1
PANDUAN PENTADBIRAN
UJIAN LISAN BERTUTUR
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
2
KANDUNGAN
HALAMAN
1.0 DASAR PENTADBIRAN UJIAN LISAN BERTUTUR
1.1 Instrumen Pentaksiran 4
1.2 Personel 5
1.3 Prosedur Keselamatan 7
2.0 INSTRUMEN DAN PANDUAN PENSKORAN UJIAN LISAN BERTUTUR
2.1 Pengendalian Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran
10
3.0 PENTADBIRAN UJIAN LISAN BERTUTUR
3.1 pentadbiran Instrumen Pentaksiran 13
4.0 PERATURAN AM UJIAN LISAN BERTUTUR
4.1 Bahasa Melayu 17
4.2 Bahasa Inggeris 20
5.0 PENGHANTARAN SKOR UJIAN LISAN BERTUTUR
5.1 Penghantaran Skor 24
3
1.0
DASAR PENTADBIRAN
UJIAN LISAN - BERTUTUR
4
1.1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Calon pekak dan bisu dikecualikan dari melaksanakan Ujian Lisan-Mendengar dan Ujian-Lisan Bertutur.
5
1.2 PERSONEL
PERSONEL PENTADBIRAN
Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk penyediaan instrumen pentaksiran dan pentadbiran PT3
6
PERSONEL PENTAKSIRAN
Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk pemeriksaan , moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor
7
1.3 PROSEDUR KESELAMATAN
PERSONEL
i. Semua Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang menguruskan pengendalian ujian bertulis, instrumen pentaksiran, panduan penskoran, skrip jawapan calon, skor calon hendaklah dilantik oleh Pengetua, JPN serta LP dan menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D).
ii. Akta Rahsia Rasmi yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh Pengetua
sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PT3.
AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Lampiran 88)
Ditandatangani oleh Personel
Pentadbiran dan Personel Pentaksiran.
Ditandatangani oleh Pengetua
8
PENGENDALIAN DOKUMEN
TINDAKAN
i. Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut mata pelajaran menggunakan komputer yang dikhaskan di premis sekolah/kerajaan serta menyimpannya dalam media storan.
SUP GMP
ii. Mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan
penskoran serta menyimpan mengikut mata pelajaran di premis
sekolah dengan kawalan keselamatan bagi mengelakkan sebarang
insiden ketirisan maklumat.
Semua instrumen PT3 adalah dokumen terperingkat TERHAD.
Guru bertanggungjawab terhadap kerahsiaan instrumen PT3.
GMP
iii. Melupuskan maklumat pada media storan dan mesin fotostat dengan serta merta selepas percetakan instrumen pentaksiran.
SUP GMP
iv. Menyediakan almari berkunci /bilik berkunci di premis sekolah.
Menyimpan instrumen pentaksiran di dalam almari berkunci /bilik berkunci.
Pengetua PKP SUP
v. Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran kepada Pentaksir 30 minit sebelum Ujian Lisan-Mendengar berlangsung.
Pengetua PKP
9
2.0
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
DAN PANDUAN PENSKORAN UJIAN LISAN - BERTUTUR
10
2.1 PENGENDALIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PANDUAN PENSKORAN
TINDAKAN
i. Menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur dan memuat naik di portal LP.
LP
ii. Memastikan sekolah dalam negeri memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur dari portal LP.
JPN
iii. Memastikan sekolah dalam daerah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur dari portal LP.
PPD
iv. Melantik SUP untuk memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur dari portal LP.
Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada guru mata
pelajaran yang dilantik untuk diperbanyak mengikut bilangan guru pentaksir.
Menyediakan almari berkunci / bilik berkunci untuk menyimpan
instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur sehingga hari pelaksanaan pentaksiran.
Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
Ujian Lisan-Bertutur kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas / Penyelaras Pendidikan Khas untuk dibraille.
Pengetua
v. Menyediakan jadual muat turun instrumen pentaksiran dan
panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur.
Memastikan SUP memuat turun instrumen pentaksiran dan
panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur dari portal LP.
Memastikan guru mata pelajaran yang dilantik memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan penskoran mengikut bilangan guru pentaksir.
Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
Ujian Lisan-Bertutur kepada Ketua Panitia mengikut jadual
pelaksanaan pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur.
PKP
vi. Menyediakan jadual pelaksanaan pentaksiran.
Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
Ujian Lisan-Bertutur daripada Penolong Kanan Pentadbiran
mengikut jadual pentaksiran.
