PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SPH (IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN) (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP
BIDANG USAHAWAN SISWA
HEMALATHA A/P SEGAR
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SPH (IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN) (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP BIDANG USAHAWAN SISWA
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya HEMALATHA A/P SEGAR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : NO.643LRG H1/1, TAMAN JATI, 09000 KULIM KEDAH. Tarikh : 30 APRIL 2009
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
EN. SHAHRIN BIN HASHIM
NAMA PENYELIA Tarikh : 30 APRIL 2009
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………………………..
Nama Penyelia : EN.SHAHRIN BIN HASHIM
Tarikh : APRIL, 2009
iii
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4SPH (IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN) (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP
BIDANG USAHAWAN SISWA
HEMALATHA A/P SEGAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : HEMALATHA A/P SEGAR
Tarikh : APRIL, 2009
v
DEDIKASI
Buat ayah Segar Raman dan ibu Saguntha Krishnan yang tersayang…
… terima kasih atas doa, nasihat dan pengorbanan yang diberikan sepanjang
mendidikku dari kecil sehingga kini;
Buat kakak dan adik yang dikasihi…
doa, sokongan dan material yang anda berikan sentiasa dalam ingatan
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku
vi
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada penyelia tesis saya iaitu En. Shahrin Bin Hashim atas bimbingan,
tunjuk ajar dan dorongan beliau dalam sepanjang masa saya untuk menyiapkan tesis
ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir dan
tahun dua Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
diatas kerjasama dan bantuan mereka menjawab borang soal selidik yang diedarkan.
Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.
Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya
yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya menyiapkan tesis ini.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan ekonomi
sesebuah masyarakat dan negara. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk
meninjau persepsi pelajar 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa. Persoalan kajian
adalah untuk mengenalpasti perbezaan minat terhadap bidang keusahawanan
berdasarkan jantina, mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidang keusahawanan,
mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar dan mengenalpasti
dorongan yang mempengaruhi pelajar. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah
menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik
deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden dan
bahagian B adalah untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian yang
digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 40 item
soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang
diperolehi adalah 0.792. Seramai 126 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 16.0 untuk mendapatkan
keputusan. Kajian mendapati bahawa persepsi pelajar 4SPH terhadap bidang
usahawan siswa masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Aspek minat, aspek sikap, aspek ciri-ciri dan aspek dorongan yang diterima berada
ditahap yang sederhana. Penambahbaikan perlu dilakukan agar mencapai ke
peringkat yang lebih baik.
viii
ABSTRACT
Entrepreneurs are identified as the promoter to the development of the
economy in a society or country. A study have made to know the perception among
the students of 4 SPH towards young entreprenurship. The objective of this study is
to identify the difference of interest towards entreprenurship between males and
females, to investigate the attitude of students towards entreprenurship, identify the
characteristic of entreprenur among the students and propulsion that influence
students towards entreprenuers. For the purpose of this research, 126 respondents
were chosen among the final year student of 4SPH, Faculty of Education, UTM.
The questionnaire consist 2 section, section A is about background of respondents
and section B consist 40 questions. The instrument used was a set of questionnaire
with 40 items and based on Likert scale. The value of alpha for the pilot test
conducted was 0.792. The data from this study were analyzed using SPSS 16.0
version for windows software in order to get the result. The result shows that
perception of 4 SPH students towards young entreprenurs is still not in statisfaction
level and should be improve. All the aspect were used in this research shows that
students preception still in medium level. These weaknesses had to improve in
order to change the students perception towords entreprenurship to the better level.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Usahawan 9
1.9.2 Usahawan Siswa 9
1.9.3 Keusahawanan 9
1.9.4 Bidang Keusahawanan 10
1.9.5 Pelajar / Siswazah 11
1.9.6 Minat 11
1.9.7 Mempengaruhi 11
1.9.8 Sikap 12
1.9.9 Ciri-ciri Keushawanan 12
1.9.10 Persepsi 13
1.9.11 Dorongan 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori-Teori Berkaitan Usahawan 16
2.3 Konsep Keusahawanan 17
2.3.1 Usahawan 17
xi
2.3.2 Definisi Keusahawanan 20
2.3.3 Mitos Mengenai Keusahawanan 22
2.3.4 Ciri-ciri Keusahawanan 25
2.3.5 Sikap 28
2. 4 Sorotan Kajian Lepas 29
2. 5 Kesimpulan 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Subjek Kajian 33
3.3.1 Populasi Kajian dan Kaedah
Persampelan 33
3.4 Instrumen Kajian 34
3.4.1 Soal Selidik 34
3.5 Cara Permarkatan 35
3.5.1 Item Positif dan Negatif dalam
Soal Selidik 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Kajian Sebenar 38
3.8 Prosedur Kajian 38
3.9 Kaedah Analisis Kajian 40
3.9.1 Ujian-T 41
3.10 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soalselidik 42
3.11 Rumusan 42
xii
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian A 44
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan
Jantina 45
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan
Bangsa 45
4.2.3 Taburan Responden yang
Berminat Menjadi Ushawan 46
4.3 Analisis Bahagian B 46
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 47
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 49
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 57
4.4 Kesimpulan 60
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan Kajian 65
5.2.1 Rumusan Analisis Biodata
Responden 66
5.2.2 Rumusan Analisis Persoalan
Kajian 66
5.2.3 Keseluruhan Rumusan 69
5.3 Perbincangan 69
5.3.1 Aspek Minat 70
5.3.2 Aspek Sikap 70
5.3.3 Aspek Ciri-ciri 71
xiii
5.3.4 Aspek Dorongan 72
5.4 Cadangan Kajian 73
5.4.1 Pihak Pelajar 74
5.4.2 Pihak Universiti/Fakulti Pendidikan 74
5.4.3 Pihak Pensyarah 75
5.4.4 Ibu Bapa 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN A 82
LAMPIRAN B 88
LAMPIRAN C 89
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kadar Pengangguran Belia Mengikut Jantina 3
1.2 Faktor Dalaman dan Faktor Luaran 14
3.1 Pembolehubah Bersandar dan Tidak Bersandar 33
3.2 Kandungan Instrumen Kajian 35
3.3 Pecahan Item-Item Bahagian B Mengikut Persoalan 35
3.4 Pengkelasan Skala Lima Mata 36
3.5 Tabutan Item Positif dan Negatif 36
3.6 Nilai Alpha Cronbach 37
3.7 Data Soal Selidik yang Diedar 38
3.8 Markat Skala Penyelidik 40
3.9 Perubahan Markat dan Skala 41
4.1 Pengedaran Set Soal Selidik 44
4.2 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina. 45
4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa. 45
4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Minat 46
4.5 Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap
Responden 47
4.6 Analisis Ujian-T Berdasarkan Faktor Minat Mengikut
Jantina 48
4.7 Analisis Berdasarkan Sikap Pelajar Terhadap Bidang
Keusahawanan 49
4.8 Analisis Berdasarkan Ciri-Ciri Keusahawanan dalam Diri
Pelajar 53
4.9 Analisis Berdasarkan Dorongan yang Mempengaruhi Pelajar 57
xvi
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Rajah 4.1 : Analisis Berdasarkan Sikap Pelajar Terhadap Bidang 50
Keusahawanan.
Rajah 4.2 : Analisis Berdasarkan Ciri-Ciri Keusahawanan dalam
Diri Pelajar. 54
Rajah 4.3 : Analisis Berdasarkan Dorongan yang Mempengaruhi
Pelajar. 58
Rajah 4.4 : Perbandingan Keseluruhan Dapatan Persoalan Kajian
Mengikut Peratus. 61
xvii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Science.
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
BPMP - Bank Pembangunan Berhad
BPIM - Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad
IKS - Industri Kecil dan Sederhana
MPPB - Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera
UBKM - Usahawan Bumiputera Kelas Menengah
BKS - Bahagian Keusahawanan Siswa
TUS - Tabung Usahawan Siswazah
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik 82
B Pengesahan Soal Selidik 88
C Reliability Kajian Rintis 89
1
BAB 1
PENDAHALUAN
1.1 Pengenalan
Bidang keusahawanan adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.
Golongan usahawan bertanggungjawab menukarkan cara hidup masyarakat dunia.
Mereka membawa perubahan dari segi pertumbuhan ekonomi, kemantapan sumber
pekerjaan serta segala teknologi baru yang melibatkan kualiti kehidupan.
Keusahawanan di Malaysia belum mencapai tahap yang sepatutnya.
Sehubungan dengan ini Bank Pembangunan Berhad (BPMP) memainkan peranan
penting dalam menentukan pembangunan usahawan selari dengan pembangunan
negara. Walaupun ia telah menukar entiti kepada Bank Pembangunan dan Infrastruktur
Malaysia Berhad (BPIMP), namun fungsinya tetap sama iaitu memberi kemudahan
dan perkhidmatan pinjaman kewangan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) yang berminat untuk harga tetap, modal kerja dan pembelian saham. Bagi tahun
2
1999 sahaja BPIMB telah mengeluarkan pinjaman bernilai RM163 juta lebih sehingga
bulan Mei lalu (Usahawan Sukses, 1999).
Persoalan yang ditekankan dalam usaha melahirkan Usahawan Bumiputera Kelas
Menengah (UBKM) ialah asas dan budaya keusahawanan yang menjadi teras ke arah
memantapkan UBKM. Oleh kerana persekitaran budaya ekonomi dan iklim
perniagaan sentiasa berubah-ubah maka kita memerlukan usahawan yang
berbudayakan professional, berilmu, lasak dan bermoral dalam menerajui
kepemimpinan usahawan serta mampu menjana perkembangan ekonomi bumiputera
dan negara (Tengku Khairi A Rahman, 2000).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerajaan sedar pembangunan dan usaha memperkasakan sektor keusahawanan
dalam menjana ekonomi negara dan melahirkan golongan usahawan harus melibatkan
golongan belia terutamanya yang berpendidikan bagi mengubah persepsi dan mentaliti
belia terhadap bidang usahawan. Golongan belia dianggap sebagai paling produktif,
mempunyai idealisme, berfikiran matang dan kumpulan sasaran yang paling
berpotensi untuk dibangunkan yang mampu menyumbang kepada pembangunan
negara.
Bidang keusahawanan bukan satu bidang yang asing kepada negara Malaysia.
Dato’ Maznah Hamid-Keselamatan (Securiforce) dan Tan Sri Mustapha Kamal-
Pembangunan Hartanah telah mencatatkan nama mereka sebagai usahawan yang
3
berjaya dalam bidang ini. Malangnya penglibatan golongan muda tidak begitu
memberangsangkan dalam bidang keusahawanan.
Sehubungan dengan itu, usaha memodenkan sektor usahawan memerlukan
penglibatan aktif golongan belia yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan. Suatu
transformasi perlu dilakukan untuk memupuk minat dan mengubah persepsi belia
terhadap bidang keusahawanan. Senario pengangguran siswazah terutama dari
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan isu baru. Ia berpunca daripada
pelbagai aspek termasuk kecilnya peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor
awam. Disamping itu, tidak dinafikan juga sikap segelintir mahasiswa yang terlalu
memilih pekerjaan mengikut tahap pendidikan mereka juga mendorong kepada
masalah ini.
Jadual 1.1 : Kadar Pengangguran Belia Mengikut Jantina
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
Malah, menurut Mohd Razali Agus, sejak kebelakangan ini, hampir semua IPTA
mewujudkan Bahagian Keusahawanan Siswa (BKS) sebagai pendedahan awal kepada
mahasiswa mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan. BKS menawarkan latihan
dan bimbingan, pemantauan program keusahawanan, audit dan penilaian selain
membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi membuat
4
penyelarasan dalam hal ehwal pengurusan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).
Dengan wujudnya BKS, mahasiswa berpeluang menggunakan saluran betul untuk
berjinak dalam dunia perniagaan mengikut perspektif tepat tanpa menjejaskan
akademik.
Program di bawah BKS, tajaan kementerian, memperkenalkan program
perniagaan bersifat nyata, bukan hanya teori dalam kelas memandangkan ia boleh
memberi kesan atau pengalaman sebenar kepada mahasiswa yang ingin berdikari
selepas menamatkan pengajian.
Disamping IPTA kerajaan juga amat prihatin terhadap kelahiran usahawan muda
dengan melaksanakan pelbagai program untuk memupuk sifat keusahawanan dalam
diri siswazah. Sebagai bukit seramai 37,191 siswazah berjaya dilatih melalui Program
Pembudayaan Usahawan sejak 1989 dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan
berjaya di negara ini. Program-program seperti ini juga sebagai langkah kerajaan
untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah
Tetapi malangnya penglibatan siswazah dalam bidang keusahawanan tidak
menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan pada masa kini. Malah
pengangguran di kalangan siswazah turut meningkat dengan mendadak.
(Sumber 37,191 Siswazah Diberi Latihan Usahawan)
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal persepsi pelajar terhadap bidang
usahawan siswa dengan menekankan aspek-aspek minat, sikap, ciri-ciri usahawan
serta dorongan. Penyelidikan ini dijalankan terhadap pelajar perdana tahun 4 SPH
yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Persoalan kajian yang ditimbulkan di dalam kajian ini adalah seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat
terhadap bidang usahawan siswa mengikut jantina.
1.4.2 Mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidang usahawan siswa.
1.4.3 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan dalam diri pelajar.
1.4.4 Mengenalpasti dorongan yang mempengaruhi pelajar ke arah bidang usahawan
siswa.
6
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor minat terhadap bidang
usahawan siswa mengikut jantina?
1.5.2 Apakah sikap pelajar terhadap bidang usahawan siswa?
1.5.3 Apakah ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh pelajar?
1.5.4 Apakah faktor pendorong yang mempengaruhi pelajar ke arah bidang usahawan
siswa?
1.6 Hipotesis Kajian
Penyelidik telah membina satu hipotesis untuk meramalkan dapatan kajian yang
diperolehi, iaitu :
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat pelajar terhadap
bidang usahawan siswa mengikut jantina.
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SPH (IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN) (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP BIDANG USAHAWAN SISWA
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya HEMALATHA A/P SEGAR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : NO.643LRG H1/1, TAMAN JATI, 09000 KULIM KEDAH. Tarikh : 30 APRIL 2009
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
EN. SHAHRIN BIN HASHIM
NAMA PENYELIA Tarikh : 30 APRIL 2009
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………………………..
Nama Penyelia : EN.SHAHRIN BIN HASHIM
Tarikh : APRIL, 2009
iii
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4SPH (IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN) (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP
BIDANG USAHAWAN SISWA
HEMALATHA A/P SEGAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : HEMALATHA A/P SEGAR
Tarikh : APRIL, 2009
v
DEDIKASI
Buat ayah Segar Raman dan ibu Saguntha Krishnan yang tersayang…
… terima kasih atas doa, nasihat dan pengorbanan yang diberikan sepanjang
mendidikku dari kecil sehingga kini;
Buat kakak dan adik yang dikasihi…
doa, sokongan dan material yang anda berikan sentiasa dalam ingatan
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku
vi
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada penyelia tesis saya iaitu En. Shahrin Bin Hashim atas bimbingan,
tunjuk ajar dan dorongan beliau dalam sepanjang masa saya untuk menyiapkan tesis
ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir dan
tahun dua Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
diatas kerjasama dan bantuan mereka menjawab borang soal selidik yang diedarkan.
Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.
Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya
yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang saya menyiapkan tesis ini.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan ekonomi
sesebuah masyarakat dan negara. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk
meninjau persepsi pelajar 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa. Persoalan kajian
adalah untuk mengenalpasti perbezaan minat terhadap bidang keusahawanan
berdasarkan jantina, mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidang keusahawanan,
mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar dan mengenalpasti
dorongan yang mempengaruhi pelajar. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah
menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik
deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden dan
bahagian B adalah untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian yang
digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 40 item
soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang
diperolehi adalah 0.792. Seramai 126 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang
diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 16.0 untuk mendapatkan
keputusan. Kajian mendapati bahawa persepsi pelajar 4SPH terhadap bidang
usahawan siswa masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Aspek minat, aspek sikap, aspek ciri-ciri dan aspek dorongan yang diterima berada
ditahap yang sederhana. Penambahbaikan perlu dilakukan agar mencapai ke
peringkat yang lebih baik.
viii
ABSTRACT
Entrepreneurs are identified as the promoter to the development of the
economy in a society or country. A study have made to know the perception among
the students of 4 SPH towards young entreprenurship. The objective of this study is
to identify the difference of interest towards entreprenurship between males and
females, to investigate the attitude of students towards entreprenurship, identify the
characteristic of entreprenur among the students and propulsion that influence
students towards entreprenuers. For the purpose of this research, 126 respondents
were chosen among the final year student of 4SPH, Faculty of Education, UTM.
The questionnaire consist 2 section, section A is about background of respondents
and section B consist 40 questions. The instrument used was a set of questionnaire
with 40 items and based on Likert scale. The value of alpha for the pilot test
conducted was 0.792. The data from this study were analyzed using SPSS 16.0
version for windows software in order to get the result. The result shows that
perception of 4 SPH students towards young entreprenurs is still not in statisfaction
level and should be improve. All the aspect were used in this research shows that
students preception still in medium level. These weaknesses had to improve in
order to change the students perception towords entreprenurship to the better level.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Usahawan 9
1.9.2 Usahawan Siswa 9
1.9.3 Keusahawanan 9
1.9.4 Bidang Keusahawanan 10
1.9.5 Pelajar / Siswazah 11
1.9.6 Minat 11
1.9.7 Mempengaruhi 11
1.9.8 Sikap 12
1.9.9 Ciri-ciri Keushawanan 12
1.9.10 Persepsi 13
1.9.11 Dorongan 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori-Teori Berkaitan Usahawan 16
2.3 Konsep Keusahawanan 17
2.3.1 Usahawan 17
xi
2.3.2 Definisi Keusahawanan 20
2.3.3 Mitos Mengenai Keusahawanan 22
2.3.4 Ciri-ciri Keusahawanan 25
2.3.5 Sikap 28
2. 4 Sorotan Kajian Lepas 29
2. 5 Kesimpulan 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Subjek Kajian 33
3.3.1 Populasi Kajian dan Kaedah
Persampelan 33
3.4 Instrumen Kajian 34
3.4.1 Soal Selidik 34
3.5 Cara Permarkatan 35
3.5.1 Item Positif dan Negatif dalam
Soal Selidik 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Kajian Sebenar 38
3.8 Prosedur Kajian 38
3.9 Kaedah Analisis Kajian 40
3.9.1 Ujian-T 41
3.10 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soalselidik 42
3.11 Rumusan 42
xii
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian A 44
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan
Jantina 45
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan
Bangsa 45
4.2.3 Taburan Responden yang
Berminat Menjadi Ushawan 46
4.3 Analisis Bahagian B 46
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 47
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 49
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 53
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 57
4.4 Kesimpulan 60
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan Kajian 65
5.2.1 Rumusan Analisis Biodata
Responden 66
5.2.2 Rumusan Analisis Persoalan
Kajian 66
5.2.3 Keseluruhan Rumusan 69
5.3 Perbincangan 69
5.3.1 Aspek Minat 70
5.3.2 Aspek Sikap 70
5.3.3 Aspek Ciri-ciri 71
xiii
5.3.4 Aspek Dorongan 72
5.4 Cadangan Kajian 73
5.4.1 Pihak Pelajar 74
5.4.2 Pihak Universiti/Fakulti Pendidikan 74
5.4.3 Pihak Pensyarah 75
5.4.4 Ibu Bapa 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN A 82
LAMPIRAN B 88
LAMPIRAN C 89
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kadar Pengangguran Belia Mengikut Jantina 3
1.2 Faktor Dalaman dan Faktor Luaran 14
3.1 Pembolehubah Bersandar dan Tidak Bersandar 33
3.2 Kandungan Instrumen Kajian 35
3.3 Pecahan Item-Item Bahagian B Mengikut Persoalan 35
3.4 Pengkelasan Skala Lima Mata 36
3.5 Tabutan Item Positif dan Negatif 36
3.6 Nilai Alpha Cronbach 37
3.7 Data Soal Selidik yang Diedar 38
3.8 Markat Skala Penyelidik 40
3.9 Perubahan Markat dan Skala 41
4.1 Pengedaran Set Soal Selidik 44
4.2 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina. 45
4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa. 45
4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Minat 46
4.5 Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap
Responden 47
4.6 Analisis Ujian-T Berdasarkan Faktor Minat Mengikut
Jantina 48
4.7 Analisis Berdasarkan Sikap Pelajar Terhadap Bidang
Keusahawanan 49
4.8 Analisis Berdasarkan Ciri-Ciri Keusahawanan dalam Diri
Pelajar 53
4.9 Analisis Berdasarkan Dorongan yang Mempengaruhi Pelajar 57
xvi
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Rajah 4.1 : Analisis Berdasarkan Sikap Pelajar Terhadap Bidang 50
Keusahawanan.
Rajah 4.2 : Analisis Berdasarkan Ciri-Ciri Keusahawanan dalam
Diri Pelajar. 54
Rajah 4.3 : Analisis Berdasarkan Dorongan yang Mempengaruhi
Pelajar. 58
Rajah 4.4 : Perbandingan Keseluruhan Dapatan Persoalan Kajian
Mengikut Peratus. 61
xvii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Science.
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
BPMP - Bank Pembangunan Berhad
BPIM - Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad
IKS - Industri Kecil dan Sederhana
MPPB - Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera
UBKM - Usahawan Bumiputera Kelas Menengah
BKS - Bahagian Keusahawanan Siswa
TUS - Tabung Usahawan Siswazah
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik 82
B Pengesahan Soal Selidik 88
C Reliability Kajian Rintis 89
1
BAB 1
PENDAHALUAN
1.1 Pengenalan
Bidang keusahawanan adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.
Golongan usahawan bertanggungjawab menukarkan cara hidup masyarakat dunia.
Mereka membawa perubahan dari segi pertumbuhan ekonomi, kemantapan sumber
pekerjaan serta segala teknologi baru yang melibatkan kualiti kehidupan.
Keusahawanan di Malaysia belum mencapai tahap yang sepatutnya.
Sehubungan dengan ini Bank Pembangunan Berhad (BPMP) memainkan peranan
penting dalam menentukan pembangunan usahawan selari dengan pembangunan
negara. Walaupun ia telah menukar entiti kepada Bank Pembangunan dan Infrastruktur
Malaysia Berhad (BPIMP), namun fungsinya tetap sama iaitu memberi kemudahan
dan perkhidmatan pinjaman kewangan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) yang berminat untuk harga tetap, modal kerja dan pembelian saham. Bagi tahun
2
1999 sahaja BPIMB telah mengeluarkan pinjaman bernilai RM163 juta lebih sehingga
bulan Mei lalu (Usahawan Sukses, 1999).
Persoalan yang ditekankan dalam usaha melahirkan Usahawan Bumiputera Kelas
Menengah (UBKM) ialah asas dan budaya keusahawanan yang menjadi teras ke arah
memantapkan UBKM. Oleh kerana persekitaran budaya ekonomi dan iklim
perniagaan sentiasa berubah-ubah maka kita memerlukan usahawan yang
berbudayakan professional, berilmu, lasak dan bermoral dalam menerajui
kepemimpinan usahawan serta mampu menjana perkembangan ekonomi bumiputera
dan negara (Tengku Khairi A Rahman, 2000).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kerajaan sedar pembangunan dan usaha memperkasakan sektor keusahawanan
dalam menjana ekonomi negara dan melahirkan golongan usahawan harus melibatkan
golongan belia terutamanya yang berpendidikan bagi mengubah persepsi dan mentaliti
belia terhadap bidang usahawan. Golongan belia dianggap sebagai paling produktif,
mempunyai idealisme, berfikiran matang dan kumpulan sasaran yang paling
berpotensi untuk dibangunkan yang mampu menyumbang kepada pembangunan
negara.
Bidang keusahawanan bukan satu bidang yang asing kepada negara Malaysia.
Dato’ Maznah Hamid-Keselamatan (Securiforce) dan Tan Sri Mustapha Kamal-
Pembangunan Hartanah telah mencatatkan nama mereka sebagai usahawan yang
3
berjaya dalam bidang ini. Malangnya penglibatan golongan muda tidak begitu
memberangsangkan dalam bidang keusahawanan.
Sehubungan dengan itu, usaha memodenkan sektor usahawan memerlukan
penglibatan aktif golongan belia yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan. Suatu
transformasi perlu dilakukan untuk memupuk minat dan mengubah persepsi belia
terhadap bidang keusahawanan. Senario pengangguran siswazah terutama dari
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan isu baru. Ia berpunca daripada
pelbagai aspek termasuk kecilnya peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor
awam. Disamping itu, tidak dinafikan juga sikap segelintir mahasiswa yang terlalu
memilih pekerjaan mengikut tahap pendidikan mereka juga mendorong kepada
masalah ini.
Jadual 1.1 : Kadar Pengangguran Belia Mengikut Jantina
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
Malah, menurut Mohd Razali Agus, sejak kebelakangan ini, hampir semua IPTA
mewujudkan Bahagian Keusahawanan Siswa (BKS) sebagai pendedahan awal kepada
mahasiswa mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan. BKS menawarkan latihan
dan bimbingan, pemantauan program keusahawanan, audit dan penilaian selain
membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi membuat
4
penyelarasan dalam hal ehwal pengurusan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).
Dengan wujudnya BKS, mahasiswa berpeluang menggunakan saluran betul untuk
berjinak dalam dunia perniagaan mengikut perspektif tepat tanpa menjejaskan
akademik.
Program di bawah BKS, tajaan kementerian, memperkenalkan program
perniagaan bersifat nyata, bukan hanya teori dalam kelas memandangkan ia boleh
memberi kesan atau pengalaman sebenar kepada mahasiswa yang ingin berdikari
selepas menamatkan pengajian.
Disamping IPTA kerajaan juga amat prihatin terhadap kelahiran usahawan muda
dengan melaksanakan pelbagai program untuk memupuk sifat keusahawanan dalam
diri siswazah. Sebagai bukit seramai 37,191 siswazah berjaya dilatih melalui Program
Pembudayaan Usahawan sejak 1989 dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan
berjaya di negara ini. Program-program seperti ini juga sebagai langkah kerajaan
untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah
Tetapi malangnya penglibatan siswazah dalam bidang keusahawanan tidak
menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan pada masa kini. Malah
pengangguran di kalangan siswazah turut meningkat dengan mendadak.
(Sumber 37,191 Siswazah Diberi Latihan Usahawan)
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal persepsi pelajar terhadap bidang
usahawan siswa dengan menekankan aspek-aspek minat, sikap, ciri-ciri usahawan
serta dorongan. Penyelidikan ini dijalankan terhadap pelajar perdana tahun 4 SPH
yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Persoalan kajian yang ditimbulkan di dalam kajian ini adalah seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat
terhadap bidang usahawan siswa mengikut jantina.
1.4.2 Mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidang usahawan siswa.
1.4.3 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan dalam diri pelajar.
6
1.4.4 Mengenalpasti dorongan yang mempengaruhi pelajar ke arah bidang usahawan
siswa.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor minat terhadap bidang
usahawan siswa mengikut jantina?
1.5.2 Apakah sikap pelajar terhadap bidang usahawan siswa?
1.5.3 Apakah ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh pelajar?
1.5.4 Apakah faktor pendorong yang mempengaruhi pelajar ke arah bidang usahawan
siswa?
1.6 Hipotesis Kajian
Penyelidik telah membina satu hipotesis untuk meramalkan dapatan kajian yang
diperolehi, iaitu :
7
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat pelajar terhadap
bidang usahawan siswa mengikut jantina.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar 4 SPH terhadap bidang
ushawan siswa. Hasil kajian dan maklumat-maklumat yang dikumpul adalah penting
dan berguna sebagai garis panduan dan bahan rujukan kepada beberapa pihak tertentu.
Kajian ini adalah memberi panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan sebagai:
1.7.1 Menambahkan minat dalam diri mahasiswah khususnya pelajar 4 SPH
untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya yang
menjamin masa depan mereka.
1.7.2 Panduan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi terhadap hala tuju
pelajar 4 SPH.
1.7.3 Rujukan kepada Kementerian Pembangunan Perdagangan dan Koperasi.
1.7.4 Memberikan panduan kepada mana-mana pihak yang ingin membuat
8
rujukan mengenai data-data atau cadangan-cadangan yang ada di
dalamnya.
1.7.5 Membantu pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk menjalankan kajian
terhadap ciri-ciri seorang usahawan di masa akan datang.
1.8 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan kajian yang dikenalpasti dalam kajian ini. Di antaranya
termasuklah :
1.8.1 Kajian ini terbatas khusus kepada pelajar perdana tahun 4 SPH yang sedang
menuntut di Universiti Teknologi Malaysia.
1.8.2 Dalam kajian ini hanya aspek perbezaan minat pelajar berdasarkan jantina,
minat pelajar, sikap pelajar, ciri-ciri usahawan serta dorongan dikaji.
9
1.9 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa istilah yang perlu
difahami maksudnya yang sebenar.
1.9.1 Usahawan
Usahawan berasal dari perkataan 'usaha'. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1994), usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan dan perbuatan untuk
melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
Usahawan ialah seorang yang memulakan sesuatu (berinisiatif), pandai
menggunakan idea atau kaedah baru (kreatif), sentiasa membuat pembahuruan dan
penguahsuaian (inovatif), gagah menghadapi risiko serta berusaha untuk menjayakan
sesuatu (berorientasikan kejayaan).
