P.Lim Pui Huen, 2002. Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur. Singapura
: Times Editions.
Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Ja’afar : Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Holistik, Keluaran Ogos 2007, Halaman 7. Unit Media dan Komunikasi (MEDKOM).
The Grand Palace and Royal Sultan Abu Bakar Museum, http://www.about-
malaysia.com/johor/culture-heritage.htm
Sultan Abu Bakar Royal Museum, http://www.tourismjohor.com/destination/view.cfm?
ID=2A6CB3C1-201E-4827-8C0D1E5C72DDBE2E
Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar,
http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru/
Istana Besar, Birthplace of Umno,
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2511704/Article/
index_html
Istana Besar, http://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar
Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Tel: 07-223 0222.
Jabatan Muzium Diraja Abu Bakar. “Sejarah Ringkas Kesultanan Negeri Johor Darul
Ta’zim” dalam Jurnal Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor.11 Mei 1990.
Bangunan Bersejarah Istana Besar Johor,
Johor Bahru.
TAJUK MUKA SURAT
Tajuk Kajian
Senarai Kandungan
Penghargaan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Nama Bangunan
Asal-Usul
Pengasas
Pembinaan
Lokasi
Tujuan Penubuhan
Perasmian
Reka Bentuk Pelan
Bahan Binaan
Cara Pembinaan
Pengubahsuaian
Hiasan Dalaman
Kegunaan Dahulu Dan Sekarang
Rumusan
Lampiran
Peta Istana
Pelan Istana
Gambar Istana
Pamplet
Borang Soal Selidik
Rujukan
i
ii
1-2
3
4
5-21
5
6
8
9
9
10
10
11
13
14
15
16
18
21-22
23-29
23
24
25
27
29
30-31
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Guffri Bin Alpiah dan guru pembimbing saya iaitu Encik
Shahnun Bin Abd. Ghani dan guru-guru sejarah yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang
ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar
memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Kamaruzaman Bin Abd. Rasid dan bonda Nor Arbaayah Binti Sharif yang turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tidak ketinggalan juga abang sulung saya iaitu
Nor Zaidy Bin Kamaruzaman kerana sudi membawa saya melawat Istana Besar Johor. Tanpa
sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-
kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang
ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-
kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah
fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan kajian.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar dan lain-lain yang menjadi responden atau orang
sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai maklumat terkini tentang
Istana Besar Johor.
Sekian, terima kasih.
…………………………………
NOR HAZMI BIN KAMARUZAMAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara
kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Istana Besar Johor di Johor Bahru. Kajian saya ini
merangkumi objektif-objektif seperti mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.
Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,
jelas dan tepat.
Selain itu, kajian ini membolehkan saya menambah pengetahuan tentang banguanan
bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air.
Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di
Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini
juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita
kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta
memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia
Seterusnya, kajian ini membolehkan saya mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku di sebalik bangunan bersejarah. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil
iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti
Istana Besar Johor, ianya menyedarkan saya bahawa kebijaksanaan pemimpin amat penting
kerana ianya akan menentukan keharmonian hidup rakyatnya..
Akhir sekali, melalui kajian ini saya dapat menanam semangat patriotisme di dalam
diri. Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan
generasi muda melalui kajian ini.
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.
Antaranya ialah melayari internet. Antara laman web yang saya layari ialah Antara laman web
yang saya layari ialah www.about-malaysia.com/johor/culture-heritage.htm,
www.tourismjohor.com/destination/view.cfm?ID=2A6CB3C1-201E-4827-
8C0D1E5C72DDBE2E, www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru/,
www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2511704/Article/index_html dan
www. en.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar . Melalui kaedah ini banyak maklumat yang saya
perolehi seperti kegunaan Istana Besar Johor, lokasi Istana Besar Johor, reka bentuk pelan Istana
Besar Johor dan tujuan penubuhan Istana Besar Johor.
