8/6/2019 IMPLIKASI FPK & FPG
1/3
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru merupakan
penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan.
Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini membberi implikasi kepada
sistem pendidikan negara. Maka adalah penting bagi setiap guru meneliti dan mentafsir
kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru akan
memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dibahagikan kepada 3, iaitu
terhadapa kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan. Pertama, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan memberi implikasi terhadap kurikulum. Antara implikasinya ialah
perubahan pada sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua
mata pelajaran turut berubah.
Selain itu, Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah perubahan program
pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
di samping perubahan pada sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan
umum. Tambahan daripada itu, perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih
kemahiran murid dalam bidang vokasional dan teknologi.
Kedua, implikasi terhadap pendidik itu sendiri. Antara implikasinya ialah
perubahan pada sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Selain itu, perubahan pada profesional turut berlaku dengan mengubah
strategi dan teknik pengajaran yanbg sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan berketrampilan serta berakhlak mulia.
Ketiga, implikasi terhadap institusi pendidikan. Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah perubahan pada organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi
yang sesuai untuk melahirkan murid-murid mengikut tujuan dan cita Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Perubahan ini meliputi perubahan pada pada kemudahan-
8/6/2019 IMPLIKASI FPK & FPG
2/3
kemudahan supaya murid-murid mendapat peluang mengembangkan potensi mereka
dari segi intelek, rohani, emosi, sosial, dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang.
Di samping itu, perubahan juga berlaku pada aktiviti budaya sekolah yang
kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid. Selain itu, perubahan turut
dilakukan pada iklim sekolah yang kondusi. Hal ini demikian kerana bertujuan untuk
melahirkan murid-murid yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya
membaca dalam kalangan mereka.
Seterusnya, akan dihuraikan implikasi Falsafah Pendidikan Guru terhadap
pendidikan negara. Pada dasarnya, Falsafah Pendidikan Guru yang telah dibentuk
memberikan implikasi yang besar kepada golongan pendidik itu sendiri khususnya. Nilai
keguruan harus diamalkan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap profesion
keguruan. Ini bermakna guru hendaklah bepekerti mulia.
Implikasi Falsafah Pendidikan Guru ialah melahirkan pendidik yang
berpandangan progresif dan saintifik. Pendidik hendaklah berkembang mengikut
peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi serta
berusaha supaya tidak ketinggalan dari segi profesionalisma. Secara tidak langsung,
seorang guru yang inovatif, kreatif dan kritis dapat dilahirkan dalam dunia pendidikan
ini.
Selain itu, implikasi Falsafah Pendidikan Guru ialah pendidik yang bersedia
menjunjung aspirasi negara dapat dilahirkan. Hal ini demikian kerana pendidik dapat
menghayati aspirasi negara yang dihasratkan serta berusaha agar dapat menyumbang
secara maksimum kearah pencapaian aspirasi negara. Kita sedia maklum bahawa
pendidikan merupakan medium utama pembangunan negara.
Walaupun pendidik harus berkembang mengikut peredaran semasa, mereka juga tetap akan menyanjung warisan kebudayaan negara. Pendidik hendaklah
menghayati warisan kebudayaan negara yang unik dengan memupuk sifat bangga
terhdapa budaya dalam kalangan murid. Pendidikan juga hendaklah menyemau sifat
patriotism dan cintakan negara.
8/6/2019 IMPLIKASI FPK & FPG
3/3
Di samping itu, implikasi Falsafah Pendidikan ialah pendidik yang mampu
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin
dapat dilahirkan. Pendidik merupakan individu yang paling rapat dengan masyarakat.
Tanggungjawab pendidik sebagai ahli masyarakat ialah menyumbangkan kepada
pembangunan negara serta berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan
hasrat negara yamg telah ditetapkan.
Tuntasnya,
memangtidakdapatdinafikanbahawaFalsafahPendidikanGurumenghuraikanciri-ciri guru
yang diperlukanuntukmemenuhiaspirasinegaradanWawasan 2020, Justeru, guru
mempunyaiakauntibilit yang tinggiterhadapmurid, ibubapa,
masyarakatdannegarabagimemastikansistempenyampaianilmu, kemahirandannilai
yang berkesan.
Pendidikjugadisifatkansebagai role-
modeldanteladanbagigolonganmurid.Sehubunganitu, guru
hendaklahmempunyaisahsiah yang baik.Tingkahlakuseorang guru yang
baikakanmempengaruhitingkahlakuempatpuluh orang murid, secarapurata yang ajar.
Konklusinya, tanggungjawab yang
amatbesardanberatperludimainkanolehparapendidikdalammerealisasikanFalsafahPendi
dikan Negara.Justeruamatpentinguntukkitabergandingbahudalamhaltersebut demi
kepentingannegaraamnyadangenerasimudakhasnya.