Kursus: e-PJJ (DPA – AM 110) CTU263
Pensyarah: Ust. Mohd. Faizal Bin P. Rameli
Kumpulan: MAMP3
Ahli Kumpulan: 1. Mahaniza Binti Mahat 2. Nurul Fahmi Binti Bachok 3. Fairuzana Binti Ab. Aziz 4. Rusdahlia Binti Ruslan
5. Nurfarhana Binti Zainal Abidin
Tempat: KAMPUS BANDARAYA UITM, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
“AKIDAH TERAS PENGURUSAN”
Pendahuluan
Pemerintahan tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam kerana Islam bukan
merupakan agama ritual atau ibadah semata-mata. Terdapat banyak acuan
pemerintahan dalam negara Islam. Faktor-faktor wujudnya pelbagai sistem
pemerintahan dalam negara Islam ialah faktor penjajahan barat ke atas dunia
Islam seperti Malaysia yang dipaksa menggunakan perlembagaan barat yang dikarang
oleh Loar Reid untuk sistem pemerintahan demokrasi Malaysia dan juga faktor sejarah
iaitu penukaran daripada pemilihan secara syura kepada sistem pemerintahan monarki
seperti pemerintahan Umayyah dan Abbasiah.
Apabila berbincang tentang ‘Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran’ ia
mengingatkan kepada satu teori yang diketengahkan oleh Edward Weidner
berhubungan dengan “Developmental Administration” (Pentadbiran Pembangunan) .
Apa yang beliau maksudkan dengan Pentadbiran Pembangunan ialah: “ suatu aktiviti
pengurusan kuasa pemerintahan yang secara langsung berkaitan dengan pengurusan
yang bersifat ‘action oriented’ dan juga ‘goal oriented’. Dengan kata lain apa yang kita
maksudkan dengan ‘Pentadbiran Pembangunan’ disini ialah “satu corak pengurusan
kuasa pemerintahan yang mengutamakan perubahan yang dirancang akibat daripada
keputusan untuk membaiki sistem sosial masyarakat dalam sesebuah negara”.
Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah “undang-undang Islam” dan istilah
“pentadbiran” undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-
undang itu sendiri. Secara umum, istilah “pentadbiran” undang-undang lebih hampir
kepada urusan siyasah yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara
yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan
perkataan lain difahami sebagai “kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang
dibuat secara rasmi”. Peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan itu membawa kebaikan
jika dirujuk berdasarkan semangat atau ruh Syariat itu sendiri. Sebab itu, realitinya
peruntukan undang-undang yang digubal semasa penjajahan Inggeris berkaitan
dengan pentadbiran hukum Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan
selepas merdeka hingga kini meskipun konsep atau niat asal penggubalan undang-
undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata untuk menjaga kepentingan atau
masalah masyarakat yang mereka tadbir.
Pemerintahan Dan Pentadbiran Pengurusan Islam
Pentadbiran Islam mula diasingkan daripada pemerintahan Islam pada zaman
pemerintahan Kerajaan Umawi. Institusi pentadbiran kerajaan dinamakan dawawin atau
jabatan-jabatan ditubuhkan untuk menjalankan pelbagai urusan. Pengagihan kuasa
kepada para menteri atau wazir dimulakan pada zaman kerajaan Umawi diikuti oleh
kerajaan Abbasiyyah.
Faktor-faktor yang menyebabkan pengasingan kuasa pentadbiran daripada
kuasa pemerintahan ialah faktor jarak dan masa yang merupakan antara sebab penting
mengapa pengasingan kuasa pentadbiran daripada kuasa pemerintahan berlaku dalam
sejarah Islam. Baiah tidak dapat dilakukan pada masa Umawi dan Abasi kerana
populasi umat Islam yang meningkat dan proses baiah memakan masa yang lama.
Sistem demokrasi dan republik boleh disesuaikan dengan syariat Islam. Perkara
penting adalah pemimpin hendaklah adil dan berjiwa Islam. Manakala pengisian kepada
kepimpinan dan pentadbiran adalah pensyariatan Islam. Apabila syarat di atas dipenuhi
umat Islam diharamkan memberontak atau berusaha menajatuhkan kerajaan tersebut.
