Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
HUJAH DAN DALIL TENTANG KELEBIHAN MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN SANGGAHAN
TERHADAPNYA
Halaman Utama m/s. 1
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
Halaman Utama
1. PENGENALAN UMUM 1
2. Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul 3
Dan Sanggahan Terhadapnya
3. Senarai Hujjah Dan Dalil Yang Dikemukakan Serta Jawapan Kepadanya 4
4. Di Antara Sebab Mengapakah Masyarakat Begitu Ghairah Mengadakan Sambutan 10
Maulidur Rasul
5. CADANGAN BACAAN LANJUT 14
Halaman Utama m/s. 2
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
video: http://www.youtube.com/watch?v=hfSXEXgTrbU&list=PLA15E9030CC6C193C
HUJAH DAN DALIL TENTANG KELEBIHAN MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN SANGGAHAN TERHADAPNYA
Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan yang mengutus Nabi Muhammad untuk rahmat seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi yang terakhir Muhammad s.a.w. dan ke atas
keluarganya serta para sahabatnya.
Hujah dan dalil tentang kelebihan merayakan sambutan maulid yang dikemukakan ini adalah
diambil daripada satu risalah yang tersebar bertajuk ‘Maulidurrasul Dengan Dalil-Dalil Yang Nyata',
Sebenarnya tidak ada satu pun dalil yang nyata samada al-Quran, as-Sunnah, ijma' maupun qias,
berkenaan dengan amalan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan tidak ada
seorang pun di kalangan ulamak ahli sunnah wal jamaah yang dahulu (salaf), bermula dengan para
sahabat Rasulullah s.a.w., kemudian diikuti oleh para ulama’ di kalangan tabien yang mengadakan
sambutan maulidurrasul. Para imam mazhab empat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-
Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidurrasul.
Demikianlah juga keadaannya, para imam hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tirmizi,
Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran mereka ini telah mengadakan
sambutan maulidurrasul sebagaimana yang diadakan sekarang.
Ulamak dan para Imam yang tersebut di atas sudah diterima dan disepakati oleh seluruh umat
Islam di seluruh dunia sebagai muktabar dan pandangan serta mazhab mereka menjadi rujukan
dan diamal oleh umat Islam sehingga kini.
Halaman Utama m/s. 3
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
SENARAI HUJJAH DAN DALIL YANG DIKEMUKAKAN SERTA JAWAPAN KEPADANYA
HUJAH PERTAMA:
Firman Allah yang bermaksud: “Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad),
membesarkannya dan membantunya dan mengikut cahaya (al-Quran) yang diturunkan
bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah al-A’raf, Ayat:157)
JAWAPAN:
Kalimah 'membesarkan Nabi' dalam ayat ini tidak ada kaitan dengan sambutan maulid yang
diadakan. Tidak pernah didapati di dalam mana-mana kitab tafsir yang menghubungkan ayat ini
dengan maulidurrasul kerana tidak ada seorang pun ulamak salaf dan para mufassir yang muktabar
mentafsirkan ayat ini dengan mengadakan maulid.
HUJAH KEDUA:
Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka
membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.”
(al-Haj : 32)
JAWAPAN:
Di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran yang ditulis oleh Shaikh
Abdullah bin Muhammad Basmeih, cetakan keenam 1983, terjemahannya adalah seperti berikut:
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah
orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati
orang mukmin.”
Maksud “syiar-syiar agama Allah” ini dijelaskan di dalam nota kaki (hasyiah) yang terdapat di
dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman itu seperti berikut:
Halaman Utama m/s. 4
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
Syiar artinya: Lambang. Syiar agama Allah atau Syiar Islam ialah: Amal ibadat yang zahir dan
benda-benda yang berhubung dengan agama, yang melambangkan agama Allah. Misalnya di dalam
ibadat haji ialah tawaf, saie, berwuquf di Arafah dan sebagainya. Demikian juga binatang ternakan
yang dijadikan qurban atau yang dijadikan hadiah kepada faqir miskin yang ada di Mekah.
