PROGRAM PEMBANGUNAN
KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
( UNIT BERUNIFORM )
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA SEKOLAH
MOHD HISHAM BIN A RAHIM SK TAMAN TUN AMINAH 1
SHAHRULNIZAM BIN OTHMAN SK TAMAN CEMPAKA
CHIN SIEW FAH SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
MOHD FAUZAN BIN MAHAZIR SMK TAMAN SUTERA
MAZLINA BT ABU BAKAR SK TAMAN UNIVERSITI 1
CATHERIN JINOLIS SJKC PING MING
NELSON LLAMES SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN
NORZILA BT MD ESA SK TAMAN TUN AMINAH 1
NORYATI BT HUSSAIN SK TAMAN TUN AMINAH 1
NUR IZZATY BT KHALIL SMK TASEK UTARA 2
MOHD REFFANDI BIN ARIFFIN SK (P) BANDAR TINGGI
MOHD FITRI ZAMMI BIN MUSTAFA SMK TASEK UTARA 2
HAZIM BIN HARUN SK TAMAN TUN AMINAH 1
PENDAHULUAN
Agoonoree adalah istilah untuk menggambarkan sebuah kem bagi kanak-kanak dan
remaja dengan keperluan khas. Pengakap pendidikan khas ditubuhkan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas yang bermasalah dari segi penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran.
Pengakap berkeperluan khas tersebut mungkin tidak dapat berjalan atau bergerak
bebas. Ada di antara mereka yang tidak dapat berkomunikasi serta kita boleh atau berfikir
dengan mudah seperti yang kita lakukan. Sebahagian daripada mereka mungkin tidak
mempunyai peluang untuk menyertai kegiatan pengakap dan pertemuan rutin seperti yang
biasanya dilakukan oleh pengakap aliran perdana. dengan sebab tersebut maka pengakap
pendidikan khas diwujudkan untuk membantu mereka menyertai aktiviti-aktiviti di dalam
badan beruniform terutamanya pengakap.
Lantaran itu, dari sudut kemahiran dan sukatan pelajaran adalah bersesuaian dengan
tahap dan keperluan pengakap pendidikan khas.
MISI
i. Membina satu pasukan kepimpinan yang bersepadu, komited dan teguh di peringkat
negeri dengan mendukung prinsip berpengakap kerana minat dan semangat terhadap
hak dan keperluan murid-murid berkeperluan khas.
ii. Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak dan agensi-agensi lain bagi menjayakan
program secara perkongsian pintar untuk memantapkan imej pergerakan pengakap
pendidikan khas di daerah Johor Bahru khasnya dan di Negeri Johor amnya.
iii. Menggerakkan usaha mempromosikan pergerakan pengakap pendidikan khas sebagai
satu pertubuhan pelengkap untuk menjayakan usaha-usaha pembinaan sahsiah ahli dan
pembangunan modal insan murid berkeperluan khas.
iv. Menonjolkan imej pengakap pendidikan khas yang beridentiti melalui program dan
aktiviti yang memberi impak langsung kepada ahli-ahlinya.
v. Mempertingkatkan bilangan kumpulan dan ahli berdaftar yang aktif di seluruh negeri
serta membina jati diri yang kuat bagi menghadapi persaingan semasa untuk melahirkan
seramai mungkin ahli pengakap pendidikan khas di Johor Bahru.
vi. Meningkatkan kemahiran dari aspek fizikal, sosial, spiritual dan mental berdasarkan
falsafah pendidikan khas, persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap.
VISI
Menggembelingkan segala usaha seluruh peringkat kepengakapan ke arah menjadikan
Pergerakan Pengakap Pendidikan Khas satu penubuhan beruniform yang aktif dan progresif
serta dapat menyumbang ke arah melahirkan generasi muda berkeperluan khas yang cergas,
berdisplin dan berimu selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan negeri Johor.
MOTTO
"KEKURANGAN BUKAN BERERTI HALANGAN"
OBJEKTIF
Dengan adanya persatuan pengakap pendidikan khas, diharapkan murid-murid berkeperluan
khas dapat :
1. Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
2. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
3. Memupuk pemikiran yang kreatif dan kritis.
4. Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan
5. Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
6. Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
7. Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di Sekolah
8. Melahirkan insan yang boleh berdikari di dalam masyarakat.
9. Membentuk jati diri yang positif
10. Berkemahiran di dalam pelbagai bidang
MATLAMAT
Matlamat utama penubuhan Pengakap Pendidikan Khas adalah untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Khas. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
1. Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi
muda.
2. Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar.
3. Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan
formal.
4. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan
kemasyarakatan di kalangan pelajar.
5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan
menyeronokkan.
6. Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani,
rohani dan emosi.
7. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
8. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja berpengakap.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam penubuhan Pengakap Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada 3
kategori utama iaitu:
Masalah Pembelajaran Masalah Penglihatan Masalah Pendengaran
Sindrom Down Ringan Ringan
Autisme Sederhana Sederhana
Cerebral Palsy Teruk Teruk
Disleksia Multiple Multiple
Hiperaktif
Slow Leaner
Mental Retardation
STRATEGI PELAKSANAAN
Strategi Pelaksanaan Persatuan Pengakap Pendidikan Khas ialah:
1. Melibatkan semua pelajar secara aktif samada secara individu atau berkumpulan dalam
semua bidang kokurikulum dan khidmat sekolah serta masyarakat.
2. Merancang kokurikulum dengan teliti dengan menggunakan Management by Objective
(MBO).
3. Mencatat semua gerak kerja kokurikulum dan kemajuan yang telah dicapai atau dijalankan.
4. Memberi penghargaan kepada pelajar yang terlibat seperti surat penghargaan,
penganugerahan tokoh pelajar aktif kokurikulum, majlis penyampaian sijil dan sebagainya.
5. Melibatkan PIBG, masyarakat setempat dan agensi luar, terutama bagi memberi sokongan,
latihan dan kewangan.
6. Berusaha mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti Persatuan Pengakap
Pendidikan Khas samada dibeli atau melalui sumbangan daripada pihak luar.
7. Mewujudkan atau mengemaskan sistem Persatuan pengakap Pendidikan Khas dan
mengadakan jadual tahunan kegiatan yang tersusun rapi.
8. Mengadakan aktiviti yang boleh disertai oleh ramai pelajar seperti perkhemahan, kegiatan
kemasyarakatan, rekreasi, lawatan dan sebagainya.
9. Menghantar guru mengikuti kursus dan latihan dalam kegiatan kepengakapan.
SASARAN PERLAKSANAAN
Tahun Pertama
1. Pendaftaran murid-murid dan guru di dalam Persatuan Pengakap Malaysia.
2. Menyertai Kursus Pengenalan dan Manikayu 1 bagi pemimpin.
3. Merangka sukatan kemahiran pengakap pendidikan khas.
4. Mengadakan perkhemahan Agoonoree peringkat daerah.
5. Kursus Pemantapan Kepemimpinan bagi pemimpin pengakap pendidikan khas secara
dalaman.
6. Mengaplikasikan sukatan Pengakap Pendidikan Khas di peringkat sekolah.
7. Menghadiri sesi berdialog berkenaan Agoonoree di “Asian Pacific Region”.
8. Menyertai Kursus Manikayu Peringkat 3(a) dan 3(b).
Tahun Kedua
1. Menganjurkan perkhemahan yang berfokus kepada kategori kanak-kanak bekeperluan
khas.
2. Menganjurkan perkhemahan Agoonoree yang kedua.
3. Mengadakan lawatan ke Singapura.
4. Menjalinkan hubungan 2 hala Pengakap Pendidikan Khas Malaysia dan Singapura.
5. Mengadakan program yang berkaitan dengan kemasyarakatan.
6. Menganjurkan perjumpaan dengan kumpulan pengakap pendidikan khas peringkat negeri.
7. Melaksanakan Ujian Lencana untuk Pengakap Pendidikan Khas.
8. Menyertai Kursus Manikayu 4 untuk pemimpin Pengakap Pendidikan Khas.
9. Mengadakan Pertandingan Mewarna kategori Sindrom Down anjuran Pengakap Pendidikan
Khas.
Tahun Ketiga
1. Menganjurkan perkhemahan khusus untuk pengakap kategori Cerebral Palsy dan Sindrom
Down.