Bagi menjaga kesatuan Umat Islam, sebarang tindakan bertentangan dengan
dasar pemerintah Islam dilarang walaupun pemerintah tersebut bersikap tidak adil.
Setiap arahan pemerintah Islam yang adil wajib dituruti sekiranya arahan tersebut tidak
bertentangan dengan al-Quran dan al-hadis.
Pengagihan kuasa pemerintahan atau pentadbiran perlu dilakukan dengan baik
dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, hanya individu Islam yang amanah dan
berkemampuan untuk menjalankan tugas, perwakilan perlu bersifat menyeluruh atau
mewakili seluruh kawasan perlantikan, individu yang layak dan berilmu pengetahuan
serta mempunyai pelbagai kebolehan lain perlu diutamakan dalam pemilihan anggota
pentadbiran.
Prinsip-Prinsip Pengurusan Islam
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri
seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak
memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt.
Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di
Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan
penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya
melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam
mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak
berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang
pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka
walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa
pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat
mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh
dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat
yang berkembang dengan begitu pesat sekali.
Matlamat dan Objektif Pendidikan Akidah
Mengakui keesaan Allah swt
Matlamat utama pendidikan akidah Islam ialah mendidik manusia supaya
mengakui keesaan dan ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah.
Tiada sekutu bagiNya. Ini dijelaskan oleh Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi
tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt.
Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah
merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-
wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada
pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusia tentang
keesaan Allah swt.
Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt .Pendidikan akidah
juga penting untuk mendidik manusia supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan
keagongan Allah swt.
Membentuk keperibadian insan
Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan air kandungannya
maka demikianlah akidah dapat membentuk dan mendidik orang yang mengambilnya
menepati dengan hakikat dan tabiat kemanusiaan yang tulen dan asli seperti yang
dikehendaki oleh penciptanya. Pendidikan akidah dapat membentuk sifat-sifat
nalurinya, akal fikirannya, iradahnya dan perasaannya. Ringkasnya pendidikan akidah
bermatlamat untuk membentuk nilai akhlak dan keperibadian seseorang insan yang
akan mencorakkan suluk amali atau gerak laku amal perbuatan selaras dengan
peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini.
Menurut Mohd Sulaiman Yasin (1987), Akidah Islam ialah akidah yang bersumberkan
ketuhanan (akidah Rabbaniyyah) yang tetap, syumul, menyeluruh dan fitrah. Tabiat
akidah yang demikian ialah akidah yang kukuh dan teguh. Hanya akidah yang teguh
sahaja dapat membentuk manusia yang teguh dan kukuh. Kekukuhan dan keteguhan
akidah ialah kerana kekukuhan dan keteguhan ciri-ciri yang menjadi kandungan akidah
itu, yang merangkumi segala hakikat iaitu hakikat ketuhanan, hakikat alam semesta dan
hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran, kebaikan dan keindahan.
Kekukuhan akidah inilah yang akhirnya menjadi sumber kekuatan Islam. Itulah
hakikat kekuatan umat Islam, kekuatan jiwa dan rohani serta peribadinya yang menjadi
asas kepada kekuatan jasmaninya. Di dalam sejarah kegemilangan umat Islam yang
silam kita mendapati bahawa umat Islam di masa itu telah dibentuk dan dididik oleh
akidah yang akhirnya melahirkan kekuatan yang sungguh kental dan luar biasa. Kita
lihat sahaja kepada Bilal, bahawa akidah telah memberikan kekuatan kepadanya. Abdul
Rahman bin Auf dan Osman bin Affan sanggup membelanjakan hartanya kerana
mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki melainkan Allah swt dan
Rasul. Ali bin Abi Talib sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana Rasulullah saw
dan banyak lagi contoh-contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw
hasil dari pendidikan akidah yang mantap.
Definisi Akidah
Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu "aqada yang bererti
ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti
akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah
akidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Sementara dari segi
istilah, akidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa
seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara"
pula bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai
yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti
yang diwajibkan oleh syara" iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-
rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.
