HUBUNGAN DI ANTARA BUDAYA ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN PEKERJA SOKONGAN:
SATU KAJIAN KES DI DEWAN BANDARA Y A KUCHING UTARA
Oleh
ED ORA ISMAIL
Projek ini merupakan salah satu keperluan kursus untuk mendapatkan Ijazah Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dengan Kepujian dari Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti wIalaysia Sarawak
•
III
Khas buat Abah dan Ma,
"I want to spend my life time loving both ofyou. "
IV
PENGHARGAAN
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemllrah Lagi Malza Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nahi lvfuhammad S.A. W. ,.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kekuatan emosi dan fizikal kepada saya untuk menyempurnakan projek tahun akhir ini.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Philip Nuli Anding selaku penyelia di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan kepada saya dan kesabarannya. Tidak lupa juga kepada En. Tan Kok Wah selaku pensyarah yang turut memberi panduan kepada saya.
Kepada Cik Dayang Norliza, Cik Kartini dan En. Hamdan Bujang di Dewan Bandaraya Kuching Utara, jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan terutamanya dalam proses mengumpul borang soal selidik yang diedarkan.
Buat Abah yang tidak sempat untuk melihat hasil titik peluh dan berkat usahanya, syukur kepada Allah niat Abah untuk melahirkan seorang lagi graduan di dalam keluarga kita telah tercapai. Buat Ma, yang kini keseorangan di dalam meneruskan usaha Abah, terima kasih yang tidak terhingga di atas kesabaran dan doa Ma. Untuk Abang Nor, Marina, Salwani, Dilah dan adik-adik .... "guys, you're the one thing that keeps me smiling. ,.
Tidak dilupakan buat rakan-rakan yang banyak memberi sokongan, Ija, An, Mini, Fidzah, Ijan dan Miza, terima kasih di atas kenangan yang kita kecapi.
Sumbangan yang diberikan oleh Surida, Salehah, Herwan dan rakan-rakan FSKPM 95/99 akan terus diabadikan di dalam memori ini.
Buat sahabat karib, Fadzilah Awang (UUM) terima kasih di atas pertolongan dan kerj asama anda.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama sarna ada secara langsung ataupun tidak.
v
ABSTRAK
PERHUBUNGAN Dr ANTARA BUDAYA ORGANISASI DENGAN KEPU ASAN KERJA Dr KALANGAN PEKERJA SOKONGAN:
SATU KAJIAN KES DI DEWAN BANDARAY A KUCHING UTARA
Edora Binti Ismail
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan di antara budaya
organisasi dengan kepuasan kerja. Kajian ini dilakukan di Dewan Bandaraya
Kuching Utara. Selain itu juga kajian ini akan tunH mengenalpasti faktor budaya
organisasi yang dominan yang mempengaruhi kepuasan kerja. Di samping itu juga
aspek lain yang dilihat di dalam kajian ini meliputi tahap kepuasan kerja yang
dimiliki oleh responden. Seramai 65 pekerja sokongan telah dipilih secara rawak.
Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan soal selidik. Penganalisaan data
dibuat dengan menggunakan Statistical Package for Social Science +PC (SPSS).
Kaedah statistik deskriptif (peratusan dan min) dan inferensi (ujian korelasi dan
regresi) digunakan dalam penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat perhubungan yang signifikan di antara budaya organisasi dengan kepuasan
kerja. Hubungan ini ditunjukkan melalui corak kepimpinan dan penglibatan dalam
tugas. Faktor lain iaitu faktor demografi, komunikasi dan sistem ganjaran tidak
menunjukkan perhubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja. Ujian regresi
berganda menunjukkan bahawa corak kepimpinan merupakan faktor dominan yang
menyumbang kepada kepuasan kerja. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
kepuasan kerja bagi responden adalah di tahap sederhana.
VI
ABSTRACT
CORRELATION BETWEEN ORGANIZATIONAL CULTURE AND THE LEVEL OF JOB SATISFACTION AMONG THE SUPPORTING STAFF:
CASE STUDY IN NORTH KUCHING CITY HALL
Edora Binti Ismail
The purpose of this study was to determine the relationship between organizational
culture and job satisfaction. The study was conducted in North Kuching City Hall.