2. Menganjurkan perkhemahan Agoonoree peringkat negeri.
3. Menganjurkan kursus sukatan Pengakap Pendidikan Khas peringkat kebangsaan.
4. Mewujudkan Jawatankuasa Pengakap Pendidikan Khas peringkat kebangsaan.
5. Menganjurkan perkhemahan Agoonoree peringkat kebangsaan.
6. Lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Perak.
ANALISIS SWOT PEMBANGUNAN KO KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
KEKUATAN
1. Membangun dan memantapkan unit beruniform dalam ko kurikulum untuk pendidikan khas.
2. Sokongan dari jurulatih bertauliah Persekutuan Pengakap Malaysia khususnya Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru (Scouts JB)
3. Sokongan yang tidak berbelah bagi dan padu dari Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru.
4. Sokongan dan kerjasama ibubapa untuk membenarkan anak-anak menyertai aktiviti unit beruniform .
5. Agoonoree merupakan aktiviti unit beruniform yang menyeronokkan dan mampu menarik minat semua murid pendidikan khas jika diberi peluang.
6.
KELEMAHAN
1. Kekurangan aktiviti khusus untuk murid berkeperluan khas menghalang penglibatan murid pendidikan khas dalam unit beruniform.
2. Pelantikan guru pendidikan khas sebagai guru penasihat unit beruniform aliran perdana telah menyebabkan murid pendidikan khas tidak mendapat hak yang sewajarnya dalam gerak kerja ko kurikulum.
3. Kekurangan jurulatih bertauliah untuk melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan murid.
PELUANG
1. Meningkatkan potensi diri murid-murid berkeperluan khas.
2. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang amalan bekerja secara sepasukan dan semangat setia kawan melalui aktiviti yang dilaksanakan.
3. Memberi pengalaman baru dengan persekitaran yang dialami sendiri supaya murid dapat membuat penyesuaian dan keputusan yang betul dan tepat.
4. Melahirkan murid yang berketrampilan dalam kepimpinan, sifat cintakan negara serta mampu mengawal sahsiah dalam semua keadaan dan suasana.
5. Meningkatkan pengetahuan kognittif, minat yang efektif dan kemahiran psikomotor untuk melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan asas perkhemahan.
6. Membolehkan murid meningkatkan pelbagai kemahiran dan belajar untuk
ANCAMAN
1. Kesediaan guru untuk belajar dan melaksanakan aktiviti dalam unit beruniform.
2. Peruntukan kewangan yang agak terhad.3. Penggunaan sukatan pengajaran dan
pembelajaran dalam pengakap yang kurang sesuai dengan pendidikan khas.
berdikari. 7. Memberikan peluang untuk menerap
nilai-nilai murni daripada setiap aktiviti yang disertai.
LAPORAN PROJEK RINTIS PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS
( SCOUTSJB AGOONOREE 2010 )
TARIKH:
28 - 29 April 2010
TEMPAT:
HUTAN BANDAR JOHOR BAHRU
PERASMI:
TN. HJ YAACOB B. HJ ABD KARIM
PESURUHJAYA NEGERI JOHOR
TN. HJ AMINUDIN B. ADAM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU
PENDAHULUAN
Kem Agoonoree ini telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila pertama kalinya diadakan di Malaysia
oleh Pengakap Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru. Ia merupakan gabungan usaha daripada Scouts
Johor Bahru dan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru.
Usaha ini bertujuan bagi memupuk minat berpesatuan dikalangan murid-murid bekeperluan khas
yang selama ini kekurangan aktiviti luar bagi membantu mereka mempelajarinya dengan memperoleh
pengalaman daripadanya.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini juga dirangka berlandaskan keperluan murid-murid
bekeperluan khas Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Penglihatan dan Bermasalah Pendengaran
agar mereka dapat menerima ilmu tersebut dengan lebih mudah.
Usaha ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa hadapan agar murid-murid bekeperluan khas
ini dapat bergerak seiring dengan murid aliran perdana selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas.
OBJEKTIF PROGRAM
Program ini mensasarkan supaya peserta dapat mengenali potensi diri masing-
masing sejajar dengan sumber modal insan yang boleh menyumbang kepada
prestasi dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
pada masa hadapan.
