PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 414 - 425
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di Wilayah Persekutuan
Nur Hafizah Binti Ishak
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Emel:[email protected] Selamah Binti Maamor
Kolej Sastera dan Sains
Universiti Utara Malaysia
Emel:[email protected]
ABSTRAK
Institusi zakat mula diberi perhatian dalam meningkatkan status sosio-ekonomi negara dan
menghapuskan jurang kemiskinan terutamanya kepada masyarakat Islam. Ini berdasarkan kepada
pelbagai sorotan karya mengenai kutipan dan agihan zakat di seluruh dunia secara amnya. Namun,
kecekapan institusi zakat sering dipertikaikan kerana ramai golongan pembayar zakat enggan
membayar zakat atau terus membayar kepada asnaf tanpa melalui institusi zakat sebagai pengantara.
Justeru, analisis kecekapan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan dijalankan bertujuan untuk
menganalisis profil pungutan zakat dan mengukur tahap kecekapan zakat di tiga kawasan Wilayah
Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kajian kecekapan dijalankan ke atas tiga buah
kawasan kutipan zakat yang merangkumi lima buah kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan sebuah kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dengan menggunakan
kaedah Data Envelopment Analysis (DEA). Hasil daripada analisis kajian yang dilakukan, didapati
ketiga-tiga kawasan pungutan zakat adalah cekap. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan
bahwa bahagia kutipan zakat yang diuruskan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-
MAIWP) harus mengekalkan prestasi ini agar jumlah kutipan zakat sentiasa meningkat disamping
peningkatan bilangan pembayar zakat baru dan sedia ada.
Katakunci: Zakat, Kutipan Zakat, Kecekapan
ABSTRACT
Zakah institutions began to be addressed in improving the socio-economic development and
eliminating poverty, especially to the Muslim community. This is based on many literature review of the
collection and distribution of zakah in the world. However, the efficiency of zakah is often disputed
because many zakah payers refused to pay zakah through zakah collection institutions but they prefer
pay directly to recipients. Thus, the efficiency of zakah collection institutions in Fedaral Territories
willl be analyzed. This study will analysize the profile of zakah collection institutions and the efficiency
of the institutions in collecting the zakah. This study condusted in the three state of Fedaral Territories
including Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. In addition, the efficiency measured for Kuala
Lumpur area including five counters and one counter for Putrajaya and Labuan by using Data
Envelopment Analysis (DEA) approach. The result of the efficiency found all three areas of zakah
institutions are efficient. Overall, these finding indicate that the collection Zakah Collection Center
which managed by Fedaral Territories of Zakah Center (PPZ-MAIWP) should maintain their
performance to increase the total of zakah collections and the number of new and existing zakah
payers as well.
Keywords: Zakah, Zakah Collection, Efficiency, Federal Territories
PENGENALAN
Maksud zakat secara umumnya ialah mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat-syarat tertentu.
Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Pengertian
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 415
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
zakat sari sudut syarak ialah sebahagian dari harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T
untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di
dalam al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari harta tertentu yang diberikan
kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan
dari harta orang yang wajib mengeluarkan zakat.
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan
zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat. Barang yang kurang
dari satu nisab adalah tidak wajib dizakatkan. Kesempurnaan nisab dilihat dari awal dan akhir haul,
kekurangan dan kelebihan di antara awal dan akhir haul tidak mempengaruhi nisab. Harta zakat beserta
penghasilannya digabungkan di akhir haul. Haul diertikan sebagai cukup tempoh setahun sebagaimana
yang telah disebutkan dalam hadith riwayat Abu Dawud yang bererti: “Tidak wajib membayar zakat
sampai sudah satu tahun”.
Umumnya, zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah
ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan bagi muslim yang
berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat harta pula terbahagi kepada sembilan jenis
iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang
simpanan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
zakat galian.
Di Malaysia, urusan kutipan dan pengagihan zakat adalah tertakluk dibawah kelolaan Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) yang yang dikoordinasikan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(JAWHAR) yang ditubuhkan 24 Mac 2004 bertujuan untuk memastikan bahawa pentadbiran harta
wakaf, zakat dan urusan haji di seluruh negara lebih tersusun, sistematik dan berkesan. Justeru, urusan
pentadbiran, pengutipan dan pengagihan zakat merupakan kuasa negeri, bukan kuasa persekutuan.
Oleh yang demikian, setiap negeri mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam memajukan institusi
zakat. (Hamizul Abdul Hamid, 2008). Negeri yang pertama yang melaksanakan sistem zakat ialah
Terengganu yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam atas arahan menteri besar. Kemudian diikuti
oleh Kelantan (1915), Perlis (1930), Johor (1934) dan Kedah (1936). Setelah itu, diikuti oleh negeri-
negeri lain hinggalah pada tahun 1957 di mana Negeri Sembilan direkodkan sebagai negeri yang
terakhir melaksanakan sistem tersebut (Ahmad Ibrahim, 1975).
Daripada 14 buah negeri termasuk tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan,
Putrajaya), nampaknya masing-masing telah mengambil pendekatan tersendiri memajukan zakat.
Sehingga kini, terdapat tujuh buah negeri yang mengambil pendekatan mentransformasikan institusi
zakat kepada sebuah entiti ‘berdikari’ dan bercorak korporat iaitu Pusat Pungutan Zakat Wilayah
Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS-MAIS), Pusat Kutipan Zakat Pahang
(PKZ), Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ), Pusat Zakat Melaka (PZM), Pusat Zakat Negeri
Sembilan (PZNS), dan Pusat Zakat Sabah (PZS). Manakala, institusi-institusi zakat yang masih
diuruskan oleh Majlis-majlis Agama Islam Negeri ialah Perak, Kedah, Perlis, Johor, Sarawak,
Terengganu, dan Kelantan (Hamizul Abdul Hamid, 2008). Inisiatif penswastaan institusi pungutan
zakat ini adalah usaha ke arah untuk meningkatkan hasil kutipan zakat (Sanep Ahmad, Hairunnizam
Wahid, 2005).