Di dalam huraian yang dibawa oleh penulis tafsir tersebut, syiar Agama Allah tidak dimaksudkan
dengan mengadakan maulid, bahkan dimaksudkan dengan amalan ibadat haji itu sendiri iaitu
Tawaf, Saie dan Wuquf. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk tafsir al-Azhar yang dikarang oleh
Prof. Dr. Hamka (Nota: Buku ini boleh dibaca oleh semua orang samada yang berkemampuan dalam
bahasa Arab atau tidak). Bagi yang berkemampuan dalam bahasa Arab, masih banyak lagi buku-
buku tafsir yang boleh dirujuk contohnya, Tafsir Ibnu Katsir, Qurtubi, al-Munir, al-Asas fi at-Tafsir
tulisan Said Hawa dan lain-lain. Boleh dipastikan kesemuanya tidak menafsirkan “syiar-syiar agama
Allah” ini dengan mengadakan maulidurrasul.’
HUJAH KETIGA
Meriwayat Imam Bukhari dalam Sohihnya, begitu juga Imam Ismail dan Abdul Razak :
“Bahawa diringankan azab Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah iaitu hamba
yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.”
JAWAPAN:
Dakwaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan
merupakan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Ianya juga tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli
dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat
Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, karangan al-Hafiz Ibnu
Hajar Asqalani, juzu’ 19, halaman 174 - 175. Serta Raudhul Unuf, karangan as-Suhaili, juzu’ 5,
halaman 191.
Apa yang terdapat di dalam Sahih Bukhari hanyalah kata-kata ‘Urwah berkenaan dengan Thuaibah
pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat
lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w. bahkan ianya
Halaman Utama m/s. 5
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. (Ibid, juzu’ 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-
kata “Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah” di dalam kata-
kata ‘Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sahih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa
Ummahatukumullati Ardha'nakum.
Patut dijelaskan juga bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan pensyarah hadis ketika
menghuraikan kata-kata ‘Urwah ini membuat kesimpulan dengan menyambut maulidurrasul,
seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap
Abu Lahab. Jika timbul pandangan yang menyatakan kelebihan maulidurrasul berasaskan kata-
kata ‘Urwah itu maka jelaslah ianya tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.
Berdasarkan kenyataan di atas juga kita akan mendapati maklumat berikut:
i) Kata-kata tersebut adalah semata-mata kata-kata ‘Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lebih-lebih lagi
‘Urwah meriwayatkannya secara mursal. Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau
mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari'yyah.
ii) Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum
memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Sahih Bukhari. Ulamak sudah sepakat
(ijma’) bahawa selain daripada mimpi para Nabi, mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh
dijadikan hujjah syar'iyyah, biar setinggi mana keimanan keilmuan dan ketaqwaannya. Ulamak
salaf dan khalaf juga berpendapat orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang
dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala
yang bermaksud: "Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu
bagaikan debu yang berterbangan." (al-Furqaan, ayat: 23)
HUJAH KEEMPAT
Diriwayatkan daripada Qatadah al-Ansori, bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin,
berkata Nabi s.a.w: “Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”
Halaman Utama m/s. 6
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
JAWAPAN:
Hadis ini langsung tidak membicarakan tentang terdapatnya sebarang kelebihan mengadakan
'Maulid' bahkan ianya berkaitan dengan berpuasa sunat hari Isnin. Amalan inilah yang sepatutnya
dianjur dan diwar-warkan di kalangan umat Islam kerana sudah jelas nas dan dalil tentang
kelebihannya. Sebaliknya realiti hari ini menunjukkan masyarakat lebih cenderung menjadi pak
turut ketika melaksanakan amalan agama dan bukannya berusaha mengkaji serta menyelidik agar
ianya menepati sunnah Rasul s.a.w.
HUJAH KELIMA
Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak,
zuhud dan alim – Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar – sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar
didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah
telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.
JAWAPAN:
Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros,
pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bid’ah) perayaan
maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini
dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan
nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mu’jamul Buldan jilid 1 ms 87
karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-
Maliki, Wafayatul A’yan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi.
