26
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP “MOBILE LEARNING” DALAM PROSES PEMBELAJARAN SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. Sila tandakan ( ) CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR) Alamat Tetap: PLOT I56-B TAMAN MAHSURI FASA 2C BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH. Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________ DR DAYANG HAJAH TIAWA AWANG HJ HAMID Nama Penyelia Disahkan oleh (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

  • Upload
    ledung

  • View
    248

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP “MOBILE LEARNING” DALAM PROSES PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. Sila tandakan ( )

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)

Alamat Tetap: PLOT I56-B TAMAN MAHSURI FASA 2C BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH.

Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________

DR DAYANG HAJAH TIAWA AWANG HJ HAMID

Nama Penyelia

Disahkan oleh

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ……………………………………….......................

Nama Penyelia : ...................................................................................

Tarikh : ……………………………………….......................

DR DAYANG HAJAH TIAWA AWANG HJ HAMID

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN

TERHADAP “MOBILE LEARNING”DALAM PROSES PEMBELAJARAN.

NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………......................................

Nama Penulis : ..............................................................

Tarikh : …………..............................................

NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

iii

DEDIKASI

Pujian bagi Allah SWT yang Maha Pemurah

Kerana Memberikan Peluang dan Kesempatan

Buat Ibu yang Dikasihi

Terima Kasih di atas Setiap Doa yang Ibu Titipkan

Sesungguhnya Kasihmu Tiada Tolok Bandingnya

Kesabaranmu Mengajar Aku Erti Kesungguhan

Sesungguhnya Dirimu Umpama Mentari

Yang Memancar Sinar Kasih Sayangmu

Ayah yang Tak Kenal Erti Penat

Tekatmu yang Kukuh

Untuk Membesarkan Anakmu Sebagai Insan yang Berguna

Amatku Kagumi

Keluarga yang Disayangi

Sokongan yang Tak Berbelah Bagi

Amat Memilukan Hatiku

Umpama Nian di Hati yang Membakar

Buat Rakan dan Insan yang dikasihi

Perpisahan Terasing Mengajar Kita

Erti Perjuangan yang Belum Selesai

Wassalam

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi kekuatan

untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Setinggi-

tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr.Dayang Hjh

Tiawa Awang Hj Hamid, kerana kesanggupan dan dedikasi beliau dalam

memberikan bimbingan, nasihat serta cadangan sepanjang proses menyempurnakan

penulisan laporan Projek Sarjana Muda ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih

di atas sokongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan

yang sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan seterusnya semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan ini

dijalankan

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan

Mobile learning (M-learning) dan juga permasalahan yang dihadapi terhadap

penggunaan M-learning dalam proses pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif ini

melibatkan sampel 207 pelajar tahun akhir fakulti pendidikan. Instrumen kajian yang

digunakan ialah soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A

yang melibatkan latar belakang responden dan bahagian B yang melibatkan respon

responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Respon-respon yang diterima diukur

menggunakan Skala Likert, seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical

Packages For Social Sciences (SPSS) for Windows Release 11.5. Hasil kajian

mendapati kebanyakkan responden pernah menggunakan M-learning dan mengakui

akan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun terdapat

beberapa kekangan terhadap penggunaan M-learning dalam proses pembelajaran.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

vi

ABSTRACT

The study was carried out to observe the uses of Mobile learning

(M-learning) amongst the final year students and the problems they faced during

learning process. The research involved 207 final year students in the Faculty of

Education. The instrument used in this descriptive study was a set of questionnaires

which had been divided into two parts, parts A and part B. Part A is to investigate

the respondents' background and part B investigates the respondents' responds

towards the research question of this study. Data collected were measured by using

Likert Scale and then analyzed by using the Statistical Packages for Social Sciences

(SPSS) for Windows Release 11.5. to obtain percentages, frequency and means

value. The results showed that the usage of M-learning could give more advantages

rather than disadvantages in teaching and learning process.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PERHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1. Pengenalan 1

