FAKULTI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KPT 6054
KAJIAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
TAJUK TUGASAN 3
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NAMA PELAJAR
PARTHIBAN A/L GOVINDASAMY
NOMBOR MATRIK
M20132001981
PROGRAM
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) SEMESTER 1
PENSYARAH
PROFESSOR MADYA DR ABDUL LATIF HAJI GAPOR
TARIKH SERAHAN : 16 MEI 2014
1
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN 2
ABSTRAK 3
1.0 PENGENALAN 5 – 16
2.0 PERNYATAAN MASALAH 17
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 18
4.0 SOALAN KAJIAN 18
5.0 TINJAUAN LITERATUR 19 -21
6.0 METADOLOGI 21
7.0 INSTRUMEN KAJIAN 22 -28
8.0 SAMPEL KAJIAN 29 - 32
9.0 PROSEDUR KAJIAN 33
10.0 ANALISIS DATA 33 -37
11.0 DAPATAN KAJIAN 38 - 43
12.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 43 - 46
13.0 BIBLIOGRAFI 47 – 49
14.0 LAMPIRAN 50
2
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERISIAN MULTIMEDIA DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
PARTHIBAN A/L GOVINDASAMY
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam
pengajaran bahasa melayu dalam kalangan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Reka
bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen. Pengkaji memberi fokus kepada dua aspek berikut,
iaitu keberkesanan penggunaan perisian multimedia dan juga implikasinya dalam pembelajaran
Bahasa Melayu. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini merupakan sebuah sekolah Tamil di
bandar Ringlet iaitu Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Ringlet. Responden kajian ini merupakan
kumpulan pelajar yang berada dalam dua buah sekolah. Sebuah sekolah ditentukan sebagai
kumpulan kajian dan sebuah sekolah lagi ditentukan sebagai kumpulan kawalan. Hasil daripada
penganalisaan data menggunakan perisian SPSS, jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam
membaca beberapa konstruk antara kaedah multimedia dengan kaedah tradisional. Statistik
deskriptif yang membandingkan min skor dan sisihan piawai ujian pra dan ujian pasca
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen menunjukkan terdapat peningkatan dalam bacaan
beberapa konstruk. Statistik inferen ujian-t dua hala juga menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara peningkatan kemahiran kedua-dua kaedah yang digunakan. Justeru itu, jelaslah
menunjukkan bahawa kaedah multimedia juga bekesan terhadap penguasaan dan peningkatan
dalam menguasai pembacaan Bahasa Malaysia.
Kata kunci: keberkesanan, perisian, multimedia
3
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib lulus dalam semua
peperiksaan tidak Kira peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM dan seterusnya peringkat yang lebih
tinggi. Sehubungan dengan itu dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu setiap tahap (KPM 200-
2003), kemahiran membaca adalah satu daripada matlamat yang harus dikuasai oleh murid-
murid sama ada prasekolah ataupun murid-murid tahap satu. Matlamat yang harus dikuasai oleh
murid-murid sama ada prasekolah ataupun murid-murid tahap satu. Matlamat ini tidak mudah
dicapai kerana proses pembelajaran membaca itu sendiri adalah amat kompleks dan mewujudkan
masalah dalam pembelajaran membaca (Cecil D Mercer, 1989).
Lebih-lebih lagi Bahasa Melayu adalah bahasa kedua bagi murid-murid India dan mereka
wajib menguasainya. Penguasaan Bahasa Melayu oleh murid-murid India juga perlu melalui
proses pembelajaran membaca itu.
Pada dasarnya murid-murid India menggunakan bahasa Tamil secara majoritinya dan
Bahasa Melayu adalah bahasa kedua bagi mereka. Penyelidik di sini hanya membincangkan
tentang murid-murid yang belajar di sekolah jenis kebangsaan (Tamil). Murid-murid di sini
hanya terdedah kepada situasi sama seperti di rumah iaitu berkomunikasi dalam satu bahasa
dengan satu kaum sahaja. Dalam keadaan ini murid-murid India berhadapan dengan beberapa
batu penghalang untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran membaca itu sendiri.
Penghalang pertama ialah proses membaca itu sendiri dan seterusnya penguasaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu suasana pembelajaran di sekolah itu sendiri yang
menjadi faktor yang menghalang penguasaan pembacaan bahasa melayu dalam kalangan murid-
murid India.
4
Namun begitu foktor-faktor penghalang ini tidak harus dijadikan sebagai alasan dalam
menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid India. Penulisan
projek penyelidikan ini boleh dijadikan percubaan oleh penulis untuk meningkatkan tahap
penguasaan pembelajaran bacaan dengan menggunakan perisian multimedia.
1.1 Bahasa: Fungsi dan kepentingannya sepintas lalu.
Bahasa adalah suatu keajaiban yang dicipta oleh umat manusia. Bahasa seharusnya
dimartabatkan sebagai keajaiban dunia yang utama . Ianya merupakan satu ciptaan manusia yang
paling indah, paling agong sehingga dikatakan sebagai satu anugerah tuhan. Bahasa yang
memmbezakan manusia dengan binatang (Chomsky, 1975). Menurut falsafah-falsafah agama
dan mitos, bahasalah sumber kehidupan agama dan tenaga manusia. Bagi satu etnik di Afrika,
bayi yang baru lahir adalah kuntu yang bermaksud satu benda dan bukannya muntu yang
bermakna seorang manusia (Rodman, 1988). Hanya dengan pembelajaran dan penguasaan
bahasalah yang akan menjadikan si anak itu digelar sebagai manusia. Dengan demikian
mengikut tradisi ini kita semua telah menjadi manusia kerana sekurang-kurangnya kita telah
menguasai satu bahasa.
Pada asasnya bahasa itu merupakan alat perhubungan atau komunikasi yang penting
dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain
untuk menyampaikan kehendak, menyelesaikan masalah, menyatakan perasaan, pendapat
menambahkan ilmu pengetahuan memahami orang lain (Syam, 1987). Selain itu dengan bahasa
juga seseorang dapat bermain, menyatakan mimpi dan menunjukkan perpaduan kumpulan
(Banfield: 1982)
5
Menurut Awang Sariyan (1995) dalam bukunya ceriteria bahasa menyatakan bahawa “
bahasa tidaklah wajar dianggap sebagai alat semata-mata. Bahasa ialah pemancar daya
intelektual seseorang bahkan sesebuah masyarakat atau sesuatu bangsa. Bahasa ialah identiti
orang perseorangan dan bangsa” maka setiap manusia harus melihat bahasa sebagai satu sistem
yang mempunyai tradisi dan ianya hendaklah dikuasai dengan sebaik mungkin.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana
bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan
dalam interaksi antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam sukatan pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kelemahan murid-murid khususnya murid-murid tahap satu SJKT dalam kebolehan
membaca sering dibincangkan dalam kalangan guru-guru bahasa di setiap sekolah. Masalah
bacaan dalam kalangan murid-murid sekolah tamil disedari ramai kerana kenyataannya bukan
sahaja dilihat oleh para guru dan jabatan pendidikan yang terlibat dalam tugas pengajaran malah
juga oleh ibu bapa, penulis-penulis dan badan-badan bukan kerajaan yang sentiasa mengambil
berat tentang kemajuan sekolah-sekolah tamil di Malaysia.
Kebolehan membaca merupakan suatu ilmu yang perlu dikuasai oleh semua pelajar
supaya dapat mendalami perkataan-perkataan dan huruf dengan sebutan bunyi yang betul.
Membaca adalah tugas intelek yang kompleks dan melibatkan lebih kemahiran daripada sekadar
mengenal dan menyebut perkataan penguasaan dalam pembacaan bergantung kepadaamalan
membaca bergagai-bagai bahan dalam bidang yang luas (Halimah Badioze Zaman dan Jamaliah
6
Mohd. Ali, 1994). Namun kini amalan membaca dalam kalangan anak-anak murid masih di
peringkat rendah. Ini seterusnya menyebabkan penguasaan kebolehan membaca juga tidak
memuaskan. Ekoran daripada sikap ini pula wujud masalah penguasaan bahasa khususnya
Bahasa Melayu.