Hakikat Iman
Dalam menjelaskan definisi akidah ada disebut perkataan kepercayaan atau
keimanan. Ini disebabkan Iman merupakan unsur utama kepada akidah. Iman ialah
perkataan Arab yang bererti percaya yang merangkumi ikrar (pengakuan) dengan lidah,
membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan. Ini adalah
berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Iman itu ialah mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan beramal
dengan anggota".
(al-Hadis)
Walaupun iman itu merupakan peranan hati yang tidak diketahui oleh orang lain selain
dari dirinya sendiri dan Allah swt namun dapat diketahui oleh orang melalui bukti-bukti
amalan. Iman tidak pernah berkompromi atau bersekongkol dengan kejahatan dan
maksiat. Sebaliknya iman yang mantap di dada merupakan pendorong ke arah kerja-
kerja yang sesuai dan secucuk dengan kehendak dan tuntutan iman itu sendiri.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya
kemudian mereka tidak ragu-ragu".
(al-Hujurat : 15)
Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah swt maka
terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah swt,
bertambahlah iman mereka dan kepada tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka
mendirikan solat, membelanjakan daripada apa yang kami beri rezki kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya".
(al-Anfal : 2-4)
Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam juga dikenali sebagai
rukun-rukun Iman iaitu sebanyak enam perkara :
Pertama : Beriman kepada Allah swt.
Kedua : Beriman kepada Malaikat.
Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab.
Keempat : Beriman kepada Rasul-Rasul.
Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat.
Keenam : Beriman kepada Qada" dan Qadar.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud :
"Iman itu bahawa kamu mempercayai kepada Allah swt, malaikatNya, kitab-kitabNya,
para RasulNya, hari kemudian dan kamu beriman kepada takdir baik dan buruknya".
(Riwayat Muslim)
Hubungan Iman dan Islam
Iman dengan makna tasdiq juga dinamakan akidah di mana rahsianya tidak
diketahui sesiapa melainkan orang berkenaan dan Allah swt. Namun demikian manusia
mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui tingkah laku manusia sama ada
melalui percakapan atau perbuatan. Inilah yang menjadi ukuran keimanan seseorang.
Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada Allah swt. Iman yang
melahirkan penyerahan diri kepada Allah itu juga disebut sebagai Islam. Ini bermaksud
seseorang yang beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan menerima
segala hukum dan syariat yang diturunkan Ilahi. Penyerahan dan penerimaan ini
berlaku dengan dua perkara iaitu
(i) dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (akidah) dan
(ii) melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan dan perbuatan (amalan)
dinamakan Islam. Nabi Muhammad saw telah juga menunjukkan penggunaan
kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya yang
bermaksud :
"Iman terbahagi lebih enam puluh bahagian, yang paling tinggi ialah
mengucap kalimah "Lailahaillallah" dan yang paling rendah ialah
membunag benda-benda yang boleh menyakitkan orang di jalan".
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian jelas di sini Iman dan Islam mempunyai hubungan yang
rapat dan tidak mungkin dipisahkan. Islam umpama pohon sementara Iman umpama
akar sesepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar pokok tersebut dapat dilihat
dengan kesuburan pokok pada daun, ranting dan dahannya. Dalam menjelaskan
tentang hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis sabda Nabi saw kepada
rombongan Abdul Qias yang bermaksud:
"Aku menyuruh kamu beriman kepada Allah swt yang Maha Esa. Apakah kamu
mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada Allah swt yang Maha Esa ". Iaitu
penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt yang Maha Esa,
tiada sekutu baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan
satu perlima daripada harta rampasan perang".
(Muttafaqun "alaih)
Hadis di atas menjelaskan betapa adanya hubungan yang erat di antara iman
dan Islam di mana Islam itu menjadi salah satu daripada perinsip Iman dan Iman pula
dilahirkan melalui Islam secara amali, dengan iqrar syahadah dan melaksanakan
hukum syariat dalam segala amalan. Sekiranya berlaku iqrar syahadah dan
menunaikan fardhu sedangkan hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta ragu-ragu
terhadap hukum hakam Allah swt maka seseorang itu dihukum tidak beriman walaupun
masih dinamakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah orang-orang
Badwi di zaman Rasulullah saw.
