~ 1 ~
GARIS PANDUANPENGINTEGRASIAN
TVLCD DAN PEMAIN DVDDALAM P&P
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
~ 2 ~
PENGGUNAAN BAHAN RANCANGAN EduwebTV
Penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah
bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses tersebut. Apa pun kaedah yang
digunakan dalam mengurus P&P, yang penting ialah impak P&P itu kepada murid. Ini
boleh dicapai melalui kreativiti dan inovasi guru kerana guru di sesebuah sekolah lebih
arif tentang kemampuan murid, situasi setempat dan hala tuju perancangan P&P nya.
Sesuatu bahan bantu belajar (BBB) seperti bahan TV Pendidikan yang boleh di
akses melalui EduwebTV (www.eduwebtv.com) dan E-Bahan yang juga boleh diakses
melalui LMS (spp.moe.edu.my) boleh digunakan oleh kelas dan mata pelajaran. .
1. PEMILIHAN BAHAN EduwebTV
Setiap bahan dari EduwebTV yang akan digunakan dalam (P&P) perlu
dipilih berpandukan kesesuaian mata pelajaran. Guru perlu mengakses, memuat
turun serta melakukan pra-tonton bahan untuk mempastikan isinya menepati
Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Pemilihan bahan
yang sesuai akan dapat menzahirkan impak objektif P&P.
2. AKTIVITI SEBELUM MENONTON2.1 Persediaan Guru
Guru terlebih dahulu perlulah menentukan objektif P&P yang akan
dijalankan. Kenalpasti kandungan bahan yang relevan dengan objektif
P&P tersebut. Penggunaan yang berkesan juga bergantung kepada
kaedah persembahan yang akan dikendalikan, misalnya bahan yang
digunakan sebagai bahan set induksi, bahan pelajaran sebenar atau
bahan pengayaan.
Persediaan yang lain termasuk kaedah, masa, tempat, sasaran dan
jenis aktiviti sebelum, semasa dan selepas menonton (aktiviti 3S).
~ 3 ~
2.2 Persediaan Murid
Keberkesanan bahan EduwebTV dalam P&P dapat dipertingkatkan
sekiranya murid maklum tentang tujuan dan objektif sesi tersebut. Ini
dapat dicapai melalui set induksi yang memberangsangkan pembelajaran.
Murid juga boleh diberi panduan tentang apa yang perlu dilihat, misalnya
melalui sesi sumbangsaran tentang tajuk berkenaan. Jika perlu, edarkan
lembaran kerja atau senarai tentang isi-isi penting yang perlu dipelajari
daripada bahan tersebut.
3. TEKNIK PENGGUNAAN BAHAN VIDEO DARI EduwebTV DALAM P&P
Guru digalakkan untuk memuat turun video rancangan TV Pendidikan
yang sesuai dari EduwebTV. Beberapa teknik penggunaan bahan video boleh
diaplikasikan semasa sesi P&P menggunakam bahan yang telah dimuat turun.
3.1 Pemahaman Mendengar
(Cloze / Listening Comprehension)
Murid-murid diberi skrip pencerita (narrator) atau skrip perbualan
dalam tayangan yang mana beberapa perkataan di dalam skrip telah
ditiadakan.
Tugas murid-murid adalah mengisi tempat-tempat kosong tersebut
dengan mendengar audio tayangan secara teliti. Sebagai alternatif murid-
murid boleh diminta menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan
video yang dipertontonkan.
3.2 Tayangan Senyap
(Silent Viewing)
Audio ditutup (mute) dan murid-murid diminta menonton visual
yang ditayangkan di skrin televisyen. Murid-murid akan meneka apa yang
diperkatakan berdasarkan tayangan yang mereka tonton.
~ 4 ~
Walaupun perkataan yang sebenarnya agak sukar diteka, murid-
murid mungkin dapat memberikan beberapa frasa dan kata kunci yang
tepat. Jawapan yang terhampir boleh diterima.
