Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Di Sekolah
PENGENALAN
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu bermotivasi,
kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran agar ianya dapat mencapai objektif-objektif
yang hendak dicapai.
Antara kaedah-kaedah dan pendekatan yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kaedah penerangan, sumbang saran, soal jawab, simulasi, lakonan, nyanyian,
nasyid dan sebagainya. Ianya bergantung kepada jenis objektif yang hendak dicapai. Oleh kerana
tajuk perbincangan kerja kusus Pengenalan Bahasa Arab adalah berkaitan dengan aplikasi
permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi sekolah
kebangsaan, maka perbincangan mengenai tajuk ini akan menjurus kepada pendekatan
permainan bahasa sebagai wadah untuk mencapai matlamat dan objektif bahasa Arab komuniksi
sekolah kebangsaan.
1.1 Konsep dan maksud Permainan Bahasa
Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun). Iaitu murid-murid
didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya bahan bantu
mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah
dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu murid-
murid yang lemah dalam pelajaran BAKSK meningkatkan tahap kecerdasan dan keinterlektual
mereka. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki
tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan
menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi
menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia
menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang
hendak dicapai pada hari itu.
Michael berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan
bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran.[1] Ini akan mengekalkan tumpuan dan
minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku.
Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah
dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky
(1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak membicarakan
tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu
dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan
membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya[2]. Natijahnya murid akan
dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.
Matlamat
Seperti pendekatan-pendekatan atau kaedah yang lain, kaedah permainan bahasa juga
mempunyai beberapa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh setahun atau tiga tahun,
selepas kaedah tersebut dipraktikkan. Iaitu sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat
mempertingkatkan prestasi penguasaan bahasa Arab dikalangan murid sekolah kebangsaan.
Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrument yang penting dalam menggarap
matlamat pendidikan diantara tujuan permainan bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan
pembelajarn adalah seperti berikut ;[3]
(a) Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan pembelajaran
biasa.
(b) Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa
bermain.
(c ) Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka.
(d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi antara satu
sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu
kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan.
(e) Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia
lebih menarik dan berkesan.
(f) Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di kalangan
murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana pembelajaran akan
menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid.
(g) Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada
murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.
(h) Guru dapat membentuk sikap positif yang sihat di klangan murid. Contohnya sikap hormat-
menghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani
mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan (sama ada kalah atau
menang) secara terbuka dan sebagainya.
(i) Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk suasana
pengajaran yang lebih mencabar.
(k) Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai
instument seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan.
(l) Kaedah permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan
konsep pembelajaran Murid akan mempunyai daya kreatif, dan daya saing yang sihat disamping
inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu permainan.
Objektif
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai
beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ; [4]
(a) Merangsang Interaksi Verbal Murid
Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau mempraktikkan
ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta memberi kerjasama kepada
guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu
memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka
dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila diminta
bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling
berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan
menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru
berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran
berjalan dengan lancar dan berkesan.
(b) Menambah Kefasihan dan Kefahaman
Jenis permainan yang dipilih seharusnya mempunyai matlamat dan objektif iaitu
mempertingkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri.
Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa
struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat
kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang memberi arahan
misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada pengetahuan berbahasa
dan kefasihan tertentu murid. Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan
dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari
kebolehan dan keupayaan mereka berbahasa dengan menggunakan bahasa yang telah mereka
pelajari. Pada waktu yang sama, guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa.
(c) Bertindak sebagai alat mengikis bosan
Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu sifat yang normal bagi seorang guru. Begitu juga
kepada murid. Mereka akan menjadi lekas bosan, jemu, mengantuk dan lapar apabila
menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba
menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa
ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana suasana pada waktu itu
amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif
kepada permasalahan ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai
sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu.
(d) Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah
dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan
murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan
bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penangkulan atau
recall review dan hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di
dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah KBSM
(1998)[5] juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ;
(i) Untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.
(ii) Untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan
mereka.
(iii) Untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
bahasa yang diajar.
(iv) Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang
bahasa.
(v) Untuk berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama
ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain.
(vi) Memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.
2. Ciri-ciri Permainan Bahasa.
Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut
mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan
diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak
membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid
adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan
pintar, (jenius) pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan.
Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk
membantu mereka memahami proses pembelajaran.
Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua
perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan
lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.[6] Antara ciri-ciri
permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut;
2.1. Ciri-ciri umum
(a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami.
(b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.
(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan
permainan.
(d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan
perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.
(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya
sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu.
(f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa
yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.
( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini
penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.
2.2 Ciri-ciri Khusus
(a) Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
(b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
(c) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
(d) Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
(e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
(f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.
(g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
(h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti
bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
3. Kesan-kesan pengunaan kaedah Permainan Bahasa
Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah kebangsaan dilihat dari
dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif.
3.1. Kesan Positif ;
i) Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar.
ii) Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria.
iii) Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru.
iv) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.
v) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan
berkepimpinan di kalangan pelajar.
3.2. Kesan negatif.
i) Permainan memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya kerana
peruntukan masa yang terhad..
ii) Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai
sasaran sepenuhnya.
iii) Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses
pembelajaran di bilik sebelah.
Iv) Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid.
v) Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu mahal.
vi) Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran.
vii) Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja.
viii) Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.
5. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa
merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di
sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan
mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan.
Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang
lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah
permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan
dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaran yang berbentuk
penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.
Email ThisBlogThis
Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, bahasa al-Hadis dan bahasa antara bangsa kini banyak
diperkenalkan di pelbagai jenis institusi pendidikan. Antaranya ialah Maahad Tahfiz, Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMK KAA),
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah
Kebangsaan (SK), sekolah-sekolah swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti.
Walaupun demikian, kehadiran mata pelajaran tersebut seolah-olah begitu asing dan
tidak mendapat tempat seperti mana yang dikehendaki. Hal yang sepatutnya ialah (a)
Pencapaian Bahasa Arab yang cemerlang menjadi kelebihan utama berbanding sekolahsekolah lain yang
tidak menawarkan subjek tersebut, (b) Komunikasi dalam Bahasa Arab
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12)
• disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-967-
5478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm.2
samada secara lisan atau tulisan adalah sesuatu yang biasa dan lumrah bagi pelajar dan guru
dan (c) Bahasa Arab dijadikan kunci utama untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan
termasuklah sains, matematik, sejarah, geografi, komunikasi dan lain-lain.
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan samada oleh Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pelajaran, Jamaah Nazir Jaminan Kualiti, penyelidik universiti tempatan
dan beberapa orang pengkaji persendirian mendapati bahawa antara punca masalah ialah
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang kurang sesuai dan kurang
berkesan. Sehubungan itu, pengkaji telah membuat percubaan dengan membina tiga bahan
berwarna-warni berbentuk akhbar (mingguan), majalah (bulanan) dan buku motivasi
(tahunan) dan memberikan khidmat bimbingan berbentuk bengkel secara percuma selama
empat jam di pelbagai jenis institusi pendidikan. (Abd Razak Abu Chik 2009)
. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang
bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari
perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka
tidur sewaktu sesi P&P.
• Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
• Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan mata
pelajaran berbanding pemahaman para pelajar mengenai topik tersebut.
