SENARAI KANDUNGAN
Bil. Perkara muka surat
Penghargaan 2
Biodata 3
Pengakuan Pelajar 4
Pengenalan 5
Ciri-Ciri Kesusasteraan 6
Puisi Tradisional 10
Kajian Tugasan 24
Rumusan 38
Refleksi 39
Lampiran
Rujukan
1
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianNya masih
memberi saya peluang untuk meneruskan kehidupan serta kesihatan yang baik
sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus projek (KKP) bahasa Melayu 2 ini.
Alhamdulillah, sepuluh jari saya tadahkan tanda memanjatkan kesyukuran
kepadaNya kerana sepanjang saya melakukan tugasan ini segalanya telah berjalan
dengan lancar dan selamat.
Selain itu, sekalung apresiasi juga saya ucapkan kepada pensyarah
pembimbing kami iaitu En. Azmi Bin Ayub yang telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada kami sepanjang melakukan dan menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar
dan nasihatnya telah sedaya upaya saya untuk saya praktikan dan aplikasikan
dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau juga, sudah pasti tugasan
ini tidak berjaya dilaksanakan dan banyak kesulitan yang saya alami. Banyak
perkara baru yang saya dapat melalui bimbingan beliau sepanjang menyiapkan kerja
kursus ini.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang selama ini
sanggup memberi serta meluangkan masa yang begitu berharga bagi membantu
dan bekerjasama menjayakan tugasan ini sehingga berjaya. Segala tunjuk ajar dan
bimbingan rakan-rakan juga telah sedikit sebanyak mengajar saya erti bekerjasama
dan tolong menolong antara satu sama lain dan paling penting mengajar tentang
perlunya berbincang dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Segala idea yang
disumbangkan melalui perbincangan telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu, satu perkara yang saya rasa paling bermakna yang saya dapat
sepanjang menyiapkan kerja kursus ini ialah saya dapat mengetahui dengan lebih
mendalam mengenai Bahasa Melayu iaitu major mata pelajaran yang telah saya
ambil di institut perguruan ini. Sedikit-sebanyak, segala pencarian ilmu yang telah
saya lakukan sepanjang menyiapkan kerja kursus projek ini diharapakan dapat
membantu saya untuk menjadi seseorang yang lebih berilmu. Sekian Terima Kasih.
2
BIODATA
NAMA : MUHAMMAD ALIF IQBAL BIN MOHD NOOR
NO.KAD PENGENALAN : 920328-11-5111
NO. TELEFON : 014-5314384
ALAMAT : 3471, KAMPUNG PAYA DATU, MANIR, 21200, KUALA
TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
INSTITUT : INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR,
JALAN SIKAMAT, 70400, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
OPSYEN : BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / SENI
AMBILAN : JUN 2010
Emeil : [email protected]
3
Pengakuan pelajar
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan:
Nama Penulis:
Tarikh
4
1.0 PENGENALAN
Sebelum kita pergi lebih jauh, elok kiranya kita lihat dahulu definisi puisi
secara umum. Menurut Siti Hajar(2009) dalam bukunya iaitu Bahasa Melayu II, puisi
merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu dan tanpa
menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Ia sebenarnya tidak terdiri daripada
ayat yang lengka, melainkan terdiri daripada frasa yang disusun dalam bentuk baris.
Lazimnya, puisi merupakan bahasa yang beriramadan apabila dibacakan, pembaca
akan merasa rentaknya.
Antara contoh puisi yang boleh kita lihat pada hari ini ialah sajak, pantun,
syair, gurindam, seloka dan nazam. Selain daripada pembahagian dengan
berdasarkan bentuk lahiriah karya seperti tadi, hasil karya kesusasteraan juga boleh
dibahagikan mengikut struktur isi kandungan sesebuah teks. Ianya boleh terbahagi
kepada dua kategori besar iaitu naratif dan bukan naratif. Selain itu, puisi terdiri
daripada dua kategori iaitu puisi moden dan puisi tradisional. Antara contoh puisi
moden ialah sajak dan cerpen manakala contoh puisi tradisional pula ialah syair,
pantun dan gurindam. Seiap puisi ini mempunyai kaedah tertentu untuk dituturkan
dan terdapat perbezaan khusus pada setiap puisi.
Karya naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot
iaitu karya ini merupakan bahan sastera yang menceritakan sesuatu peristiwa.
Dalam karya naratif terdapat unsur-unsur watak dan perwatakan, latar, sudut
pandangan pencerita, selain unsur tema dan gaya bahsa serta persoalan.
Kesusasteraan seperti ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa dan sekiranya
terdapat dalam bentuk puisi ia akan disebut sebagai puisi naratif. Contoh piusi
naratif yang ada ialah Syair Siti Zubaidah. Kesusteraan naratif moden moden yang
dapat kita perhatikan pada hari ini adalah dalam bentuk filem dan drama.
Karya bukan naratif pula adalah hasil sastera yang tidak mengandungi plot.
Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang jika dibandingkan
dengan kesusasteraan naratif. Kesusasteraan bukan naratif kebnyakkan lahir dalam
bentuk puisi.
5
2.0 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk
dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang
menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut yang berhubungan langsung
dengan pengarang. Bagi seseorang pengarang, amat perlu baginya untuk
mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan
pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh
khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan
khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu
memberikan fungsi yang tertentu kepada khalayak.
Dalam mengklafisikan kesusasteraan Melayu, terdapat lima cirri yang diambil
kira. Berikut merupakan cirri-ciri kesusasteraan Melayu iaitu:
Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam
bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa
kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya
adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud
manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu
menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam zaman
tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan
sebagainya yang digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan
karya mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh
'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara
percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak
mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu,
saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu
sahaja.
