Disclaimer
Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia
perniagaan internet sejak Disember 2008 lagi. Ebook ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan akan peluang perniagaan AFFILIATE
melalui internet yang juga mampu menghasilkan pendapatan lumayan buat anda.
Ebook ini hanya satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk anda
berjaya dengan mudah dalam perniagaanaffiliate. Banyak yang anda perlu pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Berkenaan
perkara teknikal yang disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkan pada masa penulis menulis ebook ini. Jadi, sebarang perubahan
teknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebook
ini pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum
membaca ebook ini:
• Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun
• Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana – mana pihak
sekalipun
• Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk
anda.
• Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa
saja
Pengenalan Diri Saya Sebelum saya pergi ‘detail’ mengenai tajuk laporan ini, saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Baca point-point di bawah:
• Nama – Jamaluddin Bahari
• Umur – 28 tahun • Besday – 23 March 1981
• Tempat tinggal – KL (rumah sewa je)
• Kerja – makan gaji di sektor awam • Mula menceburi bisnes internet – Disember 2008
• Bisnes internet – sumber pendapatan sampingan • Income dari internet – RM8k – RM30K sebulan
• Pangkalan utama – forum wangcyber.com (komuniti usahawan internet Malaysia)
• Laman web yang dimiliki oleh saya - www.kerja-kerajaan.com,
- www.rahsiablog.com, - www.rahsiaemas.com,
- www.blogjamal.com - www.kerja-kerajaan.com/blog
- www.buatebook.com
• Produk utama – ebook / produk informasi
• Mula menceburi affiliate pada March 2009 • Pernah menjadi beberapa top 3 affiliate produk tempatan iaitu
1. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 1 2. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 2
3. PPL kad Bisnes 4. PPL Kuasa Email
5. PPL Youthsays Wan Mus 6. The Four Weeks To Freedom (Zamri Nanyan)
7. 10 Cara Buat Duit Raya (Ammar Zahar) 8. PPL Russel Brunson (International)
9. BahasaInggeris.Com (Hafiz Lidin) 10. ZeroToHero (Ammar Zahar)
11. Pakar Affiliate (Zamri Nanyan) 12. dan banyak lagi..
• Pendapatan keseluruhan dari affiliate (April 2009 –Nov 2009) –
RM30 K • Sedang merancang beberapa projek besar yang akan membantu
industri perniagaan internet Malaysia • Sasaran – mendapat RM 1 juta pertama dalam masa 4 tahun
Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook & Affiliate
1. Menjual ebook pertama (produk ilmiah) – 800 unit dalam
masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM 24, 000.
2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com – melebihi
2000 unit sehingga ebook ini ditulis dan telah menjana lebih
RM60, 000 dari ebook tersebut.
3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya seorang rakan – melebihi 200 unit dalam masa 3 bulan dan
sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan.
4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di www.rahsiablog.com dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan hampir
RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook berjaya dijual sehingga ke hari ini.
5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di
www.rahsiaemas.com dan berjaya menjana RM 125, 000 dalam masa 40 hari dijual. Sebanyak 1639 unit ebook telah
terjual dalam tempoh tersebut.
6. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan
ebook orang lain melalui link affiliate lebih 400 unit dari beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM20, 000
dengan affiliate dalam tempoh 6 bulan menceburi affiliate.
Pengenalan Untuk makluman anda, email marketing adalah teknik pemasaran terpantas, mudah dan
paling menguntungkan. Tahukan anda dengan hanya sekali klik, seorang yang
pakardalam teknik ini mampu mendapat komisyen beribu-ribu ringgit dalam masa
yang sangat singkat!!
Bunyinya memang mudah, dengan email boleh dapat komisyen yang tinggi! Untuk
menjadi seperti itu, anda sebenarnya memerlukan senarai email yang besar dan
responsive. Bagaimana untuk mengumpul list email yang besar? Saya rasa saya tidak
sesuai nyatakannya di sini lagi kerana apa yang akan saya ajarkan ini adalah perkara asas
dahulu.