Di Wilayah Persekutuan, pencapaian kutipan zakat mencatat kutipan tertinggi berbanding
negeri-negeri yang lain sejak penkorporatan. Pada tahun 1991, kutipan zakat hanya mencatatkan
RM36.02 juta telah meningkat kepada RM248.8 juta 10 tahun kemudian, iaitu peningkatan sebanyak
RM212.78 juta seperti mana yang tercatat dalam Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat Wilayah
Persekutuan.
Objektif sosio-ekonomi yang utama bagi zakat ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan
masyarakat Islam. Islam menganggap kemiskinan sebagai satu masalah yang serius. Kemiskinan
membawa kepada rasa benci dan permusuhan di antara golongan kaya dan miskin, yang akan
membawa kepada konflik sosial dalam masyarakat (Sadeq, 1991). Ini disokong oleh kenyataan Imtiazi
et al. (1989) bahawa Zakat didapati mampu mengurangkan kemiskinan (walaupun tidak
membasminya) dan mengurangkan jurang agihan pendapatan (walaupun tidak menghapuskannya),
serta mempunyai potensi untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut Hairunnizam Wahid, et al. (2004) pula, walaupun dari segi pendapatan, golongan ini
masih lagi dikategorikan sebagai penerima asnaf namun mereka mungkin merasa berkecukupan dengan
kualiti hidup sedia ada. Mereka juga berkemungkinan telah melepasi garis kemiskinan zakat, tetapi
perasaan dibelenggu kemiskinan masih lagi wujud disebabkan kualiti hidup yang rendah. Oleh itu,
kesan bantuan zakat tersebut kepada kualiti hidup penerimanya perlu diberi perhatian kerana dalam
Islam, zakat adalah alat penting dalam mengimbangi sosio-ekonomi umat Islam. Kenyataan mereka
416 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor
selari dengan hasil kajian Cheong dan Federich (1977) yang mengatakan situasi ini disebabkan konsep
kemiskinan adalah berbentuk multidimensi dan ia begitu subjektif kerana melibatkan perasaan
golongan ini terhadap sifat berkecukupan.
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) berperanan dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pengutipan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sejak diswastakan pada tahun 1991
dan diikuti dengan pusat pungutan zakat di negeri-negeri yang lain yang bermatlamatkan untuk
meningkatkan jumlah kutipan zakat. Jadual 1 menunjukkan kutipan zakat negeri seluruh Malaysia
memberi gambaran yang jelas mengenai perbezaan jumlah kutipan zakat antara institusi zakat korporat
dan institusi zakat tradisional.
Dengan melihat kepada permasalahan kajian, justeru objektif kajian ini menjurus kepada I)
menganalisis profil pungutan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. II)
mengukur tahap kecekapan pungutan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya. Kecekapan kutipan zakat ini melihat kepada dua jenis input kutipan iaitu bilangan pekerja
dan upah pekerja, manakala jumlah kutipan dan bilangan pembayar termasuk di dalam output kutipan
dari tahun 2005 sehingga tahun 2009.
Kajian ini penting kepada institusi pengurus zakat terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk
memastikan semua input yang disediakan telah digunakan secara optimum untuk memastikan
kecekapan pungutan zakat. Sekiranya institusi ini didapati cekap maka ia sesuatu yang harus diteladani
oleh kaunter zakat lain yang beroperasi di negara ini untuk memastikan masyarakat Islam terutamanya
dapat melaksanakan kewajipan mereka dengan lebih baik dan sempurna.
Kajian ini akan dipersembahkan dalam 5 bab. Bab seterusnya akan meliputi sorotan kajian
lepas yang merangkumi perkaitan institusi pungutan zakat dan pembayar zakat disamping kecekapan
institusi pungutan zakat. Bab 3 pula akan membincangkan tentang metodologi kajian. Dalam Bab 3
juga dimuatkan tentang pengumpulan data, analisis diskriptif dan Data Envelopment Analysis (DEA).
Hasil keputusan kajian akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4 iaitu dalam dapatan kajian.
Akhir sekali, Bab 5 adalah rumusan kajian dan cadangan.
SOROTAN KARYA
Bab ini adalah penting kepada para pembaca kerana melalui pendedahan dari kajian-kajian yang telah
dijalankan terhadap kepentingan kutipan zakat dalam mengimbangi jurang sosio-ekonomi masyarakat
Islam. Hal ini kerana zakat merupakan satu medium dalam memperbaiki jurang kemiskinan yang
menjadi faktor utama kepada masyarakat Islam seluruh dunia.
Pentadbiran zakat Wilayah Persekutuan berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan yang diketuai oleh Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong. Melalui anak syarikat Yayasan
Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad, majlis telah melantik Syarikat Hartasuci Sdn. Bhd bagi
menguruskan kutipan zakat. Institusi zakat di Wilayah Persekutuan telah dikorporatkan pada tahun
1991 (Laporan Zakat 2003). Sehubungan dengan itu, pentadbiran zakat telah dipecahkan kepada dua
bahagian iaitu Pusat Pungutan Zakat sebagai pemungut zakat dan Baitulmal sebagai pusat pengagihan
zakat.
PUNGUTAN ZAKAT, BAYARAN ZAKAT DAN IMAN
Muhamad Muda et al. (2005), menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang
menpengaruhi pembayar zakat membayar zakat walaupun membayar zakat adalah wajib kepada setiap
individu muslim yang berkemampuan menurut syarak. Hal ini kerana didapati jumlah kutipan zakat
secara relatifnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kutipan daripada cukai pendapatan.
Salah satu faktor adalah dipengaruhi oleh kurangnya motivasi dalam kalangan individu muslim untuk
membayar zakat. Beliau mengelaskan kepada lima faktor utama yang mempengaruhi individu untuk
membayar zakat iaitu faktor dalaman yang merangkumi sikap altruisme (pemurah), tahap keimanan,
kepuasan diri, dan utiliti individu manakala faktor luaran pula dipengaruhi oleh faktor pengurusan
organisasi. Kajian yang dijalankan mendapati tahap keimanan memainkan peranan utama dalam
mempengaruhi individu untuk membayar zakat berbanding faktor-faktor yang lain.