Kajian keupayaan membaca dan faham jelasnya memerlukan kemahiran yang perbagai.
Beberapa komponen yang besar seperti keupayaan kognitif (memori, tumpuan dan keupayaan
visualisasi) kemampuan linguistik perbendaharaan kata, pengetahuan sedia strategi
pembelajaran, keupayaan memahami bahasa pertuturan da pendafsiran perkataan), motivasi dan
kaedah pengajaran menjadi faktor yang menyumbang kepada membaca dan faham. Disebabkan
keadaan ini kebanyakan pandidik Bahasa Melayu di SJKT Khususnya pendidik di tahap satu
menghadapi keadaan sama ada murid-murid ini dapat memahami apa yang dibaca oleh mereka.
Walaubagaimanapun murid-murid ini menghadapai situasi yang berlainan di prasekolah, iaitu
pengajaran dan pembelajaran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tidak
menekankan aspek pemahaman. Ini kerana bagi guru prasekolah apa yang penting ialah kanak-
kanak di prasekolah boleh membaca dengan lancar. Ini disokong oleh Sally Rings (1994) yang
menyatakan bahawa pendekatan behavioristik dalam pembelajaran membaca di sekolah adalah
merupakan pedagogi yang terlalu dominan. Perspektif behavioris terhadap pembelajaran
membaca ialah statistik ( Katherine Maria, 1990) dan sebagai satu kemahiran yang bermula
dengan pengenalan kepada huruf ,kemudian berbunyi, perkataan dan ayat sehinggalah kanak-
kanak lancar membaca tanpa menekankan aspek kefahaman. Manakala di tahun satu pula murid-
murid ini perlu membaca lancar dan memahami apa yang di baca itu. Oleh itu satu kaedah baru
harus dipraktikkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di tahap satu
khususnya tahun satu supaya mereka membaca dan faham.
7
Murid-murid di SJKT juga menghadapi keadaan di mana mereka sentiasa melakukan
kesalahan bahasa dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu, malah pertuturan ini pula telah
berkembang menjadi satu variasi bahasa dalam komunikasi harian. Manakala dalam penulisan
Bahasa Melayu pula dipengaruhi oleh tatabahasa Tamil. Perkaran ini diakui oleh professor James
T. Collins (1987) dalam makalahnya “Malaysian and Bazaar Malay; Polarity, continuity and
communication.” Beliau menyatakan bahawa “it seems that Bazaar Malay which is based on a
reduced kind of Malay which has been influenced by the grammars of other language chiefly
chinese and Tamil......”
Memandangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid india dalam
penulisan mahupun pertuturan Bahasa Melayu, penulis berpendapat bahawa punca berlakunya
kepincangan ini adalah di sebabkan oleh tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan
murid-murid India. Masalah ini harus dikurangkan melalui kaedah-kaedah yang baru oleh
pendidik Bahasa Melayu di SJKT.
Secara amnya pembelajaran membaca di peringkat awal kanak-kanak merupakan satu
proses yang sukar untuk dikuasai dan dilaksana di sekolah. Ini kerana ia adalah satu tugas yang
mencabar kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca merupakan pengajaran secara
individu . Pada hakikatnya saiz kelas di sekolah terlalu besar di mana nisbah guru dan murid
adalah 1:30. Selain itu murid-murid mempunyai latar belakang kemampuan awal bacaan, kadar
kecekapan dan cara pembelajaran membaca yang pelbagai. Suasana ini secara praktikalnya
mewujudkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran secara individu.
Setelah meneliti pelbagai masalah penulis mendapati satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran membaca yang mampu menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya dapat
membaiki faktor penyumbang masalah keupayaan membaca perlu diamalkan. Tumpuan pengkaji
8
beralih kepada perisian multimedia yang berkaitan dengan kemahuan membaca dapat dilihat,
sekiranya satu kajian eksperimental dilakukan. Namun begitu pemilihan perisian multimedia
juga perlu berpandukan ataupun berasaskan kepada pengetahuan yang akan mereka peroleh
daripadanya. Perisian yang dipilih itu juga harus menitikberatkan keberkesanannya, kepada
murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca (Exploring, Manipulating, and
Playing with materials are the most effective ways to teach young children) (Kandtowitz and
Wingert, 1989) .
“To be an effective teaching tool, software must also facilitate the competencies and skills
that are developmentally appropriate for young children” (Susan w. Hougland, 1997). Beliau
menyatakan bahawa untuk menjadi sebuah bahan bantu mengajar perisian komputer juga perlu
membantu dalam memperkembangkan kecekapan dan kemahiran seseorang kanak-kanak.
Kaedah yang paling efektif bagi seorang kanak-kanak untuk belajar ialah semasa mereka
menyelidik, memanipulasi dan bermain dengan bahan pengajaran tersebut (Kantrowitz and
Wngert, 1989). Selain itu Susan W. Hougland (1997) dalam bukunya Young Children and
Technology A World Discovery telah menyatakan juga bahawa untuk sesuatu perisian itu perlu
bersesuaian dengan tahap pemikiran seorang kanak-kanak.
3.0 SOALAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan berikut:
a) Apakah prestasi murid dalam bacaan Bahasa Malaysia dengan menggunakan perisian
multimedia dalam kalangan murid sekolah Tamil.
9
b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid diantara kumpulan
yang menggunakan kaedah tradisional dan kumpulan yang menggunakan kaedah
multimedia dalam pembelajaran bacaan.
4.0 Objektif kajian
Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu:
a) Untuk mengenalpasti perbezaan dalam pencapaian murid di antara kumpulan yang
menggunakan perisian multimedia dan kumpulan yang menggunakan kaedah
tradisional.
b) Mengenalpasti sama ada penggunaan multimedia memberi implikasi kepada
penguasaan Bahasa Melayu.
5.0 TINJAUAN KAJIAN
5.1 Konsep perisian
Suhaimi Ibrahim dan kumpulannya (1999) menerima pakai takrifan perisian yang
merujuk kepada arahan-arahan yang boleh dilaksanakan untuk memenuhi kehendak pengguna
dan sturktur data yang membenarkan menipulasi maklumat. Mereka juga menerima takrifan iaitu
perisian adalah dokumentasi yang berkaitan dengan pembangunan operasi dan penyenggaraan
perisian.
Merujuk kepada Vivi Lachs (2004) para guru perlu memilih perisian yang ditetapkan
untuk kumpulan pelajar dengan kebolehan dan umur yang ditetapkan. Beliau juga mencadangkan
guru boleh memilih perisian yang berkembang mengikut tahap. Beliau tidak lupa juga
10
memperingati para guru bahawa program yang dipilih itu mudah dipelajari, senang diguna dan
senang diingati oleh seorang pengguna khususnya para murid. Oleh itu guru harus was-was
semasa memilih perisian untuk murid-murid.
Manakala Jamalludin Harun dan Zidatun Tasir pula berpendapat kebanyakan penyelidik
mempercayai proses pendidikan akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam
keadaan yang tidak formal dan mempunyai unsur-unsur yang mengembirakan. Mereka
menganggap animasi berkomputer boleh digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang
merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan pendidikan. Pendapat mereka dapat memberi
inspirasi untuk seorang guru dalam memilih kaedah pengajaran ini.
5.2 Konsep multimedia
Vivi Lachs (2004) dalam kajian beliau mentakrifkan bahawa multimedia adalah
gabungan pelbagai media. Manakala multimedia dalam konteks pengkomputeran pula
ditakrifkan sebagai gabungan teks, gambar, bunyi, animasi, dan video inilah yang memberikan
bentuk bersepadu yang lebih berkesan berbanding dengan mana-mana media tunggal. Ciri
gabungan yang disebut di atas sememangnya dapat menarik perhatian seorang murid dalam
menguasai sesuatu kemahiran belajar mereka.
Merujuk kepada Hofstetter (1997) multimedia merupakan penggunaan komputer bagi
mempersembahkan dan menggabungkan teks, grafik , audio dan video yang menghubungkan
dengan alatan yang membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan
berkomunikasi.
