1
LAPORAN HASIL INOVASI
INISIATIF NBOS - CONNECTING THE UNCONNECTED (NBOS-CTU) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)
PENGENALAN
KKMM adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan dengan Visi,
Misi dan Objektif berikut:
VISI
Masyarakat Terhubung & Berinformasi
MISI
Menghubung Rakyat
Membina Masyarakat Bermaklumat
Menggerak Ekonomi Digital
Memperkasa Industri Kreatif
OBJEKTIF
1. Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dasar-dasar
dan perundangan berkaitan keselamatan dan integriti teknologi maklumat,
komunikasi dan multimedia;
2. Menyebar dan memasar maklumat kerajaan di peringkat kebangsaan dan global;
3. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan industri kandungan
secara kreatif dan inovatif; dan
4. Membangun dasar dan program keselamatan maklumat dan infrastruktur
komunikasi.
2
LAPORAN INOVASI
1. Latar Belakang Projek
1.1. Inisiatif NBOS - Connecting The Unconnected (NBOS-CTU) atau
dalam Bahasa Melayu, Negaraku: Menghubung Menyatu adalah
merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa
masih terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah)
di kawasan pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses
kepada perkhidmatan internet, TV dan radio. Antara sebab utama
yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana kawasan
berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia
perkhidmatan Komunikasi.
1.2. Tanpa perkhidmatan telekomunikasi tersebut, masyarakat pedalaman
akan terus ketinggalan daripada arus pembangunan negara. Keadaan
ini akan membantutkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan
rakyat sebagaimana yang disasarkan oleh Kerajaan dalam
Rancangan Malaysia dan Wawasan 2020.
2. Objektif Projek
2.1. Justeru, matlamat utama inisiatif NBOS-CTU adalah untuk
memperkasakan sejuta rakyat di kawasan pedalaman melalui
pendekatan "digitising " dan "humanising" atau dalam Bahasa
Melayu “Mendigitalkan” dan “Merakyatkan” penyampaian
perkhidmatan komunikasi agar komuniti berkenaan mendapat akses
kepada
a) maklumat asas dan hiburan;
b) penyampaian perkhidmatan dan pendidikan dalam talian; dan
c) latihan kemahiran serta peluang penjanaan pendapatan
dalam talian.
3
3. Proses Pelaksanaan Inovasi (in-house)
3.1. Kronologi Cetusan Idea
a) YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha (KSU) dalam Mesyuarat
Pengurusan Tertinggi (MPT), KKMM Bil. 10/2016 bertarikh 25 Mac
2016 (Jumaat) telah mencadangkan supaya satu program yang
dinamakan Connecting The Unconnected (CTU) diwujudkan
menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) memandangkan program berkenaan mempunyai elemen-
elemen NBOS iaitu low cost, high impact dan rapid execution.
Cabutan Minit Mesyuarat MPT Bil 10/2016, 25 Mac 2016
4
b) Susulan daripada keputusan mesyuarat tersebut, satu Core Team
NBOS-CTU di bawah KKMM telah ditubuhkan dengan Unit KPI,
KKMM sebagai Sekretariat NBOS-CTU. Fungsi utama Core Team
tersebut adalah untuk membincang, memantau dan menilai
cadangan idea dan pelaksanaan NBOS-CTU.
Struktur Organisasi Core Team KKMM
5
c) Hasil daripada sesi brainstorming dan perbincangan di peringkat
Core Team NBOS-CTU dan Pengurusan Atasan KKMM, satu
kertas kerja cadangan pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU telah
disediakan mengikut Garis Panduan Penyediaan Inisiaitif NBOS-
CTU oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan (NSU
MOF).
Model ERRC dan Strategic Canvas NBOS-CTU
Garis Panduan oleh NSU
MOF bagi Penyediaan Inisiatif
NBOS menggunakan proses
bottom-up
Kertas Cadangan KKMM
bagi Pelaksanan Inisiatif
NBOS-CTU
6
Kertas cadangan tersebut seterusnya diangkat kepada pihak NSU
MOF untuk proses penilaian melibatkan Panel Penilai Inisiatif
Baharu NBOS mengikut kriteria yang ditetapkan.
