7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
1/18
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
2/18
2
2 KONSEP MALAIKAT
2.1 Definisi Malaikat
Pengunaan istilah malaikat dalam bahasa Melayu biasanya berbentuk perkataan
tunggal, sepertimana yang digunakan oleh para ulama. Dalam bahasa Arab perkataan
malaikat berasal daripada perkataan jamak daripada perkataan malak ( ) untuk
malaikat dan alim ( ) untuk ulama. Ada ulama berpendapat, perkataan malak
diambil daripada perkataan alaka ( ) dan malakah ( ) yang bermaksud
mengutuskan, perutusan, atau risalah. Malaikat adalah utusan-utusan daripada Allah
yang memainkan pelbagai peranan. (M.Quraish Shihab 2012 : 14 )
Dalam al-Quran, Allah berfirman :
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang
menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; ia
menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakannya apa jua yang
dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(surah Fatir : 1)
Ada pendapat lain mengatakan, malak diambil daripada perkataan laaka ( )
yang bermaksud menyampaikan pengetahuan ataupun maklumat. Malaikat adalah
makhluk yang menyampaikan pengetahuan daripada Allah. Semua maksud-maksud di
atas adalah dari segi bahasa.
Banyak ulama berpendapat, malaikat ialah makhluk ghaib yang diciptakan
Allah daripada cahaya. Ia dapat membentuk pelbagai rupa, taat kepada perintah Allah,
dan tidak pernah mengingkari perintah-Nya.
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
3/18
3
Bekas mufti Mesir dan juga pemimpin tertinggi al-Azhar, Muhammad Sayyid
Thantawi, dalam bukunya, al-Qashash fi al-Quran (kisah-kisah dalan al-quran) ada
mengatakan, malaikat adalah tentera Allah. Allah memberikan merekaa akal dan
pemahaman. Mereka diciptakan naluri supaya taat kepada perintahnya. Allah
memberikan mereka keistimewaan berubah bentuk yang indah dan mampu
melaksanakan tugas-tugas yang berat.
Mereka taat dan tidak pernah mengingkari segala perintah yang ditentukan
oleh-Nya. Ini dapat dilihat melalui ayat al-Quran :
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di
bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta Malaikat; sedang mereka
(Malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan
sujud kepadanya). (surah an-Nahl : 49)
Allah berkata dalam ayat yang lain :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka
itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(surah al-Tahrim : 6 )
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
4/18
4
Penjelasan dalil berkenaan malaikat diciptakan daripada cahaya tidak ditemui
dalam al-Quran. Walaubagaimanapun, mereka berbeza dengan jin yang disebut dalam
al-Rahman ayat 15. Ayat ini menyatakan, ia diciptakan oleh Allah daripada bara api
yang menyatakan, ia diciptakan oleh Allah daripada bara api yang menyala.
Pengetahuan perihal asal kejadian malaikat dilaporkan oleh Muslim, Ahmad, at-
Tirmizi, dan Ibnu Majah melalui isteri Rasulullah iaitu Aisyah. Rasulullah berkata :
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan
sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"
Namun, tidak diketahui jenis cahaya ia diciptakan. Terdapat hadis yang
membincangkan perkara ini, tetapi kesahihan hadis-hadis itu tidak diketahui. Ada juga
ulama tasawuf mengemukakan pelbagai kajian berkenaan asal usul kejadian malaikat.
Tetapi, tidak menemui sebarang dalil atas hujah mereka. Oleh itu, saya berpendapat
adalah lebih baik sekiranya tidak memilih mana-mana pendapat dalam isu ini.
Apabila berbicara perihal jin, pandangan ulama berkaitan definisi malaikat
berbeza-beza. Syeikh Muhammad Abduh yang terkenal dengan aliran rasionalnya,
berusaha menjelaskan batasan supranasional daripada ajaran Islam dan mengkritik
definisi yang sebelum ini. Antaranya adalah bukankah mustahil malaikat yang
dinyatakan dicipta daripada cahaya dapat berubah kepada pelbagai bentuk ? Definisi
itu tidak dapat difahami oleh mereka yang mengemukakannya, apatah lagi kepada
orang lain.
