PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA
NOOR AZIZAH BINTI AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHA D, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGAPLIKAS IAN TEORI KONSTRUKTIVIS ME DALAM PROS ES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA.
SES I PENGAJIAN: 2005/2006
Saya : NOOR AZIZAH BINTI AHMAD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* in i disimpan d i Perpustakaan Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universit i Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelid ikan d ija lankan)
TIDAK TERHAD ________________________________ ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
A lamat tetap: No. 28, Kampung Daleh,
Jalan Sungai Korok, EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB 06150 Alor Setar, Nama Penyelia Kedah Darul Aman.
Tarikh : _________________ Tarikh : _________________
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB
Tarikh : ........................................................
PENGAPLIKASIAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN REKA CIPTA
NOOR AZIZAH BINTI AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................................
Nama Penulis : NOOR AZIZAH BINTI AHMAD
Tarikh : ........................................................
iii
DEDIKASI
Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Buat Emak & Abah tersayang,
Yang senantiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anakmu ini
Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidupku
Buat ahli keluarga yang dikasihi,
Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya
Buat pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan kulupai
Buatmu insan yang sentiasa dirindui,
Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kan kita kongsi bersama
Untuk teman seperjuangan yang dihormati,
Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Alah S.W.T. kerana dengan limpah
kurnia-Nya, Projek Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Azlan bin
Abdul Latib yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga membimbng dan
memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang saya menyempurnakan kajian ini. Tanpa
bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya menghasilkan projek ini
dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati oleh
Allah S.W.T.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pengetua, guru penolong kanan,
guru-guru terutamanya En Abd Wahab bin Yahaya dan pelajar-pelajar sekolah yang
terlibat dengan memberikan kerjasama yang baik. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan seperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat
samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian
Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka
Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian adalah kepada 5
(lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-
fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula
idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Seramai 133 orang pelajar
dari SMK Tunku Abd Aziz, SMK Dato` Syed Omar, SMK Ayer Hitam, SMK Gurun
dan SMK Kubur Panjang yang mewakili daerah Kota Setar, daerah Kubang Pasu,
daerah Padang Terap dan daerah Kuala Muda, Kedah telah dipilih sebagai sampel
kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal selidik
yang terbahagi kepada 2 (dua) bahagian. Bahagian A adalah berkaitan latar belakang
responden dan Bahagian B pula berkaitan 30 item yang digunakan untuk menilai
tahap pengaplikasian yang dibincangkan. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12 dan
dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian
menunjukkan bahawa aspek-aspek konstruktivisme dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa
penggunaan idea didapati berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian,
beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif
pengajaran dan pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to identify the status of the implementation of the
constructivism concept of teaching and learning process in Reka Cipta in 4 (four)
district at Negeri Kedah. This study is focused on 5 (five) aspects according to
Needham`s 5-Phase Constructivisme Model. The phases are orientation, idea
initiation, idea restructure, idea usage and reflection. 133 students from SMK Tunku
Abd Aziz, SMK Dato` Syed Omar, SMK Ayer Hitam, SMK Gurun and SMK Kubur
Panjang in district of Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda and Padang Terap were
selected as respondents for this study. A set of questionaires that contained two parts
were used as instrument to conduct this study. The first part is regarding the
respondent`s personal background while the second which consists of 30 items for
assesing the implementation of the the above phases. The data collected was
analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0 and the
data obtained is based on the frekuensi, percentage and mean. The result of this
study shows that the concept of Constructivisme in learning and teaching Reka Cipta
had been practiced. However, the idea usage phase was identified at the lowest rate.
Based on the findings, some suggestions were made to ensure that the objective of
teaching and learning Reka Cipta is fully implemented.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Terminologi 11
1.8.1 Pengaplikasian 11
1.8.2 Teori Konstruktivisme 11
1.8.3 Pengajaran 12
1.8.4 Pembelajaran 12
1.8.5 Reka Cipta 13
1.8.6 Fasa Orientasi 13
1.8.7 Fasa Pencetusan Idea 13
1.8.8 Fasa Penstrukturan Semula Idea 14
1.8.9 Fasa Penggunaan Idea 14
1.8.10 Fasa Renungan Kembali 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 KurikulumReka Cipta 16
2.3 Penyelesaian Masalah 17
2.4 Teori Konstruktivisme 18
2.5 Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
Secara Konstruktivisme 20
2.6 Pendekatan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme 23
2.7 Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham 24
2.8 Peranan Guru dan Pelajar dalam
Pembelajaran Konstruktivisme 26
2.9 Strategi Pengajaran & Pembelajaran
Berdasarkan Teori Konstruktivisme 27
2.9.1 Permulaan Kelas 29
2.9.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar 30
ix
2.9.3 Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar 31
2.9.4 Kaedah Penyoalan 33
2.9.5 Kaedah Perbincangan 34
2.9.6 Pengalaman Dalam Pembelajaran 36
2.10 Kelebihan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 40
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 41
3.5 Instrumen Kajian 42
3.6 Prosedur Kajian 45
3.7 Kajian Rintis 45
3.8 Analisis Data 476
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 49
4.2 Keputusan Analisis Bahagian A 50
4.2.1 Taburan Nama Sekolah 50
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 51
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 52
x
4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 53
4.3.1 Pengaplikasian Fasa Orientasi 54
4.3.2 Pengaplikasian Fasa Pencetusan Idea 57
4.3.3 Pengaplikasian Fasa Penstrukturan
Semula Idea 60
4.3.4 Pengaplikasian Fasa Penggunaan Idea 63
4.3.5 Pengaplikasian Fasa Renungan Kembali 66
4.4 Perbandingan Nilai Purata Keseluruhan
Peratusan Dan Purata Min 68
BAB 5 PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Rumusan 71
5.3 Perbincangan 75
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 75
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 77
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 79
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 81
5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 83
5.4 Cadangan 85
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 86
5.6 Kesimpulan 86
BIBLIOGRAFI 87-92
LAMPIRAN
Lampiran A – H 93-107
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Perbandingan Model Dan Strategi
Pengajaran-Pembelajaran. 2
2.1 Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham 25
3.1 Senarai Sekolah Serta Bilangan Responden Kajian 42
3.2 Taburan Nombor Item Mengikut Aspek Yang Dikaji 43
3.3 Pengkelasan Skala Likert 44
3.4 Tahap Aplikasi Berdasarkan Nilai Min 47
3.5 Kategori Skala Pemeringkatan Likert 48
4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah 50
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 51
4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Bangsa 51
4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Agama 52
4.5 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi
Pengaplikasian Fasa Orientasi 54
4.6 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian
Fasa Pencetusan Idea 57
4.7 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian
Fasa Penstrukturan Semula Idea 60
4.8 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian
Fasa Penggunaan Idea 63
4.9 Nilai Min dan Peratusan Setiap Item Bagi Pengaplikasian
Fasa Renungan Kembali 66
4.10 Perbandingan Nilai Purata Min Dan Purata Keseluruhan 68
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Konsep Pembelajaran Mengikut
Teori Konstruktivisme 18
2.2 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 38
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 90
B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 96
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah 98
D Surat Pengakuan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. 99
E Surat Memohon Kebenaran Kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah Untuk Menjalankan Kajian 100
F Pengesahan Isi Instrumen Kajian 102
G Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Reka Cipta Di Empat Buah Daerah Negeri Kedah 103
H Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi
Kreicie, R.V. & Morgan, D. W. (1970) 104
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung
kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut
Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-
kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi
mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan.
Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan
berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan
guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu
pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran. Jadual
1.1 menunjukkan beberapa ringkasan perbandingan mengenai model dan strategi
pengajaran pembelajaran ( Arends, R.I., 1997).
2
Jadual 1.1: Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran
( Sumber: Terjemahan daripada: Arends, R. I. 1997. Classroom Instruction And
Management, hal. 12 ).
Merujuk kepada penjelasan di atas, salah satu teori pengajaran dan pembelajaran
yang boleh digunakan ialah teori pembelajaran Konstruktivisme. Pembelajaran secara
Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan
pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan
persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru
merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka
sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut (Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D., 1998).
Perkara Pengajaran langsung
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran penyelesaian
masalah
Perbincangan Strategi pembelajaran
Fahaman teori
Psikologi tingkahlaku; teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosial; Teori konstruktivisme
Teori kognitif; teori konstruktivisme
Teori kognitif; teori interaksi sosial
Teori pemprosesan maklumat
Pelopor utama
Bandura; Hunter
Dewey; Vygotsky; Slavin
Dewey; Vygotsky
Bruner; Cazden; Vygotsky
Bruner; Ausubel; Vygotsky
Hasil pengajaran
Penerangan pengetahuan asas; kemahiran akademik
Kemahiran akademik dan sosial
Kemahiran akademik dan inkuiri
Kemahiran berbincang dan berfikir
Kemahiran kognitif dan metakognitif
Kaedah pengajaran
Bahan pembentangan dan demontrasi yang jelas dan objektif tingkahlaku
Kerja kumpulan dengan manfaat kooperatif dan struktur tugas
Projek berasaskan inkuiri yang dilaksanakan dalam kumpulan
Perbincangan dalam kumpulan
Pengajaran explisit , pengajaran dua hala
Ciri-ciri persekitaran
Struktur yang erat, pengajaran berpusatkan guru
Fleksibel, demokrasi, pengajaran berpusatkan pelajar
Fleksibel, pengajaran berpusatkan inkuiri
Refleksi, penekanan terhadap perbualan terbuka
Refleksi, penekanan terhadap cara belajar
3
Menurut Sharifah Maimunah (2001), pembelajaran konstruktivisme ini bertitik
tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang
mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap
berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada
tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran
Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini
adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur
mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat
yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini
akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran
Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina
sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.
