MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN ADOBE
PREMIERE PRO CS3 BERASASKAN TEORI KOGNITIF
NIK NURUL AFIFAH BINTI NIK MOHD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI PERISIAN ADOBE PREMIERE PRO CS3 BERASASKAN TEORI KOGNITIF
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya: NIK NURUL AFIFAH BINTI NIK MOHD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 533, SIMPANG 3, EN SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH JALAN SEMERAK, Nama Penyelia 22300 BESUT, TERENGGANU Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : Nama Penyelia : ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH Tarikh : 30 APRIL 2008
MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI PERISIAN ADOBE PREMIERE
PRO CS3 BERASASKAN TEORI KOGNITIF
NIK NURUL AFIFAH BINTI NIK MOHD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelas sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NIK NURUL AFIFAH BINTI NIK MOHD
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda yang tercinta,
Haji Nik Mohd Bin Nik Leh Buat bonda yang tersayang,
Hajah Wan Asma’ Binti Wan Ali yang membesarkan dan mendidik
dengan keringat dan kasih sayang. Yang sentiasa menyokong, membakar
semangat dan mendoakan kejayaanku. Buat Kak Wa, Abang Wan, Abang Fuad,
Najmi, Sasha, Kamil, Naim, Irfan dan Fyqa yang menjadi pendorong
untuk menjadi yang terbaik
Teristimewa buat En Shaharuddin bin Md Salleh yang tidak putus-putus membantu
dan memberi tunjuk ajar
Buat teman-teman, Kelly, Imah, Zaty dan Mira’e yang sentiasa membantu
dan bersama sewaktu susah dan senang
Buat insan teristimewa.. Yang sentiasa memberi dorongan dan semangat
Terima kasih di atas segalanya dan segala jasa baik kalian akan dikenang sepanjang hayat
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah s.w.t dengan berkat dan keizinan-Nya, saya berjaya menghasilkan dan menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala-galanya berjaya ditempuhi dengan baik dan setiap masalah dapat diatasi.
Sewaktu penghasilan Projek Sarjana Muda ini, saya telah bekerjasama dan
telah dibantu oleh pelbagai pihak. Mereka telah banyak membantu saya untuk menghasilkan yang terbaik. Terima kasih buat abah dan umi yang sentiasa mendorong dan memberi semangat sepanjang pengajian saya di sini. Begitu juga kepada adik beradik yang menjadi pembakar semangat untuk saya mencapai kejayaan.
Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia projek ini, En Shaharuddin bin Md
Salleh, untuk segala bimbingan, pengorbanan dan masa yang digunakan semasa penghasilan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih untuk segala ilmu, idea dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Segala jasa encik akan dikenang selamanya. Tanpa bantuan dan bimbingan berterusan dari encik, mungkin projek ini tidak dapat dihasilkan dengan baik.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pusat Sumber Fakulti Pendidikan
dan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM yang memberi kemudahan untuk peminjaman buku dan maklumat yang diperlukan bagi projek ini.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih buat rakan-rakan seperjuangan dan kepada mereka yang telah banyak membantu dalam penghasilan projek ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dan
banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri
bagi tajuk Adobe Premiere Pro CS3 dalam subjek Teknologi Grafik, Animasi, Audio
dan Video Digital, (SPM 2303) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
MPK ini dibina berasaskan teori kognitif yang menekankan kepada penstrukturan,
pengorganisasian, dan penyusunan maklumat untuk memudahkan pemprosesan
optimal. Kaedah Pembelajaran Bermodul yang diterapkan membolehkan pelajar
meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kemampuan dan kecepatan
mereka sendiri. Bagi menyempurnakan pembangunan MPK ini, Model Burns telah
digunakan bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar dan juga individu yang
berminat tentang perisian ini. MPK ini dibangunkan dengan mengaplikasikan
penggunan perisian Adobe Premiere Pro CS3, Adobe Page Maker 7.0, Adobe Capture
Professional v4 dan juga Adobe Photoshop CS3. Ia dapat dijadikan sebagai bahan
pembelajaran kepada pelajar, pensyarah dan individu yang berminat dalam
menggunakan perisian ini sekaligus mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.