KP
11
TINDAKAN
Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan
penskoran Ujian Lisan-Bertutur kepada guru mata pelajaran
yang menjalankan pentaksiran mengikut jadual pelaksanaan
pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur.
Memastikan guru mata pelajaran mematuhi jadual
pelaksanaan pentaksiran.
vii. Menerima kata laluan untuk memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan penskoran Ujian Lisan-Bertutur.
Memastikan instrumen pentaksiran telah disediakan bagi calon
biasa dan calon berkeperluan khas mengikut jadual yang ditetapkan.
Menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
Ujian Lisan-Bertutur dalam almari berkunci / bilik berkunci yang disediakan sehingga hari pelaksanaan pentaksiran.
SUP
viii. Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran daripada Pengetua.
Memperbanyakkan instrumen pentaksiran dan panduan
penskoran mengikut guru pentaksir bagi setiap mata pelajaran dan menyerahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk disimpan.
Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
daripada Ketua Panitia pada hari pelaksanaan pentaksiran mengikut jadual pelaksanaan pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur. .
Menjalankan pentaksiran mengikut jadual yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.
GMP
12
3.0
PENTADBIRAN
UJIAN LISAN - BERTUTUR
13
3.1 PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
TINDAKAN
i. Menyediakan takwim dan jadual kerja PT3. Mengedarkan takwim dan jadual kerja PT3 kepada JPN dan
memuat naik di portal LP. Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk
memantau pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
LP
ii. Menerima takwim dan jadual kerja Ujian Lisan-Bertutur dan mengedarkan kepada PPD.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai JPN untuk memantau pelaksanaan Ujian Lisan-Bertutur bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
Menguruskan calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan
calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
- Menyerahkan jadual Ujian Lisan-Bertutur kepada calon.
- Menguruskan instrumen pentaksiran calon.
- Melantik personel pentaksiran untuk memeriksa skrip
jawapan calon.
- Menghantar markah calon ke LP.
- Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format pelaporan PT3
Menjaga keselamatan instrumen pentaksiran dan Panduan Penskoran.
JPN
iii. Menerima takwim dan jadual kerja Ujian Lisan - Bertutur daripada JPN dan menyerahkan ke sekolah.
Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai PPD
untuk memantau pelaksanaan Ujian Lisan - Bertutur bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.
PPD
14
TINDAKAN
iv. Menerima takwim dan jadual kerja Ujian Lisan - Bertutur
daripada PPD dan mengedarkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran.
Melantik dua orang guru mata pelajaran untuk menjadi
Pentaksir. Seorang Pentaksir hendaklah terdiri daripada guru
yang mengajar calon dan seorang lagi terdiri daripada guru
mata pelajaran dari kelas lain.
Memastikan guru mata pelajaran mentadbir Ujian Lisan-Bertutur
dalam waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan Ujian Lisan -
Bertutur ditadbir mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LP.
Pengetua
v. Memastikan Ketua Panitia menyediakan jadual Ujian Lisan - Bertutur bagi calon biasa.
Memastikan Ketua Panitia menyediakan jadual Ujian Lisan -
Bertutur bagi Calon Berkeperluan Khas.( jika perlu) Catatan:
Calon Berkeperluan Khas diberikan tambahan masa 30% dari waktu yang diperuntukkan bagi calon biasa.
Membantu Pengetua melantik guru mata pelajaran untuk
mentadbir Ujian Lisan-Bertutur dalam waktu persekolahan.
Membantu Pengetua untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi
memastikan Ujian Lisan - Bertutur ditadbir mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh LP
PKP
15
TINDAKAN
vi. Memastikan pelaksanaan Ujian Lisan-Bertutur mengikut jadual Ujian Lisan-Bertutur yang ditetapkan oleh sekolah dan pada tarikh yang ditetapkan oleh LP.
Memastikan pelaksanaan Ujian Lisan-Bertutur bagi kes-kes khas:
Calon Mewakili Negara dan calon yang sakit berpanjangan berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Lisan-Bertutur.
Sekolah mentadbir Ujian Lisan-Bertutur selepas murid hadir semula ke sekolah. Pentadbiran Ujian Lisan-Bertutur dilaksanakan sebelum/pada 31 Oktober 2014.
Calon berada di hospital dari mula tempoh pelaksanaan PT3 sehingga 31 Oktober 2014.
Sekolah memaklumkan kepada JPN/PPD. JPN/PPD mentadbir PT3 sebelum 31 Oktober 2014 dengan menggunakan instrumen dari sekolah berhampiran.
SUP
vii. Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan Jadual Ujian Lisan-Bertutur.
