Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259
Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat
bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang
amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru
pendidikan moral memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan
kecil hinggalah jawatan yang hebat, semuanya adalah hasil didikan seorang guru
pendidikan moral. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga,
peranan yang digalas guru pendidikan moral juga semakin besar.
Guru pendidikan moral perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru pendidikan moral juga hendaklah sering
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka
menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua
dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu, hormatilah
masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat. Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru
pendidikan moral derngan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah
laku sopan yang diterima oleh masyarakat .
Dalam PPPM 2013-2025, aspek kerohanian juga ditekankan bagi menjana
modal insan berakhlak mulia. Pembentukan murid dengan nilai-nilai murni
berasaskan ajaran agama amat penting bagi memastikan negara memperoleh
generasi pemimpin masa hadapan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti.
Justeru, KPM telah mengambil perhatian terhadap penerapan nilai-nilai murni
menerusi pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral
Guru pendidikan moral akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang
diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Guru
pendidikan moral juga akan memperoleh lebih keseronokan dan kepuasan dalam
menjalankan tugas mereka. Dengan pakej kerjaya guru pendidikan moral yang
baharu, mereka akan menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan,
laluan kerjaya yang lebih baik, dan proses penilaian yang telus dan adil serta berkait
terus dengan keupayaan dan prestasi yang relevan.
1
Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259
Guru pendidikan moral akan mendapat sokongan yang diperlukan untuk
berjaya. Guru pendidikan moral akan mempunyai akses yang lebih tinggi dalam
peluang pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah. Mereka akan
mengambil bahagian dalam perbincangan dan dialog yang memberikan maklum
balas positif, tertumpu kepada pembelajaran dan pembangunan diri supaya aspek
penambahbaikan boleh dijadikan bidang kekuatan.
Guru pendidikan moral akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai,
ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik. Mereka akan
melaksanakan tugas di sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup, dan
persekitaran kerja yang sesuai. Beban pentadbiran guru pendidikan moral akan
dikurangkan supaya mereka boleh menumpukan tenaga pada aktiviti teras, iaitu
pengajaran dan pembelajaran. Guru pendidikan moral akan menikmati ganjaran
berasaskan prestasi yang menarik termasuk perkembangan kerjaya yang lebih
pantas dan boleh mengembangkan minat mereka mengikut laluan kerjaya yang
berbeza: pengajaran, kepimpinan, dan kepakaran mata pelajaran.
Guru pendidikan moral akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan
kecemerlangan profesional. Guru pendidikan moral akan saling bekerjasama dalam
menangani isu dan berkongsi amalan terbaik. Mereka mempunyai keluasan
pedagogi yang lebih besar di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap murid
belajar. Sebagai balasan, guru pendidikan moral akan diminta supaya bersikap
terbuka kepada pembelajaran dan cara bekerja yang baharu, melibatkan ibu bapa
dan murid dalam proses pembelajaran, dan mempamerkan cara berfikir, nilai, dan
kelakuan yang dijangkakan daripada murid.
Guru pendidikan moral juga haruslah mempertingkatkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan
lebih berkesan. Kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk
memajukan pendidikan. Kerjaan telah memperuntukkan berjuta untuk
membangunkan dan menguru pendidikan morals pendidikan dan latihan. Ini
membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya pihak Kerajaan dalam memastikan
pembangunan pendidikan terus berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan.
Justeru, guru pendidikan moral perlu bersyukur dengan nikmat yang diperoleh
2
Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259
dengan dan menunjukkan rasa kesyukuran ini dengan berusaha bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Peranan guru pendidikan moral sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat
jelata. Jadi, guru pendidikan moral perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya
guru pendidikan moral terus dihormati. Guru pendidikan moral sepatutnya menjadi
suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Apabila guru
pendidikan moral mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh
teladan yang baik, maka masyarakat akan memandang tinggi kepada guru
pendidikan moral dan akan berusaha untuk mencontohi guru pendidikan moral.
Tugas guru pendidikan moral yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai
murni kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru
pendidikan moral ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan
dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru pendidikan moral juga boleh
menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan semangat
kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Peranan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan Misi Nasional
Negara. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk
memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang
berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru pendidikan moral sememangnya
sangat penting dalam menjayakan aspirasi negara sekaligus memacu pelan
pembangunan PPPM ini.
Seseorang guru pendidikan moral perlulah menjadi penjana transformasi
pendidikan Negara. Tanpa guru pendidikan moral, sudah tentu tidak akan lahir ramai
cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja
yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara
kita selama ini.
Guru pendidikan moral boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan
itu, untuk memenuhi ciripengusaha yang dinamik, guru pendidikan moral perlu
mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif.
3
Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259
Oleh itu, peranan guru pendidikan moral seterusnya ialah sebagai pendorong
pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru pendidikan moral
mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal
insan yang mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka. Melalui
PPPM 2013-2025 usaha membangunkan modal insan, tumpuan diberikan dalam
melahirkan murid yang kompeten dalam sains danberdaya kreatif serta
berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru pendidikan moral
bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif
menerusi pengajaran guru pendidikan moral. Apabila seorang guru pendidikan moral
itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat
memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-
idea baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten
dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.Guru pendidikan
moral bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap
yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan
guru pendidikan moral yang boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid
adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk
meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan
pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja,
keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru pendidikan moral adalah
penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid
berfikir dan menyelesaikan masalahdi samping membaca pelbagai bahan ialah
ransangan kemahiran berfikir kepada guru pendidikan moral dan murid. Oleh itu
dengan menyelit amalan 3 jenis moral iaitu afektif, penaakulan dan tingkahlaku
moral, guru pendidikan moral dapat memberi rangsangan yang efektif kepada setiap
murid dalam usaha membangun sifat moral dalam diri para murid.
Seterusnya, guru pendidikan moral perlu mempunyai kecekapan yang
mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru pendidikan moral perlu
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap
bidangnya. Guru pendidikan moral seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru pendidikan moral
juga perlu bijak menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan
4
Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah 930510-03-6259
murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk
dirinya pada masa ini dan akan datang.
Selain itu, peranan guru pendidikan moral sebagai teladan kepada murid dan
masyarakat perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang
kepada perwatakan seorang guru pendidikan moral. Jadi, sekiranya seorang guru
pendidikan moral menunjukkan contoh teladan atau perangai yang tidak baik akan
mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan kepercayaan kepada
guru pendidikan moral.
Guru pendidikan moral sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik
ke dalam diri murid-murid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur,
perpaduan dan sebagainya. Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri
mereka, maka menjadi mudahlah proses menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum di Negara kita.
5