Dengan terhasilnya MPK ini, diharapkan agar ia dapat membantu pengguna dalam
memahami tentang perisian tersebut. Di samping itu, dengan kewujudan MPK ini,
diharapkan pengguna dapat mempelajari tentang perisian Adobe Premiere Pro CS3
dengan lebih berkesan. Seterusnya dapat menghasilkan video berkualiti tinggi bagi
tujuan pengajaran dan pembelajaran khususnya.
vi
ABSTRACT
The aim of this project is to develop own learning modules for subtopic Adobe
Premiere Pro CS3 in Teknologi Grafik, Animasi, Audio and Video Digital, (SPM
2303) subject in Education Faculty, Malaysia University Of Technology. This MPK
build based upon cognitive theory that stresses to structuring, organization, and
arrangements of information to facilitate processing optimal. The learning using
module method will give chances to students to learn on their own way. To complete
this MPK development, Burns Model has been used to facilitate the process student
learning and also individuals who are interested to this software. The development of
this MPK is apply the uses of Adobe Premiere Pro CS3's software, Adobe Page
Maker 7.0, Adobe Capture Professional v4 and Adobe Photoshop CS3. It can be made
as learning material to student, lecturer and individual to be interested in use the
software Adobe Premiere Pro CS3 to apply in their daily live. With producing this
MPK, expect that it will help in consumer understand of stated software. In addition,
with the existence this MPK, hope that consumer can learn of Adobe Premiere CS3
software with more effectiveness. So that, high quality video can be produced
especially for teaching and learning purpose.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.5 Objektif Penghasilan MPK
1.6 Kepentingan Penghasilan MPK
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Tenaga pengajar
1.6.3 Individu yang berminat
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xiv
1
4
6
8
8
9
9
9
10
viii
BAB II
1.7 Skop MPK
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Modul Pembelajaran Kendiri
(MPK)
1.8.2 Pengajaran tradisional
1.8.3 Perbezaan individu
1.8.4 Pembelajaran Bermodul ( PB )
1.9 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)
2.3 MPK Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
2.4 Kelebihan MPK dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran
2.5 Aplikasi multimedia dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
2.6 Pembelajaran menggunakan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran ( Bahan Bantu
Mengajar)
2.7 Teori pembelajaran
2.8 Kaedah Dalam Menghasilkan MPK
2.8.1 Pembelajaran Bermodul
2.9 Model-model MPK
2.9.1 Model Burns. (1972)
2.9.2 Model Klingstedt. (1972)
2.9.3 Model Eijl. (1976)
2.9.4 Model Meyer. (1988)
2.9.5 Model Teras – Cabang – Shahrom
10
10
10
11
11
11
12
13
13
15
17
19
21
23
32
33
35
35
37
38
39
41
ix
BAB III
(1994)
2.10 Model Reka Bentuk MPK
2.10.1 Model ADDIE
2.10.1.1 Analisis (analysis)
2.10.1.2 Rekabentuk (design)
2.10.1.3 Pembangunan (development)
2.10.1.4 Pelaksanaan (implemention)
2.10.1.5 Penilaian (evaluation)
2.10.2 Model ASSURE
2.10.3 Model Dick Dan Carey
2.10.4 Model Air Terjun (Waterfall)
2.10.5 Model Rapid Prototyping
2.11 Penutup
REKABENTUK MODUL PENGAJARAN
KENDIRI
3.1 Pengenalan
3.2 Tajuk Modul
3.3 Rekabentuk Projek (ADDIE)
3.3.1 Fasa analisis
