Pengenalan AsasLean Six SigmaMBA 00018 MOHD SHUKIMAN BIN MOHAMMADMGM 4013
Lean Six Sigma
• Persembahan ini adalah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.• Namun begitu istilah-istilah utama seperti Lean dan Six Sigma tidak
akan diterjemahkan dan akan terus digunakan sepanjang persembahan.• Tujuan utama persembahan ini adalah bagi memberi kefahaman
tentang Lean Six Sigma dalam Bahasa Melayu.
Pengakuan:
Asas bagi Lean Six Sigma
• Lean Six Sigma adalah satu gabungan dua kaedah pengurusan yang berkesan; Lean dan Six Sigma.
• Untuk memahaminya, kita perlu memahami kedua-dua kaedah.• Gambarajah berikut menerang secara ringkas tentang gabungan tersebut.
Asas bagi Lean Six Sigma
Lean Six Sigma boleh dikata pelengkap antara satu sama lain Proses Lean mempercepatkan lagi atau nilai tambah bagi proses Six Sigma Kedua-duanya merupakan alat yang lengkap dan menyeluruh bagi meningkatkan
kepantasan dan keberkesanan sesuatu proses. Ianya boleh diamalkan samada dalam proses pengeluaran atau perkhidmatan Antara contoh organisasi yang menggunakan laedah Lean:
Kilang kereta Ford pada awal 1910 Kilang Toyota; dikenali sebagai TPS (Toyota Production System) Intel
Apakah itu Lean?
Lean dari segi bahasa bermaksud cenderung atau miring. Dari segi istilah pengurusan, Lean menyusun-atur sesuatu proses dengan
membuang sisa atau perkara yang tidak berkaitan. Proses Lean berkesan dalam meningkatkan pedapatan, mengurangkan kos, dan
kepuasan pelanggan. Proses Lean boleh dikatakan:
Lebih pantas Lebih cekap dan menjimatkan Menghasilkan kualiti yang memuaskan.
Apakah itu Lean?
Sebelum proses Lean Selepas proses Lean
Gambarajah menerangkan bagaimana proses Lean membantu. Proses 5 dan 6 tidak diperlukan, menjadikan proses lebih cepat dan
cekap.
Apakah itu Six Sigma
Dari segi bahasanya Six Sigma (6 σ) ialah enam sisihan piawai. Six Sigma adalah cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah
dengan menggunakan kaedah statistik. Six Sigma boleh membantu dari segi:
Mengurangkan jumlah kerosakan barangan atau perkhidmatan. Meningkatkan pendapatan atau hasil. Dan, Tahap kepuasan pelanggan yang lebih tinggi.
Apakah itu Six Sigma
Six Sigma merupakan satu konsep statistik dimana sesuatu proses menghasilkan 3.4 kerosakan dari sejuta produk/perkhidmatan.
(3.4 DPMO) = Defects per million opportunities. Matlamat Six Sigma adalah:
Mengurangkan kerosakan dalam sesuatu proses. Konsisten yang tinggi dimana produk dan perkhidmatan boleh dibekalkan seperti yang diharapkan
oleh pelanggan.
Bagaimana Lean Six Sigma meningkatkan pendapatan?
Lebih pinjaman diproses = Lebih pendapatan
Selepas Lean Six SigmaSebelum Lean Six Sigma
Kurang Cekap = Kurang pendapatan
Bagaimana Lean Six Sigma meningkatkan pendapatan?
Ianya meningkatkan pendapatan sesebuah organisasi dengan menyusun-atur proses pengeluaran atau perkhidmatan.
Ini membolehkan barangan dan perkhidmatan dihasilkan dalam masa yang singkat dan lebih cekap tanpa meningkatkan kos yang ketara berbanding kualiti yang dikecapi.
Memberi keupayaan kepada sesuatu organisasi untuk menghasilkan lebih pengeluaran dengan sumber yang sedikit.
Ilustrasi pengurangan kos melalui Lean Six Sigma
Sebelum Lean Six Sigma Selepas Lean Six Sigma
Sebelum proses Lean Six Sigma, kos meningkat kerana ada kerosakan berbanding selepas proses tiada kos kerosakan.
Bagaimana Lean Six Sigma mengurangkan kos pengeluaran?
Dengan membuangkan sisa (waste) atau proses yang tidak diperlukan. Dengan menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh satu-satu proses. Membolehkan organisasi membaiki proses yang menyebabkan ia kehilangan
sumber-sumber yang berharga.
Ilustrasi peningkatan Kecekapan dengan Lean Six Sigma
Sebelum Lean Six Sigma Selepas Lean Six Sigma
Selepas berlakunya peningkatan Kecekapan, doctor boleh merawat lebih ramai pesakit.
Bagaimana Lean Six Sigma boleh meningkatkan kecekapan?
Memaksimakan usaha sesebuah organisasi ke arah menyediakan barangan dan perkhidmatan yang memuaskan terhadap pelanggan.
Membolehkan sesebuah organisasi mengagihkan sumber atau pendapatan ke arah mengembangkan perniagaan.
Mengupayakan sesebuah organisasi membina proses yang cekap dalam mengeluarkan lebih barangan dan perkhidmatan dan seterusnya memuaskan hati pengguna.
Ilustrasi Lean six Sigma membina sumber manusia yang efektif
Melibatkan pekerja dalam proses penambahbaikan secara aktif dan bersepadu.
Membina kepercayaan melalui ketelusan dalam organisasi serta memahami kepentingan setiap individu dalam organisasi.
Merangsang semangat pemilikan bersama dan saling bergantungan yang mana boleh meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja.
5 Fasa operasi Lean Six Sigma
5 fasa DMAIC
Define = mengenal pasti Apa yang perlu untuk memenuhi
kehendak pelanggan Measure = Menilai/megukur
Mengumpul data Analyse = Menganalisa
Siasat dan kenalpasti punca masalah
Improve = memperbaiki Mebaikpulih bagi menyelesaikan
masalah Control = Mengawal
Mengekalkan hasil yang telah ditambahbaik.
Rumusan : Lean Six Sigma
Membantu dalam mengenalpasti masalah serta punca masalah. Melaksanakan pembaik pulih berdasarkan fakta dan bukannya melalui
andaian semata-mata. Mengeluarkan hasil yang lebih baik serta berjaya.
Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Lean_Six_Sigma https://www.isixsigma.com/new-lean-six-sigma/ https://goleansixsigma.com/what-is-lean-six-sigma/ http://www.slideshare.net/search/slideshow?
searchfrom=header&q=lean+six+sigma