(1) KATEGORI SASARAN (TARGET)
NAMA PERMAINAN : BALUNG
BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa
ALATAN : 3 skital besar, 15 gelung rotan,
CARA DAN PERATURAN PERMAINAN:
1. Ketiga-tiga pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan ( sila rujuk rajah)
2. Setiap pemain dibekalkan 5 gelung rotan.
3. Pemain mestilah melontarkan kesemua gelung rotan ke dalam skital yang
diletakkan.
4. Pemain yang dapat memasukkan kelima-lima gelung rotan ke dalam skital dan
paling cepat menyudahkan kesemuanya akan dikira sebagai pemenang.
5. Permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang dengan 3 orang peserta yang
seterusnya.
CARA PEMARKAHAN:
Setiap gelung yang dapat dimasukkan ke dalam skital akan diberi markah 10
mata.
Jika gelung tersasar daripada skital peserta tidak akan mendapat sebarang
markah.
Pemain yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.