KOH 3432KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN
Sesi Jun 2011/2012
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
PPL, UPM
Maklumat Pensyarah
• Nama: ISHAK BIN ABD HAMID (Pak Ngah)
• Bilik Pensyarah: No. B127, Tingkat Satu, Bangunan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, UPM.
• Alamat: Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
Maklumat Pensyarah
Telefon: 03-89468779 (Rasmi)
03-89468777 (tinggalkan mesej pada Cik Hasnidah)
013-3801956 (hp)
E-Mel: [email protected]
Facebook: Cool Minded Pak Ngah
HURAIAN MENGENAI KURSUS
• NAMA KURSUS: KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANTARA PERSEORANGAN
• KOD KURSUS: KOH 3432
• KREDIT: 4(3+1)
• PRASYARAT: Tiada
Kursus ini membincangkan konsep-konsep dan teori-teori dalam komunikasi antara perseorangan; bagaimana komunikasi berfungsi dalam hubungan dan konteks yang berbeza; faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi dengan individu lain; dan kemahiran serta kepuasan berkomunikasi.
SINOPSIS:
OBJEKTIF:
Selepas mengikuti kursus ini, para pelajar dapat:
• menerangkan konsep dan prinsip komunikasi antara perseorangan.
• menentukan kaedah komunikasi yang sesuai dalam hubungan kemanusiaan.
• bekerja secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi antara perseorangan yang berkesan.
KANDUNGAN KURSUS
1. Pengenalan kepada komunikasi antara perseorangan
2. Diri komunikator
3. Persepsi dalam komunikasi antara perseorangan
4. Pencerapan dan memberi respons
5. Berkomunikasi secara verbal
6. Berkomunikasi secara bukan verbal
7. Dimensi dan prinsip-prinsip hubungan antara perseorangan
8. Menjalin, mengekal dan memutuskan hubungan
9. Pengendalian konflik dalam hubungan antara perseorangan
TEKS
Adler, R.B., Rosenfeld, L.B. & Towne N. (2002). Interplay: The process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace.
Beebe, S.A., Beebe, S.J., & Redmond, M.V. (2001). Interpersonal communication: Relating to others. Boston: Allyn & Bacon.
PENILAIAN:
Tugasan : 20%
Projek Penyelidikan: 30%
Peperiksaan Pertengahan: 20%
Peperiksaan Akhir: 30%
Jumlah = 100%
Markah dan Gred
MARKAH GRED ABJAD MATA NILAIAN
80 - 100 A 4.00
75 - 79 A- 3.750
70 - 74 B+ 3.500
65 - 69 B 3.000
60 - 64 B- 2.750
55 - 59 C+ 2.500
50 - 54 C 2.000
47 - 49 C- 1.750
45 - 46 D+ 1.500
40 - 44 D 1.000
39 atau kurang F 0
Penilaian
PEPERIKSAANBENTUK DAN BILANGAN
SOALANBAB-BAB YANG DINILAI
PERATUS MARKAH
Peperiksaan Pertengahan Semester
Soalan objektif 60 soalan objektif.
Bab 1: Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan.Bab 2: Diri komunikator Bab 3: Persepsi dalam komunikasi antara perseorangan.Bab 4: Pencerapan dan memberi respons.
20%
Peperiksaan Akhir Semester
Objektif80 soalan objektif.
Bab 5: Berkomunikasi secara verbal.Bab 6: Berkomunikasi secara bukan verbal.Bab 7: Komunikasi dan HubunganBab 8: Pengendalian konflik dalam hubungan antara perseorangan.
30%
Projek Penyelidikan (Berkumpulan) 30%
• Anda dikehendaki menemubual partisipan-partisipan mengenai bagaimana mereka mengisi masa lapang mereka.
• Analisiskan maklumat yang anda perolehi untuk menjawab soalan-soalan penyelidikan berikut:
Soalan-Soalan Kajian
1. Apakah tumpuan utama (masalah, concern, interest) mereka mengenai pengisian masa lapang mereka itu?
2. Bagaimanakah mereka mengendalikan tumpuan utama (masalah, concern, interest) mereka dalam mengisi masa lapang mereka?
Kaedah Mendapatkan Data
• Data HANYA diperolehi daripada temubual, perbualan, pemerhatian, kumpulan fokus dan lain-lain.
• Data dari media seperti bahan cetak, rancangan radio dan televisyen dan internet TIDAK perlu digunakan.
Kaedah Mendapatkan Data
• Anda tidak dibenarkan menggunakan alat perakam dan dilarang menulis sesuatu semasa temubual atau perbualan.
• Kenalpasti dan ingat konsep, tema atau kategori yang didengari dan tulis segera selepas data diperolehi dalam setiap pertemuan.
Kaedah Menganalisis Data
• Selepas setiap pertemuan (temubual), bandingkan data yang diperolehi itu dengan data yang diperolehi daripada partisipan sebelumnya.
• Apabila tiada lagi maklumat baru yang diperolehi dan telah muncul satu kategori yang sering disebut oleh partisipan maka pertemuan fasa pertama sudah berakhir. Anda seharusnya sudah mengenalpasti kategori utama atau tumpuan utama (main concern) partisipan.
Kaedah Menganalisis Data
• Pertemuan dengan partisipan pada fasa kedua bergantung kepada kategori utama (core category) yang telah ditemui.
• Hanya partisipan yang mempunyai core category yang sama sahaja perlu ditemui.
• Dalam pertemuan itu anda harus mendapatkan lebih banyak data terutamanya mengenai kaedah atau proses mereka mengendalikan main concern itu.
Kaedah Menganalisis Data
• Daripada data yang diperolehi, anda perlu menganalisis dan menentukan perkaitan perkara–perkara berikut:
– Sebab dan akibat
– Proses
– Perkaitan di antara variable-variable
Contoh: Shopping di KL
• Main concern: Kesesakan lalulintas
• Punca main concern: Hujan, peak/rush hour, cuti Thaipusam, cuti sekolah, hari Sabtu, lain.
• Pengendalaian main concern: Batal, tangguh pemergian, pergi bandar lain, naik ERL, naik komuter, on-line shopping.
Tugasan (Individu) 20 %
• Tulis satu esei mengenai pengalaman harian anda di pejabat tempat anda sedang atau pernah bekerja.
• Bagi pelajar yang tidak bekerja anda dikehendaki satu esei mengenai pengalaman kehidupan harian anda di rumah.
• Apakah isu atau perkara yang menjadi tumpuan atau masalah kepada anda semasa di pejabat atau di rumah.
• Sila tulis rujukan jika menggunakan sebarang teks.
• Esei anda hendaklah ditaip tidak kurang daripada 10 muka surat bersama senarai rujukan.
Format penulisan laporan untuk Tugasan 1 dan 2
Laporan anda mesti mengandungi perkara berikut:
• Pengenalan
• Metodologi kajian
• Hasil (dapatan atau penemuan)
• Kesimpulan
• Rujukan (Bibliografi)
FORMAT PENULISAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN
• Ditaip dalam tidak kurang daripada 20 muka surat (tidak termasuk lampiran).
• Laporan kajian anda mestilah ditaip berselang dua (double spacing) dengan fon Arial (11 poin).
• Sumber maklumat hendaklah dibuat rujukan.
• Laporan hendaklah dijilid dan mengandungi maklumat berikut:
Universiti Putra Malaysia
Tajuk: Menerima / Menolak Jemputan
Oleh:
Nama ahli-ahli kumpulan (No. matrik)
Nama Kursus:
Nama Pensyarah:
Tarikh
Kehadiran Tutorial
• Kehadiran tutorial adalah penting kerana:
• Kajian telah membuktikan bahawa terdapat korelasi antara kehadiran yang baik dan gred yang baik.
• Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan dan perbincangan semasa kelas tutorial dijalankan.
Kehadiran
• Pencerapan dan kebolehan meluahkan idea melalui percakapan adalah antara kemahiran berkomunikasi yang anda perlu tonjolkan semasa tutorial.
• Ahli-ahli dalam kumpulan anda pasti memerlukan anda semasa perbincangan.
• Anda akan dapati sukar untuk memahami topik yang dibincangkan semasa anda tidak hadir tutorial.
• Tutor berhak menilai pelajar semasa tutorial dan menghantar laporan penilaian kepada pensyarah.
Tanggungjawab Dan Etika
• Motivasi diri sendiri
• Tanggungjawab ke atas diri dan juga terhadap ahli-ahli kumpulan anda.
• Setiap tugasan mestilah bersifat asli bukan hasil peniruan atau penipuan.
Tanggungjawab Dan Etika • Ketidakjujuran termasuklah menggunakan kerja
orang lain sebagai hasil kerjanya, menyerahkan tugasan yang sama daripada kursus lain; berbincang, menipu atau meniru semasa peperiksaan; memasukkan nama pelajar dalam senarai pelajar yang membuat tugasan padahal pelajar tersebut tidak memberikan sebarang sumbangan; memusnahkan hasil kerja pelajar lain kerana dengki dan sebagainya.
• Jika diketahui, mana-mana pelajar yang terlibat dengan aktiviti tidak jujur ini akan diberikan gred F.
Penghantaran Tugasan
• Tugasan 1 hendaklah sampai ke PPL selewat-lewatnya seminggu sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester.
• Laporan Projek Penyelidikan wajib sampai ke PPL selewat-lewatnya seminggu sebelum Peperiksaan Akhir Semester.
• Semua tugasan yang lewat akan didenda. Dua markah akan ditolak bagi setiap hari yang terlewat.
Tidak Hadir Di Hari Peperiksaan
• Pelajar yang tidak hadir semasa hari peperiksaan mestilah menunjukkan sebab yang munasabah.
• Jika sakit hendaklah menunjukkan surat akuan doktor.
• Mereka yang tidak hadir tanpa alasan yang baik, tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan khas.
Rayuan Meningkatkan Gred
• Semua gred yang diterima adalah muktamad.
• Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
PETUA BELAJAR
• Hormat dan kasih pada pensyarah dan tutor
• Paksa untuk minat kepada kursus
• Konsisten dengan berdisiplin
• Rajin membaca modul
• Tonjolkan diri secara positif dalam semasa tutorial dan sesi bersemuka.
• Tidak berputus asa dan tenang dalam ketegangan.
• Jaga kesihatan
• TAWAKKAL PADA ALLAH
Ikrar Pensyarah
Dengan ini saya berjanji akan mengajar pelajar-pelajar saya dengan ikhlas, bersungguh-
sungguh dan beretika.
SELAMAT BELAJAR
SEMOGA ILMU YANG ANDA PEROLEHI DARI KURSUS INI DIREDHAI ALLAH SWT DAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN HARIAN DAN PROFESIONAL