Upload
dangkhuong
View
247
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Siri Latihan Pembangunan Staf
EKSPLORASI POTENSI KENDIRI MELALUI UJIAN PERSONALITI
Ahmad Rozelan Yunus
KANDUNGAN PRAKATA
KENALI DIRI MELALUI UJIAN PERSONALITI EKSPLORASI DIRI : PERSONALITI, CARAGAYA INDIVIDU DAN KERJAYA DARI PERSPEKTIF TEORI PEMILIHAN KERJAYA HOLLAND
KERJAYA IMPIAN : BAGAIMANA MEMILIKINYA
PRAKATA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sesungguhnya ucapan syukur yang paling dalam dan syahdu adalah kepada Yang Maha
Esa kerana mengizinkan kita semua menghirup udara segar, nikmat yang seharusnya
menginsafkan kita sebagai hambaNya. Dalam ruangan yang penuh maksudnya, ingin
menyatakan bahawa saya sangat berasa gembira di atas penampilan modul ini. Modul
ini bertajuk “Siri Latihan Pembangunan Staf: Eksplorasi Potensi Diri Melalui Ujian
Personaliti“ merupakan bahan-bahan yang telah saya gunakan sejak 15 tahun lalu dan
ditambah nilai dengan bahan-bahan terkini dan telah disampaikan kepada para peserta
melalui kaedah latihan kontemporari yang memberikan kesan yang sangat positif.
Berdasarkan kepada maklumbalas dan harapan yang diberikan, modul ini diyakini dapat
membantu dalam membangunkan individu pekerja dalam sesebuah organisasi.
Modul ini mengupas beberapa konsep asas dan strategi dalam mengenali diri melalui
ujian personaliti kaunseling. Antara pengisian yang ditampilkan ialah Keperluan
Mengenal Diri Melalui Ujian Personaliti, Eksplorasi Diri : Personaliti, Caragaya Individu
dan Kerjaya Dari Perspektif Teori Pemilihan Kerjaya Holland, serta Kerjaya Impian:
Bagaimana Memilikinya.
Persembahan dalam modul ini mungkin ada kekurangan dan kelebihannya, tinggi dan
rendahnya. Tapi, sebaiknya biarlah karya-karya dalam modul ini sendiri yang
menyampaikan maksudnya. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan
dan unbgkapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan saya iaitu Amir Aris dan Cik
Nor Shuhaney Mohd Said yang telah banyak membantu dalam penerbitan modul ini.
Akhir kata, dengan rendah hati, saya memohon maaf di atas kecacatan yang ada.
Salam hormat,
Ahmad Rozelan Yunus
KENALI DIRI MELALUI UJIAN PERSONALITI
OBJEKTIF BENGKEL
Melalui bengkel ini;
staf dapat memahami diri mereka secara saintifik mengikut pendekatan
psikologi.
staf dapat mengenali diri dengan lebih baik ke arah mengoptimumkan potensi
diri untuk bekerja dengan lebih berkesan dan efektif.
dapat meningkatkan keyakinan diri staf dalam usaha meningkatkan modal insan
UTeM yang lebih sinergi.