3.3 Tayangan Bersilang
(Jigsaw Viewing)
Secara berpasangan setiap murid membelakang antara satu sama
lain. Salah seorang dari murid itu menghadap skrin televisyen manakala
pasangannya pula menghadap ke arah sebaliknya
Murid yang membelakangkan skrin televisyen akan menanya
pasangannya beberapa soalan tentang apa yang sedang ditonton,
misalnya:
Dimanakah babak itu berlaku? Siapakah nama orang sedang
bercakap itu?
Murid yang sedang menonton tayangan perlulah memberi jawapan-
jawapan. Pasangan yang memberi jawapan yang paling tepat diakhir
tayangan di anggap menang.
3.4 Tayangan Bersilang Dengan Komentar
( Jigsaw Viewing With Commentary )
Secara berpasangan setiap murid duduk membelakang antara satu
sama lain. Murid yang menghadap skrin televisyen memberi komentar
secara langsung tentang apa yang berlaku dalam tayangan. Pasangannya
yang membelakangkan skrin televisyen digalakan menyoal bagi
mendapatkan lebih banyak maklumat.
Pasangan yang dapat memberi jawapan-jawapan yang paling tepat
adalah pemenang.
~ 5 ~
3.5 Mencari Harta Karun
( Video Treasure Hunt )
Visual diskrin televisyen digelapkan supaya murid hanya boleh
mengikuti audionya. Kemudian murid-murid diharap dapat mengenalpasti
aksi, watak, emosi objek dan sebagainya berdasarkan kepada perbualan,
komentar dan kesan-kesan bunyi.
3.6 Ramalan
( Prediction )
Ramalan boleh melibatkan semua apa yang akan berlaku
seterusnya atau apa yang akan dikatakan seterusnya. Aktiviti ramalan ini
memerlukan murid-murid menonton urutan babak tayangan yang
diberhentikan secara tiba-tiba. Kemudian murid-murid diminta membuat
ramalan secara lisan atau tulisan berkaitan dengan apa yang akan
berlaku seterusnya.
Adakan perbincangan dan diikuti dengan pembentangan oleh
murid-murid. Seterusnya dipertontonkan jalan cerita sebenarnya daripada
video.
3.7 Ramalan Sebelum
( Reverse Prediction )
Aktiviti ini amat sesuai untuk murid-murid yang boleh menguasai
bahasa dengan baik. Murid-murid ditunjukkan bahagian akhir atau
penamat dalam urutan video yang pendek. Kemudian murid-murid diminta
memberi keterangan secara lisan atau bertulis tentang kesudahan cerita
tersebut.
Murid-murid kemudian mempersembahkan dapatan mereka.
Perbincangan boleh dijalankan sebelum keseluruhan video itu
ditayangkan.
~ 6 ~
3.8 Urutan
( Sequencing )
Murid-murid diberikan skrip video bertulis yang telah dicampur-
adukan. Tugas mereka adalah menyusun skrip itu mengikut urutan yang
betul. Aktiviti ini paling sesuai untuk video yang urutannya menerangkan
tentang proses-proses dan melibatkan seorang narrator.
Aktiviti alternatif lain memerlukan guru sendiri menyunting video itu
dan mencampur-adukan peristiwa-peristiwa dalam video itu. Murid-murid
kemudian membincangkan tentang urutan video yang sepatutnya.
4. PERSEDIAAN SEKOLAH
Beberapa aspek penting perlu diambil perhatian sebelum peralatan yang
dibekalkan dapat digunakan dalam P&P di sekolah.
4.1 Keselamatan Peralatan.
Semasa pemasangan peralatan, pihak sekolah perlu memastikan
bahawa siaran dapat diterima dengan baik sebelum menandatangani sijil
akuan penerimaan (SAP) untuk dikembalikan kepada pihak yang
berkenaan. Perolehan peralatan tersebut kemudiannya direkodkan. Pihak
sekolah bertanggungjawab penuh atas keselamatan peralatan tersebut.