3.3.2 Fasa rekabentuk
3.3.3 Fasa Pembangunan
3.3.4 Fasa pelaksanaan
3.3.5 Fasa Penilaian
3.4 Rangka kerja keseluruhan
3.5 Penutup
43
44
45
45
45
46
46
46
47
49
50
51
52
52
55
56
57
59
60
60
61
62
x
BAB IV
BAB V
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN
KENDIRI (MPK)
4.1 Pengenalan
4.2 Cara Penggunaan MPK
4.3 Reka Bentuk MPK
4.3.1 Muka Hadapan MPK
4.3.2 Isi kandungan
4.3.3 Pengenalan
4.3.3.1 Keperluan Sistem
4.3.3.2 Gambaran
Keseluruhan
4.3.3.3 Manual Penggunaan
4.3.4 Muka hadapam topik
4.3.5 Objektif Pembelajaran
4.3.6 Pra Ujian
4.3.7 Aktiviti Pembelajaran
4.3.8 Latihan
4.3.9 Jawapan
4.4 Penutup
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kekuatan dan kelemahan MPK
5.2.1.1 Kekuatan MPK
5.2.1.1.1 Sebagai Rujukan
5.2.1.1.2 Manfaat kepada
Pensyarah
63
64
65
66
67
68
68
69
70
71
73
74
75
80
81
82
83
83
84
84
85
85
xi
5.2.1.1.3 Manfaat kepada
Pelajar
5.2.1.2 Kelemahan MPK
5.2.1.2.1 Pengasingan
Topik
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa
Proses Pembangunan MPK
5.3.1 Kekurangan Kemahiran
5.3.2 Kekangan Kewangan
5.4 Cadangan-cadangan Penambahbaikan
5.4.1 Meluaskan Skop MPK
5.4.2 Penilaian secara Meluas
5.4.3 Menyediakan Video Pengajaran
5.5 Penutup
BIBILIOGRAFI
LAMPIRAN
85
86
86
87
87
87
88
88
89
89
90
91
93
xii
SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 44
2.2 Model ASSURE 46
2.3 Model Dick Dan Carey 48
2.4 Model Air Terjun 49
2.5 Model Rapid Prototyping oleh Bostock 50
dan Drammond, 1995 ; Bostosk,1998
3.1 Aliran rangka kerja keseluruhan 61
4.1 Muka hadapan MPK 66
4.2 Isi kandungan 67
4.3 Gambaran keseluruhan 69
4.4 Manual Penggunaan 71
4.5 Muka hadapan Topik 72
4.6 Objektif Pembelajaran 73
4.7 Pra Ujian 74
4.8 Aktiviti Pembelajaran 76
4.9 Latihan 80
4.10 Jawapan 81
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Komponen Model Burns 36
2.2 Komponen Model Klingstedt 37
2.3 Komponen Model Ejil 38
2.4 Komponen Model Meyer. 39
3.1 Anggaran kos penghasilan MPK 57
3.2 Komponen Model Burns 58
xiv
SENARAI SINGKATAN
MPK - Modul pembelajaran Kendiri
BBM - Bahan Bantu Mengajar
PB - Pembelajaran Bermodul
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seperti yang kita semua sedia maklum, era perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi semakin pesat dalam setiap aspek kehidupan seharian. Ia memainkan
peranan yang penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang
maju. MSC (Multimedia Super Corridor), WPI dan WPU adalah beberapa projek mega
yang melibatkan teknologi maklumat, ini sangat penting ke arah meningkatkan taraf
ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan
perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik.
Teknologi mempengaruhi bidang pendidikan yang mana ia digunakan dalam
kurikulum sebagai salah satu bahan yang dapat membantu pelajar meningkatkan
pengetahuan dalam pembelajaran, malah turut memudahkan guru menyampaikan isi
pelajaran kepada pelajar secara sistematik. Proses Pembelajaran Berbantukan Komputer
2
dilaksanakan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan
Sekolah Bestari. Mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris diberi keutamaan oleh kerajaan untuk menyampaikan pelajaran dengan
menggunakan komputer. Walau bagaimanapun, hampir kesemua subjek turut diajar
dengan berbantukan komputer.