1.2. Latar Belakang Masalah 4

1.3. Penyataan Masalah 6

1.4. Objektif kajian 7

1.4.1 Objektif Umum 8

1.4.2 Objektif Khusus 8

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

viii  

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 10

      1.6.2 Institusi Pengajian Tinggi 10

1.6.3 Syarikat Telekomunikasi 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi/Istilah 11

1.8.1 Persepsi 12

1.8.2 Penggunaan 12

1.8.3 Pembelajaran 13

1.8.4 Mobile 13

1.8.5 Pembelajaran Mobile (M-Learning) 13

1.8.6 Pembelajaran Elektronik (E-Learning) 15

1.8.7 WAP 16

1.8.8 Wireless 16

1.8.9 Rangkaian Wireless 16

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Konsep M-learning 18

2.3 Kajian M-learning dalam 23

Pengajaran dan Pembelajaran

2.4 Penggunaan Teknologi dalam Kurikulum 27

2.5 Penutup 33

3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Lokasi Kajian 35

3.4 Pemilihan Populasi Dan Sampel 35

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Kajian Rintis 39

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

ix  

3.7 Prosedur Kajian 39

3.8 Penganalisisan Data 40

3.9 Pengumpulan Data Sekunder 42

3.10 Penutup 43

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 44

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 46

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 47

4.3 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 49

4.3.1 Analisis penggunaan M-learning yang 50

mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran.

4.3.2 Analisis keberkesanan M-learning yang 53

mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran.

4.3.3 Analisis sikap terhadap M-learning yang 56

mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran.

4.3.4 Analisis permasalahan yang dihadapi oleh 58

pelajar-pelajar tahun akhir fakulti

pendidikan terhadap M-learning dalam

proses pembelajaran.

4.4 Penutup 61

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

x  

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 64

5.2.1 Latar Belakang Responden (Bahagian A) 65

5.2.2 Penggunaan M-learning yang 66

mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran.

5.2.3 Keberkesanan M-learning yang 68

mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran.

5.2.4 Sikap terhadap M-learning yang 70

mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran.

5.2.5 Permasalahan yang dihadapi oleh 72

pelajar-pelajar tahun akhir fakulti

pendidikan terhadap M-learning dalam

proses pembelajaran.

5.3 Rumusan 73

5.4 Cadangan 74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.6 Penutup 76

RUJUKAN 77

LAMPIRAN A 91

LAMPIRAN B 92

LAMPIRAN C 93

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

xi  

SENARAI JADUAL

             

             

             

             

             

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

 

1.1 Perbezaan Terminologi antara E- dan M –learning 3

1.2 Perbezaan Pedagogi antara E- dan M- learning 4

(Sharma & Kitchens 2004)

3.1 Nama Kursus dan Bilangan Sampel yang Terlibat 36

daripada Setiap Kursus

3.2 Item Soalan Mengikut Persoalan 38

3.3 Skala Likert Lima Pemeringkatan di 38

Bahagian B Set Soal Selidik

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 42

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 48

4.4 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min Bagi 50

Penggunaan M-learning

4.5 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min Bagi 53

Keberkesanan M-learning

4.6 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min 56

Bagi Sikap Terhadap M-learning

4.7 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min 58

Bagi Persoalan Kajian Permasalahan

Terhadap M-Learning

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

xii  

SENARAI RAJAH

 

 

 

 

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model M-learning Afrika 19

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

xiii  

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

MMS - Multimedia Messaging System

SMS - Short Message Service

PDA - Personal Digital Assistant

WLAN - Wireless Local Area Network

HPC - Handheld Personal Computer

ebooks - Electronic Book

UCLA - University of California, Los Angeles

GSM - Global System for Mobile Communication

UMTS - Universal Mobile Telecommunications System

HSCSD - High-Speed Circuit-Switched Data

GPRS - General Packet Radio Service

Wifi - Wireless Network

RAM - Random-Access Memory

OS - Operating System

LMS - Learning Management System

WBL - Web-Based Learning

GCSE - General Certificate of Secondary Education

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

xiv  

SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan (Kemahirah Hidup)

D-learning - Distance learning

E-learning - Electronic learning

M-learning - Mobile learning 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

xv  

SENARAI LAMPIRAN

 