Selain itu, saya juga menggunakan kaedah merujuk bahan ilmiah seperti buku, jurnal
dan majalah. Antara buku ilmiah yang saya rujuk ialah Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and
Entrepreneur dan Dato Onn Jaafar. Selain buku ilmiah, saya juga merujuk majalah seperti
Holistik serta jurnal seperti “Sejarah Ringkas Kesultanan Negeri Johor Darul Ta’zim” dalam
Jurnal Muzium Diraja Abu Bakar. Melalui kaedah merujuk bahan ilmiah ini saya memperolehi
banyak maklumat seperti asal-usul Istana Besar Johor, bahan binaan Istana Besar Johor, cara
pembinaan Istana Besar Johor dan arkitek yang terlibat dalam pembinaan Istana besar Johor.
Seterusnya, sya juga menggunakan kaedah melawat tempat kajian iaitu melawat Istana
Besar Johor. Saya telah melawat Istana Besar Johor yang beralamat Muzium Diraja Sultan Abu
Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Melalui lawatan ini saya
telah mendapat banyak maklumat seperti, pengasas Istana Besar Johor, tarikh pembinaan Istana
Besar johor, hiasan dalaman Istana Besar Johor dan pengubahsuaian Istana Besar Johor.
NAMA BANGUNAN.
Nama bangunan bersejarah yang dipilih bagi kajian ini adalah Istana Besar Johor.
Terdapat juga nama lain bagi Istana Besar Johor iaitu Muzium Diraja Sultan Abu Bakar dan
Muzium Diraja Johor.
Nama Istana Besar Johor ataupun “Grand Palace Of Johore” telah digunakan semasa
pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri
Maharaja Johor iaitu Sultan Johor yang ke-21 kerana bangunan ini merupakan istana dan pusat
pemerintahan bagi negeri Johor pada masa itu.
Seterusnya, nama Muzium Diraja Sultan Abu Bakar ataupun “Royal Abu Bakar
Museum” digunakan semasa bangunan ini diistiharkan sebagai muzium oleh Sultan Sir Mahmud
Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi iaitu sultan Johor yang ke-24
sebagai memperingati keunggulan dan kewibawaan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni
Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor begitu besar ertinya kepada
Kesultanan Johor dan seluruh rakyat negeri Johor. Nama muzium ini adalah sebagai sanjungan
dan penghormatan tertinggi serta salah satu cara yang paling bermakna untuk mengabdikan nama
dan identiti Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri
Maharaja Johor sebagai pengasas Kesultanan Melayu Moden, Bapa Pembangunan Johor Moden
dan Pembina Istana.
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar
Almarhum Sultan Sir Ibrahim
LATAR BELAKANG.
ASAL-USUL.
Istana Besar Johor merupakan salah sebuah bangunan terawal dibina di Tanjung Puteri
atau lebih dikenali sebagai Johor Bahru pada masa sekarang.
Sejak disempurnakan pembinaannya pada 1 Januari 1866 ianya
menjadi lambang keunggulan dan kedaulatan Kesultanan Johor
serta menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan perkembangan
sejarah dan kebudayaan negeri Johor moden. Keunggulan Istana
Besar Johor ini dapat memperlihatkan kepada dunia bahawa
Kesultanan Johor Moden yang dibina oleh Almarhum Sultan Sir
Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri
Maharaja Johor mempunyain identiti kehebatan resam budaya dan keindahan adat istiadatnya
yang tersendiri.
Di sepanjang pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum
Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor dan Almarhum
Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni Almarhum Sultan Sir Abu
Bakar, Istana Besar Johor sentiasa meriah mencatatkan berbagai
peristiwa penting dalam pergolakan sejarah negeri Johor. Ketua-
ketua negara, kerabat diraja dan orang-orang kenamaan dari
negara-negara asing seperti Great Britain, Romania, Itali,
Thailand, China, Jepun, Hawai, Amerika Syarikat dan banyak
lagi kerap mengadap Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng
Almarhum Sultan Sir Ismail
Sultan Sir Mahmud Iskandar
Ibrahim Sri Maharaja Johor dan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni Almarhum Sultan
Sir Abu Bakar untuk menjalinkan persahabatan dengan Kerajaan Negeri Johor dan membalas
lawatan rasmi Baginda ke negara-negara tersebut.
Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor masih
berperanan seperti sebelumnya walaupun tempat persemayamam
Baginda telah berpindah ke Istana Bukir Serene. Sungguhpun
keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir
Ibrahim Al-Masyhur tetapi disebabkan Istana Besar Johor telah
lama dimakan usia, keadaan di luarnya kelihatan using dan tidak
lagi memperlihatkan kehebatan seperti dahulu.
Setelah lebih sekurun lamanya Istana Besar Johor melalui
zaman-zaman keindahan dan kegemilangan liku-liku sejarahnya
yang tersendiri, akhirnya tanpa diduga berlaku satu perunahan di
luar jangkaan apabila Sultan Sir Mahmud Iskandar Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi menitahkan di dalam
satu mesyuarat yang diadakan di Istana Bukit Iskandar supaya
Istana Besar Johor dijadakan sebagai sebuah Muzium DiRaja di
samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah
istana tempat melangsungkan segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Johor Darul Takzim.
Bermula dari tahun 1984 kerja-kerja pemulihan, pengubahsuaian dan menaikkan taraf
terhadap bangunan Istana Besar Johor telah dilakukan agar ianya bersesuaian dengan keperluan
dan konsep sebuah muzium Diraja dan istana yang masih beperanan. Kini wajah barunya yang
tersegam indah dapat memeperlihatkan lagi seri kehebatannya dan menjadi mercutanda yang
sangat menarik di Johor Bahru.
Kewujudan Muzium Diraja Abu Bakar dan pembukaanya kepada umum mulai 11 Mei
1990 ini merupakan detik bersejarah yang akan memberikan imej baru yang lebih hebat kepada
Istana Besar Johor.Terdapat kira-kira 5,000 jenis bahan koleksi yang kesemunya dianggarkan
kira-kira 35,000 buah bahan tersimpan dalam bangunan ini.
PENGASAS.
Istana Besar Johor telah diasaskan oleh Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum
Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja yang telah meletakkan batu asas di tapak pembinaan
Istana Besar Johor pada tahun 1864. Baginda telah mengilhamkan rekabentuk istana ini yang
berunsurkan Inggeris-Melayu. Baginda juga telah mengarah pembinaan istana ini dan mahukan
ianya dibina dengan pengaruh Renaissance. Kebanyakan perabot dan alat Kebesaran Negeri
Johor yang tersimpan di dalam istana ini diilhamkan oleh Baginda sendiri dan juga Baginda
telah memantau pembinaan taman di istana ini.
Bangunan ini telah bertukar menjadi muzium, diasaskan oleh Sultan Sir Mahmud
Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi apabila pada jam 3.00 petang 23
Februari 1982, Baginda telah menitahkan di dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana Bukit
Iskandar, Johor Bahru, supaya Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai Muzium Diraja di
samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai istana tempat melangsungkan segala adat
istiadat kebesaran Kesultanan Negeri Johor Darul Takzim.
PEMBINAAN.
Istana Besar Johor telah dibina pada tahun 1864 dan siap pada tahun 1866. Kosnya
dianggarkan sebanyak Ringgit Malaysia 14 Juta. Istana ini
dibina secara berperingkat oleh Wong Ah Fook. Pada
peringat petama Wong Ah Fook telah membina bahagian
bangunan Istana manakala pada peringkat kedua pula
beliau telah membina bahagian Dewan Cina ataupun
“Council Chamber”.
Menurut sumber pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, bahawa arkitek yang
bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini ialah Yahya Awaluddin. Manakala menurut
sumber buku Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur, bahawa arkitek yang
bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini ialah arkitek dariapada Eropah.
LOKASI
Istana Besar Johor terletak di dalam kawasan
Taman Istana dan mudah untuk sampai dengan
menggunakan Jalan Ibrahim atau Jalan Air Molek.