• Keadaan persekitaran yang tidak kondusif.
• Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk yang dibincangkan pada hari itu. Ini menyukarkan
mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut.
2. Cadangan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-
contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan
pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi
video boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan
membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil. Aktiviti-aktiviti permainan kecil atau
penghasilan model yang menggunakan peralatan-peralatan atau bahan-bahan yang selamat dan mudah
didapati. Pada akhir sesi P&P, mereka digalakkan atau dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di
hadapan kelas.
• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar
segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.
Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala
rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah
dipelajari.
• Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap
pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan
lebih lancar dan berkesan.
• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh
daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para
pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis
dan soal jawab dengan para pelajar.
• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah
pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif
pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.
KAEDAH MENGAJAR BAHASA ARAB
OLEH:
KAMARUDIN BIN JAFFAR
KANDUNGAN
Pengenalan
Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak
diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan
pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan
aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan
seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana
untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat
pendidikan yang dirancang.
Konsep Pendekatan.
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam konteks
pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang
sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna
pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar.
Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi
pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori
pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan
seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya,
Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif
yang dicetuskan oleh Hilda Taba.
Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,intrepetasi data
serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalah bersifat
aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan.
Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu inilah,
maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik
dan aktiviti yang dirancang.
Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumus
kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataanya adalah dianggap
benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan..Beliau juga merumuskan
pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu.
Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran berdasarkan objektifnya.
Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , sesuatu pendekatan
itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada
falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu
sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpetasi terhadap falsafah pendidikan Islam.Ia
juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak.
Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang
hakikat satu matlamat pelajaran.
Konsep Strategi
Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta
perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan ,
terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat
bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.
Konsep Kaedah
Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun
dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak
kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya
untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah
projek.
Konsep Teknik
Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku
guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu
aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya.
Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik
menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik
menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman.
Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran
dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara , syarahan, soal
jawab dan bercerita.
Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran
objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatu kemahiran
yang disesuaikan dengan teknik mengajar.
Aras kemahiran Teknik mengajar
Pengetahuan Latih tubi dan hafazan
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjuk cara atau demonstrasi
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran
Konsep Aktiviti
Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.
Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan ,strategi, kaedah dan aktiviti dapat
dilihat berdasarkan rajah berikut :
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang
boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.Walaubagaimanapun , beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam
proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan bahasa
arab.
Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek
nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang murid itu bukan
hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang
terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah
dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam
juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar.
Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa
arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam.
Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu
diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh para ulama salaf tidak
relevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara saksama dan jujur.Begitu juga
dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajar
dalam mempelajari bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun di
peringkat tinggi.
Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur fizikal sesebuah kelas
pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas dengan jelas.
Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan
mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu
bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut.
Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab ialah :
1. Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)
Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea
besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya,
dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga.
Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga,
aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti
keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya
samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah.
Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan
dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.
2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)
Kaedah ejaan atau imla’i ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu
yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Ia
merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam perkembangan
ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap
kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka.
Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama
meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing.
Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan
ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan
rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan
pandangan mazhab mereka.
Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini
dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan
seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy
3. Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah)
Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini
kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak
memainkan peranan termasuk guru dan murid, Bermula dengan penyediaan teks
perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya
khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di
luar bilik darjah sebagai pengayaan.
Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi
menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.
4. Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)
Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana
kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau
ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat
Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra
beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.
Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi
ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran
membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan
kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang
di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting
dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.
5. Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)
Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di
huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah
kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden.
Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa.
Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir.
Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya
berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk
memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.
6. Kaedah Induktif
Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para
pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi
menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.
Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri
sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini
banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina
kesimpulan dan prinsip
Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai
dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang
banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan
contoh.
Rumusan
Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan
kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan
sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar
bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya
bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa
tersebut.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Fajar Bakti
Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997.
Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,
1997 .
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar,
Bahagian A , Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991
Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.,
Kuala Lumpur 1996.
_________________, Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit Bahasa Arab
Bahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam Dan Moral,
Kem. Pendidikan Malaysia.
lampiran 1
اللغة علم
. فرعين الى ينقسم وهو اللغة يدرس الذي علم هو اللغة علم :ان
1. . وعلم األصوات علم منها علوم عدة الفرغ هذا ويشمل النظري اللغة علم
اللغة وعلم الفونيمات
النحو وعلم الصرفي وعلم المعاني وعلم .التاريخي
2. . أألجنبية اللغات تدريس منها علوم عدة الفرغ هذا ويشمل التطبيقي اللغة علم
األجتماعي اللغة وعلم النفسي اللغة وعلم .والترجمة
يلي كما باءيجاز تعريفها الممكن فمن ، السابقة العلوم من علم كل تعريف شئنا واذا
:
1. . وفي انتقالها وفي اللغوية األصوات نطق في العلم هذا يبحث األصوات علم
: وعلم النطقي األصوات علم فروع ثالثة الى العلم هذا تقسيم ويمكن ادراكهاز
. األصوات نطق فى منها علم كل ويبحث السمعي األصوات وعلم الفيزيائي األصوات
التوال على وادراكها وانتقالها
2. . فونيمات الى وتصنيفها األصوات وظائف في العلم هذا يبحث الفونيمات علم
للغة الفعلي األستخدام في الفونيمات هذه .وتوزيع
3. . التاريخية العصور غير اللغة تطور في العلم هذا يبحث التاريخي اللغة علم
اللغات من بسواها وتأثرات تغيرات من عليها وماطرأ .المختلفة
4. . . أصغر هو والمورفيم وتوزيعها المورفيمات في العلم هذا يبحث الصرف علم
معنى ذات لغوية .وحده
5. . . علم البعض ويدعوه الجملة ضمن الكلمات ترتيب في العلم هذا يبحث النحو علم
القواعد. علم معا وانحو الصرف علماء ويدعى .النظم
6. . بعضها المفردات وعالقة المعنى طبيعة في العلم هذا يبحث المعاني علم
. الداللة علم اللغة العلماء بعض ويدعوه المعنى حيث من .ببعض
7. . من عقلي نفسي سلوك كظاهرة اللغة العلم هذا يدرس النفسي اللغة علم
وبعده وأثناءه الكالم قبل تحدث التي النفسية والتأثيرات النمواللغوي حيث
8. . اللهجات حيث من اجتماعية كظاهرة اللغة العلم هذا يدرس األجتماعي اللغة علم
السياسية واالنعكاسات األجتماعي والدور األجتماعية واللهجات الجغرفية
اللغة عن .الناجمة
اللغات تدريس في منه االستفادة هو المقام هذا في لدنيا اللغة لعلم فائدة وأهم
اآلتي النحو على : األجنبية
1. أي ، المنشودة اللغة أصوات لمخارج جيدا وصفا النطي األصوات علم لنا يقد¤م
. لمخارج وصفا العلم هذا لنا يقد¤م كما أجنبية كلغة تعليمها نريد التي اللغة
. بين واالختالف التشابه مواضع معرفة يمكن وبذالك األم اللغة أصوات
األم اللغة في ونظيره المنشودة للغة الصوتي .النظام
2. الوحدات وتوزيع الكلمة لتركيب مفيدا وصفا الصرف علم لنا يقدم
سواء حد على المنشودة واللغة األم اللغة في ، المورفيمات أي ، .الصرفية
3. الكلمات ونظام الجملة لتركيب مفيدا وصفا النحو علم لنا يقدم
األم واللغة المنشودة اللغة .في
4. في تؤثر التي النفسية العوامل عن مفيدة معلومات النفسي اللغة علم لنا يقدم
تعلمها في تؤثر والتي األجنبية اللغة .تدريس
5. األجنبية اللغة لتدريس أفضل عن مفيدة معلومات األساليب علم لنا يقدم
تعلمي مردود افضل واعطاء والجهد الوقت اختصار .مع
العربية اللغة أهمية
. بعد يوما تزيد اللغة هذه أهمية أن كما العلم لغات بين خاصة مكانة العربية اللغة ان
. األتية اسباب الى العربية اللغة اهمية وترجع الحاضر عصرنا في :يوم
1. . . وهي الكريم القرءان بها نزل التي اللغة هي العربية اللغة ان الكريم القرءان لغة
القرءان يفهم أو ليقرأ مسلم كل يحتاجها التي اللغة بذلك
الشرعية واألحكام والنوهي األوامر المسلم منه يستمد .الذي
2. . بالعربية يؤديها ان عليه الصالة يؤدي أن يريد مسلم كل ان الصالة .لغة
االسالم أركان من اساسي بركن مرتبطة العربية فان .ولذلك
مسلم كل على واجبا بذلك العربية تعلم .فيصبح
3. . العربية اللغة هي الكريم الرسول احاديث لغة ان الشريف الحديث .لغة
يعرف ان عليه واستعيابها األحاديث هذه قراءة يريد مسلم كل فان ولذلك
العربية .اللغة
4. . سريع بشكل اقتصاديا ينمون االن العرب ان للعرب االقتصادية المكانة
اقتصاديا وزنا لهم يجعل مما ومعدية، نفطية ثروات من لديهم ما بفضل
. والسياسية االقتصادية اللغة اهمية وتتواكبوا سياسياموازيا ووزنا كبيرا
.الصحابها
5. . وعشرين اثنتين في اولى كلغة مستخدمة العربية ان العربية متكلمي عدد
. يعني وهذا االسالمية الدول من كثير في ثانية كلغة وتستخدم عربية دولة
. الدول شعوب من كثيرا ان كما اولى لغة العرية تتكلم العالم دون سبع ان
الرتباط العربية اللغة بتعلم وترحب، بل النفسي، االستعداد لديها االسالمية
الشعو هذه بديالة اللغة هذه
"PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN
PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN
Bahasa Arab adalah Bahasa Internasional yang tidak asing lagi seantero dunia. Assalamu'alaikum. Bahasa Arab (BA) adalah bahasa al-Qur'an al-Karim. Al-
Qur'an telah menegaskan bahwa bahasanya adalah mudah untuk dipelajari. Tetapi kita lihat
pembelajaran BA tidak membuahkan hasil yang dicita-citakan. Berapa ramai yang telah belajar BA
selama bertahun-tahun, dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan seterusnya
Universiti. Tidak kurang yang menyambung pelajaran ke luar negara, terutama di Timur Tengah.
Namun, tahap penguasaan BA amat mengecewakan. Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor
penting, iaitu:
1. Tidak memahami konsep pengajaran/pembelajaran. Kerap BA diajar tanpa
mengetahui method yang betul. Ia seolah diajar tanpa mempunyai tujuan. Cara
yang paling biasa digunakan ialah mengajar kaedah Nahu Arab sejak daripada
tahap pertama dengan anggapan bahawa dengan mengetahui kaedah-kaedah ini
pelajar akan mahir dalam BA. Tidak dinafikan bahawa kaedah nahu adalah
penting dalam pembelajaran bahasa, tetapi memahami kaedah nahu sahaja tidak
bermakna seseorang menguasai sesuatu bahasa. ramai yang tidak memahami
bahawa kaedah bahasa berbeza daripada bahasa itu sendiri. Sebagai contoh,
ramai orang yang telah hafal kaedah-kaedah nahu, tetapi tidak mahir dalam
bercakap, menulis dan membaca. Di samping cara di atas, cara yang popular juga
dalam pebgajaran BA ialah penterjemahan. Cara ini sekaligus memalingkan
pelajar daripada memberi tumpuan kepada bahasa asal, sebaliknya memberikan
tumpuan kepada terjemahan dalam bahasa kedua. Cara ini sebenarnya adalah
pengaruh daripada pengajaran teks agama seperti fiqh, tafsir, hadith dan lain-
lain. Dalam hal ini penterjemahan ke dalam bahasa kedua adalah penting kerana
tujuan asas pengajaran teks-teks agama adalah pemahaman yang mendalam
terhadap iasi kandungan yang disampaikan. Keadaan amat berbeza dalam hal
pengajaran bahasa, kerana tujuan asasi daripadanya ialah bagaimana pelajar
dapat mencapai suatu tahap kemahiran dalam penggunaan bahasa.
2. Tidak memberi penekanan kepada kemahiran bahasa. Pada asasnya, bahasa
adalah suatu media yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi antara
satu sama lain. Komunikasi ini akan melibatkan pancaindera telinga untuk
mendengar, lisan untuk menutur, mata untuk membaca dan tangan untuk
menulis. Kebolehan seseorang menggunakan beberapa atau semua pancaindera
dalam komunikasinya itu dinamakan sebagai kemahiran bahasa. Namun, untuk
mencapai tahap komunikasi yang berkesan, latihan terhadap kemahiran ini harus
diberikan penekanan sejak dari peringkat awal lagi. Nampaknya inilah yang amat
kekurangan dalam pengajaran BA di Malaysia khususnya.
Satu Cadangan
Terdapat banyak sekali method pengajaran bahasa yang dibahaskan oleh pakar-
pakar pendidikan. Bagaimanapun, di antara method yang paling berkesan pada
pendapat saya ialah Kaedah Terus (Direct Methode). Ini kerana pendekatan ini
memberi pendedahan secara langsung kepada penggunaan bahasa sasaran. Pada
asasnya guru tidak akan menggunakan kaedah terjemahan, malah dia hanya akan
menggunakan bahasa sasaran. Secara saikoloji, guru berperanan sebagai contoh
utama dalam menggunakan bahasa sasaran. Penggunaan bahasa sasaran secara
langsung bertujuan melatih minda pelajar supaya berfikir dalam bahasa yang
dipelajari. Ia juga menghampiri proses pembelajaran bahasa ibunda di kalangan
kanak-kanak. Oleh kerana itu, methode ini juga kadang-kadang disebut juga
sebagai Kaedah Semulajadi (Natural Methode). Berdasarkan ini, semakin hampir
pendekatan kita kepada proses kanak-kanak belajar bahasa ibunda, maka
semakin mantap kemahiran yang dikuasai.
Ciri-ciri penting Kaedah Terus ialah:
1. Ia memberi penekanan kepada kemahiran bahasa. Untuk peringkat permulaan,
kemahiran mendengar dan bercakap diberi perhatian yang lebih.Ini kerana kedua
kemahiran ini adalah asas penting untuk melancarkan proses pembelajaran yang
seterusnya.Perkara ini juga selari dengan proses pembelajaran kanak-kanak.