Memastikan seramai 200 orang murid Pendidikan Khas memperoleh Lencana
Keahlian pada setiap tahun.
Mensasarkan 100 orang orang murid Pendidikan Khas memperoleh Lencana Wajib
pada setiap tahun.
TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA : RABU, 28 APRIL 2010
0800 : PENDAFTARAN
0830 : MENDIRIKAN KHEMAH
0900 : PERASMIAN OLEH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU
TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ADAM
1000 : MINUM PAGI
1020 : CREATIVE STATION - SESI 1
1105 : CREATIVE STATION - SESI 2
1150 : CREATIVE STATION - SESI 3
1235 : REHAT / SOLAT
1330 : CREATIVE STATION - SESI 4
1415 : CREATIVE STATION - SESI 5
1500 : CREATIVE STATION - SESI 6
1545 : GUA ANGIN
1715 : MINUM PETANG / SOLAT
1745 : PERSEDIAAN MALAM KEBUDAYAAN
1830 : MAKAN MALAM / URUS DIRI /
SOLAT / KULIAH MAGHRIB
2030 : MALAM KEBUDAYAAN
2200 : BURUNG HANTU (NIGHT GAME )
2300 : MINUM MALAM
HARI KEDUA: KHAMIS, 29 APRIL 2010
0600 : URUS DIRI / SOLAT
0700 : SENAMAN PAGI
0730 : LAUNG AGUNG / ISTIADAT BENDERA
0800 : PAKAIAN BERAGAM DARI BAHAN HUTAN
0915 : MEMANJAT CERUN
1030 : MINUM PAGI
1100 : MASAKAN RIMBA
1230 : GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN
1300 : PERASMIAN PENUTUP OLEH
TN. HJ YAACOB B. HJ ABD KARIM
PESURUHJAYA NEGERI JOHOR
*CATATAN
STATION 1 LAUNG AGUNG
STATION 2 SEJARAH PENGAKAP
STATION 3 UNDANG-UNDANG / PERSETIAAN PENGAKAP
STATION 4 PERMAINAN PENGAKAP (KIM GAMES)
STATION 5 KAWAT KAKI
STATION 6 PERMAINAN KOOPERATIF
JAWATANKUASA INDUK
EN. MOHD KHAIRI BIN JAILANI
Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 – Director/ Financial / Sponsorship
EN. AFZAINIZAM BIN AHMAD
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Latihan
EN. MOHD HAFIZ BIN ARIFFIN
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Program
EN. JAYAKANTHAN M. LACHMANAN
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Pengurusan
EN. TAJULARIF BIN IBRAHIM
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Portfolio / Profil
EN. ZALINI BIN JOHARI
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Sumber Dewasa
EN. NG CHENG TONG
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Membership Growth
EN. MOHD SANI BIN MD HASSAN
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Zon Johor Bahru
EN. AZMI BIN YUSOF
Pen. Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
G9 - Zone Pasir Gudang
JAWATANKUASA KERJA
Penaung : EN. SULIMAN B. KAMSOR
Pengerusi Program : EN. MOHD HISHAM B. A RAHIM
Setiausaha Program : PN. MAZLINA BT ABU BAKAR
Bendahari Program : CIK CHIN SIEW FAH
Protokol / Sambutan :
EN. MOHD HISHAM B A RAHIM
EN. SHAHRUL NIZAM B OTHMAN
Pengacara Majlis :
EN. MOHD FITRI ZAMMI BIN MUSTAFA
PN. ZARINA BINTI HJ. NORLAH
EN. RAHIMAN B. JUMAT
EN. HASSAN B AHMAD
Keselamatan :
EN. HASSAN B AHMAD
PN. UMMU BALKHIS BT MOHD TAIB
EN. MOHD HAFIS BIN HAMAD HAZAM
Kebajikan :
PN. SITI HOTIMATUL KHUSNA BT AHMAD SHAHIDON
