Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
Disediakan oleh :
Bahagian Penguatkuasaan & Pelesenan, JTLM
April 2010
LLAAPPOORRAANN KKEESS TTAANNGGKKAAPPAANN
22000099
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
DAFTAR KANDUNGAN
Bil. Perkara Mukasurat
1. PERUTUSAN KETUA PENGARAH 1
2. PENGHARGAAN 2
3. PENDAHULUAN 3-8
4. KES TANGKAPAN 9
1. Bilangan Kes Tangkapan Tahun 2003-2009 10
2. Bilangan Kes Tangkapan Mengikut Negeri Tahun 2009 11
3. Bilangan Kes Tangkapan Tahun 2003 – 2009 12
4. Bilangan Kes Tangkapan Mengikut Bulan 2009 13
5. Bilangan Kes Tangkap Mengikut Perkakas Menangkap Ikan 14
Tahun 2008 & 2009
6. Bilangan Kes Tangkapan Mengikut Perkakas Dan Negeri 15
Tahun 2009
7. Bilangan Kes Tangkapan Yang Dilakukan Di Dalam dan 16
Luar Kawasan Taman Laut Pada Tahun 2008 – 2009
8. Bilangan Kes Tangkapan Di Dalam Dan Luar Kawasan 17
Taman Laut Tahun 2009
9. Jarak Bot Ditahan (batu nautika) Dari Pulau 2008 & 2009 18
10. Jarak Bot Ditahan (batu nautika) Mengikut Negeri 2009 19
11. Bilangan Orang Tempatan & Asing Ditahan 2008 & 2009 20
12. Bilangan Orang Kena Tahan Mengikut Negeri 2009 21
13. Bilangan Bot Kena Tahan mengikut Status Milikan 2009 22
14. Bilangan Orang Kena Tahan Mengikut Bangsa bagi Warga 23
Tempatan Tahun 2008 & 2009
15. Bilangan Orang Kena Tahan Mengikut Negara Bagi Warga 24
Asing tahun 2008 & 2009
16. Bilangan Bot Kena Tahan Mengikut Status Milikan 2009 25
17. Bilangan Orang Kena Tahan Mengikut Negeri Bagi Warganegara 26
Asing Bagi Tahun 2009
18. Kes Tangkapan Mengikut Pangkalan Bot 2008 & 2009 27
19. Bilangan Kes Tangkapan Mengikut Masa Tahun 2008 28
& 2009
20. Bilangan Kes Tangkap Mengikut Masa & Negeri 2009 29
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
Bil. Perkara Mukasurat
21. Bilangan Kes Mengikut Kesalahan Di Bawah Seksyen 30
Akta Perikanan Tahun 2008 & 2009
22. Bilangan Kes Mengikut Seksyen & Negeri Kesalahan 31
Di Bawah Akta Perikanan Bagi Tahun 2009
23. Bilangan Kes Mengikut Bot Peronda 2009 32
24. Jumlah Kompaun (RM) Tahun 2006 – 2009 33
25. Jumlah Kompaun Mengikut Negeri 2009 34
26. Jumlah Kompaun Mengikut Negeri 2006-2009 35
27. Bilangan Pegawai Penangkap Mengikut Negeri 2008 & 2009 36
28. Pegawai Penangkap Dan Bilangan Kes Pada 2009 37
29. Pegawai Penangkap Pada Tahun 2009 38-39
30. Pegawai Penyiasat Dan Bilangan Kes Pada 2009 40
31. Pegawai Penyiasat Pada Tahun 2009 41
32. Lokasi Tangkapan Di Dalam Perairan Taman Laut 42-45
33. PENUTUP 46
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
Laporan Kes Tangkapan 2009 adalah penerbitan tahunan yang dihasilkan oleh Bahagian Penguatkuasaan & Pelesenan JTLM. Tujuan utama laporan ini adalah untuk
menyediakan perincian, analiasa dan rumusan yang diperolehi hasil daripada data-data
kes tangkapan tahun tersebut.
Saya berharap dengan terhasilnya laporan ini, maklumat-maklumat yang telah
dianalisis secara terperinci ini digunapakai sepenuhnya bagi tujuan merangka strategi
baru, memperbaiki kelemahan sebelumnya dan mengekalkan prestasi cemerlang
dalam pelaksanaan tugas-tugas menguatkuasakan undang-undang berkenaan
pengawalseliaan taman laut khazanah Malaysia.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada warga kerja
dalam menghasilkan laporan ini dan kerjasama semua anggota yang bertugas meronda
dan memantau siang dan malam di peringkat negeri adalah amat dihargai.
Akhir kata, saya berharap laporan yang diterbitkan ini akan memberi manfaat dan
memperkukuhkan penguatkuasaan Jabatan Taman Laut ke arah mencapai visi dan
misi jabatan.
1
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
PENGHARGAAN
Penghargaan diberikan kepada semua anggota di Jabatan Taman Laut Malaysia yang
terlibat dalam menjalankan operasi penguatkuasaan sepanjang tahun 2009. Penat
lelah tuan dan puan dalam mengharungi ombak dan badai di laut demi menjalankan
tugas pada siang dan malam hari telah membuahkan hasil dengan tertangkap nya 72
kes pencerobohan haram sepanjang tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 8 kes
(12.5%) dari tahun 2008.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi maklumat
kepada Jabatan Taman Laut Malaysia dalam rangka kerja bersama-sama menjaga
khazanah di taman laut yang telah menjadikan kerja pengawalseliaan dan
penguatkuasaan lebih cekap, menjimatkan kos dan lebih berkesan. Pihak Rakan Park
dan Reef Watchers di PulauTioman, Pahang dan Reef Rangers di Pulau Redang,
Terengganu telah membuktikan komitmen mereka menjadi rangkaian pelapor yang
tidak ternilai sumbangannya dalam menjaga khazanah alam semulajadi. Semoga kerja
murni tersebut diteruskan dan dipertingkatkan lagi dimasa-masa hadapan.
Penghargaan ditujukan kepada semua anggota di Bahagian Penguatkuasaan dan
Pelesenan yang telah membuat perancangan, risikan, kawalseliaan, mengambil
tindakan ke atas aduan dan maklumat dalam menjalankan tugas sebagai penjaga dan
pengurus sumber alam semulajadi. Kerja murni tuan puan adalah amat dihargai bagi
memastikan pengawalseliaan dan penguatkuasaan taman laut berada pada tahap yang
amat baik sepanjang masa. Ini terbukti dengan adanya kes tangkapan di dalam musim
tengkujuh dimana aktiviti pengawalseliaan dan penguatkuasaan adalah paling
mencabar untuk dilakukan, tetapi tuan puan telah membuktikan komitmen yang tinggi
dalam menjalankan dan menjayakan tugas murni tersebut.
Kepada sidang pengarang, Ab Rahim Bin Gor Yaman, Mohd Fazli bin Long, Mohd
Hazliefaziman bin Hadi, Wee Foo Long, Asma Mat Soh, Wan Mohd Rizal bin Wan
Hassan dan Rosfarina bt Mansor diucapkan berbanyak terima kasih.
2
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
PENDAHULUAN
Jabatan Taman Laut diluluskan penubuhannya pada 14 Jun 2006. Pada bulan Jun
2008 Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan telah ditubuhkan di Ibu Pejabat yang
telah memainkan peranan menyelia, membantu dan memantau kegiatan operasi
kawalseliaan dan penguatkuatkuasaan yang dijalankan oleh negeri-negeri yang mana
terdapat Pejabat taman laut, iaitu di Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
1.0 Pusat Taman Laut dan Pangkalan Hadapan
JTLM mempunyai lima pangakalan hadapan di pulau, iaitu di;
1) Pulau Payar, Kedah
2) Pulau Redang, Terengganu
3) Pulau Tinggi, Johor
4) Pulau Tioman, Pahang
5) Pulau Perhentian Besar, Terengganu
JTLM mempunyai empat pangkalan hadapan di daratan sama ada pengkalan milik
sepenuhnya jabatan atau pengkalan yang menumpang / berkongsi dengan Jabatan
Perikanan Malaysia dilokasi berikut;
1) Ampangan Jajar, Kedah
2) Kuala Besut, Terengganu
3) Kuala Terengganu, Terengganu (berkongsi dengan Jabatan Perikanan
Malaysia)
4) Tg Gemok, Mersing, Johor
3
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
2.0 Keluasan Kawasan Taman Laut
Negeri Bilangan Kawasan
Saiz (km2) Peratus
Kedah 4 187.73 8.09
Terengganu 13 530.29 22.87
Pahang 9 676.61 29.18
Johor 13 765.65 33.02
Wilayah Pesekutuan Labuan 3 158.15 6.82
JUMLAH 42 2,318.43 100
4
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
3.0 Senarai Bot Peronda Laju Jabatan Taman Laut Malaysia Yang Sediada Dan
Baru Dibina.
BIL. LOKASI PENEMPATAN
NAMA BOT CALL SIGN SEDIADA
(NO. BOT)
CALL SIGN BARU (NAMA PANGGILAN)
1. TERENGGANU 1. Kuala
Terengganu
Barracuda PL 1 PTL 1
Challengger PL 68 PTL 7 Challengger PL 88 PTL 8 Sentry PL 64 PTL 10 2. Besut Barracuda PL 3 PTL 3 Sentry PL 85 PTL 11 Challengger PL 74 PTL 12
2. PAHANG Barracuda PL 2 PTL 2 Barracuda PL 4 PTL 4 Challengger PL 71 PTL 13 Challengger PL 73 PTL 14 Sentry PL 82 PTL 15
3. JOHOR Barracuda PL 5 PTL 5 Challengger PL 70 PTL 16 Challengger PL 75 PTL 17 Sentry PL 80 PTL 18
4. KEDAH Barracuda PL 6 PTL 6 Sentry PL 78 PTL 19 Challengger PL 79 PTL 20 Sentry PL 86 PTL 21 LABUAN
21 Labuan Explorer - PTL 9
Saiz bot : Barracuda - 10 meter (33’)
Challengger - 8.2 meter (27’)
Sentry - 7.6 meter (25’)
5
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
4.0 Bilangan Anggota Bahagian Penguatkuasaan dan Perlesenan
NEGERI JAWATAN GRED BIL. JAWATAN
IBU PEJABAT Pegawai Perikanan G41 8
PUTRAJAYA Pen.Pegawai Perikanan G27 1
Pem. Perikanan Tingkat Kanan G26 1
Pembantu Perikanan G17 4
JUMLAH 14
KUALA Pegawai Perikanan G41 1
TERENGGANU Pem. Perikanan Tingkat Kanan G22 1
Pembantu Perikanan G17 3
Pembantu Makmal C22 /C17 2
Serang A17 4
Juruenjin A12 5
Jurumudi (Pinjam dari OPS) A4 1
Kelasi A1 7
JUMLAH 24
Gambar : Bot peronda baru (Barracuda) dan lama (Challengger) Jabatan Taman Laut Malaysia
6
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
NEGERI JAWATAN GRED BIL. JAWATAN
BESUT Pembantu Perikanan G17 6
Serang A17 3
Juruenjin A12 2
Pem. Juruenjin A12 1
Kelasi A1 7
JUMLAH 19
KEDAH Pem. Perikanan Tingkat Kanan G32 1
Pem. Perikanan Tingkat Kanan G22 1
Pembantu Perikanan G17 6
Serang A17 2
Juruenjin A12 1
Kelasi A1 8
JUMLAH 19
JOHOR Pegawai Perikanan G41 1
Pem. Perikanan Tingkat Kanan G22 1
Pembantu Perikanan G17 7
Serang A17 3
Juruenjin A12 2
Kelasi A1 8
JUMLAH 22
PAHANG Pegawai Perikanan G41 1
Pem. Perikanan Tingkat Kanan G22 1
Pembantu Perikanan G17 7
Serang A17 4
Juruenjin A12 2
Kelasi A1 8
JUMLAH 23
LABUAN Pegawai Perikanan G41 1
Pen.Pegawai Perikanan G22 1
Pembantu Perikanan G17 4
Kelasi A1 3
JUMLAH 9
JUMLAH BESAR 130
7
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
5.0 Bilangan Anggota Yang Mempuanyai Kuasa Menangkap
Terengganu Pahang Johor Kedah Jumlah %
Bilangan Anggota Ada Kuasa Menangkap
19 12 12 12 55 61.1
Bilangan Anggota Tiada Kuasa Menangkap
13 7 7 8 35 38.9
Jumlah 32 19 19 20 90 100
Jabatan Taman Laut Malaysia masih lagi menggunakan Akta Perikanan 1985 (pindaan
1994) bagi mendapatkan kuasa untuk kerja pengawalseliaan dan penguatkuasaan di
taman laut. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia perlu menurunkan kuasa dan
mewartakan nama-nama yang diperturunkan kuasa untuk menguatkuasa sebelum
seseorang anggota penguatkuasa boleh menjalankan kerja penguatkuasaan.
Terdapat sejumlah 90 anggota yang sepatutnya mempunyai kuasa menangkap, tetapi
hanya 55 (61.11%) orang mempunyai kuasa menangkap sepanjang tahun 2009,
selebihnya 35 (38.88%) orang sedang dalam peroses diwartakan. Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani telah menandatangani kertas cadangan pengwartaan.
Gambar : Kakitangan penguatkuasaan Jabatan Taman Laut Malaysia
8
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
KKEESS TTAANNGGKKAAPPAANN
22000099
9
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
1. BILANGAN KES TANGKAPAN TAHUN 2003-2009
Bilangan kes tangkapan pada tahun 2009 adalah yang kedua tertinggi semenjak 2003.
Kes tangkapan yang tertinggi adalah pada tahun 2003 yang mana ianya disebabkan
terdapat sebanyak 23 kes tangkapan di Pulau Payar, Kedah kerana terdapat silap
faham dikalangan nelayan yang beranggapan tidak ada larangan ke atas nelayan yang
mengusahakan vesel zon A yang mengusahakan perkakasan menangkap ikan secara
tradisional di taman laut Pulau Payar, Kedah.
Peningkatan kes tangkapan pada tahun 2009 disebabkan ada pertambahan dua bot
ronda baru yang mula menjalankan operasi pada awal tahun 2009. Selaian daripada
itu, usaha untuk menubuhkan rangkaian pelapor yang dikenali sebagai Reef Ranger di
Pulau Redang, Terengganu dan Rakan Park di Pulau Tioman, Pahang telah banyak
memberi maklumat yang menyumbang kepada peningkatan kes tangkapan. Sepanjang
tahun 2008, seramai 48 orang anggota telah dilatih dalam bidang penguatkuasaan telah
juga menyumbang kepada peningkatan kebolehan menjalankan aktiviti
penguatkuasaan.
2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Bil. Kes 74 28 54 34 26 64 72
74
28
54
34
26
64
72
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Bila
nga
n k
es
10
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
2. BILANGAN KES TANGKAPAN MENGIKUT NEGERI TAHUN 2009
Negeri Pahang adalah negeri yang paling aktif menjalankan kes tangkapan sebanyak
29 kes (40.27%). Diikuti oleh negeri Pahang sebanyak 16 kes (22.22 %), Johor
sebanyak 14 kes (19.44 %) dan negeri Terengganu sebanyak 13 kes ( 18.05 %).
Negeri Pahang telah memulakan program mendapat maklumat risikan dan aduan
melalui penglibatan penduduk tempat di bawah program yang dinamakan Rakan Park
pada tahun 2008. Pada tahun 2009, program untuk meningkatkan keupayaan
rangkaian pelapor maklumat pencerobohan dilaksanakan melalui program yang
dinamakan Reef Watchers, satu insentif yang dibuat di bawah projek United Nations
Development Programe (UNDP)/ Jabatan Taman Laut Malaysia / Global Environment
Facility (GEF).
Negeri Pahang mempunyai kes angkapan terbanyak kerana terdapat pangkalan seperti
Endau, Rompin, yang mempunyai bilangan bot nelayan yang banyak jika dibandingkan
dengan lain-lain pangkalan, kecuali di Kuala Kedah, Kedah. Oleh itu bilangan kes
mungkin secara nisbahnya adalah banyak jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
16
13
29
14
0
5
10
15
20
25
30
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
11
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
3. BILANGAN KES TANGKAPAN TAHUN 2003 – 2009
Rekod tujuh tahun data kes tangkapan di kawasan taman laut menunjukkan kenaikan
dan penurunan hampir sama setiap negeri, tahun 2006 dan 2007 kes tangkapan adalah
rendah dan meningkat lebih 50% pada tahun 2008 dan 2009.
Faktor pertukaran Seksyen Taman Laut dari Jabatan Perikanan ke Kementerian
Sumber Asli, pertukaran kakitangan, kurang kakitangan terlatih dan fasiliti untuk
penguatkuasaan mungkin menjadi faktor pengurangan kes tangkap pada 2006 dan
2007.
Dua tahun kebelakangan 2008 dan 2009 menunjukkan peningkatan ketara antaranya
disebabkan faktor peningkatan bilangan kakitangan penguatkuasaan, penambahan dua
bot peronda laju, dan peningkatan bilangan anggota yang terlatih dalam bidang
penguatkuasaan. Semenjak Jun 2008, Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan telah
mula mempunyai pengarah dan anggota buat julung kali nya. Dengan penubuhan
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan, banyak program telah diatur dan tindakan
telah diambil untuk meningkatkan kapasiti tenaga kerja dalam menjalankan
penguatkuasaan.
29
12
24
96 5
11
6
13
7
21
13
7
2
20
57
57 77
13
32
12
1613
29
14
0
5
10
15
20
25
30
35
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
12
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
4. BILANGAN KES TANGKAPAN MENGIKUT BULAN 2009
Carta bar di atas menunjukkan bilangan kes tangkapan mengikut negeri dan bulan bagi
tahun 2009. Tiada trend tertentu dapat dikesan. Didapati negeri Kedah mencatatkan 1
kes pada bulan Januari, 8 kes pada bulan Februari, 2 kes pada kedua-dua bulan iaitu
bulan April dan Mei dan 1 kes bagi kedua-dua bulan iaitu bulan Julai dan September.
Bagi negeri Terengganu, 6 kes dicatatkan pada bulan Mac, 1 kes pada ketiga-tiga bulan
iaitu bulan Jun, Ogos dan September serta 2 kes pada bulan Julai.
Negeri Pahang pula mencatatkan 2 kes pada ketiga-tiga bulan iaitu bulan Januari,
Februari dan Jun, serta mencatatkan 3 kes bagi ketiga-tiga bulan iaitu bulan Mac, Julai
dan Ogos. Pada bulan Mei pula terdapat 4 kes dicatatkan oleh Pahang,1 kes pada
bulan September serta 8 kes pada bulan Oktober. Sementara negeri Johor
mencatatkan 1 kes bagi ketiga-tiga bulan iaitu bulan Februari, September dan Oktober,
2 kes pada bulan Mac, 3 kes pada bulan April dan 4 kes pada bulan Julai 2009.
1
0
2
0
8
0
2
1
0
6
3
22
0 0
3
2
0
4
00
1
2
0
1
2
3
4
1 1 1 1
0 0
8
11
0
1
00
2
0
2
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogo
Sep
Okt
13
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
5. BILANGAN KES TANGKAP MENGIKUT PERKAKAS MENANGKAP IKAN
TAHUN 2008 & 2009
Carta bar di atas menunjukkan kes tangkapan mengikut perkakas menangkap ikan
bagi tahun 2008 dan 2009. Didapati pukat tunda adalah perkakas menangkap ikan
yang paling popular digunakan oleh penceroboh yang mana mencatatkan perkakas
menangkap ikan yang paling tinggi digunakan bagi kedua-dua tahun tersebut. Namun
begitu terdapat sedikit pengurangan dalam penggunaan pukat tunda pada tahun 2009
berbanding tahun 2008.
Penggunaan pukat hanyut juga berlaku sedikit penurunan pada tahun 2009
berbanding tahun 2008. Penggunaan perkakas menangkap ikan yang meningkat ialah
pukat jerut dan lain-lain (bubu, pancing dll) dari tahun 2008 ke tahun 2009. Selain itu,
terdapat 2 perkakas baru yang digunakan dalam aktiviti menangkap ikan pada tahun
2009, perkakas tersebut ialah api pukat jerut dan spear gun di mana kedua-dua
perkakas/ alat ini langsung tidak digunakan pada tahun 2009.
47
40
7
129
6
0 104
1
9
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
2008 2009
Bila
nga
n k
es
Negeri
P. Tunda
P.Jerut
P.Hanyut
Spear Gun
Api Pkt Jerut
Lain-Lain
14
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
6. BILANGAN KES TANGKAPAN MENGIKUT PERKAKAS DAN NEGERI
TAHUN 2009
Carta bar di atas menunjukkan kes tangkapan mengikut perkakas dan negeri bagi
tahun 2009. Didapati di negeri Kedah, 4 kes tangkapan menggunakan perkakas pukat
tunda, 6 kes pukat jerut dan 2 kes pukat hanyut. Bagi negeri Terengganu pula, 10 kes
menggunakan pukat tunda, 1 kes menggunakan pukat jerut, dan 2 kes menggunakan
alatan lain (bubu, pancing dll) sementara itu di negeri Pahang, 16 kes menggunakan
pukat tunda, 3 kes pukat jerut, 3 kes pukat hanyut, 1 kes spear gun, 4 kes api pukat
jerut dan 2 kes menggunakan lain-lain perkakas dan bagi negeri Johor, 10 kes
menggunakan pukat tunda, 2 kes pukat jerut, 1 kes pukat hanyut dan 1 kes
menggunakan lain-lain perkakas.
Secara keseluruhan, Negeri Terengganu, Pahang, dan Johor menunjukkan bahawa
pukat tunda adalah perkakas yang paling popular digunakan untuk menangkap ikan
yang mana berbeza dengan negeri Kedah iaitu mencatatkan pukat jerut sebagai
perkakas yang paling popular digunakan untuk menangkap ikan. Hanya di negeri
Pahang sahaja melibatkan tangkapan menggunakan semua perkakas di atas dan
negeri-negeri lain tidak semua perkakas digunakan untuk menangkap ikan.
4
10
16
10
6
1
322
0
3
10 0
100 0
4
0
4
2 21
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
P. Tunda
P.Jerut
P.Hanyut
Spear gun
Api Pkt Jerut
Lain-Lain
15
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
7. BILANGAN KES TANGKAPAN YANG DILAKUKAN DI DALAM DAN LUAR
KAWASAN TAMAN LAUT PADA TAHUN 2008 – 2009
Carta bar di atas menunjukkan bilangan kes tangkapan penceroboh yang dilakukan di
dalam dan di luar kawasan taman laut pada tahun 2008 dan 2009. Didapati tangkapan
yang dilakukan di dalam kawasan taman laut pada tahun 2009 meningkat sebanyak 7
kes yang mana mencatatkan 51 kes berbanding tangkapan tahun 2008 yang
mencatatkan 41 kes. Tangkapan di luar kawasan pada tahun 2009 pula berkurang
sebanyak 1 kes berbanding tahun 2008 di mana 20 kes dicatatkan pada tahun 2008
dan 19 kes pada tahun 2009. Terdapat 2 kes tangkapan pada tahun 2009 yang tiada
maklumat/ rekod untuk dikenalpasti samada di dalam atau di luar kawasan.
Tangkapan di luar kawasan taman laut dilaksanakan sebagai langkah proaktif yang
dilaksanakan untuk mencegah bot nelayan dari memasuki taman laut.
44
51
20 19
0 20
10
20
30
40
50
60
2008 2009
Bila
nga
n k
es
Tahun
Dalam Kawasan
Luar Kawasan
Tiada Maklumat
16
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
8. BILANGAN KES TANGKAPAN DI DALAM DAN LUAR KAWASAN TAMAN
LAUT TAHUN 2009
Carta bar di atas menunjukkan Bilangan Kes Tangkapan penceroboh di dalam dan luar
kawasan Taman Laut mengikut negeri bagi tahun 2009. Didapati setiap negeri
mencatat kes tangkapan yang berbeza di dalam dan luar kawasan Taman Laut. Bagi
negeri Kedah, bilangan kes tangkapan dalam kawasan Taman Laut ialah 16 kes dan
tiada tangkapan dilakukan di luar kawasan manakala negeri Terengganu, terdapat 6
kes tangkapan di dalam kawasan dan 7 kes tangkapan di luar kawasan. Bagi negeri
Pahang pula, kes tangkapan dalam kawasan ialah 20 kes, di luar kawasan ialah 7 kes,
dan terdapat 2 kes yang tiada maklumat/ rekod. Di Negeri Johor, terdapat 9 kes
tangkapan di dalam kawasan dan 5 kes di luar kawasan Taman Laut.
Berdasarkan carta bar tersebut, negeri Pahang mencatatkan kes tangkapan dalam
kawasan yang paling tinggi dengan 20 kes, diikuti Kedah 16 kes, Johor 9 kes dan
Terengganu 6 kes. Bagi kes tangkapan di luar kawasan, negeri Terengganu dan
Pahang pula masing- masing mencatatkan 7 kes diikuti Johor 5 kes dan Kedah 0 kes.
Hanya terdapat 2 kes sahaja yang tiada maklumat/ rekod yang mana kedua-dua kes
tersebut adalah tangkapan yang dibuat di negeri Pahang.
16
6
20
9
0
7 7
5
0 0
2
00
5
10
15
20
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
Dalam Kawasan
Luar Kawasan
Tiada maklumat
17
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
9. JARAK BOT DITAHAN (B.N.) DARI PULAU 2008 & 2009
Carta bar di atas menunjukkan Jarak Bot di tahan dalam batu nautika dari Pulau
Taman Laut pada tahun 2008 dan 2009. Pada tahun 2008 bilangan kes yang dapat di
kesan ialah 27 kes pada jarak 0.0-1.0 b.n dan 23 kes tahun 2009. Pada jarak 1.1-2.0
b.n, bot yang ditahan pada tahun 2008 ialah 18 kes dan tahun 2009 ialah 29 kes. Pada
jarak 2.1-3.0 b.n pula, terdapat 5 kes pada tahun 2008 dan 4 kes pada tahun 2009. Dari
jarak 3.1-4.0 b.n, bilangan kes tahun 2008 ialah 8 kes dan tahun 2009 ialah 3 kes. pada
jarak 4.1-5.0 b.n. terdapat 3 kes tahun 2008 dan 2 kes tahun 2009. Pada jarak 5.1-6.0
b.n. pula terdapat 3 kes di kedua-dua tahun tersebut. Bagi jarak yang melebihi 6 b.n,
tiada kes dicatatkan pada tahun 2008 dan 7 kes telah dicatatkan pada tahun 2009.
Didapati bahawa jarak antara 0.0-2.0 b.n adalah kawasan yang paling tinggi
mencatatkan kes tangkapan berbanding jarak yang melebihi 2.0 batu nautika.
27
18
58
3 30
23
29
4 3 2 3
7
0
5
10
15
20
25
30
35
0.0-1.0 1.1-2.0 2.1-3.0 3.1-4.0 4.1-5.0 5.1-6.0 >6.1
Bila
nga
n k
es
Batu nautika
2008
2009
18
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
10. JARAK BOT DITAHAN (BATU NAUTIKA) MENGIKUT NEGERI 2009
Carta bar di atas menunjukkan Jarak Bot yang ditahan dalam batu nautika mengikut
negeri pada tahun 2009 sahaja. Didapati, Negeri Kedah mencatatkan bilangan kes
yang ditahan pada jarak 0.0-1.0 b.n ialah 2 kes dan pada jarak 1.1-2.0 b.n ialah 14 kes.
Negeri Terengganu pula, pada jarak 0.0-1.0 b.n mencatatkan 5 kes, pada jarak 1.1-2.0
b.n 1 kes, jarak 4.1-5.0 b.n 1 kes dan terdapat 3 kes dikedua-dua jarak 5.1-6.0 b.n dan
6.1 b.n ke atas. Negeri Pahang mencatatkan 12 kes pada jarak 0.0-1.0 b.n, 9 kes pada
jarak 1.1-2.0 b.n, 2 kes pada pada kedua-dua jarak 2.1-3.0 b.n dan 6.1 b.n ke atas
manakala 3 kes lagi pada jarak 3.1-4.0 b.n. bagi negeri Johor, terdapat kes 4 dicatatkan
pada jarak 0.0-1.0 b.n, 5 kes pada jarak 1.1-2.0 b.n, 2 kes pada jarak 2.1-3.0 b.n, 1 kes
pada jarak 4.1-5.0 b.n dan 2 kes lagi pada jarak lebih daripada 6.1 b.n.
Didapati, negeri Kedah dan Johor mencatatkan tangkapan tertinggi pada jarak 1.1-2.0
b.n. manakala Terengganu dan Pahang mencatatkan kes tangkapan tertinggi pada
jarak 0.0-1.0 b.n.
2
5
12
4
14
1
9
5
0 0
2 2
0 0
3
001
01
0
3
0 00
32 2
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
0.0-1.0 bn
1.1-2.0 bn
2.1-3.0 bn
3.1-4.0 bn
4.1-5.0 bn
5.1-6.0 bn
> 6.1 bn
19
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
11. BILANGAN ORANG TEMPATAN & ASING DITAHAN 2008 & 2009
Carta bar di atas menunjukkan bilangan orang tempatan dan orang asing yang ditahan
pada tahun 2008 & 2009. Didapati Pada tahun 2008, bilangan orang asing ditahan lebih
tinggi iaitu 214 orang berbanding orang tempatan ditahan dengan 154 orang. Pada
tahun 2009 pula, bilangan orang tempatan yang ditahan lebih tinggi iaitu 241 orang
berbanding orang asing yang ditahan yang mencatatkan 188 orang. Ini menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan seramai 87 orang warga tempatan yang ditahan dari
tahun 2008 ke tahun 2009 dan terdapat pengurangan seramai 26 orang warga asing
yang ditahan dari tahun 2008 ke tahun 2009.
154
241
214
188
0 50 100 150 200 250 300
2008
2009
Bilangan Orang
Tah
un
Asing
Tempatan
Gambar : Nelayan yang menceroboh
Taman Laut ditahan di bawah Akta
Perikanan 1985 (Pindaan 1994)
20
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
12. BILANGAN ORANG KENA TAHAN MENGIKUT NEGERI 2009
Carta bar di atas menunjukkan bilangan orang kena tahan mengikut negeri pada tahun
2009. Terdapat 4 buah negeri yang terlibat iaitu Kedah, Terengganu, Pahang dan
Johor. Terdapat 2 kategori yang terlibat iaitu warga tempatan dan warga asing. Bagi
negeri Kedah, warga tempatan lebih tinggi iaitu mencatatkan 112 orang, manakala
warga asing sebanyak 34 orang. Negeri Terengganu pula, mencatatkan 18 orang
warga tempatan dan 54 orang warga asing. Sementara di negeri Pahang, terdapat 72
orang warga tempatan dan 50 orang warga asing yang di tahan. Bagi negeri Johor, 50
warga asing dan 39 orang tempatan dicatatkan sebagai orang yang kena tahan.
Didapati negeri Kedah dan Pahang mencatatkan penahanan orang tempatan paling
tinggi berbanding orang asing manakala negeri Terengganu dan Johor pula
mencatatkan penahanan orang asing paling tinggi berbanding orang tempatan.
112
18
72
3934
54 50 50
0
20
40
60
80
100
120
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n O
ran
g
Negeri
Tempatan
Asing
21
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
13. BILANGAN BOT KENA TAHAN MENGIKUT STATUS MILIKAN 2009
Bilangan bot ditahan mengikut status milikan pada tahun 2009 adalah 100% milik
tempatan. Tiada bot milik asing direkod terhadap kes-kes yang dibuat di dalam
kawasan taman laut.
Walaupun bot-bot ini milik 100% orang tempatan, akan tetapi kebanyakan tekong dan
awak-awak bot adalah terdiri daripada warga asing seperti Tahiland, Myanmar, Filipina
dan Indonesia. Perusahaan bot secara carter juga kebiasaannya 100% krew adalah
terdiri daripada warga asing.
16
0
13
0
29
0
14
00
5
10
15
20
25
30
35
Tempatan Asing
Bila
nga
n B
ot
Negeri
Kedah
Terengganu
Pahang
Johor
Gambar : Rondaan dan aktivti pemeriksaan bot
nelayan ditingkatkan untuk mencegah
pencerobohan
22
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
14. BILANGAN ORANG KENA TAHAN MENGIKUT BANGSA BAGI WARGA
TEMPATAN TAHUN 2008 & 2009
Warga tempatan yang ditahan mengikut bangsa secara keseluruhannya meningkat
(peningkatan 53% berbanding 2008). Peratusan peningkatan orang kena tahan
mengikut bangsa warga tempatan dapat dipecahkan kepada Melayu (66%) daripada
keseluruhan 188 orang, Cina (38%) daripada keseluruhan 54 orang, India (100%) dari
keseluruhan 1 orang dan lain-lain bangsa (4000%) daripada 82 orang yang ditahan.
113
39
0 2
188
54
1
82
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
200
Melayu Cina India Lain-Lain
Bila
nga
n o
ran
g
Bangsa
2008
2009
Gambar : Lakaran imej baru bot peronda Jabatan Taman Laut
23
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
15. BILANGAN ORANG KENA TAHAN MENGIKUT NEGARA BAGI WARGA
ASING TAHUN 2008 & 2009
Keseluruhan warga asing yang ditahan bagi tahun 2009 adalah seramai 186 orang
berbanding tahun 2008 seramai 214 orang yang mencatatkan pengurangan sebanyak
13% berbanding tahun sebelumnya.
Untuk tahun 2009, pecahan peratusan mengikut negara lebih kurang sama dengan
pecahan tahun 2008 iaitu paling tinggi adalah warganegara Thailand (69%), Vietnam
(21%), Filipina (7%), Indonesia dan Myanmar (3%).
Kesemua warganegara asing yang ditahan adalah pekerja dan bot-bot yang digunakan
adalah hak milik berdaftar oleh warga tempatan.
118
80
16
0 0 0
129
39
4 0 113
0
20
40
60
80
100
120
140
Thailand Vietnam Indonesia China Myanmar Filipina
Bila
nga
n o
ran
g
Negara
2008
2009
24
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
16. BILANGAN BOT KENA TAHAN MENGIKUT STATUS MILIKAN 2009
Jumlah kes yang melibatkan bot kena tahan adalah sebanyak 58 kes daripada
keseluruhan 72 kes pada tahun 2009 manakala 14 kes lain adalah melibatkan kes
peralatan dijumpai/dirampas tanpa bot dan pemilik, bubu, spear gun dan lain-lain.
Kesemua bot adalah milik tempatan dan tiada milik warga asing.
12
0
11
0
22
0
13
00
5
10
15
20
25
Tempatan Asing
Bila
nga
n B
ot
Negeri
Kedah
Terengganu
Pahang
Johor
Gambar : Anjuran kursus kemahiran pengendalian bot (WKO, WKE, EO) untuk anggota bot
25
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
17. BILANGAN ORANG KENA TAHAN MENGIKUT NEGERI BAGI
WARGANEGARA ASING BAGI TAHUN 2009
Daripada keseluruhan warganegara asing kena tangkap tahun 2009 seramai 186 orang
berbanding 214 orang pada tahun 2008 menunjukkan pengurangan sebanyak 13% (28
kes).
Pada tahun 2009, majoriti warga asing ditahan di semua negeri adalah warga Thailand
merangkumi 129 orang (69%) daripada keseluruhan 186 yang ditahan. Seramai 39
orang warga Vietnam (21%) ditahan di negeri Terengganu dan Johor, 4 orang warga
Indonesia ditahan di negeri Kedah dan Pahang. Di negeri Pahang mencatatkan kes
tangkapan melibatkan warga asing lain iaitu 13 orang (7%) warga Filipina dan 1 orang
dari Myanmar.
Didapati warga-warga asing yang ditahan ini ada krew-krew bot yang bekerja dengan
pemilik bot tempatan dan juga yang menjalankan perniagaan bot carter untuk orang-
orang asing tersebut.
29
3835
27
0
16
0
23
30 1 00 0 1 00 0
13
00
5
10
15
20
25
30
35
40
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n o
ran
g
Negeri
Thailand
Vietnam
Indonesia
China
Myanmar
Filipina
26
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
18. KES TANGKAPAN MENGIKUT PANGKALAN BOT 2008 & 2009
Berdasarkan rekod laporan kes tangkapan pada tahun 2008 dan 2009, didapati
sebanyak 18 pangkalan utama bot-bot yang ditahan bertempat di 5 buah negeri iaitu
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah. Terdapat pangkalan-pangkalan baru
direkodkan pada tahun 2009 sebanyak 5 pangkalan iaitu Geliga dan Chendering di
Terengganu, Tanjung Api di Pahang dan Ampang Jajar dan Langkawi di Kedah. 15 kes
direkodkan sebagai pangkalan yang tidak dapat dikenalpasti kerana maklumat tidak
lengkap.
15
4
1
7
0
0
5
1
4
6
8
5
1
2
1
0
9
2
3
13
1
1
1
0
2
10
1
1
11
0
0
01
1
15
0 2 4 6 8 10 12 14 16
Endau
Mersing
Tanjung Sedili
Kuala Kedah
Langkawi
Ampang Jajar
Tok Bali
Kuala Besar
Genting, Tumpat
Kuantan
Tg. Api
Kuala Pahang
Tanjung GemoK
Kuala Rompin
Besut
Marang
Geliga
Chendering
Tiada maklumat
Bilangan Kes
Pan
gkal
an B
ot
2009
2008
27
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
19. BILANGAN KES TANGKAPAN MENGIKUT MASA TAHUN 2008 & 2009
Bilangan kes tangkapan mengikut masa kesalahan dilakukan menunjukkan persamaan
antara tahun 2008 dan 2009 iaitu pada waktu malam (jam 16:00pm hingga 24:00am)
adalah tertinggi dengan peratusan 41% pada tahun 2008 dan 38% tahun 2009. Kedua
tertinggi adalah pada waktu awal pagi (jam 6:00am hingga 12:00pm).
Rondaan pada waktu malam hingga awal pagi boleh ditingkatkan kerana pihak
penceroboh mungkin beranggapan bahawa ketika di luar waktu bekerja aktiviti
penguatkuasaan kurang dilaksanakan.
17 16
26
3 2
20
7
27
13
5
0
5
10
15
20
25
30
Pagi Petang Malam Tengah Malam
Tiada Maklumat
Bila
nga
n k
es
Waktu tangkapan
2008
2009
28
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
20. BILANGAN KES TANGKAP MENGIKUT MASA & NEGERI 2009
Kes tangkapan mengikut masa bagi negeri-negeri menunjukkan keadaan kes ditangkap
tertinggi (15 kes) pada waktu malam (jam 16:00 hingga 24:00pm) di negeri Pahang,
kedua tertinggi adalah 7 kes di negeri Terengganu pada waktu pagi (6:00am hingga
12:00pm).
4
7
2
7
4
0
21
43
15
54
0
8
10
32
00
2
4
6
8
10
12
14
16
Kedah Terengganu Pahang Johor
Bila
nga
n k
es
Negeri
Pagi
Petang
Malam
Tengah Malam
Tiada Maklumat
Gambar : Kesalahan dilakukan oleh bot pukat tunda di dalam kawasan Taman Laut
29
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
21. BILANGAN KES MENGIKUT KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN AKTA
PERIKANAN TAHUN 2008 & 2009
Bilangan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994)
pada tahun 2009 kesalahan tertinggi direkodkan adalah kesalahan di bawah seksyen
43(1a) mengenai perihal taman laut dan rizab laut dengan 37 kes (47%). Berbanding
tahun 2008, kes tertinggi direkod adalah di bawah seksyen 8(b) sebanyak 39 kes (43%)
mengenai perihal melanggar syarat lesen.
1
39
9
21
12
0
7
20
29
1
37
5
1 14
0
5
10
15
20
25
30
35
40
8(a) 8(b) 43(1) 43(1a) 43(1b) 43(1f) 44(1) 53
Bila
nga
n k
es
Seksyen Akta Perikanan
2008
2009
Gambar : Pengujian dan penerimaan bot peronda baru Jabatan Taman Laut
30
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
22. BILANGAN KES MENGIKUT SEKSYEN & NEGERI KESALAHAN DI BAWAH
AKTA PERIKANAN BAGI TAHUN 2009
Bilangan kes mengikut seksyen dan negeri secara keseluruhannya seksyen 43 (1a)
direkodkan terdapat kes di semua negeri (37 kes). Negeri Kedah dan Pahang mencatat
kes terbanyak yang yang didakwa di bawah seksyen 43(1a) mengenai perihal taman
laut. Kes kedua terbanyak direkod adalah kesalahan di bawah seksyen 8(b) perihal
melanggar syarat lesen melibatkan 29 kes (37%) di negeri Terengganu, Pahang dan
Johor pada tahun 2009.
0 0 0
15
0
1
0 00
11
1
2
1
0
1
00
11
0
14
1
0 0
1
0
7
0
6
3
0
3
00
2
4
6
8
10
12
14
16
8(a) 8(b) 43(1) 43(1a) 43(1b) 43(1f) 44(1) 53
Bila
nga
n k
es
Seksyen Akta Perikanan
Kedah
Terengganu
Pahang
Johor
31
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
23. BILANGAN KES MENGIKUT BOT PERONDA 2009
Bilangan kes tangkapan mengikut bot peronda, pada tahun 2009 Jabatan Taman Laut
Malaysia telah memperolehi 2 bot peronda laju yang baru sebanyak 2 buah iaitu PL 1
(Terengganu) dan PL 2 (Pahang). Pada tahun 2009, kes tertinggi telah dilaksanakan
oleh dua buah bot PL dari Pahang iaitu PL 2 dan PL 73 masing-masing 14 kes.
Terdapat juga bot-bot yang kurang dan tidak melakukan tangkapan walaupun aktiviti
rondaan setiap bot telah dilakukan secara berjadual, ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti faktor usia bot sebanyak telah melebihi 16 tahun dan
menjadikan masa untuk pembaikan lebih lama, faktor kekangan masa kerana bot-bot
bukan sahaja digunakan untuk aktiviti rondaan malah juga digunakan untuk program-
program taman laut yang lain, kegunaan logistik dan sebagainya.
6
1
2
1
0
4 4
1
0
4
0
14
8
4
5
7
2
1
0 0
6
8
2
0 0
2
8
0
1
2
14
11
3
1
3
5
4
0
1 1
-1
1
3
5
7
9
11
13
15
Bila
nga
n k
es
Bot Peronda
2008
2009
32
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
24. JUMLAH KOMPAUN (RM) TAHUN 2006 - 2009
Jumlah keseluruhan kompaun dikenakan pada tahun 2009 adalah sebanyak
RM194,450.00 berbanding tahun 2008 sebanyak RM202,950.00 dengan penurunan
sebanyak 4.2% berbanding tahun sebelumnya.
76,550.00 91,040.00
202,950.00
194,450.00
0
50,000
100,000
150,000
200,000
250,000
2006 2007 2008 2009
Jum
lah
(R
M)
Tahun
Jumlah Kompaun …
Gambar : Anjuran Kursus Penguatkuasaan untuk kemahiran pengendalian kes tangkapan
33
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
25. JUMLAH KOMPAUN MENGIKUT NEGERI 2009
Pada tahun 2009, Kedah mencatat kadar kompaun tertinggi diikuti Terengganu, Pahang
dan Johor. Pemberian kadar kompaun ada di bawah bidang kuasa Bahagian
Perundangan, Jabatan Perikanan Malaysia mengikut kadar yang telah ditentukan
berdasarkan kesalahan.
Kesemua kes kesalahan di dalam kawasan taman laut pada tahun 2009 adalah
kesalahan yang dibayar kompaun, tiada kes yang melibatkan mahkamah. Pemilik bot
lebih cenderung untuk membayar kompaun sahaja daripada membawa kes tersebut ke
mahkamah memandang kesalahan boleh dikompaun sebanyak tiga kali sebelum bot di
sita. Walaubagaimanapun, pemilik bot masih oleh membuat helah dengan membuat
pertukaran nama milikan bot sebelum kesalahan yang ketiga.
67,350.00
48,000.00 42,250.00
36,850.00
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
80,000
Kedah Terenggganu Pahang Johor
Jum
lah
(R
M)
Negeri
34
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
26. JUMLAH KOMPAUN MENGIKUT NEGERI 2006-2009
Kadar kompaun mengikut negeri bagi empat tahun kebelakangan dapat dilihat terdapat
negeri mencatatkan peningkatan dan penurunan. Walabagaimanapun, kadar kompaun
adalah berdasarkan jenis kesalahan dan kekerapan melakukan kesalahan ditentukan
oleh Jabatan Perikanan.