1.9.2 Usahawan Siswa
Siswa dimaksudkan sebagai individu yang sedang menuntut di IPTA atau IPTS
di dalam dan luar Negara. Usahawan siswa ditakrifkan sebagai pemuda dan pemudi
lepasan graduan yang ingin menjadi usahawan sepenuh masa atau sebagai kerjaya
tambahan selepas tamat pengajian mereka. Usahawan siswa tidak lagi bergantung
kepada kerja makan gaji, mengambil keputusan untuk keluar daripada paradigma lama
menjadi usahawan yang berjaya pada usia yang muda.
10
1.9.3 Keusahawanan
Keusahawanan boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan atau kemampuan untuk
mengesan dan merebut peluang perniagaan, mengusahakan periagaan itu, membuat
pembahuruan, serta pengubahsuaian yang berfaedah untuk menjamin kejayaan
perniagaan bagi kepentingan diri sendiri, masyarakat dan negara.
1.9.3.1 Keusahawanana dapat diukur dari dimensi berikut:
1.9.3.2 Kebolehan memulakan sesuatu (berinisiatif)
1.9.3.3 Kebolehan mencipta dan mencba sesuatu yang baru (kreativiti)
1.9.3.4 Kebolehan membaiki atau memperbaharuhi sesuatu (inovatif)
1.9.3.5 Kebolehan menghadapi risiko
1.9.3.6 Kebolehan menjayakan sesuatu (berorintasikan kejayaan)
1.9.4 Bidang Keusahawanan
11
Bidang keushawanan merupakan bidang profesional di mana ushawan adalah
orang yang bekerja sendiri. Usahawan adalah orang yang memulakan sesuatu
perniagaan dari mula sehingga perniagaan tersebut berkembang maju.
1.9.5 Pelajar/Siswazah
Mengikut Kamus Dewan, istilah pelajar bermaksud orang yang belajar untuk
mencari ilmu pengetahuan. Perkataan pelajar di sini merujuk kepada pelajar tahun 4
SPH yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.
1.9.6 Minat
Dalam kajian ini minat membawa maksud kecenderungan atau keinginan pelajar
terhadap sesuatu perkara ataupun bidang. Apabila seseorang itu berkeinginan untuk
melakukan sesuatu perkara maka kecenderungan untuk melakukan perkara tersebut
akan mendorong pelajar untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Minat seringkali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang individu
dalam melalui apa jua perkara. Minat juga diperkatakan sebagai satu kecenderungan
12
bagi seseorang individu untuk mengetahui, mempelajari dan menyelami sesuatu
perkara yang menjuruskan mereka ke pilihan yang diinginkan.
1.9.7 Mempengaruhi
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1994), bermaksud menguasai sesuatu
perkara atau keadaan tertentu atau berpengaruh ke atas sesuatu. Dalam kajian ini
mempengaruhi bermaksud sesuatu alasan yang menyebabkan sesuatu faktor itu
diterima.
1.9.8 Sikap
Menurut Kamus Dewan sikap bermaksud perbuatan atau pandangan yang
berdasarkan pada sesuatu. Sikap yang ditonjolkan oleh individu adalah untuk
menunjukkan perasaan dan pandangan yang berkekalkan iaitu sama ada positif atau
negatif terhadap sesuatu objek atau perkara.
Mereka yang mempunyai nilai-nilai inovatif, kebebasan/hakmilik, berorintasi
kearah kecermerlangan dan menghormati tugas atau kerja umumnya mewujudkan
suatu kecenderungan untuk bertindak dalam arah yang sama di dalam apa jua situasi.
Misalnya, mereka yang mempunyai nilai-nilai inovatif akan mempunyai
kecenderungan untuk menggunakan imagnasi untuk mengesan peluang dan matlamat
1.9.9 Ciri-Ciri Keushawanan
13
Menurut Link dan Herbert (1982) menyatakan bahawa ciri-ciri seorang
usahawan adalah seperti sanggup menghadapi risiko, berdikari, berinisiatif, inovatif,
berkeyakinan, fleksibel, gigih, berpandangan jauh dan kreatif.
Bink dan Vale (1999) pula menyatakan bahawa seorang usahawan perlu dilihat
dari segi personalitinya dan kemampuananya untuk bekerja. Menurutnya pemikiran
seorang usahawan boleh dikelaskan kepada 6 tema iaitu komitmen, merebut peluang,
tolerasi pada risiko, kreativiti, motivasi dan dari segi kepimpinan.
1.9.10 Persepsi
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (1991) menakrifkan persepsi sebagai satu
penglihatan, pengertian dan tanggapan seseorang terhadap sesuatu. Secara umum,
persepsi adalah suatu proses apabila individu menginterpretasi sesuatu mesej bagi
memberikan makna kepada persekitaran di mana mereka berada. Dalam kajian ini,
persepsi merujuk kepada gambaran dan bayangan dalam hati atau fikiran pelajar
terhadap bidang keusahawanan siswa.
1.9.11 Dorongan
Perkataan dorongan dalam penyelidikan ini bermaksud penyebab. Dalam
konteks ini pelajar mungkin terdorong oleh satu atau lebih faktor. Faktor-faktor ini
boleh digolongkan ke dalam dua kategori iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
14
Menurut Collins and Moore (1970) terdapat beberapa perkara mengenai
latarbelakang seseorang yang boleh mempengaruhinya untuk menjadi seorang
usahawan. Ini termasuklah dari segi faktor keluarga, pendidikan, ciri-ciri peribadi,
umur dan sejarah kerjayanya sendiri. Menurutnya pekerjaan ibu bapa dan bilangan
adik-beradik boleh mempengaruhi seseorang usahawan.
Menurutnya lagi, pekerjaan ibu bapa seseorang usahawan juga mampu
mempengaruhinya. Seorang usahawan akan menjadikan bapanya sebagai model yang
dikaguminya sejak kecil lagi. Segala pengalaman bersama ibu bapa yang terlibat
dengan perniagaan menjadikan mereka mahu menjadi seperti ibu bapa mereka sendiri.
Jadual 1.2 : Faktor Dalaman dan Faktor Luaran
Faktor Dalaman
• Psikologikal
• Keuntungan
• Berkhidmat kepada masyarakat
• Keredaan Tuhan
Faktor Luaran
• Ahli keluarga
• Institusi atau organisasi
• Rakan dan kenalan
• Pensyarah
15
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Terdapat begitu banyak bahan penulisan mengenai keusahawanan yang ditulis
oleh pakar ekonomi mahupun pakar psikologi. Adalah penting bagi kita untuk
mengetahui serba sedikit teori dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka tentang
usahawan, keusahawanan dan ciri-ciri usahawan itu sendiri.
16
2.1 Pengenalan
Bab ini merupakan huraian konseptual berkaitan dengan tajuk dan aspek kajian.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar tahun 4 SPH (Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup) terhadap bidang usahawan siswa. Tujuan
sorotan kajian ini adalah untuk mengulas penulisan-penulisan yang dijalankan untuk
memberi gambaran kepada perkara yang penting dan berkaitan dengan kajian ini.
2.2 Teori-Teori Berkaitan Usahawan
Terdapat pelbagai teori di dalam psikologi dan sosiologi tentang usahawan dan
kaum minoriti yang terlibat di dalam perniagaan. Di antaranya termasuklah teori
sosiologi Cochran yang mempunyai tiga unsur penting iaitu nilai-nilai budaya, jangka
peranan dan kawalan sosial. Usahawan dilihat sebagai yang mewakili peribadi
masyarakat yang dipengaruhi dan dibentuk oleh pengasuhan dan persekolahan yang
lazim dalam budaya itu. Prestasi individu sebagai seorang ahli perniagaan adalah
dipengaruhi oleh sikapnya sendiri dan jangkaan yang ada pada kumpulan yang
mengenakan kawalan. Di dalam teori Cochran ini, faktor nilai masyarakat adalah
penentu yang lebih penting ( Eric Roll, 1995 ).
Teori Hoselitz pula menekankan kepada kumpulan pinggiran dari segi budaya
sebagai kumpulan yang menimbulkan pertumbuhan ekonomi. Hoselitz menegaskan
bahawa kumpulan pinggiran ini yang tidak begitu dikenali dari segi budaya dan sosial
17
akan cuba membuat penyesuaian secara kreatif dalam keadaan yang berubah. Dalam
proses penyesuaian ini akan berlaku pula perkembangan geraklaku sosial
( Eric Roll, 1995 ).
2.3 Konsep Keusahawanan
2.3.1 Usahawan
Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini.
Mereka mengesan peluang yang ada, membawa kepada ciptaan baru (innovate) dan
prestasi yang baik dengan mengambil risiko yang tidak tentu.
Schumpeter bertanggapan bahawa Richard Cantillon adalah orang pertama yang
mengajukan konsep usahawan. Cantillon melihat usahawan sebagai agen yang membeli
18
alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarakan. Seterusnya
Jean Baptiste Say (1803) meluaskan idea Cantillon. Say menyatakkan bahawa
usahawan adalah ‘organizer’ firma perniagaan dan peranan usahawan dalam fungsi
pengeluaran dan pengedaran adalah amat penting.
“Di sini ingin saya jelaskan sedikit makna usahawan, kerana
nampaknya ramai yang terkeliru antara usahawan dengan
'entrepreneur' yang boleh ditafsir sebagai peneroka dalam bidang
perniagaan atau industri. Usahawan sebenarnya bermakna
'industrialist', seorang yang melibatkan dirinya dengan perusahaan
termasuk pembuatan barang.”
Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
(SIMPOSIUM DAN EKSPO USAHAWAN FELDA 2004 (SIMEX 2)
Menurut Donald F.Kuratko dan Richard M.Hodgetts (2004) perkataan usahawan
berasal dari Perancis iaitu ‘entreprende’yang bermaksud “to undertake”. Dalam bahasa
Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”. Menurut mereka
usahawan adalah seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil
risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan
ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan
pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan
optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber
baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya
bertujuan untuk mencipta keuntungan.
Jerry W.Mooman dan James W.Halloran (2006) mendefinasikan usahawan
sebagai individu yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan
yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan dengan
19
mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan
selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan
menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan
yang bersesuaian.
Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan
sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola,
memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan. Usahawan mempunyai
wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah
seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan
seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.
Menurut Teo (1991), usahawan ialah seorang yang menubuhkan perniagaan dan
mempelbagaikan kegiatan perniagaan serta memperkembangkannya secara berterusan
dari segi saiz dan bentuk. Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan
ekonomi sesebuah masyarakat dan negara.
Di samping itu, Menurut Nawawi Hj. Mohd. Jan (1987) perkataan usahawan di
dalam bahasa melayu dimaksudkan sebagai orang-orang yang berusaha. Lazimnya
perkataan usahawan itu disamaertikan kepada ahli-ahli perniagaan. Ini adalah kerana
pada umumnya ahli perniagaan dan pengusaha sentiasa berusaha menggembeling
tenaga, harta dan fikiran mereka untuk ke arah pencapaian matlamat mencari rezeki
demi kesejahteraan dan kemakmuran diri serta keluarga mereka.
Menurut Affiuddin Omar (1982), sifat-sifat seseorang insan dibentuk oleh dua
unsur utama. Unsur pertama adalah unsur baka iaitu unsur semulajadi. Manakala unsur
20
kedua pula ialah alam sekeliling iaitu masyarakat, nilai-nilai norma sosialnya dan juga
iklim. Faktor alam adalah lebih penting. Ini bermakna pendidikan menjadi acuan pada
perwatakannya. Pendidikan ini tidak terhad di persekolahan sahaja, malahan ia
termasuklah pergaulan dan penyertaannya di dalam aktiviti masyarakat.
Seterusnya, Menurut Adnan Alias et al (1997) usahawan ialah individu atau
kumpulan individu yang berterusan menubuhkan atau menetajui perniagaan sendiri serta
mengembangkannya demi kemakmuran masyarakat.
Secara kesimpulannya, dapat nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang
mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan
mengusahakannya. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui
perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh
itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan
mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang
inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin
berjaya atas usaha sendiri.
2.3.2 Definisi Keusahawanan
Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting kepada individu,
keluarga, pembangunan masyarakat, pembangunan negara serta agama. Ianya
merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan
pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.
21
Dari segi istilah ekonomi, usahawan didefinisikan sebagai individu yang
menggabungkan dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh dan modal
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan serta mendapatkan keuntungan. Dari
segi istilah perdagangan, usahawan diertikan sebagai individu yang memiliki kreativiti
dan inisiatif yang tinggi, berpandangan jauh serta mempunyai wawasan jangka panjang
untuk mencipta kejayaan bagi dirinya dan masyarakat.
“Tafsiran yang perlu kita tentukan ialah keusahawanan bermakna
'entrepreneurship' atau kegiatan meneroka sesuatu perniagaan, sama
ada berbentuk perdagangan atau pembuatan barang. Daripada tafsiran
ini maka seseorang yang memulakan perniagaan yang berbentuk
penerokaan.”
Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
SIMPOSIUM DAN EKSPO USAHAWAN FELDA 2004 (SIMEX 2)
Menurut Jerry W.Moorman, James W.Halloran (2006) serta Jefffy A.Timmons
(1990) sependapat mengatakan bahawa keusahawanan sebagai satu kebolehan,
kemampuan dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara seperti mengenal
pasti peluang perniagaan, mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan
dirinya sendiri dan juga orang ramai.
Disamping itu, usahawan juga akan cuba mendapatkan kekayaan dengan cara
berusaha memenuhi keperluan masyarakat dengan mengambil risiko yang tinggi.
Tambahan pula usahawan juga gemar ditadbir dan menggunakan faktor-faktor
pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
22
Keusahawanan merupakan satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai
keindahan, kemegahan dan kemuliaan tersendiri dan unik. Ianya dianggap sebagai
bidang yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Nilai inilah yang disedari oleh
insan yang bergelar usahawan (Yep Putih, 1985).
Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu
proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam
sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan,
pendidikan dan kelembagaan (institution).
“most of what you hear about entrepreneurship, says America’s leading
management thinker, is all wrong. It’s not magic, it’s not mysterious, and
it has nothing to do with genes. It’s a discipline and like any discipline, it
can be learned.”
Peter F.Drucker(1970)
Menurut Peter (1970), apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang
dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan
misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan
boleh dipelajari oleh semua individu masing-masing.
Manakala menurut Adnan Alias et al (1997) keushawanan ialah proses
kewujudan dan pengembangkan perniagaan yang secara terkumpul boleh membentuk
daya tenaga pembangunan negara demi kemakmuran masyarakat.
23
Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti
manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat
membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia
merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang
dihajati.
2.3.3 Mitos Mengenai Keusahawanan
Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana
kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan.
