Upload
shahirah-said
View
6.349
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
CTU 101PRINSIP-PRINSIP
ASAS ISLAM
(AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN
MUSLIM)
OBJEKTIF TAJUK
• Memahami konsep akidah dari perspektif Islam
• Memahami asas-asas akidah Islam• Mengenal pasti kaedah-kaedah pembinaan
dan pengukuhan akidah • Mengenal pasti faktor-faktor pembatalan
akidah• Mengetahui peranan akidah di dalam
pembangunan ummah
AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM
MANUSIA
UNSUR JASMANI UNSUR ROHANI
ZatVitaminProtinLemak Dsb
AkidahImantaqwa
PENGERTIAN AKIDAH, IMAN, TAUHID
Akidah – simpulan iman, pegangan yang kuat dan satu keyakinan yang menjadi pegangan - keimanan yg mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar atau dari dalam diri seseorang itu.Iman – membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah serta
membuktikan dengan anggota tubuh badan dengan melakukan amal ibadah di samping pengabdian diri terhadap Allah SWT Tauhid – Berasal dari kalimah wahid bererti esa (satu) - Mengesakan Allah SWT satu-satunya Tuhan yang wajib disembah serta melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
PEMBAHAGIAN TAUHID
TAUHID
RUBUBIYYAH
ULUHIYYAH
ASMA’ WA AL-SIFAT
1- TAUHID ULUHIYYAH
• Uluhiyyah berasal daripada perkataan Ilah yang bererti sesuatu yang dipuja dan disembah.
• Tauhid Uluhiyyah bermaksud mentauhid/ mengesakan Allah dari sudut pengibadatan atau penyembahan.
• Allah sebagai Ilah bermaksud Dialah sahaja tuhan yang wajib disembah dan dipuja.
2- TAUHID RUBUBIYAH
• Rububiyah berasal daripada perkataan Rabb yang bermaksud pencipta, pemimpin, penguasa, pemilik, pemerintah serta pemelihara alam semesta, pemberi rezeki dan sebagainya.
• Tauhid Rububiyah bermaksud mentauhid/ mengesakan Allah SWT dari sudut Allah sebagai pengatur segala sesuatu. Dialah pencipta aturan alam semesta, Dia yang menghidupkan, yang mematikan, yang memberi manfaat, yang mendatangkan hukum mudarat, dan di tanganNya lah terletak segala kebaikan.
• Hanya Allah yang menciptakan makhluk bahkan apa yang manusia lakukan tertakluk di bawah ketentuanNya.
• Hanya Allah sahaja sebagai Rabb dan tidak boleh sekali-kali menganggap yang lain sebagai Rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.
3- TAUHID AL-ASMA’ WA AL-SIFAT
• Asma’ adalah kata jama’ kepada ism (nama). Oleh itu, Asma’ bermaksud nama-nama.
• Tauhid Asma wa al-sifat bermaksud mentauhid/mengesakan Allah SWT melalui nama-nama dan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT.
PERKAITAN ANTARA AKIDAH,IMAN DAN TAUHID
• Akidah, iman dan tauhid mempunyai pertautan yang sangat rapat.
• Akidah merupakan suatu pegangan dan di dalam pegangan itu ada bahagian-bahagiannya yang merupakan kepercayaan tertentu iaitu keimanan.
• Melalui keimanan akan melahirkan rasa ketauhidan kepada Allah SWT.
• Apabila seorang itu mempunyai pegangan yang kuat kepada rukun iman, nescaya ia akan beriman kepada Allah SWT dan sekaligus mengakui Allah SWT sahaja lah Tuhan yang Maha Esa.
