Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
MANUAL PENGGUNA
SISTEM e-TEMPAHANMAJLIS PERBANDARAN NILAI
Mukasurat 1
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN.......................................................................................
1.1. FUNGSI SISTEM....................................................................
1.2. OBJEKTIF SISTEM................................................................
1.3. KEPERLUAN SISTEM...........................................................
2. MENU DAN IKON...................................................................................
2.1 MENU.....................................................................................
2.2 IKON.......................................................................................
3. KADAR TEMPAHAN..............................................................................
3.1. DEWAN..................................................................................
3.2. PADANG.................................................................................
3.3. GELANGGANG......................................................................
3.4. PERALATAN...........................................................................
4. PERMOHONAN TEMPAHAN................................................................
4.1. MENYEMAK JADUAL TEMPAHAN........................................
4.2. MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN......................
4.3. MENGEMASKINI PERMOHONAN........................................
4.4. PREBIU DAN MENCETAK BIL BAYARAN.............................
4.5. MEMBATALKAN PERMOHONAN..........................................
5. PEMBAYARAN BIL................................................................................
6. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN.......................................................
7. PENUTUP...............................................................................................
…..........3
…..........3
…..........3
…..........3
…..........4
…..........4
…..........4
…..........5
…..........5
…..........5
…..........6
…..........6
…..........7
…..........7
…..........9
…........12
…........14
…........16
…........18
…........19
…........20
Mukasurat 2
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
PENGENALAN
1.1 FUNGSI SISTEM
1) Menyedia rekabentuk sistem yang sistematik dan mudah difahami oleh pengguna.
2) Menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk menyemak kekosongan setiap
kemudahan awam melalui semakan jadual kekosongan sebelum mengemukakan
sebarang permohonan.
3) Memberi kebenaran kepada pemohon mengemaskini permohonan tempahan dan
mencetak bil bayaran dengan mudah.
4) Menyediakan manual pengguna bagi membimbing pengguna dalam mencapai
setiap modul di dalam sistem ini.
1.2 OBJEKTIF SISTEM
1) Memudahkan orang awam memohon harta awam secara online melalui portal
Majlis Perbandaran Nilai.
2) Mempercepatkan proses permohonan tempahan memandangkan sistem ini dapat
melulus dan menolak sebarang permohonan secara automatik.
3) Memaparkan bil bayaran sesuatu permohonan dan bil tersebut boleh dicetak untuk
dikemukakan ke kaunter untuk membuat bayaran.
1.3 KEPERLUAN SISTEM
1) Pelayan web, Internet Explorer
2) Adobe Acrobat Reader
Mukasurat 3
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
MENU DAN IKON
2.1 MENU
Menu utama terletak di bahagian paling atas bagi memudahkan capaian.
2.1.1 SEMAKAN / TEMPAHAN
Menu ini membolehkan pemohon melaksanakan semakan dengan memilih harta
awam dan tarikh yang ingin ditempah.
Semakan dilaksanakan untuk mengetahui kekosongan harta awam sebelum
mengemukakan permohonan.
2.1.2 CARIAN
Menu ini membolehkan pemohon melaksanakan carian menggunakan No. Kad
Pengenalan bagi mencapai semua rekod permohonan.