Mitos pertamanya ialah usahawan adalah seorang yang bertindak, bukan
seorang pemikir (entrepreneurs are doers, not thinkers). Walaupun usahawan lebih
kepada aksi, mereka juga merupakan seorang pemikir. Usahawan selalunya merancang
sesuatu dengan teliti. Malah selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan
yang asal mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir
dan pelaksana. Kuratko dan Hodgetts (2004).
Keduanya ialah usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta
(entrepreneurs are born, not made). Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan
mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan ciri
usahawan adalah secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh
diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes
yang membolehkan topik tersebut dipelajari.
Usahawan selalunya seorang pencipta (entrepreneurs are always inventors)
Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat banyak usahawan
24
yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta francise
untuk makanan segera, tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonald sebuah
syarikat makanan segera terbesar di dunia. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea
kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh dipelajari.
Kuratko dan Hodgetts (2004).
Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak
dapat menyesuaikan diri (entrepreneurs are academic and social misfits).
Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan berjaya setelah
berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Menurut sejarah, pendidikan dan
organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise) usahawan. Hari ini, usahawan tidak
lagi dianggap sebagai seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri. Usahawan kini
dilihat sebagai seorang profesional.
Keusahawanan mesti sepadan dengan “Profile” (entrepreneurs must fit the
profile). Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan yang
berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap, ia hanya
berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah berjaya. Hari
ini, kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan adalah perkara mustahil.
Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil
apabila memulakan perniagaan.
Kesemua usahawan memerlukan wang (all entrepreneurs need is money). Ia
adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia juga adalah benar,
kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan pembiayaan.
Usahawan menganggap, wang adalah sumber tetapi bukan semuanya bergantung kepada
wang.
25
Semua usahawan bergantung kepada nasib (all entrepreneurs need is luck).
“berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan.
Walau bagaimanapun keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Apa
yang penting, seorang usahawan mestilah membuat rancangan, persediaan, tekad
(kepastian), keinginan, pengetahuan dan inovatif.
Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk
usahawan (ignorance is bliss for entrepreneurs). Terlalu banyak perancangan dan
penilaian berperanan memberikan masalah yang berpanjangan. Kenyataan ini tidak
benar untuk pasaran yang bersifat persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah
perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi
sebarang masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan
melalui perancangan yang teliti.
Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi
(entrepreneurs seek success but experience high failure rates). Memang benar,
kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum mereka memperolehi
kejayaan. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai
rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang.
Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim (entrepreneurs are
extreme risk takers (gamblers)). Risiko merupa elemen utama di dalam proses
keusahawanan. Pada pandangan orang awam, kebanyakkan usahawan adalah
penanggung risiko yang tinggi. Tetapi pada dasarnya, usahawan selalunya mencari
informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai aktiviti. Ini
26
bermaksud, usahawan selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang
akan berlaku.
2.3.4 Ciri-ciri Keusahawanan
Terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu diterapkan oleh seseorang individu untuk
menjadi seorang usahawan yang cemerlang. Menurut John J.Kao (1991) ciri
komitmen, keazaman, ketekunan yang tinggi (commitment, determination, and
perseverance) adalah amat penting. Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada
komitmen usahawan tersebut. Ciri ini membantu usahawan untuk mengatasi ancaman
dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan
mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan
Seterusnya ciri yang perlu diamalkan oleh usahawan adalah ciri menuju ke arah
kejayaan (Drive to Achieve). Menurut Waxler dan Wolf (1987) kejayaan merupakan
motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu,
beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar
serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan
mengenai usahawan adalah wang menjadi satu keinginan yang kuat. Usahawan
bertanggapan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan
wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.
Berorentasikan peluang (Opportunity Orientation) fokus usahawan dan mula
merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula
dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas
isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang
27
yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau
kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa
tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang
ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut Donald F.Kuratko dan
Richard M.Hodgetts (2004).
Ciri seterusnya ialah Inisiatif dan bertanggungjawab (initiative and
responsibility). Menurut Alexander, Brian Haslett dan Leonard (1997) golongan
usahawan sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di
dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang
yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif
untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup
mengambilnya.
Ciri seterusnya adalah tidak berganjak daripada kegagalan (persistent
problem solving). Menurut Moorman dan Halloran (2006) Usahawan tidak mudah
kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari
kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada.
Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding
dengan kejayaan.
Selain daripada itu, Donald F.Kuratko dan Richard M.Hodgetts (2004)
menyatakan bahawa usahawan juga perlu mempunyai sifat mencari maklumbalas
(Seeking Feedback). Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering
kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang
diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan
boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan.
28
Menurut Donald F.Kuratko dan Richard M.Hodgetts (2004), sifat kawalan
fokus dalaman (Internal Locus of Control) adalah percaya kejayaan atau kegagalan
sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan
kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh
mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan.
Mengambil kira risiko (calculated risk taking) Peter Drucker, (1970) Usahawan
bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko
yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri
didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan
usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.
Menurut Donald F.Kuratko dan Richard M.Hodgetts (2004), kreatif dan
inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi
kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif
dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan
perkhidmatan kepada para pengguna.
2.3.5 Sikap
Sikap memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan dan kegagalan
seseorang dalam usahanya. Usahawan yang berjaya sentiasa fokus kepada masa depan
yang cemerlang (Mohamad Abd. Hamid, 1996).
29
Setiap usahawan mengidamkan kejayaan besar dalam perniagaan. Kejayaan
besar bererti mereka mampu memaksimumkan keuntungan dengan meningkatkan
produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran produk serta perkhidmatan. Usahawan
yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan mestilah mempelajari dan mengamalkan
beberapa kaedah pengurusan yang cekap, betul dan berkesan usahawan perlu mengubah
sikap dengan menilai kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, pengurusan kakitangan
dan menentukan polisi dan peraturan kerja dipatuhi (Azmi Malik, 2000).
Yep Putih (1985), pula menyatakan bahawa sikap usahawan yang berjaya ialah
mereka tidak melihat persekitaran dari sudut susah atau masalah sahaja. Fikiran
usahawan tidak menjadi buntu dan terbatas memikirkan tentang kesusahan itu semata-
mata. Malah mereka menganggap ada tersembunyi peluang dan kebaikan di sebalik
ksusahan tersebut dan harus direbut dengan segera. Usahawan perlu mengamalkan
sikap yang positif yang akan mendorong usahawan untuk memikirkan dan membuat
perancangan yang terbaik untuk perniagaan. Walau bagaimanapun menurut Aziz
(1995), menyatakan bahawa sikap peniaga bumiputera yang tidak mengutamakan
bantuan daripada kerajaan dalam memaju dan meningkatkan perniagaan menjadikan
punca kegagalan kaum bumiputera bidang perniagaan.
2.4 Sorotan Kajian Lepas
30
Terdapat kajian lepas di dalam negeri yang menyokong kajian ini. Kajian
tersebut adalah kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2001) yang merupakan
bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Zabidi (2001) menjalankan sebuah kajian berkenaan minat pelajar
Teknik dan Vokasional terhadap bidang keushawanan di Sekolah Menengah Teknik di
daerah Johor Bharu. Perkara yang dikaji dalam kajian ini adalah berkena dengan
pengetahuan pelajar, punca peruntukan kewangan, tahap kemahiran yang diperolehi,
pendedahan pelajar serta pasaran dalam pengagihan barang yang dihasilkan. Seramai
156 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional terlibat sebagai
responden dalam kajian ini. Respoden telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Data
diperolehi menggunakan kaedah soal selidik. Pada keselurannya, keputusan kajian ini
menunjukkan bahawa tahap minat pelajar berada pada tahap yang memuaskan sahaja.
Tetapi dalam kajian ini respondennya adalah terdiri daripada pelajaran IPTA hal
ini disebabkan pelajar IPTA adalah golongan yang matang serta tidak lama lagi akan
memasuki alam kerjaya masing-masing. Pengkaji bertanggapan bahawa adalah wajar
memilih siswa siswi IPTA untuk mengetahui tentang presepsi mereka terhadap bidang
keusahawanan siswa.
2.5 Kesimpulan
31
Pengangguran siswazah terutama dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
bukan isu baru. Ia berpunca daripada pelbagai aspek termasuk kecilnya peluang
pekerjaan yang ditawarkan sektor awam. Kerajaan kini menggalakan siswazah
melibatkan diri dalam bidang usahawan bagi mengatasi masalah pengangguran
seterusnya dapat memperbaiki keadaan ketidakseimbangan ekonomi negara.
32
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kaedah kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang
kehendaki diperoleh oleh penyelidik. Kaedah dapat menentukan keberkesanan sesuatu
kajian dan mempengaruhi hasil dapatan yang diperoleh nanti.
Kaedah ini telah memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat dan data
yang dikehendaki dan sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga
dapat membantu penyelidik membuat analisis bagi kajian yang dijalankan.
33
3.2 Rekabentuk Kajian
Kaedah kajian yang digunakan bagi kajian ini ialah kaedah tinjauan. Penyelidik
telah menggunakan bentuk kajian diskriptif untuk mendapatkan maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kajian. Mohd Majid Konting (1990), menyatakan bahawa
kajian diskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamatkan untuk menerangkan
kaedah untuk mendapatkan maklumat yang sedang berlaku. Beliau juga menyatakan
bahawa setiap kajian memerlukan pencernaan formal untuk memperolehi satu gambaran
yang menyeluruh dan lebih menyemai sesuatu keadaan supaya perumusan persoalan
benar-benar meliputi semua aspek kajian.
Borang soal selidik digunakan sebagai alat untuk mendapatkan data dan
maklumat yang diperlukan iaitu untuk mengkaji persepsi pelajar tahun 4 SPH terhadap
bidang keusahawanan. Kajian ini terdiri daripada pemboleh ubah bersandar dan tidak
bersandar. Pemboleh ubah bersandar terdiri daripada persepsi pelajar terhadap bidang
keushawanan siswa, manakala pemboleh ubah tidak bersandar terdiri daripada faktor
minat, faktor sikap, faktor ciri-ciri dan faktor dorongan. Menurut Mohd. Najib (1999)
instrumen soal selidik adalah sesuai untuk pengukuran afektif bagi tujuan mengetahui
kecenderungan, sikap, persepsi dan sebagainya. Soal selidik adalah kaedah yang paling
mudah dan cepat untuk memperolehi maklumat penyelidikan (Mohd. Majid
Konting,1990).
34
Rajah 3.1: Pembolehubah Bersandar dan Tidak Bersandar
3.3 Subjek Kajian
3.3.1 Populasi Kajian dan Kaedah Persampelan
Responden adalah terdiri daripada pelajar perdana tahun 4 SPH. Di mana jumlah
pelajar lelaki adalah seramai 39 orang dan jumlah pelajar perempuan adalah seramai 87
orang. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah semua pelajar tahun akhir 4
SPH yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor iaitu seramai 126 orang
PEMBOLEH UBAH BERSANDAR
Persepsi pelajar
terhadap bidang
keushawanan siswa.
PEMBOLEH UBAH TIDAK
BERSANDAR
1. Faktor Minat
2. Faktor Sikap
3. Faktor Ciri-ciri
4. Faktor Dorongan
35
responden. Penyelidik tidak menggunakan kaedah persampelan. Semua populasi adalah
responden dalam kajian ini.
3.4 Instrumen Kajian
Menurut Mohd. Najib (1999), instrumen kajian akan menentukan jenis data yang
diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis pengkaji. Pengkaji telah
menggunakan soal selidik untuk memperolehi data kajian ini. Instrumen kajian ini
mengandungi dua bahagian item iaitu bahagian A dan B.
3.4.1 Soal Selidik
3.4.1.1 Bahagian A
Bahagian ini terdiri daripada maklumat am yang terdiri daripada item-item yang
berhubung dengan latar belakang responden. Antaranya jantina, bangsa, dan minat
responden.
3.4.1.2 Bahagian B
Bahagian B pula mengandungi 40 item yang menyentuh tentang persepsi pelajar
terhadap bidang keusahawanan. Kajian ini meliputi aspek minat, sikap, ciri-ciri dan
36
faktor dorongan yang mempengaruhi pelajar. Jadual 3.2 menunjukkan isi kandungan
instrumen kajian yang telah dikemukakan oleh penyelidik.
Jadual 3.2 : Kandungan Instrumen Kajian
Bahagian Penerangan Item
A Demografi Responden 3 Item
B 40 item dibina mengikut aspek
a) Faktor Minat
b) Faktor Sikap
c) Faktor Ciri-ciri
d) Faktor Dorongan
10 Item
10 Item
10 Item
10 Item
Jadual 3.3 : Pecahan Item-Item Bahagian B Mengikut Persoalan Kajian
Persoalan Kajian Bilangan item Nombor item
1 Minat 10 item 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10
2 Sikap pelajar 10 item 11,12,13,14,15,16,17,18,19,20
3 Ciri-ciri keusahawanan 10 item 21,22,23,24,25,26,27,28,29,30
4 Dorongan 10 item 31,32,33,34,35,36,37,38,39,40
Jumlah 40 item
3.5 Cara Pemarkatan
37
Pemarkatan dibuat berdasarkan skala lima mata. Daripada skor minimum 1
hingga skor maksimum 5 . Mohd Majid Konting (1990) menyatakan meskipun fakta
adalah hak semua orang tetapi tafsiran fakta adalah hak individu pengkaji. Oleh yang
demikian, pengkaji telah mengkelaskan skala pemeringkatan likert kepada 3 kategori
untuk memudahkan perbandingan.
Jadual 3.4 : Pengkelasan Skala Lima Mata
Skala asal (5 mata) Skala penyelidik ( 3 mata)
1= Sangat Tidak Setuju (STS) Sangat Tidak Setuju
2= Tidak Setuju (S) Tidak Setuju
Tidak Setuju (TS)
3=Tidak Pasti (TP) Tidak Pasti Tidak pasti (TP)
4=Setuju (S) Setuju
5=Sangat Setuju (SS) Sangat Setuju
Setuju (S)
3.5.1 Item Positif dan Negatif dalam Soal Selidik
Jadual 3.5 : Tabutan Item Positif dan Negatif
Persoalan Kajian Item Positif Item
Negatif
Jumlah
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
bagi faktor minat terhadap bidang usahawan
berdasarkan jantina?
3,7,8 dan 10
1,2,4,5,6
dan 9
10
Apakah sikap pelajar terhadap bidang
keusahawanan?
11,12,13,14,
15,16,17,18
dan 20
19
10
Apakah ciri-ciri keusahawanan yang
dimiliki oleh pelajar?
21,23,25,26,
27,28,29 dan
22, dan 24
10
38
30
Apakah foktor pendorong yang
mempengaruhi pelajar dalam bidang
keusahawanan?