6
Tulisan
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah
menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan
besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada
tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan
menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak
istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan
itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya
kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada
untuk memenuhi kehendak golongan istana.
Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa
dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa
tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.
Bukan kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana
dan sebagainya. Kebiasaanya, karya ini lebih berbentuk formal dan fakta kerana
karya seperti ini memerlukan penulis menyatakan maksud penulisannya secara
terus tanpa menggunakan bahasa yang berbelit-belit
Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh
seseorang penulis. Berdasarkan keupayaan penulis untuk menghasilakan sebuah
puisi yang indah. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa yang sesuai akan
menghasilkan sebuah puisi yang menarik.
7
2.1 FUNGSI KESUSASTERAAN
Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan
mempunyai dua fungsi yang jelas:
1. Pendidikan/Pengajaran/Didaktik
2. Kepuasan estetik.
2.1.1Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan
Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan
sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-
pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan
manusia yang telah menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman para
pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang
terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan
agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan
unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila
khalayak menikmati karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran
atau ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk personaliti
pembaca ke arah kebaikan.
2.1.2 Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.
Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya dicari
dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu estetik juga disebut
estetika. Ia diambil dari kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya
meminjam perkataan tersebut daripada budaya Greekaisthanesthai yang boleh
diertikan sebagai to preceive. Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik
adalah falsafah keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai
oleh Socrates.
8
Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik merupakan
kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa.
Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering
dikaitkan dengan falsafah seni.
Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini
Kesusasteraansebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam sastera atau
seni lainnya. Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa
kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam
diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai
apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya
dan juga pembaca dari segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya.
Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan
merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.
9
3.0 PUISI TRADISIONAL
Puisi-puisi Melayu tradisional merupakan contoh terbaik yang menceritakan
berkaitan akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi
Melayu tradisional yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata
yang memikat hati budisehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan
khazanah warisan Melayu sejakzaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti
pepatah, pantun, gurindam dan peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu
mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta
(worldview) dan komponen nilai serta akhlak.
Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah
ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam
aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah
sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen
nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu
tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi
kebenaran, kebaikan dankeindahan.2
Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah
warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai
luhur. Pengaruhdaripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan
ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi
didefinisikan sebagai akal atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau
abstrak, yang praktika lataupun teoritikal.
Dalam puisi tradisional juga terdapat nasihat yang disampaikan secara
tersirat mahupun tersurat mengikut kesesuaian waktu. Selain itu, ada juga puisi
tradissional yang digunakan bertujuan untuk menyampaiakan sesuatu hasrat seperti
pantun yang biasanya digunakan sewaktu proses merisik. Secara umumnya, boleh
dikatakan bahawa, puisi digunakan dalan kehidupan seharian masyarakat Melayu
terdahulu sebagai pelengkap kepada kehidupan mereka.
10
3.1 JENIS PUISI TRADISIONAL
Walaubagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih
memerlukan maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil
kesusasteraan itu merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun
masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap
sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak
pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut.
Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan
puisi bebas (lihat lampiran).
Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan
jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih
kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat
jenis-jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba,
peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qit’ah, masnawi, ghazal,
dikir atau zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan,
perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan
berzanji.
3.1.1 Pantun
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya
puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu.
Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah
pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin
Ahmad(Za’ba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen.
Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat
dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih
sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian
atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.
Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan,
berpasangan, dan berangkapan. Oleh itu, antara ciri-ciri pantun ialah rima
akhirnya mesti a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen utama
iaitu pembayang atau sampiran dan maksud.
11
Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea.
Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap
barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai
dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima
perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan.
Maksudnya berdiri sendiri kecuali pantun berkait, dan setiap rangkap membawa
persoalan yang sempurna.
Contohnya: pembayang
Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti
“pantun kanak-kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya
bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang
boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris
pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan
lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga
pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya.
Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-
bagai tema, persoalan dan mesej
Contohnya:
Pantun Budi
Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbuah lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
12
Pembayang
Maksud
Sapu tangan berkaki merah,
kakinya diletak dalam perahu,
Luka di tangan berdarah merah,
Luka di hati tak dapat nak tahu.
Tanduk tidak berguna lagi.
Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.
Tanam lenggundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.
Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit membuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.
Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.1.2 Syair
Harun Mat Piah, (1989) mengatakan walaupun syair berasal dari Arab-Parsi
namun syair Melayu tidak beracuan syair daripada tradisi Arab atau mana-
mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu
Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal
bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat
bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-Kamil yang
dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang
terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai.
Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat
atau prasasti Minye Tujuh (1380 M). Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa
Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah
Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang
13
telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup
berkesan dan ilmiah temanya.
Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih
mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada
bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.
Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap
dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat
Melayu walaupun terdapat juga variasi-variasi bentuk yang lain.
Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai
beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:
1. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap)
2. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.
3. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.
4. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.
5. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.
6. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan
7. Empat baris seirama (monorhyme).
8. Empat baris berkait.
Menurut Harun Mat Piah(1983), variasi bentuk syair ini membuktikan
bahawa syair tidak terhad kepada satu bentuk sahaja walaupun bentuk empat
baris serangkap, dengan rima a/a/a/a lebih luas digunakan. Berdasarkan isi dan
tema, syair Melayu mempunyai tujuh jenis tema yang berbentuk cerita(bukan
naratif) iaitu syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair keagamaan, dan
syair kiasan. Manakala syair bukan cerita ialah syair agama, syair nasihat dan
tema-tema lain yang berasingan
Contohnya:
Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan Hidup
Berkata ilmu akulah sultan,
Kerajaan aku darat dan lautan,
Jahil berseru akulah syaitan,
Ikutlah aku merata hutan.