KP
viii. Mentadbir Ujian Lisan-Bertutur mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.(Rujuk Bab 4)
Mentadbir Ujian Lisan - Bertutur dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah dan Panduan dan Peraturan Am Ujian Lisan-Bertutur yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Mentadbir Ujian Lisan - Bertutur mengikut jadual Ujian Lisan –
Bertutur yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.
Mentadbir Ujian Lisan - Bertutur bagi kes-kes khas.
Calon mewakili negara dan calon yang berada di hospital semasa pelaksanaan Ujian Lisan - Bertutur.
Sekolah mentadbir Ujian Lisan - Bertutur selepas calon hadir semula ke sekolah. Pentadbiran Ujian Lisan - Bertutur dilaksanakan sebelum/ pada 31 Oktober 2014.
Calon berada di hospital dari mula tempoh pelaksanaan PT3 sehingga 31 Oktober 2014.
Sekolah memaklumkan kepada JPN/PPD. JPN/PPD mentadbir PT3 sebelum 31 Oktober 2014 dengan menggunkan instrumen dari sekolah berhampiran.
GMP
ix. Memaklumkan takwim dan jadual kerja Ujian Lisan-Bertutur kepada calon PT3.
Guru Tingkatan
16
4.0
PERATURAN AM
UJIAN LISAN - BERTUTUR
17
4.0 PERATURAN AM UJIAN LISAN BERTUTUR
4.1 BAHASA MELAYU
TINDAKAN
i. TEMPOH PELAKSANAAN
Pentaksiran dilaksanakan dalam tempoh waktu persekolahan.
Pihak sekolah juga boleh melaksanakan pentaksiran mengikut
fleksibiliti sekolah menggunakan jadual sidang yang telah
disediakan.
Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja untuk setiap calon dalam
waktu pengajaran dan pembelajaran.
Pengetua
ii. PERSONEL PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilaksanakan oleh dua orang pentaksir.
Pentaksir 1 adalah guru yang mengajar calon. Pentaksir 2 dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pentaksir boleh berperanan sebagai penggalak (sekiranya perlu)
semasa pentaksiran dijalankan.
Pentaksir
iii. PENTADBIRAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran dijalankan dalam bentuk kumpulan yang melibatkan
4 hingga 5 orang calon.
Pentaksir menetapkan kumpulan calon bagi setiap sesi sebelum
bermulanya pentaksiran.
Calon mengisi butiran peribadi pada borang penskoran Ujian
Lisan-Bertutur.
Pentaksir memberi tugasan (tema atau tajuk perbincangan)
kepada setiap kumpulan. Ahli kumpulan diberikan masa selama
10 minit untuk berbincang sebagai persiapan sebelum
pentaksiran dilaksanakan.
Pentaksiran dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit.
Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan
bertutur. Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh
diulang.
Pentaksir
18
TINDAKAN
iv. PENSKORAN PENTAKSIRAN
Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang penskoran yang disediakan.
Skor diberi berdasarkan peringkat dan kriteria penskoran yang telah disediakan.
Walaupun ujian ini dijalankan secara kumpulan, skor diberikan secara individu.
Borang skor hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan calon.
Pentaksir
19
SUSUN ATUR CALON DAN PENTAKSIR SEMASA UJIAN LISAN-BERTUTUR
BAHASA MELAYU
Calon berkomunikasi sesama mereka berdasarkan tema, bahan atau tajuk yang disediakan.
Guru berfungsi sebagai fasilitator / pentaksir untuk merangsang aktiviti / perbincangan.
20
4.2 BAHASA INGGERIS
TINDAKAN
i. TEMPOH PELAKSANAAN
Pentaksiran dilaksanakan dalam tempoh waktu persekolahan.
Pihak sekolah juga boleh melaksanakan pentaksiran mengikut
fleksibiliti sekolah menggunakan jadual sidang yang telah
disediakan.
Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja untuk setiap calon dalam
waktu pengajaran dan pembelajaran.
Pengetua
ii. PERSONEL PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilaksanakan oleh dua orang pentaksir.
Pentaksir pertama adalah guru yang mengajar calon. Pentaksir kedua dilantik dalam kalangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Pentaksir 1 berperanan sebagai penggalak dan pentaksir 2
berperanan sebagai pentaksir.
Pentaksir
iii. PENTADBIRAN PENTAKSIRAN
Calon ditaksir melalui dua bahagian:
- Section A: Reading Aloud - Section B: Spoken Interaction
Calon mengisi butiran peribadi pada borang penskoran Ujian
Lisan-Bertutur.