CIK SHAZLIN BT. MOHD. JABAR
PA Sistem :
EN. NORIZAL B. MOHD ZAINAL
EN. HAZIM B. HARUN
Makanan :
CIK AZILAH BT. MD NOOR
PN. MAZLINA BT. ABU BAKAR
CIK NORZILA BT. MD ESA
PN. NORYATI BT. HUSSAIN
CIK CHIN SIEW FAH
PN. HAMIMAH BT. A. KADIR
PN. SAE’DAH BT. YASINAN
EN. MOHD HISHAM B. A. RAHIM
EN. MOHD AZHAMSAH B. MOHD ZAHAR
CIK AZIZAH BT. ISMAIL
Kebersihan :
EN. MOHAMAD HAIRIT B. BAKAR
PN. DZAITUNADIA BT MUSLIM
Penggambaran :
EN. HAZIM B. HARUN
EN. MOHD FITRI ZAMMI BIN MUSTAFA
AJK Station :
Ketua : EN. SHARULNIZAM B. OTHMAN
Station 1:
PN. MASDIANA BT. OTHMAN
PN. RAJA SYAIRANI BT. RAJA SOH
EN. MOHD. HISHAM B. MOHD NOR
Station 2 :
EN. NELSON LLAMES
EN. RAHIMAN BIN JUMAT
Station 3 :
EN. SHARULNIZAM B. OTHMAN
EN. ABDUL MANAP BIN SERIMAN
Station 4 :
PN. SITI SHAHNOM BT. RAHEM
PN. LIYANA BT. ABDUL HAMID
Station 5 :
EN. MOHD REFFANDI BIN ARIFFIN
EN. MOHD FAUZAN BIN MAHAZIR
Station 6 :
PN. CATHERINE JINOLIS
CIK JOEI ONG SUK MEI
Fasilitator :
PN. NORZILAH BT. ABD. KADIR
PN. NORALIZA BT. MOHAMAD
PN. NORZAIHAN BTE ABD JALAL @ ZAINI
PN. NADASOFA BINTI RAFIAI
PN. KAMALIAH BT. ALI
PN. ZARINA BT. HJ NORLAH
AJK Merempuh Halangan :
EN. WAN AHMAD DANIAL B.
EN. MOHD FAUZAN BIN MAHAZIR
(SEMUA FASILITATOR)
AJK Malam Kebudayaan :
EN. MOHD FITRI ZAMMI BIN MUSTAFA
CIK NUR IZZATY BINTI KHALIL
AJK Night Game :
EN. MOHD REFFANDI BIN ARIFFIN
PN. NEZELYNN SURAYA BINTI MOHAMED
AJK Pakaian Beragam :
EN. NELSON LLAMES
PN. HASLINA BINTI JAAFAR
AJK Permainan Kreatif:
PN. CATHERINE JINOLIS
CIK JOEI ONG SUK MEI
Penghargaan
SALAM PENGAKAP DAN SALAM 1 MALAYSIA,
JAWATANKUASA SCOUTS JB AGOONOREE MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA:
TN. HJ. YAACOB B. HJ ABD KARIM
Pesuruhjaya Negeri Johor
SERTA WARGA PPM NEGERI JOHOR
TN. HJ. AMINUDIN B. ADAM,
Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru
SERTA WARGA PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH JOHOR BAHRU
EN. MOHD KHAIRI BIN JAILANI
Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru
SERTA WARGA SCOUTS JB
EN. SULIMAN B. KAMSOR
Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru
SERTA SEMUA WARGA PENDIDIKAN KHAS
DAERAH JOHOR BAHRU
SERTA ORANG PERSEORANGAN YANG MEMBANTU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.
LAPORAN PERLAKSANAAN
Hari pertama (28 april 2010)
Perkhemahan Agoonoree peringkat Daerah Johor Bahru adalah perkhemahan murid
bekerpeluan khas peringkat daerah yang pertama di malaysia di bawah kelolaan Persekutuan
Pengakap Malaysia. Pada 28 april 2010 hingga 29 april 2010, Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Johor Bahru (Scoutsjb) dengan kerjasama PPD Johor Bahru mengadakan perkhemahan
Scoutsjb Argoonoree 2010 peringkat daerah. Seramai 121 murid dan 48 guru dari 7 buah
sekolah menengah dan 17 buah sekolah rendah daerah johor bahru yang menyertai
perkhemahan tersebut dan dibantu oleh Scoutsjb .