The dominant factor of organizational culture that influenced job satisfaction was
identified. The study also identified the level of job satisfaction of the employees. 65
supporting staff were randomly choosen for this study. A questionnaire was used to
collect the data. The Statistical Package for Social Science +PC was used to analyze
the data. Descriptive (mean and frequency) and inferential statistics (correlation and
backward regression) were applied for the analysis of data. The result of this study
showed a significant relationship between organizational culture and job satisfaction.
This significant relationship was shown by leadership style and job involvement.
There is no significant relationship between job satisfaction and the other factors,
that is demography, communication and rewards. Leadership style was also shown to
be the most dominant factor that affect job satisfaction. This study showed that job
satisfaction among supporting staff was at a moderate level.
~. w._.-------
x
JADUAL KANDUNGAN
lVUSurat
Mukasurat Tajuk
Tandatangan Penyelia ii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Jadual Kandungan x
Senarai Jadual xi
Senarai Gambarajah xii
BABI PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latarbelakang Kajian 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Matlamat Kaj ian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.5.1 Objektif Umum 10
1.5.2 Objektif Khusus II
1.6 Rangka Konseptual Kajian II
1.7 Hipotesis KL~jian 13
1.8 Kepentingan Kaj ian 14
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Budaya 14
1.9.2 Komunikasi 15
1.9.3 Sistem Ganjaran 15
1.9..+ Corak Kepimpinan 16
1.9.5 Penglibatan dalam tugas 16
1.10 Limitasi Kajian 17
BAB2 KAJIAN PENULISAN SEMULA
2.1 Pengenalan 18
2.2 Budaya Organisasi 19
2.3 Kepuasan Kerja 24
2.4 Perhubungan di antara faktor pembolehubah 26
budaya dengan budaya organisasi dan
kepuasan kerja
2.4.1 Perhubungan di antara komunikasi 26
dengan budaya organisasi
2.4.2 Perhubungan di an tara komunikasi 30
dengan kepuasan kerja
2.5 Penglibatan dalam tugas 32
2.5.1 Perhubungan di antara penglibatan 34
dalam tugas dengan budaya organisasi
2.5.2 Perhubungan di an tara penglibatan 35
dalam tugas dengan kepuasan kerja
2.6 Sistem Ganjaran 36
2.6.1 Perhubungan di antara sistem ganjaran 36 dengan budaya organisasi
2.7
2.6.2 Perhubungan di antara sistem ganjaran
dengan kepuasan kerja
Kepimpinan
2.7.1 Perhubungan eli an tara kepimpinan
dengan buda ya organisasi
38
39
39
2.7.2 Perhubungan di antara kepimpinan
dengan kepuasan kerja 41
BAB3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 42
3.1
3.2
Rekabentuk Kajian
Populasi dan Persampelan
42
43
3.3 Instrumen Kajian
3.3.1 Pembentukan Instrumen
44
45
3.3.2 Soal selidik Kajian 45
3.3.3 AnaJisis Data 47
BAB4 HASIL DAPATAN KA.HAN DAN PERBINCANGAN
Pengenalan4.0 48
Ciri Oemografi Responden 4.1 48
Pengukuran Tahap Kepuasan Kerja 4.2 52
Analisis jawapan responden berdasarkan 4.3 54
Item soal selidik
4.3.1 Analisis kekerapan berdasarkan item 54
komunikasi
4.3.2 Analisis kekerapan berdasarkan item 56
sistem ganjaran
4.3.3 Analisis kekerapan berdasarkan item 57
kepimpinan
4.3.4 Analisis kekerapan berdasarkan item 58
penglibatan dalam tugas
4.3.5 Analisis kekerapan berdasarkan item 60
kepuasan kerja
4.4 62Analisis terhadap hipotesis kajian
634.4.1 Analisis pengujiun hipotesis pertama
4.4.2 Perbezaan yang tidak signifikan di antara 64
umur dengan kepuasan kel:ia
64 4.4.3 Perbezaan yang tidak signifikan di antara
pengalaman bertugas dengan
4.6
BAB5
5.1
5.2
5.3
5.4
kepuasan kerja
4.4.4 Perbezaan yang tidak signifikan di antara
taraf pendidikan dengan
kepuasan kerja
4.4.5 Perbezaan yang tidak signifikan di antara
gaji dengan kepuasan kerja
4.4.6 Perbezaan yang tidak signifikan di antara
jantina dengan kepuasan kerja