Firman Allah swt yang bermaksud
"Orang Arab berkata : Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) : Kamu
belum beriman (janganlah berkata demikian, tetapi sementara Iman belum lagi meresap
masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja : Kami telah Islam".
(al-Hujurat : 14)
Kesimpulannya Iman itu melambangkan sesuatu yang batin sementara Islam
melambangkan sesuatu yang zahir. Oleh itu iman dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Islam umpama pokok sementara Iman umpama akar. Ibadat solat merupakan batang
kepada pokok itu sementara beriman kepada Allah swt merupakan akar tunjangnya di
mana ia menjadi teras keimanan seseorang. Pemisahan Iman dan Islam samalah kita
memisahkan pokok dari akarnya.
Konsep Ihsan dan Hubungannya dengan Iman dan Islam
Ihsan bermaksud bekerja dengan baik dan tekun. Dari segi syara" bermaksud
mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin dengan
ikhlas. Menurut kamus bahasa, Ihsan bermaksud membuat sesuatu yang baik. Al-quran
menerangkan dengan meluas ciri-ciri Ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin (berbuat
kebaikan).
Antaranya firman Allah swt yang bermaksud :
"Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk
diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya yang buruk) berbalik
kepada diri kamu juga".
(al-Isra" : 7)
Kedudukan Ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam konteks melengkapkan ciri-ciri
keimanan dan keIslaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya. Al-Quran
menerangkan bahawa Ihsan wajib menjadi tabiat manusia. Allah swt telah memberi
ni"mat kepada manusia dengan IhsanNya, maka manusia perlu Ihsan dengan ni"mat ini
kepada makhluk.
Firman allah swt yang bermaksud :
"Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah swt) sebagaimana Allah swt berbuat
baik kepadamu (dengan pemberian ni"matNya yang melimpah-limpah".
(al-Qasas : 77)
Seseorang yang melakukan Ihsan akan merasa tenang yang tidak dapat dirasakan oleh
orang lain dan orang yang menerima Ihsan itu sendiri merasa senang. Kasih sayang
kepada pelaku Ihsan akan memberi kebahagiaan jiwa. Mereka yang membuat
keburukan tidak akan mendapat ketenangan hidup. Oleh itu Allah swt telah memberi
galakan supaya berbuat Ihsan sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu berlaku adil, dan berbuat ihsan (kebaikan),
serta memberi bantuan kepada kaum karabat dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta zalim".
(al-Nahl : 90)
Al-Quran mengangkat martabat Ihsan dengan begitu tinggi lebih-lebih lagi jika turut
disertakan dengan ikhlas kepada Allah swt dan kedua-dua ini dianggap sebagai sifat
yang paling tinggi dan mulia yang patut ada pada diri setiap muslim. Kesimpulannya
kalau Iman itu umpama akar, Islam umpama pokok maka Ihsan pula umpama buah
yang baik. Demikianlah hubungan di antara Iman, Islam dan Ihsan.
Peringkat-peringkat Iman
Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Malah Iman seseorang boleh
dihinggapi penyakit. Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul. Ada
Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para Malaikat. Ada Iman yang
kadang-kadang bertambah dan ada ketikanya menurun iaitu Iman kebanyakan orang
mukmin. Terdapat juga jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak
menurun iaitu Iman orang-orang yang fasik lagi jahat.
Iman terbahagi kepada lima peringkat:
Iman Taqlid iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal
semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah
kepada kesesatan.
Iman Ilmu iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran
semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga
terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.
Iman A'yan iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada
tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini
amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt.
Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.
Iman Hak iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan.
Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin. Iman Hakikat iaitu Iman
peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Mereka yang
memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah swt.
Rukun Iman
Perkara yang menjadi asas atau pokok keimanan dalam Islam dikenali sebagai
rukun-rukun Iman ialah enam perkara sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan
juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya,
Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya".