11
Mengikut Tony Feldman dalam ‘An Intriduction to Degital Media (1997, m/s 24)
mendefinisikan bahawa multimedia adalah integrasi tampa sempadan data, teks, bunyi dan imej.
Pengintegrasian ini berlaku dalam suasana maklumat digital.
Manakala Perzlyo, (1993) pula menyatakan bahawa dalam konteks, pendidikan
multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan
penggunaan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses
pembelajaran secara signifikan dan mewujudkan suasana maklumat.
Seterusnya Waterworth (1992) mendefinisikan multimedia sebagai persepaduan bunyi,
muzik, animasi, teks suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan
komputer. Waterworth juga berpendapat multimedia lebih menarik berbanding dengan televisyen
atau kaset video.
Rosenberg (1993) pula memberi definisi bahawa multimedia adalah gabungan bunyi,
imej statik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi komputer. Beliau juga
menambah bahawa multimedia adalah suatu kumpulan ahli teknologi yang mereka cipta sesuatu
untuk menarik parhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri.
Menurur Gayeski (1993) multimedia adalah kumpulan media yang berasaskan komputer
dan sistem komunikasi. Kumpulan media ini berperanan untuk membina, menyimpan
menghantar dan menerima informasi berasaskan teks grafik, audio dan sebagainya.
Ron White (1996) dalam kajian beliau menyatakan bahawa multimedia adalah paparan
maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam
komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesaran suara, kad audio dan
beberapa perisian yang menggunakan cakera padat.
12
Mengikut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2005) multimedia adalah suatu proses
interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi. Secara keseluruhannya setiap pengkaji menyentuh tentang ciri-
ciri yang sama mengenai multimedia. Antaranya ialah bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video,
grafik dan beberapa perisian.
Dapat dirumuskan bahawa kesemua pengkaji mempunyai pendapat yang sama dalam
mendefinisikan konsep multimedia. Iaitu multimedia adalah gabungan pelbagai media elektronik
seperti audio, video teks, grafik, dan animasi serta penciptaan-penciptaan komputer yang lain.
Gabungan kesemua komponen ini membantu dalam mewujudkan multimedia yang hangat
diperkatakan dalam zaman ini. Namun begitu penciptaan manusia ini memainkan peranan yang
penting dalam kemajuan pendidikan masa sekarang dan juga akan datang nanti.
5.3 Konsep bacaan
Merujuk kepada Marohaini Yusoff (1999) Setakat ini tiada pengertian yang tepat bagi
menjelaskan konsep bacaan Namun, beliau merumuskan proses bacaan ini adalah suatu
perlakuan yang kompleks. Beliau berpendapat bahawa dalam proses bacaan dua komponen
utama perlu dititikberatkan iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran
memahami apa yang dibaca.
Haris dan Sipay (1980) mengumpamakan proses bacaan ini sebagai pemerolehan tafsiran
yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Seterusnya seseorang itu akan
memahami apa yang dibaca apabila berlakunya, interaksi antara pengamatannya tentang
lambang-lambang yang dibaca. Pemahaman mereka lebih jelas jika seseorang itu mempunyai
kebolehan berbahasa dan pengetahuan tentang alam sekelilingnya.
13
Merujuk kepada Kenedy (1981) membaca adalah keupayaan seseorang untuk mengecam
bentuk visual lalu menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui.
Pembaca seterusnya berasaskan pengalaman lalu memahami dan mentafsir apa yang dibaca.
Tunku Mohani (1994) menyatakan bahawa bacaan dapat membantu pelajar untuk
membentuk konsep apabila mereka membaca sesuatu teks. Beliau juga menambah bahawa
kebolehan membaca boleh membantu pelajar mempelajari gaya penulisan atau memperbaiki
gaya penulisan mereka.
Merujuk kepada Smith dan Johnson (1980) komunikasi yang diwujudkan oleh proses
membaca itu yang menjadi inti bagi suatu proses, membaca, mereka menganggap proses
membaca sebagai proses komunikasi kerama dalam perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea
antara penulis dengan pembaca. Menurut Smith dan Johnson juga seseorang tidak dianggap
membaca jika dia gagal mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis
dalam penulisannya.
Manakala Aebersold and Field (1997) berpendapat bahawa proses membaca melibatkan
pembaca, teks yang dibaca dan interaksi antara kedua-duanya teks dan pembaca adalah dua intiti
fizikal yang perlu untuk memulakan proses membaca.mereka juga menyentuh tentang tiga model
asas yang menjelaskan bagaimana satu proses membaca terjadi. Modil-model seperti ‘bottom
up’, top-down’ dan ‘interactive’ yang dicadangkan para penyelidik. Bond dan Thinker (1967)
mendefinisikan bacaan sebagai satu aktiviti mengenal pasti simbol-simbol yang bercetak atau
tulisan-tulisan yang akan merangsang pembaca mengingati maknanya yang dibina berdasarkan
kepada pengalamannya yang lalu.
Menurut Downing dan Thackray (1975) membaca didefinisikan sebagai proses
menterjemahkan bahan-bahan cetakan atau tulisan-tulisan kepada bunyi-bunyi bahasa pertuturan
14
dan juga proses mendapatkan maksud, cetakan atau tulisan tersebut, proses membaca melibatkan
dua aktiviti iaitu pemerolehan makna yang dimaksudkan oleh penulis atau pengarang dan
sumbangan pembaca sendiri dalam bentuk interpretasi penilaian dan gambaran mengenainya.
Menurut Maru Ellen Butter dan Karin M. Wiburg (2003) tokoh-tokoh teori interaktif
menganggap bacaan adalah proses yang mengkonstruk maksud dari teks yang menggunkan
proses bottom-up dan top-down , strategi serta kemahiran. Menurut mary Ellen Butter dan Karin
juga kemahiran membaca ini dapat ditingkatkan jika menggunakan perisian komputer yang baik.
Mereka menganggap beberapa perisian komputer dapat membantu seorang pelajar untuk
mempertingkatkan pengetahuan fonik dan abjad.
Mengikut Mahzan Arshad (2008) pemahaman bacaan adalah satu proses yang dilakukan
oleh pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan
menggunakan kandungan teks dan pengetahuan latar pembaca tersebut sebelum membuat
keputusan.
Dapat disimpulkan bahawa secara keseluruhannya konsep ini menyentuh tentang
individu dan teks yang dibaca. Pembaca akan memberi makna kepada bahan yang dibaca itu
mengikut pandangan mereka.
Menurut Faridah ( 1997) kemahiran berbahasa yang ditekankan sebaik-baik sahaja
kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Tambah lagi kejayaan akademik seseorang murid
yang seterusnya banyak bergantung kepada bukan sahaja kebolehan mereka mengenali dan
menyebut perkataan yang tercetak, tetapi juga bergantung kepada kebolehan memahami
perkataan tersebut. Kemahiran membaca dan menulis akan mengukur pencapaian pelajar di
sekolah. Oleh itu membaca menjamin menjadi pintu bagi segala ilmu pengetahuan dan menulis
pula adalah wadah untuk menyampaikan pemikiran dengan berkesan. Kegagalan mengaitkan
15
antara lambang-lambang huruf dan bunyi yang sepatutnya bagi sesuatu perkataan menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat membaca pada tahap yang sesuai.
5.4 Keberkesanan multimedia dalam pengajaran
Vivi Lachs, 2004 dalam kajian beliau menyatakan bahawa multimedia dalam konteks
pemgkomputeran dapat ditakrifkan sebagai gabungan lebih daripada dua media. Beliau juga
menyatakan bahawa multimedia berkomputer adalah gabungan teks, gambar, bunyi , animasi,
dan video. Ciri gabungan ini memberikan bentuk bersepadu yang lebih berkesan dalam
pembelajaran bacaan berbanding dengan mana-mana media tunggal yang lain.