Hal ini juga turut dilaksanakan pada peringkat universiti, sebagai contoh bagi
semua subjek komputer, komputer dijadikan bahan bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Subjek ini memerlukan tenaga pengajar menunjukkan
langkah demi langkah dalam penggunaan pelbagai perisian contohnya seperti perian
Adobe Premiere, Adobe Photoshop, Front Page dan banyak lagi. Jika dilihat sebelum
ini, pensyarah bagi semua subjek di universiti bertungkus lumus bagi menyiapkan nota
pengajaran untuk diajar dan diedarkan kepada pelajar. Pelbagai jenis kaedah tradisional
yang digunakan di mana ia lebih berpusatkan pensyarah. Pelajar hanya datang ke kelas
tanpa sebarang pengetahuan awal dan hanya menerima pengajaran daripada pensyarah.
Mereka seolah-olah goyang kaki dan tidak mempunyai daya usaha sendiri untuk
mendapatkan pengetahuan tambahan yang lain. Berdasarkan pengalaman beberapa
orang pensyarah di universiti yang berlainan, mereka menyatakan bahawa situasi ini
masih berlaku di kalangan pelajar di seluruh universiti. kerana keyakinan diri mereka
masih berada di tahap yang rendah. Mereka malu dan tidak yakin untuk menonjolkan
diri dalam proses pembelajaran. Oleh sebab itu, tenaga pengajar bertindak untuk
mengambil inisiatif lain bagi membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka seperti contoh membina laman web, menghasilkan modul dan
pelbagai cara lain.
Bagi subjek Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303)
di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia contohnya, pensyarah
memerlukan satu tempoh masa yang lain seperti kelas amali untuk menunjukkan
3
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi menambahkan pengetahuan
mereka dalam subjek tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kekangan
dalam proses mempelajari subjek ini. Setiap pelajar mempunyai tahap belajar yang
berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelajar yang cepat dan
kurang cepat dalam mengikuti langkah-langkah yang diajar oleh pensyarah. Waktu
kelas dan kelas amali adalah tidak mencukupi bagi pelajar untuk mendapatkan semua
kemahiran yang diajar pada masa itu. Oleh itu, penghasilan modul bagi subjek ini
adalah satu inisiatif yang baik bagi membantu pelajar untuk belajar mengikut
kemampuan masing. Menurut Shahrom Noordin, (1994), ”pelajar boleh belajar sendiri
dan mengikut kemampuan sendiri”.
Modul juga dikenali sebagai Modul pembelajaran Kendiri (MPK). Menurut
Kamdi (1990), beliau mentakrifkan modul MPK sebagai:
“sesuatu pakej pengajaran pembelajaran atau pakej belajar sendiri yang lengkap
mengandungi komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti objektif, bahan
dan aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan tatacara yang sistematik supaya
murid-murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai sesuatu unit
pembelajaran dan menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara individu.”
Menurut Meyer (1979) pula, MPK ditakrifkan sebagai satu unit kawalan kendiri
yang direka untuk mencapai objektif tertentu dalam masa yang singkat, biasanya dalam
beberapa hari atau pun kurang. Biasanya bukan selalu, bergantung kepada model
teknologi pendidikan. Ia digunakan sebagai rujukan pembelajaran secara bebas.
Mungkin atau tidak mungkin menjadi satu unit kursus yang ditawarkan. Menurut
Jenkins dan Walker (1994) pula, kes kurikulum untuk program modul yang baik adalah
4
bagus untuk pilihan pelajar yang mana ia mengikut pilihan pelajar sendiri, sesuai
mengikut keadaan pelajar, cara pembelajaran yang baru dan penilaian.