2.2 IKON
Home
Bantuan – Manual Pengguna
Halaman sebelum
Paparan atau prebiu
Kemaskini
Cetak
Hapus
Carian
Status - bil bayaran telah dibayar
Status - bil bayaran belum dibayar
Status - permohonan telah terbatalJadual 2.1
Mukasurat 4
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
KADAR TEMPAHAN HARTA AWAM
3.1 DEWAN
BIL DEWAN KADAR TEMPAHAN SEJAMBERHAWA DINGIN TANPA HAWA DINGIN
7 AM - 7 PM 7 PM – 12 AM 7 AM - 7 PM 7 PM – 12 AM
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
BBN
RANTAU
DESA CEMPAKA
DESA MELATI
TMN TUNKU JAAFAR
TMN SEMARAK
PEKAN NILAI
MANTIN
LENGGENG
LABU
RM 100.00
RM 100.00
RM 130.00
RM 130.00
RM 80.00
RM 80.00
RM 80.00
RM 80.00
RM 80.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 70.00
RM 70.00
RM 70.00
RM 70.00
RM 70.00
Jadual 3.1
3.2 PADANG
BIL PADANG KADAR TEMPAHAN SEJAMISNIN - AHAD URUSAN
RASMI
1
2
3
BOLA SEPAKBBN
RANTAU
MANTIN
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 50.00
RM 50.00
RM 50.00
1
BOLA JARINGBBN RM 10.00
Jadual 3.2
Mukasurat 5
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
3.3 GELANGGANG
BIL GELANGGANG KUANTITI KADAR TEMPAHAN SEJAM6 PG – 7 PTG 7 PTG – 12
MLM
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
1
GELANGGANG BADMINTON
BBN
RANTAU
DESA CEMPAKA
DESA MELATI
TMN TUNKU JAAFAR
TMN SEMARAK
PEKAN NILAI
MANTIN
LENGGENG
LABU
GELANGGANG FUTSALBBN
3
2
2
2
2
2
1
2
1
1
2
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 30.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 10.00
RM40.00
Jadual 3.3
3.4 PERALATAN
BIL JENIS PERALATAN KUANTITI KADAR SEUNIT
1
2
3
4
5
6
KHEMAH MASAK
KANOPI 20' x 20'
KANOPI 20' x 30'
KERUSI PLASTIK
MEJA 3' x 6'
PLATFORM 4' x 8'
2
7
2
700
39
25
RM 60.00
RM 150.00
RM 200.00
RM 0.30
RM 3.00
RM 10.00
Jadual 3.4
Mukasurat 6
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
PERMOHONAN TEMPAHAN HARTA AWAM
4.1 MENYEMAK JADUAL TEMPAHAN
1) Laksanakan semakan dengan memilih harta awam dan tarikh untuk ditempah
(Rujuk Imej 4.1).
Imej 4.1
Notis: Sila pilih tarikh hari ini atau hari berikutnya untuk semakan.
2) Klik butang Semak bagi melaksanakan semakan.
3) Sekiranya semakan berjaya mencapai rekod, maklumat harta (Rujuk Imej 4.2) akan
dipaparkan berserta jadual tempahan (Rujuk Imej 4.3) bagi tarikh yang telah dipilih.
Imej 4.2
Mukasurat 7
Klik dropdownmenu dan pilih harta sewaan
Klik dropdownmenu dan pilih harta sewaan
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
Imej 4.3
Jadual yang dipapar (Rujuk Imej 4.3) menunjukkan status tempahan harta tersebut
dalam tempoh 24 jam bagi tarikh yang telah dipilih. Tiga (3) warna menunjukkan
makna seperti keterangan berikut:
Menunjukkan harta masih dibuka untuk tempahan bagi tempoh tersebut.
Menunjukkan harta telah ditempah bagi tempoh tersebut.
Menunjukkan harta tidak dibuka untuk tempahan bagi tempoh tersebut.
4) Klik butang Isi Borang Permohonan untuk memulakan permohonan.
Mukasurat 8
Klik di sini untukmenyemak tarikh
seterusnya
Klik di sini untukmenyemak tarikh
sebelumnya
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
4.2 MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN
Mukasurat 9
2. Klik ikon ini untuk mencari maklumat anda
1. Masukkan No. Kad Pengenalan anda
3. Masukkan Nama Penuh, Alamat, No Telefon, No. Fax,Emel (sekiranya ini adalah permohonan pertama anda)
4. Masukkan jumlah harta ingin ditempah
5. Masukkan Tujuan & Tempat (Peralatan Sahaja - Tujuan penghantaran)
6. Pilih tarikh dan masa ingin tempah
7. Klik di sini jika bersetujudengan syarat-syarat di atas
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
Imej 4.4
4.2.1 BAHAGIAN A: MAKLUMAT PEMOHON
1. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dengan format yang betul.
2. Klik ikon carian untuk mencari maklumat anda.
Sekiranya anda pernah membuat permohonan sebelum ini dan tiada
perubahan maklumat ingin dilakukan, sila terus ke Langkah 4.
3. Masukkan Nama Penuh, Alamat, No. Telefon, No. Fax (jika ada) dan Emel (jika ada).
4.2.2 BAHAGIAN B: MAKLUMAT HARTA
4. Masukkan kuantiti harta yang ingin ditempah.
4.2.3 BAHAGIAN C: MAKLUMAT TEMPAHAN
5. Masukkan tujuan tempahan dibuat.
Notis: Sekiranya anda memohon tempahan peralatan, sila masukkan
lokasi atau alamat bagi tujuan penghantaran.
