MANUAL PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA
PENUH (SBP) KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
1. PENDAHULUAN
Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh adalah
merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian
Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sistem ini digunakan bagi permohonan kemasukan
murid-murid Darjah Enam (6) Sekolah Kebangsaan ke Tingkatan Satu (1) di
Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. TUJUAN PANDUAN
Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah dan membantu
murid untuk membuat Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh melalui
Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1).
3. CAPAIAN SISTEM
Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama
Penuh boleh dicapai melalui mana-mana komputer yang mempunyai
kemudahan internet.
Pautan Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama
Penuh diletakkan pada Portal Kementerian Malaysia seperti di bawah:
http://www.moe.gov.my
4. PANDUAN PENGGUNA
4.1. Menu Utama4.1.1. Muka Depan
Arahan: Pemohon dikehendaki mengklik butang Permohonan bagi membuat permohonan.
4.1.2. Paparan Login
Arahan: 1. Pemohon dikehendaki memasukkan Angka Giliran bagi ke
paparan seterusnya. 2. Pastikan Angka Giliran yang dimasukkan adalah yang
tercatat di dalam Slip Pendaftaran UPSR 2011
Arahan: Jika paparan di atas muncul bermakna katalaluan yang dimasukkan adalah salah dan pemohon perlu memasukkan semula kata laluan tersebut dengan menekan klik untuk login.
4.1.3. Paparan Panduan Permohonan
Paparan Panduan Permohonan seperti di bawah akan muncul jika angka giliran yang dimasukkan adalah benar.
Arahan: Pemohon harus menandakan ruangan YA dan mengklik pada butang masuk sistem bagi paparan status permohonan.
4.1.4. Status Permohonan
Arahan: Klik pada pautan seperti di atas bagi mengisi maklumat permohonan.
4.1.5. Paparan Permohonan
Terdapat 4 Segmentasi yang perlu diisi oleh pemohon iaitu :
a) Maklumat Diri
b) Maklumat Kepimpinan dan Kokurikulum
c) Maklumat Ibu Bapa
d) Maklumat Alamat Surat Menyurat
Arahan:
Pemohon hendaklah mengisi butiran-butiran yang diperlukan seperti di atas. Medan yang bertanda * adalah medan yang mesti diisi oleh pemohon. Kemudian setelah semua butiran diisi, pemohon hendaklah mengklik butang Hantar Permohonan
4.1.6. Paparan Butiran Permohonan
Paparan ini memaparkan butiran yang telah dimasukkan oleh pemohon bagi tujuan semakan.
2
1
Arahan: Sekiranya terdapat sebarang pengemaskinian, klik pada pautan
Kembali ke Status Maklumat Permohonan Untuk Pengemaskinian
namun sekiranya tiada sebarang pengemaskinian, klik pada butang
cetakan untuk mencetak permohonan
PERHATIAN :
a. Sila Semak Dengan Teliti Maklumat Yang Telah Dimasukkanb. Pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan
dibuat
4.1.7. Status Permohonan
Paparan dibawah menunjukkan maklumat bagi setiap segmentasi telah diisi dan kemaskini boleh dilakukan dengan memilih segmentasi yang perlu dikemaskini.
1
2
4.1.8. Paparan Cetakan
Arahan: Pemohon perlu mencetak 2 salinan permohonan dan mesti
ditandatangani pemohon serta mendapat Pengesahan Guru Besar
Sekolah Asal Pemohon. Salinan Pertama untuk tindakan Guru Besar
Sekolah Asal pemohon manakala Salinan Kedua dihantar kepada
Pengetua SBP yang menjadi pilihan pemohon.