2
TERCEKIKTERCEKIK
Adalah satu kemalangan serius yang patut dielakkan kerana kesannya boleh mengakibatkan kematian dan trauma.
Kejadian tercekik biasanya berlaku apabila makanan, permainan atau objek tersangkut pada kerongkong manusia yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar bernafas.
3
Kejadian tercekik boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut beberapa kajian, kanak-kanak dan bayi sekitar umur enam bulan hingga setahun adalah paling berisiko tercekik.
Ahli sains berpendapat tercekik bermaksud satu situasi di mana sekatan atau halangan pernafasan berlaku.
4
Sekatan di saluran pernafasan menyebabkan kekurangan oksigen pada paru-paru bagi penyerapan ke dalam darah.
Jika mangsa dibiarkan selama 10 minit dalam keadaan tercekik, otak mangsa mula tidak berfungsi kerana kegagalan darah dan oksigen disalurkan ke otak.
5
Kekurangan selepas 4 hingga 6 minit sel-sel otak akan mula mati dan selepas 10 minit semua bahagian otak akan mati
Menyebabkan kulit mangsa terutama pada bahagian muka menjadi kebiruan
6
Tercekik terbahagi kepada dua situasi :-
- Separa tercekik
- Tercekik sepenuhnya
Separa tercekik tidak membahayakan
kerana mangsa masih boleh bernafas dan
bercakap kerana masih ada saluran udara
pada kerongkong
7
Tercekik sepenuhnya bermakna makanan atau sesuatu objek menghalang sepenuhnya saluran pernafasan.
Ini menyebabkan mangsa menjadi sukar untuk bernafas, malah tidak mampu untuk bercakap dan batuk.
8
Heimlich Maneuver adalah antara cara yang boleh dilakukan oleh orang di sekeliling untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik bagi mengeluarkan objek yang tersangkut.
Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Dr. Hendry J Heimlich
9
BENDA ASINGBENDA ASING Benda-benda yang biasanya boleh
tersangkut di saluran pernafasan.
Contohnya seperti ketul-ketul daging, biji-bijian, ketulan makanan, coklat atau mainan kecil .
Benda asing seperti ini secara tidak sengaja tersangkut disaluran pernafasan menyebabkan mangsa sukar bernafas.
10
Contoh benda asing / objek yang boleh menyebabkan tercekik
11
Mangsa tercekik
12
Perkara Yang Perlu Dihindari Ketika Perkara Yang Perlu Dihindari Ketika Membantu Mangsa TercekikMembantu Mangsa Tercekik
Jangan menepuk belakang ketika mangsa berdiri. Ini boleh menyebabkan objek yang tersangkut pada kerongkong tadi akan masuk lebih ke dalam.
Jangan korek mulut mangsa untuk melihat objek yang tersekat dan beri galakan kepada mangsa untuk terus batuk.
13
Cara Menghindari Daripada Cara Menghindari Daripada TercekikTercekik
Makan secara perlahan-lahan. Kunyah secukupnya makanan yang dimakan terutama makanan yang besar dan pejal atau liat sebelum menelan.
Duduk ketika makan dan jangan bercakap atau ketawa ketika mulut sedang penuh dengan makanan yang sedang dikunyah
14
Perhatikan kanak-kanak terutama bayi kerana mereka gemar memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Contoh seperti permainan kecil, belon, penutup pen, duit, manik dan bateri.
Jauhkan objek kecil daripada bayi dan kanak-kanak.
Pelajari cara heimlich maneuver bagi menghadapi situasi ini
15
ANATOMI BAHAGIAN EPIGLOTIS ANATOMI BAHAGIAN EPIGLOTIS YANG TERCEKIK BENDA ASINGYANG TERCEKIK BENDA ASING
16
Benda asing yang terlekat
17
18
KAEDAH RAWATAN AWALKAEDAH RAWATAN AWAL
19
Kaedah HeimlichKaedah Heimlich
Dalam kaedah ini penolong menentukan kedudukannya di belakang pesakit.
Kedua-dua lengan memeluk mangsa
tanpa menekan rusuk mangsa.
Gempalkan tangan disebelah ibu jari dikenakan pada abdomen di atas pusat
20
Sambungan………….
Tapak tangan yang satu lagi sedia menekan gempalan tangan tersebut
Dengan pantas dan kuat kedua-dua tangan menekan pada abdomen mengarah ke belakang dan ke atas.
21
Sambungan…………….
Perbuatan ini dengan secara tidak langsung menekan diafragma dan menaikan tekanan di dalam ruang toraks.
Seterusnya udara di dalam paru-paru
ditolak keluar dengan mengakibatkan tendangan keluar benda asing yang tersangkut.
22
Kedudukan tangan yang betul semasa melakukan teknik Heimlich
23
KEISTIMEWAAN KAEDAH INIKEISTIMEWAAN KAEDAH INI
Gerakan boleh dilakukan dalam pelbagai kedudukan pesakit tanpa membuang masa untuk membetulkan kedudukan mangsa.
Berat badan pesakit juga tidak akan menimbulkan masalah dan garakan ini boleh diulang beberapa kali
24
ORANG DEWASA TERCEKIK
Pengecaman Tersumbat tidak sepenuhnya.
- Sesak nafas dan sukar bercakap. - Batuk dan sakit.
Tersumbat sepenuhnya- Tidak berupaya untuk bernafas, bercakap
atau batuk.- Hilang daya sedar.
25
BANTUAN BAGI DEWASA
Langkah 1 Beri keyakinan kepada mangsa .