 

 

 

NO. TAJUK HALAMAN

1 LAMPIRAN A 91

2 LAMPIRAN B 92

3 LAMPIRAN C 93

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

BAB 1

PENGENALAN

 

 

 

 

1.1 Pengenalan

Teknologi komunikasi mengalami revolusi dalam tahun 1980-an dan ini telah

membawa kepada perubahan corak pembelajaran melalui talian iaitu daripada

pembelajaran jarak jauh atau D-learning kepada pembelajaran elektronik atau

E-learning dan seterusnya pada masa sekarang pembelajaran mobile atau

M-learning. Pembelajaran jarak jauh yang konsepnya telah digunakan di seluruh

dunia (Keegan, 2002) mula berubah kepada pembelajaran elektronik dalam tahun

1980-an yang juga menandakan bermulanya era penggunaan komputer riba. Sekitar

tahun 1990-an telah diperkenalkan penggunaan Internet dan World Wide Web

(WWW) dan aplikasinya dalam bidang pendidikan. Dalam perkembangan yang lebih

terkini, penciptaan teknologi komunikasi telah memberi ruang kepada penggunaan

teknologi mobile dan teknologi tanpa wayar (wireless) dalam bidang pendidikan

(Anderson, 2001; Boerner, 2002). Oleh itu, corak pembelajaran yang dikenali

sebagai M-learning telah diperkenalkan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

2

Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar

(Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran

kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat

globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Sementara itu Wood (2003) pula

berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke

arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara membangun,

kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah

lebih murah berbanding komputer meja.

M-learning merupakan satu langkah ke hadapan dalam perkembangan

pembelajaran elektronik (E-leaming) (Fagerberg, Rekkedal, & Russell, 2002). Pakar-

pakar penyelidikan dan pendidikan berusaha mengambil inisiatif daripada

penghasilan alat komunikasi mudah alih ini untuk mengaplikasikannya dalam

pengajaran dan pembelajaran. Sebilangan pakar-pakar tersebut mengatakan bahawa

peralatan mobile membolehkan pelajar-pelajar berkongsi maklumat, menyelaraskan

tugas-tugas mereka secara lebih meluas dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam

situasi yang memerlukan kerjasama antara ahli (Chien, 1997; Coil, 1998; Nulden,

1999,2000; Jimenez et al., 2003; Sharples, 2000a; Sharples et al., 2000b).

Pelbagai pandangan telah dikemukakan tentang definisi Pembelajaran

Mobile. Antaranya mengatakan bahawa M-learning merupakan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran melalui peralatan

komputer (Quinn, 2000), kandungan pengajaran berasaskan jaringan (Malinen, Kari,

& Tiusanen, 2003), jaringan-pembelajaran tanpa wayar (wireless network-learning)

(Boerner, 2002) atau kurikulum berasaskan teknologi (Anderson, 2002; Milrad,

2002). Selain itu, Chabra dan Figueiredo (2002) dan Harris (2001) mengatakan

M-learning ialah kebolehan menerima pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-

mana juga, dan dengan apa-apa peralatan sekalipun. Lehner, Nosekabel dan

Lehmann (2001) berpendapat bahawa terdapat dua kekuatan dalam Pembelajaran

Mobile ini iaitu "anytime, anywhere learning and teaching while doing."

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

3

M-learning adalah satu bentuk pembelajaran yang tidak terikat dengan tempat

dan masa (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005). Peralatan teknologi mudah alih yang

bersaiz lebih kecil antaranya PDA (Personal Digital Assistant), Compaq iPaq, laptop,

wireless screenphone HS21O. dan smart phone R380 digunakan sebagai alat

pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan dan mendapatkan maklumat. Nota

kuliah atau kandungan pembelajaran boleh dipindahkan secara synchronization

melalui komputer peribadi kepada peralatan teknologi mudah alih.