(al-Baqarah : 285)
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah swt, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya,
Rasul-RasulNya, Hari Akhirat, Qadar baik dan buruk".
(Riwayat Muslim)
Beriman kepada Allah swt
Beriman kepada Allah swt bermaksud mengetahui, percaya dan beri"tikad
dengan teguh, perkara-perkara yang wajib, mustahi dan harus bagi Allah swt.
Seseorang itu hendaklah beri"tikad secara ijmal dan sungguh-gungguh bahawa Allah
swt bersifat dengan sifat-sifat yang sumpurna dan sesuai dengan ketuhananNya.
Mustahil Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kekurangan dan harus bagi Allah swt
melakukan semua perkara atau meninggalkannya.
Kesimpulan:
KEPERLUAN mempelajari dan mengamalkan ilmu fardu ain adalah sesuatu
yang amat dituntut oleh Islam. Islam tegak atas asas akidah, ibadah, akhlak dan
syariah. Asas akidah menghubungkan manusia dengan Pencipta.
DaripadaNya manusia memahami dirinya diciptakan dan seluruh alam ini
diciptakan. Ia tidak terjadi dengan sendiri. Asas ibadah melambangkan jiwa kehambaan
yang tinggi antara Pencipta dengan yang dicipta. Jiwa kehambaan membawa asas
tunduk, patuh, akur dan taat antara yang dicipta dengan Pencipta. Darinya lahir
ketertiban, peraturan, adab dan disiplin. Roh ibadah membimbing manusia menjadi
sejahtera dan mensejahterakan orang lain. Itulah makna Islam.
Asas akhlak adalah buah daripada ibadah. Apabila jiwa rukuk dan sujud dihayati
dalam hidup maka pekerjaan yang dilakukan adalah sifatnya ibadah. Jiwa rukuk dan
sujud menjadikan manusia orang yang amanah, adil, tulus dan telus, jujur serta
bijaksana. Nilai-nilai yang membangun akhlak insani ini apabila diamalkan dalam hidup
ia tidak sahaja memberi manfaat pada diri pengamal tetapi memberi kepada lain.
Pedoman untuk hidup dengan sempurna tentu memerlukan panduan. Asas
syariah memberikan pertimbangan benar, salah, boleh atau tidak boleh akan sesuatu.
Asas syariah memberikan manusia batasan dan pedoman supaya manusia tidak
melampau batas.
Tentu ada hikmah mengapa Allah memberikan peraturan kepada manusia.
Seperti terdapatnya hikmah manusia dan sesuatu itu dijadikan berpasang-pasang,
terdapat kejenisan dan terdapat juga kepelbagaian. Tanpa batasan dan pedoman
manusia boleh terbabas dan hilang pedoman. Dengan pedoman yang betul manusia
akan hidup dalam keadaan fitrah.
Inilah asas fardu ain yang perlu diketahui oleh setiap remaja Islam. Tetapi asas
mengenai solat, siyam, zakat, haji, bersuci (taharah) dan seumpamanya belum
memadai untuk menjadikan seorang remaja Islam sempurna hidupnya. Corak cabaran
yang dihadapi oleh manuasia kini tidak hanya berkisar ke persoalan asas mengenai
akidah dan ibadah.
Tetapi remaja hari ini sedang teruja dengan masalah pemikiran, keyakinan,
contoh teladan malah perkembangan maklumat yang datang dari pelbagai arah.
Memberikan remaja dengan kesedaran rohaniah semata tanpa asas pemikiran
dibangunkan ia boleh mendedahkan remaja kepada krisis pemikiran kemudiannya.