Heinich, 1996 pula menyarankan guru supaya gunakan komputer secara sistematik dan
terancang. Ini kerana beliau berpendapat proses pengajaran akan berjalan lebih lancar tanpa
sebarang masalah. Walaupun ada masalah ia dapat diselesaikan dengan mudah. Tinjauan beliau
mendapati penggunaan komputer dapat memperkayakan teknik pangajaran dan memudahkan
aktiviti tersebut dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Proses pengajaran memerlukan kekreatifan seorang guru. Seorang guru dapat
mempelbagaikan pengajaran beliau dengan penggunaan bahan multimedia dalam bilik darjah. Ia
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Giesert dan Futeral pada tahun 1990. kajian mereka
mendapati bahawa guru yang berberbakat boleh menggunakan komputer secara kreatif dan kritis
bagi mencapai objekif pengajaran dan pembelajaran.
Dalam persekitaran pembelajaran multidimensi, apa yang penting adalah keupayaan
untuk mencari, memperoleh dan menganalisis maklumat yang diperoleh. Menurut Zahner dan
kumpulannya (1992) dalam keadaan seperti ini seorang guru perlu bijak menentukan pelajar
16
belajar daripada pelbagai sumber seperti penggunaan Internet, CD Rom, Perisian pendidikan dan
sebagainya.
Penyelidikan yang dibuat oleh Green T.D dan Brown A (2002) yang menyatakan bahawa
multimedia yang digunakan di dalam bilik boleh mendorong lagi keinginan untuk belajar,
menambahkan lagi produktiviti dan meningkatkan kreativiti dalam kalangan guru dan juga
pelajar. Di samping itu guru dan pelajar juga mampu membuat penemuan baru dalam program
multimedia. Seterusnya dapat berkongsi penemuan terbaru bersama ahli kumpulan mereka.
Dalam konteks keberkesanan multimedia dalam pengajaran Mahzan Arshad, (2008)
berpendapat bahawa bidang pendidikan literasi bahasa telah mencapai banyak kemajuan dalam
usaha meningkatkan mutu dan keupayaan pelajar bagi menguasai pelbagai kemahiran literasi
dengan penciptaan komputer. Selain itu beliau juga berpendaat bahawa komputer dapat
digunakan bagi membantu pelajar dalam mempercepatkan penguasaan asas dalam kemahiran
membaca dan menulis.
Manakala Muhamad Hasan Abdul rahman (2000), dalam kajian beliau telah menyentuh
tentang kepentingan media dalam proses pengajaran. Beliau berpendapat bahawa alat dan bahan
teknologi ini dapat menolong atau membantu pencapaian objektif, pembelajaran. Keberkesanan
yang tinggi juga boleh menghasilkan kecekapan yang tinggi. Pemilihan media yang dilakukan
dengan bijak dan sistematik oleh guru dapat membantu mencapai objektif pengajaran dengan
lebih berkesan.
Rozinah Jamaluddin (2005) pula menjelaskan bahawa pendidik masa sekarang jangan
menghadkan pengajaran di dalam bilik darjah sahaja. Malah perlu membuka minda kepada
persembahan yang menggunakan bahan multimedia. Jika multimedia digunakan ianya akan
menjadikan bacaan lebih dinamik dengan mengembangkan teks dalam sesuatu topik tertentu.
17
Multimedia akan membantu teks yang hendak dibaca itu lebih bermaya dengan integrasi bunyi ,
gambar, muzik dan video.
Seterusnya mengikut C.Usha Devi (2000) perkembangan teknologi baru ini menawarkan
satu teknologi maklumat bersepadu serta fungsi kerana kaedah ini memudahkan penyimpanan
dan penyampaian maklumat kepada para penduduk dan para penyampai kepada pelajar
Jika ditinjau kebanyakan pengkaji mendapati penggunaan teknologi multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran memang berkesan. Guru juga dapat mencapai objektif pengajaran
pada hari tersebut. Murid secara ansur dapat menguasai kemahiran membaca dengan teknik yang
menarik.
5.5 Kajian berkaitan dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran
Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) yang dilakukan ke atas 119 orang guru sekolah
menengah daerah Jelebu mendapati, perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran
dengan efektif, aktiviti dalam kelas berjalan lancar dan membantu guru, selain itu beliau
mendapati objektif yang disasarkan pada hari itu tercapai. Selain itu ia juga dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaan mereka.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) keatas 100 orang guru
siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% guru yang menghasilkan bahan
pengajaran dalam bentuk multimedia. Masalah kurang mahir yang menjadi punca guru kurang
menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia.
Dalam kajian yang dijalankan oleh bahagian perancangan dan penyelidikan dasar
pendidikan KPM (2003) 818 orang guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan matematik
18
dan 3043 murid tingkatan satu, dua dan empat dibeberapa buah sekolah menengah seluruh
negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi dalam kalangan guru
dan pelajar sangat positif terhadap penggunaan komputer. Namun kemudahan infrastruktur
fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.
Muhamad Hasan (1992) mendapati bahawa, terdapat beberapa pensyarah perguruan di
Malaysia masih kurang menggunakan bahan teknologi pendidikan dalam pengajaran mereka.
Beliau juga mencadangkan supaya punca sumber maklumat perlu diperkemaskinikan dan
dipertingkatkan. Oleh itu pusat sumber sekolah hendaklah menjadi nadi pengajaran dan
pembelajaran.
Disini dapat dirumuskan bahawa masih terdapat warga pendidik yang kurang
menggunakan teknologi baru dalam pengajaran mereka. Keadaan ini sejurusnya membawa
kepada keadaan dimana kurang pendedahan kepada murid-murid. Warga pendidik sebenarnya
perlu mengadaptasikan semua jenis inovasi teknologi yang dicipta untuk perkembangan minda
setiap murid. Kajian-kajian seperti ini harus dijadikan teladan oleh para pendidik dan berusaha
memperluaskan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
6.0 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah reka bentuk kajian kuasi
eksperimen. Di samping itu, tinjauan latar belakang responden dijalankan di awal kajian. Reka
bentuk kuasi eksperimen merupakan salah satu daripada pendekatan kajian eksperimen untuk
menilai keberkesanan sesuatu program apabila responden kajian tidak dapat dipilih secara rawak
( Graziano dan Raulin, 2004 ). Reka bentuk ini dipilih kerana penyelidik tidak dapat meramal
19
Responden
Kumpulan Kawalan Kumpulan Eksperimen
Ujian Pra Ujian Pra
Kaedah multimedia
Perbandingan min ujian pra
pemilihan responden sama ada ke dalam kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Kaedah
ini dipilih kerana ia dapat memberi maklumat yang sempurna dan secukupnya kepada pembaca
serta memberi sumbangan untuk pendidik Bahasa Melayu dalam meningkatkan kualiti
pengajaran. Pengkaji menggunakan taburan kekerapan, peratusan dan ujian-t daripada data yang
dikumpul.
Reka bentuk ini juga menggunakan soal-selidik untuk meninjau latar belakang kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Satu ujian pra dan ujian pasca yang melibatkan kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimen di adakan . Kaedah pengajaran yang digunakan merupakan
pemboleh ubah tak bersandar manakala pencapaian pelajar pula dirujuk sebagai pemboleh ubah
bersandar. Secara ringkasnya rekabentuk kajian ini diterangkan melalui rajah berikut:
Rajah 1: Reka Bentuk kajian.
20
7.0 Lokasi kajian
Sekolah yang terlibat dalam kajian ini merupakan sebuah sekolah Tamil di bandar
Ringlet iaitu Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Ringlet. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah
bantuan kerajaan. Sekolah ini terletak berhampiran dengan bandar Ringlet. Pengkaji memilih
seramai 20 orang sampel dari sekolah ini . Murid-muridnya terdiri daripada bangsa India.
Manakala sebuah lagi sekolah , pengkaji memilih di kawasan pinggir bandar iaitu berhampiran
21
dengan bandar Ringlet, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shum Yip Leong.
Pengkaji memilih seramai 20 orang responden dari sekolah ini.
8.0 Sampel kajian
Pengkaji memilih murid sekolah rendah sebagai populasi dan murid darjah satu sebagai
sampel. Pengkaji memilih sampel seramai 40 orang murid untuk kajian eksperimental quasi. Ini
kerana kajian tidak dikhususkan kepada pemilihan secara rawak dalam kumpulan yang
dikehendaki sebagaimana pendapat Johnson B dan Christensen L (2000 m/s 255).
“ A quasi experimental research design is an experimental research design that does
not provide for full control of potential confounding variables, the primary reason that full
cannot be randomly assigned to groups”.
Responden kajian ini merupakan kumpulan pelajar yang berada dalam dua buah sekolah.
Sebuah sekolah ditentukan sebagai kumpulan kajian dan sebuah sekolah lagi ditentukan sebagai
kumpulan kawalan. Kedua-dua kelas tahun satu yang dipilih daripada dua buah sekolah ini
terdapat ketiga-tiga tahap pencapaian, iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Di sekolah-sekolah
ini, ketiga-tiga tahap pencapaian tidak diasingkan. Penyelidik juga memilih responden daripada
kumpulan LINUS (Literasi Bahasa) . Bilangan mereka juga adalah sama rata dalam kedua-dua
kumpulan.
Kumpulan eksperimen yang dipilih mengalami olahan secara berterusan dengan
menggunakan multimedia dalam pengajaran bacaan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Kumpulan ini diberi ujian pra dan ujian pasca. Sampel kajian juga perlu melengkapkan latar
belakang responden yang diperlukan dalam soal selidik.
22
Sempel juga terdiri daripada kumpulan lelaki dan perempuan yang berpencapaian dalam
tiga tahap. Campuran gender juga diambilkira dalam kajian ini kerana dapat juga membuat
perbandingan. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 20 orang responden ( n = 20 ), begitu juga
dengan kumpulan kawalan terdiri daripada 20 orang responden ( n = 20). Kumpulan kajian atau
ekperimen berpeluang mengalami kaedah pengajaran bacaan Bahasa Malaysia dengan
menggunakan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, manakala
kumpulan kawalan pula menjalani pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia dengan
kaedah yang biasa. Bagi responden daripada kumpulan kawalan diberikan pra ujian dan pasca
ujian sebagaimana diberikan kepada responden dalam kumpulan eksperimen.
9.0 INSTRUMEN KAJIAN
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menyediakan beberapa instrumen yang sesuai bagi
mengumpulkan data untuk dianalisis. Instrumennya terdiri daripada soal selidik dan modul
pengajaran untuk lima minggu serta bahan ujian.
9.1 Pentadbiran Soal Selidik
Sebelum memulakan dengan Ujian Pra, penyelidik dengan bantuan seorang guru Bahasa
Malaysia telah mentadbir Soal Selidik. Soal selidik mengandungi latar belakang responden
berkaitan faktor-faktor yang mungkin turut mempengaruhi kebolehan membaca murid-murid
dalam Bahasa Malaysia. Item-item yang terlibat dalam Soal Selidik ini boleh dikategorikan
kepada:
23
a) Jantina.
b) Tempat tinggal.
c) Kategori prasekolah .
d) Pendapatan keluarga.
Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada bahagian ini dikodkan untuk perhitungan dengan
menggunakan perisian komputer Statistical Packages For The Social Science
( SPSS ) Versi 15.0
9.2 Modul lima minggu
Kumpulan responden yang dipilih iaitu dari kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan akan menjalani akitiviti pembacaan dengan menggunakan modul pembelajaran yang
disediakan oleh penyelidik. Modul lima minggu ini merangkumi 14 konstruk yang ingin diuji
oleh pengkaji. Olahan secara berterusan selama lima minggu dijalankan kepada kedua-dua
kumpulan dengan menggunakan modul tersebut. Kumpulan eksperimen akan menjalani
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bacaan Bahasa Malaysia dengan menggunakan perisian
multimedia yang bertajuk KACEMM. Manakala kumpulan kawalan menjalani P&P dengan
modul tersebut secara biasa.
9.3 Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dijalankan untuk mendapatkan data pelajar yang tidak mahir dalam
penguasaan Bahasa Melayu. Kedua-dua kumpulan kajian diuji dengan teks bacaan yang
merangkumi 14 konstruk:
1) Keupayaan menamakan huruf vokal dan konsonan.
2) Keupayaan membaca perkataan V+KV.
24
3) Keupayaan membunyikan suku kata terbuka.
4) Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.
5) Keupayaan membaca suku kata tertutup.
6) Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.
7) Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi tertutup ‘ng’.
8) Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
9) Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi diftong.
10) Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi digraf.
11) Keupayaan membaca perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
12) Keupayaan membaca rangkai kata.
13) Keupayaan membaca ayat ringkas.
14) Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan.
Walaubagaimanapun pengkaji akan memberi fokus kepada lima konstruk yang dianggap sukar
dibaca dan faham oleh murid-murid tahun satu iaitu konstruk yang ke Tujuh, Lapan, Sembilan,
Sepuluh dan Empat Belas.( Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup ‘ng’, Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding,
Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi diftong, Keupayaan membaca
perkataan yang mengandungi digraf. Keupayaan membaca dan memahami bahan
rangsangan)
Manakala ujian Pasca juga dijalankan untuk mendapatkan data pelajar untuk mengetahui
sama ada penggunaan perisian multimedia berkesan dalam pengajaran kemahiran membaca.
Teks bacaan yang merangkumi 14 konstruk seperti ujian Pra yang sama akan digunakan dalam
25
ujian ini supaya pencapaian murid-murid dapat dikesan dengan mudah. Kumpulan eksperimen
akan menjalani olahan dengan perisian multimedia yang bertajuk KACEMM terbitan Bahagian
Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perisian ini merangkumi kaedah cepat
membaca dan menulis. Pengkaji masih memfokuskan kepada lima konstruk yang telah dipilih
sebagai sukar dibaca oleh murid. Ini kerana pengkaji ingin mengetahui perbezaan skor dalam
kelima-lima konstruk yang menunjukkan perubahan prestasi responden.
10.0 Prosedur kajian
Kajian sebenar dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:
1. pentadbiran soal-selidik dan Ujian Pra;
2. Olahan modul lima minggu (kumpulan eksperimen dengan perisian
multimedia dan kumpulan kawalan secara biasa) ;
3. Pentadbiran Ujian Pasca ;
4. Penganalisisan data
5. Interpretasi dan rumusan; dan
6. Penulisan laporan.
Penyelidik mentadbir borang soal selidik kepada 40 sampel tahun satu yang telah dipilih
sebagai sampel kajian. Pada mulanya penyelidik telah memberi satu penerangan umum kepada
sampel tentang cara menjawab soal selidik. Responden menjawab soal selidik dibawah
penyeliaan guru. Pengumpulan data bagi kumpulan kawalan telah dibuat oleh guru kelas
berkenaan. Penyelidik sendiri telah mengumpul data bagi kumpulan eksperimen.
Ujian pra dijalankan secara individu bagi setiap responden yang telah pilih untuk kajian
ini. Responden diminta untuk membacakan 5 konstruk yang telah dipilih untuk ujian ini.
26
Markah juga diberi untuk setiap konstruk tersebut. Setiap responden diberi nombor dari 1 hingga
20 bagi kumpulan eksperimen dan 1a hingga 20a bagi kumpulan kawalan. Setelah selasai Ujian
Pra responden akan melalui olahan modul selama lima minggu. Modul dan perisian (KACEMM)
tersebut digunakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam masa
lima minggu tersebut. Seterusnya Ujian Pasca dijalankan bagi kedua-kedua kumpulan tersebut.
Data dikumpul untuk proses selanjutnya.
Data kajian yang diperoleh daripada praujian dan pascaujian merupakan data nisbah
dalam bentuk skor. Oleh itu, ujian-t digunakan yang menjadikan skor min sebagai asas
pengiraan. Crowl ( 1993 ) menegaskan, ujian-t digunakan sekiranya kumpulan yang hendak
dibandingkan itu adalah dua kumpulan dan sekiranya melebihi daripada dua kumpulan beliau
menyarankan penggunaan analisis statitistik yang lain.
11.0 PENGANALISISAN DATA
Setelah segala maklumat dikumpul daripada ujian pra dan pasca pengkaji memulakan
proses untuk menganalisis data dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Pengkaji
menganalisis data dengan kaedah ini untuk melihat dengan jelas taburan, skor dan peratusan
serta markah soalan-soalan kajian ini.