Istana ini berhadapan dengan Selat Johor. Di samping
itu, istana ini terletak di sepanjang Jalan Tun Dr. Ismail,
Johor Bahru. Istana Besar Johor ini beralamat Muzium
Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
Istana Besar Johor Ketika Pembinaan
Selat Johor
Nombor telefon 07-223 0222. Bangunan berhampiran dengan Muzium Istana Besar ini adalah
Masjid Abu Bakar disebelah utara dan bangunan Pejabat Pos Besar serta bangunan Mahkamah
Johor Bahru di sebelah selatan.
TUJUAN PENUBUHAN.
Istana Besar Johor bertujuan sebagai istana bagi negeri Johor pada satu ketika dahulu. Di
sinilah tempat bersemayam Bapa Pemodenan Johor, Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum
Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja dan kaum kerabatnya.
Bangunan ini juga bertujuan sebagai tempat melangsungkan adat istiadat diraja seperti
pertabalan, kemahkotaan, kemangkatan, peraturan mengadap, pengurniaan gelaran dan darjah
kemahkotaan kebesaran negeri, peraturan berpakaian, berbahasa dan sebagainya.
Di istana inilah tempat perkahwinan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dengan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad pada
30 Ogos 1920. Di sini jugalah tempat pertabalan Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni Almarhum
Sultan Sir Abu Bakar sebagai Sultan Johor ke-23 pada 10 Februari 1960.
PERASMIAN
Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja telah
mencemar duli meletakkan batu asasnya di tapak pembinaan Istana Besar Johor pada tahun 1864
sebelum keberangkatan Baginda ke Eropah.
Pada 11 Mei tahun 1990, Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi telah
merasmikan pembukaan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar.
KEISTIMEWAAN BANGUNAN.
REKA BENTUK PELAN.
Menurut sumber yang diberikan oleh pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, bahawa
rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri-ciri senibina
Barat dan diperindahkan lagi dengan unsur-unsur
Inggeris-Melayu yang telah diilhamkan oleh Sultan Sir
Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim
Sri Maharaja.
Manakala menurut sumber internet, bahawa
bangunan ini mempunyai rekabentuk yang menggabungkan senibina Melayu dan Inggeris yang
diilhamkan oleh Datuk Yahya Awaluddin. Istana
Besar Johor ini juga dipengaruhi dengan pengaruh
Renaissance.
Istana Besar Johor ini mempunyai dua
bahagian bangunan iaitu bahagian bangunan Istana
dan bahagian bangunan Dewan Cina ataupun
“Council Chamber”. Pada bahagian bangunan Istana
mempunyai dua tingkat dan terbahagi kepada tiga sayap iaitu sayap Timur, Barat dan Utara.
Oleh sebab itu, istana ini mempunyai bentuk seakan-akan huruf T.
Reka Bentuk Inggeris-Melayu
Reka Bentuk Inggeris-Melayu
Pada sayap Timur terletaknya Dewan Santapan.
Pada bahagian atas Dewan Santapan ini terdapat beranda
yang berbentuk segi empat yang mengelilingi Dewan
Santapan ini.
Pada sayap Barat bangunan ini, di tingkat
bawahnya terdapat bilik-bilik pameran seperti Bilik
Peralatan Sajian Santapan, Bilik Senjata Melayu Tradisional, Bilik Tekstil Dan Pakaian, Bilik
Koleksi Perak, Bilik Plat Kebesaran Negeri Dan Bilik Koleksi
Keemasan.
Manakala pada tingkat atasnya pula terdapat Bilik
Mesyuarat Majlis Jemaah Diraja, Bilik Santapan
Diraja, Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha
Mulia Sultan, Bilik Istirahat, Bilik Beradu Dan
Persalinan Duli Yang Maha Sultanah. Bilik Beradu
Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Puteri Diraja
Dan Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Putera Diraja juga terletak ditingkat
ini.
Pada sayap Utara bangunan ini, di tingkat bawahnya terdapat bilik-bilik pameran seperti
Bilik Pemburuan, Bilik Cenderamata dan Bilik Piala. Manakala pada tingkat
atasnya pula terdapat Bilik Singgahsana.