6. Pilih tarikh dan masa tempahan bagi harta tersebut.
4.2.4 PENGAKUAN PEMOHON
7. Klik checkbox sekiranya anda bersetuju dengan syarat-syarat yang tertera di
dalam borang permohonan.
8. Sila pastikan anda melengkapkan ruang yang bertanda * (asterisk merah).
9. Klik butang Hantar Borang Permohonan sekiranya anda pasti dengan
Mukasurat 10
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
maklumat yang telah diisikan.
10. Sistem akan memberitahu keputusan proses permohonan samada berjaya
atau tidak.
Mukasurat 11
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
4.3 MENGEMASKINI PERMOHONAN
Permohon dibenarkan mengemaskini borang permohonan sekiranya terdapat perubahan
atau kesilapan terhadap maklumat tempahan tersebut. Langkah untuk mengemaskini
borang permohonan adalah seperti berikut:
1. Klik menu Carian dan laman carian akan dipaparkan (Rujuk Imej 4.5).
Imej 4.5
2. Masukkan No. Kad Pengenalan.
3. Klik butang Carian dan senarai rekod tempahan akan dipaparkan.
Imej 4.6 – Senarai Tempahan
4. Pilih rekod untuk dikemaskini dan klik ikon kemaskini untuk mengemaskini (Rujuk
Imej 4.6).
5. Borang permohonan akan dipaparkan dan kemaskini boleh dilakukan.
6. Klik butang Kemaskini Borang Permohonan sekiranya anda pasti dengan
perubahan yang dilakukan.
Mukasurat 12
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
7. Sistem akan memberitahu keputusan proses kemaskini (Rujuk Imej 4.7).
Imej 4.7
Notis: Pemohon tidak dibenarkan mengemaskini permohonan sekiranya telah membuat
pembayaran.
Mukasurat 13
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
4.4 PREBIU DAN MENCETAK PENYATA
Penyata bayaran boleh diprebiu dan dicetak melalui sistem ini. Anda perlu memasang
Acrobat Reader di dalam komputer anda bagi membolehkan penyata diprebiu. Klik di sini
untuk memuat turun (download) Acrobat Reader.
Langkah untuk mencetak penyata adalah seperti berikut:
1. Klik menu Carian dan halaman carian akan dipaparkan (Rujuk Imej 4.5).
2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
3. Klik butang Carian dan senarai tempahan akan dipaparkan.
4. Pilih rekod yang ingin diprebiu penyatanya dan klik ikon pencetak (Rujuk Imej 4.8).
5. Bil bayaran akan dipaparkan (Rujuk Imej 4.9). Klik ikon pencetak untuk mencetak
penyata anda.
Imej 4.8
Mukasurat 14
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
Imej 4.9 – Penyata Tempahan (sample)
Mukasurat 15
Klik ikon ini untukmencetak bil ini
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
4.5 MEMBATAL PERMOHONAN
Anda boleh membatalkan permohonan di atas sebab yang munasabah. Langkah
pembatalan permohonan adalah seperti berikut:
1. Klik menu Carian dan halaman carian akan dipaparkan (Rujuk Imej 4.5).
2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
3. Klik butang Carian dan senarai tempahan akan dipaparkan.
4. Pilih rekod yang ingin dibatalkan dan klik ikon hapus (Rujuk Imej 4.10).
5. Sistem akan meminta kepastian (Rujuk Imej 4.11) berkenaan pembatalan rekod
tempahan.
6. Sekiranya anda pasti, anda diminta memasukkan sebab pembatalan. (Rujuk Imej
4.12).
7. Seterusnya, sistem akan memberitahu keputusan proses pembatalan samada
berjaya atau tidak.
Imej 4.10
Mukasurat 16
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
Imej 4.11
Imej 4.12
Mukasurat 17
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
PEMBAYARAN BIL
1) Setiap permohonan mempunyai satu penyata bayaran. Penyata Bayaran tersebut boleh
dicetak melalui sistem ini dan pemohon boleh mendapatkan pengesahan dan seterusnya
membuat bayaran di kaunter Majlis.
2) Pemohon dikendaki menjelaskan bil dalam masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan
permohonan terbatal.