Sejak lahir, kanak-kanak terus belajar bahasa ibundanya daripada persekitaran.
Pada tahap ini, pancaindera yang terlibat hanyalah pendengaran. Proses
mendengar mungkin berjalan selama setahun atau lebih. Tahap ini diikuti oleh
latihan bercakap yang juga mengambil masa yang agak lama di samping
kemahiran mendengar yang berterusan. Boleh dikatakan bahawa kemantapan
kemahiran bertutur bergantung sepenuhnya kepada kemahiran mendengar.
Malah, setengah pakar mengesyorkan bahawa pada tahap permulaan, patut
dikhususkan suatu period (6 bulan misalnya) hanya untuk melatih tubi kemahiran
mendengar, persis cara kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda di peringkat
permulaan. Latihan mendengar juga bertujuan membantu pelajar menguasai
penyebutan huruf yang betul.
2. Ia menekankan kepada penggunakan bahasa yang paling kerap di dalam
kehidupan seharian. Ia memberi fokus kepada perbualan yang berlaku sehari-
hari; di rumah, di pasar, di sekolah dan lain-lain. Kebolehan berbual adalah satu
petanda kepada kebolehan bertindak balas terhadap apa yang didengar. Apabila
seseorang berjaya sampai ke tahap ini, ia akan menjadi suatu pendorong yang
berguna untuk mengembangkan penguasaan yang lebih bermakna dalam bahasa
yang dipelajarinya. Sebaliknya seorang yang tidak dapat menguasai kemahiran
ini, ia akan menjadi penghalang baginya daripada meneruskan proses
pembelajaran. Kemungkinan besar dia akan merasa hampa dan putus asa.
3. Ia menekankan penggunaan bahasa yang mudah, tidak kompleks, perkara-
perkara yang wujud secara fizikal. Pada peringkat permulaan, perkataan-
perkataan dan tajuk-tajuk yang mempunyai makna yang abstrak dielakkan.
4. Ia mementingkan pengulangan atau latih-tubi. Seperti yang disebutkan di atas,
method ini cuba mendekati proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak di
mana pengulangan adalah satu daripada elemen yang sangat penting. Begitulah
hendaknya seseorang yang belajar BA mesti mendengar dan berlatih bertutur
sekerap yang mungkin. Selama mana pengulangan berlangsung, sebanyak itulah
kemantapan yang dicapai oleh pelajar.
5. Ia mementingkan penggunaan bahasa. Oleh kerana itu perbendaharaan kata
tidak diajar secara individu. Ketika mencatat perkataan yang baru misalnya,
pelajar tidak mencatat perkataan itu sahaja, malah perkataan dan bagaimana ia
digunakan di dalam ayat.
6. Ia tidak mengajar kaedah-kaedah nahu dan saraf secara langsung, sebaliknya,
melatih pelajar memahami ciri-ciri bahasa melalui pemerhatiannya ketika
menggunakannya. Kadang-kadang kaedah-kaedah nahu yang asas diterangkan
secara ringkas, tetapi bukan dalam bentuk suatu teori yang mendalam. Tujuannya
ialah supaya minda pelajar tidak dikongkong oleh kaedah-kaedah nahu/saraf,
dimana ini akan melambatkan proses pembelajaran kerana penekanan kepada
kaedah nahu/saraf secara lansung pada peringkat permulaan biasanya boleh
menyebabkan bahawa BA adalah sukar. Ia juga menimbulkan perasaan takut
melakukan kesalahan. Belajar melalui kesalahan adalah suatu proses yang tabi'i
dan bersahaja, tetapi akan meninggalkan kesan yang mendalam.Ianya semakin popular Kaedah Penyelidikan Bahasa
1.0 PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian
Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semulajadi semenjak
kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara berperingkat-peringkat. Seperti mana yang kita
ketahui bahawa bayi belajar secara tidak formal Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara
‘memperoleh’ bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa
ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa
itu.
Dalam kajian ini kita akan penyelidik dan cadangan tentang senario kelemahan murid sekolah rendah
dalam menguasai bahasa kedua dalam proses pembelajaran. Penyelidikan ini berkisar di beberapa buah
sekolah di Bahagian Sarikei di mana pelajarnya terdiri daripada pelbagai etnik. Mejoritinya mempunyai
bahasa ibunda masing – masing. Kita akan kaji mengapa masih ramai pelajar belum dapat menguasai
bahasa kedua terutama sekali dari segi sebutannya kerana mereka masih lagi dipengaruhi oleh bahasa
ibunda mereka masing – masing. Beberapa faktor telah diambil kira seperti minat terhadap mempelajari
bahsa kedua, latar belakang geografinya, kemudahan pasarana seperti telefon, termasuk radio dan
televisyen, begitu juga dengan pendapatan ibubapa yang mempunyai taraf hidup yang rendah. Selain
daripada itu kebanyakkan daripada ibu bapa masih lagi hidup dalam kehidupan yamg serba daif. Mereka
mengangga bahawa pelajaran itu tidak penting bagi golongan ini.
Penyataan Masalah
Mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari lakuan baru. Justeru, dalam proses
pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibu sering terjadi. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua
hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal.
Berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua, bahasa mestilah dipelajari secara formal dan hanya
berkembang melalui latihan dan pengukuhan Oleh itu, dorongan yang kuat dan sikap yang baik adalah
perlu untuk belajar.
Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang membolehkan
bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan. Mungkin salah satu masalah yang besar ialah, bahasa
Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang
digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak
boleh mereka tuturkan di luar kelas.
Tambahan pula mempelajari bahasa kedua merupakan salah satu daripada proses pembelajaran di
setiap sekolah di Malaysia. Para pelajar mesti bekerja keras untuk mempelajari bahasa kedua ini. Bahasa
kedua menjadi salah satu daripada mata pelajaran yang mesti diajar walaupun sukar bagi pelajar untuk
mempelajarinya. Untuk mempelajari Bahasa Kedua ini pelajar hendaklah perlu banyak membaca.
Masalah yang dihadapi oleh murid zaman kini ialah mereka mempunyai pandangan yang negative
Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada
pelajar Melayu sendiri tidak banyak menimbulkan masalah tetapi mengajarnya sebagai bahasa kedua
kepada pelajar bukan penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti. Pelajar perlu melalui
rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu.
Adalah jelas, mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari lakuan baru. Justeru,
dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibu sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan
linguistik di kalangan pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu,
pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu
formal. Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang
membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i. untuk persediaan para guru – guru disekolah rendah tentang persediaan kanak – kanak tentang
pembelajaran bahasa dan penguasaannya.
ii. Untuk mengetahui tentang pembelajaran bahasa kedua bagi kanak – kanak.
iii. Mengetahui tentang perbezaan diantara penguasaan Bahasa Pertama dan pembelajaran bahasa
kedua dan mempelajari penggunaan bahasa.
Rangka Konsepsual
Tajuk Cadangan
Mempelajari Bahasa Kedua adalah di kalangan pelajar sekolah rendah masa kini.