Pentaksiran dijalankan dalam tempoh 10 hingga 12 minit. Calon perlu bersedia untuk menjana perbualan serta
memberikan tindak balas kepada tugasan yang ditetapkan. Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang.
Pentaksir
21
TINDAKAN
iv. PENSKORAN PENTAKSIRAN
Pentaksir menilai calon dengan melengkapkan borang peskoran yang disediakan.
Calon ditaksir berdasarkan kemahiran bahasa, bukan personaliti
atau kebijaksanaan mereka.
Skor diberi berdasarkan peringkat dan kriteria penskoran yang telah disediakan.
Skor diberikan secara individu.
Borang skor hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan calon.
Pentaksir
22
SUSUN ATUR CALON DI LUAR BILIK UJIAN LISAN-BERTUTUR
BAHASA INGGERIS
Pentaksir pertama menyerahkan bahan bacaan kepada calon di luar bilik pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur Bahasa Inggeris.
Calon baca secara senyap secara individu.
SUSUN ATUR CALON DAN PENTAKSIR DI DALAM BILIK UJIAN LISAN-BERTUTUR
BAHASA INGGERIS
Calon ditaksir secara individu selama 10 minit. Calon ditaksir melalui dua bahagian:
- Section A: Reading Aloud - Section B: Spoken Interaction
CALON
CALON
PENTAKSIR 2 PENTAKSIR 1
23
5.0
PENGHANTARAN SKOR
UJIAN LISAN - BERTUTUR
24
5.1 PENGHANTARAN SKOR
TINDAKAN
i. Menyediakan Aplikasi PT3 untuk penerimaan skor secara dalam talian.
LP
ii. Memastikan sekolah dalam negeri menghantar skor secara dalam talian melalui Aplikasi PT3 dengan menepati jadual kerja PT3.
JPN
iii. Memastikan sekolah dalam daerah menghantar skor secara dalam talian melalui Aplikasi PT3 dengan menepati jadual kerja PT3.
PPD
iv. Mempengerusikan Jawatankuasa Verifikasi Skor dengan mematuhi prosedur Verifikasi Skor dalam dokumen Panduan Penjaminan Kualiti PT3.
Menurunkan tandatangan mengesahkan skor calon.
Memastikan SUP menghantar skor calon secara dalam talian melalui Aplikasi PT3.
Pengetua
v. Menganggotai Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Membantu Pengetua memastikan SUP menghantar skor calon secara dalam talian melalui Aplikasi PT3.
PKP
vi. Menganggotai Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Menerima cetakan skor calon dari SUP dan menyerahkannya kepada Pengetua.
KP
vii. Menganggotai Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Merekodkan skor calon secara dalam talian dalam Aplikasi PT3 berpandukan arahan pada paparan Aplikasi PT3
GMP
viii. Menerima nama pengguna dan kata laluan dan membukakan aplikasi Aplikasi PT3 kepada Guru Mata Pelajaran untuk merekodkan skor calon.
Mencetak borang skor calon dari Aplikasi PT3 dan menyerahkannya kepada Jawatankuasa Verifikasi Skor.
Menerima borang skor calon yang telah disahkan oleh Pengetua.
Menghantar skor calon ke Lembaga Peperiksaan secara dalam talian melalui Aplikasi PT3.
SUP
25
6.0
BORANG MARKAH
UJIAN LISAN - BERTUTUR
26
LAMPIRAN 1
BORANG PENSKORAN UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA MELAYU
SULIT
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………. KOD SEKOLAH : ………………………………………………………………….
B
I
L
NAMA CALON ANGKA GILIRAN
MARKAH MARKAH
AKHIR
(30) PENTAKSIR 1
(30)
PENTAKSIR 2
(30)
NAMA PENTAKSIR 1 NAMA PENTAKSIR 2
TANDATANGAN TANDATANGAN
TARIKH TARIKH
BORANG PENSKORAN UJIAN BERTUTUR – BAHASA MELAYU
27
SULIT
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN SEJATI MUDA KOD SEKOLAH : BEA 3016
B
I
L
NAMA CALON ANGKA GILIRAN
MARKAH MARKAH
AKHIR
(30) PENTAKSIR 1
(30)
PENTAKSIR 2
(30)
1 ABDUL RANI BIN AZIZ XXXXX 23 25 *24
2 MAHIRAH BINTI MANSOR XXXXX 24 29 *27
3 NG SWEE LENG XXXXX 17 24 **22
NAMA PENTAKSIR 1 EN. JAMAL BIN BUSAH NAMA PENTAKSIR 2 PN. RATNA BINTI FAUZI
TANDATANGAN TANDATANGAN
TARIKH 21.8.2014 TARIKH 21.8.2014
Catatan: * Sekiranya perbezaan markah yang diberikan oleh Pentaksir 1 dan 2 ≤ 5, markah akhir hendaklah berdasarkan markah purata – seperti contoh calon 1 dan 2. ** Sekiranya perbezaan markah yang diberikan >5, Pentaksir 1 dan 2 perlu berbincang untuk memberikan markah akhir yang dipersetujui – seperti contoh calon 3. Borang markah ini adalah sulit.