Ada diberitakan bahawa Imam Suyuti pernah memuji raja tersebut. Namun begitu adalah perlu
dijelaskan bahawa Imam Suyuti bukannya hidup di zaman Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar. Kalau
Suyuti memuji raja ini bagaimana pula dengan ulamak-ulamak lain terutamanya Yaqut yang hidup
sezaman dengan Raja Muzaffar itu sendiri. Siapakah agaknya lebih tahu tentang raja itu; Yaqut atau
Suyuti?
Halaman Utama m/s. 7
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
Berkenaan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah pula, Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menulis di dalam
Lisanul Mizan jilid 4 ms 296 bahawa: “Dia seorang yang suka memburuk-burukkan imam-imam dan
ulamak-ulamak salaf (bermulut hodoh), dungu, sangat sombong, dangkal dan alpa dalam hal-hal
agama.” Hafiz Ibnu Hajar menulis lagi tentangnya; Ibnu Najjar berkata: “Saya melihat ulamak
bersepakat tentang dusta dan kelemahannya.” (Ibid ms 295)
Adalah amat tidak tepat untuk mengatakan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah seorang ulamak yang
besar. Kenyataan ulamak-ulamak di atas membuktikan bahawa beliau langsung tidak layak dibuat
panduan dan pedoman dalam membicarakan masalah maulid ini. Bahkan tidak keterlaluan jika
dikatakan ulamak seperti inilah yang sentiasa bersedia menjadi pengampu dan pembodek raja yang
zalim!
HUJAH KEENAM
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Bersabda Rasulullah: “Tidak berhimpun satu perhimpunan
pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid Allah, lalu mereka membaca al-Quran dan
bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat
Allah serta dilingkungi para malaikat di sisinya.” (Sohih Muslim).
JAWAPAN
Hadis ini tidak menyentuh atau membicarakan soal atau kelebihan Maulidurrasul, bahkan hadis ini
menyentuh fadhilat membaca al-Quran. Ini telah disepakati bahawa ianya sabit dan tidak ada apa
yang hendak dibantah lagi. Yang mahu dipersoalkan adalah perayaan menyambut maulidurrasul
dan bukannya membaca al-Quran.
HUJAH KETUJUH
Halaman Utama m/s. 8
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
Bersabda Nabi s.a.w: “Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka
tidak berzikir mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan
penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.”
JAWAPAN
Hadis inipun tidak ada kena mengena dengan maulidurrasul, dan tidak ada kena mengena dengan
berdiri sewaktu berselawat.
HUJAH KELAPAN
Firman Allah Taala: “Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi
yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau dalam perkhabaran ini,
kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud: 120).
JAWAPAN:
Apa yang ingin dipersoal dan dipertikaikan adalah membuat atau mengadakan sambutan
maulidurrasul dan bukannya pengisian di dalam sambutan tersebut.
HUJAH KESEMBILAN
Meriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda: “Seseorang yang terlebih
baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam.” Berkata al-lraqi
hadis ini sahih sanadnya. Meriwayat Tirmizi: “Bahawa sahabat-sahabat Nabi tidak bersurai mereka
daripada majlis bertilawah al-Quran dan berzikir, melainkan selepas menikmati jamuan.”
JAWAPAN:
Halaman Utama m/s. 9
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
Hujah ini sebagaimana tiga hujah sebelumnya seolah-olah ingin menyatakan bahawa apalah
salahnya merayakan maulidurrasul kerana maulid itu pengisiannya ialah selawat, berzanji,
membaca rawi, berzikir, membaca al-Quran dan makan minum. Semua perbuatan tersebut adalah
ibadah dan mendatangkan pahala. Jadi kenapakah sambutan yang pengisiannya sebaik ini
dikatakan bid’ah? Adakah membaca al-Quran, berzikir dan berselawat itu bidaah?
Hujah-hujah yang seumpama ini kelihatannya dikemukakan supaya fokus sebenar kepada
permasalahan ini dilencongkan. Yang dipersoalkan adalah menyambut maulid itu sendiri; adakah
ianya pernah dilakukan oleh sahabat, tabien dan para ulamak salafussoleh? Jawabnya tidak pernah.