Reka Bentuk Inggeris-Melayu
Reka Bentuk Inggeris-Melayu
Pada bahagian tengah bangunan ini, pada tingkat bawahnya terdapat Ruang Legar
manakala pada tingkat atasnya pula terdapat Balai Mengadap Tetamu yang menganjur ke Selat
Tebrau.
Pada bahagian bangunan Dewan Cina ataupun “Council Chamber” bentuknya kelihatan
segi empat dan ditengahnya terdapat pentas petabalan diraja. Pentas petabalan diraja ini
dikelilingi oleh beranda yang berbentuk segi empat. Dewan ini dipanggil Dewan Cina kerana di
dalamnya terdapat ciri-ciri seni bina Negara China dan pada setiap
tiang dewan ini terdapat tulisan Cina.
Menurut catatan Florence Caddy yang merupakan tetamu istana pada tahun 1880,
menyatakan bahawa :
“Orang Melayu memanggilnya sebagai istana manakala orang Eropah memanggilnya
sebagai Anglo-Indian. Ianya dibina oleh pekerja Cina dibawah kawalan arkitek Eropah.
Dewan dan biliknya sangat besar dan berloteng. Tangganya diperbuat daripada batu
marmar. Dewan di tingkat bawah dihiasi dengan potret keluarga diraja dan pasu-pasu
Jepun yang tinggi nilainya yang dibawa pulang oleh Tuanku ketika melawat Jepun.”
BAHAN BINAAN.
Istana Besar Johor ini dibina menggunakan
berbagai sumber seperti jubin seramik dari Eropah, batu
marmar dari Itali, atap genting dari China, batu granit dari
Pulau Ubin, Singapura, batu-bata dari Singapura dan kayu
balak keras dari Hutan Johor yang dibekalkan oleh Kilang
Papan Meldrun.
Dewan Cina
Dalam pembinaan istana ini turut menggunakan bahan yang jarang digunakan oleh
manusia, yang dikenali sebagai “Madras Chunam”. “Madras Chunam” diperbuat daripada
campuran batu kapur, putih telur dan gula kasar tanpa menggunakan pasir.
CARA PEMBINAAN.
Istana Besar Johor ini telah dibina secara berperingkat. Wong Ah Fook merupakan orang
yang bertanggunggjawab dalam pembinaan istana ini.
Pada peringkat pertama, bahagian bangunan Istana dibina
pada tahun 1864 dan siap pada awal tahun 1866. Pembinaan
bahagian bangunan Istana ini mengambil masa selama dua tahun
untuk disiapkannya.
Istana Besar Johor dibina dengan menggunakan kaedah
yang istimewa kerana dinding dan tiang istana ini akan dilepa
menggunakan bahan yang unik iaitu “Madras Chunam”.
“Madras Chunam” akan dicampurkan dengan sebatian air serta hampas kelapa.
Kemudian, ianya akan digaul dan dibancuh sehingga menjadi seperti pelekat (Plaster) dan
ditampal di dinding dan tiang istana ini. Setelah ditampal, ianya akan ditunggu sehingga menjadi
kering. Apabila kering ia akan digosok dengan batu bulat
dan bedak batu (soapstone powder) untuk mendapatkan
permukaan yang licin.
Pada peringkat yang kedua, pembinaan bahagian
bangunan Dewan Cina ataupun “Council Chamber” telah
dibina. Wong Ah Fook sekali lagi bertanggungjawab
dalam pembinaan bahagian bangunan Dewan Cina ini. Dewan Cina ini siap dibina selepas
beberapa tahun pembinaan bangunan bahagian Istana siap dibina.
Wong Ah Fook
Lakaran Dewan Cina
PENGUBAHSUAIAN.
Istana Besar Johor yang asal mempunyai struktur
beranda yang panjang pada tingkat bawahnya. Ianya
merupakan bangunan yang mempunyai kombinasi
keterbukaan dan pengudaraan Banglo Tropika dengan
ciri-ciri Kebesaran Kediaman Diraja.
Walaubagaimanapun Istana Besar Johor sekarang ini
berbeza dengan Istana Besar Johor yang asal disebabkan oleh dua pengubahsuaian yang besar.