Pada masa akan datang saya akan tunjukkan teknik membina email yang besar ini setelah
anda menguasai teknik asas ini. Sudah tentu ianya bebayar nanti.
Sebelum itu, saya ingin memberitahu anda bahawa saya baru saja medapat komisyen
hampir RM11,000 dengan teknik email marketing ini. Tahukah anda, dengan beberapa
kali email saja dihantar, saya berjaya mendapat komisyen lumayan dalam tempoh hanya
yang singkat.
Tanpa berlengah lagi, mari saya teruskan pembelajaran asas anda. Teknik email
marketing yang saya tunjukkan adalah asas dalam promosi produk affiliate melalui akaun
gmail anda.
Sudah pasti teknik ini sempoi, mudah, dan cepat dilaksanakan. Syaratnya anda perlu rajin
beremail la….
Teknik Affiliate Sempoi Dengan Gmail ini terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Ruangan Chatting pada gmail – sambil anda membuka akaun gmail anda tu,
anda boleh mempromosikan link affiliate tanpa susah payah. Cuma anda perlu
gunakan fungsi status email anda, dan disinilah anda letakkan link affiliate. Ianya
hanya berfungsi sekiranya anda online (membuka akaun gmail anda). Walaupun
teknik ini dipandang remeh, tapi sebenarnya ia mampu membantu anda
mempromosikan link affiliate. Lebih – lebih lagi jika ayat yang anda gunakan
mampu menarik perhatian.
2. Penggunaan Signature – Ya, benar. Penggunaan signature pada email yang akan
anda hantar amat bermanfaat dalam mempromosikan produk affiliate. Nampak
macam susah, tapi mudah saja. Anda hanya perlu ciptakan ayat yang berpengaruh,
dan letakkan link affiliate dengannya. Anda hanya perlu sekali saja setting
signature email ini dengan meletakkan link affiliate. Apabila anda menghantar
email. Ianya akan secara automatik dipaparkan/diterima oleh kenalan anda.
3. Penggunaan vacation responder – Ini adalah email yang dihantar secara
automatik setiap kali ada orang menghantar email kepada anda. Mereka akan
terima email anda sebaik saja mereka hantar email kepada anda. Email ini
memaklumkan kepada penghantar bahawa anda akan dalam percutian/tidak
online/ dan akan membalas email mereka dalam masa terdekat. Dengan ayat
makluman auto itu juga, anda boleh letakkan promosi affiliate. Jadi, sesiapa saja
yang menghantar email kepada anda, akan terima email yang dibalas secara
automatic tersebut. Lebih – lebih lagi sekiranya anda menggunakan ayat yang
boleh menyebabkan mereka tertanya – tanya. Untuk makluman, dalam promosi
affiliate produk Pakar Affiliate, saya ada menggunakan teknik ini dan lebih
kurang dalam RM500 berjaya dihasilkan dalam seminggu!
4. Penghantaran artikel/tips – teknik ini merupakan teknik paling efektif dalam
pemasaran affiliate. Apa yang anda perlu sediakan adalah artikel promosi/tips
berkenaan topik tertentu yang mempunyai kaitan dengan produk affiliate yang
anda ingin promosikan. Biasanya ayat promosi ini disediakan oleh penganjur
program affiliate. Jika tidak disediakan, anda boleh merekanya sendiri
berdasarkan pembacaan di minisites dan juga mendapatkan produk tersebut
terlebih dahulu.