Walaubagaimanapun, faktor pengurusan organisasi juga memainkan peranan penting dalam
memudahkan urusan pembayaran zakat dilakukan melalui saluran-saluran yang pelbagai untuk
meningkatkan tahap kepatuhan individu menunaikan zakat disamping meningkatkan jumlah kutipan
zakat.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 417
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Aidit (1998) dan Qardawi (1998) juga menyatakan bahawa sikap ketidakpatuhan terhadap
kewajipan membayar zakat adalah berkait rapat dengan tahap keimanan individu terhadap kepatuhan
dalam agama. Secara praktiknya, ia sukar diukur tetapi membawa kesan kepada keimanan. Ini
menjelaskan bahawa individu yang bersikap sambil lewa mengenai kewajipan menunaikan zakat
seperti mana yang diterangkan di dalam al-Quran tidak menunjukkan kesungguhan dalam menunaikan
kewajipannya.
Abdul Hamid (1988) mendapati bahawa terdapat golongan individu yang menganggap
bayaran cukai menyamai zakat dan beranggapan bahawa sekiranya ia telah membayar cukai maka telah
terlepaslah tanggungjawab terhadap zakat. Memandangkan zakat dan cukai sememangnya wujud dan
kedua-duanya merupakan alat yang pernah digunakan oleh kerajaan Islam maka kedua-dua perkara
tersebut perlu dibezakan dan mungkin memerlukan penjelasan lanjut dari segi perlaksanaannya.
Kamil et al. (1997) pula menunjukkan bahawa sikap dan persepsi mempengaruhi kepatuhan.
Persepsi yang positif terhadap zakat akan memberi kesan positif terhadap kepatuhan membayar zakat.
Walaupun kajian yang dijalankan ini tidak menunjukkan secara langsung faktor keimanan namun
persepsi individu terhadap zakat sebenarnya mempunyai hubungan dengan keimanan. Pada umumnya,
keimanan berkait rapat dengan persepsi, oleh itu persepsi yang positif juga menggambarkan keimanan
yang tinggi. Dengan itu, persepsi dan keimanan saling mempengaruhi dan mempunyai kesan terhadap
ketaatan dan kepatuhan membayar zakat. Selanjutnya, pembayaran zakat juga dipengaruhi oleh satu
saluran mekanisme yang memudahkan pembayar membayar zakat. Jika semakin mudah sesuatu
mekanisme saluran pembayaran zakat dilakukan, maka semakin meningkat jumlah kutipan zakat
diperoleh.
Oleh yang demikian, pihak institusi zakat perlu meningkatkan lagi kefahaman masyarakat
Islam di Malaysia melalui pelbagai cara termasuklah penerangan, ceramah, kempen dan sebagainya.
Kajian yang dilakukan oleh Harunnizam et al. (2004) mendapati faktor demografi seperti jantina, umur,
taraf perkahwinan, pendapatan dan pendidikan adalah signifikan mempengaruhi kesedaran membayar
zakat pendapatan. Peningkatan umur setelah berkahwin dilihat selari dengan pendapatan yang semakin
tinggi menunjukkan semakin tinggi kesedaran membayar zakat. Justeru, kempen penerangan perlulah
disasarkan khususnya kepada golongan muda yang belum berkahwin dan mereka yang berpendapatan
agak rendah. Kumpulan ini dirasakan masih kurang kesedaran membayar zakat tetapi berpotensi untuk
menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.
Hal ini disokong oleh Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2005), yang menyatakan
bahawa jumlah kutipan zakat yang dipungut oleh institusi zakat adalah berkurangan walaupun ramai
individu zakat membayar zakat. ini dipengaruhi oleh faktor ketidakpatuhan individu membayar zakat
khususnya zakat bagi karya yang dikhilafkan dan faktor kedua ialah berlakunya bocoran dimana bagi
individu yang membayar zakat, bayaran tidak secara langsung kepada institusi pungutan zakat tetapi
sebaliknya bayaran terus kepada asnaf.
KECEKAPAN INSTITUSI ZAKAT
Menurut Saadah (2008), mendapati bahawa kecekapan dalam menguruskan kutipan zakat merupakan
elemen terpenting dalam memberi keyakinan kepada pembayar zakat untuk membayar zakat menerusi
institusi pungutan zakat di setiap negeri. Perlaksanaan sistem yang lebih sempurna akan meningkatkan
hasil kutipan zakat dan mempermudahkan pengagihannya kepada asnaf-asnaf yang perlu. Hal ini
pastinya dapat memperbaiki sosio-ekonomi di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.
Menurut Abdul Rahim Abdul Rahman (2007), kecekapan berkait dengan input dan output. Ia
mengukur bagaimana input yang produktif menghasilkan output. Pengukuran kecekapan melibatkan
nisbah antara input dan output. Maka, pengukuran kecekapan dilihat dari dua pandangan di mana
pemaksimuman output diperoleh daripada input yang diberi atau input yang diminimumkan untuk
menghasilkan output yang tertentu.
Pelaksanaan pengukuran terakhir yang dikenali sebagai hasil merujuk kepada penyebab
terhadap output yang dihasilkan. Hasil bukan sahaja diukur berdasarkan pencapaian matlamat
organisasi namun juga diukur berdasarkan kesan luaran organisasi (Schacter, 1999). Dalam kata lain,
pengukuran ini merujuk kepada kesan-kesan aktiviti organisasi dalam masyarakat.
