1
HASIL PEMELAJARAN
Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:
• ayat majmuk gabungan
• ayat majmuk pancangan
• ayat majmuk campuran
2
AYAT MAJMUK
• GABUNGAN: BERURUTAN, BERTENTANGAN
• PANCANGAN: RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN
• CAMPURAN: PELBAGAI AYAT
• PASIF: GABUNGAN, RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN
3
AYAT MAJMUK GABUNGAN
• Subjek dan predikat lebih daripada satu.
• Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, dan tetapi atau tanpa kata hubung dengan nada suara sebagai penanda.
* Hang Tuah memegang keris, dan Hang Jebat memegang lembing* Tun Teja menangis lalu turun ke taman* Sultan itu amat berdaulat lagi besar kerajaannya* Yang manis A atau B
4
JENIS AYAT GABUNGAN
• Susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka
• Maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal
> Dia menjeling sambil tersenyum> Hang Tuah melompat lalu menikam> Anak itu lapar maka ia menangis> Orang ini miskin tetapi ia bahagia> Bukan orang yang malas berjaya, melainkan orang yang rajin> Dia membeli barang yang mahal, padahal ada barang yang murah
5
AYAT MAJMUK PANCANGAN: RELATIF
• Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan pada ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu.
• Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai kata ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN + yang
• Ayat kecil dipancangkan pada predikat: Dia memukul ular yang berwarna hijau
• Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek: Orang yang sedang menjahit baju itu isteri saya
• Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek dalam bentuk pasif: Kuda yang ditunggangnya itu kuda padi
> Pemuda yang tampan itu pensyarah baharu> Yang tampan itu pensyarah baharu
6
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
• Komplemen FN: subjek dan objek tepat* Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau akan kalah dalam pertandingan itu (objek tepat)* Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar (subjek)* Tentulah tidak munasabah untuk mereka mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini (songsang)
• Komplemen FKJ (KKTT + Pelengkap)* Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak untuk bersuara* Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan pemimpin pada tahun ini adil
• Komplemen FAdj* Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya dalam pertandingan itu* Kita perlu insaf bahawa kita termasuk dalam golongan musafir
7
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
• Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat.
• Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri.
• Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat kecil (ayat keterangan).
• Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk.ayat induk + kata hubung + ayat keterangan
kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya…
8
JENIS AYAT KETERANGAN
• Keterangan musabab/penyebaban• Keterangan akibat• Keterangan syarat• Keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas
akhir• Keterangan pertentangan• Keterangan harapan• Keterangan cara• Keterangan tujuan, • Keterangan perbandingan• Keterangan sangkalan• Keterangan kenyataan
9
KETERANGAN MUSABAB
• Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan akibat.
• Contoh:* Dia tidak hadir kuliah kerana dia sakit.* Pemimpin itu mendiamkan diri lantaran tewas dalam pengundian.* Oleh sebab malam semakin larut, mereka
meninggalkan tempat itu.* Akibat gagal dan percintaan, mahasiswa itu membunuh diri.
10
KETERANGAN AKIBAT
• Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka, dan makanya.
• Contoh:* orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya.* Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa menjadi sasau.* Orang itu suka akan judi sampai barang isterinya
tergadai habis.* Saya tidak bersetuju dengan ideanya, maka saya protes.* Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh.
11
KETERANGAN SYARAT
• Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika, kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana…
• Contoh:* Sekiranya/andaikata engkau pergi dahulu, akan
kutunggu di pintu syurga.* Jika/Jikalau ada jodoh, kita pasti akan bersama.* Perasaanku gundah gulana apabila/bilamana aku teringat
akan dirimu.* Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia.
12
KETERANGAN WAKTU
• Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak, semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai).
• Contoh:* Dia lebih ceria sejak dia berkahwin.* Selagi peluru masih ada, mereka tidak akan menyerah diri.* Orang itu kembali setelah tamat pengajiannya.* Mahasiswa itu terlena hingga kuliah berakhir.
13
KETERANGAN PERTENTANGAN
• Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, sungguhpun, betapapun…
• Contoh:* Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.* Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis.* Dia melepaskan kekasihnya, betapapun besar cintanya.* Meskipun miskin harta, dia tetap kaya budi bahasa.* Beliau tetap akan datang sekalipun hujan lebat.
14
KETERANGAN CARA
• Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah dengan.
• Contoh:* Dengan keyakinan yang luar biasa, dia terjun ke laut.* Dia memukul isterinya dengan penyapu lidi.* Dengan keris pusaka itu, ditikamnya musuh.* Dinding rumah cuba ditahan dengan kedua-dua
tangannya.* Dengan doa dan harapan, dilepaskan kekasihnya pergi.