Oleh itu, bahan pengajaran yang bersistematik dan teratur dapat memberi impak
yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu kaedah yang boleh
dianggap terbaik adalah kaedah pengajaran bermodul dengan menggunakan Modul
Pengajaran Kendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di seluruh institusi pengajian, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi
berada di takuk yang lama iaitu secara pengajaran tradisional. Kebanyakan guru masih
lagi mengekalkan cara pengajaran yang lebih memusatkan guru. Nota-nota diberikan
kepada pelajar di papan hitam dan pelajar hanya menerima apa sahaja yang diajar.
Masalah ini dinamakan “spoon feeding”. Ini menyebabkan pelajar mudah merasa bosan
dan tidak menumpukan perhatian terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Bagi
sesetengah pelajar yang mudah faham dengan apa yang diajar oleh guru, mereka tidak
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, hal sebaliknya akan
berlaku kepada pelajar yang kurang cekap dalam memahami isi pelajaran yang
disampaikan.
Langkah yang terbaik bagi guru untuk mengatasi masalah perbezaan di kalangan
individu adalah dengan mempelbagaikan kaedah mengajar yang lebih menarik
perhatian para pelajar untuk belajar. Perbezaan individu ialah perbezaan dalam apa jua
5
ciri yang dapat dikenalpasti antara individu termasuk aspek fisiologi, intelek, emosi,
motivasi dan psikologi seperti kecerdasan (Siti Hawa Munji, 1993). Guru haruslah
mengambil kira aspek gaya pembelajaran, perhatian terhadap pelajaran, kecepatan
dalam pembelajaran, minat dan sebagainya dalam proes pengajaran dan pembelajaran.
Maka, guru berperanan dalam menentukan pendekatan dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mampu mewujudkan rangsangan dan kemudiannya bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman (Kamarudin, 1990).
Bagi tajuk Adobe Premiere dalam subjek Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan
Video Digital (SPM2303) di UTM, tiada modul pembelajaran kendiri khusus dihasilkan
untuk dijadikan bahan pembelajaran bagi pelajar. Ia sedikit sebanyak menyukarkan
pelajar untuk belajar mengenai tajuk ini. Buku rujukan yang terdapat di pasaran pula
mempunyai kos yang agak tinggi. Pelajar terpaksa mendapatkan buku rujukan di
perpustakaan di mana ia belum tentu ada sepanjang masa disebabkan terlalu ramai
pelajar ingin meminjamnya. Jikalau adapun, pelajar sukar untuk memahami ayat Bahasa
Inggeris yang digunakan memandangkan ia menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantara. Di samping itu, buku rujukan yang terdapat di pasaran mempunyai grafik
yang kurang menarik perhatian pelajar untuk membacanya yang mana ia hanya
menggunakan grafik hitam putih dan kurang penggunaan visual bagi menggalakkan
proses pembelajaran pelajar.
Tidak cukup dengan itu, bagi subjek komputer, terdapat kelas amali untuk
membuat latihan amali subjek tersebut. Akan tetapi, waktu yang diperuntukkan adalah
tidak mencukupi bagi seseorang pelajar untuk mengikuti segala isi pelajaran bagi tajuk
yang diajar seperti kita sudah sedia maklum tentang perbezaan individu dari segi tahap
kecerdasan mereka menerima pelajaran. Melalui soal selidik yang dilakukan pada
peringkat awal, majoriti pelajar tidak dapat mengikuti sepenuhnya isi pelajaran yang
diajar dalam kelas amali yang hanya mengambil masa 50 minit dalam seminggu. Dalam
kelas pengajaran biasa juga, pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di
6
mana ia mungkin disebabkan perbezaan tahap kecerdasan masing-masing dalam
menerima pelajaran. Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas akan
menyebabkan pensyarah sukar untuk memantau prestasi pelajar terhadap subjek ini.
Walaupun pensyarah bertanya kepada pelajar tentang masalah yang mereka hadapi,
mereka masih lagi malu untuk bertanya dan mengambil sikap berdiam diri tanpa dapat
menyelesaikan persoalan yang timbul di fikiran mereka. Oleh itu, penghasilan modul
bagi subjek ini dijangkakan perlu bagi memudahkan pelajar untuk mencuba sendiri
cara-cara mengunakan perisian Adobe Premiere di luar waktu kelas.
