SEKOLAH KEBANGSAAN KERTIH24300 KERTEH, KEMAMAN
TERENGGANU
BENGKEL EV3 SIRI 1(CABARAN EV3 ‘ Low threshold, high
ceiling’)2015
Anjuran
KELAB ROBOTIK SK KERTIH
Tarikh
8,9 Dan 10 mei 2015(jumaat hingga ahad )
Tempat
MAKMAL KOMPUTER AL-JAZARI
SK KERTIH
KERTAS KERJA PROGRAM KEBITARAAN ROBOTIK
BENGKEL EV3 SIRI 1(CABARAN EV3 ‘ Low threshold, high ceiling’)
__________________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Kertih telah dinobatkan sebagai juara bagi Pertandingan Robotik 2014
peringkat negeri Terengganu dan mendapat pingat gangsa acara projek terbuka dalam Pertandingan
Robotik Kebangsaan yang berlangsung di Primaland Resort and Convention Centre, Port Dickson
baru-baru ini. Justeru , bagi meneruskan lagi kesinambungan kejayaan tersebut, satu Bengkel EV3
peringkat sekolah diadakan bagi memberi kemahiran kepada murid-murid sekolah ini yang akan
menjadi peserta dan pelapis bagi menambah pengetahuan dan kemahiran mereka untuk menghadapi
pertandingan. Bengkel ini juga dapat memantapkan lagi pengetahuan para guru pembimbing serta
ahli kelab yang lain untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri pada
tahun 2015 . Program selama 3 hari ini akan dikelolakan oleh seorang fasilitator jemputan yang
terlatih.
2.0 OBJEKTIF
1. Memahirkan murid membina robot menggunakan model EV3
2. Membantu murid mempelajari bahasa pengaturcaraan robotik EV3.
3. Melatih para peserta kursus dengan pengetahuan untuk mengaplikasikan perisian bagi
memprogramkan model robotik yang dibina.
4. Memupuk semangat cintakan Sains dan Teknologi di kalangan pelajar.
5. Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum yang berprestasi tinggi
3.0 RASIONAL
Sekolah Kebangsan Kertih telah menyertai kejohanan robotik peringkat negeri dan mendapat
tempat untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan. Oleh itu, guru pembimbing telah mengorak
langkah yang proaktif untuk mengadakan kem ini supaya murid-murid dan guru-guru mempunyai
ilmu yang lengkap bagi persediaan untuk pertandingan yang akan datang.
4.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : YM Tuan Zahari Bin Tuan Long (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1: En. Che Wan Rozuwan Bin Che Wan Ngah (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2: Pn. Lazifah Binti Mohd Aziz (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3: En. Mohd Nor Bin Sidik (PK HEM)
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn. Raztia Binti Abdul Razak
2. Pn. Ainul Syariha Binti Azhar
3. En. Khairul Abidin bin Ibrahim
4. En. Marzuki Bin Zakaria
5. Pn. Wan Norhayati bt Wan Mamat.
6. Pn. Khairunisah bt Mohamad Nawi
5.0 JURULATIH
1. Puan Saniah Binti Omar
6.0 PENGLIBATAN / SASARAN
32 orang murid tahun 3 ,4 dan 5 serta 6 orang guru kelab robotik.
(Senarai nama peserta seperti LAMPIRAN 1)
7.0 PELAKSANAAN PROGRAM / LATIHAN
Tarikh Latihan : 8-10 Mei 2015
Tempat Latihan : Makmal Komputer Al-Jazari, SK Kerteh
Masa Latihan : (rujuk jadual)
7.1 Jadual Latihan
MASA
HARI
8.00 - 8.30 pagi
8.30pg
12.30 tgh
2.30 tgh
5.00 ptg
Jumaat( 8/5/2015 )
PendaftaranPeserta
1. Taklimat dan Penerangan tentang robotik, pengaturcaraan dan juga rekabentuk
2. Membina robot eV3 dengan rekaan yang stabil
* 10.00 pagi - makan pagi
3. Sesi perbincangan mengenai struktur robot
* 12.30 tgh- makan tengahari dan
solat
LDK:Pemasangan Komponen eV3
Robotik dalam kumpulan
* 5.00 ptg - minum petang dan
bersurai
Sabtu( 9/5/2015)
Kehadiran Peserta
Pengaturcaraan 1: eV3 Colour Sensor
* 10.00 pagi - makan pagi
Pengaturcaraan 2:eV3 Ultra sonic Sensor
* 12.30 tgh- makan tengahari dan
solat
Bengkel 1:1. 'Line Follower'2. Avoid Obstacle"
* 5.00 ptg - minum petang
Ahad( 10/5/2015) Kehadiran
Peserta
Bengkel 2 :Sesi Persediaan 'Cabaran eV3'
* 10.00 pagi - makan pagi
* 12.30 tgh- makan tengahari dan
solat
2.30 – 4.30 ptgPertandingan 'Cabaran eV3'
& Sesi Penghakiman
Juri
* 5.00 ptg - minum petang
8.0 PELAKSANAAN LATIHAN
8.1 Latihan Pemantapan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti :
Perkara Keterangan
Ceramah Sesi taklimat dan penerangan yang lebih menyeluruh berkaitan dengan robotik,
pengaturcaraan dan juga rekabentuk. Sesi Ceramah akan menggunakan LCD dan juga
laptop.
