arthur (now 4)
will take up the sport. Who knows? They may be the future Nicol David.
Do you have any words of advice or encouragement for the staff of PPIK?
My advice to all PPIK colleagues is to be humble and be respectful to each other, especially to our seniors. Be hard
working, volunteer for work rather than being forced to do work (by our superiors), and do not only take on work
that awards KPI. Voluntary work gives one a sense of personal satisfaction even though it has little KPI. The good news
is that USM is now beginning to recognise the value of voluntary/social work. It is also important to learn from the
seniors for they can certainly teach you a thing or two. I benefited tremendously from the teachings and advice of my
seniors. Learn from their experience (and mistakes) so that you will not commit the same errors. Do not be too
calculating when it comes to work. If you help someone today, they will reciprocate another day. Even if they don’t,
we would still feel good to have helped someone. Keep doing research, write and publish. You will get to the top one
day.
14
ULANG TAHUN KELAHIRAN WARGA PPIK
15
ANAK CUCU WARGA PPIK
SELAMAT BERTUGAS DI PPIK 2012
SEKALUNG PENGHARGAAN
Nama: Faridah Bharum
Jawatan: Penolong Pendaftar
Tarikh mula bertugas di PPIK: 1 Ogos 2012
Tempat bertugas sebelum ini: Unit Kemasukan
Nama: Noraida Mad Naser
Jawatan: Penolong Pendaftar
Tarikh mula bertugas di PPIK: 2008
Tempat bertugas sekarang: Unit SENAT
16
RESEPI PILIHAN
PEMAKLUMAN
Warga PPIK dialu-alukan untuk memberikan komen, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Buletin
ANTARA bagi edisi yang akan datang.
Buletin ANTARA Edisi 6 [Oktober - Disember 2012] akan diterbitkan pada awal Januari 2013. Pihak editor
mengalu-alukan sumbangan bahan dan karya daripada warga PPIK.
Pandangan dan sumbangan bahan boleh die-melkan ke alamat : [email protected]
Sekian, terima kasih.
Disesuaikan dari: http://www.tiffinbiru.com/search/label/Pencuci%20Mulut
BAHAN-BAHAN (A)
5 gram agar2 serbuk
60 gram gula melaka, potong kecil*
3 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
Gula (extra)
BAHAN-BAHAN (B)
5 gram agar2 serbuk
250 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa
BAHAN LAIN
Cendol secukupnya.
CARA MEMBUATNYA:
1. UNTUK AGAR2 GULA MERAH (A) :- Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air, masak
hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar2. Kacau rata dan masak hingga
mendidih dan agar2 larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan
dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran
7 inci x 7 inci x 3 inci...ketepikan sebentar.
2. UNTUK AGAR2 SANTAN (B) :- Satukan serbuk agar2, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak
hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak2, kacau rata dan
biar suam.
3. UNTUK AGAR2 CENDOL :- Bila agar2 gula merah hampir keras, cakar2 permukaannya dengan garfu,
kemudian tabur cendol secukupnya atas agar2 gula merah tadi. Ratakan. Tuang pula agar2 santan atasnya
hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 keras. Potong
dan hidangkan sejuk..
AGAR-AGAR CENDOL