Pendapat Abduh ini sama dengan pendapat orang yang tidak memahamibagaimana asal kejadian jin daripada api, dan mereka yang derhaka diseksa oleh api
neraka kelak. Penciptaan jin daripada api bukanlah bermakna keadaan makhluk itu
adalah api. Ini sebagaimana terciptanya manusia daripada tanah, bukan bererti
manusia sama dengan tanah. Begitu juga penciptaan malaikat daripada cahaya.
Berdasarkan daripada hujah di atas, pendapat Syeikh Muhammad Abduh tadi dapat
ditangkis.
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
5/18
5
Tambahan pula, Muhammad Abduh, ketika mentafsirkan ayat 10 hingga ayat
11 daripada surah al-Infitar menegaskan malaikat adalah makhluk-makhluk ghaib
yang tidak dapat diketahui hakikatnya. Tetapi, kita wajib mempercayai kewujudannya.
Selain itu, beliau memberikan pendapatnya dalam tafsir Juz Amma untuk panduan
guru-guru mengaji kepada orang yang baru mula mengaji. Beliau berkata , Kita tidak
perlu menyentuh secara terperinci persolan ghaib yang tidak dijelaskan oleh Allah dan
rasulNya. Itu adalah satu prinsip tafsir dalam pandangan beliau.
Secara istilah, erti malaikat adalah tubuh yang lembut yang diberikan
kemampuan menyerupai beragam bentuk makhluk yang berbeza, yang tempat
tinggalnya di langit.
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
6/18
6
2.2 Keistimewaan Malaikat
Memang tidak dinafikan, kedudukan dan kebolehan malaikat adalah berperingkat.
Setiap malaikat mempunyai darjatnya sendiri. Malah dalam al-Quran dan Sunnah
banyak menceritakan berkenaan cirri-ciri, sifat, dan keistimewaan malaikat.
Antaranya adalah (M.Quraish Shihab 2012 : 25 ) :
i. Menyerupai makhluk lain seperti manusia.
Terdapat kisah-kisah malaikat yang menyamar menjadi manusia
diceritakan dalam al-Quran. Antaranya:
Nabi Ibrahim pernah dikunjungi malaikat dalam bentuk manusia.
Pada waktu itu, beliau sedang menghidangkan makanan kepada mereka
sambil berkata: Sila makan. (surah az-Zariyat : 27). Tetapi, mereka
enggan menjamah hidangan itu, sehingga Nabi Ibrahim berasa takut
dengan mereka. Lalu, mereka berkata kepada beliau, Jangan kamu takut.
Mereka member khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak
yang alim. (surah az-Zariyat : 28)
Nabi Lut juga pernah dikunjungi malaikat yang menyamar sebagai
pemuda-pemuda yang tampan. Beliau berasa risau kerana takut tetamunya
diganggu oleh kaumnya yang suka melakukan amalan homoseksual. Lalu,
baginda berkata :
"Wahai kaumku! di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih
suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu
takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu
kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. tidakkah ada di antara kamu
seorang lelaki Yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
mereka menjawab: "Sesungguhnya Engkau telahpun mengetahui
bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak
perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
7/18
7
yang kami kehendaki." Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada
kekuatan untuk menentang kamu, atau Aku dapat bertumpu ke
sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong,
tentulah aku akan membinasakan kamu)".(Surah Hud : 78-80)
Maryam, ibu Nabi Isa juga dikunjungi oleh malaikat Jibril dalam
bentuk seorang lelaki.
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya
dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia
menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki Yang sempurna
bentuk kejadiannya. (Surah Maryam :17)
Banyak hadis berkenaan malaikat berbentuk manusia dalam kitab-
kitab hadis. Contohnya, kisah tiga orang miskin yang mempunyai tiga
jenis penyakit, disembuhkan oleh Allah dan diberikan kesenangan hidup.
Kemudiannya, mereka diuji oleh Allah melalui malaikat yang
menjelmakan diri dalam bentuk manusia, dalam keadaan yang mereka
alami sebelum ini. Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim
melalui Abu Hurairah.
