FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 14993 TAMAN IMPIAN MURNI, DR NASRUL HISYAM B NOR MUHAMAD BUKIT DATU, 21200 KUALA TERENGGANU, Nama Penyelia TERENGGANU. Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penyelia : DR NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD
Tarikh : 13 MEI 2011
iii
FASAKH DI DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (NEGERI TERENGGANU) TAHUN 1985. KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI
SYARIAH TERENGGANU.
NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2011
iv
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………
Nama Penulis : NUR JUWARIYAH BINTI MOHAMMED
Tarikh : 13 MEI 2011
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat, Tabi’dan Tabi’in serta
para Pejuang yang telah syahid di jalan Allah SWT
Ayahanda dan bonda yang disayangi
Mohammed bin Yusop dan Zaharah binti Ibrahim
Segala dorongan, sokongan, pengorbanan
dan iringan doa tulus kalian
Membuatkan anakanda tegar di sini
Abang dan adik-adikku yang dikasihi
Ahmad Firdaus, Nur Hafshah, Nur Sofiah Adawiyah,
Ahmad Zaffar Iqbal dan Ahmad Nazirul Mubin
Suka dan duka dikongsi dan dirasai bersama
Segala nasihat, tauladan dan semangat yang diberi
Sentiasa membakar semangat juangku
Pensyarah yang dikagumi
Dr Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad
Sekuntum terima kasih diberikan
Setelah mendidik dan mendorong dengan sepenuh hati
Sebagai pencetus kejayaan duniawi dan ukhrawi
Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati
Ilmu yang dicurah tidak terhingga
Umpama air di lautan
Tidak mengenal erti jemu
Hanya sekalung budi tersemat di jiwa
Sahabat-sahabat yang dikasihi
Mengenali kalian saat terindah bagiku
Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan
Bersama mengharungi cabaran, mehnah dan ujian
Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya
Barakallahufikum...
vi
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat
baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq
serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini.
Jutaan penghargaan buat Dr Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad selaku penyelia
Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan
segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kedua ibu bapa kandung yang
dicintai dan disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang
tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan
cemerlang.
Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun
Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu
sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan
mendapat balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang
diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Amin
vii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk diskriptif yang bertujuan untuk
menganalisis prinsip fasakh dalam hukum syarak serta mengkaji bidang kuasa fasakh di
dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu)
tahun 1985. Kajian ini juga menganalisis kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu dari tahun 2000 hingga 2009 serta mengkaji faktor-faktor berlakunya fasakh
di kalangan masyarakat Islam di Terengganu. Untuk tujuan pengumpulan data,
penyelidik menggunakan metode perpustakaan dan lapangan. Kajian lapangan ini telah
dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dengan menemubual Ketua Hakim
Syarie Terengganu. Selain itu, rekod-rekod fail mahkamah berkenaan fasakh telah
dilihat dan dikenalpasti. Kajian yang dijalankan dapat menjelaskan prinsip fasakh dalam
hukum syarak serta mengkaji bidang kuasa fasakh di dalam Enakmen Undang-Undang
Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985. Data yang diperolehi telah
dianalisis dan mendapati bahawa kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu dari tempoh 2000 hingga 2009 adalah semakin meningkat. Faktor utama
kepada berlakunya kes fasakh adalah disebabkan penglibatan penggunaaan dadah dan
juga berlaku poligami yang tidak direstui. Di akhir kajian, beberapa cadangan