Menurut sumber daripada pegawai Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, bahawa pada
tahun 1912, sayap Timur istana ini telah diruntuhkan dan dibina Dewan Santapan manakala
menurut sumber buku Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur, bahawa pada
Tahun 1918 hingga tahun 1919, sayap Timur istana ini
telah diruntuhkan dan dibina Dewan Santapan.
Pengubahsuaian yang kedua berlaku pada 1986
yang menglibatkan pengantian genting bumbung
berwarna coklat kepada bumbung genting berwarna
biru terang. Keseluruhan bangunan ini dicat semula
dengan warna putih untuk memberikan ciri-ciri Mediterranean Palazzo.
Di samping itu, bermula dari tahun 1984 kerja-kerja pemulihan, pengubahsuaian dan
menaikkan taraf terhadap bangunan ini telah dilakukan agar ianya bersesuaian dengan keperluan
dan konsep sebuah Muzium Diraja dan istana yang masih berperanan. Kini wajah barunya yang
Istana Besar Johor Sekitar Tahun 1980
Istana Besar Johor Sebelum Pengubasuaian
terserngam indah dapat memperlihatkan lagi seri kehebatannya dan menjadi mercu tanda yang
sangat menarik di Johor Bahru.
HIASAN DALAMAN.
Hiasan dalaman Istana Besar Johor ini berunsurkan hiasan Inggeris-Melayu.
Kebanyakkan perabot di istana ini ditempah khas dari England.
Di dalam Bilik Santapan Diraja terdapat satu set meja makan dan beberapa buah kabinet
yang dibuat pada tahun 1870. Kabinet ini menyimpan
pelbagai jenis pinggan, mangkuk dan cawan yang ditempah
khas dari China. Di atas kabinet ini diletakkan dengan
beberapa buah pasu yang diperbuat daripada tembikar. Pada
dinding bilik ini dihiasi dengan beberapa buah potret
Keluarga Diraja.
Di dalam Bilik Mesyuarat Majlis Jemaah Diraja
terdapat satu set meja panjang berasal dari England. Terdapat juga kendi bertutup dibuat
daripada kaca legap bersandur emas dan enamel yang
berasal dari Turki. Pada dinding bilik ini juga dihiasi
dengan beberapa buah gambar Keluarga Diraja.
Di dalam Bilik Beradu Dan Persalinan Duli
Yang Maha Mulia Sultan, Bilik Beradu Dan
Persalinan Duli Yang Maha Mulia Sultanah, Bilik
Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Puteri
Diraja dan Bilik Beradu Dan Persalinan Duli Yang Maha Mulia Putera Diraja terdapat sebuah
Bilik Santapan Diraja
Bilik Mesyuarat Jemaah Diraja
katil yang berasal dari England dan dibuat pada tahun
1860. Katil ini berasal dari kayu jati dan dihiasi dengan
petak-petak yang berukir indah dan setiap petak
mempunyai hiasan Corinthian dan sebutir Bintang dan
Bulan Sabit. Kakinya berbentuk bulat. Katil ini berukuran
lebar 275 inci dan panjang 234 inci. Terdapat juga perabot
yang lain seperti rak tuala bercirikan Inggeris-Melayu, almari pakaian bercirikan Inggeris-
Melayu, meja berhias dan bangku bercirikan Inggeris-Melayu dan sebagainya.
Di dalam Balai Mengadap Tetamu terdapat pelbagai set perabot seperti set perabot
Kristal yang berasal dari Perancis. Di sini terdapat juga lampu candelier yang dibeli pada kurun
ke-19 di England dan beberapa buah potret Keluarga
Diraja yang digantung pada dinding bilik ini. Bilik
ini juga turut dihiasi dengan pelbagai jenis pasu dan
arca yang berasal dari China.
Di dalam Dewan Santapan terdapat beberapa buah
set meja makan
yang mampu
menampung 250 orang tetamu. Dewan ini dihiasi dengan
lukisan Sultan Abu Bakar, lukisan Sultan Ibrahim, lukisan
Sultanah Helen Ibrahim dan Kaum Kerabat Diraja Yang
Lain.