Walau bagaimanapun, dalam kajian yang dicari tidak menemui
sebarang dalil dan penjelasan daripada al-Quran dan hadis bahawa
malaikat berubah dalam bentuk lain selain manusia.
ii. Tidak BerjantinaKaum musyrikin mempercayai dan mendakwa para malaikat adalah
berjantina perempuan. Ini sepertimana yang diceritakan dalam al-Quran :
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
8/18
8
Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi
hamba-hamba Allah yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan.
Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? akan
dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan
ditanya kelak. (surah az-Zukhruf :19)
Al-Quran menolak dakwaan itu dengan ayat berikut:
(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa
bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka
Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah
mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan
untuk mereka anak-anak lelaki? atau Adakah mereka hadir
sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu -
perempuan?. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, Dengan sebab
terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:. "Allah beranak";
sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang
berdusta!. (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan
mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan
Yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta
mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki
(sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)? apa
sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang
terang-terang salahnya itu)? setelah ditegur, maka tidakkah
kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahilbaginya anak-pinak)? atau Adakah kamu mempunyai sebarang
Bukti Yang nyata (menerangkan Bahawa malaikat itu anak-
anak perempuan Allah)? (Surah as-Saffat : 149-156)
Itu adalah ayat Allah yang menyangkal sekeras-kerasnya
dakwaan kaum kafir dan membantah, Allah tidak memilih ataupun
mengutamakan jantina kepada para malaikat. Kesimpulannya, mereka
tidak berjantina sama ada lelaki ataupun perempuan. Mereka tidak
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
9/18
9
memiliki nafsu syahwat dan tidak beranak-piank. Persoalan ini
disepakati oleh pandangan para ulama menurut pendapat Fakhruddin
ar-Razi.
iii. Tidak Makan dan Minum
Ada satu kisah yang menceritakan perihal Nabi Ibrahim yang didatangi
oleh malaikat dalam bentuk manusia. Pada ketika itu, Nabi Ibrahim
menghidangkan makanan kepada mereka. Tetapi, mereka tidak
menjamahnya. Ini dapat digambarkan melalui ayat Allah :
Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh
hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa
takut dari keadaan mereka. Mereka berkata: "Janganlah Engkau
takut Wahai Ibrahim, sebenarnya Kami ini diutus kepada kaum
Lut (untuk membinasakan mereka)." (surah Hud :70)
Dalam satu hadis mengatakan, bukan sahaja mereka tidak
makan, malah bauan aroma segala makanan tidak disukai oleh para
malaikat. Al-Bukhari dan Muslim merekodkan, Nabi Muhammad
melarang mereka yang berbau bawang merah ataupun bawang putih
berada di masjid. Tambahan pula, dalam kitab Muslim menyatakan,
nabi menyuruh orang yang menjauhi Baqi iaitu tempat yang
berdekatan dengan Masjid Nabi. Ini kerana, dia berbau bawang. Begitu
juga dengan pelbagai bau yang tidak menyenangkan.
iv. Tidak Jemu dan Letih dalam Beribadat
Malaikat adalah makhluk yang tidak mempunyai nafsu syahwat, tidak
makan, dan tidak minum. Tetapi, mereka memiliki kecenderungan
yang berbeza daripada jin dan manusia iaitu kecenderungan rohani. Ini
dapat diketahui melalui aktiviti-aktiviti mereka yang hanya untuk
pengabdian dan ibadah kepada Penciptanya semata-mata. Ayat al-
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
10/18
10
Quran menggambarkan keadaan mereka, antaranya adalah yang
bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan." (surah at-Tahrim :7)
Walau bagaimanapun, kita tidak dapat mengetahui bagaimana
mereka bertasbih dan memuji Allah. Apa yang kita tahu adalah
bertasbih tidak terbatas kepada ucapan semata-semata, tetapi juga sikap
dan perbuatan. Ada dalam kalangan mereka yang berdiri, ada yang
rukuk, ada yang sujud, ada yang bertawaf mengelilingi al-Baitul
Makmur, dan ada juga yang berselawat kepada Nabi Muhammad.
Selain itu, ada juga yang beristighfar untuk orang-orang
mukmin. Mereka melakukan ibadah kepada Allah sepanjang masa
tanpa rasa jemu. Mereka juga menyedari, Allah sentiasa mengetahui
segala perkara yang mereka lakukan.
v. Makhluk yang Kuat dan Gagah
Al-Quran menceritakan, malaikat adalah dzu mirrah ( ) dalam
surah an-Najm ayat 6. Perkataan mirrah menurut pandangan ulama
bermaksud gagah. Sekiranya Allah menyifatkan benda dengan indah,
keindahan itu tidak dapat digambarkan oleh manusia. Malaikat berbeza
sekali dengan syaitan. Dalam sudut naluri manusia, syaitan disifatkan
dengan keburukan dari segi penampilannya daan juga sifat-sifatnya. Ini
dibuktikan melalui al-Quran dan as-Sunnah.
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
11/18
11
Banyak hadis yang menjelaskan Jibril seringkali datang kepda
Rasulullah dalam bentuk sahabat beliau yang gagah, iaitu Dihyah al-
Kalbi. Ada hadis lain mengatakan, kedatangan Jibrik dalam bentuk
manusia yang berketerampilan tinggi, berambut kemas, berpakaian
putih dan bersih ketika menemui Rasulullah. Dia bertanya dengan
pelbagai soalan sebgai rangka pengajaran Islam kepada para sahabat
beliau. Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
2.3 Peranan Malaikat
Dalam al-Quran, Allah menceritakan perihal jenis-jenis malaikat, kedudukannya, dan
peranan-peranannya. Secara umumnya, tugas para malaikat telah dinyatakan oleh
Allah swt dalam surah al-Mursalat ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:
Demi malaikat-malaikat yang dihantarkan bagi menjalankan tugasnya, juga
yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya. Dan demi makhluk-
makhluk yang menyebarkan rahmat dengan sebaran yang bersungguh-
sungguh, serta yang memisahkan antara yang benar dengan yang salah, dengan
pemisahan yang sejelas-jelasnya. Lalu, menyampaikan pengajaran dan
peringatan kepada manusia bagi menghapuskan kesalahan orang-orang yang
bertaubat serta membaiki keadaan dirinya, dan menakutkan orang yang
derhaka.
Berdasarkan maksud ayat di atas, tugas para malaikat yang dinyatakan adalahseperti berikut:
1. Membawa rahmat2. Memisahkan antara hak dan batil3. Menyampaikan peringatan (wahyu)4. Menghukum orang yang derhaka (berdosa)
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
12/18
12
Bagi memudahkan pemahaman kita semua, peranan para malaikat ini bolehlah
dilihat dari sudut nama malaikat itu sendiri. Antara beberapa nama malaikat yang
boleh dijadikan contoh untuk dilihat peranannya adalah seperti berikut :
1. Malaikat JibrilJibril juga dikenali dengan nama al-Ruh, al-Amin dan Ruh al-Qudus.
Tugas utama Jibril adalah untuk menyampaikan wahyu ilahi kepada para
nabi dan rasul. Hal ini jelas digambarkan oleh Allah swt dalam surah al-
Shu`ara ayat 193 yang bermaksud:
Ia (al-Quran) dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
Manakala dalam ayat 102 surah al-Nahl, Allah swt berfirman yang
bermaksud:
Katakanlah wahai Muhammad, al-Quran itu diturunkan oleh Ruh
al-Qudus, iaitu Jibril daripada Tuhanmu dengan cara yang sungguh
layak dan berhikmah. Ini bagi meneguhkan iman orang yang
beriman, dan menjadi petunjuk serta berita yang menggembirakan
untuk orang Islam.
Berdasarkan kedua-dua maksud ayat di atas, jelas dinyatakan bahawa tugas
malaikat Jibril adalah untuk menyampaikan wahyu sebagai pedoman
kepada umat manusia. Namun begitu, bukan hanya Jibril semata-mata
yang menyampaikan wahyu akan tetapi malaikat-malaikat lain jugaberbuat demikian. Berdasarkan ayat di atas, hanya Jibril sahaja yang
menyampaikan wahyu al-Quran kepada nabi Muhammad. Manakala
wahyu selain al-Quran dipikul oleh malaikat-malaikat lain.
2. Malaikat MalikTugas malaikat Malik ada disebut secara khusus dalam surah al-Zukruf,
ayat 77 yang bermaksud:
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
13/18
13
Dan mereka menyeru ketua malaikat penjaga neraka dengan berkata :
Wahai Malik! Biar tuhanmu mematikan kami, kerana kami tidak tahan
menderita. Malik menjawab, sesungguhnya kamu tetap kekal dalam
azab.
Berdasarkan ayat di atas, kita dapat memahami bahawa Malik ialah ketua
malaikat yang ditugaskan menjaga pintu neraka. Kepimpinannya jelas
difahami kerana dalam ayat lain dalam al-Quran ada menyebut bahawa
terdapat 19 penjaga neraka iaitu dalam surah al-Mudassir ayat yang ke-30.
Namun begitu, hal ini tidak pasti sama ada adakah satu malaikat yang
dinamakan Zabaniyah dalam surah al-Alaq ayat ke-18, tergolong dalam
kelompok 19 malaikat penjaga neraka ataupun tidak.
Zabaniyah ialah perkataan jamak yang berasal daripada perkataan
zibniyah. Maksud zibniyah dalam sudut makna bahasa arab ialah menolak.
Oleh itu, dapat diketahui bahawa terdapat malaikat yang ditugaskan di luar
neraka, menolak manusia yang derhaka ke dalam api neraka.
3. Malaikat Raqib dan Malaikat AtidTugas kedua-dua malaikat ini adalah mencatat segala amal perbuatan
manusia. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah swt dalam surah Qaf, ayat ke-
18 yang bermaksud:
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya ataupun perbuatan
yang dilakukannya, melainkan ada disisinya malaikat pengawas yangsentiasa sedia menerima dan menulisnya.
Ada ulama yang memahami kedua-dua perkataan Raqibun Atid daripada
ayat di atas adalah nama untuk malaikat-malaikat itu. Raqib adalah
pencatat amalan baik manusia. Manakala Atid adalah pencatat amal yang
buruk. Ada pula sebahagian ulama yang tidak memahami perkataan itu
sebagai nama, tetapi Raqib Atid difahami dengan makna tugasnya, iaitu
pengawas yang sentiasa sedia.
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
14/18
14
Nama-nama untuk para malaikat yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis
tidaklah banyak. Namun begitu, para ulama memahami wujudnya malaikat yang
berperanan dalam perkara dan persoalan tertentu. Ada malaikat untuk menurunkan
hujan, petir dan sebagainya.
2.4 Malaikat dan Manusia
Apabila Allah hendak menjadikan Adam, Allah menyatakan hasrat tersebut kepada
malaikat-malaikatnya. Mereka bertanya mengenai hikmah kejadian manusia itu. Hal
ini demikian kerana para malaikat bimbang dengan kejahatan, kederhakaan,
pertumpahan darah, dan kekufuran yang dilakukan oleh manusia. Allah menyatakan
kepada malaikat hikmah yang besar di sebalik kejadian manusia. Allah menjelaskan
dalam surah al-Baqarah ayat 30, (Abdul Hadi Awang 2007 : 29)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbihdengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Dalam ayat di atas, jelas diketahui bahawa para malaikat mempunyai hubungan yang
khusus dengan manusia sebelum penciptaan manusia lagi. Antara hubungan malaikat
dengan manusia yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis adalah seperti berikut:
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
15/18
15
i. Malaikat menjaga manusiaAllah swt menjelaskan dalam surah al-Rad ayat ke-10 dan ke-11 yang
bermaksud:
Sama sahaja bagi Tuhan, sesiapa antara kamu yang
merahsiakan ucapannya ataupun berterus terang dengan
ucapannya, sesiapa yang bersembunyi di malam hari ataupun
berjalan di siang hari. Bagi setiap manusia itu malaikat-
malaikat yang selalu mengikutinya, bergilir-gilir di hadapan dan
di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.
