Pengenalan
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-
mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar
kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri
suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat
mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.
Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu
sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut
dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi insan yang
tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang
memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.
Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada
murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan
pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam
lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud
sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu
berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah,
benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.
Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan untuk
melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan
urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan.
Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk, menyediakan kertas
kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran PPD, kebenaran JPS,
kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan keselamatan murid,
dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas
lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.
1.0 Aktiviti Sebelum Lawatan
1.1 Mengadakan mesyuarat penubuhan Ajk pelaksanaan, berbincang mengenai lawatan yang akan dijalankan.
1.2 Menyediakan Kertas Kerja.
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA KAJANG
PADA 10 SEPTEMBER 2007
ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
&
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Kerjasama
PERSATUAN PIBG SKSB
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG
ANJURAN PANITIA MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PIBG SKSB
1.0 DEFINISI
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid
dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai
penghuni penjara.
2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
dengan lebih dekat lagi.
2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan
inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan
bebas daripada masalah sosial.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
3.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.
4.0 SASARAN
Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
5.0 BILANGAN PESERTA / GURU
Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa /
penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini
berjalan.
6.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 10 September 2007
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Penjara Kajang
7.0 AJK INDUK
Pengerusi : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin
( Guru Besar SKSB )
Naib Pengerusi : En. Halimon b. Suratman
( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : Pn. Faridah binti Majid
Bendahari : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
Ajk : Pn. Noor Anita Ishak
Pn. Sarimah bt. Jantan
En. Najmudin b. Ya
8.0 AJK KERJA
Ketua Rombongan : Pn. Faridah bt. Majid
Fotografi : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
Kuiz : Pn. Noor Anita Ishak
Kecemasan : En. Najmudin b. Ya
Makanan : Pn. Sarimah bt. Jantan
9.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
7.30 pagi
8.00 pagi
8.40 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
1.00 tengah hari
2.00 petang
3.30 petang
4.00 petang
4.45 petang
- Berkumpul di sekolah / pendaftaran
- Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
- Tiba di Penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
- Menonton Tayangan Video
- Rehat
- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat
dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )
- Makan tengah hari / solat
- Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
- Penyampaian cenderahati
- Bertolak balik ke Sungai Buloh
- Tiba di SKSB
10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN
PENDAPATAN
10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00
10.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00
Jumlah RM 1320.00
PERBELANJAAN
10.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00
10.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00
10.5 Cenderahati Penjara RM 50.00
10.6 Topi dan T.shirt RM 400.00
10.7 Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1320.00
11.0 CADANGAN AKTIVITI
11.1 Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.
11.2 Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk
disemak dan dinilai oleh guru pengiring.
11.3 Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan
dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.
12.0 PENUTUP
Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping
memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka
sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.
1.3 Surat Kebenaran Ibu bapa
1.4 Surat Kebenaran Tempat Lawatan
1.5 Surat Kebenaran Pelancongan
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel. : 03-61561669
No. Fax :03-61571926
Email :
Tuan: Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( ) Tarikh : 20 Jun 2007
Pengarah,Penjara Kajang,Selangor Darul Ehsan
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:
2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambilbelajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran lawatan :
Tarikh : 10 September 2007Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petangBilangan : 40 orang murid dan 5 orang guru pengiringTujuan : i) Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan
sebagai penghuni penjara.
3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.
4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.
…/2
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ) Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,Selangor.
……………………………….……………………………….……………………………….………………………………. No. Tel : ________________
Kepada,Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,47000 Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA
Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama __________________________________ No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada pelajar yang bernama ____________________________________ dari kelas ___________ menyertai aktiviti seperti butiran berikut :
Aktiviti : Lawatan Sambil BelajarTarikh : 10 September 2007Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petangTujuan : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang
banduan.Tempat : Penjara KajangBayaran : RM 20.00
2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan.
3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.
4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan.
Perakuan dibuat oleh.
Nama : ________________________ Nama saksi : ______________________
No.K/P : _______________________ No. K/P : ______________________Tarikh : ________________________ Tarikh : ______________________
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH,
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN
No. Tel. : 03-61561669 No. Fax : 03-61571926
Email :
[email protected] Ruj.Tuan:
Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )
Tarikh : 2Julai 2007
Pegawai Pelajaran Daerah Gombak,Pejabat Pelajaran Daerah Gombak,Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,Jalan SU 9, Taman Selayang Utama,68100 Batu Caves,SELANGOR.