Bilik Beradu Dan Persalinan
Balai Mengadap Tetamu
Dewan Santapan
Di bahagian tangga utama istana ini terdapat sebuah lukisan Sultan Sir Abu Bakar Ibni
Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja yang kelihatan seolah-olah hidup kerana
menggunakan teknik 3D. Ianya dilukis di atas kain
kanvas. Di tangga utama ini juga dihiasi dengan
pelbagai jenis pedang yang digantung pada dinding
dan beberapa buah pasu yang disusun di tepi tangga
ini.
Di
dalam Bilik
Singgahsana terdapat sebuah pentas yang diletakkan
diatasnya dua buah kerusi berwarna kuning yang
berukiran harimau. Di sini juga terdapat beberapa buah
kerusi bagi tetamu dan beberapa buah potret Kerabat
Diraja yang digantung pada dinding.
KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG.
Pada pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim
Sri Maharaja hingga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ibrahim, Istana
Besar Johor merupakan tempat bersemayam sultan dan Kaum Kerabat Diraja.
Di sepanjang pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng
Ibrahim Sri Maharaja, Istana Besar Johor sentiasa mencatatkan berbagai peristiwa penting dalam
pergolakan sejarah negeri Johor. Orang-orang kenamaan dari negara asing seperti King Rama V
dari Thailand dalam tahun 1896, Putera dan Puteri Higashi Fushini dari Jepun dalam tahun 1911,
Tangga Utama
Bilik Singgahsana
Putera Mahkota Carol dari Romania dalam tahun 1920, King Rama VI dan Ratu Thailand dari
Thailand dalam tahun 1924, King Rama VII dari Thailand dalam tahun 1928, Duke Gloucester
dan Marquess tokugawa Dari jepun dalam tahun 1928 dan
sebagainya kerap mengadap Sultan Sir Abu Bakar Ibni
Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja dan
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ibrahim di
Istana Besar Johor untuk menjalinkan persahabatan
dengan Kerajaan Negeri Johor dan membalas lawatan
rasmi Baginda ke negara-negara tersebut. Tradisi ini
masih berterusan di zaman pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar sekarang..
Bangunan ini juga berkegunaan sebagai tempat melangsungkan adat istiadat diraja seperti
pertabalan, kemahkotaan, kemangkatan, peraturan mengadap, pengurniaan gelaran dan darjah
kemahkotaan kebesaran negeri, peraturan berpakaian, berbahasa dan sebagainya.
Satu peristiwa lagi yang menjadi lipatan sejarah Malaysia adalah penubuhan Umno bagi
menentang Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 dengan
kebenaran daripada sultan Johor, Dato Onn Jaafar telah
mengadakan mesyuarat Kongres 1946 yang terakhir di
Istana Besar ini dengan dihadiri oleh 29 buah
pertubuhan negeri-negeri Melayu dengan 58 orang
perwakilan dan 30 orang pemerhati.
MajlisPertabalan Kemahkotaan Sultan Sir Ibrahim
Penubuhan Umno
Hingga ke akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim al-Mashur ibni
Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Istana Besar Johor masih berperanan seperti sebelumnya
walaupun tempat persemayam Baginda telah dipindah ke Istana Bukit Serene. Sungguhpun
keadaan yang sama masih berterusan di zaman pemerintahan Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni
Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur tetapi disebabkan Istana Besar Johor ini telah lama
dimakan usia, keadaan di luarnya kelihatan usang dan tidak lagi memperlihatkan kehebatan
seperti dahulu.
Bangunan ini telah dijadikan muzium semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar Al-
Haj ibni Ismail Al-Khalidi. Baginda menitahkan Istana Besar Johor ini dijadikan sebagai
Muzium Diraja di samping terus mengekalkan peranan asalnya sebagai istana tempat
melangsungkan segala adat istiadat kebesaran Kesultanan Negeri Johor Darul Takzim.