Dl ANTARA SEBAB MENGAPAKAH MASYARAKAT KITA BEGITU GHAIRAH MENGADAKAN
SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Banyak faktor yang menyebabkan masyarakat kita begitu ghairah mengadakan sambutan
maulidurrasul, sehingga ada di kalangan mereka sanggup menyembelih beberapa ekor lembu
dengan harapan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t. Hal ini terutamanya
disebabkan oleh tersebarnya hadis-hadis dan kata-kata sahabat yang palsu (maudhu’) berkenaan
dengan kelebihan menyambut perayaan maulidurrasul.
Lebih mendukacitakan bilamana tersebarnya sebuah buku karangan seorang ulamak yang agak
terkenal bertajuk 'Hukum Mengerjakan Maulud Dalam Islam'. Buku ini didapati telah memuatkan
sekian banyak hadis-hadis maudhu` dan kata-kata yang mana pengarangnya dengan begitu berani
menyandarkan kata-kata tersebut kepada Nabi s.a.w., Khulafa’ ar-Rashidin dan Imam Syafi`e. Di
antara kata-kata tersebut ialah:
1) Kata Saidina Abu Bakar r.a. yang bermaksud: “Barangsiapa membelanja ia satu dirham pada
perbuatan Maulud Nabi s.a.w. nescaya adalah ia menjadi taulan dalam syurga”
2) Kata Saidina Umar r.a. yang bermaksud: “Barang siapa membesar ia akan maulud Nabi s.a.w.
maka sesungguhnya telah menghidup ia akan Islam.”
Halaman Utama m/s. 10
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
3) Kata Saidina Uthman r.a. yang bermaksud: “Barang siapa yang membelanja akan ia satu dirham
atas membaca kisah Maulud Nabi s.a.w. maka seolah-olah hadir ia perang Badar dan Hunain.”
4) Kata Saidina Ali r.a. yang bermaksud: “Barang siapa membesar ia akan Maulud Nabi s.a.w.
nescaya tidak keluar ia daripada dunia melainkan dengan iman.”
5) Kata Imam Syafie r.a. yang bermaksud : “Barang siapa menghimpun ia akan saudaranya yang
muslimin kerana memperbuatkan Maulud Nabi s.a.w. dan menyediakan bagi mereka itu makanan
dan minuman dan memperbuat ia akan kebajikan nescaya membangkit oleh Allah Taala akan dia
pada hari kiamat berserta siddiqin dan syuhadat dan adalah ia dalam syurga Jannatunnaim.”
Fitnah yang disandarkan terhadap sahabat dan Imam Syafie ini sebenarnya disadur daripada
sebuah kitab yang dianggap panduan utama di dalam hal ini iaitu Madarijussu'ud. Malah di
dalamnya boleh didapati hadis-hadis rekaan antaranya sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Siapa
yang membesarkan maulidku aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat nanti dan
siapa yang membelanjakan satu dirham kerana maulidku maka seolah-olah dia telah
membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud di jalan Allah.”
Kesemua kata-kata atau hadis yang dikemukakan di atas adalah palsu semata-mata. Kalau benar
kata-kata tersebut keluar daripada mulut sahabat, kenapa para sahabat tidak pernah membuat
perayaan menyambut maulidurrasul. Sedangkan para sahabatlah orang yang paling dekat dan
paling kuat mencintai Nabi s.a.w. Para sahabat itu bukanlah satu golongan yang bercakap kosong.
Keimanan dan kecintaan mereka terhadap Allah dan RasulNya telah termaktub dan diiktiraf oleh
Allah s.w.t. Jika mereka hanya pandai menyuruh orang lain membuat perayaan maulid sedangkan
mereka sendiri tidak membuatnya maka jadilah sahabat Nabi s.a.w. termasuk di dalam firman Allah
yang bermaksud : “Patutkah kamu menyuruh orang membuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan
diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal.” (Surah al-
Baqarah. ayat: 44)
Na'uzubillah...Sekali-kali para sahabat tidak tergolong dalam ayat ini.