Analisis pengujian hipotesis faktor
budaya organisasi
4.5.1 Analisis hubungan di antara faktor budaya
organisasi dengan kepuasan kerja
4.5.2 Pengujian hipotesis kajian
Jangkaan sumbangan faktor-faktor budaya
organisasi terhadap kepuasan kerja
RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pengena1an
Rumusan
Masalah Kajian
Implikasi Kajian
5.4.1 fmplikasi kepada organisasi
65
65
66
69
69
72
75
78
78
8l
82
5.4.2 Implikasi kcpada pengkaji 83
5.5 Cadangan
84
5.5.l Cadangan kcpada organisasi 84
5.5.2 Cadangan kcpada pcngkaji akan datang 85
RUJUKAN 87
Lampiran A ( Surat Permohonan Membuat Kajian) 90
Lampiran B ( Soal selidik) 92
Lampiran C (Analisis item soal selidik) 99
ladual
2
3
4
5
6
7
8
9
10
I I
12
XI
SENARAI JADUAL
Tajuk
Taburan responden berdasarkan
jantina
Taburan responden berdasarkan
umur
T aburan responden berdasarkan
bilangan tahun bertugas
Taburan responden berdasarkan
taraf pendidikan
T aburan responden berdasarkan
gaji bulanan
Taburan kekerapan tahap kepuasan
kerja responden
Skor min bagi faktor demografi
terpilih dengan kepuasan kerja
(u j ian sehala Scheffe)
Ujian t kepuasan kerja berdasarkan
jantina
Ringkasan penguJlan hipotesis
pertama
Pekali korelasi Pearson r antara
Faktor budaya organisasi dengan
kepuasan kerja
Tafsiran pekali korelasi Pearson r
oleh Borg dan Gall (1983)
Ringkasan pengujian hipotesis
faktor budaya
Analisis regresi berganda faktor
M/Surat
49
49
50
51
52
53
63
66
68
69
71
74
75
14
Rajah
2
3
4
5
XII
kepimpinan dan sumbangannya
terhadap kcpuasan kerja
Analsis regresi berganda terhadap
faktor budaya organisasi yang tidak
memberi sumbangan terhadap
kepuasan kerja
SENARAI GAMBARAJAH
Tajuk
Rangka konseptual kajian
Perhubungan di antara budaya dan
iklim organisasi
Budaya organisasi sebagai
perkongsian makna
Perhubungan di antara komunikasi
dengan kepuasan kerja
The effect of performance on job
satisfaction
76
M/Surat
12
21
29
31
38
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Budaya dan manusJa mempunyai perkaitan yang rapat. Kewujudan sesebuah
masyarakat secara tidak langsung Juga turut mewujudkan satu budaya. Budaya
seringkali dikaitkan dengan cara hidup, norma, nilai, andaian dan falsafah. Di dalam
sesebuah masyarakat atau komuniti, dengan melihat budaya maka kita telah melihat
cara hidup masyarakat tersebut. Walaupun terdapat sesetengah budaya yang
diamalkan oleh masyarakat tersebut tidak dinyatakan secara bertulis tetapi budaya
yang diamalkan ini seringkali digambarkan melalui simbol, bahasa, upacara
keagamaan, legenda dan juga mitos. Melalui simbol ini sesebuah masyarakat tersebut
mengadaptasikan simbol ini sebagai cara hidup mereka.
Setiap organisasi mempunyai budaya tersendiri. Budaya yang wujud atau
dibangunkan di dalam organisasi bolch menjadi faktor yang mempengaruhi individu
di dalam organisasi untuk mentafsirkan setiap aktiviti di dalam organisasi. Ini kerana
mclalui budaya, terdapatnya prosedur atau peraturan tertentu yang akan
mencorakkan tingkah laku individu di clalam organisasi.
"'
Budaya yang wujud di dalam organisasi merupakan salah satu aspek yang
seringkali dititikberatkan oleh uhli di dalam organisasi. Schwartz dan Davis (198 J) di
dalum Salaman, Cameron dan Sheila (1992) menjelaskan budaya sebagui satu corak
kepercayaan dan jangkaan yang dikongsi oleh ahli di dulam organisasi yang
seterusnya ukan menghasilkan norma yang dapat membentuk tingkah laku individu
dun kumpulan yang terdapat di dalam organisasi. Kilmann (1985) di dalam Salaman
et at. (1992) menjelaskan budaya organisusi sebagai, "culture is to the organization
what personality is to the individual." Pernyataan ini jelas menunjukkan bahuwa
budaya yung terdapat di dalam organisasi boleh menjadi imej kepada organisasi yang
akan dikenalpasti oleh individu di dalam dan juga luar organisasi.