dikemukakan dan kajian lanjutan dijalankan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
viii
ABSTRACT
This study was a descriptive study aimed to analyze the principles of fasakh in
Syariah Law besides analyzing the fasakh jurisdiction in the Islamic Muslim Family
Administrative Law Enactment in Terengganu in 1985. The study also aimed to analyze
the fasakh cases in Terengganu Syariah High Court from year 2000 to 2009 besides
identifying the factors that contributed to fasakh occurrence among Muslim community
in Terengganu. For data collection, the researcher used the library and field studies as
the methodology. The field studies have been conducted at Terengganu Syariah High
Court by interviewing the chief judge. In addition, the records regarding fasakh had been
reviewed and identified. The study that had been conducted is hoped to explain the
fasakh principles in the Syariah Law and also the fasakh jurisdiction in the Islamic
Muslim Family Administrative Law Enactment (Terengganu) in the year 1985. Based on
the analysis, it was found that fasakh cases in Syariah High Court had increased from
year 2000 to 2009. The main factor in fasakh occurrence is due to drug abuse and also
uncondoned polygamy. At the end of the study, a few recommendations and suggestions
were given for future research
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI CARTA xiv
SENARAI GRAF xv
SENARAI STATUT xvi
SENARAI KES xvii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
x
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Fasakh 9
1.8.2 Enakmen 10
1.8.3 Undang-Undang Pentadbiran 10
Keluarga Islam
1.8.3.1 Undang-undang 10
1.8.3.2 Keluarga 10
1.8.3.3 Islam 11
1.8.4 Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu 11
1.8.4.1 Mahkamah 11
1.8.4.2 Syariah 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pembubaran perkahwinan 14
2.3 Pembubaran perkahwinan melalui fasakh 15
2.4 Prosedur pembubaran perkahwinan melalui fasakh 16
2.5 Pengertian fasakh 23
2.6 Dalil Fasakh 25
2.6.1 Al-Quran 25
2.6.2 Hadith 27
2.6.3 Qawaid Fiqhiyyah 28
2.7 Sebab-sebab berlaku Fasakh 29
2.7.1 Fasakh kerana kecacatan 29
2.7.1.1 Kecacatan yang berlaku kepada suami 31
dan isteri
2.7.1.1.1 Dalil 32
2.7.1.2 Kecacatan khusus pada isteri 33
2.7.1.3 Kecacatan khusus pada suami 33
xi
2.7.1.3.1 Kecacatan yang 34
berlaku selepas akad nikah
2.7.1.3.2 Mengubati kecacatan 34
2.7.2 Fasakh kerana suami tidak mampu 35
memberi nafkah
2.7.3 Fasakh kerana suami hilang 39
2.7.4 Fasakh kerana Dharar 41
2.7.4.1 Pandangan fuqaha’ tentang fasakh 41
kerana Dharar
2.7.4.2 Kesan pendapat yang tidak 44
membenarkan fasakh
2.7.4.3 Kesan pendapat yang mengharuskan 44
fasakh
2.7.5 Fasakh kerana pertukaran agama (murtad) 45
2.7.5.1 Kesan pertukaran agama ke atas 47
pernikahan dalam Islam
2.7.5.2 Kesan kemurtadan ke atas perkahwinan 49
2.8 Bidang kuasa Fasakh dalam Enakmen Undang-undang 51
Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu)
tahun 1985
2.9 Kajian Lepas 54
3.0 Kesimpulan 56
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 58
3.2 Reka Bentuk Kajian 59
3.2.1 Metode Penentuan Subjek 59
3.3 Metode Pengumpulan Data 60
3.3.1 Metode Dokumentasi 62
3.3.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 62
3.3.3 Metode Kajian Lapangan 63
xii
3.4 Metode Analisis Data 64
3.4.1 Metode Induktif 65
3.4.2 Metode Deduktif 65
3.4.3 Metode Komparatif 65
3.5 Tempat kajian 66
3.6 Kesimpulan 66
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 67
4.2 Perbincangan 68
4.2.1 Statistik kes fasakh 69
4.3 Purata keseluruhan kes fasakh di Mahkamah 77
Tinggi Syariah Terengganu
4.4 Purata keseluruhan kes fasakh di Mahkamah 78
Rendah Syariah Terengganu
4.5 Faktor-faktor berlaku kes fasakh 81
4.6 Kesimpulan 84
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 85
5.2 Rumusan 86
5.3 Cadangan dan saranan 91
5.4 Cadangan kajian lanjutan 94
5.6 Kesimpulan 95
BIBLIOGRAFI 96
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 1 Bilangan kes fasakh di Mahkamah Tinggi 70
Syariah Terengganu bagi tahun 2000-2009
Jadual 2: Kadar kes fasakh bagi tahun 2000 71
.
