BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
1
LAPORAN KENDIRI BINA INSAN GURU
Oleh:
ZAINOR DIN BIN ABU HASAN
700620045013
KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011
PERINGKAT : KE-2 ( BENGKEL - kumpulan sasaran murid )
AKTIVITI 1 : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
TARIKH : 28 Mei ( Selasa ) dan 29 Mei 2013 ( Rabu )
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai
JUMLAH MURID : 80 Orang ( 39 Lelaki Dan 41 Perempuan )
Murid Tidak Hadir Hari Pertama : 70 / 80
Murid Tidak Hadir Hari Kedua : 76 / 80
( A ) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA
SEBELUM AKTIVITI
Sehari ceramah diadakan saya dan beberapa guru tahun 6 telah menyiapkan tempat
untuk aktiviti ini. Tempat yang dipilih ialah pusat sumber sekolah. Saya dan Cikgu Abdul
Kadir telah menyediakan peralatan siar raya dan projektor serta layarnya. Semua
peralatan diuji sebelum bengkel diadakan . Ini bagi membolehkan ceramah diadakan
tanpa ada gangguan teknikal . Kemudian kamu membantu guru-guru lain
mengemaskan kerusi dan meja untuk murid-murid. Kami memastikan jumlah kerusi
mencukupi mengikut jumlah murid. Guru kaunseling pula telah menyediakan borang
pendaftaran untuk mendaftarkan kehadiran murid sewaktu sesi bengkel . Tempahan
makan dan minum murid juga telah diuruskan oleh AJK makanan. Semua makanan dan
minuman murid serta penceramah dipesan daripada pihak kantin sekolah.
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
2
SEMASA AKTIVITI
Hari pertama: 28 Mei 2013 ( Selasa )
Dua bengkel teknik menjawab soalan UPSR dijalankan pada hari ini iaitu yang pertama
bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains bermula pada pukul
8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Penceramah untuk bengkel ini ialah
Cikgu Rohayah bt Ahmad dari sekolah SK Pulai sendiri. Pengerusi majlis bagi slot ini
ialah Puan Norlinda Md Tan. Kemudian murid dibenarkan berehat pada pukul 10.00
pagi hingga pukul 10.30 pagi. Makanan disediakan untuk murid-murid ketika waktu
rehat ini.
Pada pukul 10.30 pagi bengkel diteruskan dengan teknik menjawab soalan matematik
yang disampaikan oleh Encik Othman bin Abu dari SK Ayer Baruk , Jasin Melaka.
Bengkel menghadapi sedikit masalah disebabkan komputer riba penceramah tidak
berfungsi dengan baik. Namun masalah ini dapat diatasi selepas diberikan bantuan
teknikal oleh Encik Zainor Din. Puan Zaiton Mat telah menjadi pengerusi bagi slot ini .
Ceramah tamat pada pukul 12.45 tengah hari.
Memandangkan ceramah diadakan dalam waktu cuti persekolahan maka kehadiran
murid tidak seratus peratus hadir. Hanya 70 orang murid sahaja yang hadir pada hari
ini.
Hari kedua: 29 Mei 2013 ( Rabu )
Dua lagi bengkel teknik menjawab soalan diadakan pada hari kedua ini. Bengkel yang
pertama ialah bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Penceramah bagi slot ini ialah Encik Halili Haron seorang ketua penanda
kertas bahasa Melayu dari SK Peringgit. Pengerusi slot ini ialah Cikgu Zainor Din Abu
Hasan.
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
3
Selepas rehat Puan Emylyza bt Salimin dari SK Bukit Baru telah menyampaikan
ceramah berkenaan teknik menjawab Bahasa Inggeris. Pengerusi majlis ialah puan
Rozilah MD Zin. Bengkel tamat pada pukul 12.40 tengah hari.
Kedatangan pada hari kedua bertambah baik . Hanya empat orang yang tidak hadir.
Kehadiran mungkin disebabkan tindakan Guru Besar bersama Cikgu Zainor Din dan
Cikgu Abdul Kadir yang melawat rumah murid-murid yang tidak hadir pada hari
pertama. Empat orang murid yang masih tidak hadir kerana pulang ke kampung.
SELEPAS AKTIVITI
Selepas aktiviti bengkel tamat pada hari Rabu semua peralatan serta tempat ceramah
telah dikemas semula. Aktiviti ini dijalankan pada hari Khamis. Semua peralatan siar
raya , projektor serta layar telah dibuka dan dihantar semula ke pejabat sekolah. Kerusi
dan meja dalam pusat sumber disusun semula seperti sedia kala.
Pada keseluruhannya bengkel yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Semoga bengkel sebegini akan diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Disediakan oleh .
…………………………………
( ZAINOR DIN ABU HASAN )
TARIKH:
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
4
ANALISIS SWOT BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
KEKUATAN ( S ) KELEMAHAN ( W )
S1. Terdapat guru penanda kertas UPSR yang boleh
memberikan ceramah
S2. Guru-guru tahun 6 yang komited dengan tugas
mengajar subjek peperiksaan
S3. Sokongan pihak sekolah yang mengeluarkan
peruntukan
S4. Sokongan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke
sekolah.
S5. Sokongan daripada Jawatankuasa PIBG sekolah.
W1. Tempat ceramah yang tidak kondusif
W2. Terdapat murid yang tidak hadir
W3. Terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian
sewaktu ceramah diadakan.
PELUANG ( O ) ANCAMAN ( T )
O1. Hubungan yang baik antara penceramah jemputan
dengan pihak sekolah.
O2. Sokongan kewangan daripada pihak sekolah.
T1. Aktiviti pada waktu cuti sekolah menyebabkan
kehadiran murid tidak penuh.
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
5
GAMBAR-GAMBAR
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
BENGKEL SAINS
BENGKEL MATEMATIK
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
6
BENGKEL BAHASA MELAYU
SEBAHAGIAN MURID YANG MENGIKUT BENGKEL
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
7
BORANG LAPORAN SAHSIAH
AKTIVITI 1
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
SOALAN UPSR
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
8
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
9
LAPORAN KENDIRI BINA INSAN GURU
Oleh:
ZAINOR DIN BIN ABU HASAN
700620045013
KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011
PERINGKAT : 3 ( AKTIVITI KEMASYARAKATAN ( kumpulan sasaran murid )
AKTIVITI 2 : KEMPEN KESEDARAN ( Agensi Antidadah Kebangsaan )
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2013 ( KHAMIS )
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulai
KEHADIRAN MURID : 80 Orang ( 40 Lelaki Dan 40 Perempuan )
MURID TIDAK HADIR :
( A ) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA
SEBELUM AKTIVITI
Pihak sekolah melalui guru bimbingan dan kaunseling telah menghantar surat serta
panggilan telefon untuk mendapatkan masa yang sesuai untuk ceramah diadakan.
Waktu ceramah terpaksa ditunda beberapa kali . Hal ini disebabkan pihak AADK ada
komitmen lain pada waktu ceramah yang telah dijanjikan. Setelah ditunda beberapa kali
akhirnya Ceramah kempen kesedaran AADK telah berjaya dijalankan pada 26
September 2013 bersamaan hari Khamis.
Setelah mendapat tarikh yang ditetapkan guru-guru tahun 6 bersama beberapa orang
murid telah menyiapkan tempat ceramah .Ceramah pada kali ini juga diadakan dalam
Pusat Sumber SK Pulai. Hal ini disebabkan dewan SK Pulai dalam proses menghias
untuk Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan 1 SK Pulai iaitu Puan Norhayati
Sulaiman.
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
10
SEMASA AKTIVITI
Ceramah telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 10.10 pagi. En.
Zainor Din telah menjadi pengerusi majlis dalam aktiviti ini. Ceramah disampaikan oleh
Encik Amin Fithri b. Hj Adnan Penolong Pegawai Antidadah ( ketua unit pencegahan
dan publisiti ) daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jasin.
Oleh sebab ceramah diadakan dalam waktu persekolahan maka kehadiran murid amat
memuaskan. Namun begitu terdapat sedikit gangguan bunyi bising diterima sewaktu
penceramah menyampaikan ceramahnya. Gangguan ini berpunca daripada suara
murid-murid yang tidak terlibat dan juga gangguan bunyi bising daripada pekerja yang
sedang memesin rumput di sekeliling pusat sumber sekolah. Gangguan-gangguan ini
menyebabkan sedikit tumpuan murid pada ceramah yang didengar terganggu.
Gangguan – gangguan ini dapat diatasi apabila En. Zainor Din meminta pekerja
memotong rumput pada sebelah petang di sekeliling pusat sumber dan meminta guru
kelas memastikan murid-murid yang tidak terlibat dalam ceramah ini supaya tidak
bising.
Kebolehan penceramah yang memasukkan unsur-unsur kecindan sepanjang ceramah
telah berjaya menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian pada ceramah
yang disampaikan. Slaid-slaid video yang ditunjukkan juga berjaya memusatkan
perhatian murid pada ceramah yang disampaikan.
Ceramah berakhir pada pukul 10.10 pagi. Murid-murid dibenarkan rehat selepas
berakhirnya ceramah ini. Penceramah yang dijemput telah diberikan sedikit cenderahati
daripada pihak sekolah. Kemudian penceramah dijemput menikmati jamuan ringan di
kantin sekolah.
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
11
SELEPAS AKTIVITI
Selepas aktiviti berakhir saya dan beberapa orang guru tahun 6 serta beberapa orang
murid telah menyusun semula kerusi dan meja yang terdapat dalam pusat sumber
sekolah. Semua peralatan siar raya dan projektor serta layar telah disimpan semula ke
dalam pejabat sekolah.
Pada keseluruhannya ceramah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
Semoga ceramah ini dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang
bahaya penyalahgunaan dadah . Diharapkan pihak sekolah akan mengadakan lagi
ceramah ini lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Disediakan oleh .
…………………………………
( ZAINOR DIN ABU HASAN )
TARIKH:
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
12
ANALISIS SWOT KEMPEN KESEDARAN ( Agensi Antidadah Kebangsaan )
KEKUATAN ( S ) KELEMAHAN ( W )
S1. Terdapat jalinan kerjasama antara pihak sekolah
dengan Agensi Antidadah Kebangsaan.
S2. Sokongan pihak sekolah yang mengeluarkan
peruntukan
S3. Sokongan daripada Jawatankuasa PIBG sekolah.
W1. Tempat ceramah yang tidak kondusif
W2. Terdapat murid yang tidak menumpukan perhatian
sewaktu ceramah diadakan.
PELUANG ( O ) ANCAMAN ( T )
O1. Hubungan yang baik antara penceramah jemputan
dengan pihak sekolah.
O2. Sokongan kewangan daripada pihak sekolah.
T1. Tiada
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
13
GAMBAR-GAMBAR
CERAMAH KESEDARAN AADK
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
14
BORANG LAPORAN SAHSIAH
AKTIVITI 2
CERAMAH KESEDARAN AGENSI
ANTIDADAH KEBANGSAAN
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
15
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
16
REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana
dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang
mesti dilalui semua guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 ini , iaitu
menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) fasa 2.
Dua aktiviti telah dijalankan dalam program BIG pada fasa ini. Dimana saya terlibat
secara lansung dalam merancang dan mengendalikannya. Program tersebut ialah
pertama Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi calon-calon UPSR SK Pulai
bagi tahun 2013. Program kedua ialah Kempen Kesedaran ( Agensi Antidadah
Kebangsaan ) kepada murid-murid tahun 6 SK Pulai.
Program pertama telah diadakan 28 dan 29 Mei 2013. Antara matlamat utama program
ini ialah memberikan motivasi dan teknik-teknik menjawab soalan-soalan subjek Sains ,
Matematik dan Bahasa Melayu untuk calon-calon UPSR 2013 SK Pulai. Program kedua
pula diadakan pada 26 September 2013 . Program diadakan bertujuan memberi
kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Selain itu
program dirancang bagi mengisi aktiviti selepas UPSR murid-murid tahun 6.
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi
banyak pengalaman dan pengetahuan berguna kepada saya. Saya berasa sangat
bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala pengetahuan
yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian terutama semasa
bergelar seorang pendidik.
Pertama sekali , sesuatu program yang hendak dibuat perlulah dirancang dengan teliti.
Penglibatan semua pihak amatlah diperlukan. Sesuatu program perlu dirancang awal
dan dibuat kertas kerjanya sebelum dilaksanakan. Ini bagi membolehkan pihak yang
merancang mendapatkan kepercayaan daripada pihak pentadbir untuk
melaksanakannya. Kertas kerja yang telah disediakan akan membolehkan pihak yang
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
17
merancang mengetahui kos untuk mengendalikan sesuatu program tersebut. Ini juga
akan membantu pihak pentadbir untuk mengeluarkan peruntukkan yang diminta. Pihak
yang merancang juga perlu mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak seperti
guru akademik , pihak pentadbir dan pihak luar sebelum merancang dan melaksanakan
sesuatu program.
Kedua sesuatu program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan
lancar jika semua pihak yang terlibat bekerjasama dan ada rasa tanggung jawab untuk
melaksanakannya dengan sempurna. Kerjasama dan semangat berpasukan itu amat
penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Bak kata pepatah “Yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak sudah
tentu kita gagal melaksanakan sesuatu perkara dengan baik.
Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk
melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual. Semasa
BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa
yang telah ditetapkan. Apa yang penting adalah keazaman dan pembahagian tugas
yang teratur. Sekiranya kita tidak membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan
dengan baik, kita mungkin tidak dapat menyelesaikan tugasan tadi dalam masa yang
telah ditetapkan.
Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk
memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik semua kegembiraan dan
kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri
dan mengenal pasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang
dijalankan banyak mengajar saya nilai-nilai dan pengetahuan yang berguna untuk
memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu
pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental,
tidak mudah mengalah dan lasak.
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
18
Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program BIG sememangnya
menepati apa yang diperlukan oleh seseorang guru untuk menjadi guru yang berjaya
dari sudut sahsiah, akhlak dan juga pemikiran yang murni. Banyak manfaat yang saya
perolehi semasa menjalankan program ini. Diharapkan hasil yang akan terbentuk
daripada program ini benar-benar berkualiti dan mencapai tahap yang dikehendaki.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya Puan Junaini bte Johari, iaitu mentor kumpulan BM3, atas
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan bagi melaksnakan program ini. Tidak lupa
juga diucapkan kepada Encik Abd Razak Othman , Guru Besar SK Pulai, barisan
pentadbir dan guru-guru SK Pulai yang memberi kerjasama dan bimbingan semasa
program ini berlangsung . Jasa tuan tetap di hati.
Sekian terima kasih.
ZAINOR DIN BIN ABU HASAN
700620045013
KUMPULAN BM 3 / PPG AMBILAN JUN 2011
BIG FASA 2 / PPG JUN 2011
19
LAMPIRAN
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Soalan.
Kertas kerja Ceramah Kesedaran ( AADK )