Pembentangan Cadangan Inisiatif NBOS-CTU kepada NSU MOF pada 27 Jun 2016
Sesi Perbincangan KKMM bersama NSU MOF
d) Inisiatif NBOS-CTU telah diluluskan dan disenaraikan sebagai
inisiatif baharu NBOS dalam NBOS Summit pada 8 September
2016 yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri.
YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha KKMM bersama ahli Mesyuarat NBOS Summit pada 8 September 2016
7
4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan
4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan Sasaran
CTU mensasarkan kepada komuniti yang tinggal di kawasan
pedalaman berdasarkan empat (4) kriteria, iaitu:
a) Terpencil – hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan
empat roda, bot dan helicopter;
b) Tiada atau terhad liputan connectivity internet, TV dan radio;
c) Terdiri daripada golongan isi rumah B40; dan
d) Kekurangan perkhidmatan asas seperti kemudahan kesihatan
dan pusat komuniti.
4.2. Perubahan Kehidupan Pendalaman Sebelum dan Selepas
Pelaksanaan NBOS-CTU
Ilustrasi perubahan kehidupan penduduk di kawasan pedalaman
sebelum dan selepas pelaksanaan NBOS-CTU
8
Memberi akses jaringan connectivity internet kepada penduduk pedalaman
Komuniti pedalaman mendapat akses kepada siaran TV dan Radio membolehkan penduduk menerima informasi terkini dari dunia luar
Sebelum Selepas
Pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan pedalaman
Pemasangan peralatan satelit penyiaran melalui kolaborasi bersama ASTRO di bawah NBOS
Menerusi Humanising Communications, CTU membawa perkhidmatan pelbagai Agensi Kerajaan ke kawasan pedalaman.
9
5. Impak Inovasi terhadap kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan /
agensi / Negara:
5.1. Elemen Inovatif/Kreativiti (Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik)
a) Kaedah Pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU
Berpaksikan pada prinsip NBOS iaitu High Impact, Low Cost,
Rapid Execution dan Sustainable, inisiatif CTU dilaksanakan
melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi, antara lain, adalah
seperti syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telcos
dan ASTRO), Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan NGO
berkaitan.
Senarai peranan Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat
10
Penggunaan strategi NBOS dalam pelaksanaan NBOS-CTU
dilihat mampu dilaksanakan dengan lebih pantas berbanding
kaedah konvensional dan sekali gus membantu mengurangkan
kos pelaksanaan oleh Kerajaan.
11
b) NBOS-CTU menggunakan dua (2) pendekatan inovatif dalam
pelaksanaannya bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat
dan terhubung serta meningkatkan taraf hidup penduduk
pedalaman. Kedua-dua elemen tersebut adalah seperti berikut:
“Digitising Communications”
“Digitising communications” yang melibatkan
pembangunan infrastruktur telekomunikasi seperti
pembinaan dan naiktaraf menara telekomunikasi untuk
capaian internet yang lebih tinggi. Menara telekomunikasi
yang dibina atau dinaiktaraf akan digunakan secara
optimum oleh syarikat penyedia perkhidmatan
telekomunikasi (Telcos) yang secara langsung menjimatkan
kos dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi.
Penggunaan optimum menara telekomunikasi oleh
Telcos menjimatkan kos pembangunan infrastuktur
telekomunikasi di kawasan pedalaman
12
Menerusi NBOS, KKMM juga bekerjasama dengan pihak
ASTRO dalam penyediaan penyiaran digital satelit
(Satellite Broadcasting-ASTRO NJOi dan Televisyen)
secara percuma kepada golongan B40 di kawasan
pedalaman yang layak.
“Humanising Communications”
Manakala, pendekatan “humanising communications”
pula akan menekankan aspek komunikasi bersemuka di
mana rakyat yang terputus hubungan di kawasan
pedalaman dapat ditautkan melalui “touch point” yang
disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan menerusi aktiviti
lawatan dan pemberian bantuan kepada penduduk yang
terdiri daripada golongan B40.
