FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
MEI 2012
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 810713125386001
NO. KAD PENGNEALAN : 810713125386
NO. TELEFON : 0128101102
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU
HBML1203
1
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Penghasilan bunyi-bunyi bahasa 3-4
2.1 Organ Artikulasi dan Fungsinya 4-5
2.1.1 Bibir 6
2.1.2 Lidah 6
2.1.3 Gigi 6
2.1.4 Gusi 6
2.1.5 Lelangit 6
2.1.6 Anak Tekak 7
2.1.7 Rongga 7
2.1.8 Pita suara 7
3.0 Penghasilan bunyi Bahasa Melayu 7-8
3.1 Cara penghasilan bunyi-bunyi vokal 8
3.1.1 Vokal hadapan 9-10
3.1.2 Vokal belakang 10-11
3.1.3 Vokal tengah 11
3.1.4 Vokal sengau 12
4.0 Bunyi konsonan 12
4.1 Konsonan letupan 12
4.1.1 Letupan bibir 12
4.1.2 Letupan gusi 13
4.1.3 Letupan lelangit lembut 13
4.1.4 Letupan pita suara 13
4.2 Konsonan geseran 14
4.2.1 Geseran gusi 14
4.2.2 Geseran pita suara 14
4.3 Konsonan Getaran 15
4.4 Konsonan Sisian 15
4.5 Separuh Vokal 15
HBML1203
2
4.6 Konsonan pinjaman 16
4.7 Konsonan Sengauan 16
4.7.1 Sengauan bibir 16
4.7.2 Sengauan gusi 17
4.7.3 Sengauan lelangit keras 17
4.7.4 Sengauan Lelangit lembut 17
4.8 Carta konsonan Bahasa Melayu 17
4.9 Transkripsi Fonetik Dan Fonemik 18-19
4.9.1 Transkripsi Fonetik 19
4.9.2 Transkripsi Fonemik 20
5.0 Fonologi 20
5.1 Fonem 20-21
5.2 Alofon 21
6.0 Ciri-ciri Supresegmental Bahasa Melayu 22
6.1 Tekanan 22
6.2 Panjang- pendek 22
6.3 Tona 22
6.4 Jeda 22
7.0 Kepentingan Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan 23-24
8.0 Kesimpulan 24
9.0 Rujukan 25
HBML1203
3
1.0 Pengenalan
Bahasa adalah satu cara yang amat penting bagi menimbulkan dan memupuk
perhubungan antara manusia. Suatu pandangan yang menyeluruh mengenai bahasa
berdasarkan linguistik, serta pengalaman dalam mengajar dan pembelajaran bahasa akan
dikemukakan dahulu. Bagi seorang guru bahasa dan ahli linguistik , bahasa merupakan
mata pelajaran penting untuk dikaji.
Umumnya, ilmu linguistik itu suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang
dilakukan secara saintifik ( J. Lyons,1968:1). Haruko Momma (2001) pula berpendapat
bahawa ilmu linguistik ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian
bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa bidang –bidang kajian yang dinyatakan dalam
buku-buku C. F. Hockett (1955), Robin (1957) dan lain-lain seperti psikolinguistik,
linguistik komputer, linguistik gunaan dan sosiolingustik. Setiap bidang ini meneliti
aspek tertentu dalam bidang bahasa. Justeru, ilmu linguistik amat penting dalam kajian
terhadap bahasa.
Dalam bahasa mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan dapat kita menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa dengan baik dan berkesan, Seorang pengguna bahasa
perlulah mempunyai ilmu pengetahuan fonologi untuk menuturkan atau mengeluarkan
bunyi-bunyi yang bermakna. Ilmu fonologi ialah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara
pengguna bahasa menuturkan atau melahirkan bunyi yang bermakna dalam bahasa
secara saintifik.
2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa
P.B.Denes dan E.N. Pinson (1963) dalam bukunya The Speech Chain telah
membuat kajian fonetik dari segi urat-urat saraf dan tindakannya dalam menghasilkan
bunyi. K.L.Pike, ( 1943) pula telah membuat sumbangan yang penting dalam bukunya
bertajuk Phonetics, yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa itu diujarkan.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada 2 bidang, iaitu fonetik dan
fonologi.Fonetik merupakan kajian bunyi bahasa dari segi organ pertuturan , pendengaran
(auditori) dan sifat bunyi bahasa (akustik). Oleh itu, fonetik Terdapat 3 bidang utama
ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonologi pula
kajian mengenal pola bunyi bahasa, iaitu kajian sistem bunyi bahasa yang bermakna yang
HBML1203
4
diucapkan oleh manusia melalui alat artikulasi.
Kajian tentang fonetik( Rajah dipetik daripada buku OUM)
2.1 Organ Artikulasi Dan Fungsinya
Organ artikulasi merupakan alat yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara
menghasilkan bunyi tersebut. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah
udara daripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini
asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi
membersihkan darah. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.
Dalam sistem ujaran ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan. Organ-organ ini
penting dalam sistem aliran udara yang terlibat dalam penghasilan bunyi.
Rajah Sistem Pernafasan
HBML1203
5
Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi.Bunyi
bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut:
Rajah Organ artikulasi.
1. Bibir atas
11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung
8. Anak Tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
HBML1203
6
2.1.1 Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut
yang boleh berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut.Bibir berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.
2.1.2 Lidah
Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah,
hadapan, dan belakang. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maka, lidah aktif
dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator.
2.1.3 Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi ia kurang aktif kerana gigi
tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan hanya berfungsi sebagai
penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Dalam
penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c],[q] gigi turut sama berperanan, dan dikenali sebagai
daerah penyebutan.
2.1.4 Gusi
Gusi ialah bahagian yang embung, dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut. Ia berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam pengeluaran
bunyi-bunyi seperti [t], [d], [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah
yang berfungsi membuat penyekatan.
2.1.5 Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit
keras terletak di antara gusi dan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran
bunyi. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan
sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Jika diturunkan,
rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Organ ini
penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau pun
tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan
kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau.
HBML1203
7
2.1.6 Anak tekak
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran
dengan lelangit lembut dan berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan
lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak
dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
2.1.7 Rongga
Rongga terbahagi kepada rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga
merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar masuk daripada
paru-paru.
2.1.8 Pita suara
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia juga amat penting untuk
penghasilan bunyi. Lubang di antara dua keping selaput itu boleh diluas atau
disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi. Jika seseorang yang mengalami
kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai
pita suara akan menjadi bisu.
Rajah Pita suara
3.0 Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam Bahasa Melayu terdapat 3 golongan bunyi iaitu, vokal,
konsonan dan diftong.
Pertama, bunyi dikeluarkan dengan cara udara tanpa gangguan dalam rongga
mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tersekat atau
terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan
bunyi yang dihasilkan sedemikian akan dikenali sebagai Vokal.
HBML1203
8
Kedua, bunyi-bunyi itu dapat dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paru-
paru. Aliran udara itu kemudian terganggu oleh alat-alat sebutan tadi semasa melalui
rongga mulut atau rongga hidung.Bunyi yang dikeluarkan dengan cara demikian
dikatakan bunyi konsonan.
Menurut cara sebutan tersebut yang diterangkan di atas, bunyi bahasa tersebut
dibahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan. Deskripsi bunyi yang mengasingkan
bunyi vokal dan konsonan adalah suatu cara tradisional.Analisis ciri-ciri pembeza ini
dimulakan oleh R.Jacobson(1956) dengan melihat ciri-ciri akustik bunyi-bunyi
tersebut.Setiap bunyi itu ditentukan oleh ciri pembeza sahaja, iaitu di mana ia berbeza
antara satu sama lain.
3.1 Cara Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah , keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu
vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu seperti contoh jadual berikut:
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
Rajah Vokal yang dihasilkan
HBML1203
9
3.1.1 Vokal Hadapan
Kalau bahagian lidah yang terlibat itu hujung lidah, maka bunyi vokal yang
dihasilkan vokal hadapan kerana hujung lidah itu terletak di bahagian mulut. Depan lidah
dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran
sempit untuk udara keluar.Saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak
setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal .Ada 4 buah fon vokal depan iaitu
[ i ], [ e ], [ ] dan [ a ].
Vokal Hadapan dapat menghasilkan :
No Lambang
Fonetik
Gambarajah Penjelasan Dan Contoh
(i)
[ i ] vokal hadapan sempit
( Rajah dipetik daripada buku
OUM)
Apabila hujung lidah diletakkan pada titik
paling tinggi di bahagian depan mulut tetapi
lidah tidak menyekat aliran udara dari paru-
paru. Udara ditekan keluar dari paru-paru.
Maka bunyi vokal akan dihasilkan.
Contoh: bilik , titik , ipar , jari , cari
(ii) [ e ] vokal hadapan separuh sempit
( Rajah dipetik daripada buku
OUM)
Hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik
untuk vokal sempit.Udara dari paru-paru
ditekankan keluar.Dua bibir dileperkan. Ini
menghasilkan bunyi vokal separuh sempit.
Contohnya: kole , tauge , bendi , elok
(iii)
[ ] vokal hadapan separuh luas
( Rajah dipetik daripada buku
OUM)
Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan
lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan untuk
mengeluarkan vokal [ e ]dan[ i ].
Contohnya: tauke , gelek , gesek , gerek
HBML1203
10
(iv) [ a ] vokal hadapan luas
( Rajah dipetik daripada buku
OUM)
Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan
lidah diturunkan serendah-rendahnya.
Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke
belakang tekak dan menutup rongga hidung.
Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama
seperti menghasilkan vokal [ e ]dan[ i ].
Contohnya: pandai , anak , landai , siapa
3.1.2 Vokal Belakang
Kalau bahagian belakang lidah yang terlibat, maka bunyi vokal yang dihasilkan
itu akan dikenali sebagai vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir
dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Kita boleh
melakukan satu kajian kecil bahawa letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u],
kemudian sebut [o]. Vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah
lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u].
Rajah Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
Vokal belakang dapat menghasilkan :
No Lambang
Fonetik
Gambarajah Penjelasan Dan Contoh
(i) [ u ] vokal belakang sempit
( Rajah dipetik daripada buku
OUM)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang
lidah setinggi mungkin di atas,tetapi tidak
menutup ruang aliran udara.Bentuk bibir
dibundarkan.
Contohnya: ubat , ulat , undang , udang
HBML1203
11
(ii) [ o ] vokal belakang separuh sempit
( Rajah dipetik daripada buku
OUM)
Bunyi dihasilkan dengan menurunkan
belakang lidah 1/3 di antara tempat yang
paling tinggi dan tempat yang paling
rendah.Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contohnya: obor , solo, toko
(iii) [ ↄ] vokal belakang separuh luas
Mengikut Yunus Maris(1969), vokal ini
adalah gantian vokal belakang separuh
sempit [ o ].Ia wujud kerana pengaruh
dialek daerah.
Bunyi dihasilkan apabila belakang lidah
diturunkan 1/3 daripada kedudukan
separuh sempit dan bentuk bibir turut
dibundarkan.
3.1.3 Vokal Tengah
Kalau lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam
keadaan sedikit tegang maka vocal yang dihasilkan itu dipanggil vokal tengah [Ә ].
Vokal tengah dapat menghasilkan :
No Lambang
Fonetik
Gambarajah Penjelasan Dan Contoh
(i). [ә] vokal tengah pendek Meletakkan lidah terhampar di
lantai rongga mulut.Tengah lidah
agak melengkung ke atas
sedikit.Luas rongga mulut agak
sederhana.Keadaan bibir juga
bersahaja.
Contohnya:perahu, tompat
HBML1203
12
3.1.4 Vokal Sengau
Vokal sengau adalah vokal yang dihasilkan dengan artikulasi yang hampir sama
dengan artikulasi bunyi-bunyi vokal oral yang telah dihuraikan di atas.Perbezaannya
adalah dari segi aliran
arus udara dari paru-paru itu dibenarkan keluar melalui rongga nasal dengan sebahagian
darinya tetap mengalir juga di rongga mulut.Vokalnya ini dibezakan dengan vokal oral
dengan cara menandakan tanda diakritis [ ~ ]di atas vokal berkenaan.