Mukasurat 18
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
6.1 Membatalkan sewaan jika pada tarikh – tarikh tersebut ada perayaan-perayaan Rasmi
Kerajaan yang mana alat – alat tersebut terpaksa digunakan ;
6.2 Menggunakan Dewan tersebut hanya dalam Tempoh Sewaan yang dibenarkan dan
hanya sebagai tempat yang dibenarkan oleh Majlis seperti yang terkandung dalam
Lampiran B ;
6.3 Menanggung rugi Majlis terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap apa –
apa barangan, alat perkakas atau kelengkapan Dewan ;
6.4 Tidak akan membuat apa – apa tuntutan kepada Majlis atau mana – mana pegawainya
bagi apa – apa kehilangan atau kerosakan harta benda kepunyaan Penyewa ;
6.5 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan keselesaan orang awam
sepanjang Tempoh Sewaan dan mengambil apa – apa jua lindungan insuran jika perlu
untuk menghadapi sebarang kemungkinan ;
6.6 Membenarkan hanya mereka yang berkenaan dengan Penyewa berada di dalam
Dewan sepanjang Tempoh Sewaan. Bilangan ini adalah termasuk pekerja, pegawai
serta orang awam ;
6.7 Memastikan bahawa Dewan bebas dari semua orang, peralatan dan barang – barang
kepunyaan Penyewa tidak lewat dari 30 minit selepas tamat tempoh sewaan. Jika
Penyewa gagal, keseluruhan Wang Cagaran tidak akan dikembalikan kepada Penyewa
;
6.8 Menjaga Dewan supaya bersih dan semua sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam
bekas yang disediakan oleh Majlis ;
Mukasurat 19
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
6.9 Tidak memasak apa – apa makanan dan minuman di dalam atau di luar Dewan. Tidak
dibenarkan memesan, menyedia, menghidang apa – apa makanan haram disisi Agama
Islam samada di dalam atau di luar Dewan ;
6.10 Tidak mencuci atau membasuh apa – apa perkakas yang digunakan di dalam atau di
luar Dewan tanpa kebenaran bertulis dari Majlis ;
6.11 Tidak mengalih, memindahkan atau mengubah apa-apa perkakas asal atau alat
kemudahan yang berada di dalam atau di luar Dewan tanpa kebenaran bertulis dari
Majlis ;
6.12 Tidak mengecat, mewarna atau menggunakan paku atau menampal kepada mana-
mana bahagian Dewan kecuali dengan kebenaran bertulis dari Majlis ;
6.13 Tidak mengadakan apa – apa bentuk perjudian di dalam Dewan ;
6.14 Tidak mendirikan apa – apa struktur atau pondok untuk apa – apa maksud di dalam
kawasan Dewan ;
6.15 Tidak mempamerkan atau menaikkan gambar foro, pemidang atau iklan di dalam, di
luar atau di sekitar kawasan Dewan kecuali dengan kebenaran bertulis dari Majlis ;
6.16 Tidak dibenarkan menggali sebarang lubang dan membuat sebarang garisan di dalam
kawasan padang kecuali dengan kebenaran Majlis. Manakala kebersihan kawasan juga
adalah tanggungjawab Penyewa ;
6.17 Menghantar notis bertulis kepada Majlis tidak kurang dari tujuh (7) hari tidak termasuk
hari Ahad dan Kelepasan Am dari tarikh mula penggunaan Dewan, sekiranya Penyewa
tidak berupaya menggunakan ‘Dewan’ pada tarikh kelulusan ;
Mukasurat 20
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
Adalah dipersetujui bersama bahawa:-
6.1.1 Majlis boleh tanpa memberi apa-apa sebab membatalkan mana – mana juga sewaan
yang telah diluluskan dengan memberi notis secara bertulis kepada Penyewa dan Majlis
tidak akan dipertanggungjawab terhadap apa – apa akibat yang timbul dari pembatalan
itu ;
6.1.2 Majlis juga tidak boleh dipertanggungjawab atau tertanggung atas sebarang tempahan
bertimpa atau kegagalan seseorang, sesebuah pertubuhan, syarikat atau kumpulan
yang menggunakan Dewan terdahulu untuk mengosongkan Dewan itu dalam
jangkawaktu yang ditetapkan untuk pengguna – pengguna yang berikutnya ;
6.1.3 Wang Cagaran yang dibayar seperti di perkara 3 hendaklah :-
i. dikembalikan sepenuhnya, jika tempahan itu dibatalkan oleh Penyewa sekurang –