UJIAN PSIKOLOGI
Satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia
Crombach (1979)
JENIS UJIAN PSIKOLOGI
• Ujian Minat
– Menentukan minat individu dalam pekerjaan
• Vocational Preference Inventory (VPI)
• Strong-Campbell Interest Inventory (SCII)
• Minnesota Vocational Interest Inventory (MVII)
• Kuder Preference Records-Vocational (KPRV)
• Self-Directed Search (SDS)
• Ujian Nilai
– Mengukur nilai pelbagai pekerjaan berdasarkan keutamaan individu
• Super’s Work Values Inventory (WVI)
• Minnesota Importance Questionnaire (MIQ)
• Hammond’s Occupational Attitude Rating Scales (OARS)
• Self-Directed Search (SDS)
• Ujian Psikologi
– Menentukan sejauh mana individu mempunyai tret atau ciri diri untuk
bertindakbalas dengan persekitaran
Shertzer & Linden (1979)
• Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI)
• California Psychological Inventory (CPI)
• Tennesse Self- Concept Scale (TSCS)
• Sixteen Personality Factors Questionnaire (16PF)
KEGUNAAN UJIAN PSIKOLOGI
• Untuk Mengenalpasti Potensi Individu
• Sebagai Alat Motivasi
• Sebagai Alat Mengenalpasti Asas Permasalahan Individu
ISU PENTADBIRAN UJIAN PSIKOLOGI
Isu etika kerahsiaan adalah asas kepada Pentadbiran dan analisis Ujian Psikologi. Di
Malaysia, individu yang layak adalah Kaunselor Berdaftar, Kaunselor Berdaftar dan
mempunyai Lesen Perakuan Amalan Kaunseling dari Lembaga kaunselor Malaysia dan
juga yang mempunyai Certification of Competency in Psychological Assessment, dari
mana-mana Agensi atau IPT yang bertauliah.
EKSPLORASI DIRI : PERSONALITI, CARAGAYA INDIVIDU DAN KERJAYA
DARI PERSPEKTIF TEORI PEMILIHAN
KERJAYA HOLLAND
Tiada dua manusia dilahirkan serupa. Setiap orang berbeza di antara satu sama
lain dari segi bakat semulajadinya; seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan, sementara
yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain.
John L. Holland telah memperkenalkan Teori pemilihan kerjaya yang menyatakan
bahawa setiap individu boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis personaliti
iaitu:
R I - Realisitik (R) - Investigatif (I) - Artistik (A) C A - Sosial (S) - Enterprising (E) - Conventional (C) E S
Model Heksagonal Holland
Pentingnya individu dikategorikan kepada jenis personaliti itu kerana darinya
jugalah nanti individu berkenaan akan dapat dibantu untuk menentukan pemilihan
kerjaya yang sesuai dengan dirinya. Ini bermakna bahawa kerjaya juga dikategorikan
kepada enam jenis persekitaran berdasarkan enam jenis personaliti yang dinyatakan di
atas. Ringkasnya, individu yang dikategorikan dalam jenis personaliti Realistik
contohnya adalah sesuai dengan kerjaya dari persekitaran Realistik, dan begitu juga
dengan ciri personaliti yang lain.
Untuk menentukan sama ada seseorang memiliki jenis personaliti R, I, A, S, E
atau C, teknik psikometrik melalui penggunaan alat-alat ujian psikologi adalah
merupakan satu teknik yang biasa digunakan. Holland telah menghasilkan dua alat
ukuran iaitu Self Directed Search (SDS) dan Vocational Preference Inventory (VPI). Alat
SDS misalnya sangat sesuai digunakan oleh pelajar di sekolah manakala VPI edisi 1985
lebih sesuai digunakan untuk individu yang sudah bekerja.
Keselarasan di antara ciri-ciri individu dengan ciri-ciri persekitaran kerjaya
seseorang individu dikatakan mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja, kebolehan
dan pencapaian. Berasaskan ini, maka sistem pendidikan dan pekerjaan di Malaysia
khususnya sangat mementingkan aspek-aspek personaliti, kebolehan dan pencapaian
individu.
Teori Pemilihan Kerjaya Holland telah memberikan perspektif yang jelas dalam
aspek personaliti, kebolehan dan pencapaian. Ia telah menyatakan bahawa pemilihan
kerjaya adalah merupakan satu ekspresi personaliti individu. Seseorang individu
memilih sesuatu kerjaya itu kerana ciri personaliti, kebolehan dan pencapaiannya sesuai
dengan persekitaran pekerjaan berkenaan.
Teori ini juga menyatakan bahawa kepuasan bekerja, stabiliti dan produktiviti
adalah berkadar terus dengan darjah keselarasan di antara jenis personaliti individu
dengan persekitaran di mana individu tersebut bekerja.