Pengaruh budaya di dalam organisasi meliputi keseluruhan aspek di dalam
organisasi. Pengaruh budaya di dalam organisasi ini adalah sarna sepertimana
kepimpinan dan juga konflik yang mempengaruhi organisasi. Smircich (1991)
menjelaskan bahawa budaya merupakan elemen yang mempengaruhi kehidupan di
dalam organisasi.
Penggunaan konsep ini seringkali ditukar ganti dengan konsep iklim organisasi.
Kedua-dua konsep ini mempunyai perkaitan tetapi terdapat sedikit perbezaan dari
segi definisi bagi kedua-dua konsep ini. Schneider dan Gunnarson (1991)
menjelaskan bahawa iklim organisasi merujuk kepadu amulan, prosedur, dan
ganjaran tingkah laku yang dapat dilihat serta dapat membentuk organisasi. Iklim
organisasi menjelaskan tentang Hapan yang bcrlaku di dalam orgunisasi. Budaya
organisasi pula dari satu aspek yang lain merupakan tanggapan yang tersembunyi.
nilai dan fulsafah yang dipcgang olch organisasi. Budaya menjelaskan tentang
"kenapa" scsuatu perkara itL! bcrlaku di dalam organisasi. Iklim organisasi pada
3
dasarn ya merupakan hasil atau "outcome" dari pada blldaya yang wujlld di dnlam
organlsaSI.
Pembentllkan dan kewujudan budaya di dalam organisasi melibatkan beberapa
proses yang ada di dalam organisasi tersebut. Pembentukan sesuatu budaya ini boleh
dimulakan sama ada dari pihak atasan atallpun bermula dari bawah. Menurut Gordon
(1993) pembentukan budaya di dalam organisasi ini dibuat melaIui:
i) Kenyataan rasml tentang falsafah organisasi, plagam dan
kepercayaan;
Ii) Corak kepimpinan pemimpin di dalam organisasi;
iii) Sistem ganjaran eksplisit dan implisit;
IV) Komunikasi yang wujud di dalam organisasi;
v) Rekabentuk dan struktur organisasi; dan
vi) Sistem dan prosedur organisasi.
Budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi tersebut boleh mempengaruhi
kepuasan kerja ahli-ahli di dalam organisasi. Kajian terhadap budaya organisasi
dengan kepuasan kerja telah dilakukan oleh Chatman (1991) di dalam Schultz dan
Schultz (1994). Melalui kajian ini, Chatman telah melihat kepada kesesuaian yang
wujud di antara nilai yang dipegang oleh organisasi (organization's value) dengan
nUai pekelja (employee's value). Kesesuaian ini dilihat melalui proses pengambilan,
pemilihan dan sosialisasi pekerja tersebllt di dalam organisasi. Kajian yang dilakukan
ke atas 171 juruaudit di lapan buah firma kewangan mendapati bahawa pengambilan
pekerja yang mempunyai kesesuaian nilai dengan organisasi lebih mudah
menyesuaikan diri mereka dengan tugas tersebllt. Pekerja baru yang mempunyai
persamaan nilai dengan organisasi didapati lebih berpuas hati dengan tugas yang
dilakukan oleh mereka. Kajian ini dinilai melalui Organizatiollal Ciliture Profile
(OCP) yang digunakan untuk mengukur keSCSllaian di antara individu dengan
organlsasl.
Hubungan di antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja Inl juga bolch
dilihat melalui proses pembentukan budaya di dalam orgamsasl iaitu tertumpu
kepada corak kepimpinan, sistem ganJaran, dan komunikasi. Selain itu juga
penglibatan di dalam tugas juga diambilkira untuk melihat perkaitan di antara budaya
organisasi dengan kepuasan kerja. Ini kerana penglibatan dalam tugas juga
mempunyai perkaitan dengan proses pembentukan budaya iaitu melalui proses
pembentukan kenyataan rasmi ten tang falsafah, piagam dan kepercayaan organisasi.