Sejak Pusat Pungutan Zakat diswastakan pada tahun 1991, jelas menunjukkan peningkatan
yang ketara dari segi jumlah pengutan zakat yang dikutip setiap tahun. Peningkatan yang
memberansangkan ini kemungkinan disebabkan oleh banyak faktor antaranya kaedah pembayaran
yang mudah, pengurusan zakat yang cekap, penswastaan institusi zakat dan sebagainya. Penswastaan
418 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor
institusi zakat ini telah menimbulkan minat ramai pengkaji untuk melihat kesannya terhadap jumlah
kutipan zakat (Md Zyadi dan Mariani, (1999); Nor Ghani Md Nor et al. (2001) dan Sanep Ahmed et al.
(2006). Kesemua kajian ini secara umumnya mendapati penswastaan institusi zakat sedikit sebanyak
dapat meningkatkan lagi kecekapan pengurusan dan jumlah kutipan zakat.
Perkaitan kutipan zakat dan kecekapan institusi zakat amat berkait rapat antara satu sama lain.
Kecekapan institusi zakat ditentukan oleh input dan output yang digunakan dalam mencapai matlamat
meningkatkan jumlah kutipan zakat di samping bilangan pembayar. Ringkasnya, pengukuran
pelaksanaan dalam menguji kecekapan ditunjukkan dalam Rajah 2.
Menurut Patmawati Ibrahim (2008), institusi zakat adalah satu mekanisme yang
menyelamatkan manusia dari kelaparan, menjamin keadilan sosio-ekonomi dalam masyarakat dan
menyediakan satu suasana yang membolehkan manusia memelihara kehormatan dan melaksanakan
tanggungjawab terhadap Allah.
Hal ini selaras dengan visi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang
ingin menjadi sebuah organisasi zakat yang unggul di kalangan negara-negara Islam serta menjadi
salah satu teras mengimbangi taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam dengan berpandukan misi ingin
menyedarkan setiap Muslim yang layak berzakat menunaikan kewajipan berzakat. Namun, apakah
PPZ-MAIWP telah benar-benar cekap akan terjawab dalam kajian ini. Bab seterusnya akan
membincangkan metodologi kajian yang akan diguna pakai dalam kajian ini.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan dua pendekatan yang berbeza untuk mengumpul data institusi zakat di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu melalui data primer dan data
sekunder.
Data primer diperoleh daripada kaedah temuduga melalui telefon dan cara bersemuka dengan
Ketua Unit Komunikasi Korporat di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Maklumat mengenai cara pengurusan organisasi, saluran kutipan dan permasalahan yang dihadapi oleh
pihak pungutan zakat diperoleh dari data primer ini. Selain dari itu, data mengenai jumlah kutipan,
bilangan pembayar, bilangan pekerja, dan upah pekerja juga diperolehi daripada institusi tersebut.
Data sekunder ialah data yang dikumpul dari sumber yang tersedia. Data ini telah
dikumpulkan dan direkodkan oleh pihak lain sebelum wujudnya keperluan untuk melakukan
penyelidikan. Maka data sekunder yang telah sedia ada iaitu tidak memerlukan penyelidik
menghubungi pegawai yang terlibat untuk mengumpul makluamt. Dalam kajian ini, data mengenai
jumlah kutipan zakat di Malaysia, jenis-jenis zakat yang dikutip, golongan asnaf yang menerima zakat
diperoleh melalui laporan tahunan zakat dan juga melalui laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah
Persekutuan.
Sebelum tahun 2008, terdapat empat buah kaunter zakat yang telah dibuka di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur iaitu di Daruzzakah, Masjid Negara, Wangsa Maju, Taman Tun Dr. Ismail
dan selepas tahun tersebut, kaunter zakat di Shamelin, Cheras mula beroperasi sebagai pusat pungutan
zakat di Wilayah Persekutuan. Kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan masing-masing satu kaunter zakat. Data ini merangkumi bilangan pekerja dan
upah pekerja sebagai input kutipan zakat dan jumlah kutipan dan bilangan pembayar zakat sebagai
output kutipan zakat dari tahun 2005 sehingga tahun 2009.
Data yang dikutip akan dianalisis terlebih dahulu menggunakan cara analisis deskriptif.
Analisis diskriptif dalam kajian ini merangkumi jumlah minimum, maksimum, purata dan juga sisihan
piawai bagi setiap pembolehubah iaitu jumlah kutipan zakat dan bilangan pembayar sebagai output dan
upah pekerja dan bilangan pekerja sebagai input. Data ini dikutip dari tahun 2005 sehingga tahun 2009
yang melibatkan tiga kawasan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat tujuh kaunter kutipan zakat di tiga
kawasan Wilayah Persekutuan yang meliputi lima kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpr dan masing-masing satu kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Model kajian yang digunakan adalah model Data Envelopment Analysis (DEA). Perisian
EMS 130 digunakan untuk menguji kecekapan data di dalam model kajian DEA. DEA mula
dibangunkan oleh Charnes, Cooper dan Rhodes (1978) dan mengaplikasikannya ke atas badan bukan
kerajaan (NGO) yang tidak bermatlamatkan untung. DEA merupakan kaedah yang penting untuk
mengukur tahap kecekapan. Penyataan ini disokong oleh Krivonoshko et al. (2002) yang menggunakan
pendekatan DEA sebagai suatu kaedah yang terbaik untuk mengukur kecekapan dalam analisa unit
pengeluaran. Jemric dan Vujcic (2002) juga menyatakan DEA adalah kaedah yang terbaik untuk
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 419
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
menguji kecekapan, tidak seperti analisis regrasi, ianya tidak memerlukan andaian sebelumnya
mengenai bentuk analitikal fungsi pengeluaran. Sebaliknya, ini menghasilkan fungsi pengeluaran
terbaik semata-mata berdasarkan data pemerhatian dan oleh kerana itu adalah mustahil untuk membuat
kesalahan dalam menetapkan teknologi pengeluaran.