Tuan,
Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 – Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang, Selangor pada 10 September 2007.
3. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan kepada ibu bapa di sepanjang program ini. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku perkara-perkara seperti kemalangan tau kecederaan ke atas anak jagaan mereka di sepanjang program tersebut.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ) Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,Selangor.
PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957
Borang-borang permohonan untuk perkara-perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4
salinan ditambah dua salinan lagi bagi setiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui
dan disampaikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak tiga minggu sebelum tarikh
melancong dalam negeri Selangor Darul Ehsan / 5 minggu sebelum tarikh perjalanan
keluar negeri Selangor Darul Ehsan.
1. Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH
2. Nama Guru Besar/Pengetua : HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ
3. Nama Guru Yang Mengelolakan : PN. FARIDAH BINTI MAJID
Pelancongan
4. Tujuan Lawatan : Memberi pendedahan kepada murid
mengenai pengalaman hidup seseorang
yang bergelar banduan.
5. Nama Guru-Guru Yang Membantu : 1. PN. NOOR ANITA BT. ISHAK
NO K/P 710420-08-6418
2. PN. SARIMAH BT. JANTAN
NO K/P 810824-03-5068
3. PN. NORAZUWANI BT. MOHD ARIF
NO K/P 760406-08-6134
4. EN. NAJMUDIN B. YA
NO K/P 760515-01-6856
6. Jenis Kenderaan : BAS
7. Tempat-Tempat Yang Dilawati :
Nama Tempat Tarikh Nama & Alamat Tempat
BermalamDari Hingga
Penjara Kajang 10/09/2007 10/09/2007 Tiada
8. Punca Pendapatan Wang
8.1 Yuran daripada murid-murid seperti senarai ahli dalam borang ini :
RM 20.00 seorang X 40 orang RM 800.00
8.2 Punca Pendapatan Lain :
Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00
Jumlah RM 1320.00
9. Nama dan Keterangan mereka yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan
wang.
Nama Jawatan No. K/P Umur Alamat
Pn Norazuwani bt
Mohammad Arif
Guru 760406-08-6134 31 thn A-3-3 Kuarters Pendidikan
Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.
10. Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid :
10.1 Makanan/Minuman RM 8.00
(sarapan pagi, makan tengah hari
minum petang, makan malam)
10.2 Tambang Bas RM 12.00
Jumlah RM 20.00
1.6 Senarai Nama Peserta
SENARAI NAMA MURID YANG AKAN MENGIKUTILAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA KAJANGPADA 10 SEPTEMBER 2007
Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon
1 Gobinat a/l Ramutthu AF
96570
4 Mawar 15 Jln D/C 3/11 Desa
Coalfields, Sg Buloh
013-9806623
2 Muhammad Zulhakim
b Zulhelmi
L
118388
4 Mawar 4-8 Pangsapuri Bunga
Raya, Krts. Hosp. Sg
Buloh, Sg Buloh
012-6504588
3 Muhd Ali Husseini b
Shari
AF
35641
4 Mawar 142, Kompleks Teratai,
Krts Hosp Sg Buloh, Sg
Buloh
019-9166827
4 Nicol a/l Kanadasan L
143175
4 Mawar Lot 105 Kg Melayu, Sg
Buloh
012-2029498
5 Fadzil Dzil Iqram b
Mohd Ismam
AE
86042
4 Mawar C-2-2 KIP Sg Buloh, Sg
Buloh
0134849442
6 Muhd Luqman Hakim
b Halim Nordin
AF
03210
4 Kenanga Lot 33B Kg Selamat, Sg
Buloh
019-2264836
7 Thenesh a/l Mutusamy AF
90509
4 Kenanga Lot 109 Kg Melayu Sg
Buloh
019-2338139
8 Teguh Firdaus b
Despazi
L
136639
4 Kenanga Lot 79-8 Kg Melayu, Sb
Buloh
013-6778057
9 Muhd Fikri b Jumri AC
41796
4 Kenanga 12 Kg Melayu Sg Buloh 012-6917137