Ilmu itu gemala sakti,
14
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didaati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat ternilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya bersukat digunakan,
Di laut, di darat, di rimba dan pekan.
Jasa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Jasa berhimun ialah pengenalan,
Hiasan penyata polan si polan
…
Sumber: dituturkan oleh Haji Abd. Rahim Shafie, Langkawi, Kedah keada
Wahyunah Haji Abd. Gani dan Mohamad Shaidan (peny.), 2000 dalam Puisi
Melayu Lama Berunsur Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.1.3 Gurindam
Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai
bentuk atau skema rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti
pantun atau syair. Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya
tetapi dari segi bahasa terdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat
dan bernas. Isinya lebih menekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran.
Hal ini dipersetujui oleh Sutan Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi
Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang
mengandungi kebenaran”.
Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan dan penyusunan
kata-katanya yang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan mendalam. Ini
diperkuatkan lagi dengan penggunaan pengulangan pernyataan isi atau
15
pemikirannya. Dengan bahasa seperti inilah dapat dirasakan unsur-unsur nasihat,
pengajaran dan kebenaran secara jelas serta berkesan, unsur-unsur tersebut
disampaikan melalui penegasan bahawa manusia dan aspek kehidupannya
mempunyai kelebihan keistimewaan serta kemuliaan yang diasaskan oleh sikap,
bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu ada yang terikat dan
ada yang tidak terikat atau bebas. gurindam berbentuk terikat terdiri daripada dua
baris dan berima a/a. Kedudukan atau peranan baris 1 itu sebagai isyarat dan baris
2 sebagai jawab. Ini dapat diteliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji.
Gurindam Dua belas. Anatar gurindam yang mudah dilagukan ialah gurindam dua
baris terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampir tetap dalam sebaris.
Kita boleh membaca gurindam dengan menggunakan irama Gurindam Bangsawan
atau irama Syair Versi Kedua.
Contohnya:
Fasal 1
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka yaitulah orang yang makrifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat .
16
Fasal 2
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji. . . . . . . . . . . .
3.1.4 Seloka
Harun Mat Piah, (1989) mendefinisikan seloka dari segi istilah, seloka berasal
daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada yang
terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku
kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional,
seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau
tidak berangkap). Jika berangkap, tidak tentu barisnya dalam serangkap dan tidak
tentu jumlah perkataan dalam sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau
tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea
Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti
gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini
berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya mengutarakan isinya
secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang
mengandungi nada atau perasaan yang asyik dan berkhayal.
17
Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias,
tidaklah menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang
selalunya disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga
kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama.
Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang
dibawa olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau
sindiran yang sinis tetapi seloka mengandungi ejekan dan nada-nada sinis;
menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui
peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut.
Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar
dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai
Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir
masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.
Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret
dan lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan
menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.
Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat
menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat
mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat
halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang
perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu
sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa
atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir,
mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu
kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan
sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
18
Contoh:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
ada nasi dicurahkan
awak pulang kebuluran
mudik menongkah surut
hilir menongkah pasang
ada isteri dibunuh
nyaris mati oleh tak makan
masa belayar kematian angin
sauh dilabuh bayu berpuput
ada rumah bertandang duduk.
Seloka ini adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. Cerita itu sendiri penuh
sindiran yang tajam dan sehingga hari ini digunakan untuk kiasan terhadap nasib
bangsa yang menumpang di rumah sendiri.
3.1.5 Nazam
Nazam berasal daripada istilah Arab nazam yang bererti puisi. Sejenis puisi
yang terikat. Bentuk puisi ini biasanya digubah oleh ulama menurut kaedah dan
pertimbangan puisi Arab. Temanya selalu berhubung dengan keagamaan,
pendidikan, dan keilmuan. Antara ciri-ciri khasnya ialah terdiri daripada dua baris
serangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata di dalam sebaris antara 10-12
suku kata. Yang kedua, skema rimanya ialah a/a, b/b, c/c, serima (monorhyme)
dan seterusnya. Isinya pula menyentuh tentang hal-hal agama. Isinya tidak
sempurna dalam dua baris; dan puisi bentuk nazam ini boleh dibawa secara
berlagu seperti nasyid dan qasidah. Tema dalam puisi nazam selalunya berhubung
dengan persoalan keagamaan, pendidikan, dan keilmuan. Ada juga yang
bertemakan nasihat, akhlak dan sebagainya.
19
Mesej yang terkandung dalam nazam menggambarkan fungsinya yang
tersendiri antaranya menyampaikan peristiwa sejarah seperti hal-hal yang berkisar
dengan perjalanan hidup atau riwayat Nabi muhammad s.a.w, menyamaikan
pengajaran agama seperti ilmu tauhid, dan menyampaikan nesihat dan pendidikan.
Penyebaran dan fungsi nazam dalam kehidupan masyarakat Melayu
tidaklah seluas pantun dan syair. Pada umumnya nazam digunakan dalam
menyampaikan ajaran Islam yang meliputi perihal Nabi Muhammad s.a.w.,
pelajaran tauhid, fikah, dan rukun iman. Bentuk nasyid dan zikir menjadi wadah
penyebaran nazam dan biasanya disamakan dalam majlis-majlis keagamaan
seperti sambutan awal Muharam, Maulidur Rasul, khatam al-Quran, berendoi dan
sebagainya. Contohnya:
Nazam Ajal
Oleh Hj. Ahmad Mufti
Kalau sungguh kamu yakin,
Jangan kamu lalai pada nafsu hati.
Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu.
Ingat-ingat hai saudara masa itu,
Nyawa sampai batang leher baru tentu.
Kita ini akan matilah sudahnya,
Tidak tahu bila samaikan ajalnya.
Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.
Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.
Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.
Sumber: dipetik daripada Md. Ali Bachik (Iladam), 1989. himpunan Puisi Klasik.
Shah Alam: Marwilis Publisher.
20
3.1.6 Teromba
Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi
ini dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada
masyarakat Melayu Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta
norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang
diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan
mengamalkannya.
Berdasarkan struktur visualnya, teromba tergolong sebagai puisi tidak terikat
kepada perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang berangkap
dan ada yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu.
Demikian juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala
menggunakan juga puisi Melayu tradisional yang lain seperti pantun, syair, rubai,
talibun, dan ungkapan tradisional (peribahasa berangkap).
Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang
cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat,
peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu
masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat
yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun.
Selain itu teromba berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan
adanya adat, peraturan dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak
boleh dilakukan dalam hidup bermasyarakat, menggambarkan corak dan pola
hidup bermasyarakat pada satu-satu masa dan zaman, menggambarkan corak
pemikiran masyarakat yang mengamalkannya, kerana pembentukan teromba jelas
berdasarkan kebijaksanaan dan pemikiran yang dalam dan tinggi tentang falsafah
hidup masyarakatnya.
21
3.17 Mantera
Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal.
Genre ini merupakan antara puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan
masyarakat Melayu selain pantun dan syair, walaupun penggunaannya lebih
eksklusif, kerana mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu
sahaja seperti pawang dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat
menimbulkan kuasa ghaib atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti
untuk menyembuhkan penyakit (Harun Mat Piah, 1989).
Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat
sama ada dari segi rangkap, baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau
urutan rimanya. Dari segi penggunaan bahasanya, mantera digubah bahasa
khusus dan sukar difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau bomoh
sendiri pun, jika ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya.
Oleh itu, mantera sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh
dituturkan sewenang-wenangnya tanpa bersebab kerana bahasa mantera
dianggap keramat dan tabu.
Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya
diturunkan kepada orang yang dipercayai dan orang yang akan menggantikan
mereka dalam bidang perpawangan atau perbomohan. Pawang atau bomoh ini
merupakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai
dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat.
Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang
sangat bergantung hidup dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan
perkembangan tamadun sekarang, mantera mungkin tidak lagi dicipta; tidak
seperti pantun dan syair yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas.
Walaupun mantera telah tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan
kedatangan Islam, pengaruh Islam telah diserapkan ke dalam bentuk mantera
dengan menambah nama-nama atau istilah-istilah yang ada kaitannya dengan
Islam.
22
Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan mantera
tersebut diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat.
Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama
dan nada yang tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan
menghalau makhluk halus yang dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang
mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat. Mantera juga dijadikan
pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam
upacara-upacara seperti adat dan istiadat.
Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya,
mantera masih lagi menepati fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat
pemantapan sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran
sistem projeksi masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan
sesuatu institusi masyarakatnya.
Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit,
mantera pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang
unsur jahat atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada
pengamal dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan dalam pekerjaan
supaya setiap usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan,
dan mentera adat istiadat pula digunakan dalam upaca-upacara adat dan istiadat.
Perwarisan mantera haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai
dengan genre mantera itu sendiri sebagai puisi yang bercorak sakral dan penuh
dengan pantang larang.
23
4.0 Kajian Tugasan Mengenai Pantun
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya
puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak
pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun,
antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Za’ba),
Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen.
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan
pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada
pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau
iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera
lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat
tersebut.
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan
perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.
Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak
berkait.
Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat
dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang,
telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau
sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.
Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan,
berpasangan, dan berangkapan. Oleh itu, antara ciri-ciri pantun ialah rima akhirnya
mesti a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu pembayang atau
sampiran dan maksud.
Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea. Penjenisan
pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya
mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan
pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap
pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri
kecuali pantun berkait, dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempuna
24
Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti
“pantun kanak-kanak”, “pantun kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya
bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang
boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris
pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan
lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga
pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya.
Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-
bagai tema, persoalan dan mesej
25
4.1 Kandungan Pantun Melayu
26
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
PEMBAYANG
RIMA
SUKU KATA
PERKATAAN
MAKSUD
1) Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.
Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada
maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan
pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
2) Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap
pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan
dalam pantun tersebut(tema).
3) Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.
Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
4)Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap
baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun
yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
5)Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris
pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap
pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris
pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b
dan ada juga berima a,a,a,a.
27
4.2 Fungsi Pantun
28
FUNGSI PANTUN
MENYATAKAN PENGHARGAAN
MELEPASKAN RINDU
BERJENAKAMEMBERI NASIHAT
BERTEKA-TEKIMEMBUAT SINDIRAN
4.3 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
29
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara
4-5 patah perkataan
maksud isinya sarat dengan pengajaran,
moral dan falsafah hidup
jumlah suku kata sebaris antara 8-12
suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di
atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada
pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang
menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan
menggunakannya.