Pendekatan model DEA juga telah digunakan dalam kajian Selamah Maamor dan Abdul
Ghafar Ismail (2010), dalam mengukur kecekapan ar-Rahnu dan penentunya. Fokus kajian ini
menjurus kepada pengukuran tahap kecekapan ar-Rahnu dan mengklasifikasikan faktor-faktor penentu
yang mempengaruhi kecekapan. Tiga jenis model DEA yang berbeza digunakan iaitu kecekapan
teknikal (TE), kecekapan teknikal asas (PTE), dan kecekapan skala (SE). Pengukuran tahap kecekapan
ini diperoleh daripada data sekunder dari Bank Rakyat, Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Muasasah
Gadaian Islam Terengganu (MGIT), dan koperasi di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YaPIEM). Hasil dari kajian yang dilakukan, didapati skor kecekapan yang tertinggi
diperoleh dari Bank Rakyat berbanding kategori-kategori lain yang menggunakan ar-Rahnu.
Anggaran pengukuran kecekapan terbahagi kepada dua; Model Charnes-Cooper-Rhodes
(Model CCR) dan Model Banker-Charnes-Cooper (Model BBC). Kedua-dua model ini menggunakan
kecekapan teknikal (TE) yang terbahagi kepada dua kompenan yang saling melengkapi iaitu:
kecekapan teknikal asas (PTE) dan kecekapan skala (SE) (lihat, Coelli 1996). Perbezaan utama dalam
model ini adalah mengenai pulangan mengikut skala. BBC mengkaji perihal pulangan berubah
mengikut skala (VRS); CCR pula mengkaji perihal setiap operasi DMU dengan pulangan tetap
mengikut skala (CRS). PTE merujuk kepada kemampuan pengurus untuk meningkatkan sumber
terhadap firma, sementara SE merujuk kepada skala ekonomi dengan pengoperasian pada satu titik
dimana keluk kemungkinan pengeluaran berada pada tahap pulangan tetap mengikut skala (Ataullah et
al. 2004).
Model Charnes-Cooper-Rhodes (Kecekapan Teknikal)
Charnes, Cooper dan Rhodes memperkenalkan pengukuran kecekapan untuk setiap DMU untuk
mendapatkan nisbah maksimum pemberat output kepada pemberat input. Penentu kepada nisbah
pemberat ini adalah halangan kepada nisbah yang sama untuk setiap DMU yang mempunyai kurang
daripada atau sama kepada uniti, maka pengurangan input berganda dan output kepada input tunggal
sebenar dan output tunggal sebenar tanpa memerlukan pemberat asalan. Pengukuran kecekapan ini
seterusnya adalah fungsi kepada pemberat dalam kombinasi input-output tunggal sebenar. Pengukuran
kecekapan untuk DMU ini boleh dikira seperti berikut:
∑ (1)
Tertakluk kepada:
∑ ∑
dengan j = 1,2, ….. n (2)
∑ (3)
Ur ≥ 0,r = 1,2,…,s (4)
Vi ≥ 0,I = 1,2,…,m (5)
Kedua-dua hasil masalah linear terhadap penyelesaian optimal θ*, dimana ianya adalah skor
kecekapan (juga dipanggil kecekapan teknikal) untuk sesetengah DMUo. Nilai θ sentiasa kurang
daripada atau sama kepada uniti, pada permulaan ianya diuji pada sesetengah DMUo adalah kekangan
bagi kombinasi input-output sebenar juga. DMU pada θ < 100 relatifnya tidak cekap dan θ* = 100
relatifnya cekap, di mana titik kombinasi input-output berada garis keluk kemungkinan.
Model Banker-Charnes-Cooper (Kecekapan Asas Technical)
Untuk menjelaskan mengenai pulangan berubah mengikut skala, adalah perlu untuk menambah λj,
untuk dimasukkan kedalam model (1) – (5):
∑λj = 1 (6)
Hasil dari model DEA ini dipanggil model BBC. Penyelesaian untuk setiap model DMU, skor
kecekapan BCC diperoleh, dengan tafsiran yang serupa terhadap nilai di dalam model CCR. Skor ini
juga dipanggil ‘skor kecekapan teknikal asas’, yang diperoleh daripada model yang menggunakan
pulangan berubah mengikut skala dan menghapuskan ‘scale part’ dari analisis.
420 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor
Oleh yang demikian, untuk menganalisa kecekapan input-output kutipan zakat di Wilayah
Persekutuan, model kajian DEA adalah kaedah yang sesuai digunakan untuk kajian ini. Kajian ini
menjurus kepada pengukuran kecekapan input dan output kutipan zakat yang dipungut oleh Pusat
Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Data input bagi kutipan zakat merangkumi upah
pekerja, bilangan pekerja dan kos operasi untuk menguji kecekapan kutipan zakat di Wilayah
Persekutuan, manakala output pula merangkumi jumlah kutipan yang berjaya dipungut dan bilangan
pembayar yang membayar zakat.
DAPATAN KAJIAN
Analisis deskriptif input dan output data yang yang digunakan sebagai input dan output dalam kajian
ini ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 menunjukkan 2 input dan 2 output berdasarkan tujuh buah
kaunter kutipan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Lima buah kaunter kutipan zakat
adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan
masing-masing sebuah kaunter kutipan zakat.
Hasil daripada analisis diskriptif, purata jumlah kutipan zakat dari tahun 2005 sehingga 2009
adalah RM25.8 juta dari nilai maksimum kutipan zakat sebanyak RM87.4 juta dan jumlah kutipan
zakat yang minimum pula sebanyak RM0.5 juta dengan sisihan piawai sebanyak RM33.7 juta.
Merujuk kepada Jadual 3, didapati sisihan piawai bagi upah pekerja yang diperolehi ialah
RM2.8 juta. Ini menunjukkan terdapat jurang perbezaan yang agak tinggi antara jumlah minimun dan
maksimum upah pekerja iaitu antara RM0.04 juta dan RM7.3 juta. Julat perbezaaan yang agak tinggi
ini dipengaruhi oleh faktor bilangan pekerja yang bertugas di kaunter kutipan zakat terutamanya di
kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berbanding dengan kaunter kutipan
zakat yang lain, kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai lima buah
kaunter kutipan dimana setiap kaunter kutipan zakat tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua
orang petugas.