Terdapat para pencinta dan pengamal maulid ini yang mengakui bahawa maulid ini adalah bid'ah,
tetapi mereka mengatakannya termasuk di dalam bid'ah hasanah. Mereka mendakwa walaupun
Halaman Utama m/s. 11
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
tidak ada nas-nas al-Quran, al-Hadis atau Ijmak tetapi terdapat qias yang mengharuskannya.
Dakwaan mereka ini sudah bertentangan dengan golongan yang cuba mensabitkan maulid dengan
kata-kata dan hadis palsu tadi kerana apa perlunya qias kalau sudah ada kata-kata sahabat seperti
tersebut di atas. Bukankah apa yang didakwa sebagai kata-kata sahabat tadi adalah merupakan nas
yang terang dan jelas? Golongan ini sebenarnya lebih berhati-hati kerana mereka melihat Imam
Suyuthi juga menafikan akan terdapatnya nas sebegini. Walaupun demikian sikap diam diri mereka
terhadap nas-nas palsu yang diutarakan tadi seolah-oleh membayangkan mereka sanggup
membiarkan peribadi Nabi dan sahabat dicerobohi semata-mata demi memastikan sambutan
maulid ini terus subur dan berkekalan.
Hadis yang digunakan sebagai rujukan qias untuk mensabitkan maulud itu adalah sepertimana di
bawah:
Hadis itu bermaksud: "Bahawasanya Nabi s.a.w. datang ke Madinah maka baginda dapati orang
Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram. Maka Nabi bertanya kepada orang
Yahudi itu, “Kerana apa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka, “Itu adalah hari
peringatan. Pada hari ini dikaramkan Fir’aun dan pada hari ini juga Musa dapat kelepasan. Dan
kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.” Maka Nabi menjawab, “Kami lebih patut
menghormati Musa berbanding daripada kamu.”
Qias yang seperti ini sebenarnya dinamakan qias ma'al fariq (qias dengan sesuatu yang tidak ada
kena mengena dengan apa yang didakwakan) kerana di dalam hadis tersebut Nabi s.a.w. berpuasa
pada hari 10 Muharram itu sepertimana orang-orang Yahudi berpuasa sebagai menyatakan
kesyukuran. Sedangkan maulidurrasul sekarang ini disambut dengan berbagai-bagai acara
terutama sekali jamuan makan minum dan bukannya dengan berpuasa. Tetapi adakah wajar untuk
berpuasa sebagai merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. itu dan kalau kita berpuasa pada hari itu
apa ertinya berpuasa pada hari perayaan? Lebih-lebih lagi jika mahu diikutkan orang-orang Yahudi
bersyukur kerana kelepasan Nabi Musa daripada bencana Fir’aun, bukannya kerana menyambut
hari kelahiran Nabi Musa a.s.
Daripada perbincangan yang lalu dapat kita melihat bagaimana untuk menegakkan dan
mempertahankan sambutan ini, mereka yang berkenaan terpaksa berdusta dan mengemukakan
Halaman Utama m/s. 12
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
dalil-dalil serta hujah-hujah yang terdiri daripada nas-nas palsu dan langsung tidak bertepatan
dengan syarak.