31,32,33,34,
35,36,37,38,
39 dan 40
10
Jumlah 31 09 40
3.6 Kajian Rintis
Sebelum soal selidik ini diedarkan kepada responden, satu kajian rintis telah
dijalankan. Tujuan menjalankan kajian rintis adalah untuk mendapatkan
kebolehpercayaan soal selidik (Mohd. Najib, 1999). Seramai 13 orang pelajar tahun 2
telah dipilih secara rawak untuk menjawab set soal selidik bagi menguji
kebolehpercayaan soal selidik tersebut.
Set soal selidik yang mempunyai 40 item telah diedarkan kepada sampel kajian
rintis. Set soal selidik yang telah dijawab dikutip dan datanya diproses dengan
menggunakan pakej SPSS (Statistical package for social sciences). Dalam SPSS nilai
Alpha Cronbach telah dicari. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi secara keseluruhan
ialah 0.792. Sekiranya nilai 0.8 ke atas, tahap kebolehpercayaan adalah tinggi dan
menurut Alias Baba (1997) pula, nilai Alfa yang tinggi menunjukkan bahawa soalan itu
seragam.
Jadual 3.6 : Nilai Alpha Cronbach
Nilai Tahap
0.0 –0.2 Rendah (Ubah kesemua item)
39
0.2 –0.8 Sederhana (Ubah sebilangan item)
0.8 –1.0 Tinggi (Item boleh diterima)
(Sumber: Mohd Nasser, 2003)
3.7 Kajian Sebenar
Pengkaji telah mengedarkan 126 set soal selidik kepada 126 orang pelajar.
Berikut merupakan data yang berkaitan soal selidik tersebut:
Jadual 3.7 : Data Soal Selidik yang Diedar
Perkara Jumlah Peratus (%)
Soal selidik yang diedar 126 100
Soal selidik yang boleh dianalisis 107 85
Soal selidik yang tidak boleh dianalisis 19 15
Daripada data di atas, didapati peratus soal selidik yang boleh dianalisis adalah
tinggi iaitu sebanyak 85% dan hanya 15% sahaja yang tidak boleh dianalisis. Soal
selidik yang gagal dianalisis adalah disebabkan terdapat responden yang tidak
memulangkan soal selidik dan terdapat juga soal selidik yang tidak dijawab sepenuhnya
oleh responden.
40
3.8 Prosedur Kajian
Bagi mendapatkan maklumat dan data kajian ini, pengkaji telah mengikuti langkah-
langkah berikut :
3.8.1 Mendapatkan kelulusan daripada penyelia projek setelah kertas
cadangan disemak.
3.8.2 Satu perbincangan telah dibuat mengenai pernyataan masalah bagi
mendapat persetujuan penyelia, kemudian pengkaji menghasilkan
kertas cadangan.
3.8.3 Menjalankan kajian rintis dengan mengedarkan soal selidik kepada
sepuluh orang pelajar tahun 2 SPH di Universiti Teknologi
Malaysia.
3.8.4 Pengedaran dan pengumpulan borang soal selidik dilakukan oleh
penyelidik sendiri kepada pelajar tahun 4 SPH di Universiti
Teknologi Malaysia.
3.8.5 Selepas pengumpulan semua soal selidik, penyelidik akan
menganalisis data dengan menggunakan perisian komputer SPSS
For Windows dan secara manual.
41
3.9 Kaedah Analis Kajian
Dalam kajian ini, data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS 16.0 (Statistical Package For Social Science). Setiap item dianalisis dan
dikumpul mengikut pembolehubah yang telah ditetapkan dan dipersembahkan dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan min. Pengkaji telah mengkelaskan setiap item
mengikut objektif kajian dengan menggunakan skala Lima Mata dan seterusnya
mencatat kekerapan, peratusan dan min sebelum membuat rumusan.
Jadual 3.8 : Markat Skala Penyelidik
Tahap Penilaian Markat
Rendah 1.00 – 2.33
Sederhana 2.34 – 3.67
Tinggi 3.67 – 5.00
Sekiranya markat terkumpul antara 1.00 hingga 2.33, ia dikategorikan sebagai
berada pada tahap rendah, manakala markat terkumpul antara 2.34 hingga 3.67 adalah
dikategorikan sebagai tahap sederhana manakala markat 3.67 hingga 5.00 adalah
dianggap sebagai tahap yang tinggi. Skala 3 mata ini adalah dilihat sebagai lebih adil
kerana sela markat bagi setiap satu kategori adalah 1.33. Penerangan mengenai pecahan
tahap di atas dapat dilihat pada Jadual 3.8.
Jadual 3.9 : Perubahan Markat dan Skala
Skala Penyelidik ( tiga mata) Pengiraan Perbezaan
1.00 2.33 3.66 5.00
42
Rendah Sederhana Tinggi
5 – 1 = 1.333
3
Dari penganalisaan data, penyelidik telah membuat rumusan, perbincangan dan
cadangan kajian. Penyelidik memilih untuk menggunakan frekuensi, peratusan dan min
untuk menghuraikan dapatan.
3.9.1 Ujian-T
Ujian-T digunakan untuk melihat samaada wujud perbezaan yang signifikan
antara pembolehubah bebas faktor minat terhadap bidang keusahawanan mengikut
jantina. Hipotesis tersebut adalah dinyatakan dalam bentuk hipotesis nol >0.05.
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat pelajar terhadap
bidang keusahawanan mengikut jantina.
3.10 Keesahan Dan Kebolehpercayaan Soal-Selidik
Sebelum membuat kajian rintis, sampel soal-selidik (Rujuk Lampiran B) telah
diserahkan kepada pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang berpengetahuan luas
di dalam bidang perdagangan dan keusahawanan iaitu kepada Dr. Norani Bt. Mohd Nor.
43
Ini dilakukan bagi menjamin kesahan instrumen kajian. Setelah disemak Dr. Norani Bt.
Mohd Nor telah meluluskan soal selidik tanpa sebarang komen.
Manakala kebolehpercayaan instrumen kajian ini pula diperolehi melalui dapatan
dari kajian rintis yang dijalankan.
3.11 Rumusan
Penggunaan Statistical Package for The Social Science (SPSS) di dalam kajian
ini amat memudahkan penyelidik menilai data-data mentah daripada kajian rintis dan
kajian sebenar.
45
Bab ini membincangkan secara terperinci tentang hasil dapatan kajian yang
diperolehi. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar tahun 4 SPH
terhadap bidang usahawan siswa di Universiti Teknologi Malaysia Johor. Data-data
yang dikumpulkan daripada kajian ini dianalisis berdasarkan aspek-aspek penyelidikan
seperti persoalan kajian yang dinyatakan dalam bab 1. Data-data diproses dengan
menggunakan perisian komputer SPSS 16.0 For Windows dan secara manual. Analisis
melibatkan diskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan min untuk perbincangan keputusan
kajian.
Analisis dan perbincangan hasil dapatan kajian adalah berdasarkan kepada empat
objektif kajian yang telah dikemukan dalam bab pertama. Hipotesis yang dikemukakan
dalam bab 1 juga diujikan untuk menentukan penolakan atau penerimaan hipotesis.
Analisis data mengandungi maklum balas dari Bahagian A iaitu maklumat
demografi responden. Manakala bahagian B, data-data dianalisis dengan menggunakan
perisian komputer SPSS 16.0 For Windows dan ditunjukkan dalam statistik kekerapan,
peratusan dan min.
Sejumlah 126 set soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian dan
sebanyak 124 set soalan telah dikembalikan. Daripada jumlah tersebut, hanya sebanyak
107 set soalan selidik sahaja dijawab dengan lengkap oleh responden dan dapat
dianalisis oleh pengkaji.
Jadual 4.1 : Pengedaran Set Soal Selidik
Diedarkan Terima Tidak Dapat Diproses Diproses
126 124 19 107
46
4.2 Analisis Bahagian A
Analisis bahagian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi
responden dari aspek jantina dan bangsa.
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina
Jadual 4.2 : Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina.
Jantina Responden Peratusan Responden ( % )
Lelaki
Perempuan
32
75
29.9 %
70.1 %
Jumlah 107 100%
Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan responden dan pemeratusannya dari
segi jantina. Jumlah keseluruhan responden ialah sebanyak 107 orang yang terdiri
daripada 32 orang (29.9%) responden lelaki dan 75 orang (70.1%) responden
perempuan.
47
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa
Jadual 4.3 : Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa.
Bangsa Responden Peratusan Responden ( % )
Melayu
Cina
India
Lain-lain
81
12
3
11
75.7%
11.2%
2.8%
10.3%
Jumlah 107 100%
Terdapat sebanyak 81 orang (75.7%) responden adalah terdiri daripada bangsa
Melayu, 12 orang (11.2%) bangsa Cina, sebanyak 3 orang (2.8%) bangsa India dan
sebanyak 11 orang (10.3%) daripada lain-lain bangsa.
4.2.3 Taburan Responden yang Berminat Menjadi Usahawan
Jadual 4.4 : Bilangan dan Peratusan Responden yang Berminat Menjadi Usahawan
Perkara Responden Peratusan Responden ( % )
Ya 77 72.0%
Tidak 30 28.0%
Jumlah 107 100.0%
Daripada keseluruhan respondan sebanyak 77 orang (72.0%) daripadanya
berminat menjadi usahawan dan 30 orang (28.0%) tidak berminat menjadi usahawan
pada masa depan.
48
4.3 Analisis Bahagian B
Analisis bagi persoalan kajian ini adalah berdasarkan kepada item-item yang
berkisar kepada persepsi pelajar tahun 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa. Di
dalam kajian ini, terdapat 4 persoalan kajian yang ingin dikenalpasti iaitu minat, sikap,
ciri-ciri dan dorongan yang mempengaruhi pelajar kearah bidang keushawanan. Ianya
terdiri daripada 40 item kajian yang menjurus kepada 4 persoalan kajian yang utama.
Nilai min yang diperolehi melalui penganalisaan data akan menentukan
tanggapan positif atau negatif terhadap sesuatu aspek yang dikaji. Mengikut Mohd
Najib(1999) nilai min dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu rendah, sederhana dan
tinggi. Mohd Najib juga mengatakan tafsiran fakta adalah hak pengkaji walaupun fakta
adalah hak semua orang. Oleh itu pengkaji telah membuat tafsiran terhadap fakta yang
diperolehi dengan menetapkan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti
ditunjukkan dalam Jadual 4.6.
Jadual 4.5 : Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap Responden
Tahap Penilaian Min
Rendah 1.00 – 2.33
Sederhana 2.34 – 3.67
Tinggi 3.67 – 5.00
49
Sumber : Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM
(1999/2000) dalam Yusri (2000)
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1
4.3.1.1 Analisis Inferensi
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat pelajar terhadap
bidang usahawan siswa dikalangan pelajar 4 SPH mengikut jantina.
Jadual 4.6 : Analisis Ujian-T Berdasarkan Faktor Minat Mengikut Jantina
Jantina Bil Min Sisihan Piawai Ujian-t Signifikan p
Lelaki 32 2.58 0.24 2.06 0.04
Perempuan 75 2.45 0.30
*Signifikan pada aras keertian 0.05
Jadual 4.6 menunjukkan keputusan perbandingan minat terhadap bidang
keusahawanan mengikut jantina. Daripada analisis ujian-t yang dibuat, nilai ‘p’ yang
diperolehi ialah 0.04 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Oleh itu, ‘p’
lebih kecil daripada 0.05. Ini menunjukkan hipotesis nol ditolak dan menunjukkan
50
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor minat terhadap bidang keusahawanan
mengikut jantina.
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2
Jadual 4.7 : Analisis Berdasarkan Sikap Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan.
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju Bil Item f (%) f (%) f (%)
Min
11 Saya sering menyertai program-program keusahawanan.
48 44.9 15 14.0 44 41.4 1.96
12 Saya peka terhadap perkembangan bidang
38 35.5 16 15.0 53 49.5 2.14
51
keusahawanan. 13 Saya pengenal usahawan-
usahawan tempatan yang berjaya.
41 38.3 15 12.1 53 49.5 2.11
14 Saya tidak suka bekerja bawah orang lain.
29 27.1 12 11.2 66 61.7 2.34
15 Saya akan menggalakan rakan saya untuk menjadi seorang usahawan.
12 11.2 7 6.5 88 82.2 2.71
16 Saya boleh bertindak secara positif terhadap sebarang cabaran.
9 8.4 26 24.3 72 67.3 2.59
17 Saya pernah berbincang dengan rakan untuk menubuhkan perniagaan sendiri.
24
22.4
11
10.3
72
67.3
2.45
18 Saya suka mendengar cerita-cerita tentang usahwan berjaya.
11 10.3 10 9.3 86 80.4 2.70
19 *
Saya tidak akan fokus kepada rancangan perniagaan dalam rancangan televisyen
77 72.0 10 9.3 20 18.7 2.53
20 Saya akan bertanggungjawab terhadap perniagaan keluarga pada masa akan datang.
21 19.6 17 15.9 69 64.5 2.45
Skor Keseluruhan 31 29.0 14 12.8 62 58.3 2.39* adalah item negatif didalam soal selidik
52
Rajah 4.1 : Analisis Berdasarkan Sikap Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan
Analisis terhadap sikap pelajar terhadap bidang keusahawanan terdapat dalam
item-item 11 hingga 20. Dalam item 11, sebanyak 44.9% (48 orang) responden tidak
bersetuju dengan item yang berbunyi ‘saya sering menyertai program-program
keusahawanan’. Sebanyak 41.4% (44 orang ) bersetuju bahawa mereka sering
menyertai program-program keusahawanan. Item ini mempunyai nilai min yang paling
rendah sekali iaitu sebanyak 1.96.
Item No.12 iaitu, ‘saya peka terhadap perkembangan bidang keusahawanan’.
Sebanyak 35.5% (38 orang) responden tidak bersetuju dengan item 12, manakala
bilangan responden yang bersetuju adalah sebanyak 49.5% (53 orang) responden.
Responden yang menjawab tidak pasti ialah sebanyak 15.0% (16 orang) dan min berada
pada tahap sederhana iaitu 2.14.
53
Item No. 13 iaitu, ‘saya pengenal usahawan-usahawan tempatan yang berjaya’.
Menunjukkan peratusan responden yang tidak bersetuju ialah berjumlah 38.3% (41
orang) responden manakala peratusan responden yang bersetuju dengan item ini ialah
sebanyak 49.5% (53 orang) dengan jumlah min sebanyak 2.11.
Sebanyak 27.1% (29 orang) responden tidak bersetuju dengan item 14 iaitu,
‘saya tidak suka bekerja bawah orang lain’. 61.7% (66 orang) responden bersetuju
dengan item ini, manakala 11.2% (12orang) responden menjawab tidak pasti. Min bagi
item ini ialah sebanyak 2.34.
Item 15 iaitu, ‘saya akan menggalakan rakan saya untuk menjadi sebagai seorang
usahawan’. Peratusan tidak bersetuju dengan item ini ialah 11.2% (12 orang) responden
manakala peratusan responden yang bersetuju ialah 82.2% (88 orang). Responden yang
tidak dapat pastikan jawapan mereka ialah sebanyak 6.5% (7 orang). Jumlah min ialah
sebanyak 2.71.
Seramai 67.3% (72 orang) responden bersetuju dengan item 16 iaitu ‘saya boleh
bertindak secara positif terhadap sebarang cabaran’. 8.4% (9 orang) responden tidak
bersetuju dengan item ini dan seramai 26 orang atau 24.3% menjawab tidak pasti. Min
bagi item ini ialah sebanyak 2.59 berada pada tahap yang sederhana.
Hasil dapatan kajian bagi item 19 menunjukkan 72.0% (77orang) responden
tidak setuju dengan item yang berbentuk ‘saya tidak akan fokus kepada rancangan
perniagaan dalam rancangan televisyen’. Sebanyak 18.7% (20 orang) responden sahaja
yang bersetuju. Min bagi item ini ialah sebanyak 2.53.
54
Bagi item 20 iaitu ‘saya akan bertanggungjawab terhadap perniagaan keluarga
pada masa akan datang’. Didapati 19.6% (21 orang) responden tidak bersetuju dengan
kenyataan ini, manakala 64.5% (69 orang) bersetuju. Min adalah sederhana iaitu 2.45.
Berpandukan jadual 4.7 dapat membuat kesimpulan bahawa kebanyakkan pelajar
bersikap positif terhadap bidang keusahawanan iaitu dengan purata peratusan bersetuju
sebanyak 58.3% (62 orang). Purata peratusan tidak bersetuju ialah 29.0% (31 orang)
dan yang tidak pasti ialah 12.8% (14 orang). Purata min bernilai 2.39 iaitu pada tahap
sederhana.
55
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3
Jadual 4.8 : Analisis Berdasarkan Ciri-Ciri Keusahawanan Dalam Diri Pelajar.
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju Bil Item f (%) f (%) f (%)
Min
21 Saya suka mengetuai dan mengawasi sesuatu aktiviti.
22 20.6 17 15.9 68 63.6 2.43
22 *
Saya tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti yang berisiko tinggi.
67 62.6 11 10.3 29 27.1 2.36
23 Saya lebih suka memulakan sesuatu bersendirian walaupun akan dipertanggungjawab atas segala kegagalan.
30
28.0
4
3.7
73
68.2
2.40
24 *
Saya lebih senang hati menjalankan sesuatu yang pernah dijalankan oleh orang lain sebab mudah untuk melaksanakannya.
67 62.6 6 5.6 34 31.8 2.31
25 Sebelum memulakan sesuatu tugas saya akan menelitinya terlebih dahulu dan merancang bagaimana untuk menyelesaikannya.
6
5.6
13
12.1
88
82.2
2.77
26 Keinginan untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk wang, pengiktirafan atau penghormatan.
8 7.5 18 16.8 81 75.7 2.68
27 Saya berkebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri.
11 10.3 9 8.4 87 81.3 2.71
28 Saya akan sentiasa mencuba sehingga mencapai matlamat tertentu.
6 5.6 13 12.1 88 82.2 2.77
29 Saya suka kerja yang mencabar di mana saya boleh menggunakan kreativiti dan kebolehan diri.
13
12.1
6
5.6
88
82.2
2.70
30 Saya boleh memulakan dan menjalankan sesuatu kerja tanpa bantuan orang lain
34 31.8 6 5.6 67 62.6 2.31
56
Skor Keseluruhan 26 24.7 10 9.6 70 65.7 2.50* adalah item negatif didalam soal selidik
Rajah 4.2 : Analisis Berdasarkan Ciri-Ciri Keusahawanan dalam Diri Pelajar.
Dapatan yang diperolehi berkaitan ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar
ditunjukkan dalam Jadual 4.8.
Item No.21 iaitu, ‘saya suka mengetuai dan mengawasi sesuatu aktiviti’.
Sebanyak 20.6% (22 orang) responden tidak bersetuju dengan item tersebut, manakala
bilangan responden yang bersetuju adalah 63.6% (68 orang) responden. Responden
yang menjawab tidak pasti ialah 15.9% (17 orang) dan min berada pada tahap sederhana
iaitu 2.43.
57
Item No. 22 iaitu, ‘saya tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti yang berisiko
tinggi’, didapati peratusan responden yang tidak bersetuju ialah berjumlah 62.6%
(67orang) responden manakala peratusan responden yang bersetuju dengan item ini ialah
sebanyak 27.1% (29 orang) dengan jumlah min sebanyak 2.36.
Sebanyak 62.6% (67 orang) responden tidak bersetuju dengan item 24 iaitu,
‘saya lebih senang hati menjalankan sesuatu yang pernah dijalankan oleh orang lain
sebab mudah untuk melaksanakannya’. Sebanyak 31.8% (34 orang) responden
bersetuju dengan item ini, manakala 5.6% (6 orang) responden menjawab tidak pasti.
Min bagi item ini ialah sebanyak 2.31.
Bagi item 26 iaitu, ‘keinginan untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk wang,
pengiktirafan atau penghormatan’. Peratusan responden yang tidak bersetuju dengan
item ini ialah 7.5% (8 orang) manakala peratusan responden yang bersetuju ialah
sebanyak 75.7 % (81 orang). Min berada pada 2.68.
Seramai 82.2% (88 orang) responden bersetuju dengan item 28 iaitu ‘saya akan
sentiasa mencuba sehingga mencapai matlamat tertentu’. 5.6% (6 orang) responden
tidak bersetuju dengan item ini dan seramai 13 orang atau 12.1% menjawab tidak pasti.
Min bagi item ini ialah sebanyak 2.77 berada pada tahap sederhana.
Bagi item 29, saya suka kerja yang mencabar di mana ‘saya boleh menggunakan
kreativiti dan kebolehan diri’, peratusan setuju dengan item ini ialah sebanyak 82.2%
(88 orang) responden manakala peratusan responden yang tidak bersetuju ialah sebanyak
12.1% (13 orang) dan yang menjawab tidak pasti sebanyak 5.6% (6 orang). Jumlah min
ialah sebanyak 2.70.
58
31.8% (34 orang) responden tidak bersetuju dengan item ‘saya boleh memulakan
dan menjalankan sesuatu kerja tanpa bantuan orang lain’. 62.6% (67orang) responden
setuju dengan item ini dan selebihnya seramai 6 orang atau 5.6% responden menjawab
tidak pasti. Min bagi item ini ialah sebanyak 2.31.
Kesimpulannya berdasarkan jumlah purata keseluruhan yang ditunjukkan dalam
jadual 4.8, didapati peratusan responden yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam
diri pelajar adalah sebanyak 65.7% (70 orang). Peratusan responden yang tidak
bersetuju ialah sebanyak 24.7% dan responden yang menjawab tidak pasti ialah
sebanyak 96.1%. Min keseluruhan sebanyak 2.5 iaitu pada tahap sederhana.
59
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4
Jadual 4.9 : Analisis Berdasarkan Dorongan yang Mempengaruhi Pelajar.
Tidak Setuju
Tidak Pasti Setuju Bil Item
f (%) f (%) f (%)Min
31 Ahli keluarga saya terlibat dalam bidang keusahawanan. 43 40.2 10 9.3 59 50.5 2.10
32 Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di universiti seperti seminar, kursus dan minggu keusahwanan menyebabkan saya berminat menjadi usahawan.
30 28.0 14 13.1 63 58.9 2.31
33 Rakan-rakan saya selalu menggalakkan saya untuk menjadi seorang usahawan.
23 21.5 31 29.0 53 49.5 2.28
34 Program-program usahawan dapat membantu meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang usahawan.
26 24.3 11 10.3 70 65.4 2.41
35 Ibu bapa saya sentiasa memberi galakan kepada saya supaya menjadi usahawan.
27
25.2
12
11.2
68
63.6
2.38
36 Ahli keluarga saya sedia membantu saya dari segi kewangan untuk memulakan sesuatu perniagaan.
25 23.4 15 14.0 67 62.6 2.39
37 Ibu bapa akan memberi pujian apabila saya menghadiri program keusahawanan.
30 28.0 17 15.9 60 56.1 2.28
38 Pensyarah banyak mengalakkan saya untuk menjadi seorang usahawan. 10 9.3 26 24.3 71 66.4 2.57
39 Tokoh-tokoh usahawan yang berjaya menimbulkan minat saya terhadap 22 20.6 26 24.3 59 55.1 2.35
60
bidang usahawan. 40 Ibu bapa saya melibatkan saya ke
dalam perniagaan keluarga sejak kecil lagi.
50 46.7 11 10.3 46 43.0 1.96
Skor Keseluruhan 27 26.7 17 16.1 62 57.1 2.30
Rajah 4.3 : Analisis Berdasarkan Dorongan yang Mempengaruhi Pelajar
Analisis terhadap apakah faktor pendorong yang mempengaruhi pelajar dalam
bidang keusahawanan terdapat dalam item-item 31 hingga 40. Dalam item 32, sebanyak
28.0% (30 orang) responden tidak bersetuju dengan item yang berbunyi ‘aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum di universiti seperti seminar, kursus dan minggu keusahawanan
menyebabkan saya berminat menjadi usahawan’. 58.9% (63 orang) bersetuju dengan
item ini. Min untuk item ini ialah 2.31.
Bagi item 33, ‘rakan-rakan saya selalu menggalakkan saya untuk menjadi
seorang usahawan’. Bagi item ini seramai 23 orang atau 21.5% responden tidak
61
bersetuju manakala seramai 53 orang atau 49.5% responden bersetuju. Min bagi item
ini ialah 2.28.
24.3% (26 orang) responden tidak bersetuju dengan item 34 iaitu ‘program-
program usahawan dapat membantu meningkatkan semangat saya untuk menjadi
seorang usahawan’. 65.4% (70 orang) responden bersetuju bahawa program-program
usahawan membantu meningkatkan semangat untuk menjadi seorang usahawan. Min
bagi soalan ini ialah 2.41.
Item No. 37 iaitu, ‘ibu bapa akan memberi pujian apabila saya menghadiri
program keusahawanan’. 28.0% (30 orang) responden tidak bersetuju dengan kenyataan
ini, manakala responden yang bersetuju ialah 56.1% (60 orang). 15.9% (17orang)
responden menjawab tidak pasti. Min bagi item ini ialah 2.28.
9.3% (10 orang) responden tidak bersetuju dengan item 38 yang berbunyi
‘pensyarah banyak mengalakkan saya untuk menjadi seorang usahawan’. Sementara
66.4% (71 orang) responden bersetuju bahawa pensyarah-pensyarah UTM banyak
memberi galakkan kepada pelajar. Min bagi item ini ialah 2.57.
Item No. 40 iaitu, ‘ibu bapa saya melibatkan saya ke dalam perniagaan keluarga
sejak kecil lagi’. 46.7% (50 orang) responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini,
manakala responden yang bersetuju ialah 43.0% (46 orang). Sebanyak 10.3% (11
orang) responden menjawab tidak pasti. Min bagi item ini ialah 1.96 pada tahap yang
rendah.
62
Sebagai rumusan bagi persoalan kajian 4 dapatlah dikatakan bahawa dorongan
daripada pelbagai pihak menjurus pelajar berminat kepada bidang keusahawanan.
Purata peratusan responden yang bersetuju ialah 57.1% (62 orang) dan yang tidak
bersetuju adalah 26.7% (27 orang). 16.1% (17orang) menjawab tidak pasti dengan
jawapan mereka. Min purata ialah 2.30 iaitu pada tahap yang rendah.
4.4 Kesimpulan
Jadual 4.10 : Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian
Purata
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti
Setuju Bil Persoalan Kajian
N % N % N %
Min
Tah
ap
1. Apakah sikap pelajar terhadap
bidang keusahawanan? 31 29.0 14 12.8 62 58.3 2.39
Sede
rhan
2. Apakah ciri-ciri keusahawanan
yang dimiliki oleh pelajar? 26 24.7 10 9.61 70 65.7 2.50Se
derh
an
3. Apakah faktor pendorong yang
mempengaruhi pelajar dalam
bidang keusahawanan?
27 26.7 17 16.1 62 57.1 2.30
Ren
dah
63
Rajah 4.4 : Perbandingan Keseluruhan Dapatan Persoalan Kajian Mengikut Peratus.
Jadual 4.10 menunjukkan perbandingan keseluruhan dapatan persoalan kajian
mengikut peratus, Persoalan kajian yang kedua adalah mengenai sikap pelajar terhadap
bidang keusahawanan. Di dapati seramai 58.3% (62 orang) responden mempunyai sikap
yang positif atau baik terhadap bidang usahawan dan 29.0% (31 orang) tidak bersikap
positif. Min bagi persoalan kajian ini adalah 2.39 dan ianya juga berada pada tahap
sederhana .
Bagi menjawab persoalan kajian ketiga yang mempersoalkan mengenai ciri-ciri
keusahawanan yang dimiliki oleh pelajar, didapati majoriti responden iaitu 65.7% (70
orang) responden mempunyai ciri-ciri usahawan dan hanya seramai 24.7% (26 orang)
adalah tidak mempunyai ciri-ciri usahawan. Min pada tahap sederhana iaitu 2.50.
64
Dapatan bagi menjawab persoalan kajian keempat yang mempersoalkan
mengenai dorongan yang mempengaruhi pelajar ke arah bidang keusahawanan
menunjukkan bahawa 57.1% (62 orang) responden bersetuju dan 26.7% (27 orang)
responden tidak bersetuju. Min bagi persoalan kajian ini berada pada tahap yang rendah
iaitu 2.30.
Secara puratanya, hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden yang
mewakili pelajar tahun akhir 4 SPH yang sedang menuntut di UTM, Johor iaitu 65.7%
(70 orang) responden memiliki ciri-ciri usahawan dalam diri mereka.
65
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini empat tajuk utama iaitu rumusan, perbincangan, cadangan kajian
dan cadangan kajian lanjutan akan dibincangkan. Penyelidik akan merumuskan seluruh
kajian ini dengan menekankan kepada isi utama Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan Bab 4. Ini
termasuklah objektif kajian, persoalan kajian dan statistik yang digunakan. Penyelidik
juga akan membuat kesimpulan berdasarkan keputusan kajian. Ini diikuti dengan
perbincangan yang terperinci berdasarkan aspek-aspek dalam persoalan kajian. Di akhir
bab ini, cadangan akan disarankan untuk tujuan kepentingan beberapa pihak tertentu.
66
Penyelidik membincangkan hasil daripada analisis data berdasarkan kepada
objektif kajian iaitu:
i. Mengenalpasti perbezaan minat terhadap bidang keusahawanan
mengikut jantina.
ii. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidang keusahawanan.
iii. Mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar.
iv. Mengenalpasti dorongan yang mempengaruhi pelajar.