Julat perbezaan yang tinggi juga diperoleh daripada jumlah bilangan pembayar yang
membayar zakat dengan sisihan piawai 10,027 orang berbanding jumlah minimum 431 orang dan
jumlah maksimum 24,716 orang sepanjang tahun 2005 sehingga 2009. Julat perbezaaan yang tinggi ini
juga dipengaruhi oleh bilangan kaunter kutipan zakat yang dibuka di tiga kawasan Wilayah
Persekutuan. Semakin banyak kaunter kutipan zakat dibuka, maka semakin ramai bilangan pembayar
membayar zakat dan ini akan meningkatkan jumlah kutipan zakat yang berjaya dipungut.
Objektif kedua kajian adalah untuk mengukur kecekapan pungutan zakat di tiga kawasan
Wilayah Persekutuan. Jadual 4 menunjukkan hasil yang diperoleh dengan pendekatan DEA dengan
menggunakan model pulangan tetap mengikut skala (CRS).
Merujuk kepada Jadual 4, didapati kesemua kaunter kutipan zakat di tiga kawasan Wilayah
Persekutuan adalah cekap. Ini berdasarkan sekor kecekapan bernilai 100% bagi setiap kaunter kutipan
zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan. Maka, ini membuktikan bahawa ketiga-tiga kawasan
kutipan zakat mencapai kecekapan di tahap optimum.
Jika dilihat pada tanda aras ketiga-tiga kawasan kutipan zakat, didapati sebanyak lapan dan
tujuh kali kesemua kaunter zakat ini dijadikan tanda aras kecuali bagi kaunter zakat di Wilayah
Persekutuan Labuan pada tahun 2009 iaitu sebanyak 2 kali sahaja. Ini menunjukkan bahawa kaunter
zakat di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2009 hampir mendekati ketidakcekapan kerana
hanya dua kali sahaja menjadi tanda aras dan dengan ini, kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur pada tahun 2005 menjadi tanda aras kepada kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Labuan
pada tahun 2009.
Analisis DEA ini adalah berorentasikan input. Orentasi input bermaksud bilangan
pembolehubah input boleh berubah dan pembolehubah output adalah konstan. Dengan kata lain,
orientasi input tidak bermatlamatkan seberapa banyak output yang boleh dicapai tetapi menjurus
kepada berapa banyak input yang boleh dicapai untuk menguji kecekapan output. Pembolehubah input
boleh diubah untuk meningkatkan bilangan pembayar dan juga jumlah kutipan zakat di tiga kawasan
kaunter kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.
Berdasarkan kepada Jadual 4, terdapat dua input berlainan iaitu input 1 (bilangan pekerja) dan
input 2 (upah pekerja). Input 2 (upah pekerja) didapati telah mencapai kecekapan yang optimum kerana
memperoleh nilai sifar, manakala input 1 (bilangan pekerja) memperoleh pelbagai nilai yang berbeza.
Pada tahun 2005, kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya memperoleh nilai 0.19 pada input 1
(bilangan pekerja). Nilai 0.19 membawa erti bahawa seramai 1 orang pekerja di kaunter zakat Wilayah
Pesekutuan Labuan perlu ditambah supaya memperolehi kecekapan yang konsisten. Nilai 1.67 pada
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 421
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
input 1 (bilangan pekerja) pada tahun 2009 di kaunter zakat Wilayah Persekutuan Labuan
menunjukkan nilai ekstrim berbanding nilai-nilai yang lain kerana seramai 2 orang pekerja perlu
ditambah supaya kecekapan yang diperoleh adalah konsisten.
Jadual 5 pula menunjukkan hasil yang diperoleh dari penggunaan pendekatan DEA dengan
menggunakan model pulangan berubah mengikut skala (VRS). Jika dilihat pada Jadual 4.2 yang
menggunakan model pulangan tetap mengikut skala (CRS) dan Jadual 4.3 yang menggunakan data
pulangan berubah mengikut skala (VRS), tiada perbezaan yang ketara antara keduanya dari segi skor
kecekapan, tanda aras, input 1 (bilangan pekerja) dan input 2 (upah pekerja). Dengan menggunakan
model pulangan berubah mengikut skala pada Jadual 4.3, skor kecekapan yang diperoleh juga adalah
100% bagi semua kaunter kutipan zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan.
Begitu juga dengan tanda aras, di mana nilainya adalah sama seperti Jadual 6,. bagi input 2
(upah pekerja) didapati telah mencapai kecekapan yang optimum kerana nilai yang diperoleh adalah
sifar. Namun, bagi input 1 (bilangan pekerja), nilai ekstrim 1.69 diperolehi pada tahun 2009 di kaunter
kutipan zakat di Wilayah Persekutuan Labuan berbanding dengan nilai-nilai yang lain. Ini
menunjukkan pihak pungutan zakat Wilayah Persekutuan perlu menambah dua orang pekerja di
kaunter zakat Wilayah Persekutuan Labuan supaya nilai kecekapan yang diperolehi adalah konsisten.
Daripada analisis deskriptif dan model kajian DEA yang digunakan, didapati semua kaunter
zakat di tiga kawasan Wilayah Persekutuan adalah cekap dari tahun 2005 sehingga 2009. Sebagai
tambahan, tiada perbezaan yang ketara dari segi pulangan mengikut skala; pulangan tetap mengikut
skala dan pulangan berubah mengikut skala. Kedua-duanya menunjukkan kesemua kaunter zakat di
Wilayah Persekutuan mencapai kecekapan. Hasil keputusan kajian yang diperolehi ini pastinya akan
memberi implikasi kepada pembuat dasar yang mana akan dibincangkan dalam bab seterusnya.