10 Muhd Aikal b Harun L
099088
4 Kekwa Lot 121-C Kg Melayu,
Sg Buloh
019-2811469
11 Muhd Hamizan b
Ismail
AF
89846
4 Kekwa 3F5 Krts Hosp. Sg
Buloh, Sg Buloh
014-2374506
12 Muhd Emir Eizaz b K 5 Kenanga A221 Aprt Saujana, 012-
Samsudin 968009 Damansara Damai,
Petaling Jaya
38827374
13 Muhd Syazwan b Abd
Razak
AC
74226
5 Kenanga No 49A Kg Melayu
Tambahan, Sg Buloh
013-
91716663
14 Ahmad Nujaid b Abdul
Aziz
AE
45086
4 Kenanga B-1-6 KIPM Sg Buloh,
Sg Buloh
012-6516564
Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon
15 Salfiana bt Zainal AF 93550 4 Kenanga Lot 170 Kg Paya Jaras
Hilir, Sg Buloh
013-
6644467
16 Nur ‘Adilah bt AS
Fathnur
AF 90699 4 Mawar B-4-4 KIP Sg Buloh, Sg
Buloh
016-
6017443
17 Nur Farahana bt Shukri AF 48718 4 Mawar B-3-2 KIP Sg Buloh, Sg
Buloh
013-
6402640
18 Sharifah bt Ahmad
Zainudin
AF 32339 4 Mawar C-2-2 KIP Sg Buloh, Sg
Buloh
016-
3225318
19 Farah Adlina Iwani bt
Md Ghazali
L 098132 4 Mawar 18, Kg Bahagia Bukit
Lagong, Sg Buloh
016-
6517377
20 Aishah bt Aziz AF 51973 4 Mawar Lot 125 Kg Melayu Sg
Buloh
013-
6352809
21 Shazza Nuralia bt Md
Shukri
L 038944 4 Mawar No 32A Jln 12 Tmn
Desa Bkt Indah, Sg
Buloh
013-
3619429
22 Haiqal Qadrini bt
Zainurin
AE 45003 4 Mawar D-2-2 KIP Sg Buloh, Sg
Buloh
019-
2926958
23 Nur Adleena Zulaikha
bt Zulkifle
L 075062 4 Mawar Lot 84 Kg Melayu, Sg
Buloh
012-
3050600
24 Norsyafika bt Mohd
Rosli
K 968181 4 Kenanga Lot 128 Kg Melayu Sb
Buloh
03-
61561658
25 Siti Norhaziliana bt
Salim
AG
69011
4 Kenanga Lot 118, Kg Melayu Sg
Buloh
019-
3042961
26 Zuraini bt Junaidi AF 92802 4 Kenanga Lot 24-1 Bkt Lagong,
Sg Buloh
019-
3718581
27 Nursyazwani bt Yusof K 992376 4 Kenanga No 1B Kg Sentosa, Sg
Buloh
013-
3702460
28 Nor Atikah bt Sukahar AC
43222
4 Kenanga No 1290 Jln 1D/2 Bdr
Baru Sg Buloh, Sg
Buloh
012-
2242908
29 Nurafizah Dini bt
Hamid
K 933576 4 Kenanga N0 1A Kg Melayu Sg
Buloh
019-
3101545
30 Nurafizah bt Hamzah AG
85333
4 Kekwa B-3-9 Pangsapuri
Danau Rebong, Sg
Buloh
017-
2513415
Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon
31 Wan Noor Aliyah bt
Mohd Noor
AC
22201
5 Mawar B-110 Aprt Impian,
Damansara Damai,
Petaling Jaya
013-
3497699
32 Aisyah Sakinah bt
Shahrin
A
094143
5 Mawar JPN 7144 Rumah Guru
SK Sg Buloh, Sg Buloh
013-
6615816
33 Nurul Izanah bt Ilyas K
931360
5 Mawar Lot 10 Kg Paya Jaras
Hilir, Sg Buloh
012-
2576972
34 Siti Aisyah bt zulkifli K
830922
5 Kenanga No 2, Bt 13 ½ Kg
Melayu Sg Buloh
016-
5004743
35 Nor Hasrina Syafiqah bt K 5 Kenanga Lot 133 Kg Melayu, Sg 013-
Hashim 874858 Buloh 2085300
36 Nur Suriana bt
Shahrizan
L
098143
4 Mawar 70A, Kg Sri Indah, Sg
Buloh
03-6141689
37 Iman bt Zulhairi L
022357
4 Mawar Lot 115-F Kg Melayu,
Sg Buloh
012-
2029498
38 Nurfarahadiba bt
Rahmat
L
034899
4 Kekwa No 18A Kd Melayu Sri
Tambahan , Sg Buloh
013-
6906421
39 Khairunnisa bt Abdul
Razak
L
099063
4
Anggerik
No 49A Kg Melayu
Tambahan, Sg Buloh
03-
91716663
40 Khuqmarisha bt
Rahamat
L
098010
4
Anggerik
Lot 71 Km 21 Kg
Melaayu, Sg Buloh
016-
2040499
2.0 Aktiviti Semasa Lawatan
2.1 Aturcara lawatan
Masa Aktiviti
7.30 pagi
8.00 pagi
8.40 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
1.00 tengah hari
2.00 petang
3.30 petang
4.00 petang
4.45 petang
- Berkumpul di sekolah / pendaftaran
- Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
- Tiba di Penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
- Menonton Tayangan Video
- Rehat
- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat
dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )
- Makan tengah hari / solat
- Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
- Penyampaian cenderahati
- Bertolak balik ke Sungai Buloh
- Tiba di SKSB
2.2 Keterangan Aturcara Lawatan
i) Pendaftaran
Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan.
Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting
semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan,
mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa menjaga barangan
peribadi supaya tidak tertinggal.
ii) Menonton Tayangan
Aktiviti menonton tayangan murid dingatkan supaya tidak
membuat bising, menghayati dan membuat catatan perkara-perkara
penting. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di penjara.
iii) Melawat Sekitar Kawasan Penjara
Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan
penjara. Seperti bilik tahanan, tempat hukuman gantung dijalankan
dan aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh pelatih penjara yang bakal
keluar.
iv) Sesi Motivasi
Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa
penghuni penjara sepanjang mereka menjalani tahanan. Keperitan
mereka menghadapi hukuman, dapat memberi pengajaran kepada
murid-murid.
3.0 Aktiviti Selepas Lawatan
3.1 Pelapor Pengajar
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJARKE PENJARA KAJANG
1. Tujuan
1.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
dengan lebih dekat lagi.
1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi
negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas
daripada masalah sosial.
2. Objektif
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
2.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.
3. Ajk Keselamatan
Ketua Rombongan : Pn. Faridah bt. Majid
Fotografi : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
Kuiz : Pn. Noor Anita Ishak
Kecemasan : En. Najmudin b. Ya
Makanan : Pn. Sarimah bt. Jantan
4. Kewangan
PENDAPATAN
4.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 520.00
4.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang ) RM 800.00
Jumlah RM 1320.00
PERBELANJAAN
4.3 Bayaran Pengangkutan RM 350.00
4.4 Makanan ( RM 12 X 40 orang ) RM 480.00
4.5 Cenderahati Penjara RM 50.00
4.6 Fail RM 400.00
4.7 Edaran RM 40.00
Jumlah RM 1320.00
5. Aktiviti
Sepanjang lawatan sehari ke Penjara Kajang setiap murid akan diberi lembaran
kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-
tempat yang dilawati. Jawapan kepada soalan berkenaan berkisar kepada tempat
yang mereka lawat. Secara tidak langsung murid perlu memberi tumpuan dan
pemerhatian semasa mereka melawat sekitar penjara.
Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk
disemak dan dinilai oleh guru pengiring. Lembaran kerja ini juga akan
digunakan oleh murid untuk membuat laporan selepas daripada lawatan.
Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih
untuk menerima cenderahati yang disediakan.
6. Rumusan
Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid
melihat sendiri kehidupan sebenar seorang banduan semasa tahanan. Secara
tidak langsung memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang kerana hukuman yang dikenakan setimpal
dengan kesalahan yang dilakukan. Pengalaman sehari berada di penjara banyak
memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu
mungkin berguna pada masa akan dating untuk menjadi insan yang lebih
menghargai usia muda dengan aktiviti yang lebih berfaedah.
7. Cadangan
Saya sebagai seorang guru yang membuat lawatan ini rasa amat bertuah kerana
dapat berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Bukan semua orang berpeluang
seperti ini. Seharusnya, kita sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini
memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat
membimbang semua pihak. Pihak penjara juga mungkin boleh mengadakan
ceramah atau pameran ke sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-
murid.
3.2 Pelapor Pelajar
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA KAJANG
Pengerusi : Nurul Shazleen bt. Azlan
Naib Pengerusi : Mohd Fahrul b. Hakimi
Setiausaha : Nur Aina Fatini bt. Azaman
Bendahari : Nur Fia Erieka bt. Amran
Akj : i) Ahmad Ashraf b. Mohd Shamsuddin
ii) Erin Jazlina bt. Zakaria
iii) Nur Amaliana bt. Kamaluddin
Pada 10 September 2007, seramai 40 orang murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh telah mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral dan
Panitia Pendidikan Islam ke Penjara Kajang. Tujuan lawatan ini adalah untuk
menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran sivik kepada para peserta
mengenai kehidupan penghuni di penjara. Rombongan yang dipimpin oleh 5 orang guru
ini bertolak meninggalkan sekolah kira-kira pada pukul 8.15 pagi.
Setelah hampir satu jam berada di dalam bas berhawa dingin, akhirnya kami tiba
di tempat yang dituju. Apabila kami sampai di sana, kami disambut oleh pegawai yang
bertugas. Selepas diberi taklimat ringkas oleh beliau, kami menonton tayangan video
yang mengisahkan sejarah tentang penubuhan, tempat-tempat khas seperti bilik
kurungan, tempat hukuman gantung, dan banyak lagi.
Kemudian, kami dibenarkan berehat selama setengah jam sebelum memulakan
aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya, adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh setiap
peserta lawatan iaitu melawat sekitar kawasan penjara. Kami berasa sungguh gerun
apabia melihat sendiri tempat dijatuhkan hukuman dan bilik-bilik kurungan. Bilik-bilik
ini tak ubah seperti sangkar sempit dan amat tidak selesa. Tidur tidak beralas, malam
bertemankan nyamuk dan berselimutkan kesejukan malam yang menggigit tulang
penghuni.
Kira-kira jam 2.00 petang, iaitu selepas selesai menjamah makanan tengah hari
dan mendirikan solat, kami mendengar motivasi yang diberikan oleh penghuni penjara
yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahanan yang dikenakan. Bukan itu
sahaja, kami juga dinasihatkan supaya menjauhi sebarang jenayah. Sedikit sebanyak,
kami menjadi insaf dan berazam untuk menjadi insan yang baik serta dapat menjalani
kehidupan yang bebas dan aman.
Akhirnya, masa untuk pulang pun telah tiba. Sebelum bertolak. Kami menerima
cenderahati daripada pihak Penjara Kajang untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Kami dimaklumkan oleh pegawai terbabit, cenderahati ini merupakan hasil kerja tangan
penghuni penjara.
Lawatan sambil belajar ini, amat berfaedah walaupun lawatan ini cuma sehari.
Kami berasa puas dan yakin pengetahuan yang kami peroleh dapat dimanfaatkan dalam
pembelajaran di kelas, mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Kami juga akan
kongsi pengalaman yang berguna ini dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang
mengikuti lawatan. Kami juga berharap supaya pada tahun yang akan dating, bilangan
penghuni di penjara akan semakin berkurangan. Sesuai dengan harapan Perdana Menteri
kita ingin melahiran generasi yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.
Laporan disediakan oleh, 15 SEPTEMBER 2007
( NUR AINA FATINI BINTI AZAMAN )
Setiausaha,
Lawatan Ke Penjara Kajang.
Rujukan
Abdul Jalil Ali ( 2002 ). Dewan Siswa. Kuala Lumpur. Penerbit Francaisi Media
Netwaork Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng ( 1988 ). Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur. Longman
Malaysia.
Prof. Dr. Ansory Ahmad, Prof. Dr. Mansoor Fadzil, Prof. Dr. John Arul Phillips (2007).
HBME 1203 Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn. Bhd.
Open University Malaysia.
Salleh Long (2006). Pendidikan Bil. Old. 2006 Selangor. Widad Publication Sdn. Bhd.
Sumber Internet :
http : //www.karangkraf.com.my
Recommended