CHASIS & BODY
MINGGU 1 (10-11 SEPTEMBER 2013)
Pada perjumpaan pertama dimana ia lebih kepada pengenalan subjek secara keseluruhan.
Pertemuan pertama ini yang memberi penerangan terperinci mengenai projek yang akan
dilaksanakan pada semester ini iaitu menyahut cabaran Utemex, dimana memerlukan kami
untuk menginovasi sebuah kereta yang menjimatkan minyak. Pertemuan pertama ini telah
diperjelaskan mengenai segala spesifikasi penuh yang diperlukan. Pemerhatian pada casis yang
dalam pembinaan juga dicatatkan dan diambil perhatian.
Meninjau contoh casis.
MINGGU 2 (17-18 SEPTEMBER 2013)
Pada minggu kedua, penghasilan lakaran casis dan body yang akan dibina. Ia melibatkan
pencarian maklumat, lakaran awal, dan lakaran autocad yang lebih menyeluruh. Ini merupakan
ilham pertama yang disepakati oleh ahli kumpulan.
MINGGU 3 ( 28 SEPTEMBER 2013)
Pada minggu ketiga, setelah lakaran penuh telah dihasilkan, proses pengukuran dan
pemotongan bahan casisi dilaksanakan. Pemilihan bahan casis telah dibuat berdasarkan laporan
senarai bahan yang telah ditentukan berdasarkan ukuran yang tepat.
MINGGU 4 (1-2 OKTOBER 2013)
Pada minggu keempat, terdapat perubahan kecil yang dilakukan pada rekabentuk casis
berdasarkan nasihat pensyarah untuk mengukuhkan rangka casis kami. Atas nasihat beliau, kami
telah membesarkan ukuran menambah bahan untuk memastikan casis kami kukuh. Proses
pencantuman bahan juga telah dilaksanankan dengan menggunakan kimpalan MIG. Pada masa
yang sama, untuk bahagian body, ketinggian dan kedudukan pemandu telah di ukur dan dicatat
untuk kegunaan pembinaan body.
Proses mengukur ketinggian sebenar pemandu dan anggaran dibuat pada tinggi kereta yang akan
dibuat
Chasis kereta
MINGGU 5 (8-9 OKTOBER 2013)
Pada minggu kelima, kerja-kerja penyantuman bahan diteruskan iaitu mengimpal bagaian
asas iaitu tapak casis dan menambah bucket dengan melakukan kerja-kerja pemotongan plat-plat
tambahan untuk mengukuhkan casis.
MINGGU 6 (15-16 OKTOBER 2013)
Kerja pembinaan casis dan body tidak dapat dijalankan kerana cuti Hari Raya Aidil Adha.
Proses menyiapkan casis dengan memastikan ukuran yang diambil betul
dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan
MINGGU 7 (22/23 OKTOBER 2013)
Setelah bercuti sempena Hari Raya Aidiladha, kerja-kerja pembinaan casis diteruskan
pada minggu ketujuh. Bahagian kerangka hampir siap dan progres untuk memasukkan stering
dengan mengukur ketinggian dan kedudukan strering agar sesuai dengan pemandu. Kedudukan
dan saiz kerusi telah diukur dengan tepat agar bersesuaian dengan pemandu.
Proses mengambil ukuran yang sesuai
untuk membuat bahagian stereng
MINGGU 8 ( 29-30 OKTOBER 2013)
Kerja-kerja penyambungan pemegang stering dengan badan casis dilakukan. Kerja ini
memerlukan kerja pengimpalan kecil. Semasa mengimpal, kedudukan stering mestilah bersudut
tepat 45 darjah dan memeberi keselesaan kepada pemandu semasa memegangnya. Seterusnya,
kerusi dipasang dengan menyambungkan kepada tempat yang bersesuaian. Selepas diuji
kedudukan kerusi dengan stereng mengikut keselesaan pemandu, kerja seterusnya iaitu
memasang tayar dilakukan pada minggu berikutnya.
Proses mengimpal chasis. Pegangan perlu rapat bagi menghasilkan chasis yang lebih kukuh apabila dikimpal
Proses membuat chasis
MINGGU 10 ( 12-13 NOVEMBER 2013)
Proses meletak enjin pada chasis
MINGGU 11 ( 19 NOVEMBER 2013)
Pada minggu ini, proses mengangtung enjin disambung lagi. Setiap bahagian chasis yang
berperanan untuk memgang enjin dikimpal dengan baik supaya posisi enjin berada dalam
keadaan yang baik dan kukuh.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan :
Proses memperkukuhkan kedudukan enjin pada chasis iaitu mengimpal semula pada bahagian-bahagian yang belum sempurna.
Enjin motor Honda C70 dipasang pada chasis
Proses mengukur bahagian hujung depan chasis untuk membuat rod
stereng
Perbincangan berkenaan lakaran bentuk body kereta dan dimensi ringkas dibuat
MINGGU 12 ( 20 NOVEMBER 2013)
Pada minggu aktiviti menyiapkan bahagian dalaman body diteruskan iaitu dimulakan dengan
pemasangan kerusi pemandu. Kerusi perlu ringan bagi memastikan keseluruhan kereta tanpa
pemandu ringan dan menepati syarat-syarat pertandingan.
MINGGU 13 ( 26 DISEMBER 2013)
Pada minggu ini, proses membuat body kereta dilakukan. Bahan yang digunakan ialah
square hollow steel berukuran 1cm x 1cm luas permukaan. Bahan terlebih dahulu dipotong
mengikut ukuran yang telah ditentukan menggunakan cut off machine. Setiap bahagian diukur
dengan baik supaya setiap bahagian seimbang dan seragam.
Proses mengimpal bahagian-bahagian besi yang telah dicantum. Pembumian perlu
dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ketika proses kimpalan
dilakukan.
Setelah siap, body dicantum dengan chasis
Rangka body kereta
Proses mengecat rangka bodymenggunakan cat sembur
Semua bahagian dan komponen yang dipasang pada chasis ditanggalkan bagi memudahkan
proses mengecat.
Body yang telah siap dikimpal didirikan di atas stand untuk proses mengecat. Sebelum itu, proses membersihkan
permukaan besi perlu dilakukan menggunakan berus untuk membuang
habuk dan kotoran.
Rangka disembur dengan lapisan pertama
Proses penyemburan cat
Proses membuat body (bahagian yang menutup enjin)
Kepingan besi perlu dipotong mengikut ukuran yang telah diukur pada kereta.
Bahagian body yang telah siap disembur cat
Kepingan yang telah siap dipotong dipasang pada bahagian atas enjin
Bahagian enjin yang telah siap ditutup dengan kepingan besi disembur dengan cat