14,90019,600
31,700
10,35015,750
36,500 37,250
1,5407,750
77,350
67,600
50,250
67,350
48,00042,250
36,850
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
80,000
Kedah Terenggganu Pahang Johor
Jum
lah
(R
M)
Negeri
2006
2007
2008
2009
Gambar : Anjuran Kursus Tempur Tanpa Senjata & Senaman Tua untuk keyakinan diri anggota
35
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
27. BILANGAN PEGAWAI PENANGKAP MENGIKUT NEGERI 2008 & 2009
Bilangan Pegawai Penangkap mengikut negeri untuk negeri bagi tahun 2008 dan 2009
untuk negeri Johor tiada perubahan, Kedah bertambah satu orang, Terengganu
bertambah empat orang dan Pahang berkurang satu orang. Perubahan bilangan
pegawai adlah disebabkan oleh perpindahan tempat bertugas dan pengambilan
kakitangan baru oleh jabatan.
910 10
8
10
14
98
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Kedah Terenggganu Pahang Johor
Bila
nga
n o
ran
g
Negeri
2008
2009
Gambar : Latihan kawad membentuk disiplin anggota
36
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
28. PEGAWAI PENANGKAP DAN BILANGAN KES PADA 2009
Pegawai Penangkap yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Taman Laut Malaysia
direkodkan seramai empat belas orang telah melaksanakan kes tangkapan sebanyak
71 kes daripada 72 kes. Selebihnya satu kes telah dibuat oleha kakitangan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Tiga orang pegawai telah melakukan kes tangkapan tertinggi pada tahun 2009 iaitu
Ahmad Faizal Abdullah (Johor), Abdul hafiz Shaari (Pahang) dan Ahmad Razak Yaacob
(Kedah).
9
2
12
4
3
7
1
2
3
12
11
1
2
2
0 2 4 6 8 10 12 14
AMIER HAMZAH BIN ABDUL RAHIM
MOHD BAHARUDDIN BIN MAT JIDIN
ABDUL HAFIZ BIN SHAARI
AHMAD ULUM BIN KAMARUDIN
ANUAR BIN SAFIA
MD NORDIN BIN MOHAMAD NOR
TON BIN ABDULLAH
TUAN HALIZAN BIN TUAN KOB
MEGENTHIRAN A/L THARMALINGAM
AHMAD FAIZAL BIN ABDULLAH
AHMAD ABD RAZAK BIN YAACOB
MOHAMED RIDZUAN BIN MAT NAYAN
MOHAMED MANSOR ASHAARI BIN AL JOHARI
ALIA BINTI MD AMIN
Bilangan Kes
Pe
gaw
ai P
en
angk
ap
Kes 2009
37
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
29. PEGAWAI PENANGKAP PADA TAHUN 2009
ALIA MD AMIN
JTL NEGERI KEDAH
MEGETHIRAM THARMALINGAM
JTL NEGERI TERENGGANU
ANUAR SAFIA
JTL NEGERI PAHANG
AHMAD ULUM KAMARUDIN
JTL NEGERI PAHANG
MD NORDIN MOHAMAD NOR
JTL NEGERI JOHOR
AMIER HAMZAH ABDUL RAHIM
JTL NEGERI PAHANG
AHMAD FAIZAL ABDULLAH
JTL NEGERI JOHOR
AHMAD ABDUL RAZAK YAACOB
JTL NEGERI KEDAH
ABDUL HAFIZ SHAARI
JTL NEGERI PAHANG
38
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
MOHD BAHARUDDIN MAT JIDIN
JTL NEGERI PAHANG
TUAN HALIZAN TUAN KUB
JTL NEGERI TERENGGANU
MOHAMED MANSOR
ASHAARI AL JOHARI
JTL NEGERI KEDAH
TON ABDULLAH
JTL NEGERI TERENGGANU
MOHAMED RIDZUAN BIN
MAT NAYAN
JTL NEGERI KEDAH
39
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
30. PEGAWAI PENYIASAT DAN BILANGAN KES PADA 2009
Jabatan Taman Laut Malaysia masih lagi kekurangan Pegawai Penyiasat terlatih dalam
mengendalikan kes-kes tangkapan yang dilakukan. Walagaimana pun JTLM sentiasa
bekerjasama dengan Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim dalam
mengendalikan kes-kes tersebut. Dalam masa yang sama, JTLM turut menganjur dan
menghantar kakitangan berkenaan untuk mengikuti latihan dan kursus berkaitan
sebagai Pegawai Penyiasat.
Pada tahun 2009, En. Jaini bin Jailan daripada Jabatan Taman Laut Negeri
Terengganu telah mengendalikan kes tarbanyak iaitu sebanyak 8 kes.
1
1
1
8
2
2
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
MOHAMAD ISHAK
TUAN HALIZAN B. TUAN KOB
MOHD LOFTI BIN ALI
JAINI BIN JAILAN
MD NORDIN B. MOHAMAD NOR
MOHAMAD HISHAM BIN IBRAHIM
Bilangan Kes
Pe
gaw
ai P
en
angk
ap
2009
40
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
31. PEGAWAI PENYIASAT PADA TAHUN 2009
JAINI JAILAN
JTL NEGERI TERENGGANU
MD NORDIN MOHAMAD NOR
JTL NEGERI JOHOR
MOHAMAD HISHAM IBRAHIM
JTL NEGERI TERENGGANU
MOHD LOFTI ALI
JTL NEGERI KEDAH
TUAN HALIZAN TUAN KUB
JTL NEGERI TERENGGANU
MOHAMAD ISHAK
JTL NEGERI TERENGGANU
41
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
32. LOKASI TANGKAPAN DI DALAM PERAIRAN TAMAN LAUT
42
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
43
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
44
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
45
Laporan Kes Tangkapan 2009
Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan Jabatan Taman Laut Malaysia
33. PENUTUP
Laporan Penguatkuasaan & Pelesenan Tahun 2009 adalah kali kedua dihasilkan
setelah Laporan Tahun 2008. Analisis dan olahan data akan dipertingkatkan lagi
pada tahun-tahun akan datang bagi menambahbaik laporan ini sebagai pelengkap
kepada kerja-kerja penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh anggota di semua
peringkat negeri.
Data-data penguatkuasaan yang telah dianalisis ini boleh dijadikan panduan dalam
perancangan, kewangan dan pengurusan bagi memangkin kerja-kerja
pengawaseliaan sumber marin di taman laut. Justeru, dalam mencapai visi dan misi
Jabatan, Bahagian Penguatkuasaan & Pelesenan JTLM sentiasa mengambil
langkah proaktif dalam semua aspek bagi memastikan khazanah negara yang tidak
ternilai ini terpelihara untuk generasi hari ini dan akan datang.
46