Kajian Kes di SK Budu, Saratok, Sarawak
Objektif Kajian Teori Kajian
Persempalan Tempat Kajian
Kaedah Kajian
Kerangka Teori
Teori Skema yang telah dikemukakan Rumelhart ( 1981 ) yang berkaitan dengan pengetahuan individu
atau struktur data yang bagi mengambarkan konsep umum yang ada dalam ingatan manusia. Mengikut
teori skema, pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang digambarkan dalam satu uni kotak yang
dinamakan “skemata ”. Skema merupakan pengetahuan seseorang tentang semua konsep objek,
peristiwa, situasi, tingkah laku dan urutan – urutan perlakuan dalam unit tersebut. Objek yang
dimaksudkan mempunyai kaitan dengan pengatahuan.
Menurut Abd. Rahman ( 1997 ), Teori mekanis cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan
bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau secara fizikal. Mereka
yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli – ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan
Brooks, Sarjana – sarjana psikologi menyertai aliran ini ialah J.B Watson, E.r.Guthrie, edward L, Tondike,
I.P. Pavlov dan B.F Skinner.
Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Ini
bermakna penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis melalui latihan dan pengulangan.
Rangsangan yang datang kepada seseorang adalah dari dalam dirinya, dan daripadanya timbul gerak
balas terhadap orang lain untuk melahirkan pertuturan dan sebutan daripada simbol. Dalam konteks
pengajaan dan pembelajaran bahasa teori mekanis menegaskan latihan dan latih tubi pola bertujuan
untuk membentuk satu kebiasaan baru bagi pelajar.
Teori mekanis juga menekan kemahiran lain seperti pertuturan lisan dan kemahiran mendengar kerana
kedua – dua kemahiran ini mempunayai hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding
dengan aktiviti membaca dan menulis. Kesemua kemahiran ini perlu diberi awal dalam pembelajaran
yang berterusan di sekolah.
Ujian kloz pula bertujuan untuk menentukan tahap kebolehan individu yang dikaitkan dengan beberapa
kemahiran lain, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran perbendaharaan kata, tatabahasa, kefahaman bacaan
di samping kefasihan dan kelicinan sintaksis.
Kepentingan Kajian / Kesinifikanan
Hasil daripada cadangan kajian ini nanti bolehlah dimanfaatkan oleh guru – guru sekolah rendah yang
mengajar bahasa kedua kepada pelajar yang masih lagi mempunyai kepekatan diksi dalam bahasa
ibunda mereka, disamping itu juga ianya boleh digunakan oleh pihak Pusat Perkembang Kurikulum untuk
merobak huraian sukatan pelajaran dan di semak semula supaya ianya lebih berkesan untuk dgunakan
oleh warga pendidik.
Guru dan ibu bapa dapat menentukan bentuk keperluan dan penyediaan bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran bagi melaksanakan program pemulihan khas bagi mereka yang lemah.
Ketidaksesuaiannya perlu diubah dan diganti dengan kaedah baru yang mungkin mampu memberi
penyelesaian yang lebih baik. Kajian cadangan ini penting untuk membaiki tahap pancapaian akademik
secara menyeluruh.
Pihak yang berwajib dalam organisasi pendidik di Malaysia ( KPM ) perlu menyedari masalah
pembelajaran bahasa kedua bagi murid – murid yang tinggal jauh dipedalaman. Bagaimana cara hendak
menbaiki itu terpulanh pada kretiviti seseorang guru tersebut Organisasi ini perlu merancang kurikulum
khas bagi pelajar yang terbabit.
Skop Kajian
Kajian ini akan meliputi beberapa orang guru dan pelajar telah sebuah sekolah di kawasan luar bandar
Sarawak, yang terletak berhampiran dengan Pekan Kecil Daerah Saratok. Sekolah ini dipilih berdasarkan
lokasinya yang jauh dari bandar dan latar belakang status sosioekonomi keluarga pelajar kebanyakanya
terdiri daripada golongan sederhana, dimana mejoriti ibu bapa atau penjaga bekerja sebagai petani dan
penoreh getah.
Kaedah kajian yang menggunakan Ujian Kloz dan soal selidik kepada 10 orang responden ( pelajar )
sebagai sampel akan turut mengambil kira maklum balas guru bagi mencapai objektif kajian. Skop ujian
dan soal selidik yang akan dijalankan adalah tertakluk kepada keperluan objektf kajian
Definisi Istilah
Definisi istilah yang digunakan dalam tajuk kajian cadangan ini adalah seperti berikut :
Mempelajari
Perkataan“ mempelajari ”adalah berasal dari kata dasar pelajar . Mempelajari merujuk kepada proses
menimba ilmu dari seseorang ataupun institusi pendidikan.
Bahasa Pertama
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : “Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali dikuasai
oleh seseorang sejak dia masih kanan – kanak iaitu
iaitu sebelum dia mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua. Bahasa pertama ini
sering juga disebut bahasa kandung atau bahasa ibunda.”
Dikalangan
Menurut Kamus Dewan perkataan kalangan bermaksud lingkungan, golongan : di ~ orang Melayu:di ~
mahasiswa ; bahasa ~ bahasa ( kata – kata ) yang biasa dipakai dalam sesuatu golongan tertentu; ~ atas
golongan.
Pelajar
Perkataan pelajar adalah pelaku kepada perbuatan belajar, iaitu individu yang sedang dalam jangka
masa proses belajar, atau menimba ilmu dari seseorang atau institusi pendidikan. Sekolah rendah adalah
satu institusi pendidikan di Malaysia yang mengendali kumpulan pelajar dalam lingkungan umur 7 hingga
12 tahun berdasarkan syarat – syarat tertentu. Menurut kajian Mohd Azmi ( 2001 ), Pendidikan di
Malaysia menggunakan sistem 6-3-2-2, iaitu 6 tahun di sekolah rendah yang bermula pada usia kanak –
kanak 7 hingga 12 tahun ; 3 taun sekolah menegah rendah, yang bermula pada usia pelajar 13 hingga 15
tahun; 2 tahun di sekolah menegah atas, yang bermula pada usia 16 hingga 17 tahun; dan 2 tahun dalam
tingkatan 6 di peringkat pra- universiti.
Dapatlah kita katakan di sini bahawa pengertian pelajar sekolah rendah bermakna individu yang dalam
lingkungan usia 7 hingga 12 tahun dan masih belajar atau bersekolah di sekolah Kebangsaan di negara
ini. Sekolah Kebangsaan yang dimaksudkan dalam kertas cadangan ini ialah SK Budu, Seratok,
Sarawak.
Masa Kini
Masa kini pula membawa pengertian waktu sekarang. Waktu berlaku sesuatu peristiwa.Menurut Kamus
Dewan ( 1996 ) masa bermaksud waktu atau ketika ini. Manakala perkataan Masa pula menurut Kamus
Dewan ( 1996 ) kini bermaksud sekarang ini, waktu ini.
Kesimpulan Definisi Istilah
Kesimpulan defini istilah yang digunakan oleh penyelidik ialah bagaimana hendak mempelajari dan
menguasai Bahasa Kedua di kalangan pelajar dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun di Sekolah
Kebangsaan Budu Seratok, Sarawak.Bagaimana cara hendak menguasai bahasa kedua tersebut.