Pemasangan satelit penyiaran NJOi oleh pihak
ASTRO
Menerusi NBOS-CTU, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat memberi perkhidmatan dalam talian bagi pendaftaran kad pengenalan di rumah penduduk
pedalaman.
13
Berteraskan prinsip NBOS, KKMM tidak bekerja secara
silo tetapi bekerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan
untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh penduduk pedalaman. Contohnya, kerjasama
bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) untuk
membaikpulih rumah daif di Hulu Terengganu sempena
pelaksanaan NBOS-CTU.
Penglibatan TLDM dalam program pembaikan rumah daif di bawah insiatif NBOS-CTU
KKMM berkolaborasi dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa touch point kepada penduduk di
kawasan pedalaman di bawah NBOS-CTU
14
5.2. Elemen Keberkesanan
a) Gambaran faedah yang nyata diperolehi
Menerusi “Digitising and Humanising Communications”,
Rakyat akan mendapat manfaat dari segi akses kepada
perkhidmatan dan sumber maklumat serta peluang penjanaan
pendapatan baharu dalam talian. Ia juga dapat mengurangkan
jurang penyampaian maklumat Kerajaan kepada masyarakat
dan merapatkan hubungan Pemimpin dengan Rakyat selaras
dengan hasrat program CTU untuk „Menghubung Menyatu‟
komuniti pedalaman.
Penghargaan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri KSN dalam
mesyuarat NBOS Summit pada 8 November 2017 dan 16 November 2017 di atas inisiatif
KKMM untuk bekerjasama dengan rakan strategik NBOS bagi memberi bantuan kepada
golongan miskin selain mendigitalkan perkhidmatan telekomunikasi
15
b) Peningkatan produktiviti/kepuasan dan Penjanaan pendapatan
Menerusi elemen humanising communications di bawah
NBOS-CTU, program pembaikan rumah daif dilaksanakan
melalui kerjasama dengan rakan strategik NBOS dapat
menjimatkan masa dan kos dan membolehkan pemilik rumah
di kawasan pedalaman yang miskin tinggal di rumah yang
selamat dan selesa sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk
merakyatkan perkhidmatan komunikasi.
NBOS-CTU memberi manfaat dari segi akses kepada perkhidmatan dan
sumber maklumat serta peluang penjanaan pendapatan baharu dalam
talian serta mengurangkan jurang penyampaian maklumat Kerajaan
kepada masyarakat dan merapatkan hubungan Pemimpin dengan Rakyat
16
5.3. Elemen Signifikan a) Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
b)
c)
d)
Hasil daripada jaringan telekomunikasi yang baik, penduduk dapat
akses kepada maklumat dan perkhidmatan dalam talian internet
bila-bila masa dan di mana jua sekali gus mengurangkan kos dan
masa penduduk pedalaman untuk mendapatkan maklumat dan
perkhidmatan.
Menerusi NBOS, CTU
membawa agensi
Kerajaan seperti
Kementerian Kesihatan
untuk memberi
perkhidmatan
pemeriksaan kesihatan di
rumah penduduk
pedalaman.
NBOS-CTU telah memberi
manfaat kepada penduduk
pedalaman dari segi akses
kepada peluang penjanaan
pendapatan baharu melalui
perniagaan dalam talian.
17
e) Penjimatan masa/kos/sumber manusia
Bagi KKMM, penjimatan kos melebihi 50% melalui kolaborasi
dengan pihak penyediaan perkhidmatan seperti Telekom
Malaysia dan ASTRO.
Bagi penerima manfaat pula, penjimatan kos dan masa yang
signifikan dari segi akses maklumat dan perkhidmatan dalam
talian.