27
Ujian-t juga digunakan untuk membezakan min bagi dua pembolehubah yang digunakan
dalam sesuatu kajian untuk melihat sama ada wujud perbezaan diantara satu sama lain. Secara
Khususnya Independent-samples t-test digunakan untuk menentukan sama ada terdapat
perbezaan yang signifikan dalam min bagi dua kumpulan sampel yang tidak bersandar. Ujian-t
jenis ini sesuai digunakan untuk keadaan apabila kedua-dua kumpulan sampel terdiri daripada
responden yang berlainan. (Dr.Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon 2009) . Dalam kajian ini
seramai 40 orang murid dari dua buah sekolah yang dipilih untuk menjalankan ujian ini.
11.1 Analisis Dapatan
Hasil dapatan kajian ini telah diterangkan dalam bentuk jadual dan penerangan deskriptif
oleh pengkaji. Seterusnya bahagian ini juga menjawab soalan kajian iaitu
a) Apakah prestasi pelajar dalam penggunaan perisian multimedia dalam bacaan Bahasa Malaysia di kalangan murid Sekolah Tamil?
Jadual 1:Prestasi Kumpulan Kawalan Dari Segi Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Bacaan Bahasa Melayu secara keseluruhan Pada Ujian Pra dan PascaPrestasi Pra Pasca
28
Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan
Menguasai 48 48.0 68 68.0
Tidak Menguasai 52 52.0 32 32.0
Jadual 2 menunjukkan prestasi kumpulan kawalan dari segi penggunaan perisian
multimedia dalam bacaan Bahasa Melayu secara keseluruhan. Didapati bahawa kumpulan
kawalan pada ujian pra kurang menguasai bacaan iaitu 48% sahaja secara keseluruhannya.
Manakala dalam ujian pasca kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan prestasi dalam
menguasai konstruk-konstruk bacaan. Keadaan ini dapat dilihat dalam peratus responden yang
tidak menguasai bacaan Bahasa Melayu telah berkurang kepada 32% selepas ujian pasca
dijalankan. Ini juga mungkin kerana murid tahun satu telah menjalani latihan bacaan selama lima
minggu sebelum ujian pasca dijalankan.
Jadual 3:Prestasi Kumpulan Eksperimen Dari Segi Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Bacaan Bahasa Melayu secara keseluruhan Pada Ujian Pra dan PascaPrestasi Pra Pasca Kekerapan Peratusan Kekerapan PeratusanMenguasai 37 37.0 79 79.0
Tidak Menguasai 63 63.0 21 21.0
Jadual 3 pula menunjukkan prestasi kumpulan eksperimen dalam bacaan secara
keseluruhan. Sebagaimana kumpulan kawalan kumpulan eksperimen juga mengalami keadaan
29
yang sama dalam ujian pra. Kumpulan eksperimen juga menghadapi masalah penguasaan bacaan
dalam Bahasa Malaysia . Keadaan ini dapat ditinjau dengan peratus pencapaian yang
menunjukkan hanya 37.0% pada ujian pra. Namun begitu keadaan ini telah berubah setelah
melihat peratus pencapaian responden dalam Ujian Pasca. Iaitu peratus pencapaiannya
menunjukkan 79.0%. Keputusan ini hasil daripada beberapa proses dengan menggunakan
perisian multimedia bacaan yang dilalui oleh kumpulan eksperimen ini.
Jadual 4:Prestasi kumpulan kawalan pada peringkat ujian pra dan pasca dalam membaca Lima Jenis Konstruk
ujian Pra Pasca Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan
Suku kata‘ng’Menguasai 9 45.0 1 60.0
Tidak Menguasai 11 55.0 8 40.0Vokal bergandingMenguasai 8 40 .0 14 70.0
Tidak Menguasai 12 60.0 6 30.0DiftongMenguasai 13 65.0 17 85.0
Tidak Menguasai 7 35.0 3 15.0DigrafMenguasai 9 45.0 13 65.0
Tidak Menguasai 11 55.0 7 35.0Bahan rangsanganMenguasai 9 45.0 12 60.0
Tidak Menguasai 11 55.0 8 40.0
Jadual 4 pula menunjukkan prestasi kumpulan kawalan pada peringkat ujian pra dan
pasca dalam membaca enam jenis konstruk. Didapati bahawa kumpulan kawalan menunjukkan
30
prestasi kurang menguasai dalam konstruk-konstruk seperti perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup ‘ng’, perkataan yang mengandungi vokal berganding, perkataan digraf dan bacaan
bahan rangsangan. Iaitu peratusannya dalam lingkungan 35.0% hingga 45.0% sahaja. Namun
begitu setelah melalui beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dapat meningkatkan
kemahiran membaca dalam kelima-lima konsturk tersebut. Responden dapat mencapai tahap
penguasaannya dalam lingkungan 60.0% hingga 85.0%.
Jadual 5:Prestasi kumpulan Eksperimen pada peringkat ujian pra dan pascadalam Membaca Lima Jenis Konstruk.
ujian Pra Pasca Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan
‘ng’
Menguasai 12 60.0 18 90.0 Tidak Menguasai 8 40.0 2 10.0Vokal bergandingMenguasai 9 45 .0 16 80.0
Tidak Menguasai 11 55.0 4 20.0DiftongMenguasai 9 45.0 16 80.0
Tidak Menguasai 11 55.0 4 20.0DigrafMenguasai 3 15.0 19 95.0 Tidak Menguasai 17 85.0 1 05.0Bahan rangsanganMenguasai 9 45.0 12 60.0
Tidak Menguasai 11 55.0 8 40.0
Prestasi kumpulan Eksperimen dalam kedua-dua ujian dapat dilihat dalam jadual yang
ke lima. Kumpulan eksperimen juga mengalami keadaan yang sama dalam ujian pra. Namun
begitu kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi penguasaan
31
kelima-lima konstruk tersebut dalam ujian pasca. Prestasi kumpulan Eksperimen dalam
lingkungan 60.0 hingga 90.0% daripada jumlah keseluruhan responden.
Jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan, kumpulan eksperimen menunjukkan
peningkatan peratusan yang agak tinggi dalam kelima-lima konstruk. Dalam konstruk perkataan
yang berakhir dengan suku kata ‘ng’ kumpulan eksperimen 30.0% lebih tinggi berbanding
dengan kumpulan kawalan. Manakala konstruk perkataan yang mempunyai vokal berganding
memperlihatkan kumpulan eksperimen 10.0% lebih tinggi berbanding dengan kumpulan
kawalan. Prestasi kumpulan eksperimen juga 30.0% lebih tinggi dalam konstruk perkataan
digraf berbanding dengan prestasi kumpulan kawalan. Namun begitu dalam membaca konstruk
kelima, kedua-dua kumpulan mencapai tahap yang sama dalam ujian pasca iaitu masing-masing
60.0%.
Jadual 6:Perbandingan Markah Min Kumpulan Kawalan dalam Ujian Pra dan Pasca Berpandukan konstruk.
Konstruk Ujian Min S.L Probabiliti ‘ng’ Pra 1.450 0.510 0.379 Pasca 1.600 0.503Vokal Pra 1.400 0.503 Berganding 0.010 Pasca 1.700 0.470Diftong Pra 1.650 0.489 0.042 Pasca 1.850 0.366Digraf Pra 1.450 0.510 0.042 Pasca 1.650 0.489
32
Bahan Pra 1.450 0.510 rangsangan 0.186 Pasca 1.600 0.503
Signifikan pada aras p=<0.05
Jadual 6 menunjukkan perbezaan pencapaian pada peringkat ujian pra dan ujian pasca
bagi kumpulan kawalan berdasarkan konstruk. Keputusan ujian t mendapati p > 0.05. Ini
bermakna bagi konstruk suku kata tertutup ‘ng’ dan pembacaan dengan menggunakan bahan
rangsangan tidak menunjukkkan perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan
ujian pasca bagi kumpulan kawalan.
Namun terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan ujian
pasca dalam pembacaan konstruk perkataan yang mengadungi suku kata terakhir ‘ng’, diftong,
dan digraf. kumpulan kawalan juga memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan ujian pra. Kesignifikanannya adalah pada aras 0.010 dan 0.042
masing-masing. Ini mungkin kerana kaedah tradisional guru juga berkesan dalam meningkatkan
prestasi pembacaan kumpulan kawalan.
Jadual 7:Perbandingan Markah Min Kumpulan Eksperimen dalam Ujian Pra dan Pasca Berpandukan konstruk.
Konstruk Ujian Min S.L ProbabilitiSuku Kata Pra 1.600 0.503 Tertutup ‘ng’ 0.010 Pasca 1.900 0.308Vokal Pra 1.450 0.510Berganding 0.005 Pasca 1.800 0.410Diftong Pra 1.450 0.510 0.005 Pasca 1.800 0.410Digraf Pra 1.150 0.366 0.000 Pasca 1.950 0 .223
33
Bahan Pra 1.200 0.410rangsangan 0.010 Pasca 1.500 0.513
Signifikan pada aras p=<0.050
Jadual 7 pula menunjukkan perbandingan markat min kumpulan eksperimen dalam ujian
pra dan pasca berpandukan konstruk. Keputusan ujian t adalah pada aras < 0.05. Kumpulan
eksperimen pula mencapai prestasi yang baik dalam pembacaan kelima-lima konstruk yang
dipaparkan dalam jadual di atas. Iaitu kesignifikanannya pada aras 0.000 hingga 0.050. Ini
bermakna terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan pembacaan pada ujian pra dan
pasca dalam kalangan kumpulan eksperimen. Murid dalam kumpulan eksperimen memperoleh
min ujian pasca yang lebih tinggi dalam kelima-lima konstruk berbanding dengan murid
kumpulan kawalan. Ini mungkin kerana penggunaan perisian multimedia dapat menarik minat
murid untuk membaca dengan baik.
Jadual 8:Perbandingan Markah Pembacaan Konstruk antara Kumpulan kawalan dan Kumpulan Eksperimen.
Perbandingan Konstruk Min S.P Probabiliti‘ng’ Dalam Ujian Pra -0.150 0.745 0.379Dalam Ujian Pasca -0.500 0.513 0.000
Vokal BergandingDalam Ujian Pra -0.050 0.944 0.815Dalam Ujian Pasca -0.100 0.641 0.494
DiftongDalam Ujian Pra 0.200 0.833 0.297Dalam Ujian Pasca 0.050 0.510 0.666
Digraf
34
Dalam Ujian Pra 0.300 0.733 0.083Dalam Ujian Pasca -0.300 0.470 -2.854
Bahan rangsanganDalam Ujian Pra 0.256 0.786 0.171Dalam Ujian Pasca 0.100 0.852 0.606
Signifikan pada aras p=<0.050
Keputusan perbandingan dalam jadual 8 menunjukkan perbezaan min yang diperolehi dalam
ujian pra dan ujian pasca bagi pembacaan konstruk dengan menggunakan kaedah tradisional
dan kaedah multimedia. Berdasarkan catatan min di atas, ujian-t digunakan untuk melihat
perbandingan min bagi kelima-lima konstruk.
Hasil analisis mendapati catatan skor praujian bagi pembacaan perkataan yang berakhir
dengan ‘ng’ antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen ialah nilai min = -0.150,
Sisihan Piawai = 0.745 manakala probabilitinya ialah 0.379 dalam ujian pra. Dalam ujian pasca
pula dicatat min=-0.500, Sisihan Piawai= 0.513 manakala kesignifikanannya ialah 0.000 bagi
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ini bererti bahawa terdapat perubahan yang baik
dalam pembacaan konstruk tersebut. Bagi konstruk Vokal Berganding pula nilai minnya ialah -
0.050 , sisihan piawai =0.944 manakala probabilitinya 0.815 bagi ujian pra. Dalam ujian pasca
pula min = -0.100, sisihan piawai dan nilai t bagi pembacaan konstruk ialah, sisihan piawai =
0.641 dan probabilitinya lebih dari tahap kesignifikanan. Gambaran awal menunjukkan kaedah
mutimedia mencatat catatan min lebih tinggi berbanding kaedah tradisional. Namun keadaannya
berubah dalam pembacaan konstruk-konstruk lain.
Keputusan mendapati bahawa skor Pasca ujian bagi pembacaan konstruk perkataan
yang mempunyai diftong ialah 0.297 iaitu p <0.05. Justeru itu, tidak terdapat perbezaan yang
singnifikan dari segi penguasaan pembacaan perkataan diftong. Namun begitu kebolehan
membaca perkataan digraf telah mencapai peningkatan dalam ujian pasca. Ini kerana p<0.05
35
tetapi konstruk ini mencapai pada tahap -2.854. Pembacaan bahan rangsangan pula
memperlihatkan min=0.256 bagi ujian pra dan min=0.100 dalam ujian pasca. Namun tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam kedua-dua ujian. Walaubagaimanapun perkataan yang
berakhir dengan ‘ng’, vokal berganding dan digraf, antara ujian pra dan ujian pasca mempunyai
peningkatan dalam pencapaiannya. Ini menunjukkan hipotesis nul (Ho1) ditolak. Oleh itu
terdapat kesan positif dengan kaedah penggunaan perisian multimedia bagi pembacaan Bahasa
Melayu.
Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa kaedah penggunaan perisian multimedia lebih
berkesan terhadap pembacaan Bahasa Malaysia. Ini menjelaskan bahawa kaedah multimedia
lebih berkesan daripada kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan pembacaan murid-
murid.
Rumusan
Hasil daripada penganalisaan data menggunakan perisian SPSS, jelas menunjukkan
terdapat peningkatan dalam membaca beberapa konstruk antara kaedah multimedia dengan
kaedah tradisional. Statistik deskriptif yang membandingkan min skor dan sisihan piawai ujian
pra dan ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen menunjukkan terdapat
peningkatan dalam bacaan beberapa konstruk. Statistik inferen ujian-t dua hala juga
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara peningkatan kemahiran kedua-dua
36
kaedah yang digunakan. Justeru itu, jelaslah menunjukkan bahawa kaedah multimedia juga
berkesan terhadap penguasaan dan peningkatan dalam menguasai pembacaan Bahasa Malaysia.
12.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
12.1 Keberkesanan Penggunaan Kaedah Multimedia
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan kemahiran membaca
selepas lima minggu latihan dijalankan. Kaedah multimedia memperlihatkan peningkatan
berbanding kaedah tradisional.
Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan dalam pembacaan
kumpulan eksperimen adalah positif, walaupun peratus peningkatannya tidak begitu tinggi
berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa bacaan dengan menggunakan
kaedah multimedia yang merangkumi komputer atau laptop, speaker, skrin dan LCD amat
berkesan terhadap peningkatan prestasi penguasaan berbanding kaedah tradisonal . Walaupun
kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tetapi tidak begitu signifikan dalam
peningkatan kebolehan membaca yang dengan menggunakan kaedah multimedia, namun perlu
juga dipertimbangkan mengenai persampelan, pengujian dan faktor-faktor lain yang timbul tanpa
diduga.
12.2 Cadangan
37
Hasil daripada kajian ini, didapati terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki bagi
mendapati kualiti kajian yang tinggi, sistematik dan berkesan ke atas peningkatan tahap
penguasaan kemahiran baca .
Kajian ini melibatkan sampel yang kecil dan terhad kepada murid tahun 1 sekolah tamil
sahaja. Untuk mendapatkan kualiti kajian yang tinggi adalah dicadangkan bilangan sampel
ditambah dan dipilih dari beberapa buah sekolah yang lain. Pengkaji juga menyarankan beberapa
cadangan yang boleh dilakukan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, pihak sekolah dan pihak
pendidik.
12.3 Cadangan Kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
Kajian ini dapat memaparkan bahawa kemahiran membaca dalam kalangan muri-murid
dapat ditingkatkan dengan penggunaan perisian multimedia dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu pengkaji ingin mencadangkan bahawa pihak Bahagian Teknologi
Pendidikan perlu sentiasa mencipta perisian untuk setiap tahap murid supaya murid-murid
sekolah tamil dapat menggunakannya dalam meningkatkan kebolehan membaca Bahasa
Malaysia. Penciptaan perisian ini perlu juga berpandukan kepada topik-topik yang telah
bahagiakn kepada setiap tahap.