Menurut Arends, R. I. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh
didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky,
seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang
berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-
sungguh untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-pengalaman tersebut.
Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) pula, beliau menyatakan bahawa teori
Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada
guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta
memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar
membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi serta
inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkkan.
4
Dalam era di mana ledakan ilmu yang berlaku dengan begitu cepat, kita telah
menyaksikan tamadun dan budaya hidup masyarakat dunia sekarang telah berkembang
pesat dari masa lampau. Menurut Sulaiman dalam Chen, Hwe Min (2004), kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi telah menjadi pemangkin kepada pembangunan
ekonomi, fizikal, robotik dengan begitu meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas dapat
diperhatikan di negara-negara maju. Dalam konteks ini, Malaysia turut tidak terlepas
daripada mengalami dan menyedari akan perubahan-perubahan tersebut.
Justeru itu, menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), mata pelajaran
bercorak teknologi memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, seterusnya menyahut cabaran Wawasan 2020. Salah satunya
adalah pengenalan kepada kurikulum Reka Cipta di sekolah-sekolah di Malaysia.
Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif
dan inventif. Pelajar boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan
teknologi semasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara
melalui penghasilan sesuatu reka cipta.
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta dalam Subjek Kemahiran
Hidup (KH) Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1, 2 dan 3, Reka Cipta didefinisikan
sebagai penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam
bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang.
Projek yang dihasilkan oleh pelajar adalah daripada idea sendiri atau ubahsuaian dan
berpotensi untuk dipasarkan.
Selain itu, menurut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta Tingkatan 4 (2002 )
pula, objektif pembelajaran subjek reka cipta diperkenalkan adalah untuk membolehkan
murid mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang rekabentuk dan teknologi
pembuatan dalam pembinaan produk yang inovatif dan bernilai komersial. Selain itu, ia
5
juga bermatlamat agar pelajar dapat berkomunikasi dengan berkesan, mengamalkan
sikap yang positif terhadap isu, perkembangan dan hala tuju bidang teknologi serta
memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, berdaya saing, bekerjasama dan
menyedari keagungan Tuhan.
1.2 Latar belakang Masalah
Ucapan Y.A.B Perdana Menteri di Persidangan Malaysian Business Council
Held (1991) yang bertajuk “ The Way Foward” telah menegaskan bahawa pembangunan
sumber manusia adalah berkait rapat dengan sistem pendidikan negara. Sumber tenaga
yang cekap dan mencukupi merupakan aset penting untuk pembangunan dan kemajuan
negara. Negara berhasrat untuk menjadi bukan sahaja sebagai negara pengguna kepada
teknologi baru malah menjadi penyumbang utama kepada penghasilan teknologi baru
tersebut. Hal ini dinyatakan dalam cabaran yang keenam dalam rangka mencapai
Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan kehadapan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Berdasarkan aspirasi nasional yang ingin menghasilkan sumber manusia yang
kreatif dan inovatif, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
kurikulum Reka Cipta di 14 buah sekolah perintis pada tahun 1995. Reka Cipta adalah
mata pelajaran elektif bercorak teknologi yang ditawarkan di tingkatan 4 dan 5 sekolah
menengah (Zuria, 2002). Reka Cipta memerlukan pelajar menjana idea yang kreatif dan
kritis dalam mencetuskan idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki.
Aspek penting yang perlu ada dalam pembelajaran Reka Cipta ini ialah strategi
6
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bertindak sebagai fasilitator, bersikap terbuka,
imaginatif, kreatif, inovatif dan inventif. Guru hendaklah menggalakkan murid supaya
sentiasa terus mencuba walaupun menemui kegagalan. Dalam penyediaan projek, murid
diberi kebebasan merangka dan membuat projek berdasarkan pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman mereka daripada pelbagai bidang ilmu yang lain.