LDK Para peserta akan dipecahkan mengikut bidang tugas masing-masing. Pelajar yang
terlibat dengan pengaturcaraan akan membuat tugasan yang diberikan. Pelajar yang
terlibat dengan rekabentuk robot akan membuat tugasan yang diberikan untuk
menghasilkan robot dengan rekaan yang stabil.
Praktikal Para pelajar akan bertanding secara mini pertandingan untuk dapat merasai suasana
sebenar pertandingan
8.2 Pengisian Bengkel
Aktiviti Metodologi
Pengenalan Asas
Asas-asas dalam pengaturcaraan eV3
Peranan jurutera pengaturcaraan dan jurutera
rekabentuk
Sesi Ceramah
Interaksi / Soal Jawab
Hands on
Peranan Jurutera Rekabentuk
Batas pergerakan sesuatu kompenen Robotik
Teknik menghasilkan robot yang stabil dan
mempunyai pergerakan yang lancar
Sesi Ceramah
Interaksi/SoalJawab
Hands on
Peranan Jurutera Pengaturcaraan
Bahasa Pengaturcaraan untuk menghasilkan
pergerakan robot yang lancar
Penggunaan Bahasa Pengaturcaraan yang
kompleks untuk menghasilkan pergerakan
yang pelbagai dalam melaksanakan tugas
Sesi Ceramah
Interaksi / Soal Jawab
Hands on
sebuah robot
Latihan penggunaan "eV3 Light Sensor"
dalam melaksankan tugas mengikut garisan
hitam
Latihan penggunaan "eV3 Colour Sensor"
dalam melaksanakan tugas untuk mengenal
pasti zon mengikut warna.
Latihan penggunaan "eV3 ultra sonic Sensor"
dalam melaksankan tugas mengelak halangan.
Teknik Pemasangan Robotik
Kaedah mudah untuk membuka-pasang
membuka robot. Teknik yang mudah dan
senang diberikan supaya peserta dapat
memasang komponen robot dengan betul dan
tepat
Sesi Ceramah
Interaksi / Soal Jawab
Hands on
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KETERANGAN JUMLAH (RM)
1 Makan Minum Peserta 32 orang x RM10 x 3 hari 960.00
2Makan Minum Jurulatih
dan fasilitator8 orang x RM12x 3 hari 288.00
3Bahan habis guna
a. Electric Hot Melt Glue Gun
b. Double Sided Arc ylic Tape ½”
x 40 cm
c. Paint Marker: 5 Warna
d. Hot Melt Glue Stick
e. Cable Tight 15cm
28.00
15.00
35.00
35.00
7.00
7.00
4 Bayaran Jurulatih 1 orang x 4 jam x RM100x 3 hari 1200.00
5 Hadiah Pertandingan Johan
Naib Johan
Ke-tiga
150.00
90.00
60.00
Saguhati 5x RM30.00 150.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 2990.00
10.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8
11.0 REFLEKSI
Bengkel robotik yang diadakan pada peringkat awal ini adalah untuk membantu murid-murid
menguasai kemahiran pembinaan dan pengaturcaraan serta memenangi pertandingan National
Robotic Championship yang akan diadakan pada masa akan datang. Pasukan Robotik SK Kertih
akan cuba untuk memenangi pertandingan setiap peringkat dan seterusnya akan mewakili Malaysia
ke pertandingan World Robotic Championship.
Di sediakan oleh : Di sediakan oleh :
-------------------------------------------------- ----------------------------------------------
(RAZTIA BINTI ABDUL RAZAK) (TUAN ZAHARI BIN TUAN LONG )
Penyelaras Kebitaraan Robotik Guru Besar
SK Kertih SK Kertih
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan