SIARAN MEDIA Media Release
INDEKS HARGA PENGGUNA Consumer Price Index
(Jan 2010=100)
MEI 2015 May 2015
Jabatan Perangkaan Department of Statistics Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Department of Economic Planning and Development Jabatan Perdana Menteri Prime Minister’s Office
SIARAN MEDIA
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI
INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP), MEI 2015
1. Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Mei 2015 menurun 0.4 peratus
berbanding April 2015.
2. Penurunan sebanyak 0.9 peratus telah dicatatkan bagi Pengangkutan
disebabkan oleh kos yang rendah bagi perkhidmatan pengangkutan melalui
udara. Perhiasan, Peralatan Isi Rumah dan Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah
juga menurun sebanyak 1.3 peratus disebabkan oleh penurunan kos bagi tekstil
isi rumah, barangan kaca, pinggan mangkuk dan kelengkapan isi rumah,
barangan dan peralatan rumah serta barangan isi rumah yang tidak tahan lama.
Pakaian dan Kasut menurun sebanyak 2.9 peratus disebabkan oleh kos yang
rendah bagi kebanyakan baju, aksesori pakaian dan lain-lain keperluan pakaian
serta kasut.
3. Sementara itu, peningkatan sebanyak 0.8 peratus telah dicatatkan bagi Rekreasi
dan Kebudayaan disebabkan oleh kos yang tinggi bagi bagi peralatan audio-
visual, komputer dan aksesori komputer, buku, majalah dan bahan bacaan lain,
alat tulis dan lukisan serta pakej percutian dan umrah. Makanan dan Minuman
Ringan meningkat sebanyak 0.3 peratus disebabkan oleh harga yang tinggi bagi
daging, ikan dan makanan laut, susu, produk tenusu and telur, sayur-sayuran,
produk makanan lain, kopi, teh dan koko serta air mineral, minuman ringan, jus
buah-buahan dan sayuran.
4. IHP bagi Mei 2015 menurun 0.3 peratus berbanding Mei 2014 yang mana
sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan indeks Pengangkutan;
Pakaian dan Kasut; dan Pendidikan.
5. IHP ini adalah petunjuk bagi mengukur perubahan harga barangan dan
perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa tertentu.
Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berasaskan maklumat
perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian
Perbelanjaan Keluarga. Laporan penuh IHP bagi bulan Mei 2015 boleh didapati
melalui laman web JPKE: www.depd.gov.bn.
MEDIA RELEASE
DEPARTMENT OF ECONOMIC PLANNING AND DEVELOPMENT PRIME MINISTER’S OFFICE
CONSUMER PRICE INDEX (CPI), MAY 2015
1. The Consumer Price Index (CPI) for May 2015 decreased by 0.4 per cent over
April 2015.
2. A decrease of 0.9 per cent was recorded in transport due to lower cost of
passenger transport by air. Furnishings, Household Equipment and Routine
Household Maintenance also decreased by 1.3 per cent due to lower cost of
household textiles, glassware, tableware and household utensils, major tools and
equipment as well as non-durable household goods. Clothing and Footwear
decreased by 2.9 per cent due to lower prices of garments and other articles of
clothing and clothing accessories as well as shoes and other footwear.
3. On the other hand, an increase of 0.8 per cent was recorded in Recreation and
Culture Index due to higher cost of audio-visual equipment, computers and
computer accessories, books, magazines and periodicals, stationery and drawing
materials as well as package holidays and pilgrimages. Food and Non-Alcoholic
Beverages increase by 0.3 due to higher prices of meat, fish and seafood, milk,
dairy products and eggs, vegetables, other food products, coffee, tea and cocoa
as well as mineral waters, soft drinks, fruit and vegetable juices.
4. CPI for May 2015 decreased by 0.3 per cent compared to May 2014, largely due
to lower index of Transport; Clothing and Footwear; and Education.
5. CPI is a measure of price changes of goods and services paid by the consumer
in a specified period. The list of goods and services in the CPI is based on the
average expenditure per household from the Household Expenditure Survey.
The CPI full report for May 2015 is available from JPKE’s website:
www.depd.gov.bn.