kurangnya tujuh (7) hari tidak termasuk hari Ahad dan Kelepasan Am, sebelum
tarikh mula penggunaan Dewan ;
ii. dikembalikan 50% (50% lagi lucut hak) jika tempahan itu dibatalkan oleh Penyewa
kurang dari tujuk (7) hari tidak termasuk hari Ahad dan Kelepasan Am, sebelum
tarikh mula penggunaan Dewan ;
iii. dilucutkan hak sepenuhnya jika tempahan itu dibatalkan oleh Penyewa kurang dari
tiga (3) hari tidak termasuk hari Ahad dan Kelepasan Am, sebelum tarikh mula
penggunaan Dewan ; dan
iv. dikembalikan sepenuhnya jika tempahan dibatalkan oleh Majlis. Segala tuntutan
untuk mendapatkan kembali apa-apa pembayaran Wang Cagaran tersebut,
mestilah disertakan dengan Resit Rasmi pembayaran yang dikeluarkan dengan
sah oleh Majlis ;
Mukasurat 21
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
6.1.4 Yang Dipertua, Setiausaha atau mana – mana Pegawai Majlis yang bertugas hendaklah
dibenarkan masuk pada bila-bila masa untuk tujuan pemeriksaan atau menjalankan
tugas – tugas yang diarahkan oleh Majlis ;
6.1.5 Majlis hendaklah tidak dipertanggungjawab dari apa – apa tanggungan terhadap apa –
apa kerosakan kuasa atau bekalan elektrik ;
6.1.6 Segala kos dan perbelanjaan yang terlibat berhubung dengan perjanjian ini hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa ;
6.1.7 Jika Penyewa, agennya atau pekerjanya samada sengaja atau melalui kecuaiannya
mengengkari mana – mana daripada syarat di dalam perjanjian ini dan belanja terpaksa
dikeluarkan untuk membaiki keengkaran atau kecuaian ini, maka perbelanjaan ini akan
diambil dari Wang Cagaran dan DENGAN SYARAT BAHAWA jika Wang Cagaran ini
tidak mencukupi untuk membayar belanja yang dikeluarkan oleh Majlis maka Majlis
mempunyai hak untuk menuntut dari Penyewa. Jika melalui keengkaran atau kecuaian
tersebut, kerosakan yang ditimbulkan tidak boleh dibaiki atau dinilai kecuali oleh
Mahkamah, maka walau apapun peruntukan atau syarat di dalam perjanjian ini
hendaklah tidak menghalang Majlis untuk membawa perkara ini ke Mahkamah ;
6.1.8 Jika Penyewa, agennya atau pekerjanya samada secara sengaja atau melalui
kecuainya melanggar mana – mana syarat dalam perjanjian ini maka, perjanjian ini
hendaklah sendirinya terbatal. Majlis atau mana – mana Pegawainya mempunyai hak
untuk menuntut Dewan dan menghalang Penyewa daripada menggunakan Dewan.
Keseluruhannya jumlah Wang Cagaran seperti di para 3, hendaklah dilucutkan hak dan
menjadi hakmilik Majlis ;
6.1.9 Perjanjian ini yang adalah mengikut kepada ahli waris, penerima milik atau penerima
hak kedua – dua belah pihak ; atau
6.1.10 Sebarang notis perlu diserahkan menurut perjanjian ini akan dikira sebagai telah
Mukasurat 22
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
diserahkan dengan sempurnanya jika dihantar dengan pos berdaftar ke alamat seperti
yang di atas.
Mukasurat 23
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
Lampiran B
PENGGUNAAN DEWAN[ Perenggan 4 (A) ]
1. Mesyuarat
2. Pameran
3. Seminar
4. Jamuan
5. Perkahwinan
6. Pertunjukan Kebudayaan, Hiburan atau Perdagangan
7. Kegunaan – kegunaan lain yang dibenarkan dan diluluskan oleh Majlis.
Mukasurat 24
Manual Pengguna Sistem e-Tempahan
PENUTUP
Terima kasih kerana menggunakan Sistem e-Tempahan. Kami berharap sistem ini dapat
memenuhi keperluan orang awam di dalam urusan permohonan tempahan bagi harta awam.
Sila emel atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan sistem.
MAJLIS PERBANDARAN NILAINo. 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan,
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai,
Peti Surat No. 52, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus
No. Tel : 06-7989000
No. Fax : 06-7997300
Emel : [email protected] web : www.mpn.gov.my
Mukasurat 25