1
KAJIAN ASPEK NOVEL “DARI LEMBAH KE PUNCAK”
karya GHAZALI LATEH
TEMA
Kegigihan dan ketabahan
seorang remaja untuk
mencapai wawasan dalam
hidup.
Kegigihan dan ketabahan Jalil
menghadapi cabaran hidup seperti
kehilangan tempat tinggal dan
cemuhan penduduk kampung tidak
mematahkan semangatnya untuk terus
belajar dan berjaya mendapatkan
kembali mendapatkan tanah pusaka
arwah ayahnya. Akhirnya dia menjadi
seorang yang berjaya.
2
1. Kasih sayang antara ibu dan anak
Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan dengan kasar.
2. Amalan musyawarah dalam masyarakat
Penduduk kampung Jenun berbincang untuk mencari kata sepakat
berkaitan pampasan tanah untuk membina taman tema.
3. Keazaman dan cita-cita
Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkan kembali tanah
pusaka yang telah dijual oleh ibunya.
4. Sumbang mahram
Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang mahram terhadap
darah dagingnya sendiri iaitu Biah.
5. Impian merealisasikan cita-cita
Jalil bercita-cita untuk memajukan tanah bendang di kampung
Jenun menjadi taman tema yang terkenal.
6. Sikap terburu-buru membawa padah
Sikap Mak Teh tergesa-gesa menjual tanah pusaka arwah
suaminya menyebabkan dia kehilangan segalanya.
7. Kepentingan ilmu
Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM melayakkannya
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi seterusnya beliau
berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Syarikat Bumi Hijau.
8. Kemiskinan bukan penghalang mencapai kejayaan
Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan namun dia tetap berjaya
dalam pelajaran.
9. Amanah untuk ditunaikan
Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk mendapatkan
geran tanah.
10. Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik
Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan.
6
PERMULAAN
Memperkenalkan watak Jalil
Memperkenalkan latar tempat
(Bukit Jenun)
KLIMAKS
Jalil berhijrah ke Kuala Lumpur
PERKEMBANGAN
*Memaparkan kemisikinan
masyarakat
*Masalah sosial di kampung
(Biah lari ke Kuala Lumpur)
*Masalah rampasan tanah
*Fitnah terhadap keluarga Jalil
*Konflik jiwa Jalil
PENURUNAN
*Jalil berjaya dalam peperiksaan
*Jalil berjaya dalam menguruskan
syarikatnya.
PELERAIAN* Jalil berjaya menjalankan
amanah arwah bapanya.
* Berjaya menjalankan
pengurusan syarikat.
* Gembira melihat kanak-kanak
bermain di taman temanya.
7
Teknik Pemerian (m/s 1)
Pengarang menggambarkan suasana Kampung Jenun
pada waktu pagi.
Teknik Dialog (m/s 222)
Perbualan antara Jalil dengan Pak Amat.
Teknik Monolog Dalaman (m/s 29,56 & 334)
Jalil berbisik kecil di dalam hati.
Teknik suspens (m/s10)
Biah melarikan diri dari rumah setelah
ditunangkan
Teknik Imbas kembali (m/s 326)
Latifah terkenang kembali saat-saat
manis dia menumpang basikal Jalil.
Teknik Kejutan (m/s 124)
Pak Ngah Kadir membuat onar terhadap
anaknya.
Teknik monolog (m/s 185)
Jalil bercakap seorang diri di pusara
ayahnya sebelum berangkat ke Kuala
Lumpur.
Teknik Imbas muka (m/s 160)
Jalil berangan-angan dan
membayangkan betapa beruntungya
jika dia dapat melanjutkan pelajaran
ke Kanada.
• Kasih Sayang (m/s 140)
Mak Teh sebagai ibu yang sayang anaknya, berusaha mencarikan Muhsin pasangan.
• Tolong-menolong (m/s 95)
Latifah menolong Jalil membalut luka di kaki Jalil yang terpijak kaca.
• Mementingkan Pendidikan (m/s 204-205)
Joe menasihati Jalil supaya melanjutkan pelajaran kerana pelajaran itu sangat penting.
• Amanah (m/s 292)
Abang Joe memegang kuat amanah Jalil yang tidak mahu orang-orang kampung Jenun mengetahui dialah
pemilik Syarikat Bumi Hijau.
• Bertanggungjawab (m/s 319-320)
Jalil sebagai anak yang bertanggungjawab berusaha menunaikan amanat arwah ayahnya
untuk mendapatkan geran tanah tapak rumah mereka.