Rima akhir a/b/a/b
4.4 Jenis-Jenis Pantun
30
JENIS-JENIS PANTUN
2
K
E
R
A
T
8
K
E
R
A
T
4
K
E
R
A
T
6
K
E
R
A
T
12
K
E
R
A
T
10
K
E
R
A
T
14
K
E
R
A
T
ANALISIS PANTUN
1)
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Secara lateral, dua baris pembayang berkenaan menceritakan bahawa ada
sesisir atau setandan pisang emas dibawa oleh seseorang sewaktu belayar. Pisang
itu diletakkan di atas peti. Pisang itu kemudiannya masak .Walaubagaimanapun,
pisang tersebut tidak masak sekaligus tetapi sebiji-sebiji.
Pada baris 3 dan 4 di bahagian maksud, kita diketemukan dengan kisah
orang yang berhutang. Ada dua bentuk hutang iaitu hutang barangan emas dan
hutang budi. Jika seseorang berhutang barangan emas, hutang tersebut boleh
dibayar oleh si pemiutang, tetapi kalau ia berbentuk budi, maka hutang itu tidak
dapat dibayar melainkan dibawa mati.
Melalui rangkap pantun ini, kita disuakan dengan 4 kisah berlainan yang
kelihatannya tidak saling berhubungan antara satu sama lain iaitu :
1. Kisah orang belayar.
2. Kisah pisang emas masa di atas peti.
3. Kisah hutang emas.
4. Kisah hutang budi.
Oleh itu, untuk mendapatkan signifikannya haruslah dicari perkataan utama
yang menjadi penanda untuk baris pembayang dan baris maksud. pembayang
ditandai kata kunci 'belayar' dan maksud ditandai kata kunci 'hutang'. Dalam konteks
ini, 'belayar' adalah akibat dan 'hutang' adalah sebab. Seseorang harus belayar
untuk membawa hutangnya. Hutang menjadi sebab untuk seseorang belayar.
Dengan ini 'belayar' menjadi indeks yang boleh diertikan kekayaan atau kekuasaan.
Oleh itu, 'belayar' berindeksikal dengan 'hutang'.
31
Hipogram I berupa semi-andaian. Kita mungkin sahaja memberi andaian awal
bahawa ‘pisang emas’ berikonik dengan ‘hutang emas’ bukan sahaja secara
linguistik tetapi berdasarkan kesejajaran sifat antara keduanya. Berhutang emas
sama sedapnya seperti memakan pisang emas. Hipogram II, kita mengesan kod
tanggapan biasa pembaca. Pembaca telah terbiasa dengan kod ‘hutang’ yang sering
menjadi indeks dalam kehidupan harian mereka. ‘Hutang’ merujuk kepada pemilikan
harta yang menandakan pertentangan kelas antara kaya dan miskin. Si kaya
sebagai penghutang sementara si miskin menjadi pemiutang. Hutang biasa
ditanggap dalam dua bentuk iaitu hutang barangan (benda) dan hutang budi
(emotif).
Pada sarwajagat umum, hutang emas boleh dibayar, kerana ia berbentuk
barangan, namun hutang budi akan kekal abadi hingga ke akhir hayat kerana
berbentuk emotif. Seringkali pula hal-hal yang berbentuk emotif seperti budi
berikonik dengan mati. Pada koda budaya, setiap manusia secara sedar atau tidak
pasti berhutang dalam hidupnya, paling tidak ‘berhutang’ dengan tuhan secara
emotif. ‘Pisang’ adalah sejenis buahan popular yang dimakan oleh orang Melayu.
Pada budaya pemakanan Melayu ada 3 jenis makanan yang boleh bertukar ganti
pada keadaan tertentu menjadi makanan ruji iaitu padi/beras/nasi, ubi dan pisang.
Pisang adalah simbol kemiskinan. Orang kaya lebih kerap menjadikan pisang hanya
sebagai pembasuh mulut sahaja.
Pisang banyak ditanam dan dianggap penting oleh petani kampung yang
secara indeksikalnya miskin. Orang kaya menanam pisang hanya kerana hobi atau
sebagai penghias halaman rumah sahaja. Ternyata pisang amat penting dan
berpengaruh dalam kehidupan orang Melayu. Sifat pisang yang sedemikian rupa
berikonik dengan sifat hutang bukan sahaja secara linguistik tetapi juga secara
semantik. Seperti mana ‘pisang’, ‘hutang’ juga merupakan simbol kemiskinan. Orang
miskin kebanyakannya terpaksa berhutang demi meneruskan kelangsungan hidup
mereka. Dalam pengertian yang lebih luas, semua orang sebenarnya berhutang.
‘Hutang’ menjadi simbol kepada keperluan hidup manusia. Kita tidak hanya
berhutang wang/barangan tapi budi dan emosi.
32
Oleh itu, sama seperti ‘pisang’ yang menjadi keperluan jasad, maka ‘hutang’
pula bukan sahaja merupakan keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup
jasad malah batiniah juga. Jelasnya ‘pisang’ dan ‘hutang’ sama-sama penting dalam
hidup kita. Pisang emas adalah pisang yang rasanya paling sedap berbanding
pelbagai jenis pisang yang ada. Warna segar keemasannya sangat memikat,
walaupun ia adalah antara pisang yang bersaiz kecil. Dari aspek botani, warna buah,
susun atur buah disisir dan ditandannya serta bentuk fizikal pohonnya lebih cantik
dari pohon-pohon pisang lain. Secara linguistik dan semantiknya, ‘pisang emas’
berikonik dengan ‘hutang emas’. Berhutang memang sedap dan memikat. Tidak
kiralah sama ada hutang yang besar seperti hutang emas mahupun hutang yang
kecil seperti hutang budi. Malah semakin kecil (seni) hutang tersebut, makin tinggi
nilainya. Worl-view masyarakat Melayu terhadap keperkasaan di kecil telah lama
berakar umbi dalam cerita-cerita rakyat. Sang Kancil berbadan kecil tapi lebih
perkasa (pintar) dari Sang Harimau yang berbadan besar.