KESIMPULAN
Berdasarkan analisis deskriptif dan hasil analisis kecekapan menggunakan pendekatan DEA, didapati
ketiga-tiga kawasan kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dari
tahun 2005 sehingga 2009 adalah cekap. Kecekapan ini terbukti dari skor kecekapan yang diperoleh
sebanyak 100% bagi kesemua kawasan kaunter zakat di Wilayah Persekutuan. Nilai sisihan piawai
pada analisis deskriptif pula menunjukkan bahawa julat perbezaan yang ketara antara jumlah minimum
dan jumlah maksimum data input dan output. Hal ini dipengaruhi oleh bilangan kaunter kutipan zakat
yang dibuka di tiga kawasan Wilayah Persekutuan. Didapati semakin banyak kaunter kutipan zakat
dibuka di satu-satu kawasan, maka semakin ramai bilangan pembayar zakat membayar zakat dan
semakin meningkatlah juga jumlah kutipan zakat yang berjaya dikutip oleh sebilangan pekerja yang
bertugas di setiap kaunter kutipan zakat.
Namun, untuk menjamin agar kecekapan yang diperolehi sentiasa konsisten dan berterusan,
pihak pengurusan zakat perlu menambah bilangan pekerja yang bertugas di setiap kaunter kutipan
zakat khususnya di kaunter zakat Wilayah Persekutuan Labuan yang hampir mencapai tahap
ketidakcekapan pada tahun 2009 apabila memperoleh tanda aras sebanyak dua kali sahaja berbanding
kaunter-kaunter yang lain.
Selain itu, seperti mana yang dijelaskan dalam sorotan kajian lepas, hasil kajian ini juga selari
dengan dapatan kajian sebelum ini yang mana pusat pungutan zakat yang diswastakan atau
dikorporatkan akan lebih cekap. Ini jelas terbukti bagi kaunter zakat Wilayah Persekutuan yang
menjadi fokus utama kajian ini.
Rentetan itu juga, pengkaji mencadangkan agar insitusi pungutan zakat di Wilayah
Persekutuan mengekalkan prestasi sebagai sebuah insitusi pungutan zakat yang unggul dan menjadi
salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam yang berlandaskan kepada perkhidmatan yang berkualiti,
pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju, penggunaan teknologi terkini untuk memudahkan
urusan pembayaran dan pengurusan zakat, pengemblingan dan pembangunan sumber manusia agar
sejajar dengan matlamat kecekapan kutipan zakat dan akhir sekali pertalian yang erat dengan semua
pihak sama ada dengan para penyelidik, para asnaf, pembayar zakat mahupun sesama pihak
pengurusan untuk bersikap lebih professional dalam mengendalikan segala urusan berkaitan kutipan
zakat.
Kajian ini walau bagaimanapun hanyalah tertumpu kepada pusat pungutan zakat di Wilayah
Persekutuan sahaja. Penyelidik mencadangkan, kajian ini dilebarluaskan lagi ke seluruh kaunter
pungutan zakat di Malaysia yang melibatkan pusat di bawah kerajaan negeri mahupun yang telah
dikorporatkan.
422 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor
RUJUKAN
Abdul Hamid Mohd. Hassan. (1988). Antara zakat dan cukai pendapatan satu analisis penyelarasan.
Kertas kerja Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan. Pusat Matrikulasi Universiti Sains
Malaysia, 5-6 November.
Abdul Rahim Abdul Rahman. (2007). Pre-Requisites For Effective Integration Of Zakah Into
Mainstream Islamic Financial System In Malaysia. Islamic Economic Studies. 14 (1 & 2). 91-
107.
Ahmad Ibrahim. (1975). Islamic Law in Malaya, MSRI.
AiditGhazali. (1998). Zakat – SatuTinjauan.Petaling Jaya. IBS BukuSdn. Bhd.
Attaullah, A., T. Cockerill and H. Le. (2004). Financial Liberalization and Bank Efficiency: a
Comparative Analysis of India and Pakistan, Applied Economics, No.36: 1915-1924.
Cheong KeeCheokdan L.J Federich. (1977). Theory and Measurement of Poverty: Tentatif Views on
and Amorphous Topic. Dalam Poverty in Malaysia, Kuala Lumpur: PersatuanEkonomi
Malaysia.
Charnes, A. W. W. Cooper, E. Rhodes. (1978). Measuring the Efficiency of Decision Making Units,
European Journal of Operational Research, Volume 2, Issue 6, Pages 429-444.
Coelli, T. (1996).A Guide to DEA Version 2.1: A Data Envelopment Analysis (Computer) Program.
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad danMohd Ali Mohd Noor. (2004). KesanBantuan Zakat
terhadapKualitiHidup: KajianKesAsnaf Fakir danMiskin. Journal of Muamalat and Islamic
Finance Research 1(1), 151-166. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad danMohd Ali Mohd Noor. (2004). KesedaranMembayar Zakat
Pendapatan di Malaysia.
Hamizul Abdul Hamid. (2008). TransformasiPengurusan Zakat.DewanEkonomi.15 (2). 28-31
Imtiazi I.A., Mannan M.A., Niaz M.A danDeria A.H (eds). (1989). Management of Zakat in Modern
Muslim Society. Jeddah: Islamic Research and Training Institute, IDB, h. 20.
Jemric, I.And B. Vujcic. (2002). Efficiency of Banks in Croatia: A DEA Approach. Comparative
Economic Studies, Vol. 44(2/3) 169-193.
Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail. (1997). Zakat penggajian: Suatu tinjauan terhadap
pengetahuan dan amalan muslimin negeri Perlis. Kertas kerja di bentangkan di Seminar
Penyelidikan Universiti, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Laman Web RasmiPusatPungutan Zakat Online. (PelbagaiTahun).
Laporan Zakat. (2003). Kuala Lumpur: PusatPungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
MahmoodZuhdi Abdul Majid. (2003). Pengurusan Zakat. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.
MdZyadiTahir&MarianiMajid.(1999). PrestasiKutipandanAgihan Zakat di Malaysia.Pascasidang
Seminar PengeluaranAwamdanSwasta: JustifikasidanRealiti di Malaysia. FakultiEkonomi,
UniversitiKebangsaan Malaysia. hlm. 293-306.