1.Beriman kepada Allah2.Beriman kepada Malaikat3.Beriman kepada kitab-
kitab4.Beriman kepada Para
Rasul5.Beriman kepada Hari
Akhirat6.Beriman kepada Qada’
dan Qadar
ASAS-ASAS AKIDAH
1- BERIMAN KEPADA ALLAH
• Konsep beriman kepada Allah meliputi kepercayaan bahawa Allah itu ada dan esa, percaya bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, Dialah penjadi alam ini dan alam akhirat, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, mempercayai bahawa semua makhluk adalah milikNya, Dialah sahaja tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya.
• Beriman kepada Allah juga bermakna semua perkara di dalam kegiatan hidup kita adalah keranaNya dan melaksanakannya berpandukan kepada peraturan Allah SWT.
BERIMAN KEPADA ALLAH
Bukti kewujudan Allah : Dalil naqli (wahyu) Dalil aqli (logik akal)
Cara mengenal Allah Melalui ayat-ayat maktubah/makru’ah (al-Quran) Melalui ayat-ayat maftuhah/manzurah (alam semesta)
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH
1- Membezakan kehidupan manusia dengan haiwan.
Allah berfirman: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad:12)
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH
2- Mengenali Allah sebagai Yang Memberi Petunjuk kepada jalan yang benar.
Mengelakkan diri daripada melakukan kebinasaaan di dunia kerana tidak mengetahui apakah amalan soleh apakah amalan buruk.
Allah berfirman: (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (Surah al-Baqarah: 27)
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH
3- Mengetahui matlamat hidup dan bersedia menghadapi kematian
Orang yang tidak beriman dengan Allah tidak tahu matlamat sebenar kehidupan dan hatinya keluh kesah mengingatkan kematian dan tidak mahu berfikir tentangnya.
Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya). (Surah Jumu’ah:8)
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA ALLAH
4- Mendapat keredaan, pertolongan dan bantuan Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala:
Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam). (surah al-Hajj:40)
Orang yang tidak beriman kepada Allah diharamkan baginya daripada mendapat keredaan Allah dan nikmat syurga-Nya.
Allah berfirman:
Maksudnya:Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
• Allah menciptakan malaikat daripada cahaya (nur) berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:“Dijadikan malaikat daripada cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang diterangkan padamu semua”.
(Riwayat Muslim)
• Malaikat sebagai makhluk Allah yang kuat, memiliki sayap-sayap yang banyak sehingga demikian membolehkan mereka melakukan pergerakan yang pantas. Sayap-sayap mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang mempunyai dua, tiga dan empat sayap bahkan lebih dari itu.
• Allah berfirman di dalam Surah Fathir ayat 1 yang bermaksud:“Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, menjadikan malaikat sebagai utusan. Para malaikat ada sayap-sayap; ada yang punya dua sayap, tiga sayap, empat sayap. Allah boleh menambahkan pada ciptaannya apa yang Allah kehendaki, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap segala-galanya”.
• Malaikat juga boleh berupa dengan bermacam-macam bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada Rasulullah dalam bentuk cahaya dan ada juga yang datang ke bumi dalam bentuk manusia.
• Contohnya malaikat Jibril datang dalam satu majlis Rasulullah bersama dengan sahabat-sahabatnya. Jibril berupa seorang lelaki dan bertanya Rasulullah beberapa persoalan tentang Islam,Iman dan Ihsan.
• Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga bukan lelaki dan bukan perempuan, mereka tidak tidur, tidak mempunyai nafsu, tidak mempunyai kuasa memilih dan seumpamanya.
• Jumlah malaikat ini tidak terhingga banyaknya.
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Tugas malaikat Membawa wahyu kepada para nabi dan rasul Bertasbih, patuh serta sujud kepada Allah Menanggung arash Allah Mencatat amalan manusia Menjalankan tugas di hari akhirat : beri salam ahli
syurga, azab ahli neraka dsb
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
1- Salah satu daripada rukun iman2- Menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah.3- Allah mengutuskan malaikat untuk menolong orang beriman.