Sorotan Kajian
Beberapa Kemahiran Asas Bahasa
Penguasaan bahasa untuk tujuan komunikasi merupakan matlamat pengajaran bahasa di sekolah.
Beberapa kemahiran asas lain yang harus diberi penekanan sama rata bagi meningkatkan kemahiran
berbahasa dan komunikasi ialah mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur. Semua
kemahiran berbahsa dan komunikasi memerlukan proses yang kompleks
Penguasaan Bahasa Pertama Dan Pembelajaran Bahasa Kedua
Ahli-ahli psikolinguistik berpendapat bahawa proses mempelajari bahasa pertama adalah secara terus
tanpa sebarang aktiviti terjemahan daripada bahasa lain. Dalam hal ini, kanak-kanak hanya menguasai
pertuturan sahaja secara sebarangan. Setelah beberapa lama melalui proses mendengar, memerhati
kebiasaan, barulah mereka dapat bertukar mengikut kebiasaan bahasa itu. Pembelajaran yang diperolehi
adalah secara tidak langsung tanpa sebarang kaedah. Bahasa dikuasai secara keseluruhan dan tidak
sekerat-sekerat atau terpisah dalam bentuk berasingan.
Walaupun begitu dalam menguasai bahasa pertama atau bahasa ibunda beberapa proses dilalui oleh
kanak-kanak. Dalam hal ini, Kamarudin (1988) membahagikan proses tersebut seperti berikut :
i. Peringkat fonologi
Peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi- bunyi yang didengar
ii. Peringkat morfologi
Peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang
bermakna.
iii. Peringkat sintaksis
Peringkat menggabungkan morfem-morfem menjadi ungkapan-ungkapan
atau ayat-ayat yang bermakna.
Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Pertama
i. Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansur
Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mula-
mula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan
dan selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak
memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain. Lama-
kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal
daripada proses melahirkan ucapan.
ii. Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus
Lazimnya setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan dan ini membolehkan beberapa
aspek bahasa itu dapat dikuasai secara sekaligus. Sebagaimana yang diketahui, bahasa mempunyai
banyak rumus dan peraturan dan semuanya ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak umpamanya
dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara
sekaligus.
iii. Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak mengenainya
Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses
menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan
kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Dalam aspek
tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar
menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.
iv. Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna
Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan memerhati atau mendengar dan kemudiannya
menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun
tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan
perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan
itu dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari
konteks makna bagi menjelaskan makna perlatan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi pemakaian
perkataan yang betul.
v. Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan pertuturan
Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan
seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit
dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan
mereka berbahasa secara tersendiri.
Pembelajaran Bahasa Kedua
Pengajaran bahasa kedua berbeza dengan penguasaan bahasa pertama. Bahasa kedua diperolehi dan
dikuasai melalui pembelajaran. Di mana pembelajaran tersebut adalah bersifat formal, menekankan
banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk satu tabiat. Ini dijelaskan oleh Rivers W.M (1964)
yang menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalah merupakan satu proses mekanikal
yang membentuk tabiat
Oleh itu, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat
yang lain seperti belajar menaip, berenang, memamndu, dan lain-lain. Proses pembelajaran menetapkan
jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara
automatik. Jika proses penguasaan di peringkat awal seorang kanak-kanak, berkemungkinan besar dia
akan melalui proses-proses yang sama dengan proses penguasaan bahasa pertama, sementara proses
penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan melalui tahap dan cara yang agak
berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini pernah ditegaskan oleh
Brown (1980) : “Adult, more cognitively secure,appear to operate from the solid foundation of the first
language and thus manifest more interference.”
Seterusnya Rivers melalui teori pendekatan mengajar bahasa iaitu ‘pendekatan dengar sebut’
menyatakan bahawa :
a. a. Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal
membentuk tabiat.
b. b. Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing daripada analisa.
Oleh itu, daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan tabiat adalah
disebabkan melalui peneguhan dan tabiat berbahasa kedua pula boleh dibentuk dengan berkesan bukan
dengan membuat kesilapan-kesilapan tetapi mempelajari apa yang betul. Latih tubi memainkan peranan
yang penting bagi menggalakkan kebolehan ini berfungsi.
Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai dengan cara
sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini menekankan
kepentingan pemahaman murid akan struktur bahasa asing. Kesenangan mempelajari bahasa tersebut
akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap
struktur-struktur bahasa tersebut.
Prinsip-prinsi Pengajaran Bahasa Kedua
i. Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis
Pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu
lakuan kemahiran bahasa. Latihan-latihan yang diteguhkan dilakukan untuk membina habit bahasa yang
dipelajari itu.
ii. Bentuk bahasa pertuturan hendaklah dipelajari dahulu
Pengajaran bahasa kedua mestilah didahulukan dengan aktiviti lisan. Ini bermakna aktiviti pengajaran
harus bermula daripada kemahiran mendengar, kemudia bertutur dan seterusnya kepada membaca dan
menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itu dahulu sebelum bentuk-bentuk tulisan diajarkan.
Cara ini akan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.
vi. Pelajar belajar secara membuat analogi
Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar-pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan
dan perkaitan di antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka dilatihtubi dalam pola-pola yang diajar.
Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan
tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa.
iii. Makna dipelajari dalam konteks
Makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri. Misalnya makna
perkataan perlulah di ajar dalam konteks kebudayaan yang penuh. Ini adalah cara yang difikirkan
berkesan dalam memberikan makna.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kertas Cadangan
Kaedah Kajian
Kertas cadangan ini dilakukan untuk mengenalpasti pembelajaran bahasa kedua menjadi lebih senang
untuk mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid
mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-struktur bahasa tersebut.Kaedah kajian yan sesuai
digunakan ialah yang berbentuk Kajian Ex Post Facto ( merupakan kajian yang sistematik dan emprikal ).
Selain itu kaedah yang sesuai digunakan juga ialah berbentuk tinjaun diskritif, dimana beberapa bentuk
ujian dilakukan iaitu Ujian Kloz yang diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada 1953 untuk menentukan
tahap kebolehanbacaan pelajar ( Khadijah Rohani,1987 ).
Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan kepada pelajar – pelajar yang berbangsa Iban, di mana pelat dan tutur kata mereka
masih lagi dipegaruhi oleh bahasa Ibunda.Pelajar – pelajar sukar untuk mempelajari bahasa kedua.
Sekolah Kebangsaan Budu menjadi lokasi kajian kerana di sini merupakan sebuah sekolah luar bandar
ian terletak kira – kira 45 kilometer dari pekan kecil Seratok. Kesemua pelajar berbangsa Iban.
Populasi Dan Persampelan
Populasi kajian terdiri daripada pelajar – pelajar yang mempunyai masalah penguasaan Bahasa Kedua d
Sekolah Kebangsaan Budu, Saratok, Sarawak. Jumlah populasi ialah 10 orang. Menurutr pendapat
Ahmad Mahdzan Ayob ( 1991 ), rangka persempelan yang paling baik ialah sejumlah sampel yang
menyamai populasi. Noor Aina Dani ( 2000 ), pula mengemukakan bahawa jumlah sampel yang dipilih
hebdaklah munasabah dan jika populasi adalah sedikit, semua populasi bolehdipilih menjadi sampel.
Oleh itu, semua 100% populasi telah dipilih sebagai sampe dalam kajian ini. Ini bertujuan untuk
memastikan kesemua ahli dalam populasi dapat diuji sebagai subjek kajian dengan hasil yang lebih
relevan.
Instrumen Kajian/ Cadangan
Model Ujian Diagnostik Baka diperkenalkan oleh Abd. Aziz Abd. Talib ( 1984 ). Keputusan ujian yang
dijalankan akan dapat menentukan tahap kebolehbacaan pelajar yang diuji. Ujian dibahagikan kepada
bahagian yang khusus untuk mengesan kemahiran atau kesukaran tertentu :
Ujian Kloz
Menurut Khatijah Abdul Hamid ( 1987 ), Ujian kloz diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada 1953 untuk
menentukan kecekapan berbahasa dari segi perbendaharaan kata ( makna, struktur dan imbuhan ),
tatabahasa, kefahaman bacaan di samping menentukan tahap kebolehbacaan atau kefasihan dan
kelicinan sintaksis semasa membaca.
Penskoran Ujian Baka Dan Ujian Kloz
Kaedah pemeringkatan peratus akan digunakan dalam Ujian Kloz. Menurut Abd. Aziz Abd Talib ( 2000 ),
secara individu atau keseluruhan responden , peratus pencapaian yang diperolehi akan dapat
menentukan kebolehbacaan pada tiga tahap berdxasarkan skala likert, iaitu ‘ tahap bebas’ atau ‘ tahap
bersendirian ’, ‘ tahap bimbingan ’ dan ‘ tahap kecewa ’.
dikalangan intelektual dan orang awam bukan sahaja untuk tujuan
pertuturan bahkan lebih dari itu adalah sarana untuk menimba ilmu
pengetahuan agama. Maka adalah dikesalkan jika orang Islam
meninggalkan bahasa Arab yang juga dikenali sebagai Bahasa
Syurga dan lebih menyedihkan mengangap bahasa Arab tidak
relevan didalam kehidupan seseorang muslim.
Kebanyakan insan yang mempelajari bahasa Arab adalah
didorong oleh perasaan ingin tahu jauhar Bahasa Arab secara
intensif dengan menghadiri pelbagai kursus dan mempelajari
pelbagai method yang sering dipertingkatkan demi mamajukan
keupayaan menguasai bahasa Arab dan kefahaman secara global.
Namun begitu, sejauh manakah keberkesanan yang dicapai
oleh mereka melalui sistem atau kaedah yang sedia ada telah
diguna pakai? Sungguh sukar untuk menjawab soalan yang abstrak
ini, disamping kesuntukan masa yang terhad dan kesukaran untuk
mendapatkan matlumat untuk dianalisa. Tetapi apa yang dapat
dikongsi bersama dalam usaha mencari elemen-elemen pemangkin
dan mampan untuk merealisasikan keberkesanan mempelajari
Bahasa Arab ini adalah satu tanggungjawab yang murni kerana ia
akan menyumbang kepada prasarana perkembangan bahasa
tersebut disamping menanam sikap dan budaya mempejari bahasa-
bahasa yang lain.
Untuk tujuan ini tidaklah semudah yang kita perkatakan,
seperti pepatah Melayu ada menyebut “ berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul”. Ini menunjukkan bahasa Arab ini
adalah suatu bahasa yang amat sukar berbanding dengan bahasa
yang lain. Ini sememangnya diakui sehingga ia dikenali dengan
bahasa “dha”, disebabkan kesukaran bangsa lain menyebut huruf
tersebut yang tidak terdapat dalam mana-mana huruf konsonan
yang dituturkan oleh sesuatu bangsa yang lain di atas muka bumi
ini.
Dalam perbincangan ini, beberapa method yang diakui
meningkatkan potensi keberkesanan mempelajari bahasa Arab
dengan mudah dan cepat kerana melalui beberapa modul sahaja
mereka bukan sahaja sekadar boleh bertutur bahkan melalui proses
yang sama mereka juga bijak menggunakan ( maharah) kemahiran
dan ( khibrah) pengalaman untuk mengkaji dan mutala’ah buku-
buku dalam bahasa Arab secara ( mutala’ah zatiah) bersendirian.
Pemakaian method-method ini, boleh kita klasifikasikan kepada
tiga method utama seperti di bawah ini :
1 – Method Asasi ( al-Qae’dah al-Asasiyyah ) :
a . Pembacaan .
b . Mendengar dan Visual.
c . Menulis.
d Bertutur.
2 – Method Pengukuhan ( al-Qae’dah al-Mukathafah ) :
a . Pembacaan.
b. Mendengar dan Visual.
c. Menulis.
d. Bertutur.
e. Sosial intensif ( Aktiviti Luar ).
3 – Method Pemantapan ( al-Qae’dah ad-Dhabtiyyah) :
a . Pembacaan.
b . Mendengar dan Visual.
c . Bertutur.
d . Menulis.
e. Sosial Intensif ( Aktiviti Luar ).
Insya Allah, melalui huraian terperinci setiap method-method
ini dan peringkat perlaksanaan akan menjelaskan proses
perkembangan luaran dan dalaman pengimplimentasian Bahasa
Arab yang baik.
Bagaimana method pembacaan dapat merealisasikan
pembelajaran Bahasa Arab dengan mudah dan berkesan?
Perlaksanaan method ini, seharusnya dijalankan secara
berperingkat yang mana method yang sepatutnya didahulukan
adalah diutamakan demi kelancaran dari segi kualiti dan mutu
penguasaan yang baik.
Pendekatan Method Asas Peringkat Pertama
a. Pembacaan ( Qira`ah ).
Method di peringkat ini, adalah merupakan satu peringkat
asas yang amat penting merangkumi pembacaan, mendengar,
menulis dan bertutur. Pemakaian method dari perspektif
pembacaan ( Qira`ah ) adalah bermula dari pembelajaran awal
pengenalan dan perbezaan mengenai huruf-huruf Bahasa Arab,
kaedah sebutan ( kaedah Iqra` ) dan lafaz dialek Arab.
b. Mendengar ( Istima`)
Pemakaian method ini, adalah pemangkin urutan yang
pertama. Method ini merangkumi pendengaran menggunakan alat
bantuan seperti kaset dialog dan perbualan harian. Proses ini dapat
memberi peluang mengenalpasti sebutan dan lafaz yang betul
semasa mengungkapkan perkataan ( kalimah ) dan
menghindarkankan sebutan yang songsang dan tidak tepat.
Pemakaian method ini perlu diulangi sehingga kesilapan dapat
dibetulkan dan dalam masa yang sama jika perlu mencatit kesilapan
yang telah dilakukan.
Di dalam method ini juga, melibatkan penontonan filem
dokumentari dan diikuti ulasan oleh fasilitator yang
bertanggungjawab. Kepelbagaian method yang dicerakinkan akan
menambahkan minat audien dan ini akan menimbulkan tindakbalas
yang positif.
c. Menulis (Kitabah ).
Pemakaian method ini, adalah pemangkin yang memanpankan
lagi urutan yang kedua di atas. Proses pemakaian method ini akan
melancarkan perkembangan pembelajaran Bahasa Arab. Penulisan
yang dimaksudkan melibatkan skop yang menjadi modul
pembelajaran yang diambil. Ini perlu ditekankan untuk menjamin
keselarasan dengan proses urutan yang telah ditetapkan.
Namun begitu, penambahan bahan luaran juga digalakkan untuk
mengembangkan lagi reputasi dan potensi Bahasa Arab aidien.
d. Bertutur ( Muhadathah ).
Pemakaian method ini, merupakan peringkat kelancaran
setelah melalui urutan-urutan method yang sedia ada. Proses
method ini, adalah untuk merealisasikan setiap apa yang telah
dipelajari dan menambahkan lagi kemahiran dengan cuba
menyelami gaya sebutan dan lafaz asal Arab. Pada peringkat ini
juga, perlu disemaikan semangat mencintai bahasa kedua
terutamanya Bahasa Arab.
e. Sosial Intensif ( Mukatthaf al-Ijtima’i ).
Pemakaian method ini adalah satu perancangan susulan,
inisiatif daripada audien sendiri dalam mengusai Bahasa Arab. Ini
termasuk dengan program social, kelab Bahasa Arab dan melakukan
aktiviti yang membabitkan penggunaan bahasa Arab seperti
mengadakan lawatan serta mententatifkan minggu Bahasa Arab.
Pendekatan Method Pengukuhan Peringkat Kedua
a. Pembacaan ( Qira’ah )
Pemakaian method ini adalah sama tidak berbeza, cuma ianya
terdapat perubahn dan penambahan dari perspektif silibus atau
kandungan modul. Ini bertujuan menyerapkan audien melalui proses
pengukuhan yang sebenar. Peringkat ini. Pembacaan lebih
ditekankan kepada gaya tatabahasa ( Nahu ) dan pendekatan
perubahan kalimah ( Sorof ). Ini amat penting, untuk memberitahu
audien perubahan sentiasa berlaku, penambahan dari segi struktur
dan konteks ayat agar audien dapat mengikuti pelajaran dengan
mudah dan baik disamping menghindarkan kekeliruan.
b. Mendengar ( istima’ )
Pemakaian method ini seterusnya menggabungkan kemahiran
mendengar kaset dan mencatit keperluan tertentu semasa
menonton filem dokumentari yang diarahkan oleh fasilitator. Ini
bertujuan merangsangkan lagi keupayaan mengesan dan
mengarahkan proses pembelajaran Bahasa Arab.
c. Menulis ( Kitabah )
Pemakaian method ini, lebih menjuruskan kepada cara
menjawab latihan karangan dan juga menulis esei ( Insy’ ) pendek
dan mudah. Proses ini bertujuan mendedahkan kepada audien
mengenalpasti penggunaan dari segi perkataan disamping
mengintegritikan pemakaian tatabahasa ( Nahu ) yang tepat dan
betul.
d. Bertutur ( Muhadathah )
Pemakaian method ini seterusnya difokuskan kepada aktiviti-
aktiviti di dalam kelas sesama audien dan dibantu oleh fasilitator
bagi memastikan penggunaan perkataan semasa berdialog dan
berkomunikasi yang memberi impak yang baik dengan mengambil
kira kekerapan pertuturan mereka. Ini bermakna bertutur dengan
menggunakan Bahasa Arab diwajibkan semasa berada di dalam
kelas atau kursus.
Peringkat pengukuhan ini perlu kepada pemantauan oleh
fasilitator bagi mengemaskinikan kelancaran dan keberkesanan
pembelajaran. Manakala pemakaian Method Sosial Intensif pada
peringkat ini mengikut keperluan kerana ia juga masih
menyumbang kearah pengukuhan pembelajaran Bahasa Arab
seterusnya.
Pendekatan Method Pemantapan Peringkat Ketiga
a. Pembacaan ( Qira’ah )
Pemakaian method ini, akan menditilkan dari segi
kepelbagaian buku-buku rujukan agar audien tidak begitu terikat
dengan satu gaya bahasa yang menarik minat dan penambahan
baru seperti pembelajaran ilmu retorika ( balaghah) termasuk badi’,
bayan dan juga pembelajaran berkaitan dengan syair, qasidah dan
seumpamanya. Sesuatu yang lebih menarik juga pada peringkat ini,
pengkaiaan bahasaArab di dalam al-Quran juga akan ditekan
memandangkan ia memberikan keistimewaan dalam
memperkatakan kehebatan mukjizat al-Quran yang diturunkan
dalam Bahasa Arab.
b. Menulis ( Kitabah )
Pemakaian method ini lebih menekankan penulisan karangan
dan surat berserta dengan jumlah perkataan yang sesuai agar dapat
dianalisa kemahiran dan keupayaan dalam tempoh masa yang telah
ditentukan oleh fasilitator kepada setiap audien.
c. Mendengar ( Istima’ )
Pemakaian method ini perlu dikekal dan diteruskan dengan
memperkenalkan system mendengar dan menulis dari unkapan
yang diucapkan samada dari fasilitator, kaset, dan filem. Ini
termasuk mendengar pada jangka masa tertentu dan menjawab
soalan secara terus, hasil dari program tersebut. Ini akan memberi
kekuatan ingatan dan keupayaan berfikir menggunakan perkataan
yang sesuai dan tidak lari dari maksud yang diperlukan.
d. Bertutur ( Muhadathah )
Sekalipun pemakaian method ini penting dan berkesan
terhadap audien, namun pada peringkat ini juga perlu bertutur
sambil menekankan pengimplimentasian tatabasa dan juga perlu
membaiki gaya pembawaan pertuturan agar ia lebih mudah
difahami dan jelas.
Seterusnya, Method Sosial Intensif juga dilihat kepada
keperluan, bagi membuka minda audien supaya lebih teles dan
berkeyakinan dengan pertuturan mereka. Program beramah mesra
dengan tenaga pengajar IPTS samada tempatan mauhupun luar
negara dan seumpamanya dapat memberi peluang kepada mereka
yang berminat mengembangkan lagi penggunaan Bahasa Arab .
Tambahan dari itu, progran di radio dan telivisyen juga dapat
menghubungkan audien dengan dunia Bahasa Arab.
Penutup
Pembelajaran dan pendekatan yang berkesan Bahasa Arab Moden
pada hari ini sering diperkata dan dibincangkan setiap masa oleh
mereka yang prihatin dan cintakan budaya dan peradaban bahasa
tersebut.
Pendekata, kebanyakan rakyat Malaysia sudah lama menjiwai
bahasa Arab bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah
mewajibkan di sekolah-sekolah subjek Bahasa Arab. Namun begitu
langkah atau pendekatan dari segi modul dan fasilitator yang
menyeliakan program perlu peka agar dapat memberi nafas baru
yang lebih berkesan dan dapat dijiwai kehebatannya.
Bertitik tolak dari ungkapan ini, tercetuslah buah fikiran untuk
merealisasikan pembelajaran dan penghayatan Bahasa Arab yang
berkesan melalui pendekatan method-method seperti yang telah
dihuraikan di atas. Saya percaya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan
hasil integriti antara teori dan praktikal akan melahirkan kredibiliti
dan abiliti yang akan mereformasikan lagi tesaurus perbendaharaan
Bahasa Arab Moden.