Jadual 3 Kadar kes fasakh bagi tahun 2001 71
Jadual 4 Kadar kes fasakh bagi tahun 2002 72
Jadual 5 Kadar kes fasakh bagi tahun 2003 72
Jadual 6 Kadar kes fasakh bagi tahun 2004 73
Jadual 7 Kadar kes fasakh bagi tahun 2005 74
.
Jadual 8 Kadar kes fasakh bagi tahun 2006 74
Jadual 9 . Kadar kes fasakh bagi tahun 2007 75
Jadual 10 Kadar kes fasakh bagi tahun 2008 76
Jadual 11: Kadar kes fasakh bagi tahun 2009. 76
Jadual 12 Statistik keseluruhan kes-kes fasakh di 79
Mahkamah Rendah Syariah Terengganu.
xiv
SENARAI CARTA
NO CARTA TAJUK HALAMAN
Carta 1 Prosedur pendaftaran kes mal 17
Carta 2 (a) Prosedur pengendalian kes mal 18
Carta 3 Pengendalian kes fasakh sekiranya 19
saman sempurna/ responden tidak
hadir, plaintif hadir
Carta 4 (d) Saman permohonan sempurna, 21
plaitif/defenden tidak hadir
Carta4 (e) Saman permohonan sempurna, 21
pihak-pihak hadir
Carta 5 (f) Saman permohonan sempurna, plaintif 22
tidak hadir, defenden hadir
xv
SENARAI GRAF
NO GRAF TAJUK HALAMAN
Graf 1 Statistik keseluruhan kes fasakh di 78
Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu
Graf 2 Statistik keseluruhan kes fasakh di 81
Mahkamah Rendah Syariah Terengganu
xvi
SENARAI STATUT
1. Sub seksyen 11 Enakmen 3 Mahkamah Syariah (Negeri Terengganu) tahun
2001 (Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah)
2. Sub seksyen 12 Enakmen 3 Mahkamah Syariah (Negeri Tengganu) tahun
2001. (Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah)
3. Seksyen 49 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri
Terengganu) tahun 1985
4. Seksyen 43 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri
Terengganu) tahun 1985
xvii
SENARAI KES
1. Hasnah binti Omar lwn Zaaba bin Mohamad Amin, 25 Januari 1995. (Jurnal
Hukum, 1995)
2. Zaleha binti Zakaria lwn Sahabudin bin Ali, 26 Januari 1995. (Jurnal Hukum,
1995)
3. Kalthom lwn Ismail, 19 April 1995.(Jurnal Hukum, 1995)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sudah menjadi fitrah manusia menginginkan hidup berpasangan dan mahu
mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, kehidupan perkahwinan itu merupakan suatu
tujuan yang sangat diinginkan oleh Islam kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW.
Menurut Sulaiman Endut (1999:1), Allah SWT menjadikan semua makhluk di muka
bumi ini berpasangan, ada lelaki mahupun perempuan. Ini menggambarkan kebesaran
dan keagungan Allah SWT kejadian berpasangan ini bukan sahaja berlaku kepada
manusia dan haiwan, malah juga berlaku kepada makhluk Allah SWT yang juga
dijadikan berpasang-pasangan. Sebagai makhluk Allah SWT. yang paling istimewa,
manusia diberi amanah untuk menjadi khalifah iaitu pentadbir dan penguasa di alam ini.