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Reka Cipta dalam Subjek Kemahiran Hidup
(KH) Sekolah Menengah Rendah Tingkatan 1, 2 dan 3, antara strategi pengajaran dan
pembelajaran Reka Cipta yang dicadangkan oleh KPM adalah pemikiran analitikal,
pemikiran lateral, lawatan dan rujukan ilmiah. Selain itu, tunjuk cara juga mesti
dilakukan di mana guru perlu mendemonstrasi kepada pelajar cara yang betul dan
selamat dalam penggunaan pelbagai alat dan bahan untuk merekacipta. Satu kumpulan
dinamik iaitu pembahagian kelas kepada beberapa kumpulan kecil sebaiknya
dilaksanakan di dalam kelas selain sumbangsaran di mana satu perbincangan secara
intensif untuk penjanaan idea atau mencari idea dilakukan dengan menggalakkan
penglibatan semua ahli dalam kelas dan seterusnya ceramah boleh juga diaplikasikan
dalam subjek ini untuk memberi maklumat dan gambaran yang terbaik kepada pelajar.
Brooks, J.G. dan Brooks, M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik
darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat
pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru
menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar,
pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta
pengajaran dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
harian.
7
Menurut Osman Arshad (1998), walaupun terdapat pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran yang dicadangkan oleh kementerian, namun masih belum terdapat
satu strategi, pendekatan, kaedah atau teknik tertentu yang paling sesuai digunakan
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Manakala menurut Noriah (2000)
pula, biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan, namun pengaplikasian dan
pengamalan pendekatan konstruktivisme di kalangan guru-guru di Malaysia secara
amnya adalah masih kurang. Guru harus sedar tentang strategi pengajarannya dan perlu
berfikir tentang cara untuk meningkatkan proses pengajarannya.
Hasil daripada pengamatan dan perbincangan dengan Guru Kanan Teknik dan
Vokasional yang juga guru Reka Cipta SMK Ayer Hitam, En. Ab Wahab B. Yahaya
menyatakan bahawa mata pelajaran Reka Cipta yang telah diperkenalkan ini
menghadapi pelbagai masalah dalam perlaksanaannya. Antara masalah yang telah
dikenalpasti ialah pelajar sukar mengeluarkan idea sendiri dan terlalu bergantung kepada
guru semata-mata di samping kemahiran belajar di kalangan pelajar yang rendah
terutamanya dalam menyelesaikan masalah. Beliau menyatakan bahawa masalah yang
diberikan kepada pelajar juga merupakan masalah yang perlu difikirkan oleh guru.
Selain daripada itu, masalah lain yang wujud ialah kesukaran pelajar untuk menguasai
topik-topik yang memerlukan asas pengetahuan yang tinggi seperti asas sains dan
teknologi. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang
berkesan.
Menurut Chen, Hwe Min (2004), jikalau situasi pembelajaran tidak menarik,
kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau
keperluan pelajar maka akan menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar.
Kaedah pembelajaran yang kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran
menjadi kurang efektif.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan
malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya
Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan
dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran
secara konstruktivisme, pelajar membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan
pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta juga.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk:
i. mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
ii. mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
iii. mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
iv. mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
v. mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta.
9
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan
seperti berikut:
i. Apakah fasa orientasi diaplikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?
ii. Apakah fasa pencetusan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?
iii. Apakah fasa penstrukturan semula idea diaplikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?
iv. Apakah fasa penggunaan idea diaplikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?
v. Apakah fasa renungan kembali diaplikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian mengenai pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Cipta ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada guru yang
mengajar subjek Reka Cipta dalam memperkemaskan mutu pengajarannya malah
mendatangkan kesan yang positif terhadap peningkatan prestasi pembelajaran di
kalangan pelajar yang mengambil subjek Reka Cipta ini. Para pelajar pada hari ini
sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak membebankan. Dengan
mengetahui aspek yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keberkesanan
10
proses pembelajaran Reka Cipta maka pelajar akan menjadi lebih prihatin dan
bertindak lebih cepat untuk merancang matlamat pendidikan mereka. Mereka akan lebih
yakin terhadap diri sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru-guru pula boleh mengambil manfaat dengan membuat pemantauan diri
terhadap peranan mereka sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan agar setiap
pengajaran benar-benar dirancang dan dapat membawa faedah kepada para pelajar. Di
samping itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak KPM dalam usaha menggubal
semula sukatan mata pelajaran Reka Cipta dengan memberi penekanan kepada
penerapan aspek-aspek konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah kelak.