Pada masa sekarang, bangunan ini berkegunaan sebagai tempat menyimpan khazanah
dan koleksi keluarga diraja. Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Ismail Al-Khalidi telah
menitahkan agar segala khazanah Diraja Johor disimpan di dalam muzium ini didaftarkan dan
diperlihara dengan sebaik-baiknya supaya dapat dijadikan sumber rujukan ilmiah kepada para
penyelidik yang berkecenderungan untuk memahami dan menyelami sejarah Kesultanan Johor
Darul Ta’zim.
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan
negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.
Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna
mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai
dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan
bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita
hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau bersemangat kekitaan. Bangsa Melayu,
Cina , India dan kaum-kaum lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara
satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan semangat muhibbah.Walaupun menganut agama
dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur
dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Istana Besar Johor. Rakyat di Malaysia sanggup
berkorban wang ringgit, tenaga dan masa demi untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah di Malaysia.
Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menghargai jasa dan perjuangan tokoh-
tokoh negara ini. Saya menghargai jasa dan perjuangan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ibni
Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor iaitu Sultan Johor yang ke-21.
Beliau telah Berjaya memodenkan Johor dalam masa yang singkat. Semasa pemerintahan beliau,
Istana Besar Johor telah dibina dan ianya menjadi lambang keunggulan dan kedaulatan
Kesultanan Johor serta menjadi pusat pemerintahan dan tumpuan perkembangan sejarah dan
kebudayaan negeri Johor moden. Oleh sebab itu, jasa dan pengorbanan Almarhum Sultan Sir
Abu Bakar Ibni Almarhum Temenggong Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor perlu dihargai oleh
seluruh rakyat di Malaysia.
Melalui kajian ini, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran
dan kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini
dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding
bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran
membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi,
memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah
mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali
dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan mencintai Negara saya.
Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta".
Peta Istana Besar Johor Tahun 1920
Dewan Cina
Istana
Sayap Barat
Sayap Timur
Sayap Utara
Pejabat
Peta Lokasi Dan Rekabentuk Istana Besar Johor.
Jalan Tun Dr. Ismail
SAYAP UTARA ISTANA.
Bilik Pemburuan
Bilik Piala
SAYAP BARAT ISTANA.
Bilik Cenderamata
Bilik Senjata Tradisional.
Bilik Peralatan Sajian
Bilik Koleksi Emas
Bilik Tekstil Dan Pakaian
Muka Hadapan
Buku Ilmiah
P.Lim Pui Huen, 2002. Wong Ah Fook : Immigrant, Builder and Entrepreneur. Singapura :
Times Editions.
Ramlah Adam, 1992. Dato’ Onn Ja’afar : Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Majalah
Holistik, Keluaran Ogos 2007, Halaman 7. Unit Media dan Komunikasi (MEDKOM).
Jurnal
Jabatan Muzium Diraja Abu Bakar. “Sejarah Ringkas Kesultanan Negeri Johor Darul Ta’zim”
dalam Jurnal Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor.11 Mei 1990.
Internet
The Grand Palace and Royal Sultan Abu Bakar Museum,
http://www.about-malaysia.com/johor/culture-heritage.htm
Sultan Abu Bakar Royal Museum, http://www.tourismjohor.com/destination/view.cfm?
ID=2A6CB3C1-201E-4827-8C0D1E5C72DDBE2E
Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar,
http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru/Istana Besar, Birthplace of Umno,
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2511704/Article/
index_html
Istana Besar, http://en.wikipedia.org/wiki/Istana_Besar
Melawat Tempat Kajian
Muzium Diraja Abu Bakar, Istana Besar Johor, 80500, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan
tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti
pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula,
pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud
memulihara dan mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.
Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai
jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan
berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu
dapat memupuk semangat cintakan bangsa dan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal
ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.S ebagai
contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi
kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai
semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita
bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat
bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota
masyarakat.
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk
melalui kajian bangunan bersejarah seperti ini kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan
pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan
bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan
patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat
menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,
masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi. Aktiviti seperti
seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi
peraturan dan undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan
ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang
tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap
rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan
dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.
Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan
sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan
berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.