Kenyataan ini bermaksud, individu jenis R akan bahagia, seronok dan puas jika
bekerja dalam persekitaran R contohnya bekerja di kilang membuat kenderaan dan
sebaliknya individu ini akan bosan bekerja dalam persekitaran kerjaya S. Ini adalah
kerana kedua-dua jenis personaliti R dan S adalah dua jenis personaliti yang
bertentangan dan sangat berbeza.
Begitu juga individu personaliti S akan bahagia, seronok dan puas bekerja
sebagai guru di sekolah atau kaunselor di agensi-agensi kerajaan ataupun swasta dan
merasa sebaliknya jika bekerja dalam persekitaran kerjaya R.
Menurut Hackett & Betzs, (1981), Teori Pemilihan Kerjaya Holland bukan sahaja
boleh digunakan dalam bimbingan kerjaya, namun ia juga dapat diaplikasikan dengan
baik dalam bidang pendidikan. Ini dapat dijelaskan di mana, dengan pengkelasan jenis
personaliti melalui Model Heksegonal Holland, individu turut dapat dijelaskan gaya
pembawaan individu berkenaan. Enam jenis personaliti berkenaan dapat diterjemahkan
bagi menjelaskan gaya individu berkenaan bertindak dalam hidup. Ini dapat dijelaskan
seperti yang digariskan dalam rajah di bawah.
JENIS PERSONALITI
GAYA INDIVIDU PERSEKITARAN PEKERJAAN
Realisitik (R)
Individu agresif, lebih menyukai tugas-tugas yang konkrit daripada abstrak, asasnya kurang bersosial, interaksi interpersonal yang lemah
Pekerjaan mahir seperti juruelektrik, operator mesin, jururteknik mahir seperti mekanik motor, pelukis plan dan pekerjaan perkhidmatan
Investigatif (I)
Individu yang intelek, abstrak, analitis, berdikari, kadang-kadang radikal dan beroreintasi tugas.
Kerja-kerja saintifik seperti pakar kimia, fizik dan metamatik; juruteknik seperti juruteknik makmal, pekerja elektronik dan pengaturcara komputer.
Artistik (A)
Individu imaginatif, menilai tinggi estatik, ekspresif, bebas dan agak ekstrovert.
Pekerjaan seperti pelukis, ahli muzik, penulis artikel, skrip drama, novel, pemimpin orkestra, juruukur dan pereka fesyen.
Sosial (S) Lebih menyukai interaksi sosial, berkaitan dengan sosial, agama, orientasi kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan pendidikan
Kerja pendidikan seperti pendidik, pentadbir pendidikan dan profesor, kerja kebajikan, ahli sosiologi, kaunselor dan jururawat
JENIS PERSONALITI
GAYA INDIVIDU PERSEKITARAN PEKERJAAN
Enterprising (E)
Individu ekstrovert, agresif, suka mengembara, suka peranan memimpin, pandai memujuk, mahir dan pandai menggunakan perkataan.
Kerja-kerja pengurusan seperti pengurus jualan, pengurus personel dan pengurus pengeluaran. Kerja-kerja penjualan seperti jurujual kereta, insuran dan hartanah
Conventional (C)
Individu praktikal, boleh mengawal diri, suka bersosial, konservatif, menyukai tugas-tugas berstruktur dan mematuhi peraturan yang disediakan
Kerja-kerja pejabat dan perkeranian, kerani kaunter, kerani fail, penyimpan kira-kira dan penyambut tetamu
Sumber : John L. Holland (1973)
Model Gaya Individu dan Persekitaran Pekerjaan Mengikut Holland.
Teori Pemilihan Kerjaya Holland, selain memberi panduan membantu individu
memilih kerjaya yang sesuai berdasarkan personaliti dengan memadankan persekitaran
kerjaya itu, ia juga juga dapat memberi gambaran caragaya individu.
Menurut Holland, pemilihan kerjaya adalah ekspresi personaliti individu.
Kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti adalah berkadar terus dengan
darjah keselarasan antara jenis personaliti individu dengan jenis persekitaran di mana
individu tersebut bekerja. Ini bermakna semakin tinggi darjah keselarasan antara jenis
personaliti dengan jenis pekerjaan di mana individu itu bekerja, semakin tinggi
kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti.
KERJAYA IMPIAN : BAGAIMANA MEMILIKINYA
MODEL PLAN TINDAKAN
PENGENALAN
Dalam proses individu menentukan kerjayanya, satu pemilihan kerjaya yang tepat
dengan dirinya adalah penting ke arah kepuasan kerja.
Salah satu cara ialah berdasarkan Model Plan Tindakan Kerjaya yang diperkenalkan
oleh Sidek Mohd Noah (2000).
Plan tindakan adalah satu plan bertindak yang perlu dilakukan dan diselesaikan oleh
klien dalam proses membuat keputusan kerjaya.
Umumnya ia adalah satu proses menyempitkan dan mengurangkan pilihan kerjaya yang
banyak kepada satu pilihan sahaja.
Plan tindakan melibatkan proses penyingkiran dan untuk melaksanakan proses ini
dengan baik individu memerlukan maklumat diri, maklumat pekerjaan, dan kepadakan
dalam membuat keputusan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBUAT PLAN TINDAKAN
Plan tindakan ini melibatkan beberapa langkah dan berikut dikemukakan langkah-
langkah berikut :
Langkah 1
Senaraikan pekerjaan-pekerjaan yang ingin anda terokai yang anda anggap selaras
dengan personaliti, nilai, minat dan pencapaian akademik anda. Adalah dicadangkan
supaya anda memulakan penyenaraian ini menggunakan respon anda dari inventori
personaliti, minat kerjaya dan nilai pekerjaan.
1. ________________________ 2. _____________________________ 3. ________________________ 4. _____________________________ 5. ________________________ 6. _____________________________ 7. ________________________ 8. _____________________________ 9. ________________________ 10. _____________________________ 11. ________________________ 12. _____________________________ 13. ________________________ 14. _____________________________ 15. ________________________ 16. _____________________________ 17. ________________________ 18. _____________________________ 19. ________________________ 20. _____________________________ 21. ________________________ 22. _____________________________ 23. ________________________ 24. _____________________________ 25. ________________________ 26. _____________________________ 27. ________________________ 28. _____________________________ 29. ________________________ 30. _____________________________
Langkah 2
Berdasarkan senarai pekerjaan-pekerjaan yang akan diterokai (dari Langkah 1) potong
mana-mana pekerjaan yang anda pasti tidak menyukainya.
Tambah dengan pekerjaan-pekerjaan yang anda fikir menyeronokkan pada ketika ini
atau di masa akan datang.
Langkah 3
Tugas anda selanjutnya ialah membandingkan pekerjaan-pekerjaan ini dan seterusnya
membuat pangkatan berdasarkan kepada kesukaan anda.
Anda perlu menentukan yang mana pilihan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Untuk menyelesaikan tugasan ini anda perlu tahu atau mendapatkan keterangan-
keterangan berikut bagi setiap pekerjaan.
1. Deskiripsi Pekerjaan : Apakah kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja-
pekerja dalam bidang tersebut?
2. Status Semasa Pekerjaan : Berapa banyak pekerjaan yang ditawarkan
atau terbuka kepada anda pada masa ini dan pada masa akan datang?
3. Aras Pendapatan : Berapakah pendapatan yang boleh diperolehi oleh
pekerja dan peluang-peluang kenaikan pangkat?
4. Keperluan-keperluan Pekerjaan : Apakah kelayakan yang diperlukan untuk
memohon jawatan ini?
Keterangan-keterangan di atas boleh diperolehi melalui beberapa sumber.
Antaranya ialah :
1. Gunakan Dictionary of Occupational Classification (DOC) yang
diterbitkan oleh Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Kamus ini akan
memberikan anda keterangan-keterangan yang berkaitan dengan pilihan
anda.