Contohnya, seperti [mȃkan] , [mȃndi].
4.0 Bunyi Konsonan
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara dari paru-paru yang
tersekat, disempitkan dan lain-lain semasa rongga mulut atau disalurkan melalui rongga
hidung. Ia bertentangan dengan bunyi vokal yang dihasilkan tanpa
gangguan terhadap aliran udara tersebut.
Dalam mendeskripsikan bunyi-bunyi konsonan ini, ketiga-tiga faktor ini akan
digunakan iaitu daerah artikulasi, cara sebutan dan keadaan pita suara.Bunyi-bunyi
konsonan Bahasa Melayu boleh dibahagi kepada duo golongan, iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman.
4.1Konsonan Letupan
Bunyi letupan ini dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana
daerah sebutan.Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan
tersekat.Apabila udara tersekat ini dilepaskan dengan serta-merta maka bunyi letupan
akan dihasilkan. Bunyi letupan akan berubah jika daerah dan alat sebutan berubah.Kita
memanggil bunyi letupan itu mengikut daerah sebutannya.
4.1.1 Letupan bibir [p] , [b]
Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara
dari paru-paru akan bertahan.Kalau letupan itu dilakukan dengan getaran pita suara maka
bunyi itu menjadi letupan bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [b] pula dilakukan dengan pita
suara tidak bergetar.Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan bibir.
HBML1203
13
Letupan bibir [p] , [b]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.1.2 Letupan gusi [t] dan [d]
Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Udara yang tertahan dalam rongga mulut
dilepaskan dengan serta merta.Bunyi dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [t] dan
letupan gusi bersuara [d]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan gusi.
Letupan gusi [t] dan [d]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.1.3 Letupan lelangit lembut [k] dan [g]
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.Udara yang tertahan dilepaskan
dengan serta merta dan menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut [k] tak bersuara dan
bersuara [g]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan lelangit lembut [k] dan [g].
Letupan lelangit lembut [k] dan [g]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.1.4 Letupan pita suara [?]
Jika pita suara dirapatkan dan tekanan udara dari paru-paru dilepaskan dengan
serta merta, dan menghasilkan bunyi letupan. Letupan berlaku di pita suara, maka kita
tidak mengambil kira ianya bersuara atau tidak. [?]dijadikan lambang bunyi. Rajah
dibawah menunjukkan bunyi letupan pita suara [?].
HBML1203
14
Letupan pita suara [?]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.2 Konsonan Geseran
Konsonan geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu
melalui rongga mulut.Lelangit lembut dirapatkan ke dinding belakang rengkung dan
udara hanya keluar melalui rongga mulut. Penyempitan rongga mulut menyebabkan
udara dari paru-paru kita keluar dengan cara bergeser untuk menghasilkan bunyi
geseran.Geseran ini boleh bersuara dan tidak bersuara.
4.2.1 Geseran Gusi [s], [z]
Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi aliran udara
tidak tersekat.Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser. Bunyi geseran
gusi lelangit keras tak bersuara[s] dan yang bersuara [z]. Rajah dibawah menunjukkan
bunyi geseran gusi [s], [z].
Geseran Gusi [s]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.2.2 Geseran pita suara [h]
Pita suara boleh disempitkan dan menyebabkan udara keluar di antara pita suara
dengan bergeser. Pita suara ini tidak dikatakan bersuara atau tidak.Geseran pita suara
ialah [h].Dalam tesis Ph. D.nya, bertajuk Some Aspects of Malay Phonology and
Morphology (1976), Farid Onn, mengatakan [h] mempunyai cirri bersuara. Rajah
dibawah menunjukkan bunyi geseran pita suara [h].
HBML1203
15
Geseran pita suara [h]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.3 Konsonan Getaran [r]
Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengetarkan lidah dalam rongga
mulut.Terdapat satu bunyi getaran dalam Bahasa Melayu.Lidah diangkat ke arah gusi
atas.Udara dari paru-paru ditekan keluar hingga menggetarkan lidah untuk menghasilkan
bunyi getaran [r].Bunyi ini bersuara. Rajah dibawah menunjukkan konsonan bunyi
getaran [r].
