INSITITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
06000, JITRA, KEDAH
JURNAL PRAKTIKUM FASA III
Nama Pelajar : Siti Norhidayah Binti Rosly
Kursus & Ambilan : PISMP Pendidikan Khas 1 Ambilan Januari 2012
Tempoh Praktikum: 12 Minggu
Pengkhususan : Pendidikan Khas ( Bahasa Melayu dan Matematik)
Nama Mentor : Puan Zaidatul Huda Binti Mohd Sani
Encik Muhammad Jamil Bin Abdullah
Catatan Minggu : Kedua Tarikh : 5 Oktober hingga 9 Oktober 2015
Masalah / Isu / Peristiwa yng difokuskan :
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan di
sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau
sesuatu). Robert M. Gagne (1970) pula menyatakan di dalam buku Mok Soon Sang (2008)
pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan. Menurut
Noriati A. Rashid et. al (2009) kondusif membawa maksud sesuai. Tuntasnya, persekitaran
pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian
dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.Persekitaran ini mempunyai keupayaan
untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Persekitaran juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu persekitaran fizikal
dan persekitaran psikososial.Kedua-dua aspek ini memberi kesan kepada murid sekiranya
ianya tidak diberi perhatian yang khusus.Kesannya akan memberi masalah sewaktu
pembelajaran dijalankan. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’
atau ‘musuh’ dalam proses P&P. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi
aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan,
pengudaraan dan perabot serta kebersihan.Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut
mempengaruhi keberkesanan P&P secara tidak langsung. Aspek ini merangkumi bentuk
bangunan, pokok dan bungaan serta kemudahan seperti tempat bermain dan
perpustakaan. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam
dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.
Psikososial pula merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai
ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,
suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan
memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada
persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru,
bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pembelajaran dalam
bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan
daripada tingkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan
aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan
menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik
darjah. (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).
Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan jika guru kehilangan kawalan ke
atas bilik darjah, murid akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Secara
umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti “pengorkestraan
kehidupan dalam bilik darjah, merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber,
menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan
pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah.”(Lemlech, 1988).
Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson
(1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam
aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru
dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien.
Analisis Masalah
“If you don’t have a plan on managing your classroom, then you are planning to fail”
(Harry and Rosemary Wong)
Antara masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini adalah berkait rapat
dengan persekitaran murid yang merangkumi kedua-dua jenis persekitaran iaitu
persekitaran fizikal dan psikososial.Penganalisian masalah ini telah melibatkan beberapa
kaedah mengumpul maklumat seperti pemerhatian, temubual dan pengujian di dalam bilik
darjah sendiri.
“Peranan guru adalah begitu rumit.Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan
dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah.Seorang murid memerlukan kasih
sayang.Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan
kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.”
(Ee Ah Meng , 1995)
Mengikut temubual yang dijalankan ke atas murid di aliran perdana, saya mendapati
bahawa murid sering berasa bosan belajar di dalam kelas semata-mata kerana susun atur
dan persekitaran yang tidak menarik.Murid juga sering mengantuk dan tidak berminat untuk
mengikuti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.Ruang fizikal yang tidak distruktur
dengan baik memberi impak yang besar kepada murid.Begitu juga halnya dalam temubual
bersama murid pendidikan khas yang lebih selesa pembelajaran yang dijalankan di
persekitaran yang lebih kondusif dan selesa.
Saya juga menjalankan pemerhatian secara langsung dan tidak langsung dari semasa
ke semasa.Perkara yang paling penting adalah hubungan yang saling hormat-menghormati
di antara guru dengan murid-muridnya.Kesukarelaan murid-murid juga perlu untuk
menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran
sekolah. Selain itu, perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru
sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia sangat penting bagi menjamin
penerimaan murid dalam apa jua aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.Guru juga
perlu mewujudkan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan
dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan
sesuai. Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru,
serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja
dalam keadaan mesra dan sempurna.
Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan
dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi
kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang
menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.Di dalam bilik darjah,
berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya
berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang
digunakan.
“Supporting and developing orderly and productive classroom environments is the
foundation of good classroom management”
(Dr Caroline Advertson, Vanderbilt University)
Pengurusan persekitaran bilik darjah yang baik juga memberi kesan kepada
keberkesanan pengurusan tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah.Murid juga
menjadi lebih aktif dan mudah mengikuti pembelajaran dengan keadaan bilik darjah yang
kondusif.
Tempoh penyelesaian
12 Oktober hingga 16 Oktober 2015 (Seminggu)
Cadangan Penyelesaian
Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan
suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu
rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di
dalam bilik darjah.Seorang murid memerlukan kasih sayang.Seseorang guru yang cekap
pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak
dapat memenangi hati murid-muridnya.
a) Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam
bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia
perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali
mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan
kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia
sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga
dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting
ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi
keberkesanan pengajaran guru. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah
akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan proses
pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
c) Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah,
seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah
pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat
murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga
merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja
atau pun projek.
d) Guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas
apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya
tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid
sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas
sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.
e) Guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah
merekajalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya
hasilnya dapat menepati objektif yang telah ditetapkan.
Tindakan susulan :
Tindakan susulan yang dapat dilakukan adalah dengan mengambil perhatian yang
lebih tentang aspek persekitaran yang sering dipandang enteng oleh setiap guru dalam
pelaksanaan pembelajaran di dalam kelas.Selain itu, perhubungan antara murid dan guru
juga merupakan perkara penting dalam tindakan susulan ini. Selain menjadi seorang guru
yang tegas, guru juga perlu mesra dan rapat dengan murid. Melalui ini, murid dapat berasa
lebih bersemangat dan mudah untuk memberi perhatian terhadap apa yang dipelajari.
Kesimpulan :
Setiap situasi yang dihadapi memerlukan kaedah penguatkuasaan yang tertentu
dalam penyelesaian terhadap situasi tersebut. Guru perlu mengkaji masalah yang dihadapi
oleh murid dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu kerana setiap
murid mempunyai tahap pemikiran yang berbeza dan pelbagai.
Kajian Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati, minat murid terhadap
pembelajarannya mempengaruhi pencapaiannya di dalam bilik darjah. Walaupun murid
mungkin tidak cemerlang terhadap suatu tarikan di dalam bilik darjah, nemun sekiranya
terdapat suatu tarikan di dalam bilik darjah, pasti murid tersebut akan bersemangat untuk
terus belajar.
Pandangan / Komen guru pembimbing
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………
Tarikh :……………………………. Tandatangan :…………….
……………
Nama :…………………………….