Proses pencarian maklumat menerusi internet
menjadi pantas dan mudah
Penjimatan kos di bawah program NBOS-CTU
18
f) Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
Inisiatif NBOS-CTU telah mendapat maklumbalas positif daripada
penerima manfaat di kawasan pedalaman. Berdasarkan hasil
Kajian Keberkesanan Program Menghubung Menyatu (NBOS-
CTU) KKMM 2017 (Penilaian Program Tahun 2016) yang
berpandukan pada strategi ERRC (Eliminate, Reduce, Raise,
Create) di bawah NBOS, KKMM telah mencapai 116% tahap
kepuasan pelanggan di mana 70% (sasaran asal: 60%)
responden amat berpuas hati mengenai pencapaian objektif
program NBOS-CTU bagi pelaksanaan 16 projek perintis NBOS-
CTU pada tahun 2016.
Laporan Kajian Keberkesanan Program Menghubung Menyatu (NBOS-CTU) KKMM 2017
(Penilaian Program Tahun 2016)
19
5.4. Elemen Relevan
a) Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional
Menghapuskan halangan connectivity dan
mengurangkan digital divide antara masyarakat bandar
dan kawasan pedalaman selaras dengan hasrat
Kerajaan untuk mencapai pembangunan inklusif dan
kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dirancang sejak
RMKe-10;
Sejajar dengan Visi KKMM untuk mewujudkan
masyarakat bermaklumat dan terhubung serta
meningkatkan taraf hidup komuniti di kawasan
pedalaman melalui akses kepada maklumat asas dan
hiburan, penyampaian perkhidmatan dan latihan
kemahiran serta peluang penjanaan pendapatan dalam
talian.
Community Empowerment - membolehkan komuniti
pedalaman turut serta dalam agenda pembangunan
negara hasil daripada penyebaran maklumat dan
medium perhubungan serta komunikasi yang lebih
mudah dan cepat (digital connection dan satellite
broadcasting).
Meningkatkan hubungan mesra antara agensi kerajaan
dan masyarakat setempat serta hubungan antara agensi
kerajaan yang terlibat dalam program melalui NBOS
seiring dengan hasrat inisiatif NBOS-CTU untuk
“Menghubung Menyatu” stakeholder dan pelangan.
20
6. Pengiktirafan diterima
Inisiatif NBOS-CTU yang diterajui oleh KKMM telah mendapat pujian dan
penghargaan yang tinggi daripada pelbagai pihak atas sumbangannya kepada
penduduk pedalaman di seluruh Malaysia dengan menggunakan pendekatan
inovatif iaitu NBOS dalam pelaksanaannya.
Penghargaan daripada YAB. Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Ketua
Setiausa Negara dalam mesyuarat NBOS Summit pada 8 November 2017 dan 16
November 2017 di atas inisiatif dan tindakan segera KKMM untuk bekerjasama
dengan rakan strategik NBOS bagi memberi bantuan kepada golongan miskin
selain mendigitalkan perkhidmatan telekomunikasi
21
PENUTUP
CTU adalah merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa masih
terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah) di kawasan
pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses kepada internet, TV dan
radio. Antara sebab utama yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana
kawasan berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia
perkhidmatan Komunikasi.
Justeru, selaras dengan Visi KKMM bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat
dan terhubung, inisiatif CTU dicadangkan untuk memperkasakan satu (1) juta
penduduk di kawasan pedalaman melalui pendekatan digitising dan humanising
penyampaian perkhidmatan Komunikasi dengan akses kepada maklumat asas dan
hiburan, penyampaian perkhidmatan dan latihan kemahiran serta peluang
penjanaan pendapatan dalam talian.
Penghargaan penduduk kampung kepada Kerajaan atas bantuan pembaikan
rumah daif di bawah NBOS-CTU
22
Menggunakan Strategi NBOS yang berpaksikan pada empat (4) prinsip iaitu
berimpak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan, KKMM
bekerjasama dengan pelbagai agensi Kerajaan dan syarikat swasta untuk
menyelesaikan masalah dan cabaran untuk meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan komunikasi Kerajaan di kawasan pedalaman seluruh Malaysia.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat: Sekretariat NBOS-CTU, KKMM Tel. : 03-8911 5133 Emel : [email protected]