Pemikiran sekular dan liberal yang amat berkembang di Barat diolah dalam sistem
komunikasi dan telekomunikasi canggih dan boleh memberi kesan pengaruh kepada
remaja yang tidak kukuh asas pemikirannya. Lebih-lebih lagi zaman remaja adalah
zaman anak-anak suka mencuba, menerima perkara-perkara yang baru, dan meneroka
benda-benda yang pelik dan mencabar. Terlibat dengan salahguna dadah, kegiatan
mat rempit, pergaulan yang lepas bebas, ketagih hiburan yang melampau umpamanya
bukanlah lambang maju dan membangun. Ia adalah lambang mundur dan
kemusnahan. Islam mengajak remaja supaya berilmu dan berketerampilan. Dalam
surah Az Zumar, ayat 9, Allah meletakkan kedudukan orang yang berilmu lebih tinggi
berbanding orang yang tidak berilmu.
Mendidik anak-anak membaca al-Quran tidak harus sekadar membaca untuk
fadilat atau pahala saja tetapi harus dimanfaatkan untuk meneliti mukjizat terbesar yang
terdapat di dalam al-Quran itu sendiri. Dalam al-Quran terdapat pedoman-pedoman
mengenai sains, teknologi, perubatan, psikologi, geologi, astronomi dan banyak lagi
yang boleh menyuburkan pemikiran dan ilmu remaja.
Oleh itu pendekatan mendidik fardu ain di kalangan anak-anak harus
diperkukuhkan tidak saja dalam batas amalan ibadah yang bersifat kerohanian semata-
mata, tetapi harus disuburkan dengan pemahaman al-Quran yang boleh diterjemah
dalam amali atau penghayatan. Ia akan mempertingkatkan ketangkasan pemikiran dan
intelek remaja serta tingkah lakunya. Batang bagi pokok diibaratkan sebagai ibadah
dalam maksud yang luas. Sembahyang umpamanya sering dikaitkan sebagai tiang
agama. Akar tanpa batang tidak membolehkan pokok tegak dan berdiri.
Kekuatan batang menyebabkan tumbuhnya dahan. Dahan adalah cabang-
cabang atau disiplin ilmu yang berbagai. Ilmu yang berkembang atas akidah dan ibadah
berdiri atas nilai.
Mempelajari sains dan matematik yang terpancar dari akidah dan ibadah
mendekatkan remaja dengan Allah. Inilah asas-asas syariah yang menyebabkan ilmu
berkembang dalam batasan-batasan yang diredai-Nya. Puncak dari tegaknya sebatang
pokok ialah buah. Buah adalah gambaran akhlak yang ada pada anak-anak. Ilmu yang
berupaya menampilkan akhlak remaja yang baik adalah ilmu dari dahan, batang dan
akar yang mengakui kebesaran dan kekuasaan alam terhadap apa yang dicipta-Nya.
Islam tegak atas asas akidah, ibadah, akhlak dan syariah. Asas akidah
menghubungkan manusia dengan Pencipta. DaripadaNya manusia memahami dirinya
diciptakan dan seluruh alam ini diciptakan. Ia tidak terjadi dengan sendiri. Asas ibadah
melambangkan jiwa kehambaan yang tinggi antara Pencipta dengan yang dicipta. Jiwa
kehambaan membawa asas tunduk, patuh, akur dan taat antara yang dicipta dengan
Pencipta. Darinya lahir ketertiban, peraturan, adab dan disiplin. Roh ibadah
membimbing manusia menjadi sejahtera dan mensejahterakan orang lain. Itulah makna
Islam.
Pedoman untuk hidup dengan sempurna tentu memerlukan panduan. Asas
syariah memberikan pertimbangan benar, salah, boleh atau tidak boleh akan sesuatu.
Asas syariah memberikan manusia batasan dan pedoman supaya manusia tidak
melampau batas.
Tentu ada hikmah mengapa Allah memberikan peraturan kepada manusia.
Seperti terdapatnya hikmah manusia dan sesuatu itu dijadikan berpasang-pasang,
terdapat kejenisan dan terdapat juga kepelbagaian. Tanpa batasan dan pedoman
manusia boleh terbabas dan hilang pedoman. Dengan pedoman yang betul manusia
akan hidup dalam keadaan fitrah.
Memberikan remaja dengan kesedaran rohaniah semata tanpa asas pemikiran
dibangunkan ia boleh mendedahkan remaja kepada krisis pemikiran kemudiannya.