BORANG PENSKORAN UJIAN BERTUTUR – BAHASA MELAYU
28
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA SEKOLAH : ………………………..………………………………………… KOD SEKOLAH : ………………………………………………………………….
B
I
L
NAMA ANGKA
GILIRAN
UJIAN BERTUTUR
(30 MARKAH)
UJIAN MENDENGAR
(20 MARKAH)
JUMLAH
(50 MARKAH)
BORANG MARKAH UJIAN LISAN BAHASA MELAYU
29
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN SEJATI MUDA KOD SEKOLAH : BEA 3016
B
I
L
NAMA ANGKA
GILIRAN
UJIAN BERTUTUR
(30 MARKAH)
UJIAN MENDENGAR
(20 MARKAH)
JUMLAH
(50 MARKAH)
1 ABDUL RANI BIN AZIZ XXXXX 24 15 39
2 MAHIRAH BINTI ISMAIL XXXXX 27 20 47
3 NG SWEE LENG XXXXX 22 14 36
BORANG MARKAH UJIAN LISAN BAHASA MELAYU
30
LAMPIRAN 2
BORANG PENSKORAN UJIAN LISAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAME OF SCHOOL : …………………………………………………………………. SCHOOL CODE : ………………………………………………………………….
NO NAME OF CANDIDATE INDEX
NUMBER
MARKS
TOTAL (30
MARKS)
SECTION A: READING ALOUD (10 MARKS)
SECTION B: SPOKEN INTERACTION
(20 MARKS)
Assessor 1 Assessor2 Final
marks Assessor 1 Assessor 2
Final marks
NAME OF ASSESSOR 1 NAME OF ASSESSOR 2
SIGNATURE SIGNATURE
DATE DATE
SPEAKING TEST SCORE SHEET
SULIT
31
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAME OF SCHOOL : SMK BANDAR BARU SG. BUAYA SCHOOL CODE : BEA 3017
NO NAME OF CANDIDATE INDEX
NUMBER
MARKS
TOTAL (30
MARKS)
SECTION A: READING ALOUD (10 MARKS)
SECTION B: SPOKEN INTERACTION
(20 MARKS)
Assessor 1 Assessor2 Final
marks Assessor 1 Assessor 2
Final marks
1 ZUBAIDAH BINTI AHMAD XXXXX 7 6 7 14 15 15 22
2 TAN MENG KEE XXXXX 9 7 8 17 14 16 24
3 MOHAN A/L MURTHY XXXXX 9 6 *7 16 10 *14 21
NAME OF ASSESSOR 1 PN. AINUN BINTI NAJIB NAME OF ASSESSOR 2 PN. CHENG LAI FUN
SIGNATURE SIGNATURE
DATE 18/8/2014 DATE 18/8/2014
Note:
If the difference in marks given by Assessor 1 and 2 is ≤ 2 for reading and ≤ 5 for spoken, then the assessors may average out the marks as shown in the case of candidate 1 and 2 in the table above.
* If the difference in marks given by Assessor 1 and 2 is > 2 for reading and > 5 for spoken, then the assessors will have to discuss and come to a consensus to award the marks as shown in the case of candidate 3 in the table above.
This form is confidential.
SPEAKING TEST SCORE SHEET
SULIT
32
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAME OF SCHOOL : …………………………………………………………………. SCHOOL CODE : ………………………………………………………………….
NO NAME INDEX
NUMBER SPEAKING TEST
(30 MARKS) LISTENING TEST
(20 MARKS) TOTAL
(50 MARKS)
ORAL TEST MARK SHEET
33
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAME OF SCHOOL : SMK BANDAR BARU SG. BUAYA SCHOOL CODE : BEA 3017
NO NAME INDEX
NUMBER
SPEAKING TEST
(30 MARKS)
LISTENING TEST (20 MARKS)
TOTAL (50 MARKS)
1 ZUBAIDAH BINTI AHMAD XXXXX 22 16 38
2 TAN MENG KEE XXXXX 24 11 35
3 MOHAN A/L MURTHY XXXXX 21 15 36
Note:
This form is not confidential.
ORAL TEST MARK SHEET