• Kerjasama (m/s 118-119)
Penduduk kampung bersama-sama membuat persediaan untuk majlis perkahwinan Biah.
• Setia kawan (m/s 126-127)
Mat Tohid tidak memulaukan Jalil walaupun rakan-rakan lain seperti Roslan, Din Lebai Kob
dan Mat Zain memulaukan Jalil.
• Kerajinan (m/s 206)
Kebanyakan penduduk di Bandar Kuala Lumpur rajin melakukan dua atau tiga pekerjaan
dalam satu masa untuk mencari pendapatan yang lumayan.
• Prihatin (m/s 112)
Latifah datang ke dangau Jalil untuk mengetahui keadaan Jalil yang diganggu oleh Rosman
dan rakan-rakannya.
• Mengenang jasa (m/s 172)
Sebagai mengenang jasa Pak Teh, Ah Yau mengingatkan anak-anaknya supaya berbaik-baik
dengan keluarga Pak Teh.
8
Amanat Contoh Amanat/Mesej/Pengajaran
1. Kita janganlah suka menabur
fitnah
Pak Ngah Kadir telah menfitnah Muhsin melarikan anak gadisnya
Biah.
2. Kita janganlah menyimpan
perasaan dendam
Kudin berdendam dengan keluarga Jalil kerana menganggap Muhsin
melarikan kakaknya Biah.
3. Kita janganlah berputus
asa
Jalil masih berusaha untuk mendapatkan kembali tanah pusaka
yang terlepas kepada tangan Amat.
4. Kita janganlah melakukan
perbuatan di luar batasan
agama
Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang mahram dengan
anaknya sendiri iaitu Biah.
5. Kita mestilah tolong
menolong
Abang Joe membantu Jalil sewaktu baru tiba di Kuala Lumpur dari
segi pekerjaan dan tempat tinggal.
6. Kita hendaklah prihatin
terhadap masyarakat
sekeliling
Latifah membantu Jalil membayar yuran peperiksaan SPM.
10
11
Novel ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai
pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.
Contoh penceritaan yang menggunakan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti
yang berikut :
Dalam tujuh minit berjalan, Jalil mula melintasi rumah Pak Ngah Kadir. Hatinya berdegup
kencang ketika melewati rumah musuh ketatnya itu. Dia bimbang takut-takut mereka
berdua diserang. Akan tetapi, suasana di situ sunyi sahaja. Tidak nampak kelibat manusia
di rumah itu. (m/s 216)
Walaupun amat jarang-jarang kembali, Jalil tidak pernah mengabaikan tanggungjawab
terhadap ibunya. Itulah satu sikap Jalil. Dia tidak pernah berlawan cakap dengan ibunya
walaupun dia tahu tindakan ibunya itu banyak yang tidak betul. Jika tidak bersetuju, dia
banyak berdiam diri. Dia tahu ketika kecilnya dahulu, suaranya tidak ada kesan dalam
keluarga itu. (m/s 299)
12
Gaya Bahasa Contoh Gaya Bahasa
1. Ayat Pendek Biah. Begitulah namanya. [ Bab 2, m/s 9]
2. Ayat Panjang Jalil tidak pernah kisah dengan kemunculan gadis itu setiap
pukul sepuluh pagi di halaman rumahnya untuk meminjam
basikal bagi membawa susu getah. [Bab 2, m/s 9]
3. Bahasa Asing
[Bahasa Arab]
“Assalamualaikum!” Jalil memberikan salam setelah
menongkat basikal tuanya. [Bab 7, m/s 43]
4. Bahasa Pasar Bagi gua cakap sama dia. Dia ada cakap sama gua, ini tuan
tanah sudah tipu sama dia. [Bab 8, m/s 54]
5. Sinkope “Eh, Pah! Kenapa tak ke sekolah hari ni?” Tanya Jalil pantas.
[Bab 18, m/s 150]
6. Simile Tangan kanan Jalil memegang hulu tajak yang tidak ubah
seperti hulu padang lading [Bab 10, m/s 72]
7. Personifikasi masih memandang riak ombak yang berkejaran ke tebing.
[Bab 29, m/s 267]
Kini, dia sebatang kara di kampung itu. [Bab 19, m/s 161]
8. Peribahasa Kini, dia sebatang kara di kampung itu. [Bab 19, m/s 161]