Pemikiran sekular dan liberal yang amat berkembang di Barat diolah dalam sistem
komunikasi dan telekomunikasi canggih dan boleh memberi kesan pengaruh kepada
remaja yang tidak kukuh asas pemikirannya.
Menginsafi kebesaran Allah dengan mengagumi tanda-tanda kebesarannya tidak
memadai dengan lafaz Subhanallah atau Allahu Akbar tetapi ia akan menjadi lebih
bermakna apabila para remaja mempunyai tekad melakukan kajian dan penelitian
terhadap ayat-ayat Allah mengenai pelbagai tafsir dan takwil yang dilakukan oleh
mufasir yang muktabar tetapi dengan bakat sains yang ada pada remaja tafsir itu
didekati secara saintifik, ia akan mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan remaja
tentang tanda-tanda kebesarannya. Inilah asas yang harus ditinjau kembali supaya
pengajaran dan pembelajaran ilmu fardu ain dilihat dalam skop yang luas dan merintis
jalan ke arah memperkasa remaja ke arah penguasaan ilmu-ilmu fardu kifayah yang
juga menjadi tuntutan terhadap umat Islam khususnya di kalangan yang pakar dan ahli
dalam bidang masing-masing.
Oleh itu, asas kemajuan saintifik dalam tradisi Islam berasaskan nilai-nilai murni
dan juga etika yang baik. Sandaran nilai-nilai murni datangnya dari al-Quran dan sunah
Nabi dan sandaran etika yang baik datangnya dari ajaran Islam yang menganjurkan
amanah, keikhlasan, kejujuran, keadilan, bijaksana, sifat syukur dan lain-lain. Asas nilai
dan etika yang dijadikan pedoman berfikir dan melakukan kajian saintifik akan
membimbing manusia dekat kepada pencipta dan memanfaatkan rahmat dan nikmat
Allah yang banyak untuk kesejahteraan manusia. Bukan melakukan monopoli atau
eksploitasi yang menyebabkan manusia menderita.
Diri manusia harus dibangunkan dengan kekuatan akhlak mulia supaya sebagai
hamba dan khalifah Allah di muka bumi, manusia dapat berperanan mengurus diri dan
mengurus kehidupan dengan baik supaya manfaatnya memberi kebaikan kepada yang
lain. Memahami al-Quran secara ilmu, meneliti sirah dan sunah Nabi sebagai sumber
contoh bakal memberikan jalan kepada manusia membina acuan tersebut.
Acuan sendiri tidak menolak kebaikan yang terdapat dari Barat dan Timur tetapi
harus ada upaya yang kreatif membangunkan sumber ilmu, sains dan teknologi supaya
ia tidak bertentangan dengan faktor maqasid syariah yang bakal memberikan pedoman
dan batasan terhadap makna dan maksud kemajuan dan perubahan yang Islami.
Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tujuan kenabian ialah untuk
menyempurnakan akhlak manusia. Ilmu dan akhlak adalah asas yang sangat penting
untuk remaja maju dalam kehidupan dan perubahan. Ilmu yang dipandu oleh nilai-nilai
yang Qurani, akhlak yang dirujuk dari akhlak Nabi bakal memimpin remaja untuk
memiliki kekuatan keilmuan dan contoh peribadi yang mampu memimpin remaja
akhirnya ke jalan peradaban atau tamadun. Kemilau kemajuan hari ini yang banyak
diwarnai dengan faham kebendaan dan nafsu-nafsi akan akhirnya menjebak anak
remaja ke arah kerosakan dan kebinasaan.
Sumber Rujukan:
Tn. Hj. Wan Mohd Hujjatullah bin Wan Ghazali M.Ed (UKM)BA (Hons)
(Pengajian Islam)(UKM)Diploma Pendidikan (MPBR) www.polipd.edu.my/.../tn-
hj-wan-mohd-hujjatullah-bin-wan-ghazali -
http://portal.mpklang.gov.my/E-Masjid/Akidah Islam.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Aqidah
http://al-shia.com/htm/id/books/peran%\
http://al-azim.com
http://geocities.com/penislam