MuhamadMuda, AinulashikinMarzuki, Amir Shaharuddin. (2005). Internal and External Factors
Influencing Individual’s Participation in Zakat: Preliminary Results. Journal of Muamalat
and Islamic Finance Research2 (1), 77-92. Diaksespada 30 April 2011.
Nor GhaniMdNor, MarianiMajid, Jaafar Ahmad danNahid Ismail. (2001). Can Privatization Improve
Performance? Evidence from Zakat Collection Institutions.KertaskerjaBengkelEkonomi
Islam.FakultiEkonomi, UniversitiKebangsaan Malaysia.
PatmawatiHj. Ibrahim. (2008). Pembangunan EkonomiMelaluiAgihan Zakat: TinjauanEmpirikal.
Jurnal Syariah.16 (2): 223-224.
Qardawi, Yusof. (1998). PerananNilaidanAkhlakdalamEkonomi Islam. (terj). Kuala Lumpur. Metacorp
Bhd.
Saadah Abdul Raub. (2008). SistemPembayaran e-Zakat.Tesis Master.UniversitiTeknologi Malaysia,
Skudai, Johor.
Sadeq, AHM. (1991). Economic Development in Islam.Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Sanep Ahmad danHairunnizam Wahid.(2005). PersepsiAgihan Zakat
danKesannyaTerhadapPembayaran Zakat MelaluiInstitusi Formal.JurnalEkonomi Malaysia
39: 53-69.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (2006).PenswastaanInstitusi Zakat
danKesannyaTerhadapPembayaranSecara Formal di Malaysia.International Journal of
Management Studies13 (2),175-196.
Selamah Maamor & Abdul Ghafar Ismail. (2010). The Efficiency of Ar-rahnu and Its Determinant.
Journal of Islamic Economics, Banking and Finance.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 423
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Schacter, M. (1999).Means, Ends, Indicators: Performance Measurement in the Public Sector. Institute
on Governance, Ottawa, Canada.
JADUAL 1: Jumlah Kutipan Zakat di Seluruh Malaysia
NEGERI 2009 2005 2000 1995 1991
WILAYAH PERSEKUTUAN 248.8 130.1 58.9 33.7 14.6
SELANGOR 283.6 133.1 46.3 13.2 7.5
TERENGGANU 73.5 40.4 28 15.9 6.6
JOHOR 109.2 49.4 20.8 8.4 4.6
PERAK 67.2 27.5 16.4 11.2 6.7
PENANG 47.9 28.5 14.8 4.1 2.6
PAHANG 71.9 31 14.4 7.2 2.8
KEDAH 67.6 30.2 15.7 8 3.3
KELANTAN 66.5 29.4 10.6 4.8 2.8
N. SEMBILAN 42.3 23.1 11.9 4.5 2.8
MELAKA 30.7 17.7 8.4 7.1 4.4
SARAWAK 36.9 15.3 4.9 2.5 1.5
SABAH 25.4 11.3 3.3 2.5 1.5
PERLIS 25.3 6.6 4.3 1.7 0.9
JUMLAH 1.196 573.1 258.7 121.9 61.1
Sumber: Laporan Tahunan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
RAJAH 2: Pengukuran Pelaksanaan dalam Input Output Pusat Pungutan Zakat
JADUAL 3: Analisis Deskriptif Input Dan Output Dari Tiga Kawasan Kaunter Kutipan Zakat Wilayah
Persekutuan Dari Tahun 2005 - 2009
MINIMUM MAKSIMUM PURATA SISIHAN PIAWAI
INPUT: BILANGAN PEKERJA (ORANG) 2 12 6 4
UPAH PEKERJA (RM) 41,464.63 7,287,137.53 2,147,156.70 2,810,329.62
OUTPUT: JUMLAH KUTIPAN (RM) 497,575.58 87,445,650.35 25,765,880.42 33,723,955.50
424 Nur Hafizah Binti Ishak, Selamah Binti Maamor
BILANGAN PEMBAYAR (ORANG) 431 24,716 8,362 10,027
JADUAL 4: Kecekapan Input-Output Kutipan Zakat di Tiga Kawasan Wilayah Persekutuan (CRS)
TAHUN 2005 SKOR KECEKAPAN
(%) TANDA ARAS
INPUT 1 (BILANGAN PEKERJA)
INPUT 2 (UPAH PEKERJA)
W.P KUALA LUMPUR 100 8 W.P PUTRAJAYA 100 7 0.19 0
W.P LABUAN 100 8
TAHUN 2006 W.P KUALA LUMPUR 100 8
W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 8
TAHUN 2007 W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.04 0
W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 7 0.72 0
TAHUN 2008 W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.04 0
W.P PUTRAJAYA 100 7 0.26 0
W.P LABUAN 100 7 1.11 0
TAHUN 2009 W.P KUALA LUMPUR 100 8
W.P PUTRAJAYA 100 7 0.12 0 W.P LABUAN 100 1(0) 2 1.67 0
JADUAL 5: Kecekapan Input-Output Kutipan Zakat di Tiga Kawasan Wilayah Persekutuan (VRS)
TAHUN 2005 SKOR KECEKAPAN (%)
TANDA ARAS
INPUT 1 (BILANGAN PEKERJA)
INPUT 2 (UPAH PEKERJA)
W.P KUALA LUMPUR 100 8 W.P PUTRAJAYA 100 7 0.22 0
W.P LABUAN 100 8
TAHUN 2006 W.P KUALA LUMPUR 100 8
W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 8
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 425
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
TAHUN 2007 W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.52 0
W.P PUTRAJAYA 100 8 W.P LABUAN 100 7 0.22 0
TAHUN 2008
W.P KUALA LUMPUR 100 7 0.58 0
W.P PUTRAJAYA 100 7 0.74 0
W.P LABUAN 100 7 0.94 0
TAHUN 2009 W.P KUALA LUMPUR 100 8
W.P PUTRAJAYA 100 7 0.56 0
W.P LABUAN 100 1(0) 2 1.69 0