ii. Malaikat memberi ilham kepada manusiaAllah juga menugaskan para malaikat supaya memancarkan ilham ke
dalam hati manusia bagi melakukan perbuatan baik. Abdullah bin
Mas`ud meriwayatkan dalam sebuah hadis panjang yang bermaksud:
Rasulullah pernah berkata, Sebenarnya syaitan itu
mempunyai bisikan dalam hati manusia dan malaikat juga ada
bisikannya. Bisikan syaitan itu menggalakkan orang melakukan
perkara yang jahat dan menentang perkara yang benar.
Manakala bisikan malaikat pula mengalakkan orang melakukan
perkara yang baik dan mempercayai kebenaran. Sesiapa yang
mendapatinya, dia perlu menyedari perkara itu daripada Allah
dan bersyukur kepada-Nya. (Hadis direkodkan oleh Tirmizi
dan Nasai)
iii. Malaikat menggalakkan manusia mengerjakan amal yang baikAbu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang
bermaksud:
Pada setiap pagi, dua malaikat akan turun, salah satu daripadanya
berdoa, Wahai Tuhan kami, berikanlah ganti yang berganda-ganda
pada orang yang membelanjakan hartanya pada jalanmu. Satu lagi
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
16/18
16
malaikat berdoa, Wahai Tuhan kami, timpakanlah kerugian kepada
orang yang tidak mahu menbelanjakan hartanya pada jalanmu.
(Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
17/18
17
3 KESIMPULAN
Perihal malaikat adalah sebahagian daripada perkara ghaib yang wajib dipercayai dan
diyakini oleh setiap orang Islam dengan penuh keimanan. Iman seseorang Islam itu
belum dianggap sah sekiranya tidak mempercayai malaikat. Beriman kepada malaikat
bukan sahaja menyakini kewujudannya, bahkan yakin dengan nama, sifat dan juga
tugas mereka yang diketahui.
Dalam dunia moden, perbincangan tentang makhlik ghaib ini dianggap sebagai
suatu khayalan semata-mata kerana kewujudannya tidak dapat dibuktikan oleh sains.
Namun, al-Quran banyak menjelaskan tentang kewujudan makhluk ghaib itu yang
wujud lama sebelum manusia diciptakan. Justeru, kewujudan makhluk yang tidak
tertangkap oleh pancaindera manusiawi tidak bermakna ia tidak wujud. Perkara yang
paling penting ialah bagaimana kita mengimani keberadaan mereka berdasarkan
didikan akidah Islam tanpa sebarang keraguan.
Semoga isi dan olahan yang terdapat dalam kertas kerja ini tentang kewujudan
malaikat dan kaitannya dengan manusia dapat memanfaatkan kita semua. Mudah-
mudahan, hasik kerja ini dapat meningkatkan lagi keimanan kita terhadap Allah swt.
7/30/2019 Malaikat dan perkara berkaitan dengannya
18/18
18
RUJUKAN
Al-Quran.
Abdul Hadi Awang. 2007.Beriman kepada Malaikat dan Kitab. Selangor: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Kisyik. 1998. Berkenalan dengan Malaikat. Terj. Rusydi Helmi.
Jakarta: Pustaka Nasional.
Abdul Latif Muda. 2011.Ayat-ayat Hukum. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul Razak Naufal. 1979. Alam Jin dan Malaikat. Terj. Muhammad Labib.
Singapura: Pustaka Nasional.
Badr Azimadi. 2005.Alam Para Malaikat. Terj. Abu Irsyad. Johor Bahru: Perniagaan
Jahabersa.
M.Quraish Shihab. 2012. Malaikat dalam al-Quran. Selangor : PTS Darul Furqan
Sdn. Bhd.
Sayed Sabiq. 2011. Akidah Islam Menurut al-Quran dan Hadis. K.Terengganu:
Rangkaian Berkat Sdn. Bhd.