Konsonan Getaran [r]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.4 Konsonan Sisian [l]
Bunyi ini dihasilkan dengan menggetarkan lidah dari kiri dan kanan dalam rongga
mulut.Hujung lidah diangkat ke arah gusi atas.Udara dari paru-paru ditekan keluar ikut
kiri dan kanan lidah. Satu bunyi sisian [l]dihasilkan dan bunyi bersuara dalam Bahasa
Melayu. Rajah dibawah menunjukkan konsonan Sisian [l].
Konsonan Sisian [l]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.5 Separuh Vokal [w] dan [y]
Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai.Ia tidak tidak dikenal
sebagai vokal penuh kerana ia tidak terdapat sebarang gangguan kepada aliran udara,
tetapi di sini mempunyai masalah gangguan aliran udara.Ada dua bunyi separuh vokal,
HBML1203
16
iaitu:separuh vokal bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Rajah dibawah
menunjukkan Separuh Vokal [w] dan [y].
Separuh Vokal [w]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.6 Konsonan pinjaman
Gigi bawah dirapatkan ke arah bibir atas tetapi tidaklah rapat sehingga menyekat
aliran udara.Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser.Bunyi geseran
gigi-bibir yang bersuara ialah [v]dan yang tak bersuara ialah [f]. Rajah dibawah
menunjukkan Konsonan pinjaman [v] dan [f].
Konsonan pinjaman [v] dan [f]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.7 Konsonan Sengauan
Konsonan ini dihasilkan dengan cara yang seakan serupa dengan letupan. Tetapi
lelangit lembut diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga
hidung.Bunyi sengauan akan terhasil.Semua bunyi sengauan adalah bersuara.
4.7.1 Sengauan bibir [m]
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.Ini menghasilkan bunyi sengau bibir [m].
Rajah dibawah menunjukkan sengau bibir [m].
Sengauan bibir [m]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
HBML1203
17
4.7.2 Sengauan Gusi [n]
Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Ini menghasilkan bunyi sengau gusi[n].
Rajah dibawah menunjukkan sengauan gusi [n].
Sengauan Gusi [n]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.7.3 Sengauan Lelangit Keras[ɲ]
Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dikenali sebagai
bunyi sengauan lelangit keras bersuara[ɲ]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan
lelangit keras bersuara [ɲ].
Sengauan Lelangit Keras[μ]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
4.7.4 Sengauan Lelangit Lembut[ŋ]
Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi
sengauan lelangit lembut bersuara[ŋ]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan
lelangit lembut bersuara[ŋ].
Sengauan Lelangit Lembut[ŋ]
( Rajah dipetik daripada buku OUM)
HBML1203
18
4.8 Carta Konsonan Bahasa Melayu
Untuk menjelaskan bunyi-bunyi yang dideskripsi, satu carta telah dimasukkan
sebagai rujukan.Dalam carta ini, daerah sebutan dirujukkan kepada cara sebutan,
dinyatakan juga sama ada bunyi itu bersuara atau tidak.
Carta Konsonan Bahasa Melayu
4.9 Transkripsi Fonetik dan Fonemik
Kita telah membincangkan bagaimana bunyi dihasilkan, baik vokal mahupun
konsonan. Transkripsi adalah penurunan lambang-lambang bunyi daripada lambang
tulisan yang mencatat sesuatu dalam kehidupan. Semua lambang dapat dipakai bagi
merakamkan bunyi secara bertulis.Hanya setelah bunyi-bunyi ini terakam dalam bentuk
lambang barulah bunyi tersebut dapat dianalisa.Penganalisaan bunyi untuk menimbulkan
sistem bunyi dalam kajian fonologi. Bermacam-macam bunyi boleh dilahirkan sekiranya
daerah sebutan dibahagi dengan lebih rapi.Transkripsi terbahagi kepada dua jenis iaitu
transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Ini dapat dilihat dalam carta Fonetik
Antarabangsa di bawah.