12.4 Cadangan Kepada Pihak Sekolah dan Warga Pendidik.
Pihak sekolah perlu memastikan kemudahan teknikal dalan bilik darjah dalam keadaan
sedia ada. Pihak sekolah perlu juga pastikan bahawa guru tidak mengambil masa yang lama
untuk memasang atau mengoperasi komputer. Disamping itu masa pengajaran dengan
38
menggunakan multimedia perlu diperbanyakkan supaya murid-murid dapat menikmati
kemudahan teknologi multimedia.
Prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan
komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru. Masih banyak ruang kosong yang mampu
diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi dimana ilmu boleh didapati hanya di
hujung jari sahaja. Penggunaan perisian komputer dan lain-lain kemudahan multimedia diyakini
dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting
iaitu self access, self faced, self directed.
Guru juga perlu memperbanyakkan masa penggunaan kemudahan multimedia dalam
bilik darjah dan bahagikan masa dengan serata untuk pengajaran secara penggunaan perisian
multimedia. Penggunaan perisian multimedia ini adalah sebagai langkah mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Aktiviti bacaan perlu diamalkan dan praktiskan pada setiap hari supaya
murid membaca dengan lancar seiringan dengan memahami kandungan pembacaan mereka.
Para guru haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan
pembelajaran berbantukan multimedia. Guru-guru tidak hanya mengharapkan kepada perisian
yang sedia ada malah mampu membina sendiri perisian multimedia seperti Macromedia
Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi membantu murid dapat menguasai
kebolehan bacaan.
13.0 KESIMPULAN
Dapatan kajian mendapati bahawa pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan
perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain
39
pengajaran tradisional. Teknologi multimedia adalah teknik untuk menarik minat murid
disamping memotivasikan mereka. Walaupun bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak
boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai cara menarik minat murid untuk
membaca dengan lebih baik.
Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dipelajari oleh
murid-murid. Penguasaan kemahiran ini tidak menjadi kenyataan jika murid-murid dilatih dan
didedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran bacaan. Dalam keadaan ini guru memainkan
peranan yang penting untuk meningkatkan tahap penguasaan pembacaan. Maka seseorang guru
yang berkualiti haruslah membuat perubahan paradigma. Warga pendidik juga perlu mengubah
konsep pemikiran mereka dari segi cara pengajaran yang lama kepada terbaru. Kaedah
pengajaran chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar
menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projector LCD, computer dan persembahan
power point
Akhirnya walaupun prestasi murid dalam penguasaan kemahiran membaca pada mulanya
pada tahap sederhana dan lemah namun jika teknik pengajaran yang berkesan digunakan tidak
hairan juga prestasi murid dalam penguasaan pembacaan dapat meningkatkan. Kaedah
pengajaran dengan perisian multimedia dapat diterima oleh semua murid tidak kira di mana
mereka belajar mahupun dari segi latar belakang mereka. Selain itu komitmen guru itu sendiri
untuk meningkatkan prestasi penguasaan pembcaan murid-murid tahun satu.
14.0 RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Arba’ie Sujud (2001). Intergrasi Media, pengajaran bahasa dansastera. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Awang Mohamad Amin (1990). Satu kajian Khusus Penguasaan Bahasa MalaysiaPeringkat Sekolah Menengah. KPM. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.
40
Azman Wan Chik (1986). Mengajar bahasa Malaysia: Perkaedahan jilid 1. KualaLumpur. KPM. DBP.
Cecil D. Mercer, (1989). Teaching students with learning Problem,Columbus: Merril Pub.co.
Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Statistik Pe.nyelidikan. Kuala Lumpur. Mcgraw Hill(Malaysia) Sdn. Bhd.
Diane M. Gayeski (1993). Multimedia for learning: Development application,evaluation. New Jersey. Educational Technology Publications.
Dick W. & Carey L.(1996). The systematic design of instruction . New York. Haper Collins College Publisher.
Dr. Iskandar (1970). Kamus Dewan. Kuala Lumpur. KPM, DBP.
Dr. Y.K. Sing (2007). Multimedia in Education. New Dehli. Shree Publisher & distributors.
Heinich.P (1996). Instructional media and the new technologies of instructions. New York. Macmillan Publishing House.
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_bahasa_melayu.htm.
J.Charles Alderson (2000). Assessing Reading. United Kingdom. Cambridge university press.
Jack. R. Frannkel, Norman E. Wallen (2008). How to design on evaluate research ineducation. New York. Mcgraw Hill International Edition.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Pengenalan kepada multimedia. Batu Caves. Venton Publishing.
John Alaxander Waterworth (1992). Multimedia interaction with computers: Human factor issues. U.K. Ellis Horwood.
John Mcgovan (1983). Video applications in English language Teaching. Jordan. Pengamon Press British council.
Johnson B. & Christensen L. (2000). Educational research quantitative and qualitativeapproaches. Needham Heights M.A. A Pearson Education Company.
Kantrowitz dan Wingert (1989). Learning Disabilities. LDA. U.S.A.
41
Katherine Maria (1990). Reading comprehension instruction: Issues & Strategies. New York. York Press.
Kennedy Eddie (1981). Methods in Teaching developmental reading. Illionois. F.EPeocock Publisher. Inc.
Kerupanna.P (2000). Keberkesanan penggunaan bahan multimedia dalam pembelajaranPendidikan moral di kalangan pelajar tingkatan lima di Sekolah KebangsaanVivekananda. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.
Lee Shok Mee (1997). Teori dan Aplikasi Psikologi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Strategi PerancangandanPelaksanaan. Kuala Lumpur. Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman kearah kemantapan pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur. DBP.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. UniversitiTeknologiMalaysia. Skudai.
Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah Rendah. Subang Jaya.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Raminah Hj. Sabran& Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. KualaLumpur. Fajar Bakti.
Robert Heinich. James d. Russell, Michael Molenda (1993). Instructional Media andTechnologies for Learning. New York. Macmillan Pu. Co
Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Sally Rings (1994). The Role of Computer technology in Teaching Critical Reading. Journal of computer technology
Smith R.J & Johnson D.D (1980). Teaching Young Children to read. California.AddisonWesley Pub.Co.
Suhaimi Ibrahim, Wan Mohd. Nasir Wan Kadir, Paridah Samsuri, Rozinah Mohamad,
Susan W. Haugland & June L. Wright (1997). Young children and technology : A world of Discovery. U.S.A. Allyn and Bacon.
42
Susan W. Houghland & June L. Wright (1997). Young children and technology: A world of discovery. U.S.A. Allyn and Bacon.
Tony Feldman (1997). An Introduction to digital media. London. Routledge.
Tunku Mohani Tunku Mokhtar (1994). Integrasi Pembacaan dan Penulisan dalampengajaran bahasa. Jurnal Pendidikan Jilid (18, m/s 113-124) Fakulti PendidikanUniversiti Malaya.
Victoria Fromkin & Robert Rodman (1998). An introduction to language. UK:CambridgeUniversity Press.
Victoria Fromkin and Robert Rodman (1988). An Introduction to Language. California:Amozon Publication.
Vivi Lachs (penterjemah Muhamad Asyraf Mustaffa) (2004). Multimedia di dalamDarjah. Kuala Lumpur. Institusi Terjemahan Negara Malaysia Bhd.
Walter Dick & Robert A Reiser (1994). Merancang Pengajaran yang efektif PulauPinang. USM.
Zahner J.E , Reiser R.A, Dick W and Gill.B (1992) .Evaluating Instructional Software aSimplified Model. Educational Technology Research and Development. 55-62.
Zaidatun Tasir, Mohd Salleh Abu (2003). Analisis data Berkomputer SPSS ver.5 forwindows. Kuala Lumpur. Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim, Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim, Rahman Sukor Abd. Samad (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Shah Alam. Arah publications. Zoraini Wati Abas (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
43