1.3 Penyataan Masalah
Seperti mana yang kita ketahui, proses pengajaranan pembelajaran sekarang
masih lagi berpusatkan pensyarah. Pensyarah memberi penerangan di hadapan, pelajar
di belakang mungkin melakukan perkara lain dan menyebabkan mereka tidak
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Kebanyakan pelajar masih
menganggap mereka boleh mengatasinya dengan cara membaca semula nota yang
diberikan oleh pensyarah di luar waktu kelas. Ia boleh dilakukan bagi subjek lain tetapi
bukan subjek komputer di mana pelajar perlu menumpukan perhatian sepenuhnya bagi
mengetahui langkah-langkah yang diajar. Tambahan lagi, bagi tajuk Adobe Premiere,
tidak terdapat modul untuk dijadikan bahan rujukan kendiri mereka semasa di luar
waktu kelas.
Oleh itu penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri adalah bersesuaian dengan
situasi ini di mana ia melibatkan pelajar secara aktif dan pelajar dapat belajar mengikut
kemampuan sendiri. Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran akan
berubah dari berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Bagi subjek Teknologi
7
Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital yang terdapat di UTM, ia memerlukan
pensyarah menunjukkan langkah demi langkah untuk menggunakan pelbagai tajuk
perisian seperti contoh perisian Adobe Premiere Pro CS3. Sebagi alternatif bagi
menimbulkan semangat kepada para pelajar untuk belajar, modul bagi tajuk ini haruslah
diterbitkan memandangkan ia belum pernah diterbitkan di universiti. Walaupun terdapat
buku rujukan yang dijual di pasaran, namun harga yang ditawarkan adalah agak tinggi,
disebabkan buku rujukan tersebut diterbitkan dari luar negara. Di samping itu, ia
menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam buku rujukan di mana
perkataan yang digunakan adalah di peringkat tinggi yang menyebabkan pelajar sukar
untuk memahami perkataan tersebut sekaligus menjadikan pelajar keliru dengan frasa
yang dibina. Tambahan pula pelajar kurang berminat untuk membeli seterusnya
membaca buku yang terdapat di pasaran memandangkan buku-buku tersebut hanya
menggunakan grafik hitam putih dan kurang menggunakan visual bagi menunjukkan
langkah kerja dalam proses mempelajari perisian berkaitan pengeditan video
Disebabkan terdapat kekangan yang telah dinyatakan di atas, pembangun
berhasrat untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Kendiri bagi tajuk Adobe Premiere
Pro CS3 dalam subjek Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital
(SPM2303). Modul ini akan memberi penerangan yang lengkap dalam bentuk teks dan
visual di mana ia disusun secara langkah demi langkah. Modul ini akan dihasilkan
berasaskan teori kognitif yang bertujuan untuk meringankan beban kognitif pelajar.
Maka diharapkan, dengan terhasilnya modul bagi tajuk ini dapat memberi kepentingan
kepada pelajar khususnya, kepada pensyarah dan individu yang berminat dengan tajuk
ini amnya.
8
1.4 Objektif Projek
i. Penghasilan Modul Pembelajran Kendiri menggunakan pendekatan teori
kognitif bagi tajuk Adobe Premire Pro CS3 dalam subjek Teknologi
Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303), di Fakulti
Pendidikan, UTM.
ii. Mengaplikasi teori-teori pembelajaran dan kaedah yang bersesuaian
dengan pengguna sasaran.
1.5 Objektif Penghasilan MPK
Dengan terhasilnya MPK bagi perisian Adobe Premiere Pro CS3 ini, adalah
diharapkan agar:
i. Dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kendiri kepada pelajar pada bila-
bila masa yang diperlukan.
ii. Membantu pelajar menguasai perisian pengeditan video dengan lebih
sistematik.