Kerana itulah ‘hutang emas’ yang bersifat kasar berikonik dengan ‘belayar’
yang berkonotasi kekasaran dan penderitaan. Sementara ‘pisang emas’ yang
berikonik dengan ‘budi’ dimuliakan ‘di atas peti’ dan kesannya tersemadi ‘di hati
hingga mati’. Pada satu sisi telah dijelaskan bahawa ‘pisang’ adalah simbol
kemiskinan dan kekayaan. Orang miskin terpaksa belayar di atas kapal kepunyaan
orang kaya untuk membayar hutangnya. ‘Belayar’ adalah simbol sekaligus adalah
indeks pada kekayaan. Orang akan belayar mencari kekayaan. Orang kaya akan
belayar untuk mencari kekayaan dan kekuasaan. Hal ini banyak tergambar dalam
cerita rakyat atau cerita penglipur lara.
Dunia pelayaran adalah dunia penuh risiko. Oleh itu mereka telah
memperingati diri sendiri dan orang lain juga bahawa ‘hutang’ yang nantinya sempat
dibayar dan akan ada juga yang tidak sempat dibayar tidak kiralah sama ada hutang
barangan atau hutang budi. Latar dan suasana ‘belayar’ yang secara luasnya dapat
disimbolkan sebagai hidup dan perjuangan mengajar mereka untuk berhati-hati,
bersyukur dan memuliakan hasil jerih lelah mereka. Kerana itulah ‘pisang’ yang
penuk nikmat tersebut harus ‘dimasakkan’ secara berdikit-dikit (sebiji/sebiji demi
33
sebiji) agar mereka dapat menikmati hasilnya semaksimum mungkin. sifat berjimat-
cermat ini membolehkan mereka mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin untuk
dibawa pulang, yang akhirnya membolehkan menjadi kaya-raya, punya kuasa dan
dihormati. Itulah versi dan misi hidup yang mereka muliakan dan seringkali
diingatkan. Kerana itulah ‘pisang’ tersebut diletakkan ‘di atas peti’. Kalau disimpan
pisang tersebut di dalam atau di bawah peti, mereka mungkin lupa diri dan tujuan
‘pelayaran’ mereka kerana ‘pisang’ yang menjadi visi dan misi mereka terselindung
dari pandangan mata.
Sememangnya perjuangan hidup tidak akan selesai. Semakin getir hidup kita,
semakin tabah semangat dan perasaan kita. Semakin lama hidup, semakin kaya kita
dengan aneka ragam pengalaman. Ada yang boleh kita ‘bayar’ iaitu manfaatkan di
dunia dan ada yang menjadi nostalgia abadi yang tersemat disanubari; yang kita
ingat, kenang dan sanjung sampai mati; yang mengulit mimpi-mimpi indah kita di
alam barzakh. Maka ‘budi’ baik yang diterima sewaktu di dunia akan dikunci ‘di peti
hati’ lalu bersemadilah ‘budi’ dan ;kematian’ kita ‘di dalam peti’ untuk selama-
lamanya. Dengan ini ‘peti’, ‘budi’ dan ‘mati’ adalah simbol yang saling berhubungan
secara ikonik-ikonik antara dua dunia; dunia kehidupan dan dunia kematian.
34
2)
Kalau ada duit sekupang,
Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.
Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud seseorang yang sudah lupa
diri. Pantun ini bertujuan untuk menyindir segelintir masyarakat yang hidupnya
terlalu mementingkan diri. Kemungkinanan nasihat yang disampaikan secara terus
dan tereng-terangan akan mengundang pergaduhan dan kesan yang kurang elok.
Oleh yang demikian, pantun telah digunakan sebagai medium untuk menyampaikan
nasihat itu secara tersirat. Dalam pantun ini, simbol alam banyak digunakan iaitu
padi, burung, ulat dan daun. Simbol alam digunakan bukan dengan sesuka hati.
Melalui simbol ini, kita dapat lihat bahawa masyarakat pada waktu ini amat
dekat dengan flora dan fauna. Mereka bukan sekadar dekat dengan flora dan fauna
tetapi telah menggunakan symbol ala mini dengan sebaik mungkin agar mesej yang
hendak disampaikan berjaya disampaikan. Satu perkara yang mungkin kita sedar,
penggunaan perkataan padi dalam pantun ini turut menggambarkan bahawa padi itu
begitu sinonim dengan kehidupan mereka. Kehidupan masyarakat yang telah
tertumpu kepada penghasilan padi telah mengundang kedatangan burung.
Di sinilah kaitanya antara padi dan burung. Satu perkara yang mungkin kita
boleh lihat kenapa penggunaan perkataan burung digunakan ialah kedatangan
burung telah mengundang masalah kepada penduduk yang telah bergantung harap
kepada kemenjadian padi. Oleh kerana kedatangan burung, mereka telah
kehilangan sumber pendapatan malahan telah kehilangan tempat bergantung harap.
Dari sudut falsafah, burung menjadi simbol kepada orang yang lupa diri kerana
burung lantas terbang setelah padi habis di makannya.Selain itu,ulat turut
diibaratkan sebagai seseorang yang lupa diri kerana ulat telah melupakan daun
sedangkan daun adalah asal usul ulat.