Sebagai mengakhiri risalah ini marilah kita menjauhi amalan-amalan bid'ah seperti maulid ini
kerana ia jelas tidak bersumberkan nas-nas yang terang dalam syariat dan marilah sama-sama
mengikut Al-Quran, Sunnah Nabi dan juga Sunnah Para Sahabat sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
yang bermaksud:
"Sesungguhnya sesiapa daripada kamu hidup yang akan kamu selepasku, dia pasti akan melihat
banyak perselisihan. Oleh itu, mestilah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah
Khulafaurrasyidin yang terpimpin. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan geraham-
geraham kamu. Hindarilah perkara-perkara baru (dalam urusan ugama) kerana semua perkara
baru (dalam ugama) itu bid'ah dan semua bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Tirmizi j.2 ms.92, Abu
Daud jil. ms.279 dan lain-lain)
Demikianlah sanggahan terhadap hujah dan dalil tentang kelebihan mengadakan sambutan
Maulidurrasul ini. Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah Wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1452
CADANGAN BACAAN LANJUT PEMURNIAN SYARIAT
FORMAT E-BOOK
SEMBAHYANG
Halaman Utama m/s. 13
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
1. Kesahihan Wirid Selepas Solat 2. Panduan Saf Kanak-Kanak Berdasarkan Kepada Hadis-Hadis3. Berzikir Dan Berdoalah Secara Perlahan4. Doa Setelah Solat Jenazah: Dari manakah asal-usulnya5. Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat6. Beberapa Amalan Bid’ah Semasa Solat Jumaat
RAMADHAN, PUASA DAN HARIRAYA
1. Mengapa Terjerit-jerit Berselawat Dan Zikir Di Celah-celah Sembahyang Tarawih2. Ketetapan Imsak Sebelum Subuh3. Rakaat Tarawih : Antara Afdhal (Lebih Utama) Dan Mafdhul (Kurang Tepat)
4. Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih5. Berpuasa Tapi Bersugilah6. Beberapa Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan7. Zakat Fitrah dan Hikmat Pensyariatannya8. Tidak Boleh Keterlaluan Dalam Beramal : Hikmah Larangan Puasa Sebelum
Datangnya Ramadhan9. Eid: Hukum Dan Adabnya
HAJI DAN UMRAH
1. Berulangkali Melakukan Haji Dan Umrah2. Umrah : Sudah Berapa Kali Anda Lakukannya?
BID’AH
1. Bid’ah oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi (video iringan Maulana Asri Yusuf)2. Usul Untuk Memulakan Perbahasan Bid’ah
EKONOMI DAN KEWANGAN
1. The Text of the Historic Judgment on Interest Given by the Supreme Court of Pakistan
AMALAN MASYARAKAT SEMASA
Halaman Utama m/s. 14
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
1 Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil ? 2 Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah 3. Fatwa Bid’ahnya Tentang Merayakan Nisfu Syaaban 4. Sejauh Mana Boleh Beramal Dengan Zikir Sufi Ini5. Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah dan Maulid Syarafil Anam9 Dhaifnya Hadis-Hadis Tentang Allah Memerhatikan Hamba-Hamba-Nya
Pada Malam Nisfu Sya’ban10 Sejauh Mana Bid’ahnya Membuat Bubur Asyura11 Hajat Dan Solat Hajat: Dimanakah Tahap Iman Kita? 12 Hakikat Puasa Bulan Sya’ban
13 Penyelewengan Fakta Kelebihan Bulan Rejab 14 Peringatan Maulid Nabi s.a.w. - Tinjauan Sejarah dan Hukumnya Menurut Islam
PENCERAHAN HUKUM SYARA’ DAN FALSAFAH PENSYARIATAN
1. Imam Bukhari : Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid2. Keharusan Perempuan Yang Haid Membaca Al-Quran3. Penjelasan Maksud Sebenar Hadiths Larangan Pemakaian Labuh Atau Melebihi Paras
Buku Lali
UMUM
1. Hadis Pelepah Tamar Tidak Ada Kena Mengena Dengan Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati
2. Fiqh Keutamaan – Dr Yusuf Al-Qardhawy
PELBAGAI
Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini
- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`
Aqidah - Menyingkap Rahsia Disebalik Kejadian Nur Muhammad
- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara
- Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal
Halaman Utama m/s. 15
Hujjah Dan dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan Sanggahan Terhadapnya
www. darulkautsar.net
Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama
- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat
Sejarah dan Sirah – Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya
- Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala
- Kisah Isra’ Miraj Dari Rumah Ummu Hani’
Keindahan Islam - The Amazing Qur'an by Gary Miller
- Aminah As-Silmi : A Girl On A Mission
- Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah
FORMAT BUKU (HARD-COPY)
1. Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah - K.H. Munawar KhalilPenerbitan Bulan Bintang, Jakarta
Halaman Utama m/s. 16
Recommended