Akad nikah adalah satu ikatan yang menghalalkan hubungan diantara lelaki dan
perempuan. Hubungan perkahwinan juga bukan suatu perkara yang sia-sia, malah ia
2
adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama di antara suami dan isteri. Ikatan
perkahwinan juga adalah ikatan yang dapat mewujudkan rumah tangga sebagai tempat
berlindung, menikmati naungan kasih sayang, dan dapat memelihara anak-anak dengan
pertumbuhan dan didikan yang baik dan sempurna. Kerana itu, dikatakan bahawa ikatan
perkahwinan merupakan ikatan yang paling suci. Allah SWT menamakan ikatan
perjanjian antara suami isteri itu dengan mitsaqun ghalizhun (perjanjian yang kukuh).
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 21 yang berbunyi:
Maksudnya: “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil
balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah
terjalin antara satu Dengan Yang lain, dan mereka pula
(isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian
Yang kuat daripada kamu?”
[Surah An-Nisa4:21]
Menurut Sulaiman Endut (1999:1), manusia pertama diturunkan ialah Adam dan
Hawa. Daripada keduanya manusia terus berkembang biak hingga ke akhir zaman nanti.
Untuk memelihara keturunan manusia tetap suci dan bersih, maka Allah SWT
menurunkan syariat bagi mengatur urusan hidup manusia khususnya yang berhubungan
antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan adalah satu-satunya saluran yang mutlak bagi membiakkan
keturunan dan mengekalkan generasi manusia. Dengan perkahwinan jugalah seseorang
itu dapat mengatur kehidupan dan menjalin tali persaudaraan yang berdasarkan kasih
sayang dan saling memahami. Oleh yang demikian, sewajarnya perkahwinan itu
merupakan salah satu syarat penting dalam Islam. Islam menggalakkan perkahwinan
bagi umatnya kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW . Firman Allah SWT yang
berbunyi:
3
Maksudnya: “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri
kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan
bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-
cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik
lagi halal; maka Patutkah mereka (yang ingkar itu)
percaya kepada perkara yang salah (penyembahan
berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?”
[Surah an-Nahl 16:72]
Islam juga membenarkan perceraian apabila perdamaian dan kesafahaman tidak
lagi wujud di antara suami dan isteri. Oleh itu, talak atau perceraian merupakan ubat
yang diwujudkan bagi menghilangkan penderitaan suami isteri, apabila mereka ditimpa
sesuatu penderitaan atau sukar untuk menyusun kehidupan bersama sehingga
mengharuskan perceraian. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud
berbunyi: (Mustofa Al-Khin at el :2009:804)
أبغض الحالل إلى اهلل الطالقMaksdunya: “Perkara halal yang dibenci oleh
Allah ialah talak”
Akan tetapi, Islam memerintahkan pasangan suami supaya bergaul dengan baik
bagi menghindarkan diri daripada perceraian yang dibenci oleh Allah SWT, sekalipun ia
dihalalkan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:
4
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, tidak
halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan
jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka
(dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu
hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu
telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka
melakukan perbuatan keji yang nyata. dan bergaulah
kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara
yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada
mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu
terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada
apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk
kamu).”
[Surah an-Nisa’: 4:19]
Dalam Islam, kuasa talak hanya terletak pada suami. Tetapi para isteri juga diberi
kuasa talak dengan memohon cerai melalui fasakh. Fasakh boleh dilakukan dengan
adanya syarat-syarat tertentu tanpa ucapan talak. Perceraian fasakh ini boleh dilakukan
melalui hakim atau qadi. Perceraian melalui fasakh ini juga tidak dapat dirujuk. Jika si
suami mahu kembali kepada isterinya, harus bagi si suami itu dengan akad baru. Jika
perceraian fasakh dilakukan berulang-ulang lebih dari tiga kali, dibolehkan kembali lagi
dengan akad nikah yang baru.