2. Mencari di Pusat Sumber Sekolah/Organisasi, Perpustakaan Universiti,
Daerah. Negeri dan Persekutuan, buku-buku dan lain-lain bahan yang
boleh memberi keterangan berkaitan dengan pekerjaan yang anda pilih.
3. Gunakan Buku Panduan yang diterbitkan oleh universiti-universiti dan
institusi-institusi pengajian lain untuk mendapatkan keterangan mengenai
syarat-syarat kemasukan dan lain-lain maklumat yang diperlukan.
4. Berjumpa, bercakap atau jika boleh buat pemerhatian ke atas individu-
individu yang melakukan pekerjaan yang anda minati itu.
Langkah 4
Gunakan senarai yang disediakan untuk merekodkan segala keterangan-keterangan
yang anda perolehi dari Langkah 3
Bil. Pekerjaaan Deskripsi Status Semasa Aras Keperluan
Pekerjaan Pendapatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
* Sekiranya senarai anda melebihi dari 10, anda boleh membuat salinan helaian ini untuk
merekodkan maklumat seterusnya.
Langkah 5
Setelah mendapat keterangan-keterangan yang mencukupi, pangkatkan pekerjaan-
pekerjaan yang anda telah seneraikan mengikut susunan kesukaan anda untuk tujuan
membuat keputusan
1. ________________________ 2. _____________________________
3. ________________________ 4. _____________________________
5. ________________________ 6. _____________________________
7. ________________________ 8. _____________________________
9. ________________________ 10. _____________________________
11. ________________________ 12. _____________________________
13. ________________________ 14. _____________________________
15. ________________________ 16. _____________________________
17. ________________________ 18. _____________________________
19. ________________________ 20. ____________________________
Langkah 6
Berdasarkan kepada senarai yang didapati dari Langkah 5, pilih 3 pilihan yang paling
anda minati dan senaraikan mengikut susunan.
1. __________________________________________
2. __________________________________________
3. __________________________________________
Langkah 7
Bermula dengan pilihan pertama, catatkan apa yang anda perlu lakukan dan tarikh
yang anda jangkakan akan menjawat jawatan itu pada ruangan yang disediakan di
bawah.
Pilihan Pertama
Rancangan Pekerjaan :
Tarikh Mula Bekerja :
Pilihan Kedua
Rancangan Pekerjaan :
Tarikh Mula Bekerja :
Pilihan Ketiga
Rancangan Pekerjaan :
Tarikh Mula Bekerja :
Langkah 8
Anda sekarang telah bersedia untuk mengimplimentasikan pilihan kerjaya yang anda
akan ikuti.
Rujuk semula 3 rancangan anda sebelum ini dan pilih satu yang anda rasa terbaik dan
paling realistik untuk dimulakan.
Langkah 9
Jika pada masa ini atau akan datang anda memerlukan bantuan untuk menulis resume
atau cara menghadapi temuduga, anda boleh berhubung dengan kaunselor anda.
Boleh jadi anda ingin berjumpa dengan kaunselor yang anda telah temui sebelum ini
untuk mendapatkan pandangan berhubung dengan rancangan tindakan anda.
RUJUKAN
Brown, D. & Brooks, L. (1984), Career choice and development. San Francisco: Jossy-
Bass Publishers.
Hackett, G., & Betz, H.E. (1981), A self-efficacy approach to the-career development of
women. Journal of Vocational Bahavior. 18: 326-339
Holland, J.L. (1973), Making vocational choice: A theory of careers. Englewood Cliff,
New Jersey: Prentice Hall Inc.
Holland, J.L. (1965), Making vocational choice: A tehory of vocational personalities and
work enviroments. Englewood Cliffs, N.J: Prentice Hall
Norida Abdullah, Ahmad Rozelan Yunus & Hafzan Ariffin (2008), Keselarasan Personaliti
dengan Program Pengajian dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik
Pelajar UTeM, Jurnal PERKAMA, 14. pp. 23-54.