Pengkaji menetapkan tiga tahap bagi setiap pemboleh ubah iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Mohd.Najib (1999) menyatakaan meskipun faktor adalah hak
individu penyelidik. Jadual 5.1 menunjukkan darjah penilaian terhadap responden yang
digunakan oleh penyelidik.
Jadual 5.1 : Tahap Pemboleh Ubah
PENILAIAN TAHAP / KEDUDUKAN
70.0 % - 100.0 % Tinggi
40.0 % - 69.9 % Sederhana
0.0 % - 39.9 % Rendah
67
Seterusnya, hasil daripada rumusan dan perbincangan yang telah dikemukakan,
penyelidik akan membuat penilaian keseluruhan berhubung dengan kajian yang telah
dibuat. Seterusnya penyelidik akan mengemukakan beberapa cadangan hasil daripada
pemerhatian, perbincangan dan bacaan luar yang diperolehi bagi mengukuhkan kajian
ini.
5.2 Rumusan Kajian
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar tahun 4
SPH (ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan) (kemahiran hidup) terhadap
bidang usahawan siswa. Kajian berbentuk deskriptif telah dijalankan untuk
mendapatkan data. Soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk meninjau latar
belakang dan persoalan kajian. Skala Likert digunakan untuk menilai dapatan.
Di dalam mengenalpasti persepsi pelajar tahun 4SPH, 4 persoalan kajian telah
dikemukakan iaitu dari segi minat terhadap bidang usahawan, ciri-ciri keusahawanan
dalam diri pelajar, sikap pelajar terhadap bidang usahawan dan dorongan yang
mempengaruhi pelajar kearah keushawanan. Seramai 107 orang responden pelajar dari
tahun akhir telah dipilih dan dijadikan responden untuk kajian ini. Data mentah yang
diperolehi daripada kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer
SPSS 16.0 For Windows dan secara manual. Analisis data kajian dilakukan secara
diskriptif dengan mengira kekerapan, peratusan dan min.
Data diperolehi melalui pengedaran kertas soalselidik. Soalselidik telah
dibuktikan keesahannya oleh seorang pakar yang berkaliber iaitu Dr. Norani Bt Mohd
68
Nor. Soalselidik terdiri dari 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
adalah mengenai biodata responden yang terdiri dari 2 item. Bahagian B pula terdiri
daripada 40 item yang mempersoalkan mengenai persepsi pelajar.
Di dalam Bab 5 ini lebih membincangkan mengenai rumusan, perbincangan
dan cadangan yang sesuai bagi membantu pelajar 4 SPH, Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bharu memperbaiki diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan
yang berkaliber.
5.2.1 Rumusan Analisis Biodata Responden
Seramai 107 responden telah digunakan dalam kajian ini. Butir-butir tentang diri
responden diperolehi dari Bahagian A borang soalselidik. Responden yang terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada 32 orang responden lelaki dan 75 orang responden
perempuan. Sebanyak 75.5% responden adalah berbangsa Melayu, 11.2 % berbangsa
Cina, 10.3% berbangsa lain-lain dan 2.8% ialah India.
5.2.1 Rumusan Analisis Persoalan Kajian
5.2.1.1 Perbezaan Signifikan Antara Faktor Minat Mengikut Jantina
Daripada analisis kajian yang telah dijalankan, nilai signifikan yang diperolehi
adalah 0.04, di mana nilai ini adalah lebih kecil berbanding nilai Alpha 0.05. Oleh itu,
69
hipotesis nol ditolak. Dengan itu boleh dibuat anggapan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan di antara faktor minat mengikut jantina.
Dapatan kajian penyelidik ini adalah bertepatan dengan Abdul Patah Mahmood
(2006) yang menyatakan bahawa golongan wanita lebih menguasai bidang
keusahawanan berbanding lelaki. Di samping itu, hasil kajian penyelidik juga adalah
seiring dengan kajian yang diperoleh oleh Noran Fauziah Yaakub(2002) menyatakan
bahawa usahawan wanita menunjukkan skor yang memberangsangkan berbanding
dengan usahawan lelaki. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa pencapaian
usahawan wanita adalah lebih tinggi berbanding dengan usahawan lelaki. Dapatan-
dapatan diatas mengukuhkan lagi hasil kajian ini.
5.2.2.3 Mengenalpasti Sikap Pelajar Terhadap Bidang Keusahawanan.
Persoalan kajian kedua dalam kajian ini adalah mengenai sikap pelajar terhadap
bidang keusahawanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden 58.3%
dari mereka mengamalkan sikap yang positif terhadap keusahawanan. Sikap yang
paling dominan ialah suka mendengar tentang cerita-cerita usahawan berjaya dengan
min 2.70.
Dapatan dari hasil analisis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa 82.2%
akan menggalakkan rakan mereka untuk menjadi seorang usahawan pada masa akan
datang. Manakala 80.4% pelajar suka mendengar cerita-cerita tentang usahawan
berjaya, 64.5% akan bertanggungjawab terhadap perniagaan keluarga pada masa akan
datang dan 67.3% pernah berbincang dengan rakan untuk menubuhkan perniagaan
sendiri.
70
Bagi persoalan kajian ini 29.0% tidak bersikap positif terhadap bidang
keusahawanan. Kebanyakan dari mereka kurang menyertai program-program
keusahawanan, kurang peka terhadap perkembangan bidang keusahawanan serta tidak
mengenali usahawan-usahawan tempatan yang berjaya.
Secara puratanya, bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, analisis hasil
kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar berada pada tahap sederhana.
5.2.2.4 Mengenalpasti Ciri-ciri Keusahawanan Dalam Diri Pelajar.
Persoalan kajian ketiga mengenai ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar
terjawab apabila hasil analisis menunjukkan bahawa ciri-ciri keusahawanan yang juga
berada pada tahap sederhana. Merancang sesuatu tugasan sebelum memulakannya serta
tidak putus asa dengan mudah merupakan ciri-ciri yang paling dominan dapat dilihat
dalam diri pelajar.
Peratusan keseluruhan menunjukkan 65.7% daripada mereka mempunyai ciri-
ciri keusahawanan. 82.2% daripada mereka sentiasa memulakan sesuatu tugas akan
menelitinya terlebih dahulu dan merancang bagaimana untuk menyelesaikannya, 82.2%
akan sentiasa mencuba sehingga mencapai matlamat tertentu, 82.2% suka kerja yang
mencabar di mana ‘saya boleh menggunakan kreativiti dan kebolehan diri’ dan 81.3%
berkebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri. Ciri-ciri tersebuat
menunjukkan pelajar mengamalkan ciri-ciri usahawan dalam menyelesaikan masalah.
71
Sebanyak 24.7% pelajar tidak mengamalkan ciri-ciri usahawan dalam aktiviti
harian mereka. Mereka lebih senang hati menjalankan sesuatu yang pernah dijalankan
oleh orang lain sebab mudah untuk melaksanakan.
5.2.2.5 Mengenalpasti dorongan yang mempengaruhi pelajar.
Dapatan kajian bagi aspek dorongan yang mempengaruhi pelajar kearah
keusahawanan berada pada tahap yang sederhana iaitu 57.1%. Ini menjawab persoalan
kajian keempat mengenai dorongan yang mempengaruhi pelajar di mana dapatan
menunjukkan bahawa dorongan yang diterima menjurus pelajar ke arah keusahawanan
pada tahap yang sederhana sahaja. Hasil dapatam menujukkan bahawa program-
program keusahawanan yang dijalankan merupakan dorongan yang paling dominan
mempengaruhi pelajar. 66.4% bertanggapan bahawa pensyarah banyak mengalakkan
mereka supaya menjadi seorang usahawan pada usia muda, 65.4% berpendapat
program-program usahawan dapat membantu meningkatkan semangat untuk menjadi
seorang usahawan dan 63.6% ibu bapa sentiasa memberi galakan supaya menjadi
usahawan.
Manakala 26.7% responden pula tidak bersetuju bahawa dorongan
mempengaruhi mereka ke arah bidang keusahawanan. Kebanyakkan dari mereka
kurang mendapat dorongan kerana ahli keluarga mereka tidak terlibat dalam bidang
keusahawanan dan ibu bapa mereka kurang melibatkan mereka dalam perniagaan
keluarga sejak kecil lagi.
72
5.2.3 Keseluruhan Rumusan
Secara keseluruhan, prestasi pelajar 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa
masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa aspek-aspek yang dikaji semuanya berada pada tahap sederhana sahaja.
Diantara ketiga-tiga aspek kajian aspek ciri-ciri berada pada tahap yang tinggi sedikit
iaitu sebanyak 65.7%. Pelajar memiliki ciri-ciri usahawan seperti menelitinya terlebih
dahulu dan merancang sesuatu tugas untuk menyelesaikannya (82.2%), mencuba
sehingga mencapai matlamat tertentu (82.2%), suka aktiviti yang mencabar di mana
boleh menggunakan kreativiti dan kebolehan diri (82.2%), menyelesaikan masalah
dengan sendiri (81.3%) dan keinginan untuk mendapatkan ganjaran (75.7%). Ini
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar 4 SPH Universiti Teknologi Malaysia Johor
Bharu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan siswa dalam diri mereka.
5.3 Perbincangan
Perbincangan dibuat berdasarkan rumusan mengenai setiap item di dalam soal-
selidik yang digunakan. Perbincangan merangkumi aspek minat, sikap, ciri-ciri dan
dorongan di kalangan pelajar 4SPH yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia.
73
5.3.1 Aspek Minat
Persoalan kajian pertama dalam kajian ini adalah mengenai minat pelajar
terhadap bidang keusahawanan. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden
mempunyai minat untuk menjadi usahawan siswa pada masa akan datang dalam diri
mereka.
Seseorang yang berminat menjadi seorang usahawan sebenar adalah mereka
yang peka terhadap perkembangan bidang keusahawanan serta cuba merebut peluang
yang wujud di sekeliling mereka. Ianya bersesuaian dengan pandangan yang
dikemukakan oleh Aziz (1998) iaitu usahawan adalah lebih bersemangat berbanding
dengan kebanyakan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan
mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga
tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai piawaian (standard) yang tinggi,
bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun. Beliau
menyatakan bahawa usahawan perlu ada minat dan semangat yang tinggi kerana iainya
penting untuk membantu usahawan berjaya dalam sesuatu perniagaan yang diceburi.
5.3.2 Aspek Sikap
Bagi menjawab persoalan kajian kedua, Secara umumnya, pelajar menunjukkan
sikap yang positif terhadap keusahawanan. Sikap keusahawanan juga memainkan
peranan penting dalam membentuk usahawan muda Negara. Pelajar menunjukkan sikap
yang bersungguh-sungguh terhadap keusahawanan. Pernyataan ini juga disokong oleh
74
Nor Aishah (2002), yang berpendapat bahawa seseorang usahawan itu perlu mempunyai
kualiti personaliti yang positif dari aspek sikapnya terhadap perniagaan yang dijalankan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Zuraini (2000), usahawan perlu tampil
dengan sikap yang gigih dan bersemangat yang tinggi serta sanggup menghadapi risiko
seterusnya merebut peluang-peluang yang ada. Seseorang usahawan yang mempunyai
sifat kendiri yang positif mampu melihat peluang-peluang yang ada tanpa disedari oleh
orang lain. Hal ini penting bagi usahawan siswa untuk merebut peluang yang wujud di
sekeliling mereka dan untuk terus maju dalam perniagaan mereka.
Kesimpulannya, kelahiran usahawan siswa di kalangan pelajar adalah
dipengaruhi oleh sikap mereka sendiri. Sikap usahawan yang positif dan bersedia
menghadapi cabaran dalam era globalisasi akan menjamin masa depan yang cemerlang.
Ini bertepatan dengan pendapat Teo (1991), yang mengatakan kejayaan atau kegagalan
seseorang usahawan bergantung kepada sikap dan kecekapan diri.
5.3.3 Aspek Ciri-ciri
Persoalan kajian ketiga terjawab apabila dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan responden mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam diri mereka. Gabungan
ciri-ciri usahawan dalam diri pelajar akan memberi titik permulaan kepada arah tujuan
dan kecenderungan untuk bertindak terhadap sesuatu stimulasi yang berhadapan
dengannya. Terdapat banyak ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang usahawan
yang berjaya. Ciri-ciri tersebut juga terdapat dalam diri pelajar 4 SPH.
75
Ramai manusia gagal dalam mencapai matlamat hidup mereka lantaran tidak
yakin pada diri sendiri. Untuk mengharungi dunia keusahawanan yang penuh cabaran,
individu yang bergelar usahawan itu perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri
sendiri. Ini bertepatan dengan pendapat Bink dan Vale (1990) yang mengatakan
seseorang individu harus mempunyai keyakinan diri terhadap kemampuan diri untuk
membuat keputusan atau menyahut sesuatu cabaran.
5.3.4 Aspek Dorongan
Berdasarkan kepada hasil kajian, faktor dorongan dilihat telah memberi
sumbangan yang besar dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang
keusahawanan. Hasil kajian menunjukkan aspek dorongan menjadi faktor penting dalam
merealisasikan usahawan siswa.
Keluarga dan masyarakat merupakan dua entiti berpengaruh dalam pengambilan
keputusan oleh individu yang menjadi ahli keluarga dan ahli masyarakat. Perubahan
zaman dan kepesatan pembangunan menyaksikan pandangan keluarga dan masyarakat
juga telah berubah. Ibu bapa tidak lagi menghalang anak-anak mereka khususnya pelajar
lepasan IPT untuk menceburi bidang keusahawanan sekaligus melihat insentif yang
ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada golongan siswa. Masyarakat juga tidak lagi
memandang rendah kepada usahawan muda sebaliknya menghormati keputusan mereka
malah turut memberikan sokongan dan bantuan.
76
Menurut Mohd.Salleh (1994), ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan mental, emosi, dan fizikal pelajar. Kebolehan yang ada pada anak-anak
mereka seharusnya dipupuk, diberikan pujian, galakan serta ganjaran. Hal ini, akan
menyebabkan berlakunya rangsangan yang positif dalam diri pelajar.
Pensyarah juga selalu mendorong pelajar supaya berjaya dalam bidang yang
diceburi. Suntikan semangat ini adalah sebagai satu motivasi untuk menggalakkan pelajar
agar terus berjaya dan berusaha ke tahap yang lebih tinggi. Pada masa yang sama,
pensyarah sentiasa menyampaikan maklumat-maklumat yang berfaedah tentang
keusahawanan semasa pembelajaran.
Menurut Hishamuddin semasa berkongsi pengalamannya beliau berkata bahawa
”Saya tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi saya mendapat
maklumat tentang bidang ini semasa belajar di UTM di dalam bidang
pemetaan digital (digital mapping). Dari situlah saya terdorong untuk
menceburi bidang ini kerana saya melihat potensi multimedia dalam
konteks yang luas dalam jangka masa yang pendek dan modal yang
rendah”.
