Transcript
Page 1: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia
Page 2: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

Abstark

Dalam era yang semakin pesat membangun di Malaysia, masalah sosial di kalangan rakyat

Malaysia tidak dapat dinafikan lagi. Kejadian seperti buang bayi, rogol dan bunuh, pengambilan

dadah, rompak dan ragut, serta bermacam-macam jenayah lagi semakin meningkat dari hari ke

hari. Ini memberikan imej yang buruk kepada Islam apabila rata-ratanya pelaku jenayah tersebut

adalah dari kalangan umat Islam. Kewujudan aktivis dakwah dalam lapangan masyarakat

memberikan sinar baru dalam proses pengislahan masyarakat Malaysia. Aktivis dakwah telah

memainkan peranan mereka selaku agen pengubah (change agen) dalam membendung masalah

sosial di tengah masyarakat Malaysia. Mereka sedaya upaya membawa masyarakat Malaysia

yang jauh dari ajaran Islam agar kembali mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Islam.

Sudah pasti mereka menjadi aset penting dalam umat Islam khususnya dan negara Malaysia

umumnya. Walaubagaimanapun, aktivis dakwah ini juga merupakan manusia yang tidak boleh

lari dari kelemahan dan kekurangan. Jesteru, persiapan yang lengkap amat penting bagi seorang

aktivis dakwah apabila terjun ke lapangan masyarakat agar mereka kental dan sentiasa komited

dalam melaksanakan tugas amar ma’ruf nahi mungkar di tengah-tengah masyarakat Islam yang

semakin jauh dengan ajaran Islam. Dalam usaha melakukan persiapan, aspek-aspek dalam rukun

Islam mampu dijadikan sebagai modal bekalan asas untuk aktivis dakwah. Penerapan aspek-

aspek dalam rukun Islam dalam aktivis dakwah yang terdiri daripada ucapan khalimah syahadah,

solat, puasa, zakat, dan haji dalam melahirkan aktivis dakwah yang kental, tabah dan komited

telah terbukti keberkesanan pada zaman Baginda Muhammad Rasullullah S.A.W dan zaman para

sahabat Baginda S.A.W. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana rukun Islam

mampu memperkasakan aktivis dakwah dalam konteks negara Malaysia.

Kata kunci: Aktivis dakwah, Rukun Islam, Kefahaman

Page 3: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

1.0 Pendahuluan

Petikan dari berita harian menyatakan seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini

tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama dalam kalangan umat Islam, ia ini

berbangsa melayu. Menurut akhbar Metro pula, di Bukit Bintang saja lebih 20 spa dan

kebanyakan hotel murah dikesan menjalankan kegiatan pelacuran dengan harga sekitar RM268

sehingga RM500. Selain kegiatan pelacuran, masalah sosial lain juga turut wujud, kehadiran

kumpulan mat rempit yang mengganggu lalu lintas, menyebabkan jalan bertambah sesak. Seks

bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng

sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah

sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Menurut Tok Guru Abdul Hadi

Awang, apabila kita melihat banyak kegagalan berlaku dalam negara kita ini dan hendaklah kita

mencegah kemungkaran-kemungkaran ini. Bukan sahaja di peringkat atas tetapi juga peringkat

bawah. Dadahnya, jenayahnya, maksiatnya, penyelewengannya yang berlaku di Negara kita.

Kelemahan yang berlaku bukan sahaja kerana system pembangunan insan yang lemah malah ia

juga kerana undang-undang yang lemah, kerana tidak ada kedaulatan undang-undang Islam

dalam negara Islam itu sendiri.

Umat Islam hari ini sedang menghadapi suatu masalah yang hampir sama seperti apa yang

pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w suatu ketika dahulu. Dari hal itu, Allah S.W.T telah

menurunkan wahyu bagi menyelesaikan masalah tersebut, seperti mana firmanNya di dalam al

Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi

dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi

orang-orang kafir sesudah kamu beriman. Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal

kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (al Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya

(Nabi Muhammad)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya

ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)" (Surah ali 'Imran:100-101)

Page 4: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

Menurut tafsiran Tok Guru Abdul Hadi, dalam ayat di atas, ALLAH menerangkan kepada

hamba-hambanya supaya kembali kepada ajaran Islam dan jangan mengikuti cara-cara orang

kafir. Krisis sosial yang berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini, yang merupakan pelapis

masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dalam kalangan remaja

adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan

keseronokan, tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan

keimanan. Bagaimanakah kita dapat mengembalikan kekuatan dan ketinggian umat Islam?

Caranya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan kita memberi kesedaran dan keinsafan kepada

ummat Islam. Kita hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa apa yang diajarkan oleh

penjajah kepada kita selama ini bukan sahaja tidak mendatangkan kekuatan kepada ummah

bahkan membawa kehancuran kepada keperibadian kita sendiri. Menurut Tok Guru Nik Abdul

Aziz, Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia.

Peraturan ini yang akan mengamankan semua manusia. Melihat dari perkara-perkara yang

diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan manusia.

Kertas kerja ini mengfokuskan skop penerapan lima rukun Islam dalam diri aktivis dakwah,

bekalan bagi setiap aktivis dakwah bagi membendung masalah social, kerana rukun Islam ini

adalah asas bagi pembangunan dan kekuatan Islam dalam diri.

Seperti dalam firman ALLAH;

Ertinya:” Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada

kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang

beriman.” (Ali-Imran: 104)

"Kamu adalah umat (umat Muhammad) yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh

kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya

Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman,

dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik" (Surah ali 'Imran: 110)

Page 5: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

Menurut A.Ubaidillah Alias, kita menyeru manusia kepada satu perniagaan yang tidak

merugikan, dimana perniagaan ini dapat melepaskan diri kita dari azab ALLAH.

2.1 Penerapan Rukun Islam Pertama: Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Penerapan element rukun Islam amat perlu dalam persiapan aktivis dakwah dalam mendepani

medan dakwah. Mengucap dua kalimah syahadah Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’

Ulumuddin, kepercayaan ahli sunnah mengenai zat ALLAH S.W.T yang Maha suci ialah

bahawa Dia adalah Tuhan yang maha esa, tiada sekutu bagiNya, Maha dahulu yang tiada

permulaan Nya, Kekal wujud tiada penghabisan. ALLAH mengutus seorang nabi yang ummi,

yang tidak pandai membaca dan menulis, daripada keturunan arab quraisy, yakni Nabi

Muhammad s.a.w.

“Allah menyatakan bahwasannya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,

Yang menegakkan keadilan. (juga menyatakan yang demikian itu) para Malaikat dan orang-

orang yang berilmu. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha

Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Ali-Imran: 18).

Rukun Islam yang pertama ini mengajar kita erti Tauhid. Iaitu Laa ilaa haa ilaallah yang

membawa maksud “tiada Tuhan melainkan ALLAH” dan “Muhammadur Rasulullah” yang

membawa maksud “Muhammad itu pesuruh ALLAH”. Rukun ini membawa setiap individu

muslim itu untuk menyerahkan diri kepada ALLAH sepenuhnya. Dalam konteks aktivis dakwah

mendepani masalah sosial, rukun ini membawa erti bahawasanya matlamat aktivis dakwah

dalam melakukan gerak kerja Islam dalam skop dakwah mestilah dilakukan hanya kerana

ALLAH semata mata, atau dalam kata lain ialah ikhlas. Tambahan lagi, rukun ini mengajar

aktivis dakwah mengakui bahawasanya segala penyelesaian dalam membendung masalah sosial

kini adalah dengan kembali kepada ALLAH, ia ini kembali kepada sistem-sistem Islam yang

telah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat, hanya Islam ada penyelesaiannya. Justeru itu,

para aktivis dakwah perlu ikhlaskan niat sentiasa dan meletakkan ALLAH sebagai matlamat

utama.

Page 6: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

2.2 Penerapan Rukun Islam Kedua: Menunaikan Solat Lima Waktu Sehari Semalam

Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Solat adalah tiang agama, yang

merupakan pegangan yang meyakinkan dan penghulu segala amal ibadat.

“Sesungguhnya berungtunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) yang khusyuk di dalam

solatnya.(Al Mukminun : 1 - 2)

Menurut Dr Danial Zainal Abidin, solat mengandungi pelbagai hikmah. Solat membersihkan

jiwa kerana solat menggugurkan dosa manusia. Solat lima waktu menghilangkan dosa

sebagaimana air menghilangkan daki. Solat ternyata mempunyai pelbagai kelebihan, dari sudut

rohiyah mahupun jasadiyah. Dalam konteks kita sebagai aktivis dakwah, rukun Islam yang kedua

ini mengajar aktivis dakwahakan kepentingan mensucikan diri kepada ALLAH. Dalam

membendung masalah sosial kini, aktivis dakwah yang ingin mendidik itu perlulah terdidik

dahulu, ertinya jiwa aktivis dakwahitu sendiri itu perlu bersih sebelum membersihkan diri orang

lain. Aktivis mahasiwa perlu mempunyai akhlak yang mulia hasil dari solat yang sempurna,

dalam mendidik masyarakat yang sakit dari segi rohani. Disamping itu, rukun kedua ini

mengajar aktivis dakwah tentang disiplin. Solat mengajar aktivis dakwah dalam berdisplin

menjaga waktu solat dan berdisiplin ketika solat. Focus dalam mengingati ALLAH, membaca

surah dan sebagainya. Begitu juga, solat mengajar aktivis dakwah agar berdisiplin dalam

melakukan gerak kerja dakwah. Jesturu itu, para aktivis dakwah perlu sempurnakan solat

mereka, agar diri mereka sentiasa bersih dan suci.