35
Kemudian kita lihat pula kaitan antara penggunaan perkataan kupang dan
duit dalam pantun ini yang terdapat pada bahagian pembayang pantun. Hal ini
kerana, kita mesti tahu perkaitan antara pembayang dan mksud pantun itu. Apa
yang telah kita sedia maklum, penggunaan perkataan kupang sememangnya telah
digunakan oleh orng yang berada dikawasan utara semenanjung Malaysia yang
menjurus kepada ‘sen’ iaitu untuk merujuk kepada wang atau duit. Oleh itu, tidak
hairanlah perkataan duit turut mengekori perkataan kupang ini. Satu perkara lagi,
wang atau duit juga kemungkinan satu perkara yang sinonim dengan masyarakat.
Pada zaman dahulu, duit merupakan satu perkara yang akan menjadikan
seseorang itu dipandang tinggi oleh masyarakat selain mempunyai budi pekerti yang
mulia. Bagi mengaitkan perkataan duit tadi dengan padi, ianya menjadi simbolik
bahawa dengan mengusahakan padi, mereka mampu memperoleh hasil yang
lumayan kerana padi merupakan makanan utama masyarakat dahulu mahupun
sekarang. Jadi, tidak hairanlah, dalam pantun ini ada digunakan perkataan duit dan
padi yang mempunyai perkaitan antara satu-sama lain.
Selain itu, untuk menunjukan bukti yang lebih jelas bahawa penggunaan
perkataan dalam pantun ini bukan direka sebarangan adalah penggunaan perkataan
‘kupang’ dan ‘ padi’. Seperti yang kita sedia maklum, perkataan ‘ kupang’ lazimnya
digunakan oleh orang utara. Bagaimana nak kaitkan penggunaan perkataan
‘kupang’ yang kebiasaanya digunakan oleh orang utara dengan perkataan ‘padi’?.
Jawapanya ialah. umum kita mengetahui bahawa padi sudah sinonim dengan orang
utara terutamanya orang Kedah sehinggakan Negeri Kedah digelar sebagai
‘jelapang padi’. Konklusinya, sudah jelas bahawa pantun ini berkait rapat dengan
budaya dan masyarakat orang utara yang menjadikan menanam padi sebgai aktiviti
utama mereka.
36
Seterusnya, kita lihat pula perkaitan antara pembayang baris pertama dengan
pembayang baris kedua yang turut menggambarkan kehidupan masyarakat pada
zaman dahulu. Secara logik akal, maksud yang hendak disampaikan pada dua baris
pembayang ini ialah dengan jumlah wang sebanyak sepuluh sen, mereka sudah
mampu membeli cuka untuk setahun. Sekiranya dibandingian dengan realiti zaman
sekarang, jumlah sepuluh sen tidak membawa sebarang makna apatah lagi hendak
membeli cuka untuk tempoh masa setahun.
Penyataan di atas jelas menunjukkan bahawa taraf hidup masyarakat pada
zaman dahulu berada pada tahap yang rendah sekiranya hendak dibandingkan
dengan zaman sekarang. Jumlah wang sepuluh sen pada zaman dahulu amat
bermakna dan begitu tinggi nilainya. Selain itu, nilai yang terkandung dalam baris ini
ialah amalan berjimat-cermat dan bersederhana dalam kehidupan. Bayangkan cuka
yang digambarkan dalam pantun di atas mampu bertahan untuk setahun? Begitulah
sikap berjimat yang digambarkan dalam pantn di atas.
Natijahnya, jelas menunjukkan bahawa dalam pantun ini terdapat perkaitan
yang jelas antara pantun ini dan cara serta budaya masyrakat. Bukan sekadar
menjadi perhiasan di bibir tetapi membawa satu makna yang mendalam sekiranya
dikaji dengan mendalam. Secara keseluruhanya, pantun diatas memaparkan unsur
pengajaran iaitu kita tidak seharusnya lupa diri kerana sifat ini akan membawa
kepada kehancuran diri sendiri terutamnya dalam hidup dalam sesuatu komuniti
masyarakat.
37
5.0 Rumusan
Secara keseluruhanya, satu perkara yang saya dapat simpulkan bahawa
melalui pantun ini terdapat unsur-unsur tertentu yang membentuk pantun itu sendiri.
Hal ini kerana, pantun ini bukan terbenruk secara spontan tetapi mempunyai
perkaitan rapat dengan budaya, nilai serta latar masyarakat pada zaman dahulu.
Sekiranya diamati dan dikaji dengan lebih mendalam mengenai sesuatu pantun, kita
pasti dapat mengetahui aktivi serta cara hidup masyarakat dahulu terutamanya dari
segi hidup bermasyarakat.
Tambahan lagi, melalui pantun ini juga kita seolah-seolah merentasi satu
dimensi zaman yang lampau. Hal ini kerana, cara hidup masyarakat dahulu tidak
sama dengan cara hidup masyarakat sekarang. Oleh yang demikian, warisan
terdahulu yang mungkin tidak kita ketahui akan dapat diterokai balik melalui kajian
yang lebih mendalam mengenai pantun. Dalam kata lain, kita seolah-olah mampu
berkomunikasi dengan zaman lampau walaupun umum mengetahui masa yang
berlalu tidak akan kembali. Di dfalam puisi tradisional khususnya pantun ini telah
menceritakan segalanya yang berkaitan dengan budaya serta cara hidup
masyarakat dahulu.