Pendaftaan bermula seawal 8.00 pagi pada hari pertama. Peserta yang mendaftar akan
dilakukan saringan kesihatan dimana peserta yang deman atau kurang sihat tidak dibenarkan
menyertai perkhemahan tersebut kerana mengelakkan pengularan wabak H1N1 bagi menjamin
kesihatan peserta lain.
Setelah selesai pendaftran, guru dan peserta melakukan aktiviti pertama pemasangan
khemah, dimana guru menerangkan cara-cara pemasangan khemah yang betul kepada para
peserta perkhemahan. Selesai pemasangan khemah para peserta berkumpul untuk majlis
perasmian yang dirasmikan oleh wakil rasmi PPD Johor Bahru, En. Hashim b. A. Rahman
Penyelia kokurikulum PPD Johor Bahru.
Selesai majlis perasmian, peserta berehat dan minum pagi pada pukul 12.40 tengahari
sebelum meneruskan aktiviti ke 2. Pada pukul 2.30 petang. Aktiviti seterusnya dijalankan
selepas peserta selesai menunaikan solat zohor bagi yang beragama islam manakala bagi bukan
beragama islam, menghadiri kuliah moral. Aktiviti diteruskan dengan creative station dimana
peserta akan bergerak dalam bentuk kumpulan ke 6 stesen yang berbeza. Setiap stesen
dikendalikan oleh AJK-AJK yang ditetapkan. Stesen 1 adalah laung agung, stasen 2- sejarah
pengakap, stesen 3- undang-undang dan kesetiaan pengakap, stesen 4- permainan
pengakap(kim games), stesen 5- kawad kaki, dan stesen yang terakhir adalah permainan
koperatif. Setiap kumpulan akan bergerak ke stesen secara bergilir-gilir mengikut masa yang
ditetapkan. Sewaktu menjalankan aktiviti, hujan turun dengan lebat pada petang itu. Aktiviti
tetap dijalankan di dewan terbuka dan kawasan sekitarnya.
Aktiviti creative station selesai pada pukul 4.30 ptg. Pelajar berkumpul dan berehat
sebentar untuk menjalankan aktiviti ke 3 iaitu gua angin, aktiviti ini dijalankan di sekitar
kawasan Hutan Bandar. Peserta dikehendaki menutup mata dengan kain dan berjalan dalam
kumpulan dengan bantuan guru. Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri peserta perkhemahan.
Aktiviti berakhir pada pukul 6.00 petang, peserta berkumpul untuk mendengar taklimat
aktiviti seterusnya. Peserta diberi minum petang dan setrusnya peserta membersihkan diri
untuk menunaikan solat asar dan kuliah maghrib. Selesai menunaikan solat maghrib peserta
diberi makan malam.
Pengisian pada waktu malam diseri dengan malam kebudayaan pengakap pada pukul
8.30 malam, yang dikendalikan oleh ahli-ahli scoutsjb. Antara acara-acara yang menarik pada
malam kebudayaan tersebut adalah jenis-jenis tepukan, lagu dan pergerakan. Selain itu, bagi
menarik minat peserta, fasilitator menawarkan lencana-lencana pengakap dari luar negeri bagi
mereka yang dapat menjawab soalan yang diberikan berkaitan dengan aktiviti yang telah
dilakukan.
Burung hantu adalah permaian yang selalunya dilakukan sebelum berakhirnya aktiviti
pada hari tersebut. Peserta dikehendaki menutup mata dengan kain dan bergerak dalam
kumpulan. Peserta akan ditinggal bersendirian di sekitar kawasan perkhemahan dengan
pemerhatian guru. Tujuan aktiviti ini dilakukan untuk mereka menikmati bunyian di malam hari
dan menguji keberanian diri. Aktiviti berakhir pada pukul 11.30 malam dimana peserta
berkumpul dan minum malam seterusnya merehatkan diri di khemah.
Hari Terakhir (29 April 2010)
Pada hari terakhir perkhemahan, peserta dengan penuh semangat bangun seawal 5.30
pagi untuk menguruskan diri dan menunaikan solat subuh. Senaman pagi dijalankan pada jam
7.00 pagi. Senaman pagi dilakukan dengan teknik regangan dan senamrobik. Setelah selesai
senaman pagi, aktiviti diteruskan dengan adat istiadat pagi dimulai laung agung dan melafazkan
persetiaan pengakap yang dijalankan mengikut kumpulan.