HBML1203
19
Carta Fonetik Antarabangsa
4.9.1 Transkripsi Fonetik
Transkripsi fonetik merupakan cara yang mempelajari segala bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang-lambang fonetik
untuk bunyi itu masing-masing. Contohnya seperti berikut:
HBML1203
20
4.9.2 Transkripsi Fonemik
Transkripsi fonetik pula merupakan cara yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa
dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem.Ia lebih ditumpukan transkripsi
dalam bentuk tulisan.Contohnya seperti berikut:
Fonem θ dieja sebagai"th"
Fonem ŏ dieja sebagai"dh"
Fonem ŋ dieja sebagai"ng"
Fonem γ dieja sebagai"gh"
5.0 Fonologi
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi
yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang
menyatakan “ the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of
individual language has variously been called phonology”. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli
linguistik Barat pula,“ phonology is the study of the function and patterning of speechsounds ” yang
bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang
diucapkan oleh manusia”. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,fonologi ialah
bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan
yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.
5.1 Fonem
Fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang distingtif.Selain itu, fonem boleh
dimengertikan sebagai unit sifat bunyi yang membezakan erti ( Bloodmfield: 1933).Satu
unit ujaran yang bermakna dan terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya seperti
kaya , baya , paya , maya dan saya.Seseorang tidak lagi teragak-agak mengatakan yang
bunyi-bunyi konsonan /k/ , /b/ , /p/ , /m/ dan /s/. Unit-unit bunyi ini dipanggil
fonem.Fonem juga bermaksud bunyinya hampir sama, yang membezakan erti antara dua
kata itu. Terdapat beberapa contoh di bawah.
HBML1203
21
Misalnya :
b diganti dengan p , maka bagi akan bertukar menjadi pagi .
p diganti dengan b , maka paku akan bertukar menjadi baku .
g diganti dengan k , maka geli akan bertukar menjadi keli .
k diganti dengan g , maka kitar akan bertukar menjadi gitar .
g diganti dengan k , maka gelipar akan bertukar menjadi kelipar .
b diganti dengan p , maka bagi akan bertukar menjadi palu .
Oleh itu b , p , k , g dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu
membezakan maksud ujaran.
5.2 Alofon
Alofon adalah pengwujudan dari fonem yang berbeza dari segi sifat-sifat fiziknya.
Dengan kata lain,alofan merupakan bunyi-bunyi kelainan yang tergolong kepada kelas
fonem yang sama, dan dengan sendirinya merupakan anggota kepada keluarga fonem
tersebut.Bunyi-bunyi yang dikaji itu haruslah dilihat dari segi kesamaan fonetis.Selain itu,
bunyi-bunyi yang berbeza dikaji haruslah jangan mendatangkan perbezaan makna.
Perkataan-perkataan di bawah mempunyai erti yang sama tetapi berbeza secara
fonetis pada bunyi pertamanya . Contohnya seperti berikut:
Ugama agama
/ u / boleh diganti dengan / a / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai agama.
igama ugama
/ i / boleh diganti dengan / u / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai ugama .
pikir fikir
[ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu.
paham faham
[ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu.
Akhir kata, dalam membuat pertimbangan bagi menentukan alofon-alofon kepada
sesuatu fonem dalam sesuatu bahasa, seorang pengkaji harus dapat membezakan keadaan
yang seolah-olah sama dengan variasi bebas di mana kerap terjadi sebutan yang alternatif
dari suatu kata yang memperlihatkan adanya perbezaan yang fonemis.Unit bunyi juga
boleh saling berganti secara alternatif itu adalah fonem-fonem yang berasingan yang
sudah terbukti dengan jelasnya dalam sesuatu bahasa itu.
HBML1203
22
6.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu
Ciri-ciri suprasegmental adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi
samada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi
urutan yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan
dengan ciri-ciri yang non-segmental seperti panjang-pendek , tekanan , tona dan jeda ,
maka barulah makna kata itu menjadi pasti dan jelas.
6.1 Tekanan
Tekanan adalah keras atau lemahnya suara yang diperlukan bagi menyebut
sesuatu suku-kata. Bunyi vokal boleh berbeza dari segi kenyaringan dalam kesatuan
bunyi-bunyi.Terdapat 4 jenis tekanan dengan tanda-tanda tertentu seperti berikut:
= tekanan keras / dua \ = tekanan lemah / tiga
ᴧ = tekanan sedang / dua v = tekanan paling lemah
6.2 Panjang- pendek
Dua bunyi, khususnya bunyi vokal mungkin serupa dalam semua aspek fonetik
melainkan berbeza dari segi panjang-pendek.Lambang ini akan digunakan bernama
mora[:]. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora.