Disamping itu juga, dalam pantun itu sendiri terkandung mesej tidak kira
tersurat mahupun tersirat. Dalam mesej itu, terdapat unsur-unsur nasihat yang
mampu membina ketamadunan sesuatu bangsa. Kadang-kala kita memandang
enteng akan fenomena ini sedangkan melalui pantun inilah masyarakat dahulu
mampu mewujudkan sebuah komuniti masyarakat yang hidup dalam keadaan aman
damai. Hal ini kerana, melalui pantun inilah masyarakat zaman dahulu mampu
mengelak sebarang persengketaan tatkala ditegur kerana teguran dilakukan secara
tersirat.
Satu perkara yang penting, pantun ini akan hilang dek ditelan zaman andai
terus dilupakan sedangkan dalam pantun banyak terkandung nilai-nilai muni. Nilai-
nilai murni inilah yang mampi diwarisi melaui turun-temurun dan diharapkan mampu
diterapkan dalam diri masyarakat pada hari ini. Sekiranya pantun ini dilupakan, pasti
nilai-nilai murni yang ada turut hanyut ditelan zaman.
38
REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu Akademik 2 ini, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang telah saya
tempuhi. Pada pendapat saya, satu masalah yang paling merumitkan saya adalah
masalah kekangan masa. Hal ini kerana, semua tugasan termasuk matapelajaran-
matapelajaran lain telah diberikan kepada kami dalam tempoh waktu yang sama.
Oleh yang demikian, segala tugasan harus disiapkan dalam waktu yang sama. Lebih
merumitkan lagi apabila, saya terpaksa menggunakan masa dengan bijak sewaktu
cuti bagi memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan. Sebagai palajar, saya tidak
boleh menjadikan semua itu sebagai kekangan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Selain itu, saya juga turut menghadapi masalah kekurangan sumber bahan
rujukan. Ini kerana, dengan masa yang suntuk, ditambah dengan waktu cuti, ia telah
mengehadkan perjalanan saya untuk berkunjung ke perpustakaan dan mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan bagi mencari sumber dan bahan rujukan seperti
novel dan sebagainya. Satu perkara yang saya rasa amat penting ialah saya turut
mengalami masalah untuk mengadakan perbincangan dengan pensyarah kami iaitu
En.Azmi Bin Ayub bagi mendapatkan mklumat tambahan dan menambah baik kerja
kursus saya. Sebagai contoh, kaedah pemilihan novel harus bijak bagi memastikan
matlamat kerja kursus ini tercapai. Perkara ini seharusnya dibincang terlebih dahulu
tetapi akibat daripada kekangan masa, semua ini tidak dapat dijalankan.
Akhirnya, Alhamdullilah, syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke
hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya, telah memberi saya kekuatan serta
kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini, sekaligus dapat
menyelesaikan segala masalah yang telah saya hadapi dengan jayanya. Pelbagai
cara dan kaedah telah saya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini. Atas
dorongan dan bimbingan pensyarah kami iaitu En. Azmi Bin Ayub, tugasan ini telah
berjaya dilaksanakan dengan lancar atas penerangannya sepanjang waktu
pembelajaran di dalam kelas. Sekalung apresiai yang tidak terhingga juga ingin
39
saya rakamkan kepada rakan-rakan atas kesudian meluangkan sedikit masa bagi
melakukan perbincangan berkumpulan bagi memantapkan lagi tugasan ini.
Dengan sedikit ruang dan kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada pihak Institut atas menyediakan rangkaian internat
tanpa wayar. Hal ini kerana, dengan kemudahan yang ada itu telah banyak
membantu saya bagi mendapatkan maklumat untuk dimasukkan dalam kerja kursus
ini. Kemudahan perpustakaan yang disediakan juga banyak membantu saya dalam
proses mengumpul maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Banyak maklumat yang
saya peroleh melalui perpustakaan.
Secara tuntasnya, dengan tugasan yang diberikan, saya mengharapkan
kepada diri saya sendiri agar sentiasa belajar daripada pengalaman tentang
bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan berdikari.
Pengalaman memang sukar dipelajari. Hanya orang yang pernah mangalaminya
sahaja mampu mempelajarinya. Hanya orang yang pernah merasainya sahaja
mampu bercakap tentangnya. Sebagai contoh, pengalaman dihantar untuk mengajar
ke sesebuah sekolah yang terletak di kawasan pendalaman, hanya orang yang
pernah berada di sana boleh menceritakan pengalaman itu. Selain itu, sepanjang
proses menyempurnakan tugasan ini, saya memperoleh banyak faedah,
pengalaman dan pengetahuan. Tugasan ini telah menguji kecekapan saya dalam
mengemukakan fakta, buah fikiran dan pandangan dengan menggunakan
kepelbagaian bahasa, dan dialek. Segala pengetahuan yang saya peroleh dari
tugasan ini akan cuba saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang akan saya hadapi kelak. Sebagai pelajar sekarang, saya harus bijak
membahagikan masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan dengan tidak menjadikn
kekangan masa sebagai alasan.
Sekian, terima kasih.
Oleh : MUHAMMAD ALIF IQBAL BIN MOHD NOOR
40
LAMPIRAN
BORANG REKOD KOLABORASI
KERJA KURSUS
PPISMP SEMESTER SATU AMBILAN JULAI 2008
INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR
NAMA : MUHAMMAD ALIF IQBAL BIN MOHD NOOR
UNIT : BM / PJ / SENI
SEMESTER : 2
NO KAD PENGENALAN : 920328-11-5111
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : EN. AZMI BIN AYUB
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU AKADEMIK 2
TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN
KOMEN PENSYARAHTANDA TANGAN
41
42