Kandungan kurikulum yang diperlukan dalam M-learning mestilah

bersesuaian dengan jenis teknologi mobile yang bakal digunakan. Rangka masa

pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, tarikh

pertemuan, bahan-bahan tambahan dan cara penghantaran kerja rumah dan tugasan

juga memerlukan pengubahsuaian. Oleh itu, M-learning hanya boleh dilaksanakan

selepas perancangan yang teliti dilakukan. Walaubagaimanapun, dengan

perkembangan pesat teknologi dan komunikasi terutama internet maka tidak mustahil

suatu masa nanti M-learning akan berkembang dengan baik dan mempunyai masa

depan yang cerah.

Kebanyakkan penulis (Mostakhdemin-Hosseini and Tuimala, 2005)

menggambarkan M-learning sebagai pembelajaran yang ringkas seperti kemunculan

evolusi pembelajaran elektronik di mana M-learning hanya melengkapkan komponen

yang tidak terdapat pada pembelajaran elektronik contohnya menaiktarafkan

penggunaan jalur lebar (adding the wireless feature). M-learning merupakan suatu

pendekatan pembelajaran yang baru selepas E-learning. Terdapat perbezaan

terminologi antara E-learning dan M-learning.

Jadual 1.1 : Perbezaan Terminologi antara E- dan M -learning

E-learning M-learning

Komputer Mobile

Bandwidth GPRS, G3, Bluetooth

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

4

Proses pembelajaran elektronik hanya berlaku di dalam bilik darjah ataupun makmal

komputer manakala M-learning berlaku bergantung kepada persekitaran dan

pendekatan pedagogi yang digunakan (time independent pedagogy).

Jadual 1.2 : Perbezaan Pedagogi antara E- dan M- learning

(Sharma & Kitchens 2004)

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam bidang pendidikan, M-learning digunakan sebagai bahan bantu

pembelajaran. M-learning merupakan salah satu media komunikasi yang dapat

menghasilkan persekitaran pembelajaran yang baru, menyeronokkan, merangsang

pemikiran dengan berkesan serta meningkatkan motivasi pelajar. Ini terbukti

keberkesanan di luar negara (Marit Rismart et al., 2007). Perkongsian nota di antara

pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA di kalangan

pelajar. Pelajar tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat

Multimedia Objek

Interaktif Spontan

Lebih formal Tidak formal

Situasi simulasi Situasi realiti

Penekanan kepada proses pembelajaran (Hyperlearning) Konstruktivism, kerjasama

E-learning M-learning

Lebih banyak penerangan dalam bentuk

teks and grafik

Lebih banyak penerangan dalam

bentuk teks, audio and grafik

P&P berlaku di dalam kelas dan

makmal komputer

P&P berlaku di merata tempat dengan

menggunakan peralatan mobile

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

5

turun nota kerana ianya telah dimudahkan dengan hanya menggunakan internet yang

disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang dilanggani. Oleh

itu, nota boleh dimuat turun pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Ini

menjimatkan masa dan tenaga.

Triantafillou, Georgiadou dan Economides (2006) melalui kajian mereka

terhadap ujian atau quiz yang dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan

mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui M-learning adalah lebih efektif

dan efisyen. Ini adalah kerana ujian yang dilaksanakan secara M-learning adalah

lebih menjimatkan masa daripada ujian yang dilaksanakan secara kertas dan pensel.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah dalam mengintegrasikan

M-learning dalam bidang pendidikan. Antaranya kurang pendedahan terhadap

teknologi mobile memberi kesan kepada perkembangan M-learning. Peranan ahli

akademik juga dilihat amat penting dalam perkembangan M-learning kerana mereka

sepatutnya terlebih dahulu didedahkan kepada M-learning sebelum pelajar.

Di samping itu, alatan mudah alih seperti PDA merupakan alatan yang agak

sukar dimiliki oleh pelajar kerana harganya yang agak tinggi jika dibandingkan

dengan telefon mudah alih biasa yang tidak menyokong kemudahan M-learning.

Selain itu, saiz skrin yang kecil dan terhad merupakan antara penyumbang kepada

masalah dalam memaparkan jumlah dan jenis maklumat (Singh & Zaitun, 2006).