Dalam kebanyakan bahasa, panjang-pendek bunyi vokal dan konsonan penting sekali
peranannya bagi membezakan morfem.
6.3 Tona
Tona adalah meninggi atau menurunnya nada suara pada menyebut sesuatu suku-
suku atau morfem.Perbezaan tona merupakan sesuatu perbezaan yang disebabkan oleh
perbezaan nada suara seperti tona tinggi,tona rendah, tona mendatar dan tona turun naik.
6.4 Jeda
Jeda dikenali sebagai persendirian , iaitu unsur hentian yang memisahkan antara
perkataan, ayat atau rangkaian kata. Lambang jeda digunakan ialah #. Unsur ini
digunakan untuk membezakan makna.
HBML1203
23
7.0 Kepentingan dalam pengajaran kemahiran lisan
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat menunjukkan bahawa kanak-kanak
mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa
dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka
menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah mengeluarkan buah
fikiran mereka dengan sebutan yang betul. Dengan itu mereka akan lebih berani, yakin
diri untuk bersuara semasa pengajaran dijalankan.
Contohnya, kanak berdiri untuk membaca perkataan yang hampir sama dan
berbeza sedikit bunyi dari segi fonetiknya yang diberi oleh guru secara persendirian.
pagi & bagi
beli & beri
dara & darah
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan
suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang
baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah
dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan
akan membina asas bahasa yang kukuh.
Contohnya: 1) Dia sudah lari. Perbezaan antara r dan l
2) Dia sudah lali.
Kanak-kanak dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan
menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan
dan lain-lain. Contohnya:
Pengalaman yang diceritakan oleh kanak yang melawat ke zoo negara di dalam kelas
dapat membantu kanak-kanak lain mengenali lebih banyak tentang kehidupan haiwan .
HBML1203
24
Kanak-kanak dapat mendengar dan memahami pertuturan yang disampaikan oleh
orang lain dalam kehidupan harian sama ada di dalam atau di luar rumah.Mereka dapat
melakukan apa yang disampaikan oleh orang lain.Contohnya seperti berikut:
Ibu:"Ali , tolong beli sebotol kicap di kedai runcit ."
Ali:"Baiklah, ibu. Saya pergi membeli sekarang. "
Secara keseluruhan kemahiran lisan adalah amat penting, guru dikehendaki
memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang
banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata
kanak-kanak. Maka dengan ini boleh memudahkan kanak-kanak untuk belajar.
8.0 Kesimpulan
Melalui kerja kursus ini banyak yang kita dapat pelajari daripada BahasaMelayu dimana
terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi
yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.
Fonemik merupakan satu kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan
pendengaran. Manakala fonemik pula berkaitan tentang kajian fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di
samping itu , saya juga mengkaji bagaimana vokal dan konsonan dihasilkan. Setelah mengkaji, vokal
merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara keluar dari peparu. Lidah dan bibir pula
memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai
bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan
semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir iaitu gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, dan
rongga hidung yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain daripada itu,
saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi
melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi
organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya.
Untuk memahami dengan lebih mendalam, carta vokal, konsonan dan carta fonetik
antarabangsa dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini sebagai rujukan.
HBML1203
25
RUJUKAN / REFERENSI
Abdullah Hassan, (1980), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala
Lumpur:Fajar Bakti SDN.BHD.
Arbak Othman, (1983), Permulaan Ilmu Linguistik satu pengenalan konsep bidang
kajian secara teoritis, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
T.Jensen, J. (1995), Morfologi Struktur Kata Dalam Nahu Generati, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peter Trudgil , (1984), Sosiolinguistik Satu Pengenalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.
Robert Lado, (1964), Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik, Amerika Syarikat:
Nombor Kad Katalog Perpustakaan Kongres.
Yunus Maris, (1966), The Malay Sound System, Kuala Lumpur : University Malaya
Press.
http:// www.oum.edu.my