2.3 Penerapan Rukun Islam Ketiga: Berpuasa di bulan Ramadhan

ALLAH mengurniakan manusia nikmat yang amat besar, ia merupakan amalan yang boleh

digunakan untuk menolak tipu daya syaitan yang berusaha busuk syaitan dan nafsu manusia.

Amalan yang dimaksudkan ialah puasa. Dipetik dari kitab Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam Al

Ghazali.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah

diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183).

Page 7: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

Rukun Islam yang ketiga ini mengajar kita erti kesabaran, menahan nafsu, ketahanan mental dan

fizikal. ALLAH mewajikan atas hamba-hambanya agar berpuasa pada bulan Ramadhan. Puasa

ertinya menahan diri dari makan, minum, melihat perkara yang haram, mendengar perkara-

perkara yang melalaikan, berjalan kearah kemaksiatan dan seumpamanya. Dalam konteks kita

sebagai aktivis dakwah, puasa mengajar kita untuk mengawal diri kita. perlu mempunyai daya

ketahanan jasmani dan rohani yang tinggi. Ini kerana aktivis dakwah yang berada dalam

lapangan dakwah memerlukan tenaga yang banyak bagi mendidik masyarakat, dan perlu

mempunyai kesabaran yang tinggi dalam melakukan gerak kerja Islam. Ertinya, aktivis dakwah

perlu melazimi berpuasa apabila terlibat dalam lapangan dakwah ini.

2.4 Penerapan Rukun Islam Keempat: Membayar zakat

Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, zakat merupakan ibadah yang

ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sebagai satu rukun dari rukun Islam. Zakat merupakan hak

seorang muslim ke atas muslim yang lain, seorang muslim yang mampu dan kaya, wajib baginya

menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Menurut Prof Dr Yusuf Al- Qardawi zakat

merupakan ibadah kewangan dan kemasyarakatan.

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah, dengan memurnikan keta'atan

kepada-Nya dalam (menjalankan agama) dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat

dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah: 5).

Rukun Islam yang keempat ini mengajar kita erti memberi. ALLAH mewajibkan atas hamba-

hambanya supaya membayar zakat, tanpa meminta apa-apa balasan. Kemudian wang kumpulan

zakat itu akan dikumpulkan, lalu diagihkan pada golongan-golongan yang memperlukan. Dalam

konteks kita sebagai aktivis dakwah, mengeluarkan wang sendiri amat perlu bagi menjalankan

aktiviti dakwah. Rukun ini juga mengajar aktivis aktivis dakwahini erti memberi, memberi tanpa

mengharapkan apa-apa balasan. Justeru itu para aktivis dakwah perlu mengorbankan sesuatu

dalam berdakwah, dari segi masa, tenaga, harta malah nyawa.

Page 8: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman)

kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad)

dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

2.5 Penerapan Rukun Islam Kelima: Menunaikan Haji

Haji merupakan ibadat yang wajib dilaksanakan sekali seumur hidup oleh umat Islam yang

berkemampuan dan berkuasa. Ia merupakan penyempurnaan keIslaman dan pelengkap agama.

Dipetik dari kitab Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam Al Ghazali.

“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup

mengadakan perjalanan ke Baitullah. Dan barangsiapa yang mengingkari (kewajiban haji),

maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.”

(Ali Imran: 97).

Rukun Islam yang kelima ini mengajar kita erti pengorbanan, kepentingan ilmu dan mengajar

aktivis aktivis dakwahini untuk turun padang. Ibadah haji merupakan ibadah praktikal di medan

tarbiyah. Menunaikan haji memerlukan daya tanah fizikal dan mental yang cukup tinggi, ia

bertujuan bagi melatih para jemaah haji. Disamping itu, ibadah haji mengajar kita supaya

menjaga mulut kita, membersihkan fikiran kita dan sentiasa berfikiran positif. Bagi menunaikan

haji, para jemaah haji terlebih dahulu perlu mempersiapakn diri dengan ilmu tentang ibadat haji.

