ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA
ITEM PERNYATAAN HURAIAN
Tema
Pengembaraan anak raja yang
menempuh pelbagai cabaran
demi melaksanakan tugas raja
Indera Nata mengembara kerana ingin mencari gajah bergadingkan
emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran
terpaksa ditempuh oleh Indera Nata seperti menemui binatang buas,
mendaki bukit yang tinggi, menyelamatkan tujuh puteri dan
mengalahkan raksasa dan semua cabaran itu dapat diatasinya
Persoalan
Persoalan keberanian anak
raja menempuh cabaran
Indera Nata seorang yang sangat berani kerana binatang-binatang
buas dapat ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat
daripada dimakan oleh binatang buas
Persoalan kehebatan dan
kesaktian anak raja/
bangsawan
Indera Jenaka juga hairan apabila melihat Indera Nata dapat
bercakap dengan binatang-binatang buas itu
Persoalan patuh pada arahan
raja
Inderanata patuh pada arahan Raja Rom supaya mencari gajah
bergadingkan emas
Persoalan kebijaksanaan untuk
mendapat sesuatu yang
dihajati
Tuan Puteri memberitahu jika raksasa ingin melihat hati mereka
besar, mereka mencadangkan raksasa mencari gajah bergadingkan
emas supaya hati mereka cepat membesar
Persoalan tipu muslihat untuk
menyelamatkan diri
Indera Nata dan tuan puteri mengambil kesempatan apabila raksasa
mencari kijang emas dengan menunggang gajah serta membawa
segala peralatan yang terdapat di mahligai bersamanya
Persoalan kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya
Bonda Indera Nata menyatakan sepeninggalan Indera Nata hatinya
tidak senang sehingga tidak dapat makan, minum dan tidur kerana
sangat teringatkan anaknya.
Watak &
perwatakan
Indera Nata
Seorang yang berani Indera Nata dapat menewaskan binatang buas yang menyerang
Indera Jenaka
Seorang yang patuh pada
arahan
Indera Nata patuh pada perintah ayahandanya, raja Rom supaya
mencari gajah bergadingkan emas
Seorang yang bijaksana Indera Nata memperdayakan raksasa supaya mencarikannya gajah
bergadingkan emas dan melarikan tujuh puteri ke Rom
Seorang yang baik hati Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi mangsa
raksasa dengan membawanya pulang ke Rom
Watak &
perwatakan
Tuan Puteri
Cendana
Kesuma
Seorang yang petah berkata-
kata
Tuan Puteri petah berkata-kata apabila bercakap dengan Indera
Nata dan juga boleh berpantun
Seorang yang bijaksana Tuan Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah
bergadingkan emas supaya hatinya cepat membesar
Seorang yang penyayang Tuan Puteri menangis kerana teringat akan allanad dan bondanya
Latar masa
7 hari 7 malam Perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama-sama
tujuh puteri
Waktu siang Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan
Waktu pagi Raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas
Waktu petang Raksasa tidur
Waktu tengah malam Indera Nata tiba di rumah bondanya bersama-sama tujuh puteri
Latar
tempat
Negeri Rom (rumah Si batu
Kembar)
Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya perihal Indera
Nata yang sangat berani dan menyelamatkannya daripada dimakan
binatang buas
Sebuah bukit tinggi Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai
yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawannya
Sebuah peti emas Indera Nata disembunyikan oleh tuan puteri di dalam peti emas
supaya tidak diketahui oleh raksasa
Rumah bonda Indera Nata Indera Nata berjumpa dengan bondanya setelah pulang
mengembara bersama-sama dengan gajah bergadingkan emas dan
tujuh orang puteri
Latar
masyarakat
Masyarakat bangsawan Diwakili oleh Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Indera Nata, Tuan
Puteri Cenderawati dan Tuan Puteri Cendera Kesuma
Masyarakat yang berani Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa
menyelamatkan Indera Jenaka
Masyarakat yang patuh pada
arahan
Indera Nata patuh pada arahan ayahandanya supaya mencari gajah
bergadingkan emas
Masyarakat yang suka
membantu
Indera Nata membentu menyelamatkan Indera Jenaka daripada
dimakan oleh binatang buas
Masyarakat yang bijaksana Indera Nata dan tuan puteri bijak memperdayakan raksasa sehingga
dapat melepaskan diri
Nilai
Taat setia Indera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah
bergadingkan emas
Baik hati Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan
dan makanan raksasa
Keberanian Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa
menyelamatkan Indera Jenaka
Bijaksana Indera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa
sehingga mereka dapat melepaskan diri
Kasih sayang Bonda Indera Nata tidak dapat tidur dan makan kerana teringat akan
Indera Nata yang mengembara mencari gajah bergadingkan emas
Pengajaran
Kita hendaklah berani
menghadapi cabaran agar
kecelakaan dapat dielakkan
Indera Nata berani bertarung dengan binatang buas semasa
menyelamatkan Indera Jenaka daripada dimakan binatang buas
Kita hendaklah taat pada
perintah raja walaupun
pekerjaan itu sukar
Indera Nata taat pada perintah ayahandanya supaya mencari gajah
bergadingkan emas
Kita hendaklah membantu
orang yang dalam kesusahan
supaya beban mereka dapat
diringankan
Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada menjadi tawanan
dan makanan kepada raksasa
Kita hendaklah bijak
menyelesaikan masalah agar
matlamat dapat dicapai
Indera Nata dan tujuh puteri bijak memperdayakan raksasa
sehingga mereka dapat melepaskan diri daripada menjadi tawanan
raksasa
Kita hendaklah berusaha
dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapai sesuatu yang
dihadapi
Indera Nata sanggup menghadapi pelbagai cabaran demi mencapai
matlamaynya untuk mencari gajah bergadingkan emas
Gaya
Bahasa
Bahasa klasik Sebermula, hatta
Bahasa Istana Tuanku, kakanda, anakanda
Puisi tradisional - pantun Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga
Hujan arah ke langit biru
Tawakalku dapat juga
Simile Maka ia mendengar bunyi seperti ribut
Hiperbola Gajah bergadingkan emas, kijang putih bertandukkan emas
Recommended