(Sumber: Anugerah Usahawan ICT 2003)
Ini menunjukkan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah
di IPT berperanan penting mendorong pelajar untuk menceburi bidang
keusahawanan yang semakin berkembang.
77
5.4 Cadangan Kajian
Merujuk kepada dapatan dan perbincangan yang telah dilakukan, maka
cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi membantu melahirkan lebih ramai
usahawan siswa serta membentuk satu persepsi yang baik terhadap bidang
keusahawanan.
5.4.1 Pihak Pelajar
5.4.1.1 Pelajar perlu memupuk minat terhadap bidang keusahawanan kerana
keusahawanan juga merupakan satu kerjaya yang profesional. Pelajar perlu
aktif melibatkan diri dalam program-program usahawan yang dianjurkan
oleh pihak Universiti dan peka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan
dengan keusahawanan.
5.4.1.2 Pelajar seharusnya bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang keusahawanan dengan
mengambil peluang dari kursus-kursus dan latihan-latihan yang berkaitan
dengan keusahawanan.
78
5.4.1.3 Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti dengan kerjasama MECD perlu
mempelbagaikan Program Keusahawanan Siswa dengan memberi
peruntukan kepada pelajar supaya meningkatkan minat pelajar kepada
keusahawanan.
5.4.2 Pihak Universiti / Fakulti Pendidikan
5.4.2.1 Pihak universiti pula perlu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan usahawan di dalam serta diperingkat universiti.
5.4.2.2 Subjek-subjek yang menerapkan unsur usahawan perlu dijadikan sebagai
subjek teras.
5.4.3 Pihak Pensyarah
5.4.3.1 Pensyarah perlu mengenalpasti cara-cara untuk memupuk semangat
keusahawanan dan menyediakan bahan pengajaran kearah keusahawanan.
5.4.4 Ibubapa
5.4.4.1 Mempertingkatkan kesedaran ibu bapa serta masyarakat umumnya berkaitan
keusahawanan.
79
5.4.4.2 Perlu memupuk dan memberi dorongan kepada anak-anak mereka dapat
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan kepada dapatan perbincangan dan rumusan kajian, pengkaji
mencadangkan beberapa kajian kepada pengkaji-pengkaji akan datang. Cadangan-
cadangan tersebut adalah seperti berikut :
i. Dicadangkan agar pengkaji akan datang dapat mengubahsuai item soal selidik
yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
ii. Kajian ini hanya dijalankan dikalangan pelajar tahun akhir, 4 SPH, Fakulti
Pendidikan di mana bilangan populasi adalah kecil. Dicadangkan kepada
pengkaji yang akan datang untuk memperluaskan sampel kajian yang melibatkan
pelajar kursus lain Fakulti Pendidikan.
iii. Saiz sampel perlu diperbanyakkan dengan melibatkan lebih responden dan
membuat perbandingan di antara kaum.
iv. Instrumen kajian yang lain boleh digunakan bagi menambahkan kesahan dan
nilai kebolehpercayaan kajian seperti ini kerana kaedah soal selidik mempunyai
80
kelemahannya yang tersendiri. Instrumen kajian seperti kaedah temuduga dan
pemerhati boleh digunakan bagi memantapkan dapatan kajian.
5.6 Penutup
Setelah perbincangan dan rumusan dari kajian ini di buat, secara keseluruhan
didapati persepsi pelajar 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa masih perlu diperbaiki
dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Penglibatan pelajar dalam program-program
keusahawanan juga tidak menggalakkan. Usahawan siswa amat diperlukan oleh Negara
yang akan mendorong kepada perkembangan ekonomi Negara.
Bibliografi
Abdul Aziz Yusof (1998). Asas-asas Keusahawanan. Petaling Jaya : Prentice
Hall.
Adnan Alias et al (1997). Keushawanan. MEDEC.
Afiuddin Hj. Omar (1982). Pengurusan Pembangunan. Kedah : Lembaga.
81
Ahmad Zabidi B.MD Taib (2001). Minat Pelajar Teknik dan Vokasional Terhadap
Bidang Keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bharu.
UTM : Projek Sarjana Muda.
Alexander L.M.Dingee, Brian Haslett and Leonard E.Smollen (1997). Pratt’s Guide to
Venture Sources,pp 23-28 by Securities Data Publishing.
Alias Baba (1997). Statistik Penyelidikan dalam Sains Sosial. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Azmi Malik (2000). Sikap Perlu Berubah dalam Usahawan Sukses : Mac/April ms 58
Kemajuan Wilayah Kedah KEDA.
BERNAMA (Isnin, 20 Oktober 2008 Jumaat, 01 Ogos 2008). 37,191 Siswazah Diberi
Latihan Usahawan. http://www.bernama.com/bernama.
Binks M. & Vale P (1999). Entrepreneurship And Economic Change. England
: Mc Graw - Hill Book Company Ltd.
BIROTEKS (Biro Penyediaan Teks, 1992). Asas keusahawanan. Shah Alam
Unit percetakan ITM Institut MARA.
Collins, J. and Moore, D. (1970). The Organization Makers, Appleton-Century-Crofts,
New York.
Donald F.Kuratko dan Richard M.Hodgetts (2004).6st Entrepreneurship:Thoery,
Process, and Practice. United States, Quebecor World Dubuque IA.
Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga (1991). Selangor. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
82
Eric Roll (1995). History Of Economic Thought. London : Faber & Faber Ltd.
Jabatan Perangkaan Malaysia (Jun/June 2008). Kadar pengangguran belia mengikut
jantina, http://www.statistics.gov.my/indeks.php.
Jeffry A.Timmons (1990). 3dr edition New Venture Creation, United States of America
Publisher Martin F.Hanifin.
Jerry W.Moorman dan James W.Halloran (2006). 1st edition Successful Business
Planning for Entrepreneurs United States: Quebecor World Dubuque IA.
John J.Kao,(1991). The entrepreneur. Engewood Cliffs,NJ: Prentice-Hall.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (Januari 2005).,Anugerah
Usahawan ICT 2003, http://www.mecd.gov.my/index.
Link A.N. & Herbert R.F. (1982). The Entrepreneur. New York: Praeger
Publisher.
Mazlan Jusoh,Jan 24.06. Lahirkan lebih ramai usahawan lelaki
http://www.harakahdaily.net/index.
Mc Millan, J.H. (1996). Research In Education. Bonston : Little, Brown & Company
Limited.
Mc Millan, J.H & Schumacher, S. (1984). Research In Education. Boston : Little,
Brown & Company Limited.
Mohamad Abd. Hamid (1996). Fokus Perniagaan, Didik Niaga Vol: 1 . Kuala
83
Lumpur : Karang Pena Publisher.
Mohamad Najib Abd. Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.” : Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Gafar (1996). Asas Penyelidikan Sains Sosial Johor Bharu: Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Cetakan Kedua, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan: Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Lebar (1994). Asas Psikologi Pembelajaran . Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.
Nawawi Hj.Mohd.Jan (1987). Seminar Usahawan Muslimin Peringkat
Kebangsaan (Rintangan dan Masalah yang Dihadapi Oleh Usahawan Muslim
Masa Kini).
Nor Aishah Buang (2002). Asas Keusahawanan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noran Fauziah Yaakub(2002). Kekuatan Usahawan Wanita Satu Kajian
Perbandingan, http://pkukmweb.ukm.my.
Peter Drucker (1970). Entrepreneurship in Business Enterprise, Journal of Business
Policy, vol 1.
84
Pinchot G (1985). Intrapreneuring . New York : Harper & Row.
Rashidah Abd Ghani (15 Feb 2006). Kemahiran Keusahawanan Kurangkan Siswazah
Menganggur,http://www.bernama.com/bernama.
SIMPOSIUM DAN EKSPO USAHAWAN FELDA 2004 (SIMEX 2).
http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PastPM.
Soo Ji Min, (1999).Made Not Bone, Entrepreneur of the Year Magazine.
Tengku Khairi A. Rahman (2002). Perancangan Memulakan dan Mengembangkan
Perniagaan. dlm Dewan Ekonomi: Ogos ms 17 – 18.
Teo Kim Yong (1991). Amalan Keusahawanan. Johor Bahru: Pelangi Sdn. Bhd.
Waxler,M and Wolf , R.L (1987). Good- Bye Job Hello Me Glenviwe; Scott, Forosman
And Company.
Yep Putih (1985). Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Yusri bin Kamin (2000). Perkembangan Profesionalisme Graduan Kemahiran Hidup
Lulusan UTM di Sekolah-sekolah di Negeri Johor. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Master.
Zuraini Zakaria (2000). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Usahawan Bumiputera di
Kawasan Sg Petani, Kedah Dalam Memajukan Perniagaan Mereka.UTM:
Tesis Sarjana Muda (Tidak diterbitkan).
86
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
PROJEK SARJANA MUDA (PSM)
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
Saudara/saudari yang dihormati,
Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan dengan
persepsi pelajar tahun 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa yang menuntut di
Universiti Teknologi Malaysia. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik dan
kerjasama saudara/saudari dapat memberikan jawapan yang bijak berdasarkan soalan
yang dikemukakan.
Segala maklumat yang diperolehi adalah RAHSIA dan digunakan untuk tujuan
penyelidikan semata-mata.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
Sekian, terima kasih
………………………………..
(HEMALATHA A/P SEGAR)
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4SPH TERHADAP BIDANG USAHAWAN SISWA.
87
BAHAGIAN A : LATARBELAKANG PELAJAR Sila tandakan ( X ) pada pilihan jawapan anda atau nyatakan jawapan anda. 1. Jantina a. Lelaki ( )
b. Perempuan ( )
2. Bangsa
a. Melayu ( )
b. Cina ( )
c. India ( )
d. Lain-lain ( )
3. Adakah anda berminat menjadi ushawan. Ya ( ) Tidak ( )
Bahagian B
Sila berikan persetujuan bagi setiap pernyataan dengan membulatkan nombor di hujung
setiap pernyataan yang sepadan dengan pilihan persetujuan anda.
SKOR ITEM 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju 5 Sangat Setuju
88
No Item STS TS TP S SS
1 Bidang keusahawanan satu bidang yang
membosankan.
1
2
3
4
5
2 Bidang usahawan adalah luar daripada bidang
pengajian saya.
1
2
3
4
5
3 Saya bertanggapan bahawa bidang usahawan
akan menjamin masa depan.
1
2
3
4
5
4 Bidang usahawan tidak sesuai untuk golongan
muda seperti saya.
1
2
3
4
5
5 Jika saya tidak dapat pekerjaan bergaji, saya
akan menjadi usahawan.
1
2
3
4
5
6 Bidang usahawan tidak sesuai dengan
kelulusan saya.
1
2
3
4
5
7 Saya tertarik dengan ketrampilan usahawan. 1 2 3 4 5
8 Bidang keusahwanan akan membawa
keuntungan yang lumayan.
1
2
3
4
5
9 Golongan yang berpengalaman sahaja sesuai
melibatkan diri dalam bidang usahawan.
1
2
3
4
5
10 Saya berminat untuk menjadi usahawan untuk
membuktikan bahawa saya mampu berdikari.
1
2
3
4
5
11
Saya sering menyertai program-program
keusahawanan.
1
2
3
4
5
12 Saya peka terhadap perkembangan bidang
keusahawanan.
1
2
3
4
5
13 Saya mengenal usahawan-usahawan tempatan
yang berjaya.
1
2
3
4
5
14 Saya tidak suka bekerja bawah orang lain. 1 2 3 4 5
89
No Item STS TS TP S SS
15 Saya akan menggalakan rakan saya untuk
menjadi seorang usahawan.
1
2
3
4
5
16 Saya boleh bertindak secara positif terhadap
sebarang cabaran.
1
2
3
4
5
17 Saya pernah berbincang dengan rakan untuk
menubuhkan perniagaan sendiri.
1
2
3
4
5
18 Saya suka mendengar cerita-cerita tentang
usahwan berjaya.
1
2
3
4
5
19 Saya tidak akan fokus kepada rancangan
perniagaan dalam rancangan televisyen
1
2
3
4
5
20 Saya akan bertanggungjawab terhadap
perniagaan keluarga pada masa akan datang.
1
2
3
4
5
21 Saya suka mengetuai dan mengawasi sesuatu
aktiviti.
1
2
3
4
5
22 Saya tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti
yang berisiko tinggi.
1
2
3
4
5
23 Saya lebih suka memulakan sesuatu
bersendirian walaupun akan
dipertanggungjawab atas segala kegagalan.
1
2
3
4
5
24 Saya lebih senang hati menjalankan sesuatu
yang pernah dijalankan oleh orang lain sebab
mudah untuk melaksanakannya.
1
2
3
4
5
25 Sebelum memulakan sesuatu tugas saya akan
menelitinya terlebih dahulu dan merancang
bagaimana untuk menyelesaikannya.
1
2
3
4
5
26 Keinginan untuk mendapatkan ganjaran dalam
90
bentuk wang, pengiktirafan atau
penghormatan.
1 2 3 4 5
No Item STS TS TP S SS
27 Saya berkebolehan untuk menyelesaikan
masalah dengan sendiri.
1
2
3
4
5
28 Saya akan sentiasa mencuba sehingga
mencapai matlamat tertentu.
1
2
3
4
5
29 Saya suka kerja yang mencabar di mana saya
boleh menggunakan kreativiti dan kebolehan
diri.
1
2
3
4
5
30
Saya boleh memulakan dan menjalankan
sesuatu kerja tanpa bantuan orang lain
1
2
3
4
5
31 Ahli keluarga saya terlibat dalam bidang
keusahawanan.
1
2
3
4
5
32 Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di universiti
seperti seminar,kursus dan minggu
keusahwanan menyebabkan saya berminat
menjadi usahawan.
1
2
3
4
5
33 Rakan-rakan saya selalu menggalakkan saya
untuk menjadi seorang usahawan.
1
2
3
4
5
34 Program-program usahawan dapat membantu
meningkatkan semangat saya untuk menjadi
seorang usahawan.
1
2
3
4
5
35 Ibu bapa saya sentiasa memberi galakan
kepada saya supaya menjadi usahawan.
1
2
3
4
5
36 Ahli keluarga saya sedia membantu saya dari
segi kewangan untuk memulakan sesuatu
1
2
3
4
5
91
perniagaan.
37 Ibu bapa akan memberi pujian apabila saya
menghadiri program keusahawanan
1
2
3
4
5
No Item STS TS TP S SS
38 Pensyarah banyak mengalakkan saya untuk
menjadi seorang usahawan.
1
2
3
4
5
39 Tokoh-tokoh usahawan yang berjaya
menimbulkan minat saya terhadap bidang
usahawan.
1
2
3
4
5
40 Ibu bapa telah memberi pendedahan tentang
usahawan ini sejak saya kecil
1
2
3
4
5
-Terima kasih atas kerjasama anda-