Download pptx - Jenis jenis kata adjektif

Transcript
Page 1: Jenis jenis kata adjektif

KATA ADJEKTIF

Page 2: Jenis jenis kata adjektif

Pengenalan• Juga dikenali sebagai kata sifat.• Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.• Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau

beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat.

• Contoh:1. Adik saya tinggi.2. Orang muda itu baik.3. Hujan pagi ini amat lebat sekali.4. Anaknya masih kecil lagi.5. Buah durian itu belum masak lagi.

Page 3: Jenis jenis kata adjektif

Jenis Kata Adjektif

• Terdapat 9 jenis kata adjektif:1. kata adjektif sifatan atau keadaan.2. kata adjektif warna.3. kata adjektif ukuran.4. kata adjektif bentuk.5. kata adjektif waktu.6. kata adjektif jarak.7. kata adjektif cara.8. kata adjektif perasaan.9. kata adjektif pancaindera.

Page 4: Jenis jenis kata adjektif

1. Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan

sebagai unsur keterangan nama.• Contoh:

• Contoh ayat:1. budak baik selalu dipuji2. pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.3. kesemua ahli pasukan itu amat lemah.

Baik Lemah

Curiga Kasar

Cerdik Berani

Pandai Takut

Gopoh Sihat

Page 5: Jenis jenis kata adjektif

2. Kata Adjektif Warna• Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna

sebagai unsur keterangan.• Contoh:

• Contoh ayat: 1. baju merah itu kepunyaanku.2. warna kuning warna diraja.3. selendang kakak berwarna coklat.

Merah Ungu

Putih Kelabu

Biru Hitam

Hijau Kuning

Perang Jingga

Page 6: Jenis jenis kata adjektif

3. Kata Adjektif Ukuran• Jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur

keterangan.• Contoh:

• Contoh ayat:1. pembaris panjang itu telah patah.2. walaupun bertubuh kecil tetapi selera makannya besar.3. lukanya dibalut dengan kain nipis.

Panjang Rendah

Pendek Tebal

Kecil Nipis

Besar Kerdil

Tinggi renek

Page 7: Jenis jenis kata adjektif

4. Kata Adjektif Bentuk• Jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur

keterangan.• Contoh:

• Contoh ayat:1. pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.2. perut Si Luncai buncit.3. tiang elektrik itu telah pun bengkok kerana dilanggar oleh kereta merah itu.

Bulat Bengkok

Lonjong Lurus

Bujur Buncit

Bundar Kempis

Leper Lekuk

Page 8: Jenis jenis kata adjektif

5. Kata Adjektif Waktu• Jenis perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur

keterangan.• Contoh:

• Contoh ayat:1. radio lama itu masih lagi digunakan.2. pekerja itu terburu-buru ingin segera sampai ke destinasinya.5. murid-murid itu didenda kerana datang lambat ke sekolah.

Baharu Lampau

Lama Lewat

Segera Cepat

Suntuk Lambat

Silam awal

Page 9: Jenis jenis kata adjektif

6. Kata Adjektif Jarak• Jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua

bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama.• Contoh:

• Contoh ayat:1. rumah yang hendak dituju itu sungguh jauh.2. rumahnya paling hampir dengan sekolah.3. kawan rapat saya belajar di luar negara.

Jauh Hampir

Dekat rapat

Page 10: Jenis jenis kata adjektif

7. Kata Adjektif Cara• Jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam,

sebagai penerang kata nama.• Contoh:

• Contoh ayat:1. air sungai itu mengalir dengan deras.2. orang yang lambat selalu rugi.3. pemain lincah itu berasal dari utara.

Cepat Lincah

Deras Gopoh

Laju Jelas

Lambat Sering

Perlahan selalu

Page 11: Jenis jenis kata adjektif

8. Kata Adjektif Perasaan• Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan,

sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.• Contoh:

• Contoh ayat:1. dia amat rindu akan emaknya.2. saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.3. anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.

Rindu Berahi

Benci Ragu

Segan Kasih

Suka Cinta

Gembira Marah

Page 12: Jenis jenis kata adjektif

9. Kata adjektif Pancaindera• Terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa,

pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.

K.A Pancaindera

Deriabau

Deriapandang

Deriadengar

Deriarasa

Deriasentuh

Gabunganderia

Page 13: Jenis jenis kata adjektif

(i) Deria rasa• Contoh:

• Contoh ayat:1. bagi Nina, masakan ibu paling sedap di dunia.2. pisang muda kelat rasanya.3. sup yang dimakannya sungguh masin.

Sedap Pahit

Manis Masin

Lazat Tawar

Masam Lemak

Kelat Payau

Page 14: Jenis jenis kata adjektif

(ii) Deria Pandang• Contoh:

• Contoh ayat:1. pemandangan di kaki bukit itu sungguh cantik.2. Remy adalah pemuda paling kacak di kampung itu.3. gelagat anak kecil itu sungguh comel.

Cantik Buruk

Molek Tampan

Hodoh Comel

Kacak Segak

Page 15: Jenis jenis kata adjektif

(iii) Deria Dengar• Contoh:

• Contoh ayat:1. suara lelaki hodoh itu sungguh garau.2. walaupun bertubuh kecil, tetapi suaranya sungguh nyaring.3. tidak hairanlah dia mendapat tempat pertama kerana suaranya sungguh merdu.

Bising Mersik

Merdu Serak

Nyaring Garau

Lunak

Page 16: Jenis jenis kata adjektif

(iv) Deria Bau• Contoh:

• Contoh ayat:1. pakaian yang dicuci dengan serbuk daia itu sungguh wangi.2. bau ikan yang sedang disiang itu sungguh hanyir.3. bedak bayi itu harum baunya.

Harum Tengik

Wangi Semerbak

Busuk Hanyir

Hapak Hancing

Page 17: Jenis jenis kata adjektif

(v) Deria Sentuh• Contoh:

• Contoh ayat:1. permukaan yang licin itu berbahaya untuk pejalan kaki.2. walaupun lembap dalam pelajaran, Muthu tetap anak emas gurunya.3. hasil tenunan Mak Jah sungguh halus buatannya.

Halus Kesat

Licin Lembap

Kasar Lembut

Keras

Page 18: Jenis jenis kata adjektif

(vi) Gabungan Deria• Contoh:

• Contoh ayat:1. Islam menggalakkan umatnya memakai pakaian yang bersih.2. rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.3. kehidupan orang Kampung Pisang kembali aman dan tenteram setelah penjenayah yang paling dikehendaki itu telah ditangkap polis.

Bersih (pandang+bau)

Selesa (sentuh+pandang)

Tenteram (dengar+pandang)