5
1.2 Latar belakang masalah
Dewasa ini kita sering mendengar di kaca televisyen, lembaran akhbar mahupun
media massa lain akan kes-kes perceraian. Malah perceraian pada hari ini menjadi
sinonim untuk semua lapisan masyarat untuk memperkatakan mengenainya. Gerbang
perkahwinan yang disemai daripada benih-benih cinta akhirnya berkecai kerana tidak
ada kesefahaman antara suami isteri. Sudah menjadi perkara biasa kes perceraian ini di
kalangan artis-artis di Malaysia yang menjadi idola ramai dan juga diistiharkan sebagai
ikon Negara. Hakikatnya, mereka ini telah mencalarkan arang ke muka mereka sendiri.
Perkahwinan yang tidak disemai dengan asas-asas agama dan kefahaman yang baik
mengenai Islam, sudah pasti tidak diselit bersama keberkatan daripada Allah SWT. (Dr.
Mustofa Al-Khin & e.t.al (2009). Firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya: “Dan jika keduanya bercerai, maka Allah
akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah
kurniaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah
kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.”
[Surah an-Nisa’4:130]
Dalam agama Islam, kuasa menjatuhkan talak menjadi hak kaum adam. Namun
begitu, untuk memelihara hak-hak kaum hawa dan juga untuk menolak kemudaratan
menimpanya, maka syariat Islam mengharuskan (membolehkan) wanita yang cukup
umurnya (baligh) memfasakhkan (membubar) pernikahannya dengan perantaraan qadi
atau Hakim Mahkamah dengan syarat-syarat tertentu yang membolehkan si isteri
memperolehi hak perceraian melalui fasakh. (Hj Mohd.Sanusi bin Hj.Mahmood, 1978)
6
Oleh itu, penyelidik begitu berminat untuk menganalisis prinsip fasakh mengikut
Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam disamping mengkaji bidang kuasa fasakh di
dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu)
tahun 1985 bagi menganalisis data serta mengkaji faktor-faktor berlakunya fasakh
dikalangan pasangan suami isteri.
1.3 Penyataan Masalah
Mempunyai keluarga yang bahagia adalah impian setiap orang. Ini juga adalah
salah satu daripada tuntutan agama yang mulia agar setiap manusia mampu mencapai
ketenangan dari anak-anak dan suami atau isteri yang soleh dan solehah. Namun begitu
bukan semua orang mampu mencapai tahap bahagia yang diimpikan itu. Kes fasakh
banyak berlaku pada hari ini yang menyebabkan berlaku penganiayaan dan penderitaan
terhadap isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, pihak isteri berani untuk tampil ke
hadapan untuk membebaskan diri mereka daripada permasalahan itu dengan membuat
tuntutan pembubaran perkahwinan.
Merujuk kepada latar belakang masalah yang dikemukakan, penyelidik
merasakan perlunya laksanakan satu kajian yang berkaitan dengan fasakh. Kajian ini
dijalankan untuk mengetahui prinsip fasakh di dalam hukum syarak serta bidang kuasa
fasakh di Dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri
Terengganu) tahun 1985. Selain itu juga, kajian juga dijalankan untuk mengenalpasti
statistik kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu dari tahun
2000 sehingga tahun 2009. Kajian juga dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor
berlakunya fasakh di kalangan masyarakat Islam khususnya di Daerah Kuala
Terengganu.
7
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Menganalisis prinsip fasakh dalam hukum syarak.
2. Mengkaji bidang kuasa fasakh di dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985.
3. Mengkaji statistik kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Terengganu dari tahun 2000-2009.
4. Mengkaji faktor-faktor berlakunya fasakh di kalangan masyarakat Islam di
Negeri Terengganu.
1.5 Persoalan kajian
1. Apakah kedudukan fasakh di dalam hukum syarak?
2. Apakah bidang kuasa fasakh di dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran
Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985.
3. Bagaimanakah kedudukan kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri
Terengganu dari tahun 2000-2009.
4. Apakah faktor-faktor berlakunya fasakh di kalangan masyarakat Negeri
Terengganu hari ini?