Contohnya jika nota yang ingin disampaikan adalah dalam saiz yang besar ia

mungkin tidak dapat menyokong skrin yang bersaiz kecil maka pengguna terpaksa

melihatnya dalam antaramuka yang lebih banyak serta skrin yang berbeza.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

6

1.3 Penyataan Masalah

Kajian-kajian lalu telah menunjukkan M-learning sangat efektif dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008)

mendapati M-learning menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan

kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan

berbentuk multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan

pelajar dapat menggunakan masa lapang untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian juga

mendapati penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan

kata pelajar dengan berkesan.

M-learning juga berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik

darjah yang melibatkan pungutan data dilapangan seperti aktiviti lawatan sambil

belajar (deCrom & de Jager, 2005). Selain daripada itu M-learning menunjukkan

kejayaan yang memberangsangkan apabila digunakan untuk pengajaran kepada

pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis (Collet & Sstead, 2002;

Traxler, 2002). M-learning dapat juga digunakan untuk pembelajaran kursus-kursus

di Universiti seperti Kursus Actuarial di Malaga Universiti (Mayorga-Toledano &

Fernandez-Moales, 2003). M-learning masih lagi di peringkat awal sama ada di

Eropah mahupun di Malaysia.

Walaupun terdapat banyak kajian di Eropah dan di Asia tetapi kajian

tertumpu kepada fungsi digital sesuatu peralatan mudah alih (Pownell & Bailey,

2001; Savill- Smith & Kent, 2003; Vahey & Crawford, 2002) dan dilakukan oleh

syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi seperti Ericsson, Apple, Intel & Sun untuk

tujuan perdagangan dan persaingan komersial. Di samping itu, terdapat juga kajian-

kajian yang menumpukan keberkesanan sesuatu alat dalam menyediakan aktiviti

belajar (Colley & Stead, 2003; Ketamo, 2002; Waycott, 2001) serta kursus dan

latihan dalam talian untuk golongan professional (Burke, Colter, Little, & Riehl,

2005). Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang menumpukan kajian mereka kepada

penggunaan sesuatu alat sahaja seperti komputer bimbit (M-Learning Project, 2005;

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

7

MOBIlearn Project, 2005, Chen, Kao, & Shen, 2003; Becta Report, 2005; Megan

Fox, 2005).

Antara kajian terawal dalam bidang M-learning di Malaysia ialah kajian

penilaian pelaksanaan program M-learning kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah

sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan

kajian ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-learning mencapai

hasrat yang ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program.

Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-learning telah mencapai hasrat yang

ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-learning mempunyai

banyak kekuatan di samping terdapat beberapa kelemahan. Berdasarkan kepada

kurangnya kajian tentang kebaikan dan permasalahan M-learning dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, maka perlunya satu kajian tentang kebaikan dan

permasalahan M-learning dijalankan. Dapatan kajian ini akan dapat membantu

pensyarah dan pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan M-learning. Dapatan kajian juga dapat membantu Kementerian

Pengajian Tinggi mempertingkatkan prasarana teknologi di universiti seperti

membekalkan ke universiti lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan

latihan-latihan kemahiran kepada pensyarah dan pelajar.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan

objektif khusus.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

8

1.4.1 Objektif Umum

Secara umumnya kajian ini bertujuan menilai sejauhmana pandangan

pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan terhadap M-learning dalam proses

pembelajaran. Pandangan ini merujuk kepada kebaikan M-learning serta

permasalahan yang dihadapi dalam menggunakan M-learning dalam proses

pembelajaran.

1.4.2 Objektif Khusus

Objektif kajian ini untuk:

1.4.2.1 Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan

terhadap M-learning dalam proses pembelajaran.

1.4.2.2 Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun

akhir fakulti pendidikan terhadap M-learning dalam proses pembelajaran.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). SULIT TERHAD TIDAK TERHAD ... (Kejuruteraan Mekanikal) SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta …

9

1.5 Persoalan Kajian

Dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kajian ini

dilakukan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan terhadap

M-learning dalam proses pembelajaran?

1.5.2 Apakah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun akhir fakulti

pendidikan terhadap M-learning dalam proses pembelajaran?