Walaupun teknik – teknik sebegini simple, tapi ianya mampu membantu anda dalam
pemasaran affiliate. Saya sendiri ada juga mendapat hasil dari teknik – teknik affiliate
yang sempoi ini. Jom kita terus belajar teknik – tekniknya…
Teknik 1: Teknik Chat’s Status
1. Klik seperti di bawah
Klik sini dulu
2. Kosongkan (delete) apa – apa ayat yang ada di kotak ini dahulu..
3. Tulis ayat pendek dahulu seperti ini Sebar Duit dan masukkan link affiliate yang
ingin anda promosi. Tips: Ayat yang hendak ditulis hendaklah pendek dan ianya adalah
berkaitan dengan apa yang anda promosikan. Contohnya, jika anda promot affiliate rahsia
emas, takkan la anda guna ayat Sebar Duit. Mungkin anda boleh taip Rahsia Emas ke,
Jual Emas ke, Emas Melambung ke atau sebagainya mengikut kekreatifan anda.
Bagi kosong dulu…
Taip ayat yang menarik dan letakkan link affiliate anda
4. Dan inilah hasilnya.
Apabila rakan anda juga membuka gmailnya, mereka akan terlihat status anda ini. Jadi, ini akan membuatkan mereka akan klik dan membuka link affiliate anda tu. Dan sekiranya mereka mendownload, komisyen akan anda perolehi (dalam contoh ini PPL digunakan)
Teknik 2: Teknik Signature
1. Klik setting yang terletak di atas sekali pada akaun gmail anda
2. Paparan ini akan dipaparkan
Klik setting
3. Lihat pada signature, ‘tick’ signature seperti paparan di bawah
4. Taip ayat yang menarik, dan masukkan link affiliate anda
p/s: Teruskan ke langkah di muka surat seterusnya..(teknikvacation responder)
Tick sini
Taip ayat dan masukkan link affiliate
Teknik 3: vacation responder
1. Sambung saja dari langkah dari muka surat sebelum ini dengan langkah di bawah
2. Dan Inilah hasilnya, dengan teknik signature
2. Taip ayat dan masukkan link affiliate
1. Tick sini “vacation responder on”
3. Klik save changes
Signature bermula dari sini hingga ke bawah. Ianya bergantung berapa panjang ayat anda taip
Apabila saya menghantar email kepada rakan saya, link affiliate ini di paparkan di ruangan signature. Jika mereka klik dan seterusnya mendownload, anda akan dapat komisyennya
3. Dan hasil dari teknik vacation responder
Apabila ada rakan anda hantar email kepada anda, dengan automatik mereka akan terima email vacation responder yang telah anda setting tadi
Inilah yang di paparkan apabila rakan anda membuka email di atas. Jika mereka klik dan seterusnya mendownload, anda akan dapat komisyennya
4. Teknik hantar artikel/tips kepada email rakan Kaedah ini adalah satu contoh kaedah paling berkesan dalam promosi produk affiliate.
Anda hanya perlu sediakan artikel yang sesuai buat rakan anda, dan emailkannya beserta
link affiliate anda.
Sebagai contoh, anda tahu rakan anda memerlukan panduan belajar bahasa Inggeris untuk
menghadapi temuduganya. Jadi anda rasakan satu ebook yang sesuai boleh disyorkan
kepadanya. Sebelum itu, anda ciptalah satu artikel yang bersesuaian dengan dia. Artikel
ini anda boleh dapatinya dari program affiliate yang anda sertai. Jika tiada, anda perlu
menulisnya sendiri.
Cuba lihat contoh ayat promosi affiliate yang saya emailkan kepada senarai
kenalan/subscriber saya
Salam Marlia,
Hari ni saya nak cerita satu topik penting iaitu Dalam Temuduga
Kena BM ke BI ye?
Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai
kepada admin kerja-kerajaan.com..saya la…hehehe
Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh
berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes,
no..je..hehehe” (gurau je)
Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa
Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan
menyoal Marlia dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi
biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.
Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam
sektor awam BM amat diutamakan?
Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi
BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan – urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan
- urusan dokumentasi dan sebagainya.
Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam
bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia
sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…
Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI
penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, Marlia
akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..
Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….
Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?
“Adakah grammarnya?
“Adakah komunikasinya?
“Adakah pemahamannya?
Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah “MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”
Ini bukan bermaksud Marlia perlu mahir atau fasih
berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..
Apa yang dinilai adalah, adakah Marlia faham dengan
soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan.
Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam Inggeris…
Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya
“ What is your name?” anda jawab “name saye Joyah bt
Abu…”.
Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah
“Please Introduce Yourself”. Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah Marlia mampu
menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat –
ingatlah sikit ye…….
Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah
lagi…Jika Marlia ditanya soalan seperti ini “ What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)? Please
explain….”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit
lidah nak menerangkannya nanti…
Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan
bermasalah…
Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pon pandai..
Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun
hinggala ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak
reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…
Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni
tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…
Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris
dengan masa yang lebih pantas..
Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan
apa..takut kena “gam” pula..:)
So, apakah persediaan BI Marlia untuk menghadiri
temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:
1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30
minit sehari pun ok
2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas
3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..
4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…
5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..
6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..
7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense
pon dah cukup:)
8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks
tu..takde gunanya..
9. dan bermacam – macam cara lagi..
Dengan kemampuan Marlia dalam berbahasa Inggeris semasa
temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu
untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…
Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM
BERCAKAP BI dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata
kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..
Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang
dipekenalkan ini membantu Marlia dalam menguasai bahasa Inggeris..
Marlia memang perlu tahu kaedah ini, ni webnya: http://www.bahasainggeris.com/index.php?ref=kerajaan
Sekian saja tips kali ni..jumpa lagi next week..see you soon:)
Daripada
JaMaL - Admin Kerja-kerajaan.com
p/s: dulu saya pernah beli panduan belajar cakap BI iaitu dari Linguaphone dekat RM2 ribu...last - last simpan dalam stor je..
p/s: Masih tercari - cari panduan lengkap untuk temuduga kerja
kerajaan? Lawati www.kerja-kerajaan.com
p/s: terlepas tips - tips temuduga percuma sebelum ni? lawati
www.kerja-kerajaan.com/blog
Dengan cara ini, anda dilihat untuk membantu rakan anda dengan memberikan info
bermanfaat. Dan apabila mereka membaca tips – tips yang anda berikan tersebut, mereka
akan rasa teruja dan akan membacanya sehingga tamat. Dan apabila sampai di link
affiliate tersebut, mereka akan klik dan seterusnya membuat belian. Dan anda akan terima
komisyennya.
Dalam promosi anda, jangan lupa nyatakan anda telah:
1. Mendapatkan dan membaca produk tersebut 2. Mendapati banyak kelebihan/faedah dalam produk tersebut 3. Meyakinkan rakan anda bahawa ianya berbaloi 4. Menyuruh pembaca melawat laman web affiliate tersebut.
MULA PERKENALKAN PRODUK. Inilah link affiliate panduan belajar bahasa inggeris yang saya syorkan kepada rakan saya. Memandangkan affiliate ini jenis PPS, saya akan dapat komisyen 50% jika rakan saya ini klik dan membeli ebook tersebut
Sekian saja dari saya. Diharap ini dapat membantu. Ikhlas,
JaMaLJaMaLJaMaLJaMaL Usahawan Internet Malaysia 014-2976846 Admin www.buatebook.com www.blogjamal.com www.rahsiablog.com www.kerja-kerajaan.com www.rahsiaemas.com www.buatebook.com/skripaffiliate
www.buatebook.com/rahsiaaffiliate
Jika ada apa-apa soalan – email ke [email protected] atau sms/call saya Dan anda mahu ikuti tips2 bisnes internet? Lawati blog saya www.blogjamal.com Panduan Ini Boleh diberikan PERCUMA kepada sesiapa saja. Tiada masalah. Demi perkongsian ilmu bersama…………………………………. Kata – kata HIKMAT: Setiap Apa Yang Anda Pelajari, Hendaklah Terus Dipraktikkan. Jangan Tunggu Esok, Lusa,..Kelak Anda Juga Yang Rugi…