15
KETERANGAN HARAPAN
• Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau, biar…
• Contoh:* Orang itu kerja keras supaya kehidupannya lebih bahagia.* Kita mesti menghormati orang, agar orang juga
menghormati kita.* Semoga anda memberi perhatian tentang apa-apa yang
telah saya katakan.* Biar kita berputih tulang daripada kita berputih mata.
16
KETERANGAN TUJUAN
• Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi.
• Contoh:* Demi bangsanya, dia sanggup berkorban apa-apa sahaja.* Kerajaan menambahkan dana untuk membantu golongan miskin.* Tuah dan Jebat bergabung untuk mempertahankan Melaka.* Bagi Sukarno, cita-cita mesti setinggi awan, biarpun yang dapat digapai hanya setinggi pohon kelapa.
17
KETERANGAN PERBANDINGAN
• Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik daripada ayat kecil.
• Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih…
• Contoh:* Saya akan membantumu sebagaimana ayahmu membantuku.* Hamba ini tiada sesiapa, ibarat kiambang di air.* Daripada satu, baiklah dua.* Mahasiswa itu terpinga-pinga, seakan-akan bingung.
18
KETERANGAN SANGKALAN
• Unsur yang menerangkan kenyataan yang berlawanan dengan keadaan yang sebenarnya seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah seakan-akan dan seolah-olah.
• Contoh:* Keadaan di lubuk itu kelihatan tenang, seolah-olah tiada buaya.* Pemimpin yang tewas itu bergegas turun, seakan-akan merajuk.
19
KETERANGAN KENYATAAN
• Unsur yang menyatakan keadaan yang nyata yang berlawanan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
• Kata hubung yang digunakan ialah padahal, dan sedangkan.• Kata sedangkan juga digunakan untuk menyatakan dua peristiwa
yang terjadi serentak.• Contoh:
* Dia pura-pura malu, padahal hatinya mahu.* Orang itu kelihatan ceria, padahal hatinya berduka.* Jemputan sudah datang, sedangkan hidangan belum sedia lagi.* Isteri membasuh kain, sedangkan suami menonton TV.
20
AYAT MAJMUK CAMPURAN
• Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandung:
* Lebih daripada satu ayat tunggal
* Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk
* Deretan pelbagai ayat majmuk
21
CONTOH AYAT MAJMUK CAMPURAN
• Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera pulang ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya, dan mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan yang sama-sama belajar dengannya di UPM selama tiga tahun.
• Ayat di atas merupakan transformasi daripada ayat berikut:* Minah belajar di Universiti Putra Malaysia* Pelajarannya telah tamat* Minah segera pulang ke kampung* Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya* Dia hendak menemui saudara maranya.* Dia mempunyai maksud* Maksudnya berkahwin* Dia hendak berkahwin dengan Hassan* Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM* Mereka belajar di UPM selama tiga tahun.
22
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG
• Pada asasnya, ayat pendek ialah ayat tunggal dan ayat panjang ialah ayat majmuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga ayat panjang yang berupa ayat tunggal, dan ayat pendek yang berupa ayat majmuk.
• Contoh: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu telah roboh sepenuhnya petang kelmarin
• Ayat di atas ialah ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat.
• Subjek: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu• Predikat: telah roboh sepenuhnya petang kelmarin
23
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG
• Contoh: Motosikal yang telah lama dibeli itu dibuang tayarnya, ditendang, ditolak ke jalan, dan dihumban ke sungai.
• Ayat di atas ialah ayat majmuk kerana mempunyai lima ayat, iaitu:
* Motosikal itu telah lama dibeli.* Motosikal itu dibuang tayarnya.* Motosikal itu ditendang.* Motosikal itu ditolak ke jalan.* Moitosikal itu dihumban ke sungai.
24
AYAT MAJMUK PASIF
• Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif.
• Contoh ayat majmuk gabungan:
aktif: Suami makan nasi dan isteri minum air.pasif: Nasi dimakan (oleh) suami, dan air diminum (oleh)
isteri.
• Contoh ayat majmuk relatif:
aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.
pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton (oleh) mahasiswa.
25
AYAT MAJMUK PASIF
• Contoh ayat majmuk pancangan komplemen:
aktif: Pensyarah mengatakan bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan.
pasif: Bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan dikatakan (oleh) pensyarah.
• Contoh ayat majmuk keterangan:
aktif: Andaikata engkau pergi dahulu, aku akan menantimu di pintu syurga.
pasif: Andaikata engkau pergi dahulu, di pintu syurga akan kunanti.
26
KESIMPULAN
• Ayat majmuk gabungan terbahagi dua, iaitu gabungan berurutan dan gabungan bertentangan
• Ayat majmuk pancangan terbahagi tiga, iaitu ayat majmuk pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan keterangan
• Ayat majmuk campuran mengandung pelbagai jenis ayat, sama ada ayat pendek atau ayat panjang
• Ayat majmuk juga boleh dijemakan dalam bentuk pasif
27