Begitu juga dengan rekabentuk dan struktur organisasi serta sistem dan prosedur
organisasi. Kesemua proses ini iaitu proses pembentukan falsafah, pmgam,
kl~percayaan, rekabentuk, struktur, serta sistem dan prosedur organisasi memerlukan
penyertaan dan penglibatan dari pekerja. Ini adalah untuk memastikan agar matlamat
organisasi tercapai. Dengan itu proses pembentukan budaya iaitu corak kepimpinan,
sistem ganjaran, komunikasi dan penglibatan dalam tugas akan menjadi
pembolehubah tidak bersandar kepada kajian.
Kepuasan kerja bagi individu di dalam organisasi amat penting. Kepuasan kerja
wujud apabila kehendak atau keinginan seseorang pekerja dipenuhi. Kepuasan kelja
kepada individu di dalam organisasi boleh menyebabkan pekerja tersebut
menganggap bahawa tugas atau kerja yang dilakukan akan lebih bermakna. Dari
perspektif pekerja, sesuatu tugas atau kerja akan menjadi lebih bermakna kepada
beliau jika tugas tersebut melibatkan dirinya dalam pengecaman dan juga
penyelesaian masalah yang memberi kesan kepada dirinya (Roche & MacKinnon,
1970 di dalam Thompson, 1974).
F Pi:
5
:\1elallli bab ini kajian akan dilakllkan untuk mdihat sama ada budaya yang
diamalkan oIeh organisasi mempengaruhi kepllasan ketja individu di elalam
organisasi. Bab ini akan membincangkan tentang latarbelakang kajian. pernyataan
masalah. matlamat kajian. objektif. rangka kajian. hipotesis. kepentingan. definisi
istilah dan limitasi kajian.
1.2 Latarbelakang Kajian
Budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi adalah bersifat subjektif. Ini
kerana penerimaan terhadap budaya yang diamalkan bergantung kepada persepsi
individu di dalam organisasi itu sendiri. Sekiranya pekerja di dalam organisasi tidak
dapat berkongsi budaya yang diamalkan oleh ahli lain di dalam organisasi maka
individu itu berkecenderungan untuk meninggalkan organisasi manakala pekerja
yang dapat menerima budaya tersebut akan kekal dan cuba mengadaptasikan budaya
tersebut di dalam pekeljaan mereka (Schneider & Gunnarson, 1991).
Budaya yang terdapat di dalam organisasi memainkan peranan penting kepada
organisasi itu serta ahlinya. Pengetahuan tentang budaya organisasi akan dapat
membantu organisasi membina budaya organisasi yang kuat dan ini akan memberi
beberapa faedah kepada organisasi di antaranya meningkatkan lagi pengecaman ahli
iaitu "members identifIcation." komitmen dan juga keljasama (Martin, Feldman,
Hatch & Sitkin, 1983 eli dalam Kopelman, Brief dan Guzzo, 1990).
Selain itu juga budaya yang wlljud di dalam organisasi tunlt mempengarllhi
orgamsasl itu sendiri. Blidaya yang wlijud ini bolch membantll organisasi terscbllt
untllk menyelesaikan penyesliatan lllaran dan integras! dalaman. Greenberg dan
Robert (1995) menjelaskan bahawa budaya yang dibina di dalam organisasi adalah
berdasarkan kepada pengalaman luaran. Oi dalam industri contohnya. setiap
organisasi ingin menjadi pelopor di dabm pasaran. Jika sebelum ini organisasi
tersebut mengamalkan nilai tertentu yang membolehkan mereka menguasai pasaran
contohnya dari segi penetapan harga barangan yang murah maka nilai tersebut akan
menjadi budaya kepada organisasi ini.
Schein (1992) menjelaskan bahawa organisasi seringkali menghadapi masalah di
dalam menyesuaikan persekitaran dan tekanan dari lum-an. Persekitaran dan tekanan
ini wujud daripada persaingan di dalam akiiviti yang dilakukan oleh organisasi yang
lain. Melalui budaya ini Schein (1992) menegaskan bahawa organisasi tersebut
dapat mengatasi masalah penyesuaian persekitaran dan tekanan dari luar melalui :
i) misi dan strategi asas organisasi;
ii) matlamat yang ingin dicapai serta makna pencapaian matlamat;
iii) standard yang digunakan untuk mengukur perkembangan proses
pencapaian matlamat; dan
IV) tindakan pembetulan yang dilakukan untuk meningkatkan pencapaian
matlamat.