Dalam konteks kita sebagai aktivis dakwah, ALLAH menguji kita di medan medan dakwah

seperti jalan raya bagi mendidik para mat rempit, lorong-lorong gelap bagi mendidik pelacur,

sekolah-sekolah bagi mendidikan para gererasi akan datang. Disamping itu, aktivis dakwah perlu

mempersiapkan diri dengan kefahaman yang jelas dalam agama Islam. Menurut Imam Hassan Al

Banna, faham yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan fikrah atau gagasan yang dudukung itu

adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Aktivis dakwah perlu fahami Islam sebagaimana yang

para-para ulama memahami Islam, berteraskan pada ajaran Rasulullah s.w.a. Aktivis dakwah

perlu fahami bahawa, agama Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek

kehidupan manusia dan alam sejagat. Aktivis dakwah perlu suci dari anasir-anasir fahaman yang

sesat, seperti fahaman Islam liberal, sekularisme, Syiah dan lain-lain. Al-Quran al-Karim dan

sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam,

Page 9: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

disertakan ijma’ para ulama. Aktivis dakwah perlu ada guru dalam memahami ilmu-ilmu Al-

Quran dan hadis. Aktivis dakwah perlu mempersiapakan diri dengan ilmu yang secukupnya dan

sahih bagi mendepani masalah sosial kini. Justeru itu para aktivis dakwah perlu mempersiapkan

diri dengan ilmu yang sahih, dan mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari, dengan berdakwah

di lapangan, bersangka baik dengan ujian ALLAH, menjaga mulut dan menjaga hati agar urusan

dakwah kita memperoleh barakha dan rahmat dari ALLAH S.W.T.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, rukun pertama mengajar aktivis dakwah erti penyerahan kepada ALLAH dalam

segala urusan. Rukun kedua mengajar aktivis dakwah untuk membersihkan jiwa. Rukun ketiga

mengajar aktivis dakwah mengawal diri secara keseluruhan. Rukun keempat mengajar aktivis

dakwah supaya berkorban. Rukun kelima mengajar aktivis dakwah untuk mempraktikan segala

apa yang dipelajari. Aktivis dakwah adalah penggerak kepada pemulihan umat masa kini.

Aktivis dakwah perlu menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat, khususnya anak-anak

muda kini, dengan penerapan lima rukun Islam dalam usaha dakwah, ia akan menjadikan aktivis

dakwah itu seorang yang matang, berpendirian, dan bermtalamat jelas Aktivis dakwah perlu

mempersiapkan diri dengan ilmu yang sahih dan secukupnya bagi mendepani medan dakwah,

khususnya menjadi penggerak dalam membendung masalah sosial pada hari ini.

Page 10: Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat islam di malaysia

Rujukan

1. Dato Seri Tan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 2012. Islam Adil Untuk Semua.

www.Tarbawi.my

2. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 2011. Sinar Islam Untuk Semua.

www.Tarbawi.my

3. Faizul Azlan Razak. Gejala sosial kronik. Berita harian. 26 Januari.

4. Gejala sosial makin serius. My metro. 15 April.

5. Haslinda Lukman(2006). Hadapi masalah dengan bijak. Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia. 3 Oktober.

6. Pandangan Dr Fatimah Yusuf. Gejala Sosial Remaja. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Temu bual. 3 Oktober, 2006.

7. Remaja merdeka. Bersih dari gejala social (Wawancara khas dengan Puan Ramlah Yong,

Pengarah KESUMA JAKIM). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Temu bual. 14 July,

2006.

8. IMAM AL Ghazali. Terjemahan Al Syeikh Muhammad Jamaluddin, Al Qasimi Ad

Dimasqi.Bab Puasa.Jilid.2. Kitab IHYA ULUMUDDIN.

9. IMAM AL Ghazali. Terjemahan Al Syeikh Muhammad Jamaluddin, Al Qasimi Ad

Dimasqi. Bab Zakat. Jilid.2. Kitab IHYA ULUMUDDIN.

10. IMAM AL Ghazali. Terjemahan Al Syeikh Muhammad Jamaluddin, Al Qasimi Ad

Dimasqi. Bab Solat. Jilid.2. Kitab IHYA ULUMUDDIN.

11. IMAM AL Ghazali. Terjemahan Al Syeikh Muhammad Jamaluddin, Al Qasimi Ad

Dimasqi. Bab Haji. Jilid.2. Kitab IHYA ULUMUDDIN.

12. IMAM AL Ghazali. Terjemahan Al Syeikh Muhammad Jamaluddin, Al Qasimi Ad

Dimasqi Jilid.2. Bab Mengucap syahadah. Kitab IHYA ULUMUDDIN.

13. Dr Danial Zainal Abidin. Rahsia Solat. Persoalan Islam yang kontemporari

14. Imam Hassan Al Banna.Terjemahan Muhammad Abdullah Al Khatib Risalah Ta’alim.

Dewan pustaka Fajar.

15. A.Ubaidillah Alias. Menyeru kepada ALLAH. PTS Publication.