Ini bermakna bahawa sebarang kehilangan akan ditanggung dan diganti
oleh pihak sekolah.
Oleh yang demikian langkah-langkah keselamatan seperti
keselamatan tempat menyimpan peralatan dan keselamatan cara
pengendalian peralatan perlu diberi perhatian.
~ 7 ~
4.2 Memuat Turun dan Merakam Salin Bahan.
Bahan EduwebTV boleh dimuat turun dan dirakamsalin untuk
dijadikan bahan bantu belajar atau bahan sumber P&P. Cadangan tajuk
daripada pihak panitia mata pelajaran ataupun guru-guru mata pelajaran
dapat membantu GPM / GPB dalam mengenalpasti rancangan-rancangan
yang sesuai untuk dirakamsalin.
Bahan yang telah dirakamsalin mestilah direkodkan. Senarai bahan
tersebut perlu dipamerkan supaya guru-guru mengetahui tentang koleksi
bahan sumber yang ada. Bahan rakaman dari EduwebTV hendaklah
dikategorikan mengikut matapelajaran dan disimpan di bilik tayangan.
Guru-guru hendaklah sentiasa digalakkan meminjam bahan rakaman
tersebut. Pengendalian akan menjadi lebih mudah sekiranya setiap bahan
yang dipinjam dapat dikenalpasti dan direkod.
4.3 Pemain DVD
Pemain DVD digunakan untuk menayang semula rancangan-
rancangan yang telah dimuat turun dan dimuatkan ke dalam CD atau
DVD. Bahan yang dimuat turun boleh digunakan sebagai BBM dalam sesi
P&P.
Proses rakamsalin juga amat berfaedah kerana dapat
menambahkan koleksi bahan sumber (resource materials) untuk proses
P&P.
~ 8 ~
5 PERANAN PENGETUA / GURU BESAR
5.1 Mempromosi penggunaan EduwebTV kepada warga sekolah.
5.2 Memastikan sekolah mempunyai bilik tayang/sudut tayangan.
5.3 Memastikan sekolah mempunyai peralatan yang cukup untuk
penggunaan rancangan EduwebTV.
5.4 Memastikan guru GPM/GPB membuat hebahan bahan-bahan yang
berkaiatan dengan EduwebTV.
5.5 Memastikan penyelenggaraan peralatan dijalankan dari semasa ke
semasa.
5.6 Memastikan guru menyediakan perkara-perkara berikut:
5.6.1 sistem fail yang lengkap
5.6.2 borang tempahan disediakan kepada guru
5.6.3 buku log penggunaan bilik tayang/ peralatan
5.7 Menyemak laporan penggunaan yang disediakan oleh GPM/GPB
6. TUGAS GPM/GPB
6.1 Memastikan keadaan fizikal bilik tayangan dalam keadaan sedia.
6.2 Memastikan kedudukan set tv adalah baik untuk kemudahan tontonan.
6.3 Memastikan murid masuk ke bilik tayangan dengan teratur dan terkawal.
6.4 Membuat semakan jadual waktu yang dibekalkan kepada sekolah.
6.5 Menguji peralatan dan siaran diterima dengan baik sebelum pengajaran
dijalankan.
6.6 Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan yang sesuai.
6.7 Membuat tayangkaji bahan rakaman bagi memastikan bahan tersebut
boleh digunakan.
6.8 Membuat hebahan koleksi bahan EduwebTV kepada guru.
6.9 Mempamerkan bahan-bahan berkaitan.
~ 9 ~
6.10 Menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan peralatan.
6.11 Menyediakan borang tempahan penggunaan bilik.
6.12 Menyediakan buku log penggunaan.
6.13 Menyediakan laporan yang diperlukan.
6.14 Melakukan muat turun rancangan dari EduwebTV dan merakam salin ke
dalam bentuk DVD.