Istiadat berakhir pada pukul 8.30 pagi. Peserta berkumpul untuk minum pagi. Setelah
selesai minum pagi peserta berkumpul untk menjalankan aktiviti seterusnya iaitu pakaian
beragam dari bahan hutan. Bagi aktiviti ini, peserta hanya dibenar mengunakan daun kering
dan ranting-ranting kayu yang ada di sekitar kawasan sekitar perkhemahan tanpa merosakan
tumbuhun yang hidup. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menerapkan sayang pada alam
sekitar. Peserta membentang hasil kreativiti yang dihasilkan oleh mereka.
Peserta berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu gotong-royong
membersihkan kawasan perkhemahahn dan menurunkan khemah. Setelah selesai peserta
dikumpulkan untuk menjalankan aktiviti masakan rimba.
Perserta dibekalkan telur dan kentang. Peserta diajar untuk masak telur dan kentang
tanpa menggunakan peralatan dapur. Aktiviti ini memerlukan kemahiran dimana peserta perlu
menghidupkan api dengan menggunakan daun dan ranting kayu kering. Telur dimasak dengan
membungkus telur dengan tanah atau menanam telur dalam tanah dan dinyalakan api
diatasnya. Bagi kentang dibakar di atas bara sahaja. Peserta begitu teruja membuat dan
memakan masakan sendiri. Aktiviti berakhir pada pukul 12.30 tengahari.
Semua peserta berkumpul untuk meneruskan majlis perasmian penutupan. Majlis
penutup di rasmikan oleh Tuan Hj Yaakob bin Abdul Karim, Pesuruhjaya Negeri Johor. Beliau
berasa bangga dengan kanak-kanak istimewa dapat menjalankan aktiviti sama seperti kanak-
kanak normal. Majlis berakhir dengan sesi pengambaran bersama guru dan peserta. Majlis
berakhir pada pukul 2.00 petang, peserta bersurai.
ANALISIS SWOT SCOUTSJB AGOONOREE 2010
KEKUATAN1. Respon yang menggalakan daripada murid
dan guru.2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menarik dan
mampu dilaksanakan oleh murid berkeperluan khas.
3. Sokongan dan galakan yang padu daripada ibubapa, PPD , masyarakat dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru.
4. Kerjasama dan kolaborasi yang padu dan gitu daripada pelbagai agensi.
5. Komitmen dan semangat kepimpinan di kalangan guru.
6. Keitlizaman di kalangan murid untuk belajar . 7. PPM mensasarkan Agroonoree untuk
diwujudkan dan diperluaskan ke seluruh negara.
8. Unit Pendidikan Khas PPD melancarkan usaha untuk mempertingkatkan aktiviti ko kurikulum untuk murid berkeperluan khas.
KELEMAHAN1. Pengurusan masa yang kurang
efektif dan efisyen.2. Kekurangan tenaga mahir di
kalangan pemmpin pengakap pendidikan khas.
3. Kawasan perkhemahan yang terhad.
4. Kekurangan tenaga pemimpin untuk pengakap bermasalah pendengaran dan penglihatan.
PELUANG1. Meningkatkan potensi diri murid-murid
berkeperluan khas.2. Memberi pendedahan awal kepada murid
tentang amalan bekerja secara sepasukan dan semangat setia kawan melalui aktiviti yang dilaksanakan.
3. Memberi pengalaman baru dengan persekitaran yang dialami sendiri supaya murid dapat membuat penyesuaian dan keputusan yang betul dan tepat.
4. Melahirkan murid yang berketrampilan dalam kepimpinan, sifat cintakan negara serta mampu mengawal sahsiah dalam semua keadaan dan suasana.
5. Meningkatkan pengetahuan kognittif, minat
ANCAMAN1. Penularan penyakit berjangkit
semasa menghadkan penglibatan aktiviti luar di kalangan murid oleh ibu bapa.
2. Karenah birokrasi menyekat kelancaran program.
3. Perkara-perkara yang diluar jangkaan seperti faktor cuaca dan muka bumi
yang efektif dan kemahiran psikomotor untuk melengkapkan murid dengan ilu pengetahuan asas perkhemahan.