Ini seeara tidak langsung akan memberi gambaran yang jelas tentang organisasi
terse but kepada pesaing mereka.
Selain itu juga budaya yang wujud di dalam organisasi akan dapat membantu
organisasi menghadapi masalah integrasi dalaman. Integrasi dalaman ini penting
untuk mewujudkan semangat kerjasama di kal:mgan ahli organisasi. Schein (1992)
menerangkan bahawa budaya organisasi berperanan di dalam mewujudkan integrasi
dalaman ini dengan menjelaskan cara utal! kaedah yang betul yang membolehkan
P bUll";
7
ahli organisasi bekerjasama. Melalui cara atau kaedah ini ahli organisasi dijangka
akan dapat bekerjasama di antara satu sarna lain. Kaedah ini dilaksanakan melalui:
i) Mewujudkan bahasa atau istilah (jargon) yang sarna untuk ahli
organ IsaSI;
ii) Mencipta kriteria bagi ahli berdasarkan kepada persetujuan ramai:
iii) Menjelaskan tentang perbezaan dari segi status dan kuasa di dalam
orgamsasl;
iv) Menetapkan standard untuk keintiman dan pergaulan:
v) Mengenalpasti bagaimana ganjaran dan hukuman yang mungkin akan
diterima oleh ahli; dan
vi) Mewujudkan ideologi yang memberi makna kepada peristiwa yang
tidak dapat dijelaskan.
Melalui kaedah ini ahli di dalam organisasi akan mendapat pengetahuan tentang
aspek dalaman sesebuah organisasi. Keadaan ini akan memberi pemahaman kepada
ahli tersebut. Ini seterusnya mewujudkan kerjasama di kalangan ahli organisasi.
Melalui penyelidikan ini, komponen yang terdapat di dalam budaya organisasi
meliputi empat komponen utama iaitu komunikasi, sistem ganjaran, coruk
kepimpinan dan penglibatan di dalam tugas. Berdasarkan kepada empat komponen
utama ini penyelidikan akan dibuat untuk mengenalpasti sarna ada budaya yang
diamalkan ini dapat mempengaruhi kepuasan kerja kepada indi vidu di dalam
organisasi. Walaupun pekerja di daiam organisasi dapat menerima budaya yang
diamalkan itu tetapi ini tidak menjanjikan kepuasan kerja kepada pekerja tersebut.
Berdasarkan kepada elemen tersebut, k~ian akan dilakukan untuk melihat sarna ada
budaya yang diamalkan dapat menghasilkan kepuasan kerja atan sebaliknya.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Di dalam era globalisasi sekarang setiap organisasi sentiasa mencari alternatif
uotuk menghadapi persaingan yang semakin mencabar. Keperluan kepada kelebihan
persaingan begitu ketara bagi organisasi untllk memastikun agar organisasi mereka
dupat terus kekal lama di dalam industri.
Kewujudan blldaya yang diamalkan di dalam organisasi ini boleh menjadi salah
saW daripada kelebihun persuingan kepada sesebuah syarikat. Tunstall (1985) di
dalam Hollway (1991) menjelaskan bahawa budaya yang diamalkan oleh sesebuah
organisasi boleh memberi kelebihan persaingun kepadu syarikut berbunding dengan
syarikat lain yang wujud di dalam pasaran yang sarna. Blldaya juga merupakan aset
yang paling berharga bagi sesebuah organisasi untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh organisasi. Tunstall (1985) menjelaskan perkara ini dari perspektif
pengurus atasan.
Pengetahuan ten tang budaya di dulam orgamsasl Juga boleh digunakan untuk
proses perancangan penyatllan, perolehan serta perancangan strategik (Wilkin, 1983)
di dalam Kopelman, Brief dan Guzzo (1990). Deal dan Kennedy (1982) di dalam
Kopelman et ai. (1990) menjelaskan bahawa pengetahuan tentang budaya organisasi
dapat membantu organisasi dan individu dalam proses pengambilan, pemilihan dan
perancangan kerjaya.
Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa persaingan yang terdapat di dalam
persekitaran luaran yang mencabar telah memaksa organisasi mewujudkan satu
budaya yang dupat memberi kelebihan persaingan kepada organisasi. 1ni seterusnya
akan dapat membantu organisasi untuk menghadapi masaIah yang wujucl di luar
organisasi.
p ;;'1.$0
<)
Sclain itu juga sebelum organisasi tersebut mengatasi permasalahan luaran,
tcrlebih dahulu organisasi tersebut perlu menyelesaikan permasalahan daJaman yang
tcrdapat di kalangan ahli individu tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Schein
(1992) budaya yang wujud di dalam organisasi berfungsi untuk menyelesaikan
permasalahan integrasi dalaman di kalangan ahli organisasi. Organisasi terlebih
dahulu perlu menyelesaikan permasalahan dalaman sebelum memberi perhatian
kepada permasalahan luaran.
Permasalahan dalaman organisasi ini merujuk kepada penyesuaian di antara
budaya organisasi yang wujud di dalam organisasi dengan ahli di dalam otganisasi
tersebut. Penyesuaian ini perlu untuk memastikan agar individu di dalam organisasi
berpuas hati dengan tugas yang mereka lakukan. Kepuasan kerja ini amat penting
untuk memastikan ahli-ahii tersebut dapat menerima dan mengamalkan budaya yang
terdapat di dalam organisasi.
Porter (1979) dalam Saiyadain (1996) menjelaskan bahawa kepercayaan dan
penerimaan yang kuat terhadap matlamat dan nUai organisasi oleh pekerja akan
memberi komitmen kepada organisasi. Komitmen ini penting lIntuk memastikan agar
pekerja berpuas hati dengan tugas mereka di dalam organisasi.
Sekiranya individu di dalam organisasi berpuas hati dan dapat menerima budaya
yang diamalkan oleh organisasi maka amat mudah untuk organisasi mengatllr
strategi yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan luaran yang dihadapi oleh
mereka. Permasalahan luaran akan dapat diselesaikan sekiranya mendapat kerjasama
dan komitmen daripada ahli di dalam organisasi itu sendiri..
Oleh yang demikian adalah penting untuk mengenalpasti perhllbungan di antara
budaya organisasi yang diamalkan oleh organisasi yang dapat memberi kepuasan
"';> lO
kepada pekelja organisasi. Penyesuaian di antara buduya yang diamalkan adalah
penting untuk memastikan organisasi dupat mengatasi masalah dalaman yang wujud
di kalangan ahli di dalam organisasi itu sendiri. Ini juga akan dapat membantu
organisasi menyesuaikan strategi yang perlu digunakan untuk mengatasi cabman dan
ancaman yang wujud dari persekitaran luaran.
1.4 Matlamat Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak budaya yang diamalkan oleh
organisasi yang boleh mempengaruhi kepuasan kerja individu di dalam organisasi.
Melalui penentuan corak budaya yang bersesuaian dengan organisasi dan juga ahli
mereka, ini akan dapat membantu organisasi untuk mengatasi masalah yang wujud di
dalam dan juga luar organisasi.
1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Objektif umum
Objektif umum kajian adalah untuk mengenalpasti pengaruh budaya organisasi
ke mas kepuasan kerja. Kajian akan dilakukan dengan melihat perhubungan di
antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja. Kajian ini dijalankan di Dewan
Bandaraya Kuching Utam dan fokus kajian adalah kepada pekerja sokongan.
---------------------------------p J$
II
1.5.2 Objektif khusus
Objektif khusus kajian ini ialah untuk menentukan:
i) Ciri-ciri demografi responden (umur, jantina, taraf pendidikan, gaJI
bulanan, jawatan dan bilangan tahun bertugas).
ii) Mengenalpasti hubungan di antara blldaya organisasi dengan
kepllasan kerja melailli pembolehllbah:
a) komllnikasi;
b) corak kepimpinan;
c) sistem ganjaran; dan
d) penglibatan di dalam tugas.
iii) Mengenalpasti pembolehllbah budaya organisasi yang dominan dan
lemah yang boleh mempengaruhi kepllasan kerja.
IV) Mengenalpasti tahap kepuasan kerja dengan pembolehubah blldaya
orgamsasl.
1.6 Rangka Konseptual Kajian
Rajah 1 menunjukkan rangka konsepsi yang akan digunakan di dalam kajian ini.
Pembolehllbah tidak bersandar bagi kajian ini adalah budaya organisasi. Kepuasan
kerja pula merllpakan pemboJehubah bersandar bagi kajian.