Bongkokkan mangsa ke hadapan supaya kepalanya lebih rendah daripada dadanya.
Beri lima tepukan pada belakang mangsa.
- Bagi keluarkan sengkangan, lepaskan
batuk.
26
- Tepuk belakang mangsa antara tulang
skapula (5 kali) dengan sebelah tangan.
- Periksa mulut mangsa.
- Jika masih terdapat benda asing masih tersangkut, laksanakan langkah 2.
27
Tepukan pada bahagian belakang mangsa
28
Langkah 2
Peluk tubuh mangsa dari belakang.
- Letakkan kedua belah tangan pada
tubuh mangsa, dan sebelah penumbuk
diletakkan di antara tulang sternum
terbawah .
29
Peluk tubuh mangsa dari belakangPeluk tubuh mangsa dari belakang..
30
Langkah 3
Beri tekanan sebanyak lima kali.
- Pegang penumbuk dengan tangan sebelah lagi, dan tarik ke dalam dan ke atas sebanyak
lima kali.
- Periksa mulut mangsa bagi memastikan sengkangan sudah terkeluar.
31
Tekanan sebanyak lima kaliTekanan sebanyak lima kali..
32
Langkah 4
Ulangi keseluruhan urutan.
- Ulang langkah 1 – 3 sehingga sengkangan terlepas.
- Jika masih gagal rujuk dengan segera kepada pakar untuk mendapatkan bantuan
kecemasan
- Ulangi prosedur hingga bantuan tiba.
33
Jika orang dewasa tidak sedarkan diriJika orang dewasa tidak sedarkan diri
Tekanan pada dada mangsa – sama seperti teknik tekanan dalam CPR.
Tekanan dada dan hembuan pernafasan. Periksa mulut mangsa selepas setiap kali tekanan. Ulang prosedur hingga bantuan tiba.
34
KANAK-KANAK TERCEKIK
Pengecaman
Sengkangan separa- Sesak nafas dan sukar bercakap.
Sengkangan sepenuhnya- Tidak berupaya untuk bernafas, bercakap
atau batuk.- Hilang daya sedar.
35
BANTUAN BAGI KANAK-KANAK
Langkah 1
Beri lima tepukan pada belakang mangsa.
- Bengkokkan tubuhnya ke depan.
- Tepuk diantara tulang skapula sebanyak lima
kali dengan pangkal tapak tangan.
- Periksa mulut mangsa.
- Jika lemas berterusan, teruskan langkah 2.
36
Beri lima tepukan pada belakang mangsaBeri lima tepukan pada belakang mangsa
37
Langkah 2
Beri lima tepukan pada dada mangsa.
- Berdiri atau melutut di belakang mangsa.
- Genggam penumbuk anda dan letakkan pada
tulang sternum terbawah.
- Sebelah lagi tangan menggenggam penumbuk dan tarik ke arah atas banyak lima kali pada kadar kira-kira tiga saat setiap tekanan.
38
Beri lima tekanan pada dada mangsaBeri lima tekanan pada dada mangsa
39
Langkah 3
Ulang keseluruhan urutan- Ulangi langkah 1 – 2 sehingga
sengkangan terlepas.
- Jika sengkangan masih tidak terlepas, hubungi bantuan kecemasan.
- Teruskan prosedur urutan hingga bantuan tiba.
Jika kanak-kanak tidak sedarkan diriJika kanak-kanak tidak sedarkan diri
Teknik tekanan sama seperti CPR Tekanan dada atau hembusan pernafasan Periksa mulut mangsa selepas setiap tekanan Ulang prosedur sehingga bantuan tiba.
41
BAYI YANG TERCEKIK
Pengecaman
- Sukar bernafas.
- Muka dan leher yang merah.
- Bunyi yang luar biasa atau tiada bunyi langsung.
- Kulit menjadi lebam – birat.
42
LANGKAH-LANGKAH BANTUAN
Langkah 1
Beri lima tepukan pada belakang bayi.- Periksa mulut bayi- Baringkan bayi atas lengan dengan
kepala bayi ke bawah. Sokong tubuh dan kepala bayi.
- Tepuk lima kali pada belakang bayi, di antara tulang skapula. Jika masih tersekat, teruskan langkah 2.
43
Beri lima tepukan pada belakang bayiBeri lima tepukan pada belakang bayi
44
Langkah 2
Periksa mulut bayi
- Telentangkan tubuh bayi di atas lengan
anda.
- Gunakan hujung jari untuk
mengeluarkan sebarang sengkangan
yang nyata.
- Jika berterusan, laksanakan langkah 3.
45
Periksa mulut bayiPeriksa mulut bayi
46
Langkah 3
Beri lima tekanan pada dada bayi
- Letakkan dua hujung jari pada tulang
sternum bawah dan beri tekanan.
- Periksa sekali lagi mulut bayi
- Jika kelemasan berterusan, laksanakan
langkah 4.
47
Beri lima tekanan pada dada bayiBeri lima tekanan pada dada bayi
48
Langkah 4
Ulangi keseluruhan urutan prosedur
- Ulang langkah 1 – 3 sebanyak tiga kali.
- Jika sengkangan tidak terlepas, hubungi dengan
segera bantuan kecemasan
- Teruskan prosedur sehingga bantuan tiba.
49
Jika bayi tidak sedarkan diri.Jika bayi tidak sedarkan diri.
Teknik tekanan sama seperti CPR(EAR atau EEC).
Tekanan dada dan hembusan pernafasan Periksa mulut bayi selepas setiap kali tekanan Ulang prosedur sehingga bantuan tiba.