Firman Allah Taala:
(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka. (Surah al-Anfal:12)
KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT
4- Sentiasa berhati-hati daripada melakukan kemungkaran.Firman Allah Taala:
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan. (Az-Zukhruf:80)
BERIMAN KEPADA KITAB
Kitab terbahagi kepada 2: Suhuf Kitab : Taurat, Injil, Zabur , al-Quran
Persamaan dan perbezaan (al-Quran dengan kitab-kitab lain Persamaan : kesemua kitab membawa konsep tauhid Perbezaan : beriman dengan al-Quran bukan sekadar percaya al-Quran itu
daripada Allah tetapi mesti mempelajari, memahami dan melaksanakannya. Manakala kitab-kitab lain diperintah untuk mempercayai sahaja tanpa dituntut untuk mempelajari, memahami dan melaksanakannya.* kandungan al-Quran menyeluruh-kitab-kitab lain tidak lengkap* keaslian al-Quran terpelihara dari perubahan-kitab-kitab lain telah
mengalami perubahan* Penggunaan al-Quran sesuai semua zaman dan tempat-kitab-kitab lain hanya untuk tempoh dan tempat tertentu sahaja* Bahasa al-Quran (bahasa Arab) hidup pemakaiannya sepanjang masa- bahasa
kitab- kitab lain telah pupus
BERIMAN KEPADA RASUL
Peranan Rasul : Mengajar manusia Memandu manusia Memimpin manusia
Kebenaran Rasul- Mukjizat
Nabi Muhammad Rasul Terakhir
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Bukti /dalil kewujudan hari akhirat Dalil naqli (wahyu) Dalil aqli (logik akal)- manusia yg hidup akhirnya akan
mati
Peringkat-peringkat di Hari Akhirat
1- Alam Kubur (Barzakh)2- Hari Kebangkitan3- Manusia Dihimpunkan4- Pembentangan Amalan5- Kiraan dan Timbangan Amalan6- Meniti Titian (as-Sirat)7- Balasan Syurga dan Neraka
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
Ketentuan Allah ke atas manusia: Ketentuan Allah mengandungi sebab dan akibat Takdir Allah termaktub dalam sunnahNya : Kejadian
manusia lelaki/perempuan, cacat / sempurna dsb.Kepentingan beriman kepada Qada’ dan Qadar
Memperolehi bahagia dan bersedia menerima ketentuan Manusia tidak mudah putus asa apabila diuji Mengandungi hikmah dalam setiap ketentuanNya
Kekeliruan memahami konsep takdir Disebabkan kejahilan Melakukan kejahatan, menyalahkan takdir Allah Kelakuan itu bukan takdir tetapi pilihan manusia sendiri
Sikap Orang Islam menerima takdir* reda* bersabar*bersyukur*sentiasa berusaha dan berwaspada*sentiasa berdoa
PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Membina kefahaman terhadap konsep Islam yang sebenar-bina akidah melalui pendidikan/ilmu
Membersihkan hati dengan meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan suruhanNya-ibadah/taqarrub
Berjihad melawan hawa nafsu dan beriltizam dengan Islam
Bergaul dengan orang-orang yg solehBerwaspada dengan segala kemungkaran dan
kemaksiatan di sekeliling
FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN AKIDAH
1- Melalui iktiqad
dalam hati
2-Melalui perbuatan
3- Melalui perkataan
atau percakapan
FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN AKIDAH
1- Melalui iktiqad di dalam hati- hati tidak yakin dan ragu-ragu dengan ajaran Islam
2- Melalui perbuatan- syirik kepada Allah seperti memuja, menyembah, berdoa dan memohon kepada selain daripada Allah.- memaki al-Quran, Rasul atau nabi
3- Melalui percakapan atau perkataan- mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam. -contoh: =bersumpah dengan agama yang lain dari
Islam =menghina Rasulullah dan ajaran yang disampaikannya.
PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada Allah dan RasulNya
Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup yang jelas
Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian yang